Anda di halaman 1dari 21

BMM3111 SEMANTIK & PERISTILAHAN BM

FITUR DALAM BM Kelas makna Lewah dalam makna MAKNA LEKSIKAL DALAM BM Sinonim Antonim Hiponim Homonim Polisem

FITUR DALAM MAKNA

Kelas makna
1. Makna emotif Menurut Sipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:101) makna emotif adalah makna yang timbul akibat

adanya reaksi pembicara atau sikap pembicara


mengenai atau terhadap sesuatu yang difikirkan atau dirasakan. contohnya dengan kata kerbau dalam ayat Engkau

kerbau., kata itu tentunya menimbulkan perasaan


tidak senang bagi pendengar.
Dengan kata lain,kata kerbau tadi mengandung makna emosi.

2. Makna Konotatif Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana

makna konotatif cenderung bersifat positif, sedangkan


makna emotif adalah makna yang bersifat negatif (Fathimah Djajasudarma, 1999:9). Makna konotatif muncul sebagai akibat asosiasi perasaan kita terhadap apa yang diucapkan atau didengar. Misalnya, dalam ayat Anita menjadi bunga desa. Kata bunga dalam kalimat tersebut bukan bererti sebagai bunga di taman melainkan menjadi idola di desanya kerana kondisi fizikal atau kerana kecantikannya.

3. Makna Kognitif Makna kognitif adalah makna yang ditunjukkan

oleh acuannya, makna unsur bahasa yang sangat


dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa, objek atau gagasan, dan dapat dijelaskan berdasarkan analisis komponennya (Mansoer Pateda, 2001:109).

contohnya kata pohon bermakna tumbuhan


yang memiliki batang dan daun dengan bentuk yang tinggi besar dan kukuh. Inilah yang

dimaksud dengan makna kognitif kerana lebih


banyak dengan maksud fikiran.

4. Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda,

2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur


linguistik berupa kata-kata, kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda, peristiwa, proses atau kenyataan. Referen adalah

sesuatu yang ditunjuk oleh suatu lambang.


Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu, baik

benda, gejala, kenyataan, peristiwa mahupun


proses.

5. Makna Piktorikal Makna piktorikal menurut Shipley (dalam Mansoer Pateda, 2001:122) adalah makna yamg

muncul akibat bayangan pendengar atau


pembaca terhadap kata yang didengar atau dibaca.

Makna piktorikal menghadapkan manusia


dengan kenyataan terhadap perasaan yang timbul kerana pemahaman tentang makna kata yang diujarkan atau ditulis

LEWAH DALAM MAKNA


Didefinisikan sebagai berlebih-lebihan sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu, misalnya perkataan yang digunakan dalam ayat. Kelewahan, atau hal dan keadaan yang berlebih-lebihan ini sering ditemukan dalam komunikasi, sama ada komunikasi lisan ataupun

komunikasi tulisan.

Kelewahan merupakan fenomena yang memperlihatkan berlakunya penambahan ataupun pengulangan unsur yang sudah wujud dan pada hakikatnya tidak diperlukan lagi.

Dalam bahasa Melayu, konsep kelewahan berlaku disebabkan pelbagai keadaan seperti

pengulangan perkataan seperti semua guru-guru,


segala bahan-bahan, kebanyakan buku-buku, dan sekawan burung-burung.

Bentuk-bentuk ini akan menjadikan ayat yang dibina tidak gramatis. Penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan turut menjadikan perkataan tersebut

mempunyai unsur kelewahan. Contohnya ialah


memperbesarkan, memperolehi, dipersetujui, dan diperhalusi. Yang betul ialah memperbesar,

memperoleh, disetujui, dan dihalusi.

Pengulangan kata sendi nama secara berturutan turut

disinggung sebagai kelewahan seperti selain daripada


itu dan demi untuk. Kebanyakan pengguna bahasa, khususnya para guru dan pelajar sering didedahkan berkenaan hal ini. Kelewahan telah diberikan penilaian yang negatif, iaitu sebagai bentuk-bentuk yang salah atau tidak gramatis berdasarkan aturan tatabahasa pegangan.

Tanpa menafikan hakikat bahawa bahasa sepatutnya diujarkan atau ditulis dengan paling baik, sempurna,

dan tanpa sebarang kesilapan, seharusnya kita turut


menyedari bahawa bahasa merupakan alat utama untuk berkomunikasi dan penekanan, pengulangan,

mahupun penegasan dalam keadaan-keadaan


tertentu akan menguatkan mesej yang hendak disampaikan. Kelewahan adakalanya memperlihatkan

falsafah yang dimanifestasikan melalui akal, aspirasi,


nilai, dan adat yang didukung oleh masyarakat Melayu.

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU

SINONIM

Sinonim adalah suatu perkataan yang mempunyai bentuk yang

berbeza tetapi mengandungi erti atau pengertian yang sama.


a. b. c.

Sinonim juga disebut sebagai makna yang sama. Terdapat empat jenis sinonim iaitu:

Sinonim berdasarkan pinjaman


Sinonim berdasarkan konteks Sinonim berdasarkan laras sosial

d.

Sinonim berdasarkan kolokasi


Contoh:

Haus dahaga

Betul benar

ANTONIM

Antonim adalah suatu perkataan yang ertinya


berlawan antara satu sama lain.

Antonim juga disebut sebagai kata lawan. Konsep perlawanan makna berbeza bagi kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

a.
b. c.

Jual lawannya beli (kata kerja)


Tidur lawannya jaga (kata kerja) Kurus lawannya gemuk (kata adjektif)

ANTONIM

Terdapat tiga jenis antonim. Antonim berpasangan


Suami lawannya isteri Malam lawannya siang

Antonim berperingkat

Tua lawannya muda Besar lawannya kecil

Antonim berhubungan

Guru lawannya murid

Turun lawannya naik

HIPONIM

Hiponim adalah ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan lain.

Bunga mawar

raya melur cempaka tulip

kemboja

HOMONIM

Homonim adalah satu perkataan yang mengandungi

makna yang berbeza tetapi sebutan atau ejaan yang


berbeza.

Perkataan yang mempunyai sama sebutannya, disebut

homofon.

Mereka : kata nama Mereka : kata kerja (mencipta)

Perkataan yang mempunyai sama bentuk ejaannya,


disebut homograf.

Sepak : menendang

Sepak: menampar

POLISIM

Polisim adalah perkataan yang mengandungi banyak makna.

Wujudnya banyak makna untuk sesebuah perkataan

boleh disebabkan oleh keadaan semula jadi dan


juga konteks. Ini menimbulkan polisim tulen dan polisim konteks.

Contoh:

Daki I kotoran Daki II panjat

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA