Anda di halaman 1dari 11

Sabtu 14 Desember 2013 ialah hari yang berbahagia untuk semua pelajar Bahasa Melayu Untuk Keperluan Bahasa

Akademik 1 dikeranakan pada hari tersebut semua pelajar yang tergabung dalam kelas Bahasa Melayu 1 melawat ke Melaka untuk mengadakan lawatan khusus yang diselenggarakan oleh program bahasa melayu. Program lawatan ini adalah satu program dari keseluruhan program yang dimaksudkan untuk menyelesaikan subyek bahasa melayu. Dalam program lawatan ini kami sebagai pelajar dalam kelas bahasa melayu diwajibkan untuk mengikuti lawatan ke Melaka ini kerana dalam perjalanan ini kami harus berinteraksi dengan warga tempatan dan juga membuat report tentang perjalanan dimana report tersebut akan dikumpulkan pada hari peperiksaan. Kewajiban untuk membuat report tersebut yang menyebabkan tulisan ini diciptakan untuk memenuhi persyaratan dalam mengikuti kelas bahasa melayu dimana nantinya report yang saya sajikan ini akan menjadi marka bagi saya supaya dapat lulus dengan baik dari subjek bahasa melayu ini. Report ini akan berisikan cerita serta pengalaman selama mengikuti lawatan ke Melaka bersama teman-teman sesama pelajar Bahasa Melayu yang merupakan pelajar asing yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sabtu, 14 Desember 2013 Pukul 07.30 Saya dan Bang Pulung ialah pelajar asing dari Indonesia yang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami berdua belajar di Fakulti Undang Undang, program Master Degree. Kami duduk di Hostel Anjung Rumbia di Jalan Sungai Tangkas, kami duduk dalam satu kamar karena kami berjimat supaya pengeluaran tidak terlalu banyak di Malaysia. Tarikh ini adalah tarikh lawatan ke Melaka yang wajib diikuti semua pelajar asing yang mengambil subjek bahasa melayu untuk keperluan akademik 1. Pagi ini kami akan berangkat ke Pusat Pengajian Umum utuk berkumpul disana sebelum berangkat ke Melaka, kerana kami akan naik Bas Universiti. Kami berdua bertolakt ke PUU bersama dengan bang Azis dan Encik Amirul beserta isterinya, kami naik kereta ke PUU. Kereta yang kami naiki ialah kereta encik Amirul. Kami sangat senang kerana dapat naik kereta encik Amirul sehingga kami tak perlu berpenat untuk jalan menuju Bas stop untuk naik bas zone 6 Sebenarnya saya dan Pulung bangun lewat kerana semalam kami pulang ke bilik lewat tengah malam dikeranakan ada subjek methodology yang menghendaki pembentangan proposal untuk keperluan peperiksaan akhir, sehingga kami berdua sangatlah penat dan tak tersedar tertidur sampai lupa waktu bahwa kami ada lawatan ke Melaka esok harinya. Untunglah Encik amirul adalah seorang pensyarah yang sangat baik sehingga beliau mahu menunggu kami. Selepas kami berdua

selesai bersiap-siap kami menuju kereta Encik Amirul. Didalam kereta tersebut sudah menunggu Encik Amirul dan isterinya. Kami baru pertama kali melihat isteri Encik Amirul dan kami menyadari bahwa mereka berdua sangat serasi sebagai pasangan suami isteri. Akhirnya kami semua berangkat ke PUU untuk berkumpul disana. Pukul 08.00 Sesampainya kami di PUU kami melihat bahwa telah banyak pelajar yang telah berkumpul disana. Mereka datang lebih pagi daripada kami. Mereka kebanyakan adalah pelajar-pelajar asing asal Indonesia sama seperti saya. Namun setengah dari mereka adalah pelajar yang belajar di kelas bahasa melayu yang bukan kelas saya. Untuk Informasi sahaja, saya belajar di kelas Bahasa Melayu yang diselenggarakan pada hari senin dan rabu pukul 10 hingga pukul 12 siang. Pensyarah dari kelas Bahasa Melayu ini adalah Encik Amirul Mukmini yang merupakan Pensyarah terbaik di muka bumi ini. Kami semua sangat menyukai Encik Amirul kerana dia mengajar kami dengan penuh kesabaran dan sangat pintar dalam membawa suasana di dalam kelas menjadi hangat dan aktif. Dalam kelas saya hanya ada 12 orang siswa yang menjadi murid dari Encik Amirul yaitu : Bang Azis, Bang Eka, Fandi, Pulung, Icy, Ayup, Sazha, Isty, Yeni, Fera, Fanin dan yang terakhir adalah saya sendiri. Kami sudah seperti keluarga. Karena kami punya kelas yang terdiri dari 12 orang sahaja sehingga kami dapat mengenali satu persatu. Di PUU dari kesebelas teman-teman saya yang sudah seperti keluarga ini (kecuali saya, Pulung dan bang Azis kerana kami berangkat satu kereta) saya hanya melihat Bang Eka, Fandi, Yeni, Fera, dan juga Sazha. Yang lainnya belum tiba di PUU. Mereka ternyata terlambat.

Kami semua sangat panik kerana kami tidak mahu kalau Icy,Ayup,Fanin dan juga Isti tertinggal dan tidak boleh mengikuti lawatan ke Melaka, jadi saya terus menghubungi mereka dengan talipun bimbit kepunyaan saya. Selama saya menghubungi mereka saya juga tak lupa mengambil gambar dengan teman-teman semua kerana alangkah indahnya ketika dalam perjalanan kita senantiasa

diambil gambarnya untuk memberikan kenangan dan menjadi tanda bahwa kita pernah melawat suatu tempat dengan dibuktikan adanya muka kita dalam foto tersebut. Saya juga berkenalan dengan teman-teman lain yang merupakan siswa kelas Bahasa Melayu lainnya untuk keperluan akademik 1. Saya tidak dapat mengenali keseluruhan dari mereka kerana mereka sangat ramai hanya beberapa dari mereka sahaja yang boleh saya kenali.

Telah 20 minit berlalu tetapi teman-teman saya yang lainnya belum juga datang, akhirnya saya menghubungi mereka kembali dan Ayup menjawab talipun saya, dia mengatakan bahwa mereka akan tiba sekejap lagi. Saya pun dapat bernafas dengan lega kerana mereka sebentar lagi akan tiba. Dan ternyata memang betul bahwa mereka tiba dengan menggunakan taksi. Akhirnya kami pun berbual-bual dan tertawa bersama-sama. Namun ternyata masalah belum lagi habis, kami lupa bahwa ada satu teman kami yang belum tiba. Dia adalah Istiqamah. Teman kami yang satu ini susah sekali dihubungi. Tidak ada jawaban ketika kami menghubunginya. Setelah lama menghubungi Isti, iapun mengangkat talipun kami dan ternyata dia baru saja bangun dari tidurnya, dia terlupa bahwa hari ini ada lawatan ke Melaka, akhirnya dia pun terburu-buru. Dalam lawatan kali ini kami akan didampingi oleh 3 pensyarah Bahasa Melayu. Salah satunya adalah pensyarah dikelas kami yaitu encik Amirul. Encik amirul sebenarnya telah pening kepala ketika Isti belum lagi tiba di PUU, ia berulang kali bertanya-tanya kepada kami mengenai kabar Isti. Kamipun berusaha untuk menenangkan Encik Amirul agar ia tidak gusar.

15 minit berlalu akhirnya kami mendapatkan kabar bahwa isti sudah menuju ke PUU dengan menggunakan taxi. Kamipun terus menunggu dengan cemas. Sembari menunggu kami semua menuju ke bas. Bas yang kami naiki adalah bas dengan kerusi kurang lebih 50 seat. Pertama-tama kami semua berfoto untuk mengabadikan gambar lawatan kami ke Melaka yang diawali dari PUU. Setelah mengambil gambar kamipun terus masuk ke dalam bas. Sebelum masuk ke dalam bas, salah satu pensyarah membagikan kuih khas Malaysia. Kuih tersebut berbentuk bunga dan berwaran hijau, namun ada juga yang berwarna kuning. Rasanya tidak terlalu enak namun kerana lapar sayapun memakan kuih tersebut sampai habis. Di Indonesia saya pernah memakan kuih dengan rasa seperti itu, kuih yang sama dengan yang kami makan di Malaysia di Indonesia disebut kuih bolu. Setelah kami mendapatkan kuih kami memilih tempat duduk didalam bas. Pilihan saya dan temanteman satu kelas adalah kerusi di bahagian paling belakang. Kami memilih kerusi di bahagian belakang agar kami leluasa untuk berbual dan tertawa bersama-sama. Setelah kami duduk barulah teman kami isti tiba. Isti datang sendirian dan semua orang ramai berteriak tanda kami sebentar lagi akan bertolak ke Melaka. Kerana Bas tidak boleh berangkat apabila isti belum tiba. Akhirnya kami pun berangkat ke Melaka. Dalam perjalan menuju Melaka yang mengambil masa 2 jam. Kami saling bercakap-cakap, bernyanyi dan tertawa bersama-sama. Kami berlaku demikan kerana hendak menewaskan rasa bosan yang menghampiri sebab tentulah 2 jam perjalanan apabila tidak melakukan aktifiti akan sangat membosankan. Dalam bas, kami senantiasa tertawa bersama kerana kami selalu mengejek teman kami Fandi. Fandi adalah budak Madura. Fandi diyakini ialah anak juragan Tembakau dan Sapi. Kami juga selalu mengejek Fandi sebagai seorang muka sapi kerana bualan itulah kami selalu tertawa sampai tak ingat kalau dalam bas itu tidak hanya kelas kami sahaja, tapi ada kelas lain juga dan pensyarahpensyarah kami. Kami sangat menikmati perjalanan menuju Melaka. Pukul 10.00 Tanpa terasa kami telah tiba di Melaka. Senang rasanya dapat tiba di tempat tujuan tanpa halangan dan rintangan. Perjalanan kami dari UKM sampai Melaka dapat dikatakan sangat lancar, tidak ada kami jumpai jam atau halangan-halangan semasa perjalanan. Tiba di Melaka, Bas kami berhenti di tempat lawatan pertama. Dalam jadwal lawatan kami, tujuan pertama yang akan dikunjungi ialah Taman Mini Malaysia. Taman Mini Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah taman tema, sebuah tempat yang paling sesuai untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keunikan budaya

masyarakat dari kesemua negeri di Malaysia. Tarikan utama taman ini adalah replica rumah-rumah

tradisional, yang setiap satunya telah dibina berasaskan senireka dan keunikan setiap rumah tradisional di kesemua 13 negeri di Malaysia. Di dalam setiap rumah, pelawat akan berpeluang menyaksikan sendiri keindahan kraftangan negeri berkenaan yang digunakan sebagai bahan hiasan di dalam setiap rumah yang dipamerkan. Selain menjadi bahan pameran, kraftangan ini turut menjadi bahan untuk membolehkan pelawat

mengenali setiap negeri di Malaysia dengan lebih dekat lagi. Pakaian tradisional turut dipamerkan di dalam beberapa buah rumah untuk tontonan umum. Walaupun dari pandangan umum semua rumah ini Nampak seakan-akan sama, mereka sebenarnya tidaklah serupa kerana setiap satu mempunyai identiti dan keunikan yang tersendiri. Selain rumahrumah tradisional ini, pelawat juga boleh menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan selain permainan tradisional. Demikian mengenai penjelasan tentang Taman Mini di Melaka, tempat pertama yang menjadi tujuan lawatan kami semua. Bermula ketika kami semuanya turun dari bas dan kami mulai menuju ke pintu utama taman mini Malaysia tersebut. Sebelum kami masuk, terlebih dahulu kami harus mendengarkan maklumat dari penjaga pintu taman mini Malaysia tersebut. Pemberi maklumat tersebut ialah seorang perempuan yang sangat cantik rupanya. Ia menggunakan tudung dan

berpakaian sangat bagus. Pemandu ini memberikan beberapa arahan agar para pelawat dapat mengerti apa saja yang ada didalam taman mini Malaysia tersebut sehingga ketika hendak pulang dari taman mini Malaysia pelawat dapat mengerti apa yang mereka lihat didalam tadi. Setelah mendengarkan maklumat mengenai taman mini Malaysia akhirnya kami pun diperbolehkan masuk, kami tidak perlu membayar tiket lagi kerana keseluruhan tiket telah ditanggung oleh panitia , sehingga kami dapat masuk dengan percuma. Setalah kami masuk ke dalam taman mini Malaysia tersebut kami sangat terkesan dengan apa yang kami lihat didalam. Banyak sekali rumah-rumah tradisional dari 13 negeri dimalaysia ini. Semua rumah tradisionalnya mencerminkan keunikan masing-masing. Setiap rumah kami masuki agar kami dapat mengerti dan memahami keadaan setiap rumah yang ada, dan tak lupa kami semua mengambil gambar dari setiap rumah tradisional itu. Kami masuki satu persatu rumah tradisional tersebut dan melihat-lihat kesemua isi dari rumah tradisional Malaysia tersebut. Saya sangat senang ketika masuk ke setiap rumah , saya merasa seperti berada di rumah sebenarnya dari warga asli setiap negeri di Malaysia. Satu rumah

tradisional yang sangat saya sukai adalah rumah tradisional negeri Selangor. Kenapa saya senang dengan rumah tradisional Negeri Selangor ini, kerana saya pada saat ini menjadi pelajar daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, yang mana terletak di Bangi, Negeri Selangor. Banyak yang saya dapatkan dari lawatan ke rumah tradisional ini selain ilmu saya juga mendapatkan pengalaman

yang sangat luar biasa. Di salah satu rumah tradisional kami menemukan didalamnya ada makanan khas negeri tersebut. Pertama-tama saya tidak mengira bahwa makanan tersebut mesti dibayar, saya menawarkan kepada teman saya untuk mengambil makanan yang disediakan di atas meja, namun ketika hendak mengambil kami diberitahukan penjaga daripada makanan tersebut untuk membayar tiga ringgit untuk dapat menikmati hidangan tersebut ditambah dengan kopi atau segelas teh. Kerana mesti membayar maka saya dan teman saya tidak jadi mengambil makanan khas tersebut dan bergegas keluar dari rumah tradisional tersebut sambil tertawa bersama. Disetiap rumah tradisional yang kami masuki kami tidak lupa untuk mengambil gambar dan melihat dengan penuh kepekatan untuk mengingat-ingat apa saja yang ada didalam rumah tradisional itu. Tidak semua rumah tradisional kami masuki kerana kami telah melewati batas lawatan untuk rumah tradisional, kami hendak meneruskan ke rangkaian program selanjutnya pada pukul 12.00 yakni melihat persembahan tarian tradisional dari beberapa negeri di Malaysia. Saya dan teman-teman tentunya sangat bersemangat untuk melihat persembahan tarian ini, maka kami terus bergegas untuk mencari tempat persembahan dilangsungkan. Akhirnya kami mengetahui bahwa tempat diadakannya persembahan tarian tersebut adalah di tengah tengah taman mini Malaysia. Pukul 12.00. Pada pukul 12.00 kami semua telah berkumpul bersama di pentas tempat persembahan tarian tradisional diadakan, sebenarnya kami telah terlambat beberapa minit sebab setelah kami sampai pada tujuan, persembahan tarian tradisional telah berada pada petengahan persembahan tarian tersebut. Saya dan teman saya merasa sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat pertunjukkan tersebut dengan penuh. Namun kekecewaan kami hilang ketika kami menyaksikan persembahan tarian tersebut yang sungguh menarik dan menggembirakan. Tarian yang pertama kami saksikan sebenarnya tidak begitu saya pahami kerana tarian tersebut memiliki banyak gerakan yang sangat sukar untuk diikuti, saya sangat menaruh kagum kepada keseluruhan penari yang memperagakan tarian tradisional sangat baik dan indah. Saya sangat menikmati tarian tersebut hingga sampai pada persembahan tarian terakhir. Persembahan tarian yang terakhir ini sangatlah berbeza dari persembahan tarian setakat lalu, sebab penari yang akan menari di pentas tidaklah seperti yang lalu, apabila yang lalu menggunakan 6 penari dalam satu pentas, namun setakat ini penarinya hanyalah satu orang sahaja, dan penari tersebut juga tidak memakai baju yang sama seperti penari

sebelumnya. Penari kali ini menggunakan baju tradisional yang sangat unik, sebenarnya baju tradisional yang dipakai penari ini memiliki kesamaan dengan baju tradisional suku dayak dalam negeri saya Indonesia sehingga membuat saya takjub dan terkesan.

Penari yang satu ini menurut saya bukanlah menari dengan sebenarnya, penari ini seperti hendak menunjukkan kepada pelawat mengenai teknik-teknik menggunakan senjata yang terbuat dari bambu panjang yang dibuat seperti paip dan kemudian digunakan untuk menembakkan pisau kecil yang tajam untuk menembaki mangsa. Sang penari pun memperagakan gaya menembak dengan bambu tersebut dan pada hujung acara, penari tersebut meminta dua orang pelawat untuk maju ke pentas agar dapat memperagakan atraksi serupa bersama-sama dengan penari tersebut. Dua orang pelawat tersebut terdiri dari dua orang lelaki, keduanya dimintakan untuk melakukan atraksi menembak dengan menggunakan bambu berbentuk paip panjang tersebut. Kedua pelawat ini pun tidak berjaya melakukan atraksi tersebut dikeranakan mereka tidak cukup lihai dalam memainkan senjata tersebut. Kerana kesal maka sang penari mencoba untuk mencari satu pelawat lagi yang dirasa mampu untuk melakukan atraksi tersebut. Tak lama setelah mencari akhirnya satu pelawat yang merupakan teman kami dalam lawatan bahasa melayu ini menjadi pelawat yang beruntung untuk mencobai atraksi tersebut. Kami semua menjadi sangat bersemangat dan tak mampu kawal diri sehingga berteriak-teriak untuk membuat suasana menjadi gaduh. Singkat cerita teman kami yang menjadi pencoba terakhir berjaya menembakkan pisau tajam tersebut tepat mengenai belon yang terikat disudut kanan pentas dan kami pun bersorak sorai dan dengan keras meneriakkan tahniaaaahh !!! serta bertepuk tangan. Itulah akhir cerita mengenai pertunjukkan tarian tradisional di taman mini Malaysia. Sungguh pengalaman yang tak terlupakan dan kami semua menuju ke bas untuk dapat bertolak menuju tujuan lawatan selanjutnya. Pukul 13.00 Pada waktu tengah hari kami semua sudah berada dalam bas untuk bertolak menuju tujuan lawatan berikutnya. Puan Azila seorang pensyarah bahasa melayu yang menjadi pemandu dalam rangkaian acara lawatan tersebut memberikan maklumat bahwa kami akan bertolak menuju Melaka atau lebih tepatnya menuju Muzium Maritim Malaysia. Ini adalah kali pertama saya dan teman-teman untuk melawat ke Muzium di Malaysia. Sebelumnya kami sudah pernah ke Melaka namun hanya sekedar jalan-jalan sahaja. Masa yang diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut diperkirakan 1 jam sahaja. Setibanya kami semua ditempat tujuan, bas berhenti disekitas lokasi tujuan lawatan selanjutnya dan kami dipersilakan untuk turun. Satu hal yang sangat disayangkan bahwa kami tidak mendapatkan makanan dari penyelenggara program lawatan ini, sehingga kami diharuskan untuk mencari sendiri makan siang. Akhirnya kami diberikan kesempatan untuk makan dan yang hendak shalat dapat shalat di surau di dekat tempat bas kami berhenti. Ini adalah awal dari cerita dimana saya,pulung,icy dan isti terpisah dari rombongan. Kami sebenarnya hendak mencari makan namun kami sebelum makan memutuskan untuk masuk kedalam gereja tua yang merupakan salah satu gereja bersejarah

di Asia. Kami masuk kedalam sekitar 15 minit, setelah puas melihat isi dari gereja tersebut kamipun terus keluar dan menuju tempat untuk membeli cindera mata. Icy dan isti berkali-kali mencoba untuk mencari topi bulat untuk dibeli, tetapi mereka tak mendapatkan yang berbaloi, setelah berminit-minit mencari topi yang berbaloi maka icy dan isti menemukan topi yang tepat dan kemudian membelinya. Setalah selesai dengan cindera mata, kami bertolak ke mall di tempat itu untuk mecari makan dan kami akhirnya masuk ke salah satu mall untuk makan disana. Disana kami memutuskan untuk memilik untuk makan Burger King dikeranakan tidak ada makanan lain yang lebih baik dan lebih jimat daripada Burger King. Setelah kami makan kami mendapat pemberitahuan bahwa bas akan berangkat dan bertolakke tujuan selanjutnya. Kamipun menjadi panic dan segera menuju tempat bas berhenti. Kami berjalan secepatnya supaya kami tidak tertinggal bas tersebut. Setelah kami tiba dalam Bas kami melihat teman-teman telah berada didalam bas, artinya hanya kami berempatlah yang ditunggu oleh teman-teman semua, kamipun menjadi tidak enak hati ketika menyadari bahwa kami menjadi orang yang ditunggu pada saat itu. Pukul 17.00 Setelah berada dalam bas, bas akhirnya berjalan dan sesegera meninggalkan lokasi tersebut dan bertolak menuju lokasi lawatan yang selanjutnya, kami sebenarnya tidak mengetahui dimana lokasi selanjutnya yang akan kami lawati, saya dan teman-teman hanya dapat bertanya-tanya akan soalan ini. Pada akhirnya puan menyampaikan maklumat selanjutnya dimana kami semua akan bertolak ke masjid terapung Melaka. Mesjid terapung Melaka ini menurut teman saya adalah masjid yang luar biasa, demikian yand dikatakan oleh bang azis. Perjalanan menuju masjid terapung tersebut kurang lebih mencapai 30 minit dari tempat kami yang lalu. Kamipun sangat menantikan agar bas tersebut dapat berjalan dengan cepat sehingga kami dapat sampai di masjid terapung tersebut dengan cepat pula. Ternyata apa yang kami harapkan terkabul bas dengan cepat bergerak menuju masjid terapung tersebut dan dengan cepat kami telah tiba dilokasi selanjutnya yaitu masjid terapung Melaka. Setelah kami tiba di masjid terapung Melaka,kami semua turun dari bas dan langsung menuju papan yang menuliskan tulisan nama masjid tersebut dan kami mengambil gambar bersama di situ dan setelah mengambil gambar, kamipun menuju ke tempat berkumpul ditempat itu puan dan encik yang telah ditunjuk sebagai tempat

telah menuggu dan besiap untuk memberikan

maklumat selanjutnya. Tetapi selain maklumat ternyata encik menciptakan suatu permainan, permainan tersebut seperti cerdas cermat dimana soalan-soalan yang dibentangkan untuk dijawab

adalah soalan-soalan yang terkait keseluruhan perjalanan lawatan kami ini, mulai dari taman mini Malaysia, musem maritime hingga pada perjalanan menuju tempat terakhir ini. Ada 4 soalan yang dibagi oleh encik keseluruhan soalan tersebut masing-masing dihadiahi sebuah hadiah cantik dari pihak penyelenggara lawatan Bahasa Melayu ini. Setelah permainan tersebut selesai dan hadiah pun telah diberikan kepada keseluruh penjawab, akhirnya kamipun dipersilakan untuk masuk ke Masjid terapung Melaka tersebut. Kami dengan cepat bertolak untuk dapat melihat isi dari masjid tersebut. Teman-teman yang beragama muslim tidak lupa untuk bershalat didalam masjid tersebut. Ketika teman-teman yang beragama muslim sholat didalam masjid tersebut saya dan icy mencoba untuk melihat-lihat isi dari masjid tersebut, saya dan icy adalah pelajar non-muslim, kami berdua beragama Kristen sehingga kami tidak tahu hendak berbuat apa didalam masjid maka kami sepakat untuk mengelilingi masjid dan melihat keindahan masjid itu. Setelah beberapa lama berpusing-pusing disekitar masjid saya dan icy tertarik untuk mencoba memakaikan icy tudung, teman-teman kami yang beragama muslin khususnya yang perempuan semua memakai tudung, sehingga membuat saya penasaran bagaimana rupa icy ketika memakai tudung. Akhirnya saya dan icy menuju tempat peminjaman tudung. Disana hanya ada beberapa tudung yang dapat dipakai, tetapi icy tidak menyukai jenis tudung yang ditawarkan sehingga icy tidak mahu memakai tudung tersebut, tapi saya cakap untuk pakai sekali sahaja. Setelah icy mencoba memakai tudung saya kemudian mengambil gambar icy dengan menggunakan tudung tersebut. Setelah beberapa lama menunggu teman-teman shalat akhirnya saya dan icy menuju belakang masjid untuk bertemu teman-teman yang telah selesai shalat, dan saya melihat mereka sedang menikmati hidangan berupa bihun dan beberapa kuih lainnya, ternyata masjid tersebut menyajikan makanan kepada para pelawat untuk dapat menikmati kebersamaan di masjid tersebut. Masjid ini berada di tepi laut Melaka, dari belakang masjid ini bang azis berkata bahwa kami dapat melihat Indonesia dari sini, akhirnya kamipun melihat kearah laut dan memang benar disana ada seperti daratan dan diyakini daratan tersebut adalah salah satu daratan Indonesia, saya hanya terkesan dan tidak menyangka bahwa sangat dekat sekali antara Melaka dengan Indonesia. Masjid ini juga terkenal dengan dengan nama Masjid Selat Melaka. Selat Melaka pada zaman dahulu adalah selat yang selalu menjadi rebutan dan seringkali terjadi konflik dikeranakan selat tersebut adalah selat yang sangat penting dalama lalulintas perdagangan dunia. Kami pun sangat takjub dengan keberadaan masjid ini. Didalam Masjid ada dua buah kerusi pijat yang menawarkan khidmat pijat bagi sesiapa yang merasa penat dan sakit badan, namun untuk menikmati kerusi pijat ini, pelawat dikehendaki untuk

membayar satu ringgit untuk tiga minit pemijatan tiga ringgit untuk 15 minit pemijatan dan lima ringgit untuk 30 minit pemijatan. Saya sangat tertarik untuk menikmati perkhidmatan ini sehingga saya memutuskan untuk duduk dan membayar satu ringgit untuk minit pertama. Saya amat menikmati pijata kerusi tersebut,luar biasa sekali rasanya penat-penat menjadi hilang dan saya merasa segar kembali. Setalah habis minit yang diberikan maka sayapun bertolak keluar untuk menemui tema-teman lainnya, kerana bas sebentar lagi akan bertolak pulang. Sayapun tidak mahu untuk tertinggal sehingga saya dengan cepat bertolak ke bas dan duduk ditempat saya semula. Dalam bas saya dan teman-teman kembali bercerita. Kami bercerita tentang perjalanan lawatan ini, kami sangat sennag dengan lawatan ke Melaka ini. Ketika bas hendak bergerak kamipun merasa puas dengan keseluruhan rangkaian lawatan yang telah kami lakukan sehingga kami masih terus membincangkannya dalam bas. Dalam bas kamitidak hanya berbincang dan berbual mengenai perjalanan lawatann ini, namun kami juga berbual mengenai rencana selanjutnya untuk kembali melawat Melaka kerana Melaka sungguh tempat yang sangat bagus dan elok ketika kita dapat merasakan keindahan yang diberikan Melaka ini. Dalam bas kami kemudia mengambil gambar bersama lagi dan saling bertukar cerita mengenai pengalaman diMelaka tadi. Ternyata banyak sekali pengalaman yang kami dapatkan sehingga kami dapat saling berbincang dan berbagi pengalaman bersama. Pukul 18.00 Akhirnya kami semua pun bertolak kembali ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Perjalanan yang ditempuh kira-kira menghabiskan masa 2 jam perjalanan. Namun kerana badan sudah sangat penat, kami semua tidur didalam bas, semua merasa sangat penat sehingga tidak ada lagi perbincangan, semua tertidur dengan pulas kerana penat yang melanda tubuh. Tanpa terasa bas sudah hamper tiba di daerah Bangi, tandanya sebentar lagi Universiti Kebangsaan Malaysia sudah dekat, akhirnya saya membangunkan teman-teman saya yang masih tertidur untuk bangun. Ternyata bas ini tidak hanya masuk ke UKM namun bas ini akan mengantarkan ke dua tempat dimana tempat-tempat tersebut dalah tempat kami duduk. Pertama-tama bas menurunkan teman-teman yang duduk di sekitar kawasan sungai tangkas, dan yang kemudian bertolak ke tempat selanjutnya yaitu hentian kajang, disini juga ramai teman-teman yang duduk di hentian kajang. Sebenarnya saya dan bang pulung harusnya turun di tempat perhentian pertama yaitu daerah sungai tangkas, namun saya dan bang pulung sudah berjanji untuk makan bersama teman-teman Bahasa Melayu saya. Akhirnya kamipun turun di Hentian Kajang, saya dan teman-teman mengucapkan salam perpisahan kepada encik amirul beserta isteri, encik dan puan kerana telah berjaya membuat lawatan ini sungguh menarik dan memberikan kesan dan pengalaman yang sangat indah.

Itulah laporan perjalanan lawatan Bahas Melayu ke Melaka sesuai yang saya rasakan dan saya lakukan ketika berada di Melaka, semua laporan yang saya tuliskan ini adalah yang sebenarbenarnya tanpa tambahan apapun. Akhir kata saya hendak mengucapkan beribu ucapann terimakasi kepada encik amirul sebagai pensyarah bahasa melayu saya yang sudah sangat luar biasa memberikan pengalaman belajar bahasa melayu dengan baik dan tentunya sangat menyenangkan. Semoga dilain kesempata kami semua masih boleh diajar oleh encik amirul. Terimakasi encik Amirul. Semoga berjaya selalu, tahniah !!!. Sekian Terimakasih.

Anda mungkin juga menyukai