Anda di halaman 1dari 199

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Penghayatan Karya Agung Melayu


(KRB3063)
Penulis: Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani Prof. Madya Dr. Abd. Rahman bin Napiah (Mana Sikana) Dr. Hj. Mohd. Rashid bin Md. Idris Dr. Hj. Naffi Mat

PUSAT PENDIDIKAN LUAR 2013

Penghayatan Karya Agung Melayu 1

UNIT 1 PENGENALAN KARYA AGUNG MELAYU

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini anda dapat: 1) 2) 3) 4) Menjelaskan takrifan karya agung Melayu, Mengklasifikasikan unsur-unsur dalam karya Melayu terpilih mengikut ciri-ciri umum karya agung Melayu, Mengenal pasti faktor-faktor yang memungkinkan kehadiran karya agung dalam dunia persuratan Melayu, Memahami hubungan karya agung Melayu dengan kebijaksanaan akal budi orang-orang Melayu.

PENDAHULUAN Unit ini memberi gambaran awal tentang takrifan karya agung secara umum. Takrifan umum itu kemudiannya dikaitkan dengan konsep karya agung dalam konteks dunia Melayu.Perbincangan seterusnya dihubungkan dengan ciri-ciri yang mengangkat karyakarya berkenaan sebagai Karya Agung Melayu. Pada bahagian berikutnya dibicarakan pula fungsi yang dimainkan oleh karya-karya Agung Melayu yang seterusnya dikaitkan dengan keunggulan atau kebijaksanaan akal budi bangsa Melayu yang tercermin dalam karya agung Melayu

KONSEP Tamadun sesuatu bangsa adalah warisan daya cipta bangsa itu yang dapat dikesani dan dihayati melalui karya-karya terdahulu yang ternukil oleh bijak pandai: karyawan, seniman, pemikir, ahli falsafah dan ilmuan bangsa itu (Hassan Ahmad 2005). Karyakarya ini dianggap sebagai karya agung. Oleh itu, karya agung dalam konteks dunia Melayu boleh ditakrifkan sebagai karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya

Penghayatan Karya Agung Melayu 2

penceritaan yang luar biasa. Maksud luar biasa ini dapat kita lihat dan rasakan apabila kita mengkaji cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, sama ada secara sedar, spontan, atau secara terancang, bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan hidup, mesej dan lain-lain (Hassan Ahmad2005). Tegasnya karya agung ialah karya ulung yang meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Yang dimaksudkan dengan karya ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan nilai budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran atau psyche dan ingatan bersama bangsa itu sepanjang sejarahnya.Unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan semestinya hadir dalam karya seperti itu. Takrif yang asas ini menjadi dasar untuk menghuraikan konsep dan ciri-ciri Karya Agung Melayu atau Dunia Melayu.Karya itu menjadi pembentuk dan cermin budaya dan tamadun bangsa yang melahirkan karya itu.

Kesimpulannya dapatlah dirumuskan karya agung (dikenali sebagai the great works dan great books dalam bahasa Inggeris) ialah karya yang dianggap oleh pelbagai institusi dan badan berautoriti sebagai karya yang mencerminkan kehebatan sesuatu bangsa melalui amalan cara hidup, adat istiadat, falsafah, nilai ilmu dan seumpamanya. Dengan kata lain, karya agung merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Mortimer Adler (1961) menyenaraikan tiga (3) sifat utama sesuatu karya agung:

Karya yang dapat dikaitkan dengan masalah dan isu masa kini, Karya yang tidak jemu dibaca berulang kali. Karya yang bersesuaian dengan pemikiran yang hebat dan boleh mengisi minda individu sehingga masa kini.

Karya agung melambangkan keunggulan daya cipta bangsa itu untuk membentuk tradisi dan identitinya yang tersendiri. Tamadun Greek, Cina, India, Mesir dan bangsa-bangsa yang lain dikenali melalui karya seni, pemikiran, falsafah, sastera dan dicetuskan oleh pemikir, seniman dan sasterawan zaman dahulu kala mereka yang mampu meninggalkan pengaruh yang besar dan kekal sepanjang zaman, dipelajari, dijadikan petua, dikekalkan atau dicerna oleh keturunan berikutnya sehinggalah

Penghayatan Karya Agung Melayu 3

hasilnya menjadi tradisi dan warisan bangsa hingga ke zaman ini (Hassan Ahmad 2005).

Karya Agung Melayu Berdasarkan konsep karya agung yang dibincangkan terdahulu, maka Karya Agung Melayu ialah karya yang melambangkan keunggulan daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu dalam menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk sastera dan seni yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah kekal sepanjang zaman dalam minda kolektif bangsa Melayu. Tamadun Melayu sepanjang zaman banyak sekali dibentuk dan diwataki oleh tradisi sastera ini. Karya Agung Melayu bererti karya agung yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan (pepatah, pantun, lipur lara, dan lain-lain) dalam bahasa Melayu, tanpa mengambil kira kelompok mana bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, atau orang Melayu Brunei, Aceh, Bugis, Minangkabau, dan selainnya yang menghasilkan karya itu. Dengan perkataan lain, sempadan geografi dan etnik tidak timbul. Yang penting karya berkenaan mampu mencetuskan unsur-unsur pemikiran, sistem nilai dan kepercayaan, falsafah atau pandangan hidup bangsa Melayu turun-menurundalam bentuk dan gaya yang hebat dan mengesankan..

Bentuk Karya Agung Sesuatu karya untuk menjadi tonggak keintelektualan sesuatu bangsa pastinya perlu berbentuk tulisan kerana melalui tulisan sahaja sesuatu karya dapat dikenal segala maklumat yang berkandung di dalamnya, sekali gus menggambarkan kehebatan bangsa tersebut. Dalam konteks karya agung Melayu, asalnya karya itu kebanyakannya dalam bentuk lisan tetapi melalui usaha-usaha yang terkemudian, bahan-bahan lisan itu ditulis dan dibukukan bagi menjamin kelangsungannya. Melalui tulisan, dapat dikenal keindahan bahasa yang digubah dan jalinan fikir yang diungkap sehingga ke hari ini.

CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU Sesebuah karya kesusasteraan diangkat sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri yang ada pada karya berkenaan.Namun, perlu diingat bahawa tidak ada ukuran yang sejagat berkaitan ciri-ciri ini.Hal ini demikian kerana setiap karya sastera lahir daripada tradisi, budaya dan tamadun yang berbeza-beza.

Penghayatan Karya Agung Melayu 4

Penelitian ciri-ciri Karya Agung Melayu dibuat berdasarkan aspek-aspek yang berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Pemikiran dalam Karya Agung Estetika dan Kepengarangan Karya Agung Nilai Budaya dan Pandangan Hidup dalam Karya Agung Melayu Nilai Ilmu dalam Karya Agung Melayu Falsafah dalam Karya Agung Klasik dan Moden

i) Pemikiran (Isi dan Mesej) Dalam Hikayat Hang Tuah (HHT) kita banyak disogokkan dengan kehebatan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu meneroka bukan sahaja dunianya tetapi juga dunia luar (Rom, India, China, Arab) termasuk juga alam ghaib. Isinya yang padat dengan pelbagai episod, peristiwa, kejadian: kehebatan paras rupa yang tiada tolok bandingannya, para hulubalang yang gagah perkasa, persengketaan, kekejaman, hasad dengki dan pelbagai mala petaka. Ceritera yang begitu luas bertujuan semata-mata untuk menonjolkan kebesaran dan kekuasaan raja atau kerajaan Melayu. Kedatangan Islam,misalnya walaupun diselit dgn unsur metos/Hindu mempunyai pemikiran yang tersendiri untuk menggambarkan kehebatan. Sebagai contoh untuk menunjukkan keabsahan asal usul raja-raja Melayu pengarang mengatakan bahawa raja Melayu diturunkan oleh Allah Taala dari keinderaan (HHT: 8). Dalam Salatal al-Salatin (SAS) raja Melayu dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain seorang raja yang hebat dari bangsa Yunani yang dikatakan beriman dengan agama Nabi Ibrahim. Raja Iskandar mengalahkan Raja Kida Hindi dari benua India, lalu disuruhkan oleh Raja Iskandar Raja Kida Hindi itu membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah jadi Islam dalam adama Nabi Allah Ibrahim (SAS: 4). Keperkasaan dan keagungan kerajaan Melayu-Islam dilukis secara cukup hebat oleh bijak pandai sastera hikayat Melayu melalui keperkasaan dan kebijaksanaan hulubalang yang setia, iaitu Laksamana Hang Tuah yang begitu gagah mengalahkan pahlawan Majapahit dan seluruh raja dan negeri Nusantara menjadi takluk atau tunduk kepada raja Melaka. Turut dipaparkan juga kepintaran Hang Tuah yang meghatasi kepintaran rakyat China sehingga Sultan Melaka dijadikanmenantu raja China, Dalam SAS ada diceritaka betapa penyakit raja China sembuh kerana meminum air basuh kaki Sultan Melaka (SAS: 112-113) Namun, terdapat unsur unsur mitos yang seakan-akan tidak masuk akal dalam kedua-dua karya HHT dan SAS. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan juga kezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada

Penghayatan Karya Agung Melayu 5

suatu ketika dahulu. Dalam kitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah adat Melayu tidak menderhaka begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu.

(ii)

Estetika dan Seni kepengarangan

Keagungan karya-karya Melayu terpancar melalui kebijaksanaan dan kehandalan pengarangnya menyampaikan ceritera.Pada asasnya pengarang karya tradisional (kebanyakan tidak diketahui namanya) adalah seba gai pewaris yang empunya ceritera.Oleh itu sering digunakan istilah atau ungkapan, seperti menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah, dan seumpamanya.Hal ini menggambarkan karya tradisional Melayu adalah milik bersama anggota masyarakat. Dan pada masa yang sama karya itu bertujuan untuk menegur raja secara yang halus: Teknik warisan bercerita adalah ciri yang menonjol dalam karya Melayu tradisional. Pengarang memanfaatkan pelbagai kaedah, misalnya dengan menggunakan unsur humor, unsur ingin mengetahui kisah selanjutnya, unsur romatis, realisme, idealisme, kias ibarat, teknik orang ketiga, dan teknik dedaktik. Penggunaan seni bahasa dalam karya agung menampakkan unsur kreativiti dan keindahan. Sulaman gurindam, pantun, seloka, syair, peribahasa dan seumpamanya menjadikan mesej yang disampaikan cukup berkesan.Gaya bahasa yang digunakan padat, ringkas dan bersahaja dan terdapat penggunaan kepelbagaian teknik, seperti metafora, hiperbola, superlatif dan selainnya. Contoh yang berikut memperlhatkan betapa hebatnya pemilihan kata yang digunakan sehingga member kesan yang mendalam kepada pembaca tentang gambaran alam yang begitu rinci.

Alamat Hari Nak siang Tengah malam sudah terlampau Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang

Penghayatan Karya Agung Melayu 6

Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang (Hikayat Malim Deman: 4)

(iii)

Nilai budaya dan pandangan hidup

Melalui karya Melayu tradisional terserlah gambaran jelas tentang budaya dan pandangan hidup orang Melayu.Penggunaan puisi dan peribahasa dalam karya Melayu berkaitan dengan kepekaan pengarangnya terhadap keindahan alam. Di samping itu dalam karya Melayu agung orang Melayu digambarkan sebagai masyarakat yang kuat berpegang pada adat dan mengamalkan cara hidup hormatmenghormati, sopan santun Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah, misalnya memberi gambaran yang cukup banyak tetang adat raja dan kerajaan: adat meminang, adat mengirim surat, adat menjamu hidangan diraja, adat berpakaian orang besar, adat memberi persalinan, adat menymbah raja dan selainya.

(iv)

Nilai ilmu

Dalam karya tradisional Melayu terdapat gambaraj yang menyeluruh tentang budaya ilmu orang Melayu. Istilah: pandai besi, pandai keris. Ilmu yang berasaskan pengalaman dan pemerhatian sangat dipentingkan daripada ilmu yang bersifat abstrak. Nilai ini digambarkan melalui istilah pandai, seperti pandai besi, pandai keris, pandai emas dan sebagainya. Pun begitu masyarakat tradisional menghormati orang yang menguasai ilmu batin (mistik), ilmu ramalan dan ilmu bahasa.Sebagai contoh Hang Tuah digambarkan sebagai seorang intelek yang memiliki ilmu firasat, ilmu mistik, menguasai dua belas bahasa asing. Budaya berguru kepada orang yang alim dan pandai ilmu juga sangat dipentingkan dalam masyarakat Melayu tradisional.Pantun: saya budak baru belajar, kalau silap tolong tunjukkan adalah contoh manifestasi nilai limu. Dengan kedatangan Islam, nilai ini semakin bertambah. Tokoh-tokoh sepertiHamzah Fansuri, Naruddin al-Raniri terkenal dengan penulisan karya yang mengandungi

Penghayatan Karya Agung Melayu 7

nilai llmu agama, melalui kitab-kitab seperti Ilya Ulum al-din, Siyar al-Salikin dan seumpamanya.

Perbincangan aspek-aspek ciri karya Melayu agung di atas secara lebih rinci boleh diikuti dalam Unit 4 hingga Unit 9.

KEHEBATAN KARYA AGUNG Karya agung Melayu adalah cetusan akal fikiran Melayu yang luar biasa. Kita boleh melihat keluarbiasaan akal Melayu ini pada dua tahap keupayaan mentalnya, iaitu i) keupayaannya berfikir secara kreatif melalui kaedah atau proses mental yang dapat kita sebut kaedah metafora, yakni kaedah berfikir melalui perumpamaan, perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat, untuk menyampaikan sesuatu konsep yang abstrak dengan menggunakan sesuatu benda daripada alam nyata sebagai analoginya, dan kebolehan mentalnya untuk menyusun fikirannya dalam bentuk pengungkapan yang sangat berstruktur.

ii)

Peribahasa dan pepatah banyak sekali menggunakan kaedah berfikir secara kiasan, perumpamaan, dan perbandingan.Dalam hikayat atau cerita Melayu kaedah ini juga banyak digunakan. Sebagai contoh, dalam Sulalat al-Salatin(SAS), pengarangnya menjelaskan konsep hubungan antara raja dengan rakyat melalui bahasa metafora. Raja dikatakan seumpama pohon, manakala rakyat seumpama akar. Kata pengarangnya, pohon tiada akan berdiri jika tiada akaryang bermaksud: pohon bererti payung atau penaung manakala akar bererti tunjang pohon. Secara harfiah (literal) maksud pengarang raja berperanan sebagai payung atau penaung kepada rakyat, dan rakyat adalah tunjang atau pendukung raja atau kerajaan, bukan sebagai hamba raja. Ini adalah pandangan sarwajagat atau world-view Melayu-Islam tentang kuasa dan peranan pemerintah sebagai khalifah yang mengur uskan hal ehwal negara dan rakyat sebagai pemegang amanah dari Tuhan. Menurut Aristotle, orang yang mampu berfikir secara metaforik atau metafora, mereka adalah manusia genius dan saya rasa kebanyakan karya Melayu dihasilkan oleh manusia Melayu geliga akalnya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 8

Cara pemikir Melayu menyusun fikirannya secara berstruktur terpancar pada struktur puisi tradisional Melayu, iaitu pantun. Dalam pantun Melayu, kita dapat melihat bagaimana pemantun mencurahkan fikiran dan perasaannya dalam struktur dan penggunaan bahasa yang berangkap dan beritma. Daya kreativiti akal Melayu dalam karya itu jelas luar biasa kerana karya itu dicetuskan secara lisan dan secara spontan, dan diungkapkan oleh pemantun yang buta huruf, yang tidak pernah belajar bahasa Melayu secara formal. Bolehkah Shakespeare menandingi kebolehan akal Melayu ini?

Faktor Penghasilan Karya Agung Melayu

Ada tiga faktor utama yang menggalakkan penghasilan Karya Agung Melayu. Faktorfaktor itu adalah: 1) Kekuatan bahasa Melayu 2) Pengaruh Islam 3) Peranan istana

1) Kekuatan Bahasa Melayu Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca sekian lama di pesisir Selat Melaka khususnya dalam dunia perdagangan. Lebih penting daripada itu bahasa Melayu pada masa yang sama berupaya menjadi perakam dan pengungkap budaya tinggi. Bukti-bukti pada batu-batu bersurat (prasasti) di Sumatera pada abad ke-7, ke-8, dan ke-9 Masihi sudah cukup membuktikan kemampuan bahasa Melayu mengungkap budaya tinggi yang dipengaruhi dari kedatangan tamadun Hindu. Walaupun tamadun Hindu mempengaruhi alam Melayu pada ketika itu, bahasa Sanskrit tidak mampu menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan atau sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Malah bahasa Melayu turut menjadi bahasa istana semasa kerajaan Srivijaya menguasai Palembang pada abad ke 12 dan ke-13 Masihi. Kerajaan Srivijaya pada ketika itu menjadi pusat pengajian agama dan falsafah Buddha. Kehebatan ini diakui sendiri oleh I-Tsing yang singgah di Palembang dari China untuk ke India dengan mengatakan bahasa yang digunakan di situ adalah bahasa Kwanlun, iaitu bahasa Melayu. 2) Pengaruh Islam Keadaan mula berubah apabila Islam muncul ke dalam alam Melayu. Dengan penubuhan kerajaan Melayu-Islam di Perlak (Pasai) pada abad ke-12 dan ke-13

Penghayatan Karya Agung Melayu 9

Masehi, pengaruh kerajaan Srivijaya mula hilang pengaruh. Islam berkembang secara populis (tidak terbatas dalam kalangan ulama sahaja seperti pada zaman Srivijaya). Bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa rakyat yang kemudian diperkukuh dengan abjad Arab. Pengaruh tulisan Arab memulakan zaman baru, iaitu zaman perkembangan ilmu dan pemikiran Melayu yang berpaksikan kepada ajaran tauhid dan pandangan sarwajagat Islam.

3) Pengaruh Istana Istana kerajaan Melayu-Islam memainkan peranan penting menggalakkan aktiviti penulisan sebagai wadah pembentuk warisan bangsa. Tun Seri Lanang (pengarang Sejarah Melayu/Sulalat al-Salatin) telah menjelaskan hal ini dalam mukadimahnya seperti yang berikut:

diperbuatkan hikayat perteturun segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya, supaya didengar oleh anak cucu kita yang kemudian dari kita dan diketahuinyalah segala perkataan, syahadan beroleh faedahlah mereka itu daripadanya.... Maka fakir karanglah hikayat ini dan fakir himpunkan dariapad segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan duli hadhtat baginda (Sulalat al-Salatin, 1997: 3 4).

Melayu sebagai Bangsa yang Bebas dan Berdaulat Apabila pengarang Melayu hendak menyatakan sifat bangsa Melayu atau negara Melayu sebagai bangsa yang mencintai kebebasan dan tidak rela menyembah kuasa asing, dia tidak menjelaskannya secara langsung atau secara teoretikal tetapi menyampaikan mesej itu melalui episod cerita. Misalnya, pengarang Sulalat alSalatin(SAS) menceritakan kisah rombongan raja Melaka yang membawa surat untuk menyampaikan sembah raja Melaka kepada raja China yang sudah menjadi bapa mertua raja Melaka (Sultan Mansur Syah) terpaksa singgah di Brunei kerana pelayaran mereka dipukul ribut. Raja Brunei, setelah membaca surat rombongan Melaka itu, bertanya perutusan Melaka itu secara menyindir: Berkirim sembahkah Raja Melaka kepada Raja China? Maka rombongan Melaka itu berpatah balik ke Melaka, tidak jadi meneruskan perjalanan ke negeri China. Kemudian pengarang mencipta satu lagi episod: Raja China mengidap penyakit yang tidak dapat diubati oleh segala tabib Cina. Apabila penyakit itu sembuh dengan air

Penghayatan Karya Agung Melayu 10

mandi dan air basuh kaki raja Melaka (menantu raja China), raja China memberitahu para pegawainya: Adapun segala anak cucuku, jangan lagi berkehendakkan sembah kepada Raja Melaka, datang kepada anak cucunya, tetapi muafakat, berkasih-kasihan juga (SAS: 113). Itulah cara akal Melayu memberitahu kuasa besar pada zaman itu bahawa bangsa dan negeri Melayu adalah bangsa dan negeri yang berdaulat dan bebas politik, tidak mahu menyembah kuasa asing. Fakta sejarah tidak penting. Yang penting adalah pandangan Melayu tentang dirinya dan bangsanya. Ini dilakukan melalui cerita, melalui kiasan dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk menjelaskan dan menyebarkan pandangan itu. Ini contoh akal kreatif Melayu.

Bagaimana Karya Agung Melayu Menyampaikan Konsep Keadilan Melayu Apabila orang Melayu memeluk agama Islam, mereka berkata, Adat bersendikan Kitab maka itulah pedoman hidup Melayu bermasyarakat yang dibentuk oleh Islam dan amalan Melayu yang sesuai sebelum Islam. Apabila orang Melayu berkata Biar mati anak jangan mati adat itulah prinsip peraturan undang-undang (rule of law) atau pandangan Melayu tentang kedaulatan hukum. Apabila orang Melayu berkata Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah, ini adalah akal budi Melayu tentang keadilan pemerintah yang dibentuk oleh prinsip keadilan Islam dan prinsip keadilan Melayu seperti yang diungkapkan melalui kata-kata bernas Biar mati anak jangan mati adat. HHT menyampaikan prinsip dan mesej ini kepada anak cucu bangsa Melayu dengan mencipta episod Hang Jebat menderhaka terhadap rajanya kerana raja sudah bertindak zalim atau tidak adil. Raja menyedari kesalahannya. Tetapi Hang Jebat tidak membawa apa-apa perubahan atau reformasi; dia juga melakukan keganasan dalam istana yang ditawannya. Maka timbul anarki, timbul huru-hara dalam negeri. Akal Melayu menyelesaikan masalah ini dengan membawa Hang Tuah ke gelanggang penentuan. Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah, bererti anarki dihapuskan demi kestabilan negara. Inilah mesej yang dapat kita baca daripada karya agung Melayu yang luar biasa ini. Inilah tamadun Melayu yang kekal sepanjang zaman hingga sekarang.

Citra Melayu Yang Unggul Apa dia yang dikatakan citra atau imej Melayu yang unggul? Jawapannya ada dalam Hikayat Hang Tuah (HHT). Dalam hikayat ini, akal Melayu mahu mengenal atau memperkenalkan dirinya dan diri bangsanya sebagai bangsa yang beradab, bermoral tinggi, tidak melakukan rasuah, tidak mengkhianati bangsa dan negaranya tetapi bangsa dan taat kepada negerinya, bangsa yang mencintai ilmu, berani kerana benar, mencintai kebebasan dan sebagainya. Inilah imej Melayu yang cuba dibentuk oleh pengarang HHT melalui wataknya, Hang Tuah, sebagai model unggulnya. Dalam HHT

Penghayatan Karya Agung Melayu 11

dia digambarkan berasal dari keturunan keluarga miskin, tetapi kerana sifat tahu bahasanya (yakni, tahu adat), sudah khatam Quran, dan berani, dia menarik perhatian bendahara Melaka, lalu Hang Tuah dipanggil berkhidmat dengan raja Melaka. Sifat yang ditonjolkan pada watak ini ialah sifat megah atau bangganya terhadap bangsa dan negeri atau kerajaannya, sifat keberaniannya, kejujurannya, kebijaksanaannya, beradat, bermoral tinggi, misalnya, dia tidak mementingkan harta dan kekayaan, dan tidak mengamalkan rasuah, tidak minum arak. Selain ini, Hang Tuah digambarkan sebagai manusia yang mencintai ilmu; dia mengetahui 12 atau lebih bahasa sama ada ini benar atau tidak, soal empirikal ini tidak timbul, yang penting adalah mesejnya, iaitu untuk menjadi bangsa Melayu yang dapat menjalankan tugas sebagai diplomat yang dihormati oleh raja-raja asing, dia hendaklah mahir bertutur dalam bahasa kerajaan asing itu. Ke mana sahaja Hang Tuah pergi ke Majapahit, ke negeri China, ke benua India, ke Rum (Turki), ke Mesir, Mekah dan Madinah sebagai wakil raja atau kerajaan atau bangsa dan negaranya, dia mempertahankan nama bangsanya apabila dicabar, mengharumkan nama bangsa dan negaranya dengan kebolehannya bertutur kata dalam bahasa negeri yang dilawatinya dan melalui kepintaran akalnya dan keberaniannya. Dengan kata lain, watak Hang Tuah mewakili citra Melayu the Malay image yang unggul, yang terbaik, tidak yang terjahat dan buruk. Mesej pengarang HHT adalah: orang Melayu seperti Hang Tuah itulah yang dapat mempertahankan maruah bangsa dan negaranya, tidak orang yang mementingkan dirinya, mengamalkan rasuah, orang yang tidak bangga terhadap bangsanya, tidak mencintai ilmu, tidak bijaksana dalam pemikiran dan tindakan dan kelakuannya.

Binaan Tamadun Melayu Tamadun Melayu dibina oleh orang Melayu yang pandai berfikir dalam bahasanya, orang Melayu yang mencintai ilmu, orang Melayu yang imejnya adalah seperti yang digambarkan atau ditakrifkan oleh pengarang HHT, seperti yang tersebut di atas. Orang Melayu dahulu pandai menggunakan bahasanya dengan baik, betul dan indah, walaupun mereka tidak mempelajari bahasa ini secara formal. Oleh sebab mereka berfikir dalam bahasa Melayulah akal mereka dapat ditajamkan, dijernihkan dan dapat menjadi alat pembinaan tamadun yang tinggi melalui karya agung Melayu itu. Akal Melayu itu tidak dikacau oleh bahasa kedua, bahasa asing. Dengan demikian si pemantun, pencetus pepatah dan peribahasa Melayu, misalnya, bebas untuk mengetahui atau menguasai bahasanya secara intuitif, atau menurut teori Noam Chomsky, secara innate, yakni mengetahuinya dari dua sumber asli yang sudah ada dalam dirinya atau dalam otaknya sebagai anugerah Tuhan, iaitu mental grammar dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 12

kamus mental. Dia tidak bergantung pada buku nahu dan pada kamus buku (tulisan) untuk mendapatkan kata-kata yang betul dan tepat.

RUMUSAN Dalam Unit ini anda telah didedahkan dengan pandangan umum tentang karya agung Melayu. Dalam Unit-unit yang berikutnya anda akan didedahkan pula dengan aspekaspek lain yang menhadi pengisian karya-karya agung Melayu. Aspek-aspek yang dianalisis nanti diharap dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah.

RUJUKAN Adler, J. Mortimer (1969).Great ideas from the great books. London: Pocket. Aitchison, Jean (2003). Words in the mind: An introduction to the mental lexicon. Oxford, London: Blackwell. Braginsky, V. I. (1998). Yang indah, berfaedah dan kamal. Sejarah sastra Melayu abad 7-19. Jakarta: INIS. Hassan Ahmad. (1992). Tingginya Daya Kreativiti Bangsa Melayu. Dlm. Dewan Masyarakat, Julai 1992. Hassan Ahmad. (Ketua Ed.) (2005). Pengenalan konsep dan gagasan karya agung, Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Iskandar, T. (1995). Kesusasteraan klasik Melayu sepanjang abad. Brunei: Jabatan Kesusasteraan Melayu, Universiti Brunei Darussalam. Kassim Ahmad (1995). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kassim Ahmad (Ed.) (1997). Hikayat Hang Tuah : Satu Pengenalan Tambahan. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh (Ed.) (1997). Sulalat al-Salatin (Edisi Karya Agung). Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hawa Salleh. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 13

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. karya agung dunia Melayu pemikiran nilai budaya pandangan hidup nilai ilmu seni kepengarangan falsafah akal budi Melayu tamadun Melayu

1. Apakah yang dimaksudkan dengan karya agung? 2. Bagaimanakah pemikiran karya Melayu agung boleh diserapkan dalam kehidupan kita seharian? 3. Senaraikan aspek-aspek yang menjadi ciri utama karya Melayu agung.. 4. Terangkan kaitan Hang Tuah dalam membina citra Melayu agung. 5. Dalam karya Sulalat al-Salatin ada digambarkan kehebatan bangsa Melayu melalui watak rajanya. Nyatakan pemikiran yang ingin disampaikan melalui peristiwa yang anda telah baca dalam karya berkenaan. .

Penghayatan Karya Agung Melayu 14

UNIT 2 KORPUS KARYA AGUNG MELAYU


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir Unit ini, anda dapat : 1. 2. 3. 4. Mengklasifikasi karya-karya agung Melayu mengikut jenisnya. Mengenal pasti bentuk penghasilan karya-karya agung Melayu. Memahami ciri-ciri khusus karya agung Melayu mengikut jenis. Membezakan ciri-ciri karya agung klasik dan moden.

PENDAHULUAN Unit ini akan membincangkan tentang korpus karya agung Melayu bagi zaman klasik dan zaman moden. Karya klasik akan dibicarakan secara kronologi mengikur zaman pertumbuhan dan perkembangannya,iaitu zaman sastera rakyat, zaman Hindu dan zaman Islam. Sementara bagi korpus zaman moden dibicarakan genre-genre yang muncul pada zaman itu, iaitu sajak, cerpen, novel dan drama.

KONSEP SASTERA RAKYAT Sastera rakyat adalah nama yang diberikan untuk karya sastera yang dilahirkan pada zaman orang-orang Melayu yang hidup dalam budaya yang masih tertutup. Ia dalah karya sastera masyarakat Melayu lama, yang disampaikan dari mulut ke mulut melalui tradisi lisan, diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Dalam proses itu telah berlaku tokok-tambah untuk menyedapkan cerita dan disesuaikan dengan keadaan pendengar. Karya sastera ini tiada nama pengarangnya , tiada masa dan tarikh dicipta dan ia dimiliki bersama oleh masyarakat .Karya yang dihasilkan juga berkait rapat dengan cara hidup dan kepercayaan masyarakat Melayu klasik seperti kepercayaan animisme yang terjelma dalam jampi, serapah dan mantera. Selain itu ia melahirkan juga peribahasa, teka teki, pantun dan nyanyian rakyat, cerita legenda, cerita asal-usul, mitos, ceritacerita binatang dan lain-lainnya. Sastera rakyat lahir untuk tujuan hiburan, unsurunsur pelarian daripada masalah dan cabaran hidup buat sementara waktu. Ia juga memiliki unsur pengajaran, didikan kepada anggota masyarakat, mengandung sindiran

Penghayatan Karya Agung Melayu 15

secara halus kepada golongan tertentu dan menggambarkan cara hidup, corak pemikiran dan ketamadunan masyarakat Melayu lama. Pada umumnya Sastera Melayu Klasik boleh dibahagikan kepada dua iaitu sastera tulisan dan sastera lisan.Sastera tulisan adalah kepunyaan golongan istana raja, manakala sastera lisan adalah milik rakyat jelata yang berkembang melalui pertaturan dan diwarisi dalam masyarakat melalui tradisi lisan.Sastera rakyat lahir dalam masyarakat yang tidak mengenal huruf.Masyarakatnya mengamalkan corak hidup yang sederhana dan konservatif.

JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT Cerita Asal Usul Cerita Asal usul dianggap di antara genre yang tertua lahir dalam masyarakat Melayu.Cerita rakyat ini menerangkan tentang asal kejadian dunia dan alam semesta, manusia, binatang, dan alam di sekeliling mereka.Cerita asal usul memberi penjelasan terhadap sesuatu perkara sehingga dapat diterima oleh pendengar dengan mengemukakan faktor-faktor yang sesuai dengan alam pemikiran orang Melayu yang hidup dalam masyarakat sederhana.Contohnya, jika sesuatu tempat mempunyai sebuah bukit yang terdapat batu menyerupai wajah manusia, maka lahirlah cerita kononnya batu itu berasal daripada manusia yang telah disumpah oleh Sang Gedembai. Perlu ditegaskan bahawa cerita asal usul, sangat rapat budaya masyarakat Melayu waktu itu, mereka menganut animisme dan menganggap apa yang mitos dan legenda itu adalah benar belaka. Dunia ini berasal daripada sesuatu di luar alam fikiran modenis, tetapi itulah corak sastera klasik yang tertua.

Cerita Binatang Cerita binatang dipercayai sebagai salah satu bentuk cerita yang tertua; sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang merupakan hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba, iaitu semasa manusia masih lagi hidup di dalam gua.Pada masa itu manusia belum lagi menguasai alam di sekeliling mereka.Oleh itu mereka sering berhadapan dengan binatang di dalam kehidupan mereka, maka dianggapnya bahawa binatang itu sebagai kejadian yang serupa dengan mereka.Cerita binatang menggunakan binatang sebagai watak-wataknya. Binatangbinatang tersebut sama ada dipelihara oleh manusia seperti kucing, anjing atau binatang liar yang mendiami hutan-hutan rimba seperti harimau, buaya, kancil dan sebagainya. Binatang-binatang itu digambarkan mempunyai akal fikiran dan dapat bertutur malah berhujah seperti manusia.

Penghayatan Karya Agung Melayu 16

Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar.Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah, seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan Kura-kura. Terdapat juga cerita binatang yang mengisahkan kebijaksanaan atau kecerdikan sesuatu binatang seperti kecerdikan Sang Kancil atau seperti yang terkumpul dalam Hikayat Sang Kancil.

Cerita Mitos Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh masyarakat bahawa.cerita itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu.Mitos diterima dengan penuh keyakinan dan menjadi suatu dogma yang harus diterima kebenarannya tanpa dipersoalkan.Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir daripada kepercayaan agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual.Mitos mengisahkan tentang dewi, asal mula kejadian alam, manusia dan kematian. Menurut Mohd. Taib Osman, mitos sebagai satu genre tidak lagi wujud dalam sastera rakyat Melayu. Apabila orang Melayu menganut agama Islam mereka tidak lagi mempercayai dewa dewi yang masih terdapat di kalangan sesetengah masyarakat di Nusantara.Konsep dewa dewi digantikan dengan konsep Allah sebagai Pencipta.Kini cerita mitos yang masih wujud di kalangan orang Melayu ialah mitos kejadian sesuatu benda.Mitos kini dianggap sebagai dongeng untuk tujuan hiburan sahaja.Contoh unsur-unsur mitos dalam Sejarah Melayu seperti putera raja yang lahir dari buluh betung atau buih dan sebagainya yang menggambarkan kesaktian dan kebesaran dewa.

Cerita Legenda Legenda juga adalah sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh penuturnya sebagai cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu lama.Dalam tradisi lisan Melayu terdapat cerita-cerita bercorak legenda yang mengisahkan tentang tokoh-tokoh dalam sejarah orang Melayu, tetapi catatan tentang tokoh-tokoh itu disampaikan dalam bentuk cerita.Watak digambarkan sebagai mempunyai kesaktian dan kegagahan yang luar biasa.Oleh itu legenda dianggap sebagai suatu peristiwa sejarah. Contoh ceritacerita legenda seperti Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, dan Hikayat Hang Tuah, Tuan Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain. Dalam masyarakat Melayu, legenda Hang Tuah dianggap sebagai pahlawan Melayu yang handal.Kata-katanya Tak Melayu hilang di dunia disebut sebagai ungkapan yang sentiasa tersemat di dalam hati sanubari.

Penghayatan Karya Agung Melayu 17

Cerita Dongeng Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan, tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku sebenarnya.Ia lebih kepada sebuah cerita rekaan, yang di dalamnya ada unsur mitos, legenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya. Yang dipentingkan oleh sebuah cerita dongeng ialah daya tarikan ceritanya yang menarik dan menawan di samping memberikan teladan dan misalan yang berguna kepada pendengar atau khalayaknya.Ada juga pengkaji mengkategorikannya sebagai cerita teladan, kerana yang dipentingkan ialah aspek moral dan pengajaran sucinya, terutamanya kepada golonganb kanak-kanak dan remaja. Di antara cerita dongeng yang terkenal ialah Bawang Putih Bawang Merah, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Jula Juli Bintang Tujuh dan lain-lainnya. Ceritacerita itu mengemukakan watak-watak yang luar biasa, seperti Tanggang yang bercitacita ingin menjadi kaya, tetapi setelah ia belayar kahwin anak raja, ia lupa kepada ibunya sewaktu mereka bertemu. Anak ini mendapat tulahan lalu menjadi batu.Tidak syak lagi cerita yang sedemikian, memiliki sejumlah pengajaran dan teladan untuk anak-anak supaya sentiasa mengingati pengorban orang tuanya terutamanya ibunya.Kita melihat dalam susunan atau struktur ceritanya, banyak unsur kebetulan dan kewajaran; tetapi yang penmting bukan nilai olahan atau pencernaan cerita, yang dipentingkan ialah unsur pengajarannya.Justeru itu cerita dongeng menggunakan poetic justice iaitu yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat.

Cerita Jenaka Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain.Cerita jenaka di seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceritanya, maksud dan bentuk ceritanya.Semua cerita jenaka mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.Watak memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu cerita terutama untuk memperlihatkan unsur-unsur kelucuan. Faktor-faktor yang menimbulkan kelucuan ialah

a. b. c. d.

Sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar, Adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita, Kelucuan ditimbulkan daripada jalan cerita itu sendiri, Adanya permainan kata-kata yang melucukan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 18

Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu tradisional melalui pengalaman dan pandangan masyarakat.Contohnya cerita Lebai Malang.Dia mendapat tiga jemputan kenduri. Oleh kerana tidak dapat menentukan untuk pergi satu jemputan yang tertentu dia cuba menghadiri ketiga-tiganya. Malangnya apabila dia tiba pada tiap-tiap kenduri, orang sudah bersurai.Apabila dia memburu anjing bajunya dicuri orang, lalu pulang ke rumah tanpa pakaian sehingga dipukul oleh isterinya.

SASTERA ZAMAN HINDU Adalah menjadi sejarah umum bahawa alam Nusantara berada di bawah dominasi pengaruh Hindu.Pengaruh ini berjalan selama sembilan kurun.Bukan saja kesusasteraan telah diperhindukan, malah seluruh kebudayaan Melayu, di mana nilainilai hidup terutamanya sastera berkiblatkan kepada tanah besar benua India.Kita menyaksikan Mahabharata dan Ramayana, menjadi bahan-bahan sastera Melayu yang cukup dominan, malah sastera rakyat Melayu dikatakan terepigon dan hasil adaptasi atau imitasi dari India. Selain daripada itu, khazanah hikayat India seperti Hikayat Maharaja Puspa Wiraja, Hikayat Langlang Buawana dan Hikayat Mara Karma menjadi cerita-cerita yang dimainkan oleh wayang kulit dan selampit serta lain-lain drama tradisional, yang memperjelas betapa cukup popularnya sastera pengaruh Hindu itu. Pengaruh Hindu ini, sebenarnya tidak dapat dinafikan kekuatannya, sehingga di zaman selepasnya pun, malah dalam kehidupan kita kini, masih terbayang beberapa unsur kehinduan. Namun suatu hal, yang perlu jelaskan di sini, sastera Hindu itu sebenarnya tidak bersifat sastera masyarakat atau rakyat.Sastera zaman Hindu adalah sastera istana atau sastera kraton. Beberapa orang pengkaji sastera kemudiannya, seperti Syed Muhammad Naquib, menyatakan sastera Hindu tidak meresap ke dalam jiwa rakyat. Malah ia lebih menekankan kepada unsur-unsur kesenian yang beralaskan kepada pendengaran, bukan yang menggerakkan atau yang keluar hasil dari akaliah. Justeru itu, kesannya sebenarnya tidak kuat, kekuatan-kekuatan kesan persejarahan hanya dipertegastegaskan oleh kaum orientalis saja dengan tujuan untuk menyatakan bahawa pengaruh Hindu itu sangat kuat dalam sastera dan kebudayaan Melayu sambil hendak memperkecilkan perkembangan Islam. Betapa pun, antara kedua pendapat yang pro dan kontra itu, dapat saja dirumuskan bahawa, kesusasteraan Melayu pernah dijajah oleh Hindu. Dalam beberapa hal, ramai bersetuju dengan pendapat pengkaji Syed Muhammad Naquib,

Penghayatan Karya Agung Melayu 19

kerana masa kini kia sebenarnya tidak dapat melihat dengan jelasnya pengaruhpengaruh Hindu itu. Dan memang menjadi suatu hakikat sejarah, Hindu tidak meningkatkan sastera Melayu menjadi sastera yang baik.Tidak dapat membawa kepada suatu aliran akaliah dan hanya aliran untuk berseni-senian saja tanpa mahu menyuburkan pemikiran dengan falsafah-falsafah hidup yang bermakna. Daripada genre prosa, orang-orang Hindu membawa Ramayana dan Mahabharata, sementara daripada sudut puisi kita bertemu dengan gurindam dan seloka.Antara prosa dan puisi itu, genre prosalah yang banyak meninggalkan kesan ke dalam sastera Melayu. Dalam konteks sastera Melayu klasik, terdapat dua versi cerita Ramayana, pertama Hikayat Ramayana yang tebal dengan pengaruh unsur agama Hindu dan sebuah lagi ialah Hikayat Ramayana yang dihasilkan dalam bentuk sastera Melayu atau disebut sebagai versi Melayu. Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam hasil kesusasteraan.Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu lainnya.Menurut kenyataan Mohd Taib Osman (1974) seorang sarjana tempatan sastera klasik yang sohor epik Ramayana adalah berdasarkan watak-watak atau dewadewa penting dalam agama Hindu.Pelbagai versi cerita ini terdapat dalam kepercayaan agama dan kesusasteraan negara-negara di Asia Tenggara seperti Burma, Thailand dan Indonesia.Kepada orang Melayu watak-watak dalam cerita Rama ini merupakan khayalan dan bukan kebenaran.Daripada epik Ramayana maka lahirlah hasil kesusasteraan Melayu tradisional berjudul Hikayat Seri Rama.Unsur-unsur Hindu yang bersifat keagamaan dalam hikayat itu berubah menjadi bersifat kebudayaan dan sumber sastera sahaja.Pengaruh Hindu terkesan dalam pelbagai bentuk dan jenis sastera Melayu.Pertama, unsur Hindu wujud dalam jampi, serapah dan mantera.Sebelum kedatangan agama Hindu, orang Melayu berpegang kepada animisme, iaitu mempercayai semangat, roh jahat, penunggu dan sebagainya.Mereka menggunakan susunan kata-kata untuk memanggil semangat, menghalau roh jahat atau memuji roh yang baik. Dengan penampilan kata-kata seperti Dewata Mulia Raya, Betara Guru, Maha Visnu, Sang Rajuna dan sebagainya, maka para pengkaji sastera menganggap bahawa unsur Hindu telah menyerapi dan tersadur dalam jampi, serapah dan mantera. Kedua, pengaruh Hindu telah menyebabkan beberapa epik Hindu disadur atau diterjemahkan sebagai hasil kesusasteraan Melayu.Hikayat Seri Rama dalam sastera Melayu dipercayai tiruan daripada kitab Ramayana.Ramayana ialah epik Hindu yang terkenal di kalangan penganut Hindu. Epik Ramayana disusun oleh seorang resi atau petapa, bernama Valmiki selama 400 tahun pada tahun 200 sebelum masihi. Ia terdiri daripada 24000 seloka yang terbahagi kepada tujuh kanda atau kitab.

Penghayatan Karya Agung Melayu 20

Hikayat Seri Rama Ada setengah pengkaji menyatakan bahawa Hikayat Seri Rama adalah sebuah epik, tetapi ada juga yang menyebutnya sebagai roman rakyat.M.E Maxwell seorang pegawai kolonialis adalah orang pertama yang telah mengumpulkan hikayat ini.Sastera Melayu terutamanya yang bercorak cerita atau roman, masih lagi diturunkan secara lisan. Hanya di penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 usaha mengumpulkannya atau menurunkannya ke tulisan mula dikerjakan. 1886 Hikayat Seri Rama yang diceritakan oleh Mir Hassan diterbitkan dalam tulisan Jawi dalam jurnal Royal Asiatic Society, Straits Branch Apa yang dikerjakan oleh Maxwel itu dianggap sebagai suatu usaha murni untuk menyelamatkan supaya cerita-cerita itu tidak hilang dek zaman. Cerita daripada Mir Hassan itu dikatakan versi epik Ramayana.Selain Hikayat Seri Rama terkenal hasil saduran daripada sastera epik Ramayana, kita menemui juga Hikayat Maharaja Rawana. Bagaimana pun proses pengubah suaian telah berlaku sewaktu cerita lisan itu disampaikan. Unsur-unsur asal yang masih dipakai seperti penculikan Sita, isteri Rama dan Ravana dan Hanuman memngambil Sita daripada Ravana dari Langkapuri. Peminjaman berlaku dengan modifikasi dan transformasi ialah bahagian watak seperti Rama, Sita Laksamana dan Ravana, adanya watak keran Hanuman, mendapat bantuan Laksamana dan menggunakan Kijang meas sebagai umpan untuk menculik Sita yang dilakukan oleh Ravana. Terdapat juga pandangan yang menyatakan masuknya pengaruh panji dalam sastera Melayu itu.Hikayat Seri Rama Melayu adalah bersumberkan cerita Ramayana daripada bahasa Jawa.Rama Kling, Serat Kanda, Rama Sasak dan Rama Nitis.Sumber cerita-cerita Ramayana dalam Bahasa Jawa; seperti Terdapat berbagai-bagai versi Hikayat Seri Rama dalam bahasa Melayu iaitu dalam bentuk tradisi tulisan dan tradisi lisan.Menurut Mohd Taib Osman (1974) Hikayat Seri Rama yang berbentuk lisan dan tulisan ada variasi versinya. Pertama, Versi Hikayat Seri Rama yang dapat dikesan bersumberkan daerah Patani. Ia digunakan dan berkembang dalam persembahan wayang kulit. Kedua, versi yang datangnya daripada negeri Perak, yang telah dikumpulkan oleh Maxwell melalui penceritaan atau narrator Mir Hassan.Versi ini sudah kaya dengan unsure Islam dan budaya tempatan. Ketiga, Versi Hikayat Maharaja Rawana yang hipogramkan kepada Hikayat Seri Rama. Kenyataan itu menunjukkan ada tiga versi hikayat tersebut yang berkembang secara lisan dalam tradisi masyarakat Melayu. Bagaimana pun terdapat dua versi dalam bentuk manuskrip, iaitu pertama, versi Shellabear Versi Shellabear dicetak pada 1915 Masihi, yang berdasarkan naskhah asal kepunyaan Archbishop Laud, yang telah wujud dalam perpustakaan Boldein Library, Oxford England sejak tahun 1633. Kedua, versi Rooda Van Ensinga yang sebenarnya merupakan kajian terhadap epik itu pada sebuah manuskrip Melayu dicetak di Amsterdam pada tahun 1843 Masihi.

Penghayatan Karya Agung Melayu 21

Pengkaji menyebutkan bahawa teks ini sangat mirip dan bersifat parallel dengan Ramayana Hindu, malah menurut kajian filologi ia adalah manuskrip yang tertua.dengan kenyataan di atas dapat kita ketahui bahawa Hikayat Serti Rama yang telah sampai ke tangan kita bukanlah lagi asli sebagai teks yang lahir dari rahim zaman sastera Hindu itu. Sebaliknya ia sudah mengalami perubahan dan penokok-tambahan sewaktu penurunannya dari lisan ke lisan hinggalah ditulis dan dibukukan

SASTERA ZAMAN ISLAM Pemikiran tentang kemasukan Islam ke Alam Melayu, tetap merupakan bidang yang sangat menarik untuk diperkatakan. Tulisan ini bertujuan untuk memberi latar penyebaran Islam dan kesannya pada perkembangan sastera Islam dan kesannya kepada kazanah sastera klasik.Orang Arab-Parsi dan Gujarat telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam ke Kepulauan Melayu khasnya ke Melaka. Seterusnya mereka berganding bahu, menyebarkannya ke seluruh daerah yang dapat mereka sampai. Untuk melihat peranan yang dimainkan oleh Melaka dengan lebih jelas, ada baiknya terlebih dahulu ditinjau kedudukan Melaka sebagai kuasa induk dalam penyebaran pengaruh Islam ke rantau ini. Ia bermula dengan pembukaannya oleh Parameswara pada awal tahun 1400 hingga zaman keruntuhannnya ke tangan Portugis pada TM 1511. Melaka pernah mengalami zaman kegemilangan dan keagungan sebagai kuasa terbesar di rantau ini, terutama di bawah perintahan Sultan Mansor Shah (1456 1477).

Hikayat Hikayat adalah genre terpenting dalam sastera Islam dan banyak melahirkan karya agung..Perkataan hikayat pula berasal dari bahasa Arab, yang bererti cerita , tetapi ia banyak merujuk kepada cerita yang didasari daripada sejarah. Ertinya hikayat ialah cerita berbentuk sejarah.Dalam konteks sastera Melayu hikayat ialah satu penceritaan yang panjang, mengenai sesuatu kejadian, tokoh dan sebagainya. Kadang-kadang ia mempunyai pengertian yang sama dengan roman. Roman dan hikayat selalunya dalam penggunaan yang sama.Roman atau hikayat yang dipengaruhi Arab Parsi kita temui dalam berbagai-bagai bentuk: Pertama, hikayat kepahlawanan atau heroisme seperti Hikayat Muhammad AliHanafiah, Hikayat Raja Khandak dan lain-lainnya. Kedua: hikayat yang berhubungan dengan personaliti nabi: Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Berbelah dan seterusnya. Ketiga: hikayat yang berbentuk cereka seperti Hikayat Raja Jumjunah, Hikayat Saif Dzul dan lain-lainnya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 22

Kajian ahli orientalis menunjukkan bahawa genre ini mempunyai kedudukan yang terpenting daripada genre yang lain, kerana ia tersebar begitu meluas dan sangat disukai ramai. Hikayat berkembang justeru orang-orang Melayu sudah memiliki tradisi tulisan yang baik. Dalam tradisi Barat terdapat istilah roman berbentuk sastera prosa yang mengisahkan riwayat, perjalanan, kehidupan dan pengembaraan seseorang tokoh atau wira.Ini termasuklah kisah raja-raja yang membuka sesebuah negeri atau menakluki sesebuah negara yang lain.Cerita begini sebelum Islam sudah wujud, tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Arab-Parsi itu, kisahnya lebih memancarkan keislaman dan agak berpijak di bumi nyata.Kehadiran Islam menyebabkan audien sastera dari keraton berpindah kepada masyarakat biasa. Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari Parsi.Boleh dikatakan amat sedikit pengaruh dari prosa Arab.Jelas kesemuanya sebagai genre sastera tidak berkembang setelah pertembungan Arab-Parsi.Sementara kisah yang ada pada masyarakat Arab, hanya terlalu bersifat tempatan dan tidak begitu dapat diterima oleh masyarakat antarabangsa Islam..Tentu saja hikayat-hikayat yang muncul di dalam sastera Parsi itu juga lahir dari semangat Islam. Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan menurut klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu ia digolongkan ke dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk penceritaan ia segera dinamakan sebagi hikayat.Hikayat tidak saja diperkembangkan oleh cerita-cerita yang dibawa dari Arab-Parsi yang tujuannya untuk mendakwahkan Islam dan sebagai menggantikan sastera Hinduisme, ia juga mempergiatkan bentuk-bentuk hikayat yang ceritanya tumbuh di kalangan masyarakat tempatan. Ini dapat dibuktikan dengan lahirnya Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lainnya lagi. Hikayat tempatan ini menggunakan mekanisme dan struktur hikayat-hikayat dari Parsi dan memepunyai motivasi yang sama. Dalam arus perkembangannya sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam dan hikayat berunsur Islam.Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran ceritaceritya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur hikayat.Hikayat Ramayana dan Hikayat Mahabharata mewakili zaman Hindu, Hikayat Gul Bakawali dan Hikayat Inderaputera mewakili zaman Hindu-Islam dan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Burung Bayan mwakili zaman Islam. Walau bagaimana pun seperti yang ditegaskan hikayat adalah tradisi Islam Arab-Parsi, sudah tentu di zaman sastera Islam hikayat banyak dihasilkan malah beribu-ribu naskhah dan cerita dihasilkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 23

Cerita Berbingkai Cerita berbingkai hikayat berbingkai ialah sejenis penceritaan yang sambung bersambung dan berantai.Strukturnya sedikit berbeza dari hikayat yang umum. Dapat juga dinyatakan ia bersifat sebagai cerita dalam cerita iaitu ceritanya terjadi daripada satu cerita pokok dan di dalamnya terdapat berbagai-bagai cerita yang lain, dikenali sebagai cerita sisipan, cerita berakhir dengan kembali kepada pokok.Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok.Cerita pokok berkait dengan cerita sisipan melalui tukang cerita. Tukang cerita berperanan sebagai penghubung antara cerita pokok dengan cerita sisipan. Cerita sisipan disampaikan oleh tukang cerita kepada tokoh tertentu dari cerita pokok, untuk menghasilkan hujah atau untuk membuktikan kebenaran.Bentuk ini digunakan untuk hikayat yang panjang-panjang dan bersambung-sambung; kerap kali mengandugi sebuah cerita pokok dan beberapa cerita sisipan yang merupakan bantuan, yang terbit terdiri sendiri.Dengan itu terdapatlah cerita dalam cerita.Antara cerita yang sdia dikenal masyarakat ialah: Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Ghulam dan Hikayat Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi kita temui fable iaitu hikayat margastua dan pada kebanyakannya hikayat berbingkai ini adalah menceritakan kisah binatang. Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang pandai bercerita sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah dalam peninggalan suaminya. Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada dongeng-dongeng Esop. Cuma yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam, wataknya ialah manusia biasa.Di antara cerita yang sdia dikenal masyarakat ialah: Hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Kalilah dan Dimnah, Hikayat Ghulam dan Hikayat Seribu Satu Malam. Dalam kategori prosa Parsi kita temui fable iaitu hikayat margastua dan pada kebanyakannya hikayat berbingkai ini adalah menceritakan kisah binatang. Hikayat Bayan Budiman menceritakan burung bayan yang pandai bercerita sehingga puan punyanya, tidak sempat untuk bermukah dalam peninggalan suaminya. Begitu juga Hikayat wa Dimnah itu lebih hampir kepada dongeng-dongeng Esop. Cuma yang berkecuali ialah Kisah Seribu Satu Malam dan Hikayat Ghulam, wataknya ialah manusia biasa. Hikayat berbingkai ini adalah mengisahkan khalifah zaman Islam dan pertumbuhannya ada hubungannya dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri. Dan cerita-cerita ini pula ada yang berlaku cerita di atas cerita.Wataknya terdiri daripada watak manusia dari kalangan istana dan rakyat biasa. Juga watak binatang yang dipersonifikasikan, dan ia mempunyai watak penting sebagai pembawa cerita sebagai watak penyelamat melalui cara bercerita. Contoh dalam Hikayat Bayan Budiman.Bayan Budiman berperanan sebagai pencerita bagi menyelamatkan isteri tuannya dari melakukan kejahatan dan kecurangan ketika

Penghayatan Karya Agung Melayu 24

suaminya tidak ada di rumah. Hikayat ini terkenal kerana mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi seperti ketabahan, kesetiaan, kejujuran dan keadilan. Juga mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan misalnya sifat dan kelakuan yang baik ditunjukkan melalui watak-watak dalam cerita sisipan boleh dijadikan sebagai contoh teladan.Begitu juga dengan tindakan melengah-lengahkan masa berbuat sesuatu keburukan akhirnya dapat menghasilkan kebaikan. Dalam Hikayat Bayan Budiman menceritakansaudagar Khoja Maimun yang belayar untuk berniaga dengan meninggalkam Bibi Zainab isterinya bersama dua ekor burung, burung bayandan burung tiong yang pandai berkata-kata. Sepeninggalan suaminya si isteri telah telah jatuh hati kepada seorang anak raja dan berjanji berkasihan-kasihan dalam pertemuan yang ditentukan. Sayangnya si isteri memberi tahu burung tiong, burung itu tidak merestusinya tetapi kemudiannya ia dimarah oleh si isteri yang sudah gila kasih itu. Kerana marahnya burung tiong itu dibunuhnya. Yang menariknya yang menjadi bingkai cerita ialah apabila Bibi Zainab beritahu burung bayan. Di sinilah datangnya cerita itu apabila si bayan cuba mencari helah untuk melalaikan tuannya dengan mengemukakan pelbagai cerita. sebanyak 25 buah cerita pada setiap malam berakhir pada waktu pagi dan menyebabkan Bibi Zainab membatalkan niatnya. Di antara ceritanya ialah Cerita Taifah, Cerita raja dengan seorang Syeikh dan seekor ular serta seekor katak., Cerita Zahid dengan Serimala dan pandai emas dan pandai tenun dan lain-lainnya. Hakikat bahawa bentuk ini dimiliki oleh sastera Melayu tentu saja tidak dapat menafikan pengaruh Parsi. Malah para pengembang kesusasteraan bukan saja meniru bentuknya, bahkan menterjemahkannya secara bulat-bulat, sehingga cerita Seribu Satu Malam yang ada dalam sastera Melayu sebenarnya adalah terjemahan dan ambilan secara mutlak. Kisah-kisah Hikayat Bayan Budiman dan Hikayat Bakhtiar merupakan sastera didaktik yang sangat popular. Kepopularannya tidak hanya pada cerita pokoknya, malah cerita-cerita sisipannya juga berkembang secara bersendirian. Ceritacerita Bangau Oh Bangau dan kisah-kisah siri Sang Kancil adalah merupakan sisipan kepada Hikayat Berbingkai.

SASTERA MODEN Kedatangan Barat membawa genre sastera bentuk baru, yang belum pernah wujud dalam sastera Melayu sebelumnya. Bentuk-bentuk itu ialah novel, cerpen, sajak dan drama. Bagaimana pun dasar penceritaan dan puisi zaman sastera klasik telah memberi asas kepada kelahiran bentuk moden itu. Islam sendiri menerima bentuk baru asalkan isinya tidak bertentangan dengan niolai-nilai Islam. Secara umum, Islam memang mengarahkan umatnya berjihad di dalam segala aspek hidup termasuk seni. Ada teori seni budaya yang mengatakan bahawa seni itu lahir dari agama maka di sini peranan sastera sangat rapat hubungannya dengan kegiatan agama. Seni adalah

Penghayatan Karya Agung Melayu 25

termasuk ajaran Al-ddin. Tetapi seni itu mestilah seni kerana Allah, seni untuk tujuan membangunkan kehidupan manusia. Sastera yang ingin merosakkan masyarakat adalah hukumnya haram. Justru itu, tidak menjadi salah kalau penulis-penulis menggunakan bentuk Barat, asalkan saja, isinya tetap Islam.

Sajak Sajak adalah bentuk puisi baru dalam zaman moden. Dalam konteks ini kita kembali kepada pandangan Zaaba yang pernah menyatakan bahawa puisi ialah karangan yang berangkap, yang cantik susunannya, indah bahasanya yang dapat melafazkan pemikiran dan menggambarkan kemanisan gaya. Dengan demikian orang yang mendengarnya jadi tertarik dan senang hati. Kata-kata yang sering dirujuk ialah bahawa puisi itu kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Justeru itu puisi mengajar sebanyak mungkin dengan kata-kata yang sedikit mungkin. H.B.Yassin ialah pengucapan dengan perasaan yang di dalamnya mengandung fikiran dan tanggapan....ia lahir daripada jiwa dan perasaan....membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan masyarakat. Muihammad Haji Salleh pula berkata: puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya....ia indah dan merdu...indahnya bahasanya dan dapat memancarkan kebijaksanaan...tidak kosong atau bombastik. Sementara Shahnon Ahmad menyatakan puisi adalah sulit dan rahsia, disulit dan dirahsiakan oleh penulis melalui pelbagai wadah yang membentuk karyanya, kerana makna kheidupan itu sendiri pun adalah sulit dan rahsia...hanya orang-orang yang suka berfikir, yang benar-benar dapat merasai keindahakan, kenikmatan dan kebenaran sastera yang sulit dan rahsia itu (Mana Sikana, 2013.) Pun puisi sebagai genre sastera sering dibezakan dengan genre yang lain kerana sifatnya yang estetis, memanfaatkan penggunaan dan sarana bahasa; malah dikatakan penggunaan paling minima dan luar biasa pula. Disebut juga puisi bersifat emotif, puitik, refrensial, figuratif dan padat segala-galanya. Tegasnya puisi merupakan penglahiran luapan perasaan hasil ketajaman renungan dan pemikiran sebagai produk imaginasi bercampur dengan pengalaman hidup. Ada juga orang menyatakan puisi kerana ia adalah hasil pemilihan kata-kata atau diksi, maka ia disusun secara berangkap-rangkap dan berirama pula.

Cerpen Cerpen adalah kependekan dari dua perkataan: cerita pendek. Tetapi tidak semua cerita yang pendek dapat dimasukkan ke dalam kategori cerpen seperti yang difahami dalam definisi kesusasteraan moden. Malah panjang pendeknya sesuatu karya itu

Penghayatan Karya Agung Melayu 26

sendiri tidak dapat dijadikan ukuran yang mutlak untuk mengklasifikasikannya sebagai cerpen. Cerita Orang Tua Dengan Laut karya Hemingway yang tebalnya seperti novel itu pun dimasukkan ke dalam genre cerpen.Dan ce rpen Taboo karya E.A. Imbert yang cuma panjangnya 32 perkataan pun dikatakan cerpen juga. Panjang pendeknya perkataan, tidak menjadi ukurannya. Sebagai sebuah genre sastera prosa, tentulah ia berbeza dengan novel atau drama. Meskipun ia menggunakan komponen yang sama, iaitu tema, plot, perwatakan, stail, latar dan sudut pandangan, namun teknik pengola han. Cerpen dan pengadunannya adalah berbeza. Novel misalnya, terdiri dari rangkaian skima peristiwa demi peristiwa yang dijalingabungkan dengan ruang-lingkup yang luas dan panjang urutan masanya. Sementara drama pula, merupakan perkembangan cerita dari satu episod ke episod yang lainnya dengan mementingkan pelonjakan konflik yang menjadi nyawanya. Jadi bagaimana dengan cerpen? Oleh kerana kebiasaan panjangnya cerpen itu dalam lingkungan antara 2000 ke 3000 perkataan, jadi ia tidaklah dapat membincangkan sesuatu yang banyak persoalan dan memakan masa yang lama. Pertamanya, cerpen mengemukakan satu kejadian atau peristiwa. Keduanya, sebuah cerpen bertujuan untuk menimbulkan satu kesan. Ketiganya, cerpen biasanya memusatkan perkembangan watak yang tertumpu kepada beberapa orang tertentu. Malah ia lebih menumpukan kepada identifikasi dan perkembangan watak protagonisnya saja. Tentulah dalam situasi hendak menimbulkan satu peristiwa, dan dapat melahirkan satu kesan serta memberikan satu motif, tidak memerlukan watak yang ramai. Memadai dengan memfokuskan seorang manusia atau sebuah watak penting dan peristiwa berlaku di sekitarnya. Memang biasa kita temui. dalam sesebuah cerpen itu banyak watak-wataknya; tetapi yang menjadi fokus penceritaannya ialah kepada seorang watak saja. Watak-watak yang lain cuma bertindak sebagai memperkuatkan watak utama itu. Namun dari segi identifikasi perwatakan, setiap cerpen perlu disediakan supaya tidak terdapat watak-watak yang stereotaip. Dengan kenyataan sebuah cerpen harus mempunyai satu watak penting atau utama, tidaklah menolak kepentingan atau menidakbolehkan munculnya watak-watak yang ramai.Ini boleh saja dilakukan, jika seorang cerpenis itu sedar, di antara watak yang ramai itu ada seorang yang menjadi watak fokusnya. Dan watak-watak yang lain merupakan watak sampingan saja. Apalagi watak antagonis sangat perlu diadakan, kerana pertentangan antara keduanyalah yang melahirkan konflik. Konflik dalam cerpen meskipun tidak sepenting dalam drama, tetapi ia tetap merupakan unsur-unsur dramatik yang memperkembangkan plotnya. Keempatnya, cerpen memerlukan konflik atau dengan kata-kata lain ia harus memiliki unsur-unsur dramatik. Unsur-unsur dramatik seperti konflik itu sendiri, dilema, ironi, suspen, kejutan, sorot kembali, sorot depan dan lain-lainnya lagi. Apa yaang perlu ditegaskan, dalam cerpen tidak hanya perlu ada bahan atau peristiwa yang hendak

Penghayatan Karya Agung Melayu 27

disampaikan, tetapi bagaimana cara ia dikemukakan juga perlu; malah jauh lebih perlu dari bahan itu sendiri. Jadi bagaimana cara ia disampaikan, diistilahkan sebagai teknik. Justeru itu teknik penyampaian cerpen adalah mustahak, supaya ia menjadi sebuah hasil sastera yang artistik, menyeronokkan dan dapat memberikan pengalamanpengalaman baru kepada khalayaknya. Unsur-unsur dramatik supaya ia memiliki unsur-unsur yang boleh melahirkan rasa seni yang tinggi dan khalayak merasakannya sebagai karya kreatif yang dapat memberikan keseronokan membaca dan mencabar intelektualisme. Sebuah cerpen yang dikemukakan, biar betapa besar dan penting temanya, tetapi tanpa pengolahan yang berisi dengan unsur-unsur dramatik, sudah pasti ia akan menjadi tawar dan tidak menarik perhatian. Berapa banyak orang membaca karya, dari segi cerita dan persoalannya sudah diketahui, tetapi mereka terus membacanya, rahsianya ialah karya itu mengandungi unsur-unsur dramatik. Kelimanya, sebuah cerpen seharusnya mempunyai plot yang tunggal dan ia dikembangkan dengan penuh rapi dan teliti, ibarat menatang minyak yang penuh. Plot cerpen tentu sekali berbeza dengan plot novel yang luas, komplikated dan panjang jarak waktunya; ia berlaku dalam ruang yang pendek, dan ini menuntut suatu jalinan plot yang kemas dan padat. Maksudnya dalam ruang-lingkup penceritaannya, plotnya masih lengkap untuk mendedahkan satu peristiwa dengan lengkap, tentulah tidak dapat dianggap sebagai berjaya. Dan karya itu tidak boleh diterima sebagai cerpen. Komponen cerpen ialah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Ada pengkaji cerpen menyatakan, empat aspek cerpen yang penting ialah tema, plot, watak dan stail. Bagi mereka latar dan sudut pandangan tidak begitu besar peranannya dalam pembinaan sesebuah cerpen. Namun di sana ada pula yang menambah komponen cerpen itu, seperti aspek nada dan pemikiran. Biar apapun kita dapat merumuskan, kesemuanya adalah perlu diperhatikan dan mempunyai fungsi masing-masing untuk menghasilkan sesebuah karya cerpen.

Novel Novel didefinisikan sebagai karya prosa yang panjang, yang berbeza dengan cerpen. Ia juga dianggap sebagai fiksyen atau cereka. Novel mempunyai aspek atau komponen seperti tema, plot, watak, bahasa, sudut pandangan dan latar, sama seperti cerpen. Dalam tradisi novel-novel Melayu dapat dibuktikan ia adalah sinambungan daripada hikayat, sama juga sajak mempunyai zuriat dengan pantun, syair dan sebagainya. Apa pun istilah novel kita ambil daripada Barat. Baratlah yang telah memperkenalkan genre ini ke dalam sastera Melayu moden. Barat sendiri sejarah novelnya adalah berasal daripada cerita-cerita lama, yang berupa sastera rakyat. Hanya mula memperlihatkan dirinya di abad ke -17 di Sepanyol dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 28

diikuti seabad kemudiannya di England. Barat menghubungkan novel dengan dunia nyata, iaitu segala pembahanan, sumber dan peristiwa adalah yang benar-benar terjadi atau kemungkinan terjadi dalam kehidupan sehari-hari atau yang tersimpan dalam khazanah sejarah. Seperti yang dinyataka aspek novel ialah tema, plot, perwatakan, bahasa sudut pandangan dan latar. Ada pengkaji novel yang menekankan hanya tiga aspek novel yang penting, iaitu plot, watak dan stail. Untuk menguasai dan mengetahui genre novel ini, eloklah kita kuasa melalui aspek-aspek yang membina struktur novel tersebut. Berbagai definisi tema telah diutarakan, tetapi yang paling diterima umum ialah tema itu dimaksudkan sebagai persoalan pokok kepada sesuatu peristiwa dari kejadian yang berlaku dalam hidup manusia yang dibincangkan oleh seseorang pengarang itu. Apa yang menjadi pusat pemikiran dan perbincangan pengarang itulah sebenarnya yang dinamakan tema. Plot ialah penyusunan cerita yang terdiri dari peristiwa demi peristiwa yang dihubungkan dengan sebab-bersebab. Pengertian umum plot ialah jalan cerita. Tegasnya plot ialah menjelaskan bagaimanakah caranya sesebuah novel itu diceritakan. Mengemukakan apa yang terjadi dan mengapa kejadian itu berlaku.Untuk mudah mengikuti sesebuah plot novel, kita harus melihat bagaimana caranya seseorang pengarang itu memulakan dan mengakhiri ceritanya. Adalima tahap perkembangan plot novel: pertama, permulaannya juga disebut pengenalannya. Kedua, peringkat penimbulan cerita dengan mengutarakan krisis. Ketiga, peringkat konflik atau pertentangan; ia disebut juga sebagai kemuncak atau klimaks cerita di mana munculnya ketegangan dan komplikasi serta kegawatan. Keempat, peringkat penurunan cerita atau antiklimaks. Dan kelima, peringkat penyelesaian. Perwatakan ialah orang-orang tua atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Ia disebut juga tokoh. Wataklah yang beraksi, bercakap, bertindak, berfikir, berkonflik dan menggerakkan perjalanan sesebuah novel. Ia terdiri daripada watak utama atau protagonis atau watak bulat yang mengalami perubahan dan perkembangan. Watak yang menentang watak protagonis disebut antagonis, ada masanya antagonis tidak manusia, boleh jadi anasir alam atau pemikiran. Aspek bahasa juga disebut stail ialah bagaimana caranya pengarang menggunakan bahasa untuk novelnya. Bahasa ialah alat yang melahirkan novel tersebut. Sebagai alat pengucapan, bahasa harus ditekankan dari aspek kejayaan seseorang pengarang itu menggunakan bahasanya. Apakah bahasa yang digunakan sesuai dengan cerita watak dan suasana plot yang sedang berkembang. Bahasa yang baik bukan saja akan menghidupkan sesebuah novel tetapi menjadi perkakas yang penting untuk pengarang menyalurkan pemikirannya. Sudut pandangan pula ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan cara apakah sesebuah karya itu disampai dan dipersembah oleh pengarangnya. Siapakah

Penghayatan Karya Agung Melayu 29

sebenarnya yang bercerita dalam novel itu. Adakah watak utama atau sebarang watak dalam novel itu ialah pengarangnya sendiri? Atau pengarangnya langsung tidak melibatkan diri dan membiarkan watak-wataknya bercerita? Latar dalam novel dimaksudkan ialah latar belakang bagi tempat dan masa. Tegasnya, penelitian dari aspek latar ini untuk memperlihatkan sesuatu peristiwa yang terjadi dalam novel itu tidak berlaku dalam suatu keadaan yang kekosongan: kosong dari segi tempat dan masa. Demikianlah aspek-aspek yang ada dalam sesebuah novel. Kesemua aspek itu yang disebut sebagai komponen atau bahagian tidak boleh terpisah antara satu sama lainnya. Dan dalam penciptaan harus pula saling bantu-membantu supaya novel itu menjadi kuat di mana para pengkaji sastera pernah menyatakan: mencipta novel sama halnya dengan membina rumah.

Drama Drama bererti seni gerak atau seni lakonan. Dalam drama terdapat dua buah komponen penskripan dan pementasan. Dalam drama tidak ada nbaratif atau penceritaan, gerakan plotnya menggunakan dialog. Pembinaan drama hampir sama dengan fiksyen, iaitu harus bertunjangkan kepada pemikiran, plot, watak dan bahasa. Ada masanya orang menambah dengan satu lagi bahagian, iaitu latar. Sementara ada pengkaji drama yang menyatakan hanya tiga aspek drama sahaja yang penting iaitu plot, watak dan dialog. Sedangkan pemikiran atau persoalan (tema) adalah unsur yang semestinya sudah tersedia. Tanpa cerita, tema atau pemikiran, sesebuah drama tidak akan tercipta. Semua aspek dramatic itu memerlukan suatu olahan, pencernaan, adunan dan susunan. Aspek-aspek tersebut bertugas untuk menyatupadukan persoalan dan pemikiran yang digerakkan oleh para wataknya dengan plot yang menarik dan bahasa yang sesuai. Penulis yang dapat memadukan semua aspek itu sajalah yang akan berhasil mencipta skrip yang baik. Kesatuan semua bahagian itu sebenarnya yang menjadi rangka, bentuk atau struktur bagi sesebuah drama. Struktur yang dibangunkan dengan cukup teliti, penjalinan plotnya yang kemas, watak-wataknya yang hidup dan dialognya yang segar dan meyakinkan akan dapat melahirkan sebuah karya drama yang bermutu. Pertamanya kita melihat secara dasar apa yang dikatakan pemikiran itu. Pemikiran dalam drama ialah pokok persoalan yang hendak dibincangkan oleh seseorang pengarang. Apa yang menjadi pusat peristiwa dan cerita atau sesuatu falsafah dan mesej, maka itulah yang dinamakan pemikiran. Pemikiran seperti yang telah ditegaskan ialah tema dalam novel dan cerpen.

Penghayatan Karya Agung Melayu 30

Pemikiran dalam drama biasanya dipengaruhi oleh sikap dan aspirasi pengarang. Dalam perkembangan drama Malaysia misalnya ada tiga zaman: zaman pertama dikenal sebagai sandiwara iaitu hasil karyanya bercorak sejarah; zaman kedua sebagai drama masyarakat atau drama realisme dan zaman ketiga sebagai drama absurd atau abstrak. Setiap zaman itu menghasilkan drama yang berbeza dari sudut struktur dan pemikiran yang digarap oleh pengarangnya. Sandiwara atau disebut juga drama purbawara atau sejarah, pemikirannya banyak merujuk kepada peristiwa atau kejadian yang telah berlaku dalam sejarah Melaka, Johor, Perak dan sebagainya. Sementara drama realisme, pemikirannya banyak menyentuh persoalan masyarakat semasa seperti pelajaran, pendidikan, moral dan seumpamanya. Faktor masa sememangnya memberi kesan yang besar terhadap perubahan dari sudut pemikiran drama. Karya yang ditulis sebelum perang misalnya, mempunyai persoalan dan pembicaraan dari segi nasionalisme dan perebutan kemerdekaan, tetapi apabila negara bebas dari belenggu penjajahan, persoalan pengisian kemerdekaan pula dibincangkan dengan cukup meluas.Begitulah selanjutnya, setiap sebuah drama itu ada mempunyai pokok persoalan. Para penulis skrip akan bertolak dari aspek pemikiran yang terlintas dan dikumpul d dalam benaknya kemudian diadunkannya dengan aspek yang lainnya iaitu plot, perwatakan dan latar. Plot ialah satu skim aksi yang berkembang dari rentetan peristiwa yang disusun sembung-bersambung di atas dasar sebab-musabab. Plot dalam drama berbeza dengan plot dalam novel dan cerpen dari sudut gerakan aksinya dan teknik-teknik dramatik yang di tahap pengenalan kemudian muncul peristiwa, peristiwa jadi meruncing. Lalu ia melonjak ke kemuncak dengan mengalami klimaks cerita dan akhirnya menemui penyelesaian, tetapi cara meruncing dan memuncakkan beritanya berlainan. Ini disebabkan plot drama dikembangkan atas dasar konflik. Dan konflik drama itu berbeza dengan konflik novel atau cerpen. Justeru kita temui, seorang yang biasa atau mahir menulis novel, tidak menjanjikan atau diharapkan dapat berjaya dalam penulisan drama. Cara dan teknik plot drama itu dikembangkan adalah berbeza. Watak ialah pelakon-pelakon atau pelaku-pelaku yang menggerakkan plot. Watak disebut juga dengan nama tokoh atau peranan. Mereka inilah yang beraksi, berdialog, bertindak, berfikir dan berkonflik. Kedudukan watak dalam drama sangatlah penting kerana drama sebenarnya ialah gerakan watak. Audien menonton watak-watak itu bergerak dan bercakap. Kejayaannya membawa cerita dan suasana akan dapat meletakkan drama itu. Drama yang berjaya ialah apabila watak-wataknya berjaya dikemukakan. Ada berbagai-bagai cara mengkategorikan perwatakan, biasanya sebagai protagonis dan antagonis. Protagonis ialah watak utama atau watak penting drama itu. Biasa juga disebut sebagai watak wira. Antagonis pula ialah watak yang menentang protagonis itu. Ia boleh jadi seorang manusia, misalnya watak jahat yang cuba menentang wira. Watak utama perempuannya pula disebut wirawati. Selain dari

Penghayatan Karya Agung Melayu 31

itu disebut saja sebagai watak penting dan watak tambahan. Dalam sebuah drama biasa ada watak utama iaitu, watak protagonisnya, kemudian watak antagonis, watak wirawati, lalu ditemui watak-watak penting dan watak-watak tambahan. Yang dimaksudkan dengan bahasa ialah penggunaan perkataan, penyusunan ayat dan aspek makna yang hendak disampaikan melalui drama itu. Drama dikembangkan dengan menggunakan dialog, jadi bererti bahasa dalam drama ialah dialognya. Peranan dan fungsi dialog sungguhlah besar, kerana plot yang hendak ditonjolkan menggunakan dialog. Malah watak-wataknya yang berhubungan antara satu sama lain pula menggunakan dialog. Inilah perbezaan yang besar dengan genre sastera yang lainnya. Ada juga unsur-unsur lain yang dapat diterima sebagai bahasa drama iaitu seperti gerakan atau improvisasi. Ada masanya ia tidak menggunakan dialog hanya aksi-aksi saja. Oleh kerana ia berfungsi sebagai menyampaikan cerita, maka improvisasi itu juga dapat diterima sebagai sebahagian daripada dialog. Namun bahasa yang mutlak ialah dialognya. Latar diertikan sebagai gambaran yang tersedia di belakang ruang tas atau props yang disediakan. Daripada latar itu diharapkan ia dapat menerangkan di mana dan bila kejadian dan peristiwa dalam drama itu terjadi. Tujuannya bukan sahaja untuk menimbulkan realiti suasananya, tetapi menolong audien untuk mengetahui tempat dan masa, dan ini boleh membantu mereka untuk memahami situasi peristiwa yang hendak diceritakan. Drama mempunyai perbezaan dengan genre sastera yang lainnya seperti novel dan cerpen dari sudut aspek-aspek yang membina hasil ciptaannya. Drama tidak selesai hanya setelah dituliskan skripnya sahaja tetapi ia memerlukan pementasan. Tegasnya, drama menuntut dua tahap, pertama tahap penulisan skrip dan kedua tahap pementasannya. Kelainan inilah yang membezakan aspek-aspek penciptaannya.

PERBEZAAN DRAMA DENGAN HASIL SENI LAIN Pertama, drama dikatakan mencapai keseronokan dan vitaliti seninya dalam masa yang terbatas. Betapa tidak, drama dihidangkan melalui pementasan. Ia adalah hasil dari penyatuan skrip, lakonan, arahan, latar dan sebagainya. Drama sama juga dengan muzik, memerlukan latihan dan keharmonian. Sebuah drama yang baik bererti dari sebuah skrip yang baik, lakonan yang baik, arahan yang baik dan semua unsur dramatik yang baik. Kedua, drama penciptaan yang dihasilkan dari peniruan dari apa yang terjadi dalam masyarakat. Skrip-skrip drama diolah berdasarkan peristiwa yang dikhayal, difikir dan dialami oleh pengarangnya. Sejak dari zaman Greek, orang menyatakan drama ialah penipuan dari alam kehidupan, gerakan tiruan dari alam dan ia bersifat mimetik. Jadi drama adalah sebuah kehidupan dan hampir pula dengan dunia audiennya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 32

Paraaudien perlu diyakini bahawa apa yang disaksikan adalah sebahagian dari kehidupan mereka. Dan mereka pun berasa drama itu sebahagian dari diri mereka. Apabila adanya reaksi seperti ini, baru ia dapat dijelmakan sebagai sebuah hasil drama yang benar-benar drama. Ketiga, drama adalah suatu hasil interpretasi atau penterjemahan atau pemahaman dari sebuah skrip. Jadi skrip menjadi induknya. Seorang pengarah ditugaskan untuk membaca, memahami dan menginterpretasikan skrip drama tersebut. Yang demikian rupa sesuatu yang bersifat misteri, ia tidak dapat memperjelaskan dirinya sendiri dan dihasilkan dengan harapan ada orang yang dapat memahami kehendak-kehendaknya. Pendek kata, sebuah skrip itu masih belum lengkap lagi jika tidak dipentaskan. Namun berdasarkan dengan skripnya saja aspek-aspek kesusasteraan dapat dinikmati. Keempat, drama dihasilkan melalui dialog. Dengan menggunakan dialog, plot, perwatakan dan persoalan cerita itu berkembang. Prinsip ini menuntut seseorang yang ingin memahami drama menguasai cara-cara penggunaan dialog. Dialog yang bagaimana dapat membangunkan nada sedih? Adakah dialog itu sesuai dengan seorang pegawai kerajaan? Drama sejarah biasanya menggunakan teknik dialog bagaimana? Kesemuanya itu memerlukan jawapan dan kemahiran. Itulah empat prinsip yang membezakan drama dengan hasil seni yang lain. Landasan-landasan prinsip itu merupakan aspek-aspek drama yang harus diketahui bagi seseorang yang ingin menjadi penulis drama, pengkritik, pengapresiasi dan peminat drama. Dari perbezaanperbezaan itu dapat kita mengenal sedikit sebanyak apakah yang dinamakan dengan drama itu.

RUMUSAN Dalam Unit ini kita telah membincang dan membahaskan tentang korpus karya agung sastera Melayu bagi zaman klasik dan zaman moden. Dalam zaman sastera klasik kita telah menemui genre pentingnya seperti cerita asl usul, mitos, hikayat, cerita berbingkai dan sebagainya. Genre sajak, cerpen, novel dan drama dibincangkan untuk zaman sastera moden. Pengetahuan itu akan membantu kita untuk mengenal dan menguasai teks-teks agung sastera Melayu.

Rujukan Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka Nasional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 33

Mana Sikana, 2004. Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapura: Pustaka Nasional. Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publications Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago Press.

KATA KUNCI
1. Sastera rakyat 2. Mitos 3. Legenda 4. Dongeng 5. Hikayat 6. Sajak 7. Cerpen 8. Drama 9. Novel 10. Sastera moden

1. 2. 3. 4. 5.

Berikan maksud sastera rakyat. Bincangkan perbezaan yang ketara antara cerita legenda dan cerita dongeng. Apakah ciri utama karya Melayu zaman Hindu? Jelaskan pengaruh Islam terhadap karya yang asalnya daripada pengaruh Hindu. Huraikan satu ciri yang membezakan karya novel dan cerpen Melayu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 34

UNIT 3 KETOKOHAN PENGARANG KARYA AGUNG

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda dapat : 1. Membandingkan kekuatan dan keistimewaan tokoh-tokoh karya agung Melayu, 2. Mengklasifikasi tokoh karya agung mengikut genre hasil kerja masing-masing, 3. Menganalisis secara tekstual dan kontekstual hasil karya tokoh-tokoh karya agung

PENDAHULUAN Ketokohan merujuk kepada kekuatan dan keistimewaan seseorang tokoh. Pengarang yang akan dibincangkan ialah Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Keris Mas, Usman Awang dan Mana Sikana. Tun Seri Lanang terkenal sebagai penulis historiografi, Raja Ali Haji karyawan intelektual, Hamzah Fansuri dalam bidang puisi masnawi, Keris Mas adalah tokoh modenisasi cerpen, Usman Awang penulis sajak dan Mana Sikana menghasilkan drama realisme, surealisme dan pelopor drama metahistoriografik.

TOKOH KARYA KLASIK Tun Seri Lanang Tun Seri Lanang adalah penulis dan pengarang Sejarah Melayu .Meski banyak pandangan yang berbeza daripada segi kedudukannya sebagai pengumpul, penyusun, penyunting dan pengarang, tetapi Tun Seri Lanang tetap dipersetuji sebagai orang yang bertanggung-jawab dalam merealisasikan kehendak sultan Abdullah Maayah Syah ibni Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Syah, dalam suatu majlis di hadapan pembesar negeri menyatakan kewujudan sebuah Hikayat Melayu di Goa, Sulawesi. Baginda memerintahkan didapatkan kitab tersebut, diperbaiki dan dibaca untuk panduan generasi akan datang. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad, bergelar Paduka Raja seorang yang berjawatan Bendahara.Tun Seri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun

Penghayatan Karya Agung Melayu 35

1565. Kedudukannya ialah sebagai Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615. Ada tanda-tanda yang menunjukkan beliau mempunyai darah keturunan Tun Perak, bendahara Melaka yang sangat bijak dan membawa Melaka ke persada dunia.Tun Seri Lanang, sebenarnya bukanlah terkenal sebagai pengarang. Beliau lebih terkenal sebagai pemimpin. Namun mempunyai minat dalam dunia kepengarangan Titah raja dilakukannya dengan sempurna. Beliau mendapatkan teks tersebut daripada Goa dan kemudiannya menyusun, menambah dan memperbaiki mana-mana yang perlu. Istilah zaman pascamoden kerja beliau dinamakan sebagai intertekstualiti. Kerja mengarang itu dimulai pada bulan Februari 1614 sewaktu di Johor dan kemudian disambung di Aceh. Maknanya Sejarah Melayu ditulis 103 tahun setelah Melaka ditakluk Portugis. Tambahan pula semasa menulis Sejarah MelayuTun Seri Lanang berada dalam tawanan Aceh. Setelah sempurna dikerjakan, Tun Seri Lanang sedar bahawa isinya adalah mengenai salasilah raja-raja Melaka. Teks diberi nama Sulalatus Salatin yang bererti Salasilah Segala Raja-Raja Kemudian diterjemahkan oleh golongan moden menjadi Sejarah Melayu. Sejarah Melayu tergolong dalam genre sastera historiografi, iaitu karya yang. bercorak sejarah. Sastera sejarah atau pun disebut juga sebagai sastera historiografi adalah sebuah genre sastera yang berkembang di zaman sastera klasik: Sastera Islam. Sesuai dengan namanya, sastera historiografi, ingin menggambarkan pertumbuhan dan perkembangan kerajaan sesebuah negara atau negeri. Meskipun ia belum membawa konsep sejarah seperti yang difahami hari ini, sastera sejarah boleh dirujuk untuk mendapat gambaran kerajaan masa silam. Sastera sejarah dimasuki pelbagai unsur seperti legenda dan mitos yang berkombinasi dengan isi dan fakta. Bagaimana punsastera sejarah sebagai salah satu sastera terpenting yang tinggi nilainya kerana tulisannya mengandungi unsur-unsur sejarah yang ditulis dengan gaya yang menarik dan cenderung ke arah gaya sastera. Di antara beberapa teks yang terkenal ialah Sejarah Melayu, Misa Melayu, Tuhfat an-Nafis, Hikayat Merong Maha Wangsa dan sebagainya. Sejarah Melayu berisi dengan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya keruntuhannya di tangan Portugis. Tidak ada siapa yang dapat menolak Sejarah Melayu daripada segi sejarahnya, ia menjadi rujukan zaman berzaman untuk mengkaji tamadun Melayu. Isi ceritanya yang berbentuk sejarah itu mengandungi pelbagai catatan dan kisah seperti tentang pembukaan negari, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang bernegeri dan berkerajaan. Juga mengandungi isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Dalam Sejarah Melayu juga, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya. Membincangkan juga budaya keagungan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 36

kebesaran bagi pemerintahan bernegara. Cara budaya berkerajaan, terutamanya tanggung-jawab pembesarnya juga dilukiskan dengan terperinci. Gambaran budaya tentang wira dan hulubalangnya juga diterangkan dengan jelas, ia penting kerana ia menjadi tonggak kekuatan negara. Seperti dinyatakan, Sejarah Melayu bercampur dengan unsur mitos dan legenda. Meskipun ada unsur hiburan, tetapi unsur sejarahnya lebih kuat. Bahan-bahannya menggambarkan budaya orang Melayu terutamanya mengenai watak pemerintah dan bangsa Melayu sendiri. Undang-undang dan adat istiadat juga digambarkan di dalamnya.

Raja Ali Haji Nama sebenar pengarang Tuhfat al-Nafis ialah Raja Ali Haji ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad Haji. Dilahirkan di Penyengat, Riau dalam tahun 1809. Ayahnya seorang tokoh intelektual tradisional Riau yang pernah melibatkan diri dalam perkembangan politik di sekitar kepulauan Johor-Riau. Ayahnya juga pernah menjadi utusan Sultan Riau kepada Gabenor Belanda, Van Der Capellen di Jakarta. Masa perjalanan ulang-alik inilah Raja Ali Haji ikut bersama ayahnya dan menimba pengalaman yang bukan sedikit, misalnya ia dapat menemui sarjana Barat seperti T.Rooda dan H.Von Der Waal. Beliau telah menunaikan haji dan belajar bahasa Arab, pengetahuan agama serta ilmu sufi yang amat berguna pada kerja kreasi sastera dan tugasnya kemudian sebagai Perdana Menteri kepada Raja Riau dan penasihat politik kepada Yang di Pertuan Muda Riau. Atas kegigihannya Penyengat terus berkembang dan menjadi pusat kebudayaan Melayu dan Islam yang penting di abad ke-19. Pendeknya dengan ringkas mudah disimpulkan Raja Ali Haji sama juga dengan pengarang sezaman atau hampir sezaman dengannya, lahir dari kraton dan menulis atas kepentingan kraton dan kerabat-kerabatnya. Dipandang dari sudut ini Raja Ali Haji masih tidak dapat memisahkan dirinya dari berkreasi bukan atas kepentingan sastera tetapi kepentingan golongan tertentu, yang mahu menjadikan sastera itu sebagai propaganda kepada diri dan negara. Kedudukan Raja Ali Haji sebagai pendidik ilmu tasawuf kepada orang-orang besar di istana kerajaan Riau dan juga kepada rakyat umum adalah satu keistimewaan kerana penulisannya dipengaruhi oleh pandangannya selaku seorang pemerhati. Berdasarkan pembacaan, pengalaman serta sejarah Raja Ali Haji, beliau mampu menghasilkan karya yang kritis dan indah. Melalui Tuhfat al-Nafis, beliau menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan teliti. Apa yang dilihat, dicatat semula dengan memasukkan analisis dan persepsinya sendiri mengenai buruk dan baiknya. Hal ehwal yang diketahuinya, diceritakan sambil menghuraikan pandangannya dengan terus terang. Namun begitu, kritikan yang beliau luahkan ada waktu ditulis dalam bentuk satira. Tuhfat al-Nafis mencungkil pengalaman pahit dan kehampaan orang Melayu kerana kehilangan hak pemerintahan. Kehilangan kuasa Melayu berpunca daripada kejahilan raja

Penghayatan Karya Agung Melayu 37

Melayu yang tidak nampak muslihat Bugis, malah sebaliknya meraikan Bugis sebagai penyelamat yang mengembalikan kedaulatan mereka. Plot yang sama berlaku dalam sejarah Johor-Riau, bermula dari Raja Sulaiman ke Sultan Mahmud ke-III, sehingga Sultan Mahmud ke-IV. Raja Melayu sebenarnya diperkotak-katikkan. Mereka diperdayakan oleh kuasa dan kemakmuran. Opu Bugis yang dari awal sudah merancang untuk berkuasa di Johor-Riau adalah daripada suku bangsa, bahasa dan adat resam yang berbeza. Tuhfat alNafis sering menyebut tentang perbezaan ini. Seluruh sokongan mereka seolah-olah sanggup melakukan apa-apa sahaja seperti yang dirakam dalam perjanjiannya: "barang yang tiada suka engkau melintang, aku bujurkan, barang yang tiada suka membujur aku lintangkan, barang yang semak di hadapanmu aku cerahkan..." Ini adalah satu pernyataan secara metaforikal untuk "memperhambakan diri". Raja Sulaiman yang menginginkan kuasa dan taat setia rakyat kerana sedar akan asal usulnya telah tertipu dengan janji tersebut. Raja Sulaiman telah menyerahkan pentadbiran negerinya serta sanak-saudaranya yang perempuan kepada Opu Bugis. Maka bertakhtahlah Raja Sulaiman di atas sokongan Bugis tetapi kuasa yang dimilikinya itu sebenarnya adalah ilusi. Beliau menyangka dirinya telah mempunyai kuasa yang sebenar tetapi nyata beliau telah ditipu daya. Akhirnya Raja Sulaiman ditinggalkan oleh rakyatnya. Tindakan Raja Sulaiman yang melulu dan bebal seperti yang tersebut dalam Tuhfat al-Nafis adalah berpunca daripada dorongan nafsunya yang hendak membalas dendam terhadap Raja Kecik yang telah membunuh bapanya. Dalam memastikan dirinya ditabal menjadi raja, akhirnya orang Melayu hilang terus kuasa politik. Berdasarkan ilusi tersebut, mungkin tidak keterlaluan untuk menganggap karya ini sebagai satira politik atau alegori kepada situasi Johor-Riau dalam zaman Tuhfat Al Nafis ditulis. Karya ini memang ditulis untuk mengkritik peribadi raja Melayu yang lemah. Memang tujuan penulisan satira sebenarnya bukan bercerita tetapi lebih untuk mengkritik. Satira kritikan itu dijadikan lebih lunak kerana ia merupakan pelahiran semula realiti secara sendaan dan bersifat parodi walaupun kritis. Pengolahan cerita dijadikan lebih menarik melalui unsur humor dan lebih tajam melalui unsur ironi. Teknik sebegini merangsang daya fikir intelektual dan menggerakkan penilaian semula sikap dan tindakan. Tuhfat al-Nafis wajar dijadikan cermin kepada raja untuk melihat dan menilai semula dirinya dan tindak-tanduknya. Masyarakat moden tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis, bukan sahaja kerana buku itu karya pentingnya, tetapi juga di dalamnya memancarkan beberapa fenomena baru dalam kreativiti sastera. Satu hal yang ketara dalam penulisan sastera moden ialah wujudnya penerokaan ke dalam jiwa masyarakat yang ditulis, dibongkar dan diberi pengertian. Penghuraian secara teori Frued ini juga terdapat dalam penulisan Raja Ali Haji. Dan yang amat penting Raja Ali Haji dapat menghuraikan psikologi budaya di samping memberi gambaran psikologi sosial masyarakat yang ditulis olehnya. Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah karya agung bersifat sejarah yang telah dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun

Penghayatan Karya Agung Melayu 38

1865. Isi kandungan karya ini mengisahkan peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di negeri-negeri kepulauan Melayu terutamanya Melaka, Singapura dan Johor-Riau. Bahagian awal karya ini telah menceritakan secara ringkas tetapi bertele-tele tentang kisah sejarah Singapura, Melaka dan Johor-Riau. Pensejarahan negeri, jurai keturunan dan peradaban sesebuah kerajaan juga diolah. Pada umumnya pensejarahan itu membicarakan perihal negara, pergolakan politik, masyarakat, tokoh-tokoh, adat istiadat dan peristiwa yang pernah berlaku. Kisah ini dimulai dari tahun 1677 hingga 1865. Menurut R.O Winstedt (1947) Tuhfat al-Nafis merupakan karya sastera sejarah yang terpenting selepas Sejarah Melayu terutama sekali mengenai kerajaan Johor-Riau. Tuhfat alNafis juga merupakan sambungan kepada kitab Salasilah Raja-Raja Melayu dan Bugis, juga hasil karya Raja Ali Haji.. Tuhfat al-Nafis banyak mengisahkan sejarah istana iaitu kejadiankejadian dalam istana serta persekitaran istana itu sendiri. Tujuannya ialah untuk menunjukkan dengan jelas perbezaan antara masyarakat dengan kerajaan dan juga kedudukan antara sultan dengan pembesar dan sebagainya. Teknik penulisan Raja Ali Haji tidak seperti yang dilakukan oleh Abdullah Munsyi. Walaupun Raja Ali Haji dapat dikatakan sezaman dengan Abdullah bin Abdul Kadir Munshi, penggunaan bahasa mereka nampak jauh berbeza. Ini disebabkan latar belakang pendidikan, kerjaya dan persekitaran kehidupan mereka yang sememangnya berbeza. Abdullah berpendidikan Inggeris, bekerja sebagai penterjemah bahasa Inggeris dan hidup di tengah-tengah masyarakat perdagangan di Singapura manakala Raja Ali Haji pula berpendidikan Arab, pendakwah dan hidup di lingkungan istana di Pulau Penyengat, Riau. Lantas, terserlahlah gaya bahasa Melayu klasik melalui karyanya ini. Raja Ali Haji tidak menggalakkan penggunaan bahasa pasar kerana beliau percaya penggunaan seperti ini akan menjejaskan dan merosakkan kemurnian bahasa Melayu. Teknik penulisan Raja Ali Haji juga masih jelas terikat dengan teknik penulisan sastera tradisional Melayu iaitu kita dapati bahawa jalan cerita sering terganggu. Sesuatu peristiwa itu kadang-kadang tidak diakhiri dengan sempurna malah dimasukkan peristiwa yang sama sekali lain dengan cerita yang sedang diceritakan itu. Contohnya, sewaktu menceritakan kisah percubaan Raja Kecil merampas takhtah Kerajaan Johor dari Bendahara Abdul Jalil, Raja Ali Haji telah memasukkan kisah pemberontakan di Matan. Pengolahan yang tidak tersusun sebegini menjadikan jalan cerita yang asal sering terganggu sekaligus mengelirukan pembaca. Namun begitu, Raja Ali Haji telah membawa beberapa pembaharuan yang bermanfaat melalui Tuhfat al-Nafis. Pembaharuan penting yang telah beliau lakukan adalah mencatatkan tarikh pada peristiwa-peristiwa sejarah yang diceritakannya. Beliau prihatin tentang kepentingan tarikh dalam menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku baik dari segi adat istiadat di istana, mengenai kelahiran, perkahwinan, kematian, perjanjian dagang dan diplomatik. Sama dengan buku harian, peristiwa-peristiwa ini direkod secara kronologis. Tarikh iaitu bulan dan tahun serta waktu berlakunya sesuatu peristiwa itu dicatat dengan terperinci dan terang. Ini menjadikan Tuhfat al-Nafis sebuah karya penting yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 39

dirujuk oleh para pengkaji untuk membuat sebarang perbandingan. Kesahihan sesuatu peristiwa boleh diuji dengan membuat perbandingan antara Tuhfat al-Nafis dengan catatan dan penulisan sejarah yang lain. Catatan tarikh yang dibuat oleh Raja Ali Haji juga memberi pembaca suatu arah dimensi yang tepat, jelas dan konkrit. Hasil daripada keprihatinan beliau, Raja Ali Haji juga ada mencatat tentang orang yang pertama membuat sesuatu, misalnya orang yang membawa benih gambir ke Riau dari Sumatra. Raja Ali Haji bukan sekadar mencatat peristiwa yang dilihat olehnya, bahkan selok-belok mengendalikan sesuatu turut diceritakan. Sebagai contoh adalah selok-belok upacara permakaman Sultan pada tahun 1760-an. Lantas, bolehlah kita katakan bahawa Tuhfat al-Nafis adalah sebuah karya yang dihasilkan daripada pengamatan yang teliti dan penulisan yang terperinci. Mohd. Taib Osman (1965) meletakkan Tuhfat al-Nafis di tempat yang istimewa, kerana ia dianggap sebagai karya pertama yang berjaya menganalisis jiwa masyarakatnya dengan masalah dan kebesaran-kebesaran orang yang ditulisnya. Di samping itu buku ini juga memperlihatkan kepentingan sejarah, di mana penulisnya cuba menghuraikan sejarahsejarah yang pernah didengar dan dikumpulkannya serta kejadian-kejadian di mana dia sendiri pernah mengalaminya. Berhubung Raja Ali Haji sebagai penulis karya sejarah, Mohd. Taib Osman mensifatkannya sebagai... the most critical of the Malay historians of old... dan ia sedar apa yang ditulisnya adalah sejarah dan telah mengisi fungsi-fungsi sejarah ketika itu,di mana sejarah yang difahami di zamannya bukan setakat mencatat peristiwa demi peristiwa.Dan satu keistimewaannya bukan setakat mencatat peristiwa, tetapi ada dituliskan tarikhnya yang sebelum Raja Ali Haji hal ini tidak diambil perhatian. Selain itu Raja Ali Haji mengerti, kerana yang ditulisnya sejarah maka dia harus memilih mana peristiwa yang penting sahaja untuk ditulis dan diberinya perkembangan-perkembangan peristiwa dan diberinya pengertian.

Hamzah Fansuri Untuk mengenal Hamzah Fansuri lebih dekat elok kita menguasai latar sejarah zamannya. Tahun lahirnya tidak dapat ditentukan namun ada yang berpendapat bahawa beliau lahir di Barus atau Fansur pada penghujung abad-16 dalam wilayah kekuasaan Acheh. Negeri asalnya juga dipertikaikan, sama ada Syahru Nawi nama bandar Ayuthia, ibu kota kerajaan Siam pada zaman dahulu atau nama lama tanah Acheh sempena nama seorang pangeran Siam bernama Syahir Nuwi yang membangunkan Acheh sebelum kedatangan Islam Acheh pada zaman itu menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam pada abad ke-16. ilmu tasawuf merupakan aliran agama yang amat terkenal pada masa itu. Sewaktu pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Syah (1606/1607-1636TM) banyak naskah-naskah sastera yang tercipta dan antara tokoh-tokoh yang dikenali sehinggalah ke hari ini ialah Syeikh Hamzah AlFansuri atau dikenali juga dengan nama Hamzah Fansuri.

Penghayatan Karya Agung Melayu 40

Ada di kalangan ulama sufi yang mengatakan bahawa Hamzah Fansuri merupakan seorang penganut Syiah yang sesat dan ada yang berpendapat bahawa beliau mengikut mazhab Imam Syafie dalam bidang fikah dan mengamalkan tarekat Qadiriyah. Mereka berpendapat bahawa pegangan sufi Hamzah Fansuri menyerupai pegangan sufi Abi Yazid Bisthami, Al-Hallaj dan Abdul Karim Al-Jili iaitu pegangan mereka tidak mencampuradukkan ajaran sufi mereka seperti mana sufi yang lain seperti Imam Ghazali. Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan kebencian ini, nama Hamzah Fansuri tidak termaktub dalam kitab penting sejarah Acheh iaitu Hikayat Acheh dan Bustanus-Salatin. Selain daripada bidang kesusasteraan, Hamzah Fansuri juga mempelopori bidang penulisan puisi-puisi falsafah dan mistik bercorak Islam. Karya-karya beliau dalam aspek ini tidak dapat ditandingi. Beliau juga orang pertama melahirkan kitab ilmiah bahasa Melayu yang mempertingkatkan darjat bahasa Melayu sebagai sebuah bahasa intelektual dan penting dari aspek penyebaran ilmu dan persuratan. Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sasterawan. Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian, keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah. Beliau merupakan seorang guru dan ulama yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tasawuf, fikh, mantik, sastera, sejarah dan falsafah.Hamzah Fansuri gemar menulis sastera dalam bentuk puisi dan prosa. Antara prosanya ialah kitab-kitab agama dan tasawuf. Sebagai contoh, Asrarul Arifin fi Bayani Ilmis Suluk wat Tauhid merupakan sebuah karya tasawuf yang mengandungi akidah aliran Wahdatul Wujud. Manakala karya Al-Muntahi dan Syarbul Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin mengandungi yang syariah, hakikat, tarikat dan makrifat. Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelopor puisi Islam yang bersifat agama dan tasawuf atau sufi: Rubai Hamzah Fansuri yang mengandungi 42 buah rangkap syair yang berinti ajaran Wahdatul Wujud. Syair-syair Hamzah Fansuri yang lain ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Dagang Syair Perahu. Menurut R.O Winstedt, syair-syair yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri secara keseluruhannya menggunakan irama pantun walaupun urutannya mengikut irama syair. Ini tidak dapat dinafikan kerana Hamzah Fansuri merupakan orang yang pertama

Penghayatan Karya Agung Melayu 41

memperkenalkan skema akhir a-a-a-a dalam puisi empat baris sebagai pengucapan sastera. Menurut C. Hooykas pula, kebanyakan syair-syair Hamzah Fansuri kerap menggunakan perkataan-perkataan Arab yang menyebabkan tidak ramai yang membaca syair-syairnya dapat memahami maksudnya yang tersirat. Walau bagaimanapun, syair-syair Hamzah Fansuri tidak seharusnya dilihat secara dasarnya sahaja, makna penghasilan syair beliau begitu mendalam jika dilihat dari aspek tujuan beliau menghasilkan sesebuah karya itu. Di sini, dapat disimpulkan bahawa Hamzah Fansuri sememangnya sengaja menggunakan perkataan-perkataan Arab secara kerap kerana beliau menulis untuk mengajak para pembaca karyanya untuk berfikir ke arah membentuk budi pekerti dan sebagai seorang penyair agama dan bukannya sekadar sebagai hiburan semata-mata. Profesor Syed Muhammad Naguib Al-Attas berpendapat bahawa Hamzah Fansuri hidup pada suatu masa sebelum pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah Acheh(1588-1604) berakhir dan beliau meninggal sebelum 1607. Hamzah Fansuri dipercayai pernah berguru dengan Maulana Ibrahim di Mekah dan hasratnya yang kuat untuk mencari Tuhan telah mendorong beliau mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Akhirnya beliau menemui Tuhan di rumahnya sendiri, Hamzah Fansuri di dalam Makah Mencari Tuhan di Baitul Kabah Di Barus ke Kudus terlalu payah Akhirnya dapat di dalam rumah Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada tiga cabang iaitu ilmu kalam, ilmu fikh dan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf dikatakan mempunyai unsur rohaniah yang mampu mencernakan makanan dan ubat lantas ilmu tasawuf dilihat sebagai mengancam ilmu kalam; ajaran Islam itu sendiri. Ilmu kalam merupakan sebahagian dari ilmu usul iaitu ubat untuk kaum kafir. Ilmu fikh merupakan makanan mukmin dalam kehidupannya. Ilmu tasawuf adalah yang terdekat dengan perkembangan sastera Islam jika dibandingkan dengan cabang-cabang yang lain kerana selalu dibincangkan dalam sejarah sastera. Ilmu tasawuf mampu menghuraikan hubungan manusia dengan Tuhan yang begitu suci. Timbul rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan kerana mempercayai bahawa Tuhan yang mencipta manusia dan alam semesta. Oleh kerana rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan ini yang membuat manusia melahirkan keinginan untuk mendekati Tuhan dan jikalau diizinkan, manusia ingin melihat wajah Tuhan serta bersatu denganNya. Keinginan sebegini merupakan ajaran pokok ilmu tasawuf. Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan dalam menyentuh perihal ilmu tasawuf dalam sastera Islam, selain Hamzah Fansuri ialah Nurruddin Al-Raniri dan Abdul Raof Singkel dan Shamsuddin al-Sumatrani. Nurrudin al-Raneri dan Abdul Raof Singkel mewakili ilmu tasawuf yang bersifat ortodoks yang membawa pengertian Tuhan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 42

manusia itu biar pun satu tetapi lain kedudukannya. Hamzah Fnsuri dan Shamsuddin Al-Sumaterani mewakili ilmu tasawuf yang bersifat heterodoks yang membawa pengertian bahawa Tuhan dan manusia sama sahaja. Justeru ilmu tasawuf yang dibawa oleh kumpulan heterodoks ini dilihat sebagai menyesatkan kerana tafsiran yang boleh timbul dalam menelaah ajaran kumpulan ini adalah, munusia adalah Tuhan. Hamzah Fansuri sebagai sastertawan Islam diterima oleh kawan dan lawan. Syed Muhammad Naguib Al-Attas (1968) menganggapnya sebagai sasterawan ulung Nusantara. R.O Winstedt (1923) menyatakan ia sebagai orang pertama menulis ilmu tasawuf dalam bentuk sastera iaitu syair. Menurut Francois Valentijn. Hamzah Fansuri mempunyai kekuatan luar biasa sebagai pengarang Islam. Sebagai pengarang Hamzah Fansuri adalah sangat prolifik, rajin dan penuh dedikasi. Ia hidup sebagai seorang sufi dan pekerjaaan kepengarangannya dilakukan penuh sufistik. Meskipun karyanya telah disebut di sana sini, elok kita senaraikan: Syarbul Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin, Asrarul Arifin fi Bayani Ilmis Suluk wat Tauhid, Al-Muntahi, Rubai Hamzah Fansuri, Kasyfu Sirri Tajallis Shibyan, Kitab fi Bayani Marifah, Asrarul Arifin, Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Faqir, Syair Dagang Syair Perahu.

Ada kenyataan yang menunjukkan bahawa terdapatr karyanya yang tidak pasti tarikhnya; namun dipercayaai bahawa beliau menghasilkan karya-karyanya pada awal abad yang ke-17.Sesuatu yang memukau pandangan orang zaman dahulu hingg kini, terdapat unsur-unsur kritikan terhadap dunia politik dan moral, raja-raja serta bangsawan. Syair-syair Hamzah Fansuri merupakan syair Melayu yang tertua, mempunyai sifat mistikal dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia, ia dikategorikan sebagai syair tauhid atau makrifat.

Penghayatan Karya Agung Melayu 43

TOKOH KARYA MODEN Keris Mas Keris Mas adalah penulis karya Agung untuk genre cerpen. Sebagai penulis cerpen, beliau mempunyai latar yang cukup, pendidikan awalnya ialah di Sekolah Melayu sehingga darjah lima. Kemudian beliau menyambung pengajiannya ke Sumatera untuk melanjutkan pelajaran menengah di Tawalib School dan di Kolej Kulliatul Muallimin alIslamiah sebuah Kolej Perguruan Islam; sehingga memperolehi Diploma Perguruan. Beliau juga mengikuti kursus London Matriculation sehinggalah meletusnya Perang Dunia Kedua. Tegasnya mempunyai persediaan intelektualisme yang cukup syarat untuk zamannya. Zaman mudanya, Keris Mas pernah berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Cawangan Pahang. Tugas yang sejajar dengan anak muda yang berjiwa nasionalistik sepertinya. Keris Mas adalah penulis agung melalui penulisan genre cerpen. Sepanjang hayatnya beliau telah menghasilkan KumpulanCerpen Sasterawan Negara Keris Ms 1946-1989 (2000) telah menghasilkan 76 buah cerpen, satu bilangan yang cukup besar untuk zamannya. Mengarang sememangnya menjadi pilihan hidupnya. Keris Mas tidak menjadi pengarang kerana tiada kerjaya lain atau diminta oleh orang lain untuk menjadi pengarang. Keris Maslah yang menentukan dirinya sendiri. Beliau sedar pilihannya dan sedar juga genre yang ditulisnya. Dorongan berkarya datangnya daripada dirinya sendiri. Beliau memilih kerja pengarang kerana ia sesuai dengan dirinya dan perjuangan hidupnya ( Mana Sikana, 2013). Keris Mas pernah menyatakan bahawa profesi sebagai pencerita adalah luar biasa. Dalam diri manusia disediakan naluri suka mendengar cerita. Maka di sinilah peranan besar pencerita, menyampaikan sesuatu melalui penceritaannya. Namun tidak semua orang yang boleh bercerita dengan baik, apalagi yang bermoral. Menurutnya lagi sejarah hidup orang-orang besar dalam sesuatu bidang tertentu, sering menarik perhatian masyarakat. Lebih-lebih lagi, jika orang itu cukup banyak berjasa, mashyur, popular dan telah berjaya mencipta sejarah kehadirannya sendiri: sehingga secara diam-diam dia menjadi metos dan legenda akhirnya. Lalu kita temukan nama-nama seperti Muhamad Ali, P. Ramlee atau Napoleon Bonarparte. Semakin menarik hati dan istimewa lagi, jika tokoh-tokoh itu, dalam karyawan persejarahannya hidup sebagai tukang cerita menulis tentang manusia dan alamnya sedang hidupnya sendiri tersembunyi di sebalik timbunan penceritaannya itu. Orang lebih mengenal akan manusia yang diceritakannya daripada dirinya sendiri. Orang lebih banyak memperkatakan kreativitinya dari individu personalitinya. Di sini terasa ada semacam ironi, dramatik, ilusi sekaligus memilukan. Perjalanan karier Keris Mas sebagai sasterawan dapat didasarkan pada empat anjakan kepengarangan. Pertama, peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga

Penghayatan Karya Agung Melayu 44

1950. Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah cinta, Keris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana. Orang membaca cerpen kerana dorongan cinta itu. Ini bererti aroma romantisisme kuat menguasai pencerpernan Melayu. Kedua, peringkat perlanggaran dan pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu dalam konteks membina kekhasan diri. Ini memperlihatkan zaman prolifik dengan pembaharuan dan pematangannya. Baik daripada aspek tekstualiti mahu pun kontekstualitinya, peringkat ini menyaksikan diri Keris Mas sebagai cerpenis. Ketiga, zaman pascamerdeka, Keris Mas mula kurang berkarya, tetapi ia sudah mempunyai sifat kepengarangan yang idealistik dan memiliki individualisme. Karyakarya yang dihasilkan mantap dan kuat. Pada masa ini, ia banyak terlibat dalam pengurusan seperti urusan Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengurus beberapa hadiah sastera tanah air. Keempat, peringkat selepas persaraan. Keris Mas pernah bertugas sebagai Karyawan Tamu di Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau telah menghasilkan beberapa karya, dan salah sebuah daripadanya Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, diterima sebagai novel besar. Novel lainnya ialah Rimba Harapan. Menyaksikan keempat-empat peringkat penulisan Keris Mas, meski menghasilkan novel besar Saudagar Besar dari Kuala Lumpur; tetapi kedudukannya sebagai cerpenislah yang masih mantap dan terhormat. Kita telusuri perkembangan cerpennya. Pada tahun 1959 diterbitkan antologi cerpen Asas 50, iaitu Mekar dan Segar yang memasukkan tiga buah cerpen Keris Mas. Pada tahun 1962 terbit pula kumpulan cerpen Keris Mas sendiri iaitu Patah Tumbuh yang mengandung 20 buah semuanya. Pada akhir 1947, di sekitar telah menghasilkan lima buah cerpen, beliau mula bekerja di Utusan Melayu, Singapura. Secara kontekstualnya, situasi Singapura selepas Perang, menjadi tumpuan pengarang dan budayawan. Singapura kota pelabuhan dan perniagaan yang strategik menyediakan prasarana untuk kegiatan sastera. Penerbit yang sedia banyak, bertambah dan membesar. 18 buah penerbit, termasuklah Utusan Melayu, Berita Harian, Qalam, Harmy, Melayu Raya, Geliga dan lain-lainnya. Pada waktu itu Singapura mempunyai 63 buah penerbitan; 12 untuk akhbar dan 51 untuk majalah. Dengan itu ramai diperlukan pengarang untuk mengisi kerjaya pengakhbaran dan pemajalahan. Sambutan terhadap majalah dan akhbar tersebut sangat dibanggakan. Masyarakat gemar membaca cerpen dan sajak, juga menonton drama/bangsawan

Penghayatan Karya Agung Melayu 45

Pertama, peringkat kehadiran diri, iaitu antara 1946 hingga 1949, Keris Mas telah menulis sebanyak 42 buah cerpen. Ini bermakna lebih separuh dan mendekati satu pertiga daripada cerpennya ditulis pada zaman ini: zaman prolifik dan muda. Pecahan penulisan ialah 1946 sebuah cerpen, 1947, empat cerpen, 1948, 24 cerpen dan 1949, 13 cerpen. Cerpennya yang pertama ialah Wasiat Orang Bangsawan yang ditulis pada 1946, ini bererti umurnya waktu itu ialah 24 tahun. Cerpen keduanya pada tahun 1947 adalah setahun kemudian. .Bertugas di akhbar, membuka ruang yang terbesar untuk Keris Mas mengkreatifkan dirinya. Kita menyaksikan tahun kesuburan, iaitu tahun 1948, yang telah menghasilkan sebanyak 24 cerpen. Ada baiknya kita melihat cepennya yang pertama yang memecah tembok pengkaryaannya. Wasiat Orang Bangsawan melukiskan kegelisahan tentang hancurnya moraliti golongan atasan yang cenderung melakukan kezaliman secara sporadis sehingga golongan bawah tidak mempunyai daya tahan dan tertekan. Anuar, seorang marhain, yang menyintai Kemalati anak Tengku Indera Kelana, menjadi mangsa feudalisme. Tekniknya menarik, dengan memfokuskan Anuar yang telah meninggalkan kota Medan di mana ia pernah bertemu dengan orang yang dicintainya enam tahun yang lalu.. Tiba-tiba saja ia bersua dengan puteri keturunan raja-raja Deli Tua itu. Seperti yang terjadi dalam sejarahnya, pemberontakan sosial berlaku di Sumatra Timur. Raja dan pembesar serta feudalisme diruntuhkan oleh rakyat atas nama revolusiner. Dan itulah yang terjadi kepada Tengku Indera Kelana akhirnya sebelum kematiannya meninggalkan wasiat untuk pertemuan Anuar-Kemalawati. Cerpen ini dipengaruhi oleh doktrinasi realisme sosial. Intertekstualiti daripada pengalaman belajar di Indonesia, dan mengikuti perkembangan sasteranya, yang waktu itu dikuasai oleh semaraknya semangat revolusi mengisi idealisme cerpen ini (Maman S. Mahayana, 2001: 203-211). Meskipun di peringkat pertama kehadiran diri, kita menemukan teks di sekitar percintaan dan permasalahannya seperti Air Mata Buruh, Darah dan Air Mata, Dalam Pelukan Wanira Sedar dan seterusnya cerpen -cerpen lainnya adalah mempunyai paralelasi dengan subjek tersebut yang menjelaskan ketidak-adilan sosial dan citra hegemoni budaya kolonialisme. Cerpen-cerpen ini indeksikal kepada moraliti pertentangan kelas realisme sosialis. Dalam era ini banyak cerita berputar sekitar soal cinta yang menunjukkan tendensi zaman yang romantis. Zaman permulaan ini, adalah dalam proses pencarian subjek dan diri. Seperti juga anak-anak muda yang lainnya, memiliki serangkaian kisah cinta, Keris Mas juga terdorong menghasilkan teks-teks percintaan. Malah tematik dan subjektiviti cerpen Melayu dewasa itu, menjadikan cinta sebagai persoalan perdana. Orang membaca cerpen kerana dorongan cinta itu. Ini bererti aroma romantisisme kuat menguasai pencerpernan Melayu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 46

Keris Mas memilih cerpen sebagai genre pertamanya. Meski beliau juga menulis sajak pada zaman awalnya, tetapi keinginannya untuk menyampaikan cerita yang bermanfaat menyebabkan minatnya terhadap genre ini lebih tinggi dan sesuai dengan zamannya. Bentuk cerpen dalam sejarah cerpen hampir sama dengan novel yang dimulai oleh karya penterjemahan dan saduran yang dilakukan oleh Syed Syeikh AlHadi dan rakan-rakannya (Ali Haji Ahmad, 1964:1-2). Hanya di tangan A. Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, dan Ishak Haji Muhammad, cerpen mendapat bentuk yang boleh dinamakan sebagai cerpen, jika tidak ia hanya berupa persembahan sketsa atau penceritaan begitu sahaja (Ali Haji Ahmad, 1964:5-6). Cerpen sebelum perang sangat mementingkan mesej dan didaktik sifatnya. Tidak ada kesatuan dan disiplin, yang dipentingkan ialah keindahan bahasa terutamanya pengibaratan (Omar Mohd. Hashim, 1976: 15). Temanya banyak berkisar pada soal rumah tangga dan percintaan, tetapi sifatnya sangat dangkal dan khayal. Di samping itu, unsur-unsur pantun dan syair sangat gemar dimasukkan (Ali Haji Ahmad, 1964:7). Pada tahun 1935, tema semangat kebangsaan mula mengisi cerpen Melayu, tetapi menurut Ali Haji Ahmad (1964: 5), cerpen itu disusun secara romantisisme. Unsur-unsur luar selalu dimasukkan secara tiba-tiba untuk menyelesaikan cerita atau masalah dan plotnya berkembang tidak atas dasar realistik atau sebab-musabab (1964:11). Menurut Omar Mohd. Hashim (1976: 1213), juga: Cerpen-cerpen masa itu berbau romanticism. Omar Mohd. Hashim banyak mengkritik A. Rahim Kajai yang selalu mengorbankan realisme bagi menyudahkan cerpennya. Cerpen Melayu selepas perang pun tidak banyak bezanya, masih menggarap persoalan cinta dan rumah tangga dan mementingkan moral dan didaktik. Hamzah (1950) mengkritik penggarapan cinta itu, seolah-olah tidak ada bahan lain yang harus digarap. Tanpa menafikan bahawa Keris Mas juga dipengaruhi dengan suasana pencerpenan zaman itu, yang luntur dengan tematik percintaan dan romantis, tetapi wujud tindakan the other dalam karyanya yang memiliki makna lain. Dalam konteks inilah Keris Mas berbeza dengan penulis sezamannya A. Rahim Kajai yang telah menghasilkan 48 buah cerpen itu, dua pertiga daripadanya adalah bertemakan cinta yang tertumpu pada uda dan dara yang dikonflikkan dengan perpecahan rumah tangga. Keris Mas dalam konteks ini, jauh menyimpang daripada cinta asmaradana itu; sebaliknya cintanya lebih mirip kepada persoalan politik dan kesedaran. Tegasnya, cinta dalam cerpen Pak Keris, adalah katalis bagi menimbulkan kesedaran politik dalam masyarakat Melayu yang mundur. Sebab itulah, tidak terdapat cerpen-cerpennya yang betul-betul digelombangi oleh adegan-adegan khayal dan romantik. Cinta dengan persoalannya hanya dikemukakan oleh Keris Mas, untuk tujuan kesedaran sosial dan mengarah kepada kekuasaan politik. Dalam cinta ada harapan. Dan saya mahu membangun atau menanamkan harapan-harapan pada pembaca, harapan yang lebih penting dari harapan cinta itu sendiri, katanya memberitahu (Mana Sikana, 1990).

Penghayatan Karya Agung Melayu 47

Usman Awang Usman Awang sebagai seorang tokoh dalam dunia persuratan Melayu moden, khususnya puisi dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang atau Tongkat Warrant paling terkenal pada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di berbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera kita. Beliau seorang penyair yang tidak pernah luntur, yang dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai zaman dan situasi.Anak kelahiran Kampung Tanjung Lembu, Kuala Selidi, Kota Tinggi pada 12 Julai 1929 ini mendapat pendidikan hanya setakat di sekolah Melayu sahaja. Keluarga yang miskin dan situasi tidak membenarkan beliau untuk mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan. Beliau disekolahkan di Kuala Selidi (1936), di Mersing (1937) dan di Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah enam. Semasa pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian menjadi buruh paksa Jepun, dan selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang, pernah menjadi budak pejabat di Pejabat Tali Air Segamat dalam zaman Jepun, dan kemudiannya memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris mula memerintah pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau meletakkan jawatannya sebagai anggota polis dan berhijrah ke Singapura bersama Jamil Sulong. Beliau diterima bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita sebelum menjadi sidang pengarang Mingguan Melayu. Pada tahun 1952, Usman Awang ditawarkan bekerja dengan Utusan Melayu, mula-mula sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak, kemudian diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika. Selepas Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur dan Usman Awang turut serta dengan memegang jawatan yang sama. Tahun 1961, beliau ikut terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibat dari itu beliau berhenti dan buat beberapa waktu terpaksa menganggur. Pada tahun 1962, Usman diterima bekerja dengan Penerbitan Federal dan setahun kemudian berkhidmat pula dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, mula-mula sebagai sidang pengarang Dewan Bahasa dan Pustaka kemudian Pengarang Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan beliau di DBP ialah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu moden dengan menulis puisi. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 48

akar budi Melayu dan perikemanusiaan, telah berjaya mengukir alam sastera Melayu buat beberapa generasi. Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik bukan saja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya, tetapi juga menjadi bahan mainan bibir di kalangan kanak-kanak sekolah dalam sebarang upacara mendeklamasikan sajak. Antara sajaknya yang cukup popular termasuklah Bunga Popi, Gadis di Kuburan, Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh dan Salam Benua. Ketokohan Usman Awang juga menjadi menonjol kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya yang cukup besar terhadap golongan bawahan yang miskin dan terhadap manusia yang malang sehingga kadangkadang Usman ditafsirkan sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berfahaman sosialis. Usman Awang juga menulis cerpen tetapi bidang ini nampaknya sudah lama ditinggalkan sejak akhir tahun 1960an lagi. Kegiatannya menghasilkan banyak cerpen dalam tahun-tahun 1950an dan 1960an lebih banyak memperlihat sikap dan pegangannya yang lebih ketara terhadap konsep Seni Untuk Masyarakat yang didukungnya sebagai anggota Asas 50. Maka itu apa yang lebih jelas pada cerpen-cerpennya hanyalah berupa rakaman pengalaman., pergaulan dan penglihatan serta pemikiran untuk mendedahkan segala kejelekan dan keburukan serta kepincangan hidup dalam masyarakat Melayu khususnya. Sejauh ini, Usman Awang hanya berhasil menerbitkan sebuah novel sahaja berjudul Tulang-Tulang Berserakan. Novel ini tidak lebih dari sebuah rakaman peristlwa peribadi beliau sewaktu bekerja sebagai anggota polis dan bidang novel nampaknya bukanlah bidang penulisan Usman Awang. Selain dari puisi, satu lagi bidang kreatif yang mengharumkan nama Usman Awang ialah drama. Bidang ini telah diterokainya sejak awal tahun 1960an dengan menulis banyak drama untuk radio dan pentas. Beberapa buah dramanya yang sukar dilupakan termasuklah Serunai Malam, Malam Kemerdekaan, Tamu di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan, Degup Jantungnya dan Muzika Uda dan Dara. Usman Awang masih terus memainkan peranannya dalam kesusasteraan Melayu. Beliau masih menulis, malah dikatakan merupakan seorang anak watan yang berjiwa besar dalam bidang sastera dan tidak habis-habis dan letih memperkayakan budaya negara. Beliau telah diberi penghormatan bila dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya sastera dan juga telah dianugerahkan gelar Pejuang Sastera membawa bersamanya surat penghargaan dan wang tunai Sepuluh Ribu Ringgit oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mel 1976. Mulai tahun 19791, Usman Awang kerana ketokohan 5 pengalaman dan dedikasinya, telah dilantik menjadi Setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera sebuah badan kehormat yang tertinggi tanahair.

Penghayatan Karya Agung Melayu 49

Mana Sikana Mana Sikana ialah seorang tokoh sastera Melayu yang mendapat kedudukan penting dalam alur sejarah kesusasteraan Melayu Malaysia. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman Bin Napiah.beliau telah dilahirkan pada 9 Oktober 1946 di Bagan Serai, Perak, tetapi dibesarkan di Kampung Senawar Kuala Kangsar Perak. Mendapat pendidikan si sekolah rendah ialah di Sekolah Umum Bukit Chandan, kemudian memasuki sekolah menengah Sekolah Izzuddin Shah Ipoh. Belajar di Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan menjadi guru selama lima tahun di Johor Bahru. Mana Sikana mula menulis dengan memenangi cerpen $100/= Beria tahrian pada tahun 1964 dengan cerpennya Kawan Yang Berbudi dan Kawan Berduri, sejak itu Mana Sikana terus menulis cerpen. Di samping itu Mana Sikana juga bergiat dalam bidang drama semasa di sekolah Ipoh. Mula-mula berlakon dalam drama berbahasa Arab Ashab al-Kahfi, drama berbahas Inggreis The Fish kemudian beliau menulis dan mengarah beberapa drama termasuk Anak-Anak Jahanam. Sewaktu di sekolah itu juga Mana Sikana mula menulis ulasan dan kritikan drama di mana 1960-an adalah dekad kecemerlangan drama realisme di Malaysia. Juga menulis kritikan novel dan cerpen.1974 Mana Sikana memasuki Inntitut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sinilah beliau memperbaiki penulisan dengan mengikuti kursus-kursus penulisan kreatif yang dikuliahkan oleh Profesor Muhammad Haji Salleh. Dan Mana Sikana mula meninggalkan aliran realisme memasuki aliran unrealisme, hingga kini namanya terkenal sebagai pelopor cerpen beraliran asbdurdisme, eksistensialisme dan surealisme. Begitu juga pada masa di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, beliau mementaskan drama yang waktu itu dimasuki teater surealisme. Sesuai dengan keperluan akademik, dituntut menulis tugasan dan projek yang berbentuk esei, kritikan dan kajian sastera, maka Mana Sikana mula menulis ini genre secara mantap. Karyanya mula tersiar di beberapa majalah dan jurnal. Dua bidang yang digemarinya menulis sastera Islam dan drama serta memenangi beberapa Karyanya mula tersiar di beberapa majalah dan jurnal. Dua bidang yang digemarinya menulis sastera Islam dan drama serta memenangi beberapa pertandingan menulis esei kritikan termasuk Sastera UKM dan Hadiah Sastera Malaysia. Drama pun menjadi bidang kajian Mana Sikana, dan setelah mendapat kelas pertama dengan kepujian Mana Sikana bertugas sebagai tutor di UKM dan menyediakan tesis Perkembangan dan Perubahan dalam Drama Malaysia. Dan untuk tesis kedoktorannya 1990 Mana Sikana menulis kajian Drama Tuah-Jebat: Satu Kajian Intertekstualiti. Dalam penulisan fiksyen Mana Sikana terkenal sebagai pelopor cerpen aliran absurdisme dalam Sastera Melayu. Cerpen-cerpennya Fakurdabakia, Hipokondriakal, Aqula dan Maaj adalah contoh teks tersebut. Sebelum itu cerpen tanah air dibebani dengan aliran realisme dan ada percubaan teknik separuh kesedaran

Penghayatan Karya Agung Melayu 50

di kalangan cerpenis seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan dan Othman Puteh; Mana Sikana meneroka aliran absurdisme+surealisme+ eksistensialisme. Perubahan ini hasil daripada kursus penulisan kreatif yang diikutinya di Uiversiti Kebangsaan Malaysi, menterjemahkan teks-teks cerpen James Joyce dan Franz Kafka, membaca karya Albert Camus, Allain Robbe Grilett, juga meminati Iwan Simatupang, Putu Wijaya dan Ariffin C.Noer. Yang menariknya absurdisme Barat, yang putus dari agama dan manusia kehilangan harapan dan sejarah itu, telah diislamisasikannya dengan menghasilkan teks-teks Islam. Di samping itu juga penulis ini menulis dan mementaskan drama tahun 1970-an dalam kebangkitan surealisme di Malaysia. Namanya adalah rangkaian lima dramatis waktu itu, iaitu Noordin Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaaffar dan Mana Sikana. Karya Mana Sikana dianggap menarik dan memenuhi kriteria sebagai sebuah karya yang bermutu. Malah, banyak karya-karyanya telah dijadikan bahan kajian pelajar yang ingin membuat latihan ilmiah dan tesis. Antara karya-karyanya yang mendapat perhatian para pengkaji dan pelajar ialah drama dan teater. Drama Tanah Di Hujung Bedang (1969), merupakan buah tangan terawalnya dalam penulisan skrip drama. Drama ini telah dimuatkan dalam antologi drama Tok Awang (1984), terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia menekankan pendekatan realisme yang mengangkat isu sosial masyarakat desa yang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi masyarakatnya. Antara isu sosial yang terdapat dalam drama Tanah Di Hujung Bendang adalah mengenai masalah rumah tangga, kemiskinan, konflik kepentingan, ketidakadilan dan penindasan kerana tidak menjalankan amanah. Drama Tanah Di Hujung Bendang berfungsi untuk memberi kesan dan pengajaran kepada masyarakat akan kepentingan hidup bersatu padu antara anggota masyarakat terutama dalam institusi kekeluargaan dan persaudaraan, bekerjasama antara anggota masyarakat, pentingnya sikap bertolak ansur antara rumah tangga dan keluarga, prihatin, bertimbang rasa dan simpati, serta bersikap amanah terhadap sesuatu amanah yang diberi untuk menegakkan kebenaran walaupun menghadapi kesulitan. Seterusnya, Mana Sikana beralih kepada drama berbentuk absurd sebagai percubaan dalam menghasilkan karya dengan aliran yang baru. Antara karya-karya absurdnya yang mendapat perhatian dan dipentaskan hingga kini ialah drama Mustaqima dan Santagodna (1978), Apa-Apa (1982). Santagodna, dimuatkan dalam antologi drama panjang Pelayaran Inderaputera II (1981), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala Mustaqima telah dimuatkan dalam antologi drama Matinya Seorang Pahlawan (1990), terbitan Penerbit Karyawan. Apa-Apa (1984), diterbitkan oleh Penerbit Heinemann. Merujuk kepada watak dan dialog yang terdapat dalam skrip drama Apa-Apa (1982), pemikiran yang dapat ditangkap ialah perebutan kuasa dan penjajahan yang berlaku dalam sebuah kehidupan melibatkan negara Malaysia

Penghayatan Karya Agung Melayu 51

khususnya dan negara Islam umumnya. Di samping itu juga ianya memberi makna, kesedaran, dan pengajaran tentang pentingnya membangunkan negara untuk menangkis penjajahan dan penindasan fizikal serta ideologi penjajah. Terdapatnya makna dan signifikan yang diperolehi berdasarkan drama Apa-Apa yang menyentuh persoalan mengenai perihal kehidupan di dunia berdasarkan perlambangan-perlambangan yang wujud di dalam drama ini Persoalan mengenai peranan watak sebagai perlambangan kepada sesuatu makna yang tersirat juga terdapat dalam drama Apa-Apa ini. Seperti watak Ketua melambangkan Penjajah Barat atau Orang Israel yang ingin mengaut keuntungan di samping menghancurkan agama yang terdapat di muka bumi ini terutamanya agama Islam. Menjurus kepada watak Ketua dalam dialognya yang menunjukkan simbol kepada Penjajah Barat adalah Hari ini adalah hari kemenangan yang abadi... perintahkan semua masjid, gereja, kuil, pagoda di robohkan, Perintahkan saja mereka menyembah aku., dan ..aku mahu menjadi Tuhaaan! (Apa-Apa, 1984: 185), ini jelas melambangkan perlakuan kuasa Barat seperti Israel ke atas negara-negara Islam yang mengangkat mereka sebagai ketua berdasarkan kekacauan dan kezaliman yang dilakukannya. Manakala, drama Santagodna pula menyingkap perihal konflik dalaman antara mimpi dan realiti sang Suami dengan kematiannya. Ianya seperti menggambarkan realiti kehidupan watak Suami yang merupakan seorang ahli perniagaan yang kaya dan terkenal. Tetapi disebalik kejayaan itu, terselit noda-noda yang pernah dilakukan olehnya. Watak Suami digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tidak amanah, ingkar pada perintah Tuhannya, seorang lelaki yang hanya ingin melunaskan keinginan kelakiannya sehingga mengabaikan segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Malah watak Suami ini juga merupakan individu yang sangat berpengaruh seperti yang digambarkan pada dialog ...aku mahu biar pokok-pokok akan sujud kepadaku. (Santadogna, 1981: 102). Aliran absurb menyajikan banyak makna dan signifikan bagi menyatakan maksud-maksud disebalik atau di luar kotak pemikiran manusia. Perkataan tarian kurang baju, menggambarkan tarian atau pesta yang memakai pakaian yang menjolok mata atau menari dengan tidak memakai pakaian. Ini menggambarkan keadaan manusia kini yang tidak mempedulikan persoalan agama atau akidah. Manakala minuman warnanya harus putih dan bergetah, digambarkan sebagai anak gadis yang masih suci. Menerusi penelitian terhadap drama Mustaqima pula, pemikiran yang dapat ditangkap adalah berkaitan dengan soal keimanan dengan mengemukakan imej-imej universal berdasarkan kisah dongeng dunia seperti Zurastura dan Sisipus sebagai watak utama dalam drama ini. Tanda yang dapat dikenal pasti menerusi drama ini adalah tanda yang melibatkan watak itu sendiri berdasarkan dialog yang dituturkan. Seperti watak Zurastura sebagai lambang kepada sifat Iblis yang gemar menghasut serta mengajak manusia ke arah kemungkaran. Apabila meneliti watak Sisipus dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 52

Puteri ianya seolah-olah menginterpretasi kewujudan manusia pertama di alam dunia dapatlah dikenal pasti makna yang ingin di sampaikan oleh pengarang iaitu seperti mengandaikan kisah manusia pertama yang menghuni dunia tetapi telah diadaptasi dalam pemikiran yang eksistensisme. Seperti Adam yang mewakili watak Sisipus dan Puteri sebagai lambang diri Hawa. Drama ini telah menggambarkan ketaatan Sisipus sebagai hamba Tuhan yang akhirnya dihadiahi dengan Puteri bagi mengubat kesunyiaan dan keseorangan hidup Sisipus. Karya-karya absurd yang dihasilkan oleh Mana Sikana telah mendapat perhatian daripada beberapa penggiat sastera Melayu di Malaysia, antaranya Sahlan Mohd Saman yang memperkatakan bahawa: Mana Sikana melakukan cubaan bererti dengan aliran eksistensialisme dan absurdisme dengan menonjolkan watak-watak yang mencari kewujudan dan identiti serta menggambarkan manusia yang dilanda sakit jiwa disamping membicarakan persoalan yang bercorak falsafah (Dewan Bahasa, April 1978) Mana Sikana juga mengambil langkah berani apabila mempelopori genre drama baru iaitu metahistoriografi. Apabila menelusuri aliran Metahistoriografik yang merupakan antara penghasilan baru dalam skrip drama pentas menerusi pengolahan sejarah dan pembaharuan yang dibawa oleh Mana Sikana, teks drama Di Hujung Taming Sari dikategorikan sebagai drama beraliran metahistoriografik yang bejaya dan memperlihat sifat pembaharuannya, calon telah menjadi pelopornya. Merujuk kepada skrip drama Di Hujung Taming Sari, terdapat pemikiran yang diperolehi daripada drama ini iaitu kekuatan dan kegagahan Hang Jebat dalam menentang kejahatan dan penindasan yang dibuat oleh Sultan dan Datuk Bendahara kepada Hang Tuah. Sejarah Hang Tuah telah diolah dan dibuat pembaharuan yang kadang kala terdapatnya pertentangan terhadap cerita sebenar sejarah yang telah digarap oleh Mana Sikana berdasarkan pemikiran beliau terhadap kebenaran sejarah dan pengolahan kepada suatu yang baru. Konsep sejarah yang digunakan dalam drama Di Hujung Taming Sari adalah nostalgia dengan menggambarkan peristiwa sejarah kehidupan Hang Tuah serta keperwiraan Seri Kandi Tun Fatimah. Malah, peristiwa sebenar Hang Tuah yang dihukum bunuh oleh Sultan mengundang kemarahan dan pemberontakan Hang Jebat akibat dari kezaliman tersebut turut dimasukkan sebagai latar sejarah dalam meningkatkan pembaharuan karya beliau seperti dalam drama Di Hujung Taming Sari yang memaparkan pemberontakan Hang Jebat sebagai cara menuntut bela ke atas kematian Hang Tuah yang dibunuh oleh Sultan. Konsep idealistik iaitu penggunaan sejarah sebagai pendekatan untuk memberi pengajaran dan ingatan kepada generasi kini. Contohnya berdasarkan drama ini, pengajaran yang jelas adalah jangan mudah mempercayai orang luar seperti Datuk Patik Karma Wijaya dan sikap Kidul yang bersahabat dengan orang Inggeris menyebabkan orang Inggeris dengan mudah mengetahui kekuatan dan kelemahan

Penghayatan Karya Agung Melayu 53

orang Melayu seterusnya mencari helah untuk membuat agendanya yang tersendiri. Perbincangan mengenai pengajaran yang diperolehi hasil dari drama ini juga adalah berkaitan dengan isu ketegasan dan kewajipan pemimpin untuk menyiasat secara terperinci akan pengkhabaran yang diterimanya. Menjurus kepada sejarah dan drama pentas ini, sultan tidak menyiasat akan fitnah yang dilemparkan kepada Hang Tuah. Namun, telah menggunakan kuasa yang dimikinya untuk memutuskan sesuatu perintah tanpa adanya usul periksa seperti yang berlaku kepada Hang Tuah. Pengajaran yang diperolehi dari drama ini adalah sebagai pemimpin, ketua dalam negeri, mahupun rumah tangga sewajarnya bersikap adil dan membuat penyiasatan sebelum melakukan sebarang hukuman. Buah tangan keduanya dalam karya Metahistoriografi telah melangkaui ekspresi bangsa merdeka apabila ideanya dicetuskan dengan penghasilan penulisan naskhah yang diterjemahkan ke dalam drama Pasir-Pasir di Pasir Salak. Lantaran pergolakan kuasa pemerintah Barat yang inginkan kekuasaan di Tanah Melayu, telah mengheret beberapa pembesar Melayu dalam kancah konspirasi sehingga terjajahnya bumi Melayu. Contohnya dalam drama Pasir-Pasir Di Pasir Salak, kematian J.W.W Birch, telah dijadikan alasan oleh pihak penjajah untuk menakluk dan mengusai bumi Perak. Sejarah awal yang tercatat, menyatakan bahawa Birch telah dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela bersama pengikut-pengikutnya. Ironinya, watak Birch pada sejarah asal, meletakkan lelaki berbangsa kulit putih ini sebagai seorang yang tidak tahu akan adat istiadat budaya Melayu dan dianggap sebagai seorang yang bodoh sombong. Namun, dalam garapan metahistoriografik, watak ini dipusingkan dengan melambangkan Birch sebagai seorang yang bijak dan telah berjaya menguasai minda orang Melayu. Kematian Birch itu telah berjaya mengikat Perak pada perjanjian Pangkor, dan British telah berjaya memperluaskan kuasanya. Hegemoni Inggeris ini telah membangkitkan kemarahan rakyat Perak apabila Datuk Maharaja Lela dituduh membunuh Birch dan dijatuhi hukuman bunuh. Disini, dapat dilihat bahawa Mana Sikana merupakan seorang yang sangat kreatif dengan pengolahan idea dalam penulisan skripnya. Ilhamnya sentiasa basah dan beliau berjaya melahirkan karya-karya yang bersesuaian dengan peredaran masa dan suasana masyarakat hari ini. Mana Sikana mengekalkan elemen fotokopi sejarah bagi mengimbau semula nostalgia dengan menggabungkannya secara idealistik agar rentetan ceritanya lebih menarik dan kemas. Hal ini secara tidak langsung akan meresap ke dalam jiwa penonton yang menontonnya dengan menggambarkan kepedihan hidup pada zaman penjajahan. Kebangkitan semangat nasionalisme itu akan turut dirasai dengan pendekatan yang lebih segar dan meluas. Walaupun sejarahnya digarap dengan nafas yang baru, namun tetap ada pengekalan terhadap sejarah asalnya. Pendekatan patriotik dan nasionalisme yang disampaikan turut berjaya diresapkan ke dalam jiwa penonton. Air Mata Naning

Penghayatan Karya Agung Melayu 54

juga tidak sahaja mencitrakan perjuangan Dol Said dalam mempertahankan Naning, tetapi diisi juga dengan percintaan dan pertentangan dan pertemuan dua adik beradik, di sinilah makna teks bahawa jika Melayu ingin mempertahankan kepertuanannya mereka harus bersatu padu dan mengelakkan perselisihan antara satu sama lain.Dalam drama ini bukan sahaja kemenangan bagi Naning, tetapi mereka berjaya menakluk Melaka dan menghalau penjajah itu daripada bumi Melaka. Di sinilah makna tambahan dan dimesi kekuasaan yang ingin diutarakan sesuai sebagai teks metahistoriografik. Karya-karyanya berjaya memugar masa tradisional untuk makna pascamoden.

RUMUSAN Demikianlah perbincangan ketokohan pengarang agung yang menjelaskan daripada sudut latar kehidupan, pendidikan dan penulisan serta sumbangan yang membawa mereka digelar sebagai pengarang agung. Pengarang yang telah dibahas dan dianalisis itu ialah Tun Seri Lanang, Raja Ali Haji, Hamzah Fansuri, Keris Mas, Usman Awang dan Mana Sikana. Kesemuanya mereka adalah pengarang yang telah mencapai kedudukan yang unggul dan kanon. Tidak syak lagi Tun Seri Lanang terkenal sebagai penulis historiografi, Raja Ali Haji karyawan intelektua, Hamzah Fansuri dalam bidang puisi masnawi, Keris Mas adalah tokoh modenisasi cerpen, Usman Awang penulis sajak dan Mana Sikana menghasilkan drama realisme, surealisme dan pelopor drama metahistoriografik.

RUJUKAN Al-Attas, Syed Muhammad Naguib. 1968. The Origin of the Malay Shair: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ali Haji Ahmad, 1964. Rintisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamzah, 1950. Sastera 1950 dalam Hiburan, 8 Julai 1950. Kassim Ahmad (pnyl.), 1964. Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad, 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad, 1959. Mereka Tidak Mengerti, Keris Mas. Dewan Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Disember, h. 610-612. Keris Mas, 1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Penghayatan Karya Agung Melayu 55

Keris Mas, 2000. Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 1996. Teori Sastera Teksdealisme. Bangi: Penerbit Jabatan Persuratan Melayu, Univbersiti Kebangsaan Malaysia. Mana Sikana, 2004 Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Penerbit Nasional. Mana Sikana, 2005. Keris Mas: Mangkin Kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun halaman 7-12. Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Tradisional. Bangi: Pustaka Karya. Mana Sikana, 2009. Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Pustaka Karya Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur: Teori dan Kritikan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publications. Mohd. Taib Osman, 1968. Mythic Elements in Malay Historiography dlm. Tenggara , 2 (2), hlm. 80-9. Mohd. Taib Osman, 1971. Ulasan: Sejarah Melayu or Malay Annalsdlm. Dewan Bahasa, Februari, hlm. 61-4. Mohd Yusof Hashim (pnyl) .2008. Hang Tuah di antara Fakta dan Fiksyen dalam Hang Tuah Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Nicholson, R.A. 1969. Studies in Islamic Poetry. London: Cambridge at the University Press. Nicholson, R.A. 1969. A Literary History of the Arabs. London: Cambridge University Press. Omar Mohd. Hashim, 1976. Cerpen Melayu Moden Selepas Perang, dalam Anwar Ridhwan (Pny.). Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Ali Haji. 1965. Tuhfat al-Nafis. Singapore: Malayan Publications. Umar Junus. 1984. Sejarah Melayu: Menemukan Diri Kembali. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Umar Junus, 1987. Henk Maier dan Hikayat Merong Mahawangsa dlm. Dewan Sastera, Jun, hlm. 62-7. Winstedt, R.O. 1921. Hikayat Hang Tuah, Part I dlm. JSBRAS , 83, h1m. 110.

Penghayatan Karya Agung Melayu 56

Winstedt, R.O. 1923. Papers on Malay Subjects, Part II, Literature of Malay Folklore. Kuala Lumpur: t.p. Winstedt, R.O. 1925. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of The Evolution of Malay Magic . London: Constable. Winstedt, R.O. 1938. The Malay Annals, Raffles Ms. 18. JMBRAS , 16 (3), hlm. 1225. Winstedt, R.O. 1947. The Malays: A Cultural History . Singapore. Winstedt R.O., 1958. A History of Classical Malay Liter ature. Revised edition dlm. JMBRAS , 31 (3), hlm. 1-261.

KATA KUNCI 1. Salasilah 2. Feudal 3. Parodi 4. Tasawuf 5. Heterodoks 6. Metaforikal 7. Sasterawan Negara 8. Realisme 9. Romantisme 10. Eksistensialisme

1. Jelaskan maksud ketokohan. 2. Berikan alasan anda sebab Tun Seri Lanang dikatakan sebagai penyusun Sejarah Melayu. 3. Tuhfat al-Nafis memancarkan beberapa fenomena baru dalam kreativiti sastera. Bincangkan bagaimana Raja Ali Haji melakukannya. 4. Karya-karya Hamzah Fansuri tidak disenangi pihak istana. Jelaskan perkara yang menyebabkan hal ini berlaku. 5. Bincangkan kualiti yang terdapat dalam karya drama oleh Mana Sikana.

Penghayatan Karya Agung Melayu 57

UNIT 4 PEMIKIRAN KARYA AGUNG

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat : 1. 2. 3. 4. Menyatakan kembali takrifan pemikiran dalam karya agung. Membandingkan pemikiran dalam karya-karya agung yang terpilih. Mewajarkan rasional ketokohan Hang Tuah yang diangkat begitu hebat sifatnya. Menyelami pemikiran di sebalik karya-karya Melayu terhadap raja-raja Melayu.

PENDAHULUAN Pemikiran di dalam karya sastera bermaksud ialah subjek yang dibawakan oleh pengarang. Bermula daripada idea dan pengalaman dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan menjadi persoalan dan tema karya. Daripada situlah ia dikembangkan untuk menyampaikan mesej dan tujuan yang membentuk pemikirian dan idealisme pengarang. Dalam perbicaraan bab ini akan dibawakan pemikiran karya agung seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Tajus Salatin.

SEJARAH MELAYU Sejarah Melayu berisi dengan sejarah Melaka daripada zaman pertumbuhannya, mengalami zaman keemasan dan akhirnya keruntuhannya di tangan Portugis. Tidak ada siapa yang dapat menolak Sejarah Melayu daripada segi sejarahnya, ia menjadi rujukan zaman berzaman untuk mengkaji tamadun Melayu. Isi ceritanya yang berbentuk sejarah itu mengandungi pelbagai catatan dan kisah seperti tentang pembukaan negeri, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang bernegeri dan berkerajaan. Juga mengandungi pemikiran tentang asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan adat istiadat. Dalam Sejarah Melayu juga, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya. Membincangkan juga budaya keagungan dan

Penghayatan Karya Agung Melayu 58

kebesaran bagi pemerintahan bernegara. Cara budaya berkerajaan, terutamanya tanggung-jawab pembesarnya. Gambaran budaya tentang wira dan hulubalangnya juga diterangkan dengan jelas, ia penting kerana ia menjadi tonggak kekuatan negara. Sejarah Melayu bercampur dengan unsur mitos dan legenda. tetapi unsur sejarahnya lebih kuat. Bahan-bahannya menggambarkan budaya orang Melayu terutamanya mengenai watak pemerintah dan bangsa Melayu sendiri, undang-undang dan adat istiadat Melayu.

Pemikiran Sejarah Melayu Kandungan dan Pemikiran Sejarah Melayu mengandungi 34 bab. Beberapa isi penting Sejarah Melayu ialah: . Sejarah Melayu dianggap sebagai teks kanon dalam sastera Melayu klasik dan karya agung historiografi Melayu. Dari segi peristilahan, Sulalatus Salatin bermakna keturunan keluarga, termasuk asal usul dan susur- galur sultan-sultan(Muhammad Yusoff Hashim, 1988:322-33). Sejarah Melayumemberi keterangan tentang keturunan raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu sehingga kehadiran orang Portugis. Francois Valentjin turut menyebut Sulalatus Salatin sebagai Soelatet Essalatina or the genealogy of kings of the Malay coast and of Malacca dan menganggapnya sebagai salah sebuah buku Melayu yang penting yang dimilikinya. Sejarah Melayu sebagai karya sumber sejarah yang penting. Jelas sekali Bottoms menegaskan bahawa Sejarah Melayu adalah pengumpulan data penulisan Penaklukan Iskandar Zulkarnain, Kisah bermula di Bukit Siguntang, Puteri Nila Panca ke Singapura, Singapura dilanggar Todak, Pembukaan Melaka, Kebijaksanaan Tun Perak, Kebesaran Melaka, Kisah Tuah-Jebat, Perhubungan dengan China, Pergolakan politik Melaka, Kitab Darul Mazlum, Raja Campa dan Zuriatnya, Pemerintahan Sultan Alauddin Riayah Shah, Pemerintahan Sultan Mahmud Shah, dan Kehadiran Portugis.

Penghayatan Karya Agung Melayu 59

tentang sejarah orang Melayu. Fakta sejarah dalam karya tersebut, dapat ditimbulkan oleh orang yang ahli dalan sastera dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang dan zaman berkenaan. Sifat kesejarahan teks Sejarah Melayu, menampilkan kenyataan sejarah yang jelas sehingga ia menjadi sumber penting bagi mengkaji sejarah kemunculan, kemakmuran, dan keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka. Dengan itu Sejarah Melayu boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan. Ini adalah kerana karya ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk Melaka pada abad ke-15 Masihi. (Liaw Yock Fang, 1982: 214-215). Dengan ini, karya Sejarah Melayu adalah sumber terpenting dalam menyusun sejarah kemasyarakatan Melayu. Kesultanan Melayu Melaka merupakan titik tolak permulaan suatu tradisi yang menjadi dasar budaya Melayu. Lantaran itu, Sejarah Melayu yang banyak memuatkn kisah istana Melaka boleh disifatkan sebagai teras kebudayaan Melayu. Ini adalah kerana hampir semua perkembangan budaya Melayu kini boleh dicari dasarnya dalam kitab tersebut. Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa tiada karya kesusasteraan Melayu melainkan Sejarah Melayu yang dapat memberi suatu gambaran konkrit tentang kebudayaan Melayu. Mohd Taib Osman (1974), pernah menggambarkan kebudayaan Melayu sebagai suatu kebudayaan yang berasal ataupun dibentuk daripada pelbagai peradaban yang mencerminkan liku-liku sejarah yang dilalui. Berkenaan dengan kebudayaan Melayu, beliau menjelaskan bahawa kita dapat melihat bagaimana Sejarah Melayu dapat merangkaikan kebudayan Melayu yang mengandungi ciri-ciri peradaban Hindu dengan pertumbuhan kebudayaan yang berteraskan agama Islam. Kenyataan di atas menjelaskan bahawa budaya asing, khususnya peradaban Hindu, tidak diterima dalam kebudayaan Melayu sebulat-bulatnya. Sebaliknya, unsur terpilih pada budaya tersebut dikaitkan dengan kebudayaan yang berteraskan agama Islam sebelum ia diterima sebagai kebudayaan Melayu. Oleh sebab budaya bersifat dinamis, dalam sejarah sesuatu kebudayaan yang menunjukkan persambungan tradisi, ada ciri yang terkubur bersama-sama dengan zamannya, ada ciri yang diberi pengertian baru serta diteruskan amalannya, ada ciri baru yang mendapat tempat serta diberi pewarnaan tempatan supaya bersesuaian dengan tradisi masyarakat tempatan. Kebudayaan Melayu yang menampakkan persambungan tradisi juga telah melalui proses yang tersebut di atas. Kedudukan Sejarah Melayu sebagai teras kebudayaan Melayu dan adikarya historiografi Melayu lama menjadi tumpuan kajian kebanyakan sarjana dari dalam mahupun luar negara. Sudah banyak kajian dibuat berdasarkan Sejarah Melayu, tetapi kekayan karya ini masih menawarkan ruang besar bagi kajian baru. Setiap pengkaji yang melibatkan diri dalam kajian karya Sejarah Melayu sudah pasti menemui pengaruh unsur kebudayaan India padanya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 60

Banyak kecaman-kecaman telah dibuat oleh penulis-penulis Barat terhadap Sejarah Melayu; ianya tidak dapat dijadikan sebagai satu sumber untuk menulis sejarah. Winstedt dan Wilkinson menganggapnya sebagai sebuah buku mitos dan roman yang mengandungi banyak cerita-cerita dongeng dan dewa-dewa. Ia dipenuhi dengan fabel dan ceritanya putus-putus, tidak mengikut susunan kronologi. Ini disebabkan terlalu banyak mengandungi cerita dongeng yang tidak dapat diterima akal dan cerita dewa-dewa, maka sifat sejarahnya sudah hilang.Selain itu ada pula sarjanasarjana lain seperti Hoesein Djajadiningrat, Branders Rasser dan Pigeaud yang masih mempunyai karangan tentang reliability Sejarah Melayu itu sebagai buku sejarah. Mereka menganggap Sejarah Melayu sebagai sebuah buku dongeng kerana ia tidak mempunyai pentarikhan.

Tujuan Pengkaryaan Sejarah Melayu Sejarah Melayu bertujuan untuk memperbesarkan kedudukan dan sejarah silam rajaraja Melaka yang telah tewas di takluki Portugis. Pelbagai unsur-unsur bukan sejarah dimasukkan sebagai dakyah untuk menguatkan pencapaian terhadap tujuan tersebut. Sejarah Melayu mempunyai empat sifat iaitu, sejarah, saintifik, humanistik, rasional dan self-revealatory. Kandungannya mempunyai perbuatan-perbuatan manusia zaman silam, kerana sejarah itu dapat ditafsirkan sebagai apa kita ketahui darihal tiap-tiap sesuatu yang dibuat,difikir, diharap ataupun dirasai oleh manusia. Tentu sekali Sejarah Melayu banyak menyentuh aktiviti-aktiviti manusia, walaupun ada cerita-cerita dongeng. Bahagian awal kitab Sejarah Melayu menceritakan zaman awal sesebuah kerajaan, iaitu, meliputi asal-usul keturunan raja-raja, kisah pembukaan negara kota dan kisah kemasukan Islam ke sesebuah negara. Sejarah Melayu dan Sastera Sejarah lainnya dihasilkan untuk kepentingan golongan istana. Mengagung martabatnya dan mempertahankan kedaulatannya.Raja sering dikaitkan dengan berketurunan istimewa. Raja Melaka lebib istimewa daripada Maharaja China. Sejarah Melayu juga mengandungi unsur pengajaran, diduktif, moral dan teladan. Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu zaman feudal. Meski unsur sejarah dan mitos bergabung, tetapi itulah sebenarnya budaya Melayu yang senantiasa mencampurkan antara realiti dengan unrealiti. Dengan itu dapat dirumuskanSejarah Melayu mengandungi Peristiwa sebenar Mengikut kronologi zaman Tokoh atau manusia yang benar Latar tempat yang betul, namun ia bersatu dengan mitos, legenda, tiada pentarikhan,

Penghayatan Karya Agung Melayu 61

Adanya unsur-unsur penambahan, dan Pengarang mempunyai motif dan komitmen.

Hubungan Raja-Rakyat dalam Sejarah Melayu Sejarah Melayu mempunyai banyak kekurangan seperti, tidak mempunyai pentarikhan. Ada diceritakan kemangkatan seseorang raja seperti: maka Sultan Alauddin pun mangkatlah maka Raja Mohammadlah kerajaan mengantikan kerajaan ayahanda baginda, dan gelar baginda di atas kerajaan Sultan Mahmud Syah. Di sini, tarikhnya tiada dicatatkan. Begitu juga tiada disebutkan pentarikhan tentang peperangan Melaka melawan Siam dalam zaman pemerintahan Sultan Muzaffar, tentang perhubungan diplomatik antara Siam-Melaka oleh Tun Telani dan tentang penaklukan Melaka oleh Feringgi. Winstedt menuduh bahawa tarikh mengenai pakatan-pakatan istana dan peperangan-peperangan di antara raja-raja terpaksa dicari oleh penyelidik-penyelidik daripada batu-batu makam. Di samping itu Sejarah Melayu juga tidak menjelaskan salasilah kerajaan Melayu Melaka seperti berapa lamakah setiap keturunan kerajaan itu bertakhta. Dan kekurangan ini sangat-sangat menyusahkan kita. Namun begitu, bolehlah dikatakan bahawa dengan sendirinya Sejarah Melayu tidak dapat dijadikan suatu sumber sejarah yang tepat, tetapi ia menjadi suatu sumber yang bernilai kiranya isi kandungan buku itu dikaji dan dibandingkan dengan catatan China dan Siam. Memang benar ia mempunyai kekurangan-kekurangan, tetapi ia penting dijadikan sumber asas untuk menulis sejarah Malaysia antara 1400-1511. Ia tidaklah seluruhnya merupakan sebuah buku mitos dan dongeng. Ada objektiviti dalam penulisan Sejarah Melayu. Mungkin juga pengarang tidak dapat menulis segalagalanya yang berlaku di Melaka. Tetapi ini tidak dapat dielakkan kerana seperti mana kata Gottschalk (1975) dalam Understanding History; Hanya sebahgian daripada yang berlaku dapat dilihat, hanya sebahgian daripada yang dilihat dapat diingat, dan hanya sebahgian yang dicatat masih selamat. Salah satu nilai budaya dalam Sejarah Melayu ialah di dalamnya tercatat sebuah perjanjian klasik, iaitu di antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Perjanjian inilah yang menjadi dasar konsep daulat dan derhaka, yang melatari perhubungan antara raja dengan rakyat yang berterusan dari zaman ke zaman hinggalah ke hari ini. Untuk itu kita nukilkan tentang perihal perjanjian tersebut. Perjanjian ini berlaku apabila Seri Teri Buana, iaitu raja negeri Palembang, berduka lara kerana segan untuk menyuarakan hasratnya mengambil anak Demang Lebar Daun iaitu, Raden Ratna Cendera Puri sebagai isteri. Sebelumnya, baginda telah beberapa kali beristeri tetapi isteri-isterinya telah diserang penyakit kulit sebaik sahaja beradu semalaman. Demang Lebar Daun yang merendahkan martabat dirinya sebagai rakyat biasa walaupun beliau adalah bekas raja negeri Palembang, berasa

Penghayatan Karya Agung Melayu 62

susah hati dan gelisah apabila melihat baginda masygul dan murung. Seri Teri Buana adalah seorang anak raja daripada negeri di bawah laut. Demang Lebar Daun menganggap dirinya tidak layak dan tidak setanding dengan martabat Seri Teri Buana yang berasal daripada keturunan Raja Iskandar Dzulkarnain, lalu, menjadikan Seri Teri Buana sebagai raja Palembang. Berbalik kepada kisah Seri Teri Buana yang sedang berduka itu, apabila ditanya oleh Demang Lebar Daun sebab musababnya, maka Baginda pun menyuarakan perasaan yang telah terbuku sekian lama. Demang Lebar Daun bersetuju bermenantukan baginda tetapi dengan bersyarat. Syarat-syaratnya ialah: 1. Jika anak Demang Lebar Daun terkena penyakit kulit juga, sama seperti isteriisterinya yang terdahulu, baginda dikehendaki jangan mengeluarkannya dari istana tetapi diminta terus diberi kebenaran tinggal di istana walaupun sebagai hamba suruhan. 2. Baginda diminta supaya dilakukan itu besar. tidak memalukan rakyat walaupun kesalahan yang

3. Raja hanya boleh menjatuhkan hukuman bunuh jika memenuhi hukum syarak. Baginda bersetuju dengan syarat-syarat itu tetapi juga mengenakan syarat kepada Demang Lebar Daun: rakyat jangan sekali-kalipun menderhaka kepada raja tidak kira betapa zalim dan kejam raja itu.Kedua-dua pihak akhirnya mengikat perjanjian dan bersumpah setia memegang perjanjian yang telah dibuat. Mereka juga bersetuju jika ada pihak yang melanggar perjanjian itu, salah satu pihak akan menerima padah yang amat buruk. Sekiranya Demang Lebar Daun, yang mewakili rakyat, melanggar perjanjian tersebut, akan diterbalikkan bumbung rumahnya oleh Allah s.w.t. Begitu juga dengan pihak raja, jika tidak mengotakan janjinya akan dibinasakan Allah negeri dan kerajaannya. Di dalam perjanjian yang dibuat, sebenarnya mempunyai perkara yang tersirat. Golongan yang mewakili perjanjian ini ialah Demang Lebar Daun yang mewakili golongan rakyat dan Seri Teri Buana yang mewakili golongan raja. Apabila dikaji perjanjian ini dengan mendalam, jelas bahawa perjanjian ini tidak mengongkong atau menjatuhkan martabat raja! Malahan, golongan rakyat yang mengalami banyak kerugian. Permintaan daripada golongan rakyat agar tidak dimalukan adalah lumrah bagi setiap manusia yang mempunyai harga diri dan maruah. Permintaan ini memang masuk akal. Jika tidak wujud perjanjian ini sekalipun, sifat semulajadi manusia memang tidak suka dimalukan dan memalukan. Sebab itulah wujud peribahasa Biar mati anak jangan mati adat dan juga jangan menconteng arang di muka. Islam juga melarang sesama manusia membuka keaiban masing-masing.

Penghayatan Karya Agung Melayu 63

Mungkin permintaan ini diutarakan mungkin kerana raja zaman dahulu memang suka memalukan rakyat. Hukuman sula dan gantung sampai mati selalunya dijalankan di kawasan pasar atau yang mempunyai ramai orang. Demang Lebar Daun adalah bekas seorang pemerintah. Mungkin dirinya sendiri pernah berpengelaman memalukan rakyat dan kini takut perkara memalukan rakyat itu terus berlaku memandangkan dirinya sudah berstatus rakyat. Permintaan seterusnya daripada golongan rakyat juga, ialah agar hukuman membunuh mengikut hukum syarak. Permintaan ini berdasarkan konsep hak asasi manusia dan keadilan sejagat. Raja diminta supaya tidak menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. Permintaan ini mungkin terjadi kerana Demang Lebar Daun cukup faham dengan kedudukan seorang raja yang kebanyakannya selalu menyalahgunakan kuasa. Demang Lebar Daun mungkin berharap dengan adanya perjanjian ini, golongan raja akan mengubah cara mereka menjatuhkan hukuman iaitu dengan cara yang lebih rasional dan adil. Permintaan ketiga ialah tentang hak seorang isteri raja. Besar kemungkinan, Demang Lebar Daun begitu prihatin dengan cara raja beristeri. Raja zaman dahulu kerap menukar perempuan sesuka hati. Begitu juga cara raja mengambil anak gadis untuk dibuat isteri sungguh memalukan. Ada yang dirampas daripada ibu bapanya atau lebih teruk lagi daripada suaminya. Jika mereka cuba melawan atau memberontak, mereka akan dihukum. Raja mungkin dilihat oleh golongan rakyat sebagai raja yang mempunyai banyak isteri dan gundik sehingga tidak dapat berlaku adil. Mungkin juga, Demang Lebar Daun begitu terharu dengan nasib isteri-isteri Seri Teri Buana sebelumnya yang dibuang begitu sahaja apabila didapati berpenyakit. Demang Lebar Daun mungkin tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama memandangkan beliau ialah bekas seorang pembesar negeri itu. Jika perkara itu terjadi, tentulah akan memalukan beliau. Permintaan raja kelihatan mudah dan sedikit tetapi sebenarnya membawa makna yang begitu besar. Rakyat dipinta menelan segala kekejaman raja dan menjunjung titah raja bulat -bulat tanpa boleh mengingkari atau mempersoalkan tindaktanduk raja. Raja menyifatkan penentangan kehendak raja ialah satu penderhakaan dan rakyat itu akan mendapat bala. Ada kemungkinan Seri Teri Buana membuat perjanjian ini kerana ingin memperluaskan kuasa atau juga mungkin kerana beliau terlalu angkuh dengan martabatnya yang dikatakan Iskandar Dzulkarnain. Beliau mungkin berasa segala pendapat serta perbuatannya adalah betul belaka. Maka tidak boleh ada sesiapa pun yang menentangnya. Demikian nukilan perbincangan dengan hubungan raja dengan rakyat dan harga kedaulatannya. Tidak syak lagi ia adalah sebuah karya yang sangat besar, tergambar di dalamnya segala budaya dan kerajaan besar Melayu Melaka. Sejarah Melayu adalah karya yang lahir dalam konteks pengagungan kerajaan Melayu Melaka. Bagaimana pun

Penghayatan Karya Agung Melayu 64

banyak pandangan yang membicarakan dari segi kedudukan dan pengaruhnya dalam penstrukturan teks ini.

HIKAYAT HANG TUAH Hikayat Hang Tuah telah dianggap sebagai sebuah teks yang mencapai taraf kanon Melayu.Hikayat Hang Tuah adalah sebuah epik yang sangat popular dan tersohor dan ia menceritakan satu-satunya wira Melayu yang tidak ada tolok bandingnya; di dalamnya telah dilahirkan cita-cita bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat bangsa ini dari sejarah mulanya, melewati zaman pembangunan lalu di zaman kebesarannya. Tokoh Hang Tuah mewakili bangsa Melayu sendiri. Hikayat Hang Tuah. menggambarkan kegagahan perwira-perwira Melayu, iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu yang berjaya mengalahkan setiap musuh yang datang dari dalam mahupun dari luar negeri. Mereka juga berjaya mengharumkan nama negara Melayu iaitu Melaka sebagai sebuah negara yang besar. Di samping itu, Hikayat Hang Tuah juga mengandungi cerita pertikaman Tuah-Jebat; dua orang sahabat akrab yang berbeza pendapat dalam mentafsirkan erti taat setia kepada raja dan konsep penderhakaan, yang membawa kepada suatu pertikaman dan pembunuhan yang penuh tragedi.Sifat kepahlawanan dan wirawannya terletak pada kejayaannya mengungkapkan pelbagai persoalan dan nilai-nilai serta budaya orang Melayu pada abad ke-15, dan paling menarik ialah gambaran tentang kepahlawanan Hang Tuah.

Pemikirandalam Hikayat Hang Tuah Hikayat ini juga menggambarkan konsep kesetiaan kepada raja seperti yang dipegang oleh watak Hang Tuah dan sebaliknya tergambar pula konsep penderhakaan melalui watak Jebat. Hampir empat perlima cerita dalam hikayat tersebut menggambarkan kegagahan Hang Tuah, manakala yang lain menyentuh watak Jebat sebagai penderhaka. Hikayat Hang Tuah juga sebagai karya klasik yang teragung kerana berjaya menggambarkan budaya dan sistem hidup masyarakat Melayu secara realistik. Hang Tuah lahir di tengah-tengah masyarakat feudal; pahlawan yang mempertahankan dan mendaulatkan feudalisme itu sendiri. (1974: 369-70). Siti Hawa Salleh menjelaskan inti cerita Hikayat Hang Tuah melalui ayat pertama dalam naskhah tertua iaitu dalam Cod. Or 1762 yang tersimpan di Perpustakaan Universiti Leiden, iaitu: Inilah Hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya. Sementara itu, Zaba berpendapat bahawa Hikayat Hang Tuah merupakan lambang kesatriaan dan kepahlawanan bangsa Melayu, dan Hang Tuah adalah satu contoh yang tinggi dan mulia dalam mengabdikan diri kepada sultan dan negara (1951 : 11). Pendapat Zaba itu dengan sendirinya menjelaskan bahawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 65

terdapat dua perkara pokok dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu ketaatan kepada raja dan kecintaannya kepada negara iaitu Melaka (Mana Sikana, 20040.

Keperwiraan Hang Tuah Hang Tuah sebagai simbol kewiraan Melayu dapat dilihat daripada sifat-sifatnya. 1,Berbakti dan taatsetia kepadaraja. Setiap peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah menggambarkan Hang Tuah sebagai tokoh yang sentiasa mencurahkan segala daya dan nyawa demi kesetiaannya kepada raja. Ternyata bahawa tujuan hidup Hang Tuah tidak lain daripada memberi khidmat kepada raja. Hang Tuah sanggup menjadi pelindung kepada raja, sanggup melarikan Tun Teja yang telah bertunang untuk dipersembahkan kepada raja, bersedia menjadi diplomat, rela pura-pura mati untuk masuk ke dalam kubur dan pengorbanan paling besar ialah kesanggupannya membunuh sahabat dan saudara sendiri, Jebat. Pendek kata taat setianya kepada raja tidak berbelah bahagi. Peristiwa-peristiwa tersebut dapat diikuti pada halaman 95-116, 124-60, 260-5 dan 287-91. 5. Bijaksana dan pintar. Hang Tuah digambarkan sebagai seorang yang bersifat bijaksana, pandai menyesuaikan diri dalam keadaan tertentu, tetapi ada juga tipu muslihatnya apabila berjaya memujuk Tun Teja yang telah ditunangkan dengan Megat Panji Alam untuk dibawa ke Melaka sebagai persembahan kepada raja. Hang Tuah bijak dalam memperdaya atau mengalahkan musuh-musuhnya seperti helahnya untuk mendapatkan keris Taming Sari di tangan Jebat dan membunuhnya. 6. Sebagai seorang wira, Hang Tuah terlibat dalam berbagai-bagai peperangan, pertempuran dan pertikaman. Dalam Hikayat Hang Tuah, banyak sekali peperangan sebagaimana yang digambarkan dalam peperangan di Majapahit. Kemenangan selalunya berada di pihak Hang Tuah. Tidak pernah sekalipun Hang Tuah mengalami kekalahan. Keadaan ini menunjukkan bahawa Hang Tuah sebagai wira tetap mencapai kemenangan dalam apa juga bentuk perlawanan. Betapa ramai musuh yang mencabar, semuanya dapat ditentang dan dihapuskan. Meskipun ada musuhnya yang boleh menjelma sebagai binatang, Hang Tuah tetap mampu mengalahkan. Hikayat Hang Tuah dapat dikategorikan sebagai wira yang penuh kejayaan . 7. Selain unsur peperangan, Hang Tuah juga melakukan pengembaraan. Hang Tuah pernah mengembara ke Majapahit, Inderapura dan Terengganu untuk menuntut ilmu; dan ia juga menjadi duta ke negara asing seperti ke Benua Keling, China, Siam, Rom dan Mesir. Selain menjadi seorang wira yang pintar dalam peperangan, dia juga menjadi wakil diraja. Ini menambah lagi ketokohannya sebagai seorang wira. 8. Unsur-unsur percintaan wira Melayu tidak seperti wira barat yang selalu digambarkan dengan babak-babak romantik. Hikayat Hang Tuah dapat dikatakan

Penghayatan Karya Agung Melayu 66

tidak menggambarkan aspek ini. Hang Tuah tidak terlibat dalam percintaan. Memang Hang Tuah berkahwin dan beristeri, tetapi perkara ini tidak diceritakan. Unsur percintaan yang jelas hanya antara dirinya dengan Tun Teja, itu pun dilakukan bukan untuk dirinya sendiri. Tun Teja hendak diserahkan kepada Raja Melaka. 9. Di sebalik perhubungan Hang Tuah dengan wanita dalam HikayatHang Tuah, ia mempunyai akibat yang. bertentangan. Hubungannya dengan wanita telah dijadikan bahan fitnah bahawa Hang Tuah bermukah dengan gundik raja. Peristiwa itu bertujuan untuk menimbulkan kebencian di pihak pembesar negeri. Hal yang sama pernah terjadi pada watak Hercules yang mempunyai musuh terdiri daripada kalangan pembesar negerinya pula (Gorman 1981 : 132-5). Biarpun begitu, Hang Tuah tidak pula berusaha untuk membalas dendam; tidak seperti Hercules yang membunuh pembesar yang telah memfitnahnya. 10. Terdapat unsur mistik dalam Hikayat Hang Tuah, iaitu pada bahagian akhir cefita, ketika Hang Tuah melalui hari-hari tuanya dengan menyembunyikan diri untuk beribadat, ada tanda-tanda dia memasuki alam mistik. Di sini dapat dilihat bahawa betapa tebalnya rasa perhambaan kepada raja, namun sebagai seorang Islam, Hang Tuah akhirnya sedar bahawa pengabdian kepada Allah itu adalah matlamat utama dalam kehidupan manusia. Abu Hassan Sham (1982 : 8-9) sewaktu menghuraikan konsep wira dalam Hikayat Hang Tuah itu menyebut bahawa konsep keperwiraan bangsa Melayu berbeza dengan bangsa asing, terutama seperti yang terdapat di Barat. Hang Tuah mewakili keperwiraan pahlawan-pahlawan Melayu itu, taat setianya kepada raja tidak berbelah bahagi. Dia sanggup membunuh sahabat sendiri dan tidak mudah terjebak dengan masalah perempuan. Hang Tuah ialah wira yang bersedia menerima pelbagai halangan dan rintangan, termasuk fitnah dan hukuman bunuh. Segalanya diterima dengan katakata Alhamdulillah. Ini sesungguhnya imej wira feudal daripada beberapa peristiwa yang berlaku pada zaman feudal (Shaharuddin Maaruf 1984 : 24-5).

TAJUS SALATIN Tajus-Salatin adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab. Taj membawa maksud Mahkota sementara al-Salatin pula membawa maksud Raja-raja. Oleh yang demikian, Tajus-Salatin membawa maksud Mahkota Raja-raja. Tajus-Salatin merupakan sebuah karya sastera Melayu Klasik yang begitu terkenal. Buku ini dipercayai telah dikarang oleh Bukhari al-Jauhari, di negeri Acheh pada tahun 1603 tahun Masihi. Para pengkaji sastera telah mengklasifikasikan teks ini kepada ketatanegaraan, kerana di dalamnya mengandungi panduan dan petunjuk bagi raja-raja, khususnya bagi raja-raja di Alam Melayu agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan negeri

Penghayatan Karya Agung Melayu 67

dengan sebaiknya. Justeru, dalam Tajus-Salatin terdapat 24 fasal yang padat dengan isi kandungan yang bertujuan memberi nasihat, panduan, petunjuk dan pangajaran yang amat berharga kepada pemerintah. Sebagaimana yang diterangkan dalam buku ini, seorang pemimpin itu haruslah mempunyai sifat-sifat yang mulia seperti adil, bijaksana dan amanah. Sememangnya, sifat-sifat ini haruslah ada di dalam diri setiap pemimpin dan sebagai seorang Islam, seorang pemimpin yang boleh diambil sebagai contoh ialah Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan pemimpin yang memiliki sifatsifat yang baik seperti siddiq iaitu benar, fathanah iaitu bijaksana, amanah dan tabligh iaitu menyampaikan. Justeru, di dalam buku ini diterangkan segalanya mengenai ciriciri dan sifat yang harus ada dalam diri seorang pemimpin yang sejajar dengan tuntutan Islam. Kitab ini digolongkan sebagai genre cermin didaktik yang berunsurkan kebenaran. Kandungannya mencakupi pengajaran dan tunjuk ajar tentang adat bernegara serta cara pemerintahan dari aspek kebatinan dan kerohanian bermula dari akhlak raja hingga kepada menteri dan rakyat. Tujuan kitab ini adalah sebagai tunjuk ajar kepada raja-raja dalam menjalankan pemerintahan dan memberi panduan dalam melaksanakan hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat. Ia juga menyentuh peranan menteri dan pegawai berkaitan pemerintahan. Kandungannya juga berguna kepada rakyat kerana mengandungi babbab yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak, budi pekerti dan tanggungjawab rakyat kepada raja. Menurut Hooykaas, percubaan Abdullah Munsyi untuk mengenal budi pekerti Raffles melalui air mukanya jelas membuktikan pengaruh kitab ini terutamanya yang berkaitan dengan bab mengenai firasat.

Pemikiran dalam TajusSalatin Isi Kitab Tajus-Salatin ini dapat dibahagikan kepada lima perkara penting iaitu soal agama, pemerintahan raja, tanggungjawab pembesar, hubungan rakyat dengan pembesar, hubungan rakyat dengan raja dan soal pendidikan. Kitab ini menghuraikan: a) b) c) d) e) f) g) h) i) Peri manusia mengenal diri Peri mengenal Tuhan Dunia itu apa dalam hidup manusia bertapa Peri kesudahan segala manusia pada ketika mati Peri pangkat kerajaan dan hukuman Sultan Peri perbuatan adil Peri pekerti raja yang adil Peri segala kafir & adil Peri zalim dan perbuatan sekalian yang zalim

Penghayatan Karya Agung Melayu 68

j)

Peri keadaan segala menteri dan kemuliaan pangkat

Ciri-Ciri utama Tajus-Salatin, ia ialah sebuah kitab yang bercirikan sastera Islam sepenuhnya. Ciri-ciri sastera Islamnya ialah: Pujian kepada Allah azza wa Jalla. Pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mengingatkan kebesaran Allah dan hidup bertaqwa. Doa kepada umat Islam, hidup dan mati. Memberi nasihat, pengajaran dan sedar diri. Memberi salam kesejahteraan.

.Ciri-ciri Islam itu meresap dan teradun dalam penulis Tajus Salatin ini. Di dalam karya ini berisi 24 fasal yang terkandung di dalamnya, iaitu:

Fasal 1: Peri manusia mengenal dirinya supaya mengetahui ia mulanya itu daripada apa dan adanya itu betapa. Fasal 2: Peri mengenal Tuhan yang ia menjadikan alam dan Adam dan lain daripada itu. Fasal 3: Dunia itu apa dan dalam ia kehidupan mausia betapa. Fasal 4: Peri kesudahan segala manusia yang nafas akhir namanya pada ketika maut. Fasal 5: Peri pangkat kerajaan dan hukuman sultan dan sebagainya itu. Fasal 6: Peri dan perbuatan adil itu. Fasal 7: Peri pekerti segala raja yang adil dan cerita segala raja yang mengerjakan pekerjaan itu dengan sebenarnya. Fasal 8: Peri segala raja kafir dan adil. Fasal 9: Peri zalim itu dan perbuatan sekalian yang zalim itu. Fasal 10: Peri keadaan segala menteri dan cerita kemuliaan pangkat itu. Fasal 11: Peri pekerjaan segala penyurat itu. Fasal 12: Peri pekerjaan segala penyuruh itu. Fasal 13: Peri segal pegawai raja itu. Fasal 14: Peri memelihara anak-anak itu. Fasal 15: Peri hemat yang benar itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 69

Fasal 16: Peri budi dan yang berbudi itu. Fasal 17: Pada menyatakan segala syarat kerajaan itu. Fasal 18: Peri ilmu qiafah dan firasah itu. Fasal 19: Tanda qiafah dan firasah itu. Fasal 20: Peri segala rakyat dengan raja dalam kerajaan itu. Fasal 21: Peri segala rakyat yang kafir dengan raja Islam itu. Fasal 22: Peri sakhawah dan ihsan itu. Fasal 23: Peri wafa dan ahd itu. Fasal 24: Kesudahan kitab yang maha mulia ini.

Sebagai sebuah karya sastera yang bercorak Islam, Tajus Salatin telah menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia. Ini dapat dilihat di dalam beberapa fasal yang awal iaitu dalam fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah menyatakan tentang kepentingan manusia mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifat-Nya. Sememangnya sebagai seorang hamba Allah, kita seharusnya kenal akan siapa Tuhan kita. Tuhan yang telah menjadikan alam ini, dan kerana Dia juga, kita mampu hidup di dunia ini. Justeru, di dalam ketiga fasal pertama itu diterangkan sejak mulanya terjadinya alam semesta ini. Sesungguhnya Allah itu maha kaya dan mengetahui kerana alam semesta ini dijadikanNya dengan begitu teratur sekali. Seterusnya, Allah menjadikan manusia lengkap dengan anugerah lima pancaindera iaitu deria penglihatan, bertutur, mendengar, menghidu dan lidah untuk merasa. Oleh yang demikian, dengan adanya segala nikmat ini, manusia harus sentiasa berysukur kepada Allah. Kesemua nikmat ini juga bererti Allah telah menganugerahkan manusia dengan nafsu yang jika manusia lalai mengawalnya, akan membawa padah kepada diri manusia sendiri. Manusia terjadi daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Selanjutnya, diterangkan bahawa kehidupan manusia dibahagikan Allah kepada tiga bahagian. Tiga peringkat yang dimaksudkan itu ialah permulaan, pertengahan dan penghabisan. Pada peringkat permulaan, dikatakan bahawa manusia itu hina dan keji. Ini dijelaskan dengan baik sekali oleh pengarang kerana dia mentafsirkan hina dan keji itu berlandaskan keempat anasir yang membawa kepada kejadian manusia itu. Tanah adalah asalnya manusia dan bukan setakat tanah tetapi tanah yang paling rendah itulah asalnya manusia. Kemudian, datangnya manusia dari nutfah yakni air mani yang akan keluar melalui zakar kaum Adam. Kemudian, setelah selama 9 bulan manusia menumpang di rahim Hawa, maka lahirlah manusia ke dunia melalui faraj kaum Hawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 70

yang bergelar ibu itu. Justeru dapat kita bayangkan melalui penjelasan pengarang bahawa betapa hina dan kejinya permulaan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Seterusnya, pada peringkat pertengahan pula, manusia sudah mula merasai berbagai nikmat yang tidak terkira. Namun, pada peringkat inilah ditakuti manusia akan binasa oleh kealpaan dan kegagalan dirinya mengawal nafsu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Seperti yang dinyatakan oleh pengarang, manusia berasal daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Justeru, sekiranya anasir itu bercampur dengan baik, maka baiklah perinya manusia itu tetapi jika sebaliknya, maka buruklah perinya itu. Seterusnya, dia akan menjadi seorang yang lalai terhadap kuasa dan kebesaran Allah. Seperti yang tercatat di dalam Tajus-Salatin, Hai yang berbudi, ingatlah kuasa Allah yang menjadikan tujuh lapis bumi yang luas lagi tebal. Ini jelas memberitahu kita bahawa sesungguhnya kegagalan manusia mengawal nafsu akan mendatangkan keburukan kepada diri manusia sendiri dan haruslah diingat bahawa segala nikmat yang kita miliki itu datang daripada Allah yang mengizinkan segalagalanya. Oleh yang demikian, manusia haruslah mengenali sifat dan zat Allah kerana Allah itu esa dan sesungguhnya Dia yang menjadikan segala-galanya termasuk perbuatan hambanya juga. Apabila kita kenal akan zat dan sifat-Nya, bererti kita juga patuh akan segala perintah-Nya dan kita juga harus percaya akan kehidupan kita yang tidak kekal di dunia ini. Seperti yang dinyatakan oleh pengarang, kejadian manusia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu permulaan, pertengahan dan penghabisan. Justeru, tahap terakhir manusia ialah kematian. Sememangnya perjalanan manusia di dunia ini merupakan suatu tempat persinggahan untuk menuju destinasi akhirat, iaitu tempat di mana semua hamba Allah akan kekal buat selama-selamanya. Namun, kematian bukan setakat kematian sahaja. Manusia juga harus percaya akan seksa kubur serta hari perhitungan di padang masyhar iaitu tempat di mana akan dihitung segala dosa dan pahala dan setelah itu akan menerima pembalasan yang seadilnya; perbuatan yang baik akan dibalas dengan syurga manakala perbuatan jahat akan dibalas dengan neraka. Secara keseluruhannya, pada bahagian awal fasal di dalam buku ini, pengarang telah memulakannya dengan memperingatkan kita agar menyedari bahawa walau sebesar mana pangkat, darjat dan kuasa kita miliki, kita tetap hina dan rendah di sisi Allah yang telah menjadikan segala-galanya. Selanjutnya, persoalan yang dikemukakan di dalam Tajus-Salatin ialah mengenai dasar ketatanegaraan. Di dalam fasal-fasal yang seterusnya, pengarang telah menekankan mengenai prinsip pemerintahan yang perlu dijalankan. Sebagai seorang pemimpin, mereka seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan sesempurnanya. Justeru, pengarang telah menekankan tentang perlunya seorang pemimpin itu mengambil contoh pimpinan daripada nabi-nabi dan rasul-rasul serta khalifah-khalifah Islam yang lain. Ini bersesuaian dengan corak kepimpinan Islam yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 71

mengkehendaki seorang pemimpin itu supaya bersifat baik dan adil di dalam menjalankan apa jua hukuman kerana pemimpin itu dianggap sebagai khalifah Allah. Oleh yang demikian, Bukhari al-Jauhari telah memberikan 10 perkara yang perlu ada dalam diri seorang raja bagi mencapai kesempurnaan kerajaannya: 1. Melaksanakan tugasnya dengan adil. 2. Mempunyai ilmu. 3. Menteri-menteri hendaklah akil baligh. 4. Raja harus mempunyai wajah yang cantik. 5. Raja hendaklah bersifat pemurah. 6. Raja hendaklah mengingatkan dirinya serta rakyat untuk berbuat kebaikan. 7. Bersifat berani dan gagah. 8. Hidup dalam sederhana 9. Tidak berfoya-foya dengan wanita-wanita. 10. Raja mestilah terdiri daripada kalangan lelaki.

Pada keseluruhannya, kesepuluh-sepuluh perkara yang diberikan oleh pengarang boleh dianggap penting dan yang harus ada dalam diri setiap raja. Namun perkara yang keempat iaitu berkenaan dengan raja harus mempunyai wajah yang cantik boleh dianggap sebagai bukan suatu kemestian. Kemungkinan apa yang cuba diberitahu oleh pengarang ialah seorang raja itu haruslah sempurna sifatnya dari segi fizikal di samping sempurna dari segi mental. Justeru, bukan bererti kekacakan dan ketampanan yang menjadi keutamaannya kerana setiap yang cantik itu tidak semestinya sempurna. Begitulah kita manusia, dijadikan tidak bebas daripada kecacatan; sekiranya tidak cacat dari segi fizikal, mungkin cacat dari segi tingkah laku. Perkara yang kesepuluh pula diberitahu bahawa raja mestilah terdiri daripada kalangan lelaki. Sekiranya kita pandang dari sudut kekeluargaan, sememangnya dalam Islam ditentukan bahawa tugas sebagai ketua atau pemimpin kepada sebuah keluarga itu terletak pada tangan seorang lelaki iaitu suami. Suami akan bertanggungjawab di dalam menerajui keluarganya dan sekaligus merupakan pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya. Justeru, dalam hal ini mungkin pada pandangan pengarang, ketentuan raja hanya untuk lelaki sahaja amat bertepatan dengan corak kepimpinan Islam. Tidak dinafikan bahawa sehingga kini, belum pernah ada negara yang berajakan seorang wanita. Misalnya, negara Malaysia, masih tetap berajakan seorang lelaki untuk memegang tampuk kerajaan mereka. Walau bagaimanapun, berbeza di negara Barat

Penghayatan Karya Agung Melayu 72

iaitu di England, mereka masih lagi mempertahankan kedudukan permaisurinya di tangga yang teratas di dalam kerajaannya. Di negara-negara lain, ada juga yang mengambil wanita sebagai pemimpin mereka namun negara-negara yang diperintah itu berada di bawah sistem pemerintahan dan bukan sistem kerajaan. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya apa yang ingin ditekankan oleh Bukhari al-Jauhari melalui kesepuluh-sepuluh perkara yang diberikan itu ialah kepentingan seorang raja itu untuk bersikap adil dan saksama serta bijak dalam menyelesaikan segala hal. Bagi Bukhari al-Jauhari, idealoginya tentang keadilan amat mudah, iaitu, membezakan yang baik dan yang buruk dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

Pemikiran Lain Tajus Salatin Pemikiran (persoalan) lain yang dikemukakan oleh pengarang dalam buku ini ialah mengenai pendidikan akhlak yang perlu diberikan kepada orang ramai bermula daripada keluarga. Pengarang memberi penekanan terhadap pendidikan akhlak ini kerana di dalam mendidik anak-anak, keluarga memegang tanggungjawab untuk memberi didikan asas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Begitu jugalah bagi seorang bakal raja, pendidikan akhlak yang mulia haruslah diberikan sejak anak itu masih kecil lagi untuk membolehkannya menjadi seorang pemimpin yang baik dan sempurna. Oleh yang demikian, pengarang telah memberikan contoh melalui kisah nabi-nabi dan lainlain lagi agar dapat dijadikan contoh tentang bagaimana menjadi seorang pemimpin yang baik. Sememangnya di dalam Islam, asas pendidikan akhlak harus diberikan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Ibu bapa dan keluarga memainkan peranan yang amat penting sekali di dalam membimbing dan mendidik anak agar dia membesar menjadi seorang insan yang berakhlak mulia. Sebaliknya, jika ibu bapa melalaikan tanggungjawab itu maka anak-anak akan menjadi hilang arah lantas terjerumus ke kancah dosa. Hakikat ini tidak dapat kita sangkal kerana kebanyakannya begitulah yang berlaku terhadap anak-anak muda yang terlibat dengan masalah dan jenayah. Oleh sebab kurang perhatian daripada ibu bapa dan tidak mendapat asas didikan ugama yang sewajarnya, maka hasutan syaitan lebih senang dituruti. Selain dari persoalan sosial dan politik, pengarang juga telah menimbulkan persoalan ekonomi iaitu mengenai hubungan ekonomi dengan keimanan. Di sini, pengarang telah membincangkan dan mengingatkan manusia bahawa rezeki yang manusia perolehi itu juga merupakan anugerah dari Allah. Oleh yang demikian, sebagai seorang Islam, kita harus ingat akan kewajipan untuk menunaikan zakat dan fitrah mengikut nisab yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Islam, kita harus menunaikan tanggungjawab ini apatah lagi ianya termasuk dalam rukun Islam. Justeru, melalui

Penghayatan Karya Agung Melayu 73

persoalan-persoalan ini, dapat kita katakan bahawa pengarang ingin melengkapi Tajus Salatin ini dari kesemua aspek. Baik dari segi politik, ekonomi mahupun sosial, kesemuanya diambil kira sebagai garis pandu bagi raja-raja yang inginkan kesempurnaan di dalam kerajaannya.

RUMUSAN Demikianlah telah dibincangkan pemikiran dalam pemikiran karya agung seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Tajus Salatin. Kita telah mewacana dan menghujahkan setiap karya agung itu membawa pemikirannya masing-masing, Sejarah Melayu menggambarkan salasilah raja-raja Melayu yang penuh dengat adat istiadatnya dan mencitrakan budaya orang-orang Melayu. Hikayat Hang Tuah sebuah karya agung yang membawa pemikiran kecintaan terhadap Negara mengatasi cinta yang lain, sementara Tajus Salatin menyediakan kanun dan undang-undang berkerajaan. Dengan perbicaraan itu kita dapat mengenal, mengetahui dan menmguasai pemikirian karya agung zaman sastera klasik.

Rujukan Gottschalk, Louis,1975, Understanding History. New York: Alfred A.Knopf. Kassim Ahmad (pnyl.), 1964. Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad, 1973. Perwatakan dalam Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad, 1966. Characterization in Hikayat Hang Tuah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang, 1982. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional. Mana Sikana, 2003 Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan. Singapura: Penerbit Nasional. Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Tradisional. Bangi: Pustaka Karya. Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publications. Mohd. Taib Osman, 1968. Mythic Elements in Malay Historiography dlm. Tenggara , 2 (2), hlm. 80-9.

Penghayatan Karya Agung Melayu 74

Mohd. Taib Osman, 1971. Ulasan: Sejarah Melayu or Malay Annalsdlm. Dewan Bahasa, Februari, hlm. 61-4. Muhammad Yusoff Hashim, 1988. Persejarahan Melayu Nusantara . Kuala Lumpur: Teks Publishing. Mohd Yusof Hashim (pnyl), 2008. Hang Tuah di antara Fakta dan Fiksyen dalam Hang Tuah Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia. Nicholson, R.A. 1969. Studies in Islamic Poetry. London: Cambridge at the University Press. Nicholson, R.A. 1969. A Literary History of the Arabs. London: Cambridge University Press. Siti Hawa Haji Salleh (pnyl.), 1987. Cendekia: Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Winstedt, R.O. 1921. Hikayat Hang Tuah, Part I dlm. JSBRAS , 83, h1m. 110. Winstedt, R.O. 1923. Papers on Malay Subjects, Part II, Literature of Malay Folklore. Kuala Lumpur: t.p. Winstedt, R.O., 1925. Shaman, Saiva and Sufi: A Study of The Evolution of Malay Magic . London: Constable. Winstedt, R.O. 1938. The Malay Annals, Raffles Ms. 18. JMBRAS , 16 (3), hlm. 1225. Winstedt, R.O. 1947. The Malays: A Cultural History . Singapore. Winstedt R.O., 1958. A History of Classical Ma lay Literature. Revised edition dlm. JMBRAS , 31 (3), hlm. 1-261.

KATA KUNCI 1. Pemikiran 2. Kebudayaan Melayu 3. Kronologi 4. Perjanjian 5. Konsep kesetiaan 6. Keperwiraan 7. Fathanah 8. Dasar ketatanegaraan

Penghayatan Karya Agung Melayu 75

1. Jelaskan maksud pemikiran dalam karya agung. 2. Bincangkan tujuan penulisan karya Sulat al-Salatin (Sejarah Melayu). 3. Sejauh mana kesannya perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun kepada masyarakat Melayu pada hari ini. 4. Watak Hang Tuah digambarkan begitu setia kepada rajanya, baik dalam Sejarah Melayu mahupun dalam Hikayat Hang Tuah. Apakah pemikiran di sebalik watak ini? 5. Tajus Salatin menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah. Bincangkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 76

UNIT 5 ESTETIKA DAN KEPENGARANGANKARYA AGUNG


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda dapat : 1. Menjelaskan konsep estetik dan kepengarangan 2. Menyenaraikan unsur estetika dalam pantun dan penglipur lara 3. Membandingkan ciri kepengarangan antara tokoh-tokoh sasterawan agung.

PENDAHULUAN Dalam bab ini akan dibincangkan aspek estetika dan kepengarangan karya agung. Estetik berhubung dengan aspek keindahan, iaitu yang terdapat pada strutkur, pengolahan dan teknik penulisan. Kepengarangan pula ialah mekanisme dan kaedah pengarang berkarya sehingga membentuk kekuatan dan jati diri seseorang pengarang itu.. Dalam bahagian estetik kita akan membincangkan dua buah genre klasik iaitu pantun dan penglipur lara memperlihat struktur, pengolahan dan teknik penulisannya. Sementara kepengarangan diperlihatkan bagaimana cara pengarang berkarya dan membina kekuatan dirinya, dengan membincangkan dua orang pengarang moden iaitu Shahnon Ahmad dan Keris Mas.

KONSEP ESTETIK DAN KEPENGARANGAN Estetik atau keindahan adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Malah, perkataan sastera itu sendiri yang berasal daripada perkataan sanskrit, merujuk kepada karya yang indah. Manusia suka kepada sastera kerana sifatnya yang indah, estetik dan artistik itu. Setiap seni mempunyai sifat keindahannnya yang tersendiri. Kepengarangan pula ialah pencapaian penulis. Dalam seni sastera, keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan.Estetik juga merujuk kepada aspek kekuatan karya. Dapatlah dinyatakan bahawa estetik ialah rasa keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran.Keindahan ialah daya tarikan dan kepuasan dalam penikmatan karya sastera

Penghayatan Karya Agung Melayu 77

terhadap aspek susunan unsur struktur yang harmonis yang memiliki pemikiran dan sebagainya. Setiap komposisi karya memiliki keindahannya Dan khalayak akan membina pula sikap estetiknya bagi menerima tersebut.Keindahan yang lebih agung lagi ialah yang membawa manusia kebaikan, mengagung Allah Azza Wajalla.

perasaan, tersendiri. teks-teks mencapai

Keindahan pengalaman bergantung kepada keunikan pengalaman; pengalaman itu luar biasa, belum pernah dialaminya, menarik dan memberinya kepuasan. Membaca adalah proses penambahan pengalaman. Pengalaman keindahan ialah apabila kita merasa kesan yang menarik, mengkagumkan, menyedihkan atau yang memeranjatkan.Seandainya pengalaman yang diberikan pengarang itu istimewa, makan pembacaan kita akan merasakan kenikmatan keseronokannya. Sebuah karya yang baik ialah elok ciptannya, tinggi seninya dan halus adunannya. Apabila kita membaca perasaan kita akan turut digoncangnya. Hasil daripada pembacaan itu, kita mendapat pemikiran yang tinggi atau ada falsafah tentang hidup. Kita dipintarkan olehnya, bukan digurui atau dimarahinya. Sebuah karya sastera yang berestetika juga mengajar kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Rasa keindahan juga berkait-rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu bagi menimbulkan perasaan kita, seperti perasaan gembira, simpati, marah, terharu dan sebagainya. Dan karya itu pula dapat menimbulkan rasa geram, dengki, cemburu dan sebagainya. Pengarangnya dengan bijaksananya berketrampilan mempermainkan imaginasinya bagi menghidupkan dunia realiti, fantasi, utopia, magis dan seumpamanya. Seni pengolahan atau pembinaan karya, bagaimana karya itu distrukturkan. Aspek pembinaannya tema, plot, warak, bahasa, sudut pandangan dan latar. Kekuatan olahan bererti kekuatan teknik dan pencernaan pelbagai aspek dan komponen yang membina sesebuah karya. Begitu juga hubungan antara aspek yang membina itu harus sesuai, serasi dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lainnya. Tegasnya antara tema, watak, plot, bahasa, sudut pandangan dan latar itu mempunyai hubungan, jalinan, kesatuan dan kekuatannya. Daripada pengolahan itulah terbinanya sifat kepengarangan dan keunggulan pengarang. Teks-teks yang unggul dapat menunjukkan kekuatan dan keindahannya. Teks-teks yang unggul dapat dilihat bagaimana cara pengarang memilih dan mengangkat aspek tema dan persoalannya, kemudian menghadirkannya dengan teknik yang menawan. Teks yang dihasilkan itu tidak sama dengan apa yang pernah dihasilkan. Pengarangnya berusaha untuk mencipta teks yang mempunyai pembaharuan atau melanggar apa yang telah sedia ada. Kemudian pengarang itu akan beristiqamah dengan penciptaannya, sehinggalah ia memiliki kepengarangannya sendiri. Dengan cara sedemikian, sesungguhnya ia dapat mencipta karya yang bermutu dan berestetika (Mana Sikana, 2004).

Penghayatan Karya Agung Melayu 78

PENSTRUKTURAN PANTUN DAN LIPUR LARA Sebuah genre yang diterima sebagai bentuk yang mapan dan agung dalam tradisi orang-orang Melayu ialah pantun . Pantun telah diterima sebagai sumbangan terbesar zaman sastera rakyat. Telah dipersetujui umum bahawa pantun adalah ciptaan asli orang Melayu, iaitu bukan saduran atau penyesuaian daripada puisi-puisi Jawa, India, Cina dan sebagainya. Hanya ada beberapa aspek daripada pantun itu yang hampir sama dengan puisi-puisi yang lain dalam masyarakat Nusantara dan di luar Nusantara. Persamaan ini hanya berdasarkan dua cirri, iaitu sifatnya sebagai sastera rakyat dan bentuknya yang dalam empat baris, quatrain, menyatakan sesuatu fikiran yang bulat dan lengkap (Harun Mat Piah, 1997: 122). Dalam bahasa Pampanga tuntun bererti teratur. Bahasa Tagalog memberi pengertian tonton sebagai mengucapkan sesuatu dengan susunan yang tertentu. Manakala dalam bahasa Jawa Kuno atuntun bererti teratur dan dalam bahasa Toba pula pantun adalah kesopanan atau kehormatan. Jelas di sini istilah pantun itu sendiri melambangkan sesuatu yang teratur dan tersusun. Secara umumnya dapat kita simpulkan pantun adalah ciptaan asli orang Melayu. Oleh kerana pantun adalah suatu bentuk lisan dan masih berkedudukan begit tinggi hingga sekarang, tidaklah dapat ditentukan tarikh ia dicipta dan popular dalam masyarakat Melayu. Harun Mat Piah (1997: 117) menyatakan sama dengan genregenre puisi yang lain iaitu mantera, teromba, gurindam, seloka dan talibun, pantun telah wujud dan terkenal sejak dari zaman-zaman permulaan lagi, iaitu terdahulu daripada kedatangan Islam bahkan lebih awal daripada kedatangan Hindu. Dari itu memang tidak boleh dinafikan bahawa pantun merupakan puisi tradisional yang sememangnya hak milik masyarakat Melayu. Tradisi berpantun telah tersebar luas dalam masyarakat Melayu tradisional sehingga membentuk sebahagian daripada bahasa basahan seharian. Pembentukan pantun secara berpasangan ada kaitannya dengan pembinaan pantun itu sendiri. Pantun terbahagi kepada dua bahagian. Berhubung dengan pembahagian ini, Zaba menjelaskan:Tiap-tiap rangkap pantun terbahagi dua, separuh yang pertama dinamakan pembayang maksud dan separuh yang kedua ialah maksudnya yang sebenar yang dibayangkan oleh separuh yang pertama itu. Pada pantun dua kerat, maka kerat yang mula-mula itulah pembayang maksud dan kerat yang kedua itu maksud yang sebenar. Pada pantun empat kerat maka dua kerat yang mula-mula itu pula pembayang maksud dan kerat yang kemudian itu maksud yang sebenar. Harun Mat Piah (1997: 123-124) telah membincangkan ciri-ciri pantun yang berbagai - bagai dari dua aspek yang penting iaitu aspek luaran dan dalaman. Bagi menghasilkan pantun yang baik, kita haruslah taat dengan mekanisme pembinaannya. Pantun harus diungkapkan mempunyai makna yang berkait dan berlapis. Ada pemikiran yang diselimuti oleh pembayang dan apabila pada maksudnya pula makna pun tidur antara jaga dengan bermimpi. Pantun yang indah akan memberi

Penghayatan Karya Agung Melayu 79

kepuasan dan keseronokan. Pantun yang indah adalah lambang kehalusan budi orangorang Melayu. Sebuah bentuk sastera agung sastera klasik ialah penglipur lara atau disebut juga sebagai lipur lara.Daripada sudut sejarahnya sastera penglipur lara adalah nama yang diberi untuk cerita-cerita ala roman rakyat itu disebut oleh Hugh Clifford. Katanya bahawa cerita itu bukan semata-mata untuk menghibur hati tetapi juga ada unsur pelarian, eskapisme daripada tekanan kehidupan harian. Pandangan ini mungkin ada kemiripan dengan teori Freud yang muncul kemudian di zaman moden, bahawa sastera diciptakan untuk psikoterapi dan terdapatnya unsur pelarian. Bagaimana pun istilah penglipur lara kemudiannya telah diubah oleh pengkaji tempatan menjadi cerita lipur lara, dan pandangan ini disokong pula oleh beberapa orang ahli linguistik Melayu. Penglipur lara cerita agak mudah, tidak ada usaha untuk mengkompleksitikannya, sesiapa yang mendengar cepat faham, dengan itu ia bersifat langsung dan amat komunikatif. Lagi pun cerita lipur lara tidak dibebani dengan muatan pengajaran atau moral yang tinggi yang sakral. Bagaimana pun tukang cerita sedar, tugas dan kehadirannya tidak semata-mata untuk mengubat atau menyembuh hati yang duka lara sebaliknya menanamkan rasa kesedaran sosial. Memang kita sedar cerita lipur lara adalah dunia fantasi yang mitostik dan slapstik juga artistik, dicitrakan dengan segala keindahan dan penuh khayalan; tetapi semuanya itu dapat diterima oleh khalayak zaman itu yang segala-galanya merupakan dunia realiti mereka.Mekanisme dan struktur naratifnya cerita lipur lara sememangnya berhasrat untuk merangsang perasaan, memukau jiwa dan menggoda segala indera. Kita yang hidup di zaman ini dan membaca cerita lipur lara, mungkin dengan cepat kita katakana apa yang diceritakan dan carta penceritaan sudah tidak boleh diterima zaman lagi. Namun, kita harus membenarkan falsafah pendekatan historikal yang menyatakan setiap zaman itu ada semangatnya dan kita haruslah menghormati semangat zaman itu.Dan kita hendaklah meletakkan diri kita dalam situasi zaman itu. Mekanisme dan struktur naratifnya cerita lipur lara, sememangnya berhasrat untuk merangsang perasaan, memukau jiwa dan menggoda segala indera. Kita yang hidup di zaman ini, dan membaca cerita lipur lara, mungkin dengan cepat kita katakan apa yang diceritakan dan cara penceritaan sudah tidak boleh diterima zaman lagi. Namun, kita harus membenarkan falsafah pendekatan historikal, yang menyatakan setiap zaman itu ada semangatnya dan kita haruslah menghormati semangat zaman itu. Dan kita hendaklah meletakkan diri kita dalam situasi zaman itu. Sesungguhnya cerita lipur lara sebuah khazanah yang mempesonakan dan salah satu tanda mercu sastera rakyat. Kenyataan di atas dapat dirumuskan bahawa penglipur lara atau disebut juga dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan atau berdukacita. Cerita jenis ini diistilahkan oleh R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt

Penghayatan Karya Agung Melayu 80

sebagai roman rakyat, folk romances (Mana Sikana, 2004) Mohd. Taib Osman (1974) menggolongkan cerita penglipur lara ini dalam kumpulan marchen. Pengkaji berpendapat bahawa cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsurunsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan dan peperangan. Cerita mempunyai plot yang mudah dan lurus. Susunan cerita penglipur lara hampir sama, cerita diakhiri dengan unsur kegembiraan. Cerita terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu pertama, kelahiran wira yang penuh keganjilan.; kedua, pengembaraan wira keluar dari istana dengan tujuan tertentu dan ketiga,wira kembali ke negerinya setelah mendapat apa yang dihajati. Cerita lipur lara biar dalam apa bentuknya pun tetap mewakili sikap dan pemikiran Melayu zaman silam.. iaitu suatu zaman di mana orang Melayu masih belum mempunyai tradisi tulisan. Kalau kita ambil sahaja dalam konteks pemikiran perang, kita akan dapat melihat dan membayangkan betapa tangkas dan gagah perkasanya wiranya. Sifat kepahlawnananya sangat tinggi, tidak ada mush yang tidak diaatasi, seandainya sukar dikalah ia akan mendapatkan pula bantuan dan akhirnya berjaya mengatasi segala pancaroba. Peperangan itu tidak sahaja sebagai suatu ciri daya penarik, tetapi memperlihatkan satu bukti tanda keperkasaan hulubalang Melayu, bertindak bertujuan mempertahankan hak, menebus malu, atau menuntut bela, juga ada masanya menyelamatkan orang lain seperti kekasih dan negeri, atau untuk menunjukkan kuasa bagi menakluk negara laiun dan paling rendah peperangan untuk merebut puteri raja yang jelita. Kalau kita melihat dengan saksama, peperangan demi peperangan yang wujud dalam cerita Lipur lara sebenarnya adalah suatu manifestasi kekuasaan. Seandianya kita membaca teks-teks modan dan pascamoden dan berkenalan dengan pemikiran Foucault atau teori new historisise dan teori budaya, apalagi teori pascakolonialisme, kita akan dapati kekuasaan menjadi tonggak zaman itu. Kenyataan ini ingin membuktikan bahawa walaupun cerita lipur lara itu, kelihatannya fantasi tetapi di dalamnya ada semangat kekuasaan, dan dengan mudah dapat kita katakana pula ia sangat relevan dan berkaitan dengan patrioisme dan nasionalisme. Dengan perkataan lain ingin saya tegaskan cerita lipur lara itu mengandung unsur kecintaan terhadap bangsa dan negara. Berikut ini diberikan nukilan Cerita Anggul Cik Tuggal dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal yang sangat tersohor itu. Ia mengisahkan sebuah kisah yang terjadi di negeri Tiku Pariaman di Minangkabau. Raja yang memerintah negeri Tiku Pariaman mempunyai lapan orang anak, empat putera dan empat puteri. Putera-putera Baginda bernama Alam Syamsudin, Ptai Duaraidin, Si Megat Alang dan Paduka Raja. Keempatempat puteri Baginda bernama Puteri Si Warna Pinang Masak, Puteri Warna Pasah Embun Puteri Si Mas Manah dan Puteri Gondan Genta Sari dikatakan teramat cantik sekali. Raja Berdurai Putih pemerintah negeri Teluk Tambang Papan yang gagah ingin

Penghayatan Karya Agung Melayu 81

mengambil keempat-empat Puteri negeri Tiku Pariaman sebagai isterinya tetapi Raja negeri Tiku Pariaman telah menolak perminangan Raja Berdurai Putih itu. Raja Berdurai Putih tersangat murka dengan khabar yang diterima daripada Panglimanya lalu memerintahkan panglima-panglimanya memasang meriam dan membedil kota Tiku Pariaman. Kota Tiku Pariaman roboh. Raja dan Permaisurinya mangkat. Rakyat jelatanya ramai yang terkorban. Raja Berdurai Putih berjaya menangkap tujuh orang anak Raja negeri Tiku Pariaman. Tuan Puteri Gondan Genta Sari, ibu saudara kepada Anggun Cik Tunggal dapat melarikan diri daripada ditawan oleh Raja Berdurai Putih. Beliau telah menjaga dan membesarkan Puteri Gondan Genta Permai iaitu Anggun Cik Tunggal sehingga tua. Pada suatu hari, apabila Anggun Cik Tunggal sudah dewasa,Tuan Puteri Gondan Genta Sari telah menceritakannya tentang Raja Berdurai Putih yang telah menawan keluarganya. Anggun Cik Tunggal yang sudah cukup umur telah bertekad untuk keluar mengembara demi membebaskan keluarganya daripada ditawan dan teraniaya oleh Raja Berdurai Putih bertahun-tahun lamanya. Kegigihan usaha Anggun Cik Tunggal yang kuat telah membuahkan hasil kejayaan kerana dia berjaya menjatuhkan musuh hingga ketitisan darah. Anggun Cik Tunggal pulang dengan kegembiraan di negerinya. Namun, kegembiraan yang dimilikinya tidak kekal kerana dia dan isterinya, Puteri Gondan Gandariah telah disumpah menjadi binatang, seorang menjadi siamang putih dan seorang lagi menjadi ungka putih. Hikayat Anggun Cik Tunggal sebuah cerita lipur lara yang dihasilkan setelah kehadiran kuasa Barat, tetapi yang penting cara penceritaannya masih menggunakan tekstualisme sastera rakyat. Dengan kata-kata lain sastera rakyat merupakan tradisi yang muncul sejak kehadiran oprang Melayu di dunia ini dan ia ia akan hidup dalam pelbagai wajah dalam sastera Melayu.

KEPENGARANGAN SHAHNON AHMAD Shahnon Ahmad terkenal dengan subjek masalah kemiskinan orang Melayu dan kepekaannya terhadap politik tanah air. Dengan sendirinya, kedua-dua subjek itu menjadi subjek individual Shahnon Ahmad. Hasil pengejapan dan pengukuhan subjek individual itu, Shahnon Ahmad telah membina jati diri dan individualismenya sebagi pengarang. Tidak syak lagi bahawa tema kemiskinan dan dimensi politik yang meletakkan Shahnon Ahmad sebagai penulis yang unggul. Sifat berani sambil memelihara aspek estetik dalam mengemukakan subjek yang bercorak prima masalah sosial dengan pantas akan meletakkan diri seseorang pengarang sebagai kanon. Shahnon Ahmad menghasilkan Rentong, Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Protes, Perdana, Srengenge, Sampah, Kemelut, Seluang

Penghayatan Karya Agung Melayu 82

Menodak Baung, al-Syiqaq, Tunggul-Tunggul Gerigis, Tok Guru, Sutan Baginda, Patriarch, Kak Umi dan Abang Syeikul, Tivi, Mahabbah dan lain-lainnya. Shahnon Ahmad mendapat namanya dalam novel melalui Ranjau Sepanjang Jalan, yang banyak mendedahkan masalah kemiskinan masyarakat tani di desa Banggul Derdap yang telah membawa kepada penderitaan lahir dan batin sehingga ke akhir hayat. Shahnon Ahmad lebih merasai segala penderitaan yang dihadapi oleh masyarakat tani kerana latar novel ini merupakan novel kelahiran beliau sendiri iatiu Kampung Banggul Derdap. Novel tersebut diilhamkannya pada sekitar tahun 1960-an apabila keadaan masyarakat Melayu pada masa itu terbiar di desa-desa terpencil, akibat dasar yang diamalkan oleh penjajah. Masyarakat Melayu pada masa itu ratarata terdiri daripada golongan petani yang serba kekurangan. Keadaan tersebut jelas digambarkan oleh Shahnon Ahmad secara indeksikal melalui Banggul Derdap. Novel Seluang Menodak Baung membicarakan perubahan sikap daripada negatif kepada positif disebabkan oleh kemiskinan dan kelaparan yang mengakibatkan berlakunya demonstrasi yang akhirnya membawa kejayaan. Persoalan sosioekonomi di Kampung Terenas dan sosiobudaya yang mengikat pemikiran secara tradisi dibina melalui pegangan iman watak tua yang mewakili tradisional Melayu. Pengaruh nasib dan takdir itu menyerap ke dalam jiwa anak-anak muda kampung yang berdedikasi penuh terhadap keluarga. Apabila bertembung dengan pengaruh luar yang lebih radikal, maka sikap tradisional, pesimistik, dan fatalistik ikut berubah. Sikap Suman, anak muda kampung yang patuh kepada tradisi, kemudian berubah kepada radikal, progresif, dinamis, dan menentang tradisi negatif. Sampah juga memaparkan isu kemiskinan yang amat ketara, menyebabkan seseorang melahirkan kerinduan kepada kematian yang amat sangat. Kerinduan kepada kematian itu disebabkan oleh faktor lahiriah, iaitu tua dan uzur. Tema tersebut dikembangkan dalam beberapa persoalan masyarakat. Individu yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat, tidak menunaikan tugasnya secara betul. Mereka menyelewengkan tugas dan sanggup menangkap pengemis, tetapi tidak cuba memulihkan kehidupan sendiri sebagai semestinya, hingga menyebabkan wujudnya penderitaan itu. Eksistensialisme `dia' sebagai pengemis merupakan satusatunya pembuktian adanya kemiskinan di kalangan rakyat. Bermaharajalelanya ketidakadilan sosial. Kemelut berdasarkan kisah sebenar para nelayan Kuala Juru. Sumber pendapatan mereka terancam apabila kerajaan negeri Pulau Pinang melancarkan Projek Estet Industri Perai. Tanah-tanah di utara Kuala Juru dibersihkan dan dijadikan tapak pembinaan kilang. Hal itu merupakan sebahagian daripada dasar perindustrian negara. Menjelang tahun 1971, daripada kilang itu mula berfungsi, dan pada akhir tahun 1975, lebih kurang 40 buah kilang beroperasi, sepuluh buah lagi dalam pembinaan, dan dua buah lagi di peringkat perancangan. Kemelut ialah sebuah ikonikal

Penghayatan Karya Agung Melayu 83

daripada penderitaan demi penderitaan yang dialami oleh rakyat miskin. Pembangunan ada masanya membunuh rakyat. Meskipun sesuatu perubahan perlukan pengorbanan, tetapi berkorban tanpa keadilan sosial merupakan suatu kejahatan. Srengenge mempunyai hubungan rapat dengan kepercayaan animisme dan nilai tradisi, bagaimanapun ia tetap dihubungkan dengan kemiskinan. Dua gejala tersebut masih diamalkan oleh orang Melayu, dan ternyata amat merugikan jika dipandang daripada kaca mata pascamerdeka. Kepercayaan animisme dikembangkan secara eksplisit yang menjadi dasar kepercayaan orang kampung yang menyebabkan kegagalan Awang Cik Teh memugar Srengenge untuk dijadikan huma. Kegigihan diperlihatkan melalui watak Awang Cik Teh, yang ingin membawa perubahan kepada petani di kaki Srengenge yang berusaha gigih dan tetap tegas pendirian. Kepercayaan bahawa Srengenge mempunyai kuasa keramat hendak dihapuskan. Walaupun Awang Cik Teh diketepikan oleh penduduk sekampung, namun dia masih gigih kerana dia percaya bahawa Allah akan sentiasa berada di sisinya serta menolong melaksanakan rancangannya untuk memugar Srengenge. Shahnon Ahmad mengemukakan satu pilihan, sama ada mereka kekal dengan kepercayaan terhadap khurafat Srengenge dan hidup dalam kedaifan atau mengikut Awang Cik Teh untuk memugar Srengenge. Di sini ada dilema, ada paradoks dan konflik antara kepercayaan animisme dengan percaya kepada kuasa Allah. Menteri yang menggunakan teknik ilusi mengisahkan bagaimana pada suatu pagi, seorang menteri bernama Bahadur terganggu fikirannya kerana terlalu banyak berfikir tentang nasib bangsanya yang kian buruk. Isterinya, Puan Naemah, yang tidak tahu tentang hal yang bersangkutan dengan tugasnya dan setiausaha sulit, Sidek, yang sentiasa memburu pangkat dan keseronokan cuba dibawa berbicara; tetapi ternyata mereka tidak dapat menolongnya. Dia tidak pergi ke pejabat pada suatu hari dan hanya menyuruh Sidek yang hadir. Pada sebelah petangnya, Bahadur pengsan. Doktor menasihatkan Bahadur supaya jangan terlalu banyak berfikir. Bahadur secara tiba-tiba mengecam dasar partinya di hadapan Sidek. Bagaimanapun, Sidek berjaya meyakinkan Bahadur bahawa dasar parti mereka tidak bertanggungjawab atas kemiskinan orang Melayu, tetapi yang memikul tanggungjawab tersebut ialah pegawaipegawai kerajaan yang tidak cekap menjalankan dasar pemerintahan. Menteri Bahadur berazam akan membuat satu usul untuk memperbaiki penyelewengan tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi partinya. Pada malamnya, Menteri Bahadur bermimpi bahawa dia berada di atas puncak gunung pada tahun 1987 serta mendapati bahawa bangsanya disingkir ke bukit-bukau dan gunung-ganang, sementara bandar-bandar pula dikuasai oleh bangsa asing. Tiba-tiba ribuan manusia bangsanya hendak membunuhnya. Bahadur diselamatkan oleh Sidek; dan dia tersedar daripada mimpinya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 84

Analisis tematik novel-novel Shahnon Ahamd ini sebenarnya bertujuan merumuskan tesis yang menjadi subjek individual Shahnon Ahmad. Dapat dirumuskan bahawa kemiskinan menjadi subjek individualnya. Sama ada novel itu berlegar dalam kehidupan petani, agen pembangunan, kepercayaan animisme, citra seorang menteri atau kegelisahan si peminta sedekah, individual subjeknya tetap kemiskinan dan daripada situ Shahnon Ahmad membentuk ideologinya dalam kepengarangannya, iaitu untuk memulihkan taraf hidup orang Melayu. Ertinya, nasionalisme menjadi ideologinya. Sepanjang penglibatannya dalam penghasilan karya sastera selama lebih kurang 40 tahun, sejak 1960-an, Shahnon Ahmad sering kali membawa pembaharuan dan perubahan dalam pembinaan novel-novelnya, selaras dengan perkembangan masa dan pembangunan masyarakat. Sepanjang masa tersebut, terdapat beberapa peringkat perkembangan pemikirannya yang saya kira bertolak daripada gagasan konsep Malay Power, iaitu perjuangan survival bangsa Melayu. Shahnon Ahmad sentiasa memperteguh konsep tersebut dalam setiap novelnya. Menerusi novelnovelnya, Shahnon Ahmad secara implisit atau eksplisit, menegaskan betapa sayang dan cintanya kepada bangsanya. Beliau menangisi kemiskinan orang Melayu, merasa gelisah apabila bangsanya didesak ke kampung sedangkan bandar yang menjadi pusat kemajuan dijajah oleh bangsa lain. Shahnon Ahmad mengkritik habis-habisan pemimpin yang rakus dan lupa bangsa; malah pemimpin-pemimpin seperti itu dibunuhnya. Sesungguhnya di situlah individualistik idealisme kepengarangan Shahnon Ahmad. Motivasi teks-teksnya diakari oleh kesedaran kebangsaan. Pendek kata, keseluruhan karyanya, baik yang realisme, realisme magis, mahupun yang keislaman berpusat kepada kuasa Melayu. Daripada huraian ini, dapat ditegaskan bahawa Shahnon Ahmad berjaya mengemukakan pelbagai konsep dan aliran lewat novel-novelnya. Pengarang besar ini juga membuktikan mampu mencuba dengan segala dimensi pengkaryaan, melakukan pelbagai eksperimen dan pendekatan dalam Terdedah (psikoanalisis), Menteri (konsep Malay Power), Protes (determinisme), Sampah (absurdisme), sampai kepada Seluang Menodak Baung dan al-Syiqaq (realistik dan Islamik). Shahnon Ahmad tidak sahaja menghadirkan segala sumber dan hipogramnya daripada pelbagai rujukan, malah sentiasa melakukan perlanggaran dan pengukuhan. Dari sebuah teks ke sebuah teks, terbukti bahawa Shahnon Ahmad melakukan perlanggaran dalam erti kata mengalami perubahan dan kemajuan. Shahnon Ahmad tidak terkurung hanya pada suatu realiti karya, dia berhijrah; bagai deru mesin sosiologisme, beliau mengikuti dengan cepat dan pantas gerakan-gerakan sezaman yang kontekstual. Kelainan merupakan proses pembangunan identiti kepengarangan Shahnon Ahmad. Dengan itu, gaya hidup karyanya menjadi bersemarak, menjadi suatu wacananya serta menjadi daya pembeza daripada kepengarangan novelis lain.

Penghayatan Karya Agung Melayu 85

Dapatlah kita rumuskan di tangan Shahnon Ahmad kita menyaksikan suatu gerakan sastera politik yang komited. Di kalangan pemerintah melihatnya hanya di permukaan dan sebuah ritual sastera dengan melunturnya nilai-nilai kesusasteraannya, justeru hilangnya konsep estetika yang mengiringinya kepada sebuah teks lucah. Tetapi bagi kalangan sasterawan, ia adalah sebuah teks menyingkap realiti ketidaksedaran presentasional di balik kesedaran. Nuansa-nuansa politknya yang secara metaforik dan elegori dari transperansi korupsi dan kezaliman adalah gambaran dari sebuah kebenaran realiti. Politik yang memalsukan kebenaran realiti yang disimulasikan oleh pemerintah yang mengarah kepada fatalisme nilai-nilai politik murni menjadi agenda perdana teks Shit. Kerana sedemikian jijiknya politik itu, Shahnon dengan kepercayaan di kalangan ahli stilistik, menggunakan retorik yang jijik mirip dengannya. Meksipun sebagai pembaca kita merasakan dunia politik Shahnon begitu hiperealistik, tetapi teks ini memiliki roh dan fetis sastera yang utuh. Maka kesannya kepada khlayak begitu kuat. Tidak syak lagi Shahnon Ahmad seorang pengarang yang terbilang. Begitu lincah beliau menggunakan gayanya, sehingga apa yang hendak disampaikannya tersembunyi tidur dalam selimut gayanya. Shahnon Ahmad sendiri sememangnya sedar peranan gaya atau bahasa pengarang. Jadi, tidak menghairankan kesedaran itu membawa pengarang ini membina dan memanipulasi segala kemungkinan bahasa untuk memperkuat novel-novelnya. Telah banyak kajian dilakukan yang menunjukkan adanya gaya individu yang unik pada diri Shahnon Ahmad. Teknik monolog dalaman menjadi semacam pakaian kepada Shahnon Ahmad. Teknik itu mampu secara jujur melahirkan ucapan-ucapan bawah sedar dan tanpa sedar watak-wataknya. Realiti kebenaran berada di lapisan batiniah. Walaupun lazim dengan penggunaan bahasa sublim sedemikian, tetapi bahasa Shahnon Ahmad dapat dinikmati. Gayanya menjadi lebih bertenaga, tepat, padat dan mudah difahami. Shahnon Ahmad membawa gaya yang lebih unik dan kental berbanding dengan novelis-novelis yang lain. Di tengah-tengah pengarang lain menganut fahaman laras bahasa atau bahasa baku, Shahnon Ahamd kembali ke akar bahasa kampungan, bahasa daerah yang sejajar dengan latar kedaerahan, khususnya di kampung kelahirannya, Banggul Derdap, yang menjadikan teks-teksnya cukup kemelayuan. Pembaharuan yang merupakan penyimpangan tradisi penulisan cereka ini berjaya dijabar secara cukup berkesan dan menampakkan kekayaan bahasa daerah; yang akhirnya menjadi ikutan pengarang-pengarang lain. Malah, judul-judul novel Shahnon Ahmad mempunyai identitinya yang tersendiri. Misalnya novel pertamanya Rentong yang bermaksud bukan sahaja dijilat api hingga hangus malah meninggalkan bara. Perkataan "ranjau" bagi Ranjau Sepanjang Jalan bermaksud benda tajam (daripada buluh) yang biasanya tercacak di atas tanah.

Penghayatan Karya Agung Melayu 86

Sementara "Srengenge" bermakna "matahari". Dapatlah dirumuskan betapa besar ertinya penggunaan bahasa daerah bagi Shahnon Ahmad. Reka cipta individual Shahnon Ahmad pula dapat dirujuk melalui pelukisan watak yang sejajar dengan litar dan suasana. Misalnya, jika mengungkapkan cerita yang berlatarkan suasana desa, maka beliau menggunakan nama watak yang sesuai dengan suasana tersebut; begitu juga dengan tempat yang berlatarkan suasana kota. Dalam Rentong umpamanya, beliau menamakan watak-wataknya seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, dan sebagainya yang sesuai dengan persekitaran kampung. Begitu juga dengan Ranjau Sepanjang Jalan, yang menampilkan watak-watak seperti Lahuma, Jeha, Semek, Senah, dan lain-lainnya. Shahnon Ahmad juga amat teliti dalam soal pemilihan watak dan pengenalan perwatakan, dengan itu watak-wataknya menjadi hidup dan realistik. Watak-watak dalam Ranjau Sepanjang Jalan menjelaskan keadaan tersebut, apabila Shahnon Ahmad membina watak-watak yang hampir kesemuanya terdiri daripada perempuan kecuali Lahuma - kerana beliau ingin menggambarkan secara jujur tentang penderitaan yang dialami oleh masyarakat petani. Begitu juga dengan novel Sampah yang dikatakan sebagai penerokaan Shahnon Ahmad terhadap novel absurd melalui watak Dia, tanpa diberikan nama yang khusus, selaras dengan mesej yang ingin disampaikan. Dua buah novelnya yang mutakhir diberikan nama watak mengikut judul karya, seperti Sutan Baginda dalam Sutan Baginda dan Tok Guru dalam Tok Guru. Bagai seorang arkitek, Shahnon Ahmad berjaya membina keperibadiannya dalam mereka cipta perwatakannya.

KEPENGARANGAN KERIS MAS Keris Mas dalam kepengarangannya dicapai dalam peringkat perlanggaran dan pengukuhan antara 1950 hingga 1957, iaitu dalam konteks membina kekhasan diri. Tahun-tahun menjelang kemerdekaan itu, karyanya mula memperlihatkan yakin diri dan bergemanya suara pascakolonialisme. Berani, lantang, juga bijaksana. Di dalamnya ada pertarungan kuasa politik. Fokusnya lebih menekankan kepada masyarakat dan rakyat. Dari segi teknik juga, Keris Mas telah mencapai kemajuan, lebih kukuh dan menarik. Sedikit sebanyak sudah terbentuknya individualisme. Dalam period ini, Keris Mas telah mula mencapai kematangan sebagai cerpenis. Naratifnya terkawal baik. Pemilihan persoalannya mengarah kepada kesatuan subjektivitinya. Di penghujung zaman ini, Keris Mas memperlihatkan keunggulannya. Membaca teks-teksnya Cerita Sepanjang Jalan yang mempunyai tiga bahagian; pertama, menceritakan kejahatan kota; kedua, menceritakan orang Melayu yang terlonta-lonta antara nilai desa dan kota; dan ketiga, melukiskan kemiskinan yang telah memusnakan harapan orang Melayu untuk mengubah nasib. Sama halnya dalam

Penghayatan Karya Agung Melayu 87

Banyak Anak dan Gila Anak Jantan kemiskinan yang membeliti masyarakat Melayu menjadi punca kemunduran dalam pendidikan; akibatnya selalu pasrah dan tidak berjiwa kesatria. Orang Melayu mestilah keluar daripada benua kemiskinan. Di samping itu terdapat juga watak yang boleh diharapkan, mampu membawa perubahan, seperti encik Yusof dalam Bilik Belakang; tetapi ternyata juga tragedi dan kehancuran akhirnya Zaman ini menyaksikan Keris Mas yang mengalami peristiwa yang ditulisnya, semuanya dijadikan bahan pencerpenanya. Nada percintaan mula dinipiskan dalam teksnya. Zaman itu, kita menyaksikan ia sudah mula memperlihatkan aspek perlanggaran dan pengukuhan. Bedul Kejadian di dalam Estet, seorang polis menjadi mangsa kekejaman dan kekuasaan Tuannya apabila isterinya menjadi gundek Tuannya itu. Tindakan yang diambil oleh Bedul ialah kedua-duanya patut dibunuh; tetapi masa itulah datangnya serangan komunis. Sementara dalam Kedai Sederet di Kampung Kami pengganas juga telah membakar kedai-kedai dan merosakkan kehidupan. Pemimpin Kecil dari Kuala Sementan agak unik, justeru menggambarkan kegigihan seorang nasionalis, Hassan, yang terpaksa menghadapi dilema perjuangan pascadarurat: sama ada bersekongkol dengan pemerintah itu suatu tindakan bacul, atau menentangnya yang menjadikan hutan sebagai medan perjuangan. Cerpencerpen di atas adalah kukuh daripada aspek subjektivitinya juga kukuh daripada aspek strukturalismenya, juga mempunyai fungsionalisasi sastera yang kuat dan sejajar dengan kontekstual zaman dan perjuangannya. Perubahan dalam pencerpenan Keris Mas, pada pandangan saya adalah sejajar dengan pengalaman baru yang mengesankan idealisme penulisan iaitu dengan tertubuh dan bergiatnya beliau dalam Asas 50. Aspek perlanggaran Keris Mas mempunyai hubungan dengan Asas 50. Malah, mengkaji Keris Mas tanpa mengenal Asas 50 tentulah tidak lengkap. Antara keduanya adalah saling sinonim. Asas 50, sampailah kepada slogan sastera untuk masyarakat. Penulis-penulis digesa menghasilkan karya membebaskan jiwa pembaca daripada kongkongan dan belengguan penjajahan pemikiran. Cerpen diseru menggambarkan watak-watak manusia yang cuba membawa pemikiran yang progresif dan maju. Keris Mas dalam cerpen-cerpennya ternyata membawa slogan seni untuk masyarakat itu. Keris Mas pernah menyatakan, sastera sedemikian, karya terbeban dengan amanat, kurang estetik, tetapi ia lebih mementingkan fungsional terhadap khalayak. Asas 50 mempunyai tujuan, pertama memperluas dan mempertinggi sastera dan kebudayaan Melayu dengan mempelajari dan mengembangkan aliran fikiran baru, mencipta dan mengubah karya bermutu, mengadakan kegiatan untuk memajukan penulisan dan menyatukan tenaga bagi memajukan sastera dan budaya. Seterusnya menggalakkan pembaharuan dalam berkarya, memaju dan memperbaiki bahasa

Penghayatan Karya Agung Melayu 88

Melayu dn mengubah dan mencipta untuk memperkaya bahasa. Falsafah Perjuangan untuk merebut kemerdekaan, perpaduan kebangsaan dan keadilan masyarakat. Keris Mas memang orang kuat Asas 50. Dia adalah salah seorang penaja, pemimpin, penggerak dan orang yang terpenting ke arah cita-cita penghidupan Asas 50. Selama tiga tahun menjadi ketuanya. Semboyan seni untuk masyarakat menjadi pegangan titik bertolaknya karya. Mengapa hasil karya kami , tiba-tiba saja didapati banyak menulis tentang penderitaan? Kerana hal itulah yang menjadi hakikat persoalan pada masa itu. Masyarakat Melayu tertindas, hidup dalam kesusahan: semuanya disebabkan oleh penjajahan. Pendirian kami tegak atas perjuangan memburu kemerdekaan, dan segala keburukan yang timbul akibat penjajahan harus didedahkan sebagai senjata terpenting mengapa keadilan harus ditegakkan, katanya menjelaskan. Konsep sastera yang kami anuti, tidak timbul daripada sastera itu sendiri; tetapi percikan daripada keadaan hidup rakyat yang menjadi bahan penulisan. Rakyat yang pada masa itu telah dibangunkan oleh suatu kesedaran: kesedaran untuk bebas, merdeka. Persoalan itu harus dibincangkan di dalam sastera yang menjadi alat dan penghubung antara manusia. Menurut Keris Mas, pada mulanya mereka faham, bahawa Asas 50 tidak pernah membicarakan apakah peranan dan kesannya konsep itu pada kesusasteraan, kerana yang penting dibicarakan adalah tentang masyarakat itu sendiri. Sastera hanyalah sebagai alat. Dalam memperkatakan konsep seni untuk masyarakat, Keris Mas berasa begitu optimis. Katanya Apakah seni untuk masyarakat? Ia menggambarkan dan membenteras masyarakat yang korup, kepura-puraan, banyak pembohong dan tindasmenindas: semuanya itu adalah fahaman seni untuk masyarakat. Jelasnya lagi, Soal konsep kami timbulkan, kerana suasana kami dahulu, yang mana penulisan perlu mengarah pada suatu tujuan: membangunkan masyarakat untuk mencapai kemerdekaan. Naratologi Asas 50, sebenarnya mempunyai dasar falsafah normatif, tidak hanya menuntut dan menghargai karya yag bersifat fungsional, juga berestetik. Pemikiran sosiologi sastera menjadi kerangka berfikir. Meski terlihat struktur dialektikal materialistik; namun mereka yakin penindasan akan berakhir dan itulah yang menjadi cita-cita murni perjuangan. Mereka cukup sedar tonggak yang menjadi premis atau ideologi kekuasaan strategi teks Asas 50. Puitika Asas 50 juga sebenarnya yang menjadi estetika Keris Mas. Dan yang menjadi idealisme penciptaannya ialah bahawa seorang penulis itu harus bebas pada mempernyatakan fikirannya. Kebebasan adalah sebagai senjata utama penulis. Penulis yang kemerdekaannya sudah dirampas, kebenaran karyanya tidak mampu dipertanggungjawabkan. Kebebasan itulah yang mendorong pengarangnya menciptakan pembaharuan dalam berkarya. Sesuai dengan tuntutan modenisme yang sangat menghargai teks-teks avant-garde; sesungguhnya itulah yang dilakukan oleh Keris Mas dalam penulisan cerpennya. Ia sering memikirkan dalam neurosisnya, bagaimanakah menghasilkan cerpen yang terbaik dan fungsional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 89

Terdapat perbezaan yang amat jelas di antara pra dan pascaAsas 50. Lebih mementingkan kuantiti, terburu-buru dan banyak tertumpu pada cinta dan pertemuan uda dara, meski di dalamnya ada intensiti perjuangan; namun seperti yang diakui oleh Keris Mas sendiri terdapat cerpennya yang dilakukan dengan segera untuk merebut masa. Pengalaman pun dewasa itu agak kurang. Namun, pascaAsas 50, memperlihat Keris Mas yang matang, bervisi, mementingkan kualiti dan estetika tekstual. Tiga buah cerpen Keris Mas iaitu Kejadian di dalam Estet, Kedai Sederet di Kampung Kami dan Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan dapat dikatakan mengikut pandangan teksdealisme telah mencapai teks keunggulan. Ketiga-tiga cerpen itu bertolak daripada idea dari peristiwa zamannya dengan mencitrakan situasi nyata tentang sinematik dan kenyataan-kenyataan defecto masyarakat zaman itu, terutamanya tentang zaman darurat dan penajaman semangat kebangsaan. Semuanya adalah pengalaman yang berharga dan dijasajikan dengan teknik yang cerdeik dan membijaksanankan. Mengenengahkan penindasan dan sadisme golongan atasan terhadap golongan bawahan. Teks-teks itu menjadi dokumentasi sosial yang tepat dan setia. Penanda teksnya, tidak lain adalah ikon-ikon kebencian terhadap ketidak-adilan untuk memberi laluan kuasa ke tangan rakyat; yang dipentingkan oleh pengarang ialah realiti fizikal manusia marhain, yang memberontak terhadap nilai-nilai feudal, lalu menggesa khalayak berjiwa revolusiner. Ketiga-tiga teks itu juga, memasukkan kita ke dalam suatu pengalaman, emosi, intelektual dan falsafah orang-orang Melayu. Pengarangnya dengan daya kreatifnya mengunggulkan secara kental, intens dan padu; hasil daripada tanggapan-tanggapan indera-teksnya untuk kita melihat manusia dan kemanusiaannya dengan persegalaan keperihalan hidup zaman itu. Dalam konteks ini juga, terlihat sifat-sifat pembaharu dalam aspek pengekalan, yang saya maksudkan ialah aliran yang dianut oleh Keris Mas: realisme. Realisme adalah sebuah aliran yang besar dan dianggap telah mencapai sebagai grand narrative atau narris besar. Apabila falsafah Auguste Comte mendapat tempat yang menyatakan bahawa sosiologi ialah ilmu tertinggi, kemudian menjadi falsafah positivisme yang mahu melihat organis kehidupan digambarkan menurut seperti adanya, dan dengan cara ini ia dapat mencungkil kebenaran dan sekali gus menafikan romantisisme dengan melihat keadilan secara perasaan, maka lahirlah suatu bentuk aliran baru yang besar dalam kesusasteraan iaitu realisme. Realisme sebenarnya amat akrab hubungannya dengan sosial atau masyarakat. Tugasnya ialah menggambarkan masyarakat secara nyata, mendedahkan apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia (Wellek, Rene, 1972: 87-89). Rene Wellek menyatakan sebagai " the objective representation of contemporary social reality" (hlm. 247). Pada isinya ia banyak berbicara tentang perekonomian, pendidikan, status dan stratafikasi masyarakat, politik dan apa juga Reka cipta individual, individual in design merujuk kepada teknik, metode dan mekanisme penciptaan. Bagaikan seorang arkitektur yang dapat dianggap

Penghayatan Karya Agung Melayu 90

keperibadiannya melalui bangunan-bangunan yang didirikannya, seorang pengarang pun akan dikenal jatidirinya melalui karya-karya yang dihasilkan. Cara ia menyusun teksnya akan menggambarkan peribadi penulisnya. Naratoligis, iaitu penganalisis seni penarasian, dapat memperincikan ciri-ciri dan sifat-sifat teks. Kedirian individu, individual-self mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga. Dalam puisi misal dapat dikesan melalui penggunaan sudut pandangan orang pertama seperti 'aku' 'saya' dan seumpamanya untuk mengemukakan refleksi pengalaman yang dialami sendiri. Sajak Muhamad Haji Salleh watak Tenggara, saya kira adalah contoh yang tepat. Sikap pengarang dan jurus pandangan pengarang menandakan individual-self itu. Tindakan individu pula ialah bagaimana seseorang pengarang itu melakukan tindakan-tindakan dalam penulisannya. Tindakan memerlukan ilmu, renungan dan keberanian. Seseorang yang telah berkurun dikutuk kerana penderhakaannya dan seluruh masyarakat menerimanya sebagai penjenayah, bukanlah senang hendak ditukar ke imej seorang wira. Tetapi hal ini dengan bijak dan cekap dilakukan oleh Usman Awang terhadap watak Jebat dalam dramanya Matinya Seorang Pahlawan. Tindakan Usman Awang itu, mesti berdasarkan antesedent pemikiran Parnickel, Kassim Ahmad dan Ali Aziz. Keris Mas telah mempunyai gaya bahasanya sendiri. Daripada kajian dan kritikan selama ini, tidak ada orang yang terlupa untuk menyatakan bahawa bahasa Keris Mas memancarkan kesegaran dan penuh bertenaga, vitalistik. Keris Mas melakukan perlanggaran terhadap stail A.Rahim Kajai. Malah gayanya lebih dinamis daripada penulis sezamananya seperti Hamzah, Rosmera, Wijaya Mala dan Masuri S.N. Keris Mas telah berjaya menaturalisasikan bahasa cerpen tahun-tahun 1950-an yang diikat oleh stail romantisisme itu. Sememangnya stail menjadi mangsa perindahan di kalangan romantis, sehingga kepedihan peristiwa dipermanis; tetapi dengan cukup sedar Keris Mas telah melakukan haplologi dan demitefikasi terhadapnya. Rekacipta individual Keris Mas ia mempunyai dirinya sendiri. Rekacipta cerpen di tangan Keris Mas sudah menjadi pendek, padat dan karismatik. Sebelum itu, terutamanya dalam tradisi Sebelum Perang, cerpen yang disebut juga dengan kisah itu, ada yang panjang sehingga siarannya sambung bersambung. Keris Mas telah meletakkan dasar struktur naratif yang kejap dan padu. Dan mementingkan penajaman konflik dengan kompleksitinya yang terkawal. Bahkan fabula atau deskripsi rangkaian peristiwanya juga kukuh. Di peringkat awal penulisannya, Keris Mas masih dalam struktur yang lazim di zamannya, Ada yang terlalu pendek dan gayanya dikuasai oleh aroma romantisisme. Tetapi kemudian Keris Mas perlahan-lahan menemui dirinya, menemui stailnya sendiri. Definisi cerpen yang berpusat pada satu cerita, watak, latar dan kesan yang diteorikan kini, sesungguhnya adalah implikasi daripada pemadatan

Penghayatan Karya Agung Melayu 91

teks Keris Mas itu. Sesungguhnya Keris Mas telah berjaya membawa nafas baru dalam sejarah penulis cerpen Malaysia dan pemangkin kepada modenisme sastera. Suatu lagi jati dirinya dalam rekacipta individual ini ialah daripada aspek teknik. Keris Mas menyedari tanggung-jawab teknik dalam berkarya. Teknik yang diolah dengan sempurna akan melahirkan sebuah tubuh cerpen yang sasa. Dia membatasi konsep tipikal teks sezaman yang lebih kepada menyampaikan cerita. Kesedaran artistik menjadi sifat ketrampilannya. Justeru itu keperluan teknik, tidak sekadar tuntutan naratif, tetapi sebagai unsur tipifikasi yang menjadi hukum dasar pengembangan karya, supaya segala kompleksiti terjelma dan teks teradun menjadi kuat dan mengesankan. Malah ada kepercayaan, teknik menjadi citra kepada tamadun bangsa. Karya yang kuat tekniknya melambangkan bangsa penulisnya yang tinggi mutunya. Teknik sesungguhnya refleksi kognisi dan gaya hidup sesuatu bangsa itu. Membaca setiap teks Keris Mas kita akan menemui aspek tekniknya yang bermutu dan menawan; yang menjadikan tekstualitinya kemas. Kedirian individu, individual-self mengidentifikasikan watak pengarang. Setiap penulis itu mempunyai ciri dan sifat watak yang tersendiri dan cara membinanya pun tersendiri juga. Keris Mas sering menyatakan tentang peristiwa penting dan watak yang kuat menjadi tulang pengkaryaan. Kalau pun watak itu seorang buruh, ia tetap berjiwa kukuh, tegas dan manusia pejuang. Tidak takut akan kekalahan. Apa lagi untuk menyerah begitu sahaja. Sikap pengarang dan jurus pandangan pengarang menandakan individual-self itu. Tindakan individu pula ialah bagaimana seseorang pengarang itu melakukan tindakan-tindakan dalam penulisannya. Keris Mas mempunyai pegangan,baginya, seseorang penulis harus berjiwa besar. Ada sebab terpenting mengapa dia menulis. Dia tidak boleh hanyut oleh arus gelombang zaman. Dan yang terpenting, dia harus jujur pada karyanya sendiri. Ini menimbulkan kejujuran kepada tujuan dia menulis. Keris Mas sering kali menekankan, kepada penulis supaya banyak menciptakan stail-stail baru. Mesti belajar tentang segala teori sastera. Mempertajamkan sensitiviti dan penuh persepsi. Perkembangan bentuk penulisan, sentiasa mengarah kepada kemajuankemajuan. Betapa pun seseorang pengarang itu, mesti tegas dengan prinsip dan citacita yang diperjuangkannya. Justeru, adalah menjadi tugas utama si pengarang, untuk mengerti dengan sepenuh-penuhnya apa yang dikatakan dengan kebenaran itu. Dengan spontan Keris Mas menjawab: Untuk menjadi manusia lagikan harus sensitif, apalagi untuk menjadi penulis. Sensitif di sini mestilah difahami sebagai cepat menangkap sesuatu disebalik sesuatu. Sensitiviti itu yang menimbulkan imaginasi. Dan daya imaginasi itu yang mungkin seorang itu menulis. Dan segala-galanya itu bermula dari pemerhatian. Dari apa yang telah diucapkan Keris Mas, amat jelas sikapnya sebagai seorang pengarang. Beliau adalah pekerja yang amat gigih dan berdisiplin. Apa tugas yang diberikan kepadanya, dipikulnya dengan penuh kejujuran. Kerana

Penghayatan Karya Agung Melayu 92

pendiriannya, seseorang pengarang itu adalah manusia yang jujur. Begitu juga dia sangat berani: Berani menyatakan sikapnya. Tetapi sebagai seorang pengarang itu, tidak cukup, dia harus menguasai teknik penulisan. Dan rasanya Keris Mas telah berhasil memenuhi kehendak ini. Dia belajar sendiri. Belajar dari kesalahannya. Masa itu, tidak ada teori yang memandunya. Dalam segala hal demikian Keris Mas berjaya meletakkan diri ke suatu tahap sejarah penulisan cerpen di tanahair. Keris Mas sebenarnya hidup dalam zaman kolonialisme, yang segala karyanya berunsurkan pascakolonialisme. Karyanya menentang segala ketidak-adilan sosial dan kelemahan masyarakat Melayu dalam penjajahan. Ia mahu masyarakat sedar tentang kekejaman penjajahan itu dan bangun untuk menentangnya. Seluruh karyanya adalah dengan tujuan untuk pembangunan masyarakat. Justeru itu sesuai dengan zamannya perjuangan Asas 50 menganut fahaman sastera untuk masyarakat Tanpa melebih lebihkan, Keris Mas sesungguhnya telah menjadikan cerpen, sebuah genre penting dan kuat. Segala pengalaman itu disalurkan dengan sebaik-baiknya dalam cerpennya. Dia mempergunakan sensitiviti dan bakatnya untuk memperjelaskan dan melahirkan apa yang diyakininya. Penanya membenarkan kata-kata lebih tajam dan bermakna daripada pedang. Pena Keris Mas membelah jiwa orang-orang Melayu, dibersihkannya, supaya menjadi bangsa perkasa di tanah airnya sendiri. Dalam peringkat kematangan, kedudukannya Keris Mas lebih kukuh lagi. Sikapnya terserlah sebagai cerpenis yang berjaya. Beliau begitu berhati-hati dalam tulisan. Hanya memilih subjek yang relevan dan membentuk jati dirinya. Aspek teknik terus menjadi sifat penyempurnaan teks. Fungsionalnya sebagai seorang pengarang, benar-benar dipertunjukkan. Meneliti kreativiti peringkat ini, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Keris Mas ialah seorang cerpenis yang teguh dan berprinsip. Melihat dari hasil-hasil peringkat ini, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Pak Keris ialah seorang cerpenis yang sangat penting. Barangkali ada baiknya juga, jika sedikit sebanyak digariskan kemuncak dalam persejarahan cerpen tanah air untuk zaman itu. Kemuncak pertama ialah kejayaan A. Rahim Kajai dan Ishak Haji Muhammad, dua tokoh yang sering digadingkan. Keistimewaannya pada subjektiviti perjuangan, cuma agak banyak mengambil persoalan cinta dan rumah-tangga dan gaya romantisnya serta teknik yang tidak memperhitungkan keajaiban kebetulan. Keris Mas berjaya membina kejayaan tahap kedua, apabila berjaya melepaskan diri dengan pembaharuan dan perlanggaran daripada tradisi pertama. Keris Mas sendiri pernah menyebutkan perihal kematangan cerpen Melayu. Kita telah mencapai kematangan dalam penulisan cerpen dari Malaysia, katanya dengan cukup yakin. Tetapi kematangan ini, adalah dalam konteks sastera Malaysia dilihat dari sudut kita sendiri. Dalam soal melihat kematangan ini, janganlah kita hendak membandingkan dengan sastera dunia yang lain. Oh, kalau gitu tentulah sahaja kita

Penghayatan Karya Agung Melayu 93

ketinggalan. Keris Mas mengakui terdapat kemajuan dalam perkembangan cerpen Melayu moden. Dan yang terpenting dari semua ialah bahawa beliau telah berjaya mencipta satu tahap persejarahan penulisan cerpen di tanah air. Beliau menjana modenisme yang lebih dinamik dan progresif. Beliau adalah pemangkin kesusasteraan Melayu moden. Kekuatan kreativitinya mengalih narsisisme menjadi empati dan berjaya menakluk jiwa khalayaknya. Dengan demikian teks-teksnya hadir sebagai rangkaian wacana ajakan untuk anjakan daripada traumatik zamannya kepada optimisme harapan masa hadapan bangsanya. Keris Mas seorang penulis yang cukup sedar segala tanggung-jawab di zamannya, dan segala-galanya telah dibayarnya dengan tinda masnya.

RUMUSAN Hasil daripada perbincangan di atas membuktikan bahawa pantun dan lipur lara adalah dua buah genre sastera klasik yang dianggap kanon dan agung, yang terus dinikmati dan hidup hingga ke zaman kini. Pantun adalah puisi asli orang-orang Melayu yang mempunyai keunikan dan diterima oleh pengkaji seluruh dunia. Penglipur lara ialah karya prosa sebagai khazanah dan warisan keemasan orang-orang Melayu masa silam, yang kini masih hidup dan teruja di sepanjang zaman. Analisis kepengarangan membuktikan bahawa Shahnon Ahmad sudah mencapai individualismenya dengan segala kekuatan dan keistimewaannya. Teks-teks novelnya menjadi wahana suatu kebangkitan umat yang pascamerdeka dan wacana kuasa yang tak ternilai. Setiap teks yang dihadirkannya mengalami perlanggaran dan pengukuhan dan terus memuncak untuk duduk di singgahsana pengarang individual yang jarang dimiliki pengarang lain. Sesungguhnya, Shahnon Ahmad sebagai novelis menjadi kebanggaan seluruh umat Melayu; namanya seharum Tuah dan pemikirannya serasional Jebat. Shahnon Ahmad cukup istimewa berbanding novelis lain. Tidak syak lagi, Shahnon Ahmad ialah Raja Novelis Malaysia. Begitu juga dengan Keris Mas dalam aspek kepengarangannya mematangkan dirinya dan mencari kelainan untuk menemukan keunggulan. Keris Mas telah melakukan perlanggaran dan pengukuhan. Ia membezakan dirinya dengan cerpenis jalur pertama dalam tradisi cerpen moden Melayu seperti A.Rahim Kajai, Pak Sako dan A.Samad Ismail. Dalam aspek tekstual dan kontekstual terdapat inovasi dan pembaharuan dan menjadikan dirinya katalis kepada modenisme dunia pencerenan Melayu. Ia mempunyai jati diri dan individualisme sendiri, yang dibinanya sejak berumur dua dekad berkarya hinggalah zaman-zaman hayat pengkaryaannya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 94

Rujukan

Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Keris Mas, 1969. Patah Tumbuh. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Keris Mas, 2000. Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara Keris Mas 1946-1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka nasional. Mana Sikana, 2005. Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2005. Keris Mas: Mangkin Kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun halaman 7-12. Mana Sikana, 2013. Dari Barat ke Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publications Omar Mohd. Hashim, 1976. Cerpen Melayu Moden Selepas Perang, dalam Anwar Ridhwan (Pny.). Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago Press.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Estetika Kepengarangan Pengstrukturan Pendekatan Psikoanalisis Absurdisme Konstekstual Stilistik Struktur dialektikal materialistik

Penghayatan Karya Agung Melayu 95

1. Bincangkan perkaitan antara konsep estetika dan kepengarangan. 2. Apakah aspek-aspek estetika yang terdapat dalam pantun Melayu. 3. Jelaskan ciri-ciri utama kekuatan kepengarangan Shahnon Ahmad. 4. Bincangkan kehebatan karya Keris Mas dari aspek kepengarangannya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 96

UNIT 6 NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUPDALAM KARYA AGUNG MELAYU


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini anda dapat : 1. Mengetahui budaya dan pandangan hidup Melayu 2. Mengenal pasti idealisme dan falsafah orang Melayu 3. Membezakan adat temenggung dengan adat perpatih 4. Memahami nilai-nilai hidup orang Melayu

PENDAHULUAN Dalam Unit ini dibincangkan budaya dan pandangan hidup yang terserlah daripada karya-karya agung Melayu. Antara aspek yang dibicarakan termasuklah idealisme bersumberkan alam; tumbuhan, haiwan, angkasa dan sosialisasi. Penggunaan puisi dan peribahasa, misalnya berkaitan dengan kepekaan orang Melayu terhadap keindahan alam. Nilai hidup seperti kuat berpegang pada adat, hormat-menghormati, sopan santun, mengenang budi dan amalan adat istiadat seperti meminang, adat berpakaian, dan adat menyembah raja turut dibicarakan. KONSEP BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP MELAYU Konsep Budaya Manusia merupakan makhluk unik kerana ia mempunyai budaya. Budaya adalah elemen yang membezakan manusia daripada hidupan lain. Istilah budaya banyak digunakan dalam bidang antropologi. Dalam disiplin ini, tiada perbezaan maksud di antara perkataan budaya dengan kebudayaan. Budaya adalah daripada perkataan Sanskrit, iaitu buddayah yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi yang bermaksud budi pekerti atau akal. Secara amnya, ia membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia. Dalam bahasa Inggeris, budaya disebut sebagai culture, yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 97

Budaya mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Segala sesuatu yang terdapat dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubung kait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi sebagai fahaman determinism atau penentuanbudaya. Di samping itu, budaya juga adalah sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau. Sementara itu, budaya turut merujuk kepada keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan, penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Oleh itu, budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam, kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Daripada kesemua pengertian ini, budaya bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Konsep Pandangan Hidup Secara umumnya, ia merupakan satu konsep mengenai pandangan hidup alam semesta secara keseluruhan terutamanya dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.. Manakala menurut pandangan sarjana Islam, Syed Naquib al Attas (1972), pandagan hidup mestilah bersumberkan Islam yang m e r a n g k u m i h a l d u n i a d a n a k h i r a t . O l e h i t u , pandangan hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Pandangan hidup adalah suatu konsep yang dimiliki oleh masyarakat atau komuniti tertentu, bertujuan untuk menanggapi dan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan, manusia dan alam. Setiap masyarakat selalu memiliki pandangan hidup tersebut, begitu juga dengan masyarakat Melayu. Sehubungan itu, pandangan hidup orang Melayu lazimnya melibatkan hubungan manusia dengan Tuhan, dengan alam dan hubungan sesama manusia. Pandangan hidup tentang manusia dapat diperincikan kepada tiga bahagian, iaitu tentang keluarga, pemimpin dan masyarakat. Secara keseluruhannya, pandangan hidup orang beberapa peringkat evolusi.Malah jika diteliti dengan penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman mempengaruhi pembentukanpandangan hidup masyarakat Melayu telah melalui lebih mendalam, zaman kontemporari juga telah Melayu. Namun secara

Penghayatan Karya Agung Melayu 98

amnya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan pandangan hidup masyarakat Melayu. Namun begitu, unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

Idealisme dan Falsafah Sejak zaman purbakala, alam merupakan unsur yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebelum mengenal agama, manusia menjadikan alam sebagai panduan terhadap perjalanan hidup mereka. Pemikiran manusia yang memang zahirnya kreatif berfikir bahawa kelangsungan kehidupan sebenarnya bijak bersatu dengan alam. Disebabkan hal ini, banyak muncul idea dan falsafah yang mendorong manusia bersatu dengan alam seperti pantun dan teromba yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional. Sumber alam seperti tumbuh- tumbuhan dan haiwan kerap kali dikiaskan dalam pantun dan teromba Melayu yang merupakan warisan budaya nenek moyang kita. Ini kerana keadaan kehidupan pada masa itu adalah berkisar dengan alam semula jadi. Idealisme didefinisikan sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal (Kamus Dewan, 2010: 558). Idealisme ini juga dapat difahami sebagai satu cerminan daripada idea, fikiran, jiwa atau roh. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2012: 4), dari segi etimologinya, perkataan falsafah sebenarnya berasal daripada dua perkataan Yunani yang digabungkan, iaitu philo dan sophia. Philo bermaksud cinta dan suka, manakala sophia pula bermaksud hikmah. Oleh yang demikian, falsafah membawa makna sukakan atau cintakan hikmah. Orang Melayu dahulu kebanyakannya menghasilkan sesuatu idea berdasarkan sumber alam, contohnya tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Hal ini bermakna, mereka menggunakan sesuatu yang terdapat di sekeliling kehidupan mereka sebagai sumber ilham kepada menghasilkan sesuatu karya. Mereka juga banyak menghasilkan karya-karya yang menyelitkan pemikiran atau falsafah berdasarkan Islam, iaitu berpandukan al-Quran dan al-Sunah.

a)

Idealisme Bersumberkan Alam

Manusia dan alam merupakan dua unsur yang saling berkait dengan hubungan timbal balik sedia ada. Selain memperlihatkan nilai saintifik, alam sebenarnya menjadi cerminan dan panduan untuk manusia meneliti dan memahami kehidupan di dunia. Kebanyakan idealisme yang berperanan mengungkap nilai pemikiran dan kebudayaan sesebuah bangsa berkait dengan pengamatan manusia terhadap alam. Manusia biasanya menjadikan alam sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. Hal ini demikian kerana alam merupakan unsur yang sangat rapat dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 99

manusia, hanya berada di sekeliling sahaja. Kejadian alam yang unik menjadikan manusia semakin sedar akan maksud kewujudan di dunia. Kesedaran ini memungkinkan kehadiran idealisme dalam diri sendiri. Alam seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam semesta dan apa sahaja kejadian alam dijadikan manusia sebagai unsur dalam membentuk pemikiran yang lebih luas. Sifat masyarakat Melayu yang sensitiviti sering melihat kejadian alam dan bermanifestasi melalui karya-karya seperti puisi, teromba dan pantun. Masyarakat Melayu melahirkan perasaan dan pandangan mereka berdasarkan kejadian alam melalui medium tradisional ini. Medium tradisional ini juga memperlihatkan idealisme hidup masyarakat Melayu. Sebagai contohnya, Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama dicecah Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing Yang tua dimuliakan Yang muda dikasihi Sama besar hormat-menghormati Yang merah itu saga Yang indah itu bahasa Yang baik itu budi

Melalui contoh teromba di atas, masyarakat dinasihatkan supaya menjalani kehidupan yang harmoni, saling tolong-menolong, hormat-menghormati dan berbudi bahasa. Idea ini muncul melalui akal fikiran manusia yang melihat bahawa ada kaitan antara alam dengan cara hidup masyarakat supaya hidup dalam kedamaian. Di samping itu, alam juga dijadikan sebagai unsur dalam berkarya melalui pantun. Pantun digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu seperti pujian, teguran atau sindiran tanpa menyakitkan perasaan orang lain. Medium ini menjadi kebiasaan masyarakat Melayu dahulu untuk bersuara. Contohnya: Berburu ke padang datar, Mendapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar,

Penghayatan Karya Agung Melayu 100

Bagai bunga kembang tak jadi. (Zainal Abidin Bakar: 1983)

Pantun di atas merupakan pantun sindiran yang membawa maksud menegur seseorang yang tidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Pantun di atas menggunakan unsur haiwan dan tumbuhan (alam). Selain itu, alam juga digunakan sebagai unsur dalam pantun berkaitan undangundang berkaitan adat. Adat berfungsi sebagai aturan atau garis panduan terhadap perlakuan anggota masyarakat. Contohnya: Sudah bergaris bak si pasin, Burung bakik sudah berjejak, Habis tahun berganti musim, Sendi adat jangan beranjak. (Mohd Rosli Saludin: 2011)

Pantun di atas menerangkan bahawa walaupun musim sering berganti (alam), namun jangan biarkan adat sendiri turut berganti atau dilupakan. Pantun ini menegaskan bahawa adat harus dipertahankan untuk diwarisi. Contohnya: Puyu-puyu konon namanya, Di dalam kolam konon tempatnya, Cantik manis barang lakunya, Serta dengan budi bahasanya.

Dalam kolam konon tempatnya, Dipijak oleh laksamana, Cantik manis barang lakunya, Serta dengan bijaksananya. (Hikayat Abdullah: 70) Pantun yang terdapat dalam Hikayat Abdullah di atas juga turut menggunakan unsur alam, iaitu puyu-puyu merupakan sejenis ikan. Puyu-puyu yang dimaksudkan itu ialah isteri kepada Tuan Raffles yang dikatakan baik, rajin dan bijaksana. Sikap tersebut patut dijadikan teladan kepada masyarakat zaman sekarang.

Penghayatan Karya Agung Melayu 101

b)

Falsafah Bersumberkan Islam

Hampir 800 tahun Hindu-Buddha mempengaruhi minda orang Melayu dan dalam jangka masa itu, kerangka berfikir orang Melayu dibelenggu oleh corak berfikir yang bersifat khayalan dan mitos yang tidak memberi kefahaman akan pentingnya aspekaspek rasionalisme dan intelektualisme. Selain daripada kekurangan tersebut, ajaranajaran Hindu-Buddha tidak memberi perubahan terhadap sistem nilai masyarakat apalagi falsafah dan metafizik. Setelah Islam muncul, barulah berlaku transformasi besar-besaran yang melibatkan perubahan falsafah hidup, pemikiran dan jiwa orangorang Melayu di alam Melayu. Terdapat banyak falsafah yang bersumberkan Islam dalam beberapa karya yang dihasilkan oleh orang-orang Melayu terdahulu. Menurut Awang Sariyan (2010), kejelasan wujudnya fahaman falsafah yang berkaitan dengan ontologi (sistem kewujudan pencipta dan yang dicipta), epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori dan asas nilai atau akhlak) terpapar dalam sekian banyak karya para ulama, pemikir dan pujangga Melayu, baik yang berbentuk prosa mahupun puisi, karya-karya ilmu kalam, fiqah mahupun metafizik atau tasawuf. Malahan amat penting dan menarik bahawa dalam karya-karya yang berbentuk susastera atau dalam zaman moden disebut karya kreatif, asas-asas falsafah Melayu yang bertunjangkan Islam itu dapat juga dikesan. Karya persuratan Melayu klasik contohnya, mempunyai banyak falsafah dan logika yang bersumberkan Islam. Contohnya, dari segi undang-undang yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka jelas menunjukkan undang-undang yang dibuat berdasarkan undang-undang Islam. Demikian juga dalam bidang ketatanegaraan jelas bahawa asas-asas tanggungjawab pemerintah yang dinukilkan dalam karya seperti Nasihat al-Muluk, Taj al-Salatin dan Bustan al-Salatin didasarkan pada lunas Islam. Bahkan karya agung Melayu Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu yang dikatakan kaya dengan mitos dan lagenda itu pun banyak mengandung unsur-unsur Islam, termasuklah dalam penampilan pelbagai metafora yang berpaksikan prinsip Islam. Antara falsafah yang ada dalam teks Sejarah Melayu, iaitu suatu teks tentang bangsa Melayu ialah semua bangsa dianggap bersaudara. Buktinya dapat dilihat apabila teks ini menggambarkan Melaka adalah negeri perdagangan dan sebuah pelabuhan entrepot yang terkemuka di dunia. Inilah punca utama ekonomi bagi Melaka. Melaka menjadi pusat tumpuan saudagar dan pedagang-pedagang asing termasuk dari Timur Tengah. Tergambar dengan jelas di sini kekuatan Islam dalam konteks solidariti sosial, iaitu semua orang bersaudara. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat (49:10), iaitu Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. Semua bangsa dari serata negara telah berhimpun dan berniaga di Melaka. Solidariti itu menjadi pemangkin kemajuan Melaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 102

Falsafah kedua yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ialah waad. Waad merupakan kontrak sosial di antara Deman Lebar Daun dengan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagai bencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkara tulah dan daulat. Waad merupakan suatu kontrak atau perjanjian di antara golongan pemerintah dengan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik. Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak boleh menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja dan sekiranya tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana. Perkara ini selaras dengan ajaran Islam iaitu rakyat perlu taat dan patuh kepada raja selagi mana perintah raja tidak bertentangan dengan syariat. Selain itu, falsafah yang bersumberkan Islam ialah falsafah ketuhanan yang terdapat dalam Hikayat Abdullah. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Abdullah yang membenci kepada perkara-perkara karut dan tahyul yang dilakukan oleh masyarakat Melayu kerana perkara tersebut membelakangkan kuasa Allah S.W.T. Abdullah berfikiran rasional dan realistik serta tidak mempercayai bomoh, dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidak mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau juga turut mengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulan dimakan oleh Rauf (ular). Munsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan Munsyi Abdullah menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Seterusnya, falsafah keadilan juga merupakan falsafah yang berlandaskan Islam. Falsafah keadilan ini dapat dilihat ketika zaman kecemerlangan Melaka semasa Sultan Mansor Shah dan Sulatn Alauddin Riayat Shah yang banyak dibantu oleh Bendahara Tun Perak. Kerjasama antara raja dan bendahara menjadi paksi kecemerlangan dan kesejahteraan negeri juga ditunjukkan Bukhari al-Jauhari dalam Taj al-Salatin. Dalam Hikayat Hang Tuah, model itu memperlihatkan Raja Sang Maniaka dibantu oleh bendaharanya, Paduka Raja. Asas yang penting ialah raja merupakan payung melindungi rakyatnya. Pentadbiran negara dilakukan dengan adil dan saksama banyak ditunjukkan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-raja Pasai, misalnya. Dalam teks-teks itu telah diberi pengajaran bahawa kezaliman raja, sikap tamak, perbuatan rasuah, penyelewengan kuasa adalah faktor yang menghancurkan negara. Sebaliknya, keadilan, kesepakatan, persefahaman dan kesetiaan adalah kunci penting dalam menjaga keselamatan negara. Karya ilmu agama, iaitu Al-Aqaid al-Nasafi yang dikupas oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas juga ada menyerapkan falsafah yang berteraskan Islam. Contohnya, teks tersebut menghuraikan tentang sifat segala alam makhluk yang senantiasa baharu, berlawanan dengan sifat Tuhan yang tidak baharu, juga ada membicarakan berkaitan

Penghayatan Karya Agung Melayu 103

dengan keesaan Tuhan dan sifat-sifat-Nya, iaitu aspek yang menjadi teras pandangan sarwa atau pandangan hidup bangsa Melayu Islam. Selain itu, teks ini juga menegaskan tentang hakikat iman, Islam dan kebahagiaan. Ditekankan pentingnya kesepaduan antara iman dan Islam. Aspek kenabian, mukjizat, peranan para nabi, perihal malaikat, peristiwa Isra dan Mikraj serta karamah dalam kalangan para wali Allah juga turut dihuraikan. Tidak ketinggalan juga, teks ini membincangkan tentang keharusan solat di belakang orang yang salih dan fasiq, kewajipan bersangka baik kepada sahabat Nabi dan perihal sepuluh sahabat Nabi yang dijamin masuk ke syurga.

ADAT TEMENGGUNG DAN ADAT PERPATIH Pada zaman dahulu, masyarakat hidup aman damai dan teratur kerana wujudnya adat. Adat inilah yang menjadi peraturan untuk mengawal kehidupan manusia pada zaman itu. Peraturan yang wujud pada zaman itu adalah persetujuan bersama antara masyarakat. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan (Adat Istiadat Melayu Melaka, 1996:2). Kamus Dewan pula mendefinisikan adat sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun temurun dalam sesuatu masyarakat. Ringkasnya, adat adalah peraturan yang sudah biasa diamalkan sejak turun temurun. Adat merupakan struktur asas dalam seluruh hidup manusia dan mencerminkan keperibadian masyarakat. Struktur asas ini, melibatkan, perkahwinan, warisan, harta serta undang-undang. Melalui struktur asas ini, kita boleh mengenali sesuatu masyarakat. Hal ini disebabkan adat menjadi identiti sesuatu bangsa. Orang Melayu yang gagal mengikuti adat yang telah ditetapkan akan dikatakan sebagai tidak tahu adat. Adat sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, adat juga bertindak sebagai fungsi (pengenalan) dan normatif (hukuman) (Adat Istiadat Melayu Melaka, 1996:3). Adat ini sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Oleh itu, terdapat sesetengah adat pada zaman dahulu telah dilupakan atau berubah kerana bercanggah dengan ajaran Islam. Sebagai contohnya termasuklah sambutan Hari Safar, adat berkhatan menjadi semakin ringkas. Pada zaman dahulu, upacara menanam didahului oleh pawang kerana mereka mampu berhubung dengan dewadewa. Namun kini, upacara ini didahului dengan perasmian daripada menteri. Menteri dijemput dalam upacara perasmian kerana kedudukan yang mereka miliki. Di sini jelas menunjukkan adat sentiasa berubah mengikut keperluan dan sistem sosial dalam sesuatu masyarakat. Terdapat dua jenis adat yang terdapat di Malaysia seperti adat temenggung dan adat perpatih.

Penghayatan Karya Agung Melayu 104

Adat Temenggung

Adat temenggung diamalkan oleh semua masyarakat Melayu di Malaysia kecuali Negeri Sembilan. Adat temenggung telah diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Palembang. Ia telah dibawa ke Melaka pada abad ke-15. Pada awalnya, adat ini lebih dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan Buddha. Selepas kedatangan Islam, adat ini telah dipengaruhi oleh ajaran Islam. Terdapat beberapa perkara yang ditekankan dalam adat temenggung.

a) Sistem Pentadbiran Cara pemerintahan dalam adat temenggung adalah bersifat aristokrasi (Sastera Undang-Undang: xxvii). Hal ini bermakna, raja atau sultan mempunyai kuasa tertinggi dalam sistem pentadbiran negara. Raja mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaan ini terserlah dengan wujudnya istilah derhaka. Setiap perkara yang dilakukan oleh raja perlu diikuti oleh rakyat. Sebagai contohnya boleh dilihat dalam petikan di bawah: Maka kata laksamana seraya memekis, katanya. Cih, mengapa pula begitu? Si Tuah tiada mahu derhaka. Daulat Tuanku, patik persembahkan nyawa patik, patik tiada bertuankan yang lain. (Hikayat Hang Tuah: 283) Melalui petikan di atas, dapatlah difahami bahawa, setiap perintah raja perlulah dituruti orang bawahannya. Petikan di atas menunjukkan Hang Tuah, iaitu laksamana sanggup mempertaruhkan nyawanya kerana raja mahu dirinya dibunuh. Hal ini disebabkan, Hang Tuah tidak mahu menderhaka. Petikan di atas menunjukkan dengan jelas, pemerintahan dalam adat temenggung bersifat autokratik iaitu kuasa mutlak dalam pemerintahan terletak di tangan sultan. Menurut Liaw Yock Fang (Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut: xiii), kuasa melantik pegawai-pegawai terletak pada raja. Inilah yang menunjukkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 105

keistimewaan raja yang memerintah. Sebagai contohnya petikan daripada Hukum Kanun Melaka dalam Abu Hassan Sham dan Mariyami Salim. Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan Bendahara, kedua menjadikan Temenggung, ketiga menjadikan Penghulu Bendahari, keempat menjadi Syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya. Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa raja berkuasa dalam melantik pegawai-pegawainya. Hal ini boleh dilihat melalui susunan hierarki pemerintahan seperti di bawah:
Raja atau sultan Temenggung Syahbandar

Bendahara Penghulu Bendahari

b) Sistem Pelaksanaan Undang-Undang Salah satu ciri penting dalam adat temenggung adalah undang-undangnya yang berbentuk pembalasan. Hal ini bermakna, setiap kesalahan perlu dibalas dalam bentuk yang sama. Sebagai contohnya dalam Undang-Undang Melaka untuk hukum jenayah adalah seperti di bawah: Membunuh - Orang yang membunuh dengan tiada setahu raja atau hakim akan dibunuh, tetapi dalam keadaan tertentu, pembunuhan boleh dilakukan. c) Perkahwinan Dalam adat temenggung, larangan berkahwin adalah berdasarkan hukum syarak. Islam melarang umatnya berkahwin dengan pasangan yang mempunyai pertalian darah mahupun saudara persusuan. Sebagai contohnya di bawah: Maka dipeluk dan dicium akan menantunya tuan puteri itu. Maka Sang Perta Dewa pun berlengkap akan pekerjaan anakanda baginda Sang Sapurba kahwin dengan tuan puteri itu. (Hikayat Hang Tuah: 11) Petikan di atas menunjukkan Sang Sapurba yang berkahwin dengan seorang puteri. Perkahwinan ini dibolehkan dalam adat temenggung kerana mereka tidak mempunyai pertalian darah.

Penghayatan Karya Agung Melayu 106

d) Sistem Perwarisan Harta dan Pangkat Adat temenggung mementingkan warisan pangkat. Hal ini bermakna, pangkat diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Hal ini boleh dilihat melalui petikan di bawah: Adapun nama baginda itu Sang Perta Dewa .Adapun sang Perta Dewa itu tahu akan dirinya akan beroleh anak; maka anaknya itu akan menjadi raja kepada Bukit Seguntang; maka daripada anak cucu baginda itu akan menjadi raja. (Hikayat Hang Tuah: 3)

Adat Perpatih Adat perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil pula di Beranang, Selangor serta di Alor Gajah, Melaka.

a)

Sistem Kekeluargaan

Dalam adat Perpatih, masyarakat dibahagikan kepada 12 suku, iaitu suku Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Tiga Batu, Anak Aceh dan Anak Melaka. Nama-nama suku tersebut dibahagikan mengikut tempat asal nenek moyang mereka yang datang dari Minangkabau. Sesebuah suku ini dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar dan mempunyai perhubungan yang erat. Daripada aspek perkahwinan pula, lelaki dan perempuan yang datang daripada suku yang sama tidak boleh berkahwin. Hal ini demikian kerana sesama suku dianggap bersaudara. Sesama saudara dihalang untuk berkahwin dan jika adat ini tidak dipatuhi, hukuman yang dikenakan kepada pesalah sangat besar. Antara hukumannya ialah tidak boleh mewarisi harta dan menyandang saka. Suku yang paling utama ialah suku Biduanda yang mana terbahagi kepada dua iaitu Biduanda di Air dan Biduanda di Darat. Biduanda di Air merupakan masyarakat yang datangnya dari Minangkabau, manakala Biduanda di Darat pula merujuk kepada

Penghayatan Karya Agung Melayu 107

masyarakat orang asli yang sememangnya sudah menetap di Negeri Sembilan. Suku Biduanda di Air merupakan suku yang layak untuk menyandang jawatan Undang atau penghulu dalam luak-luak adat Perpatih. Semua pembesar di Negeri Sembilan ini adalah daripada suku Biduanda. Masyarakat suku Biduanda yang pertama diangkat menjadi raja ialah Raja Melewar yang dibawa daripada Pagar Ruyung dan beliau dirajakan di Negeri Sembilan dan diberi gelaran sebagai Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan. Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang menggelarkan pembesar mereka sebagai Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan.

b)

Sistem Pewarisan Harta

Harta dalam adat Perpatih ini terbahagi kepada empat jenis, iaitu harta pusaka, harta carian, harta pembawa dan harta dapatan. Berdasarkan adat Perpatih yang mementingkan jurai ibu, hanya perempuan yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan ia akan diperturunkan kepada generasi akan datang yang berjantina perempuan. Antara harta yang dikelaskan dalam harta pusaka ialah rumah, tanah, perabot dan barang hiasan serta semua benda yang dianggap berharga. Konsep harta pusaka ini ada diterangkan dalam satu perbilangan, iaitu: Terbit pusaka kepada saka Si lelaki menyandang saka Si perempuan yang punyai pusaka Orang semenda yang membela

Berdasarkan perbilangan di atas, dapat difahami bahawa orang perempuan yang menjadi pengembang zuriat merupakan penjaga amanah harta pusaka manakala pusaka yang boleh diwarisi oleh lelaki ialah jawatan penting dalam adat. Walaupun lelaki tidak berhak untuk mewarisi harta, mereka berhak untuk memakainya. Harta carian pula merupakan harta sepencarian suami isteri. Sebagai contoh suami isteri bekerja dan mempunyai simpanan wang bersama. Tetapi, apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia, harta yang diperoleh itu tinggal dan boleh digunakan oleh pasangan dan anak-anak yang tinggal. Tetapi, jika pasangan suami isteri tersebut bercerai, maka harta carian ini perlu dibahagi dua, iaitu berdasarkan hukum faraid. Harta pembawa pula merupakan harta carian suami ketika masih bujang. Kemudian harta tersebut dibawa bersama-sama setelah berkahwin. Jika suami meninggal dunia, keluarga suami boleh menuntut harta tersebut sekiranya suami tidak mewasiatkan harta pembawa tersebut kepada isteri atau anak-anaknya. Sekiranya berlaku perceraian, suami boleh mengambil atau menuntut semula harta pembawa.

Penghayatan Karya Agung Melayu 108

Harta dapatan pula merupakan istilah bagi harta yang merupakan milik isteri sebelum berkahwin. Sebenarnya, dalam pewarisan harta pusaka, tanah pusaka ini menjadi hak milik waris yang terdekat iaitu keutamaan diberikan kepada anak perempuan dan cucu perempuan. Jika tiada anak dan cucu perempuan, baharulah tanah tersebut boleh diwarisi oleh adik-beradik perempuan dan anak-anak kepada adik-beradik perempuan tersebut. Jika pemilik tanah tidak mempunyai waris perempuan yang terdekat, maka tanah tersebut boleh diwarisi oleh ahli-ahli perut. Hal ini demikian kerana tanah tersebut merupakan hak milik suku dan ia tidak boleh jatuh ke tangan orang lain. Kaum wanita yang menjadi waris kepada tanah pusaka tersebut hendaklah menjalankan beberapa tanggungjawab bagi menggantikan ibunya yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab tersebut. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah membayar hutang saudara lelakinya yang masih bujang, memberi tempat tinggal kepada saudara lelaki yang masih bujang, sudah menduda atau sakit, membayar belanja atau denda yang berkaitan dengan adat, mengeluarkan belanja untuk hal dan kenduri kematian ibu, mengeluarkan belanja upah haji ibu ke Mekah dan memberi belanja kepada saudara yang ingin menuntut ilmu di luar negeri. Tanggungjawab yang harus dilaksanakan ini dikenali sebagai hutang pusaka.

c)

Sistem Pemerintahan

Sistem pentadbiran bagi adat Perpatih ini pula dilaksanakan mengikut peringkatnya yang mana disebut dalam perbilangan di bawah, iaitu: Di atas raja, di tengah undang, di bawah lembaga, raja berdaulat dalam alamnya, penghulu berdaulat dalam luaknya, lembaga bernobat dalam anak buahnya.

Berdasarkan perbilangan di atas, kita dapat memahami bahawa tiap-tiap luak atau dikenali sebagai daerah mempunyai seorang pemerintah yang digelar penghulu atau kini dikenali sebagai undang. Jawatan undang ini akan diwarisi atau sakanya disandang oleh ahli suku biduanda yang terdiri daripada lelaki. Hal ini demikian kerana hanya lelaki sahaja yang boleh menyandang saka manakala wanita boleh mewarisi harta.

Penghayatan Karya Agung Melayu 109

Dalam sistem pentadbiran adat perpatih, masyarakat dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada dua tatatingkat iaitu perut dan suku. Perut diketuai oleh seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa manakala suku pula terdiri daripada beberapa perut yang mempunyai pertalian saudara. Suku pula berada di bawah lembaga yang mana lembaga itu dipilih dalam kalangan ahli perut. Pemilihan lembaga ini mengikut giliran yang telah ditentukan mengikut peraturan tertentu. Tingkat kedua dalam pentadbiran adat Perpatih di Negeri Sembilan ialah undang yang mana penyandangnya dikenali dengan gelaran Datuk Undang. Tingkat tertinggi atau pemerintah tertinggi di Negeri Sembilan ialah Yang Dipertuan Besar.

d)

Perlaksanaan Undang-Undang

Daripada aspek menangani undang-undang jenayah, hukuman yang dikenakan dalam kalangan suku adat perpatih ini bukanlah bersifat menghukum sebaliknya bersifat pemulihan, berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Oleh hal yang demikian, hukuman yang dikenakan terhadap kesalahan yang dilakukan adalah seperti membayar ganti rugi. Adat perpatih ini menganggap bahawa kesalahan yang dilakukan boleh mengubah sikap pelaku. Hal ini demikian kerana setelah melakukan kesalahan dan dikehendaki membayar ganti rugi, pelaku jenayah akan sedar kesilapannya dan tidak akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. Bagi kesalahan mencederakan seseorang, hukuman yang dikenakan ialah membayar ganti rugi dalam bentuk pemberian haiwan iaitu ayam atau kambing. Saiz haiwan ganti rugi tersebut bergantung kepada serius atau tidak luka yang dialami mangsa. Jika seseorang terlibat dalam kes kecurian, hukuman yang dikenakan ialah memulangkan semula barang yang dicuri dan membayar ganti rugi. Bagi kesalahan membunuh, orang yang membunuh dikehendaki menanggung hidup keluarga si mati. Hal ini mengikut kewajaran apabila si mati sudah meninggal dunia, keluarganya akan hilang tempat bergantung. Jika pesalah menyara keluarganya, bebanan keluarga tersebut akan berkurangan. Hukuman bunuh ini hanya dilaksanakan kepada individu yang derhaka dan hukuman bunuh ini hanya boleh dijatuhi oleh Yang Dipertuan Besar. Bagi hukuman yang ringan, ia boleh dilaksanakan oleh Buapak atau Lembaga.

NILAI-NILAI HIDUP ORANG MELAYU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.

Penghayatan Karya Agung Melayu 110

Nilai juga diistilahkan sebagai al-qimah dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia. Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni. Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat). Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga ia kekal pada masyarakat hari ini. Misalnya, dalam Cerita Lipur Lara, banyak nilai Melayu yang diterapkan oleh pengarang. Menghormati Orang Tua Sikap menghormati orang tua merupakan salah satu nilai Melayu yang sangat ditekankan sejak dahulu lagi. Sikap ini telah diamalkan turun-temurun dan sangat ditekankan oleh orang tua-tua dahulu. Dalam Cerita Lipur Lara ini, pengarang menerapkan sikap menghormati orang tua, iaitu anak yang menghormati ibu bapanya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila anak menurut sahaja kehendak ayah dan ibu walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas seperti petikan di bawah: Baiklah, kerana hamba fikir itulah yang patut tempat hamba, kerana hamba ini suatu kera, tiada patut duduk kepada tempat yang medan, majlis segala raja-raja. Itulah yang patut tempat hamba, di dalam rimba banat. Maka hamba berkirim sembah kepada ayahanda dan bonda hamba, janganlah ayah dan bonda bermasyghul hati.

Penghayatan Karya Agung Melayu 111

(Cerita Lipur Lara: 27) Petikan menunjukkan sikap taat seorang anak kepada ibu bapanya walaupun beliau dibuang ke dalam hutan rimba oleh ayahnya sendiri, namun beliau hanya taat dan menurut perintah yang telah diarahkan kepadanya. Beliau menerima perintah tersebut dengan hati terbuka dan tidak pernah berdendam kepada ibu bapanya serta memesan supaya ibu bapanya tidak bersusah hati mengenainya.

Kemesraan Kemesraan berasal daripada kata mesra yang bererti erat atau karib sehingga kemesraan bererti hal yang menggambarkan keadaan sangat erat atau karib. Kemesraan juga bersumber dari cinta kasih dan merupakan realisasi nyata. Kemesraan dapat diertikan sama dengan keakraban yang dilandasi rasa cinta dan kasih. Dalam Cerita Penglipur Lara, kemesraan hubungan antara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana. Sebagai contoh, ketika majlis perkahwinan dan kenduri-kendara diadakan di istana. Semua golongan rakyat datang beramai-ramai dari pelbagai lapisan masyarakat sama ada kecil, besar, tua dan muda. Hal ini jelas tergambar melalui petikan puisi di bawah: Yang capik datang bertongkat, Yang buta datang berpimpin, Yang tuli datang bertanya, Yang kurap datang mengibar. (Cerita Lipur Lara: 21) Puisi di atas menjelaskan kemesraan pemerintah dan rakyat apabila berlaku sesuatu peristiwa atau majlis. Semua lapisan masyarakat datang untuk memeriahkan majlis tersebut walaupun kesihatan kurang mengizinkan. Mereka berusaha untuk datang ke sesebuah majlis yang dianjurkan tanda sokongan. Keadaan ini jelas menunjukkan kemesraan dan keharmonian antara pemerintah dan rakyat.

Berdikari Berdikari ialah singkatan daripada frasa berdiri di atas kaki sendiri. Orang yang berdikari tidak bergantung hidup kepada orang lain atau mengharapkan pertolongan orang lain. Orang yang berdikari bersikap seperti seekor singa yang berani berjalan bersendirian dan tidak bersikap seperti biri-biri yang sentiasa bergantung kepada ahli kumpulannya. Sifat berdikari selalu sahaja terdapat dalam watak utama, iaitu mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai perkara yang dihajati.

Penghayatan Karya Agung Melayu 112

Maka Tuanku Malim Deman pun menanggalkan pakaian-pakaian itu lalu didukungnya, hanyalah tinggal sebentuk cincin dan sebilah keris dengan sebilah pedang sahaja di badannya. Hatta, maka ia pun duduklah di dalam hutan dengan anjingnya, Si Kumbang itu. (Cerita Lipur Lara: 202-203) Dapat dilihat Tuanku Malim Deman berdikari meneruskan pengembaraannya setelah semuanya pengikutnya meninggal dunia. Beliau meneruskan pengembaraan seorang diri dan hanya ditemani seekor anjing. Pengembaraan untuk mencari Puteri Bongsu seperti dalam mimpinya diteruskan walaupun baginda hanya memiliki sebentuk cincin dan sebilah keris pada ketika itu dan pakaian-pakaian ditanggalkan kerana sudah terkoyak terkena duri.

Berpantun Pantun ialah ragam puisi yang hidup dalam kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Khasnya pantun mempunyai sajak dan irama, pilihan suku kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu sudah lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang Melayu mencipta pantun untuk melahirkan pelbagai bentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, suka-suka, berjenaka, menyindir dan untuk menyatakan rasa sedih. Pantun juga ada dimasukkan dalam Cerita Lipur Lara ini, antaranya: Berapa tinggi pucuk pisang, Tinggi lagi asap api, Berapa tinggi gunung melintang, Tinggi lagi harap kami. (Cerita Lipur Lara: 43) Pantun di atas dibacakan oleh Maharaja Duwana kepada Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai ketika baginda baru sampai ke negeri Tanjung Bunga berhasrat untuk memperisterikan Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai yang merupakan isteri kepada Raja Seri Rama ketika itu. Baginda menyatakan hasrat hatinya dengan berpantun seperti di atas yang bermaksud membawa harapan yang tinggi untuk menjadikan Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai sebagai isteri. Pantun tersebut telah dijawab oleh tuan puteri yang berbunyi: Kalau begitu rambang jalannya, Ikan sesak ke berumbung, Begitu letak rambang katanya, Cuba berserah beradu untung.

Penghayatan Karya Agung Melayu 113

(Cerita Lipur Lara: 43)

Pantun di atas jelas menunjukkanyangTuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai memberikan peluang kepada Maharaja Duwana untuk mencuba nasib sama ada diterima atau tidak olehnya. Cubaan tersebut membuahkan hasil apabila akhirnya Tuan Puteri mengikut Maharaja Duwana ke negeri Pulau Kaca Puri.

Setia Nilai setia juga banyak diterapkan dalam Cerita Penglipur Lara ini. Keadaan ini dapat dilihat melalui petikan berikut: Ayuhai anakku si burung bayan yang setia setiawan dengan ayahanda, melainkan Allah dan Rasul juga membalaskan budi anakku itu, melainkan yang ayahanda ini selama-lamanya terhutang budilah kepada anakanda dunia akhirat. (Cerita Lipur Lara: 114)

Petikan menjelaskan kesetiaan burung bayan kepada ayahandanya sehinggakan ayahandanya tidak mampu membalas kesetiaan tersebut dan terhutang budi kepada burung bayan.

Kasih Sayang Kasih sayang ialah cenderung dan tertariknya hati seseorang secara mendalam kepada seseorang yang lain atau kepada selain manusia, iaitu benda-benda dan makhluk lain. Kasih sayang ada yang bersifat semula jadi dan ada yang bersifat aradhi (mendatang). Antara perkara-perkara yang menarik hati manusia kepada manusia lain ialah kecantikan, ilmu, kepimpinan, jasa, hubungan darah, kekuatan, akhlak dan sebagainya. Dalam Cerita Lipur Lara, kita dapat melihat bagaimana nilai kasih sayang diterapkan oleh pengarang. Nilai ini dapat dilihat melalui hubungan ibu dan anak, sebagai contoh:

Ya tuk temenggung, apalah halnya hamba, sifat anak perempuan, hendak menaruhnya Kera Kecik Imam Tergangga, kerana ayahandanya hendak membuangkannya. Tetapi sungguhpun terbuang, di dalam hati hamba, tiadalah terbuang, anak hamba juga dari dunia sampai ke akhirat. (Cerita Lipur Lara: 25)

Penghayatan Karya Agung Melayu 114

Dalam petikan di atas, kita dapat melihat kasih sayang seorang ibu kepada anaknya walaupun anak yang dilahirkannya seekor kera. Hal tersebut tidak menghilangkan rasa sayangnya. Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai terpaksa menerima keputusan suaminya untuk membuang anak yang dilahirkan kerana rasa malu mendapat anak seekor kera. Walaupun sayang kepada anaknya, namun kehendak suaminya terpaksa diturutkan.

Nasihat-Menasihati Muhamad bin Nasr al-Maruzi menjelaskan di dalam kitabnya (Taziim Qadr as -Solat), sesetengah ahli cerdik pandai berpendapat bahawa sebaik-baik terjemahan kepada nasihat ialah bimbingan serta didikan yang baik terhadap seseorang tanpa mengira bentuk bimbingan serta didikan yang baik terhadap seseorang tanpa mengira bentuk bimbingan dan tunjuk ajar tersebut. di sini kita melihat bahawa, nasihat tidak terhenti pada perkara solat, puasa semata-mata bahkan ia meliputi setiap cabang kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia termasuklah kata-kata perangsang, motivasi, semangat dan sebagainya bertujuan menghasilkan kesejahteraan hidup sesama manusia. Cerita Lipur Lara juga mempunyai nilai Melayu yang saling nasihatmenasihati, antaranya: Aduhai adinda adik bongsu, janganlah adinda bersuka-sukaan sangat, kerana ada kata orang tua-tua dahulu kala: Tiap-tiap suka itu duka kesudahannya. Kepada fikiran kakanda janganlah adinda bersuka sangat, hari pun hampir petang. (Cerita Lipur Lara: 211)

Tuan Puteri enam menasihati adindanya yang bongsu supaya tidak terlalu gembira kerana bimbang jika akhirnya akan bersedih seperti kata-kata orang tua dahulu serta hari pada ketika itu juga sudah hampir ke petang.

Bekerjasama Bekerjasama bermaksud kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak). Dalam masyarakat Melayu, nilai bekerjasama sentiasa disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Mereka sentiasa membuat sesuatu pekerjaan dengan bekerjasama antara satu sama lain, sebagai contoh kenduri perkahwinan, iaitu dengan mengadakan rewang. Dalam Cerita Lipur Lara juga banyak menonjolkan nilai Melayu bekerjasama, misalnya:

Penghayatan Karya Agung Melayu 115

Maka hamba rakyat pun junjunglah titahnya itu dengan seboleh-bolehnya di atas batu kepala kita, maka kita kerjakanlah seisi negeri beramai-ramai menyampaikan kehendak tuan kita itu. (Cerita Lipur Lara: 9)

Pembesar-pembesar dan rakyat jelata bekerjasama untuk menyiapkan kehendak raja, iaitu membuat tujuh buah perahu laut dalam masa tujuh hari kerana raja hendak membawa anaknya Tuan Puteri Sekuntum Bunga Setangkai belayar ke laut, berpukaspukas mencari pelbagai karangan laut dan pelbagai makanan laut. Oleh hal yang demikian, semua rakyat bekerjasama untuk menyempurnakan perintah raja tersebut.

Tolong-Menolong Mengikut kamus dewan edisi ke-4 tolong-menolong bermaksud bantu-membantu dan saling membantu. Ianya juga bermaksud dapat meringankan penderitaan, dapat menyembuhkan daripada penyakit, dapat menyelamatkan daripada bahaya dan lainlain. Di dalam Cerita Lipur Lara terdapat unsur tolong menolong yang ditonjolkan di dalam Cerita Raja Muda. Sewaktu Tuan Puteri sakit untuk bersalin, ramai yang datang menghulurkan bantuan untuk membantu Tuan Puteri seperti contoh petikan di bawah: Maka biduanda pun pergilah ke rumah bidan itu dan memberitahu sekalian orang besar-besar sekaliannya. Maka sekaliannya isteri orang besar-besar dan orang kaya-kaya pun masuklah berhimpun ke dalam istana baginda, penuh sesak langsung ke selang penanggah, masingmasing dengan kerjanya; ada yang mengangkatkan air hangat, ada yang mengambil air dan kayu, dan ada yang membakar rabun, ada yang menyemburkan kunyit terus serata-rata tempat tuan puteri gering itu; dan beberapa pula tabib dan bomoh, dukun yang besar-besar duduk menjampi di ulu tuan puteri. Maka baginda dan orang besar-besar pun ada bersemayam hampir dengan adinda baginda. (Cerita Lipur Lara: 397)

Contoh yang seterusnya ialah sewaktu semua orang menolong memudahkan proses pemakaman tuan puteri seperti petikan berikut: Hatta, masing-masing pun sudah makan, sekaliannya berjagalah, setengah masuk ke dalam istana bertunggu dekat jenazah tuan puteri, dan setengah di peseban agung, penuh sesak orang besar-besar, tentera, laki-laki, perempuan, kecil besar, hina-dina, masing-masing dengan

Penghayatan Karya Agung Melayu 116

kerjanya: ada yang membuat semah ambar-ambar, ada yang mendandan mayang pinang awan selimpat bunga di atas keranda itu, dan ada yang setengah berbuat sirih dan penganan juadah sedekah, masing-masih pelbagai jenis kerjanya, sehingga sampai dinihari tiadalah berhenti lagi. (Cerita Lipur Lara: 401)

Akidah Islam Nilai-nilai yang menjadi asas kepada tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai tersebut berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama Islam. Nilai asas ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan pepatah-perpatih. Terdapat pelbagai perkara yang boleh dibuat untuk menunjukkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Pengaruh kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu banyak mengubah budaya Melayu. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam. Ia melibatkan asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini. Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah S.W.T. adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan. Dalam hal ini, pandangan semesta masyarakat Melayu berunsurkan tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam. Contoh petikan yang menunjukkan mereka mengamalkan akidah Islam ialah sewaktu mereka memandikan jenazah tuan puteri mengikut lunas-lunas Islam: Hatta, setelah mustaidlah sekaliannya, maka perdana menteri pun masuklah ke dalam istana mengadap baginda, dipersembahkan sudah siap kelengkapan itu. Maka titah baginda kepada Si Kembang Cina suruh siramkan adinda itu. Maka Si Kembang Cina pun bersiapkan orang-orang jawat, enam belas di kanan, enam belas di kiri, memegang paying uburubur, menyelampaikan kain yang kekuningan; sekaliannya anak dara yang muda semuanya serta menggerbangkan rambutnya masing-masing. (Cerita Lipur Lara: 402)

Meraikan Tetamu Meraikan tetamu merupakan satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu. Mengikut ajaran agama Islam, tetamu hendaklah dilindungi, dimuliakan dan dilayan dengan sebaik mungkin, malah tuan rumah disunatkan berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri demi menjaga dan menghormati tetamu. Oleh yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 117

demikian, tetamu sentiasa dipandang baik oleh orang Melayu dan diraikan dengan sebaik-baiknya. Contoh petikan yang menunjukkan orang Melayu menghormati tetamu ialah: Dilihatnya ada sebuah mahligai di tengah padang itu, terlalu indah-indah perbuatannya. Maka adapun yang empunya mahligai itu seorang puteri bernama Tuan Puteri Telepok Layu. Pada ketika itu tuan puteri pun duduk kepada tingkap rautan muka seraya memandang kepada Raja Bujang Selamat itu, seraya bersabda, katanya, Hai orang muda, siapa nama tuan hamba ini? Datang dari mana? Apa hajat ke mari? Silakanlah naik ke mahligai ini; jikalau tiada mahu naik, nescaya hamba tutupkan mulut ular, tentulah gelap; sekarang tiadalah dapat orang muda jalan kembali lagi. (Cerita Lipur Lara: 409)

Berpegang Teguh Kepada Adat Resam Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuk pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-menurun. Antara adat istiadat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian. Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mematuhinya. Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung. Terdapat beberapa upacara rites de passage gabungan unsur Islam dan adat diadakan pada hampir setiap tahap kitaran hidup. Contoh petikan yang menunjukkan masyarakat Melayu menggunakan adat istiadat yang diwarisi sejak turun-menurun ialah: Seketika beradu hari pun sianglah. Maka perdana menteri bersiap akan kealatan itu menghiasi balairung seri, dan Si Kembang Cina pun menghiasi istana. Maka setelah mustaid sekaliannya, kepada ketika yang baik, saat sempurna, Raja Bujang Selamat pun diberi memakai oleh orang besar-besar sebagaimana adat anak raja-raja yang besar dan Tuan Puteri Lindungan Bulan demikianlah juga. Maka baginda pun bertitah kepada kadi minta kahwinkan Raja Bujang Selamat dengan puteranya Tuan Puteri Lindungan Bulan. Maka tuan kadi pun menikahkan dengan kesempurnaannya. Maka Raja Bujang Selamat pun masuklah ke dalam peraduan dengan Tuan Puteri Lindungan Bulan, dibawa oleh Si Kembang Cina dengan inang pengasuhnya sekaliannya. (Cerita Lipur Lara; 406)

Penghayatan Karya Agung Melayu 118

Contoh yang seterusnya menunjukkan masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat ialah sewaktu upacara pertabalan raja yang baru seperti petikan di bawah: Hatta, telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam itu, maka kepada ketika saat yang baik, maka baginda pun bertitah menyuruh menghiasi anakanda baginda kedua laki isteri dengan pakaian kerajaan yang bertatahkan permata intan manikam pualam. Setelah memakai itu, tampillah kadi menikahkan Raja Bujang Selamat dengan Tuan Puteri Lindungan Bulan. Maka baginda pun segera memimpin tangan anakanda baginda kedua laki isteri, dinaikkan di atas takhta singgahsana kerajaan, yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara dikarang. (Cerita Lipur Lara: 428)

Bertimbang Rasa Orang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan. Sikap bertimbang rasa menjadikan masyarakat Melayu tidak mementingkan perasaannya semata-mata. Pemikiran ini memerlukan kita tidak mengikut perasaan sahaja, ia memerlukan pertimbangan perasaan orang lain. Nilai bertimbang rasa ini adalah salah sifat terpuji dalam Islam. Dalam masyarakat Melayu kini, orang muda haruslah meminta kepada orang tua sesuatu yang termampu dan tidak melampau. Begitu juga, dengan permintaan terhadap rakan-rakan, seharusnya rasional dan wajar. Setiap permintaan dan kelakuan harus ada timbang rasa. Budaya inilah yang akan menaikkan masyarakat Melayu. Contoh yang menunjukkan masyarakat Melayu bertimbang rasa ialah raja tidak menyalahkan bidan kerana kematian tuan puteri tetapi menerimanya sebagai ketentuan Ilahi seperti petikan berikut: Maka setelah didengar baginda akan sembah bidan yang tua itu, maka baginda pun menangis yang teramat sangat lalu bertitah, Ayuhai tuk bidan yang tua, janganlah tuk bidan susah hati, tiada beta mengambil syak ke atas tuk bidan sekalian; maka semata-mata dengan takdir Allah Subhanahu wa Taala, melakukan kudrat iradat ke atas diri beta. (Cerita Lipur Lara: 400)

Saling Menghormati Salah satu nilai budaya orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Orang Melayu saling menghormati orang lain dan bersikap rendah diri. Orang Melayu digalakkan memberi penghormatan terlebih dahulu kepada orang lain. Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberi akan dipandang rendah. Contoh petikan yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 119

menunjukkan mereka saling menghormati ialah apabila Tuan Puteri Bidadari Segerba merindui dan ingin melawat nenek kebayan yang merupakan inang pengasuhnya dahulu. Petikan di bawah menceritakan Tuan Puteri bergurau dengan nenek kebayan: Hatta, maka Tuan Puteri Bidadari Segerba menghadirkan dirinya, terdiri di halaman nenek kebayan. Maka nenek kebayan pun menampar-nampar kepalanya. Maka tuan puteri pun bersabda, Ayuhai nenek, tidakkah nenek kenal? Inilah suami beta yang bernama Raja Muda, putera Raja Degar Alam di negeri Benua Tua, kerana sudah beta dikahwinkan ayahanda di atas mahligai Tua, kerana sudah beta dikahwinkan ayahanda di atas mahligai Gunung Cinta Berahi baharu tiga bulan, maka sekarang dengan kehendak Dewata Mulia Raya, beta pun sudah hamil dua bulan. (Cerita Lipur Lara: 433)

Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan Silaturahim Dalam budaya masyarakat Melayu adalah satu perkara penting yang harus diketahui oleh masyarakat kini iaitu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti, datuk, nenek, along, angah, pak cik dan mak cik. Apa yang paling jelas sekali ialah cara bagaimana mengikat hubungan silaturahim orang Melayu. Orang Melayu bersifat bekerjasama dalam mengadakan kenduri kendara dan saling ziarah menziarahi. Amalan ini amat berkesan dalam memupuk ikatan kekeluargaan malah dalam persahabatan. Di dalam cerita ini, kita dapat melihat Raja Bujang Selamat begitu mementingkan hubungan kekeluargaan sehingga sanggup mencari Raja Muda yang hilang. Hatta, maka Raja Bujang Selamat pun naiklah mengadap ayahanda dengan tangisnya, seraya berdatang sembah, Ampun ayahanda beribu ribu ampun, sembah anakanda harapkan diampuni, patik bermohonlah hendak mencari anakanda itu; sekiranya tiada patik berjumpa, tiadalah patik kembali mengadap ayahanda. Maka titah baginda, Silakanlah anakanda ikut adinda itu, jikalau terjumpa bawalah kembali kepada ayahanda; janganlah dibiarkan ia pergi berjalan serata negeri-negeri orang itu lahi, mati ayahanda dalam percintaan akan adinda itu. (Cerita Lipur Lara:413)

Penghayatan Karya Agung Melayu 120

Bersopan Santun atau Berbudi Pekerti Nilai ini membentuk masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekerti adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab (civilized). Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus (refined) budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar. Sesuai dengan penegasan Nabi S.A.W. bahawa Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Islam menganjurkan pengikutnya sentiasa bercakap benar dan melarang pembohongan. Untuk membina masyarakat sopan, kita harus mulakan dari institusi keluarga. Ibu bapa memainkan peranan penting kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak-anak bangsa menjadi orang berguna. Tugas utama mereka ialah memastikan keharmonian keluarga dan tidak bercerai-berai. Sekitaran yang harmoni dapat merangsang perkembangan mental dan rohani anak-anak mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak. Misalnya, mereka tidak harus bertengkar di hadapan anak-anak kerana ini akan menjejas jiwa anak-anak mereka. Banyak masalah sosial yang melanda masyarakat berpunca daripada kelalaian ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa Melayu/Islam perlu menilai kembali pegangan hidup mereka demi mengekalkan citra sopan Melayu. Contoh yang terdapat di dalam Cerita Lipur Lara ialah: Sebermula, setelah didengar oleh Raja Muda perkataan penunggu pintu itu, maka baginda pun amatlah sukacita akan kedatangan kakanda baginda itu akan mengikut dia. Maka baginda seraya bertitah kepada isterinya,Ayuhai adinda cahaya mata kakanda; itulah kakanda yang datang, timang-timangan dari kecil bernama Raja Bujang Selamat, sudah besar digelar ganti ayahanda bagindanya Maharaja Besar saudara kakanda; maka sudah pula dikahwinkan oleh ayahanda dengan paduka baginda itu Tuan Puteri Lindungan Bulan; di dalam hamil kakanda tinggalkan dahulu. (Cerita Lipur Lara; 422)

Bekerja Bersungguh-sungguh Masyarakat Melayu mementingkan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Nilai ini juga sebahagian daripada ajaran agama Islam yang menuntut pekerjaan halal dan kesungguhan bekerja. Mengikut pemikiran ini, hasil pekerjaan kita akan menjadi sebahagian daripada darah daging kita dan juga ahli keluarga kita. Apabila kita melakukan pekerjaan yang haram atau tidak melakukan pekerjaan kita dengan sempurna, perkara yang tidak elok akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri dan ahli keluarga. Ia mampu untuk membuatkan kita menjadi orang yang tidak elok.

Penghayatan Karya Agung Melayu 121

Rasulullah S.A.W. menegaskan bahawa Allah S.W.T. amat menyukai mukmin yang tekun dan teliti apabila menunaikan satu-satu pekerjaan yang diamanahkan. Terdapat pemimpin negara kita yang mengutamakan nilai bekerja bersungguh-sungguh. Antaranya, Perdana Menteri Malaysia Kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau sentiasa mengingatkan masyarakat agar menerapkan nilai ini dalam kerjaya. Contoh yang terdapat di dalam petikan ialah apabila Raja Bujang Selamat bersungguhsungguh memanjat pokok nyiur gading yang diidamkan oleh isterinya Tuan Puteri Lindungan Bulan. Maka hari pun malamlah. Maka Raja Bujang Selamat pun menakukkan parang putting itu; kain cindai itu pun dibuatkan buaian, lalulah ia beradu. Setelah datang keesokan harinya, Raja Bujang Selamat pun lalulah memanjat nyiur itu; beberapa dijumpainya binatang tebuan, penyengat, kerawai, naming, sekalian binatang yang bias-bisa adalah kesemuanya, tetapi dengan berkat ilmu hikmat serta berkat kesaktian parang putting itu suatu pun tiada marabahaya. (Cerita Lipur Lara: 408)

Menghormati Suami Masyarakat Melayu begitu mementingkan golongan lelaki. Golongan lelaki dianggap ketua di dalam sesebuah keluarga. Oleh itu, golongan perempuan perlu menghormati dan mentaati suami mereka. Contoh yang menunjukkan golongan perempuan menghormati suami ialah apabila tuan puteri keenam meminta kebenaran suaminya untuk bermain di taman. Sebermula, maka tersebutlah tuan puteri yang keenam di atas kayangan itu: telah sampailah gerak, datang panggilan daripada adinda baginda, maka masing-masing pun bermohonlah kepada suaminya hendak bermain ke taman penglipur lara. Maka dibenarkan oleh suaminya. Maka puteri keenam itu pun segeralah memakai baju layang kain layang, dan mengambil baju layang kain layang adinda Tuan Puteri Bidadari Segerba itu sama dibawanya turun. (Cerita Lipur Lara: 435)

KESIMPULAN Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam

Penghayatan Karya Agung Melayu 122

perlakuan-perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah dibincangkan, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu.

RUJUKAN Abdullah Abdul Kadir Munsyi (2004). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan Abu Hassan Sham dan Mariyam Salim (1995). Sastera Undang-Undang. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan (2010). Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Ilham Baru Azzal Abu Talib (1992). Sistem Bersuku Masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan: Kajian Perbandingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hassan Ahmad (Pnyt) (2003). Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang Laut. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan http://lestari-intelek.blogspot.com/2009/03/kebudayaan-melayu.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Liaw Yock Fang (2003). Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa: Teori Rashid. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penghayatan Karya Agung Melayu 123

Mohd Rosli Saludin (2011). Seri Menanti: Tanah Beradat Bermula Di Sini. Kuala Lumpur: Crescent News (K.L) Sdn. Bhd. Mohd. Taib Osman (2007). Cerita Lipur Lara. Tuturan Mir Hassan dan Pawang Ana. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainal Abidin Borhan (1996). Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. budaya pandangan hidup idealisme orang Melayu falsafah orang Melayu adat temenggung adat perpatih nilai-nilai hidup orang Melayu

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Apakah maksud budaya? Bagaimanakah budaya dapat dikaitkan dengan peradaban sesuatu bangsa? Apakah konsep pandangan hidup orang Melayu? Jelaskan hubungan antara idealisme dengan falsafah masyarakat Melayu. Bincangkan perbezaan antara adat temenggung dengan adat perpatih. Senaraikan 10 nilai yang dimiliki oleh orang Melayu berdasarkan karya agung yang dibaca.

Penghayatan Karya Agung Melayu 124

UNIT 7 NILAI ILMU DALAM KARYA AGUNG MELAYU


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit, anda dapat : 1. 2. 3. 4. Mengetahui konsep nilai ilmu dalam karya agung Mengenal pasti jenis-jenis ilmu dalam karya agung Menyedari kewujudan strata sosial masyarakat dan adat istiadat Memahami pengaruh Islam dan Barat dalam masyarakat

PENDAHULUAN Unit ini membicarakan nilai ilmu yang terdapat dalam karya agung Melayu. Antaranya adalah ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih, maklumat tentang strata sosial masyarakat, dan adat istiadat. Penggunaan istilah seperti pandai besi, pandai keris, memberikan gambaran betapa orang Melayu mengiktiraf dan menghormati orang berilmu. Kedatangan Islam dan pengaruh Barat menambahkan lagi kerencaman ilmu dalam masyarakat Melayu. Kesemua ini digambarkan dengan jelas dalam banyak karya agung Melayu. KONSEP NILAI DAN ILMU Konsep Nilai Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 1081), perkataan nilai merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai (value) boleh didefinisikan dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat (attribute) bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Nilai juga diistilahkan sebagai al-qimah dalam bahasa Arab yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu. Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai. Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul atau salah. Oleh hal yang demikian, nilai bukan sahaja merupakan satu standard bagi sesuatu barang, tetapi juga menjadi dasar atau asas dalam menerima atau menolak sesuatu perlakuan manusia. Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu membolehkan seseorang itu diterima

Penghayatan Karya Agung Melayu 125

sebagai sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat Melayu cukup mementingkan aspek nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat dan nilai yang disampaikan bersifat beradab, muafakat dan penuh dengan kesusilaan yang murni. Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua pembahagian cara, iaitu formal (melalui pendidikan formal di institusi pendidikan) dan tidak formal (melalui persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat). Nilai dan etika masyarakat Melayu dikatakan sangat mempunyai perkaitan rapat dengan perkara yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan. Nilai-nilai tersebut cukup sinonim dengan agama Islam yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Melayu seluruh Nusantara. Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri memberi pengaruh yang sangat besar terhadap akal budi Melayu sehingga ia kekal pada masyarakat hari ini.

Konsep Ilmu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai maklumat. Maklumat yang disebarkan mengandung pelbagai fungsi. Antara fungsi sesuatu ilmu itu disebarkan ialah untuk menambahkan ilmu pengetahuan, mengembangkan lagi perkara yang mengandung pelbagai kemusykilan dan lain-lain. Ilmu dan maklumat yang ingin dikaji berdasarkan karya agung merupakan ilmu perdukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu, adat dan istiadat Melayu.

JENIS-JENIS ILMU DALAM KARYA AGUNG Pelbagai jenis ilmu dapat diperoleh dalam karya agung Melayu seperti ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, ilmu pengasih dan sebagainya.

Ilmu Firasat Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa firasat adalah pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang. Tilikan atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu itu dapat merasa, melihat atau mengetahui lebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat juga seseorang itu dapat mengetahui kelemahan atau kekuatan orang lain, antaranya berdasarkan nama, haru atau ketika. Hal ini penting terutama dalam kalangan

Penghayatan Karya Agung Melayu 126

pahlawan-pahlawan kerana dengan itu ia boleh membantu mereka menewaskan musuh. Sejarah Melayu memaparkan dengan jelas perkara tersebut dalam episod serangan Melaka ke atas Pahang. Bendahara Paduka Raja memerintahkan pahlawanpahlawannya mengejar Maharaja Dewa Sura yang melarikan diri. Dalam usaha itu Seri Bija Diraja tidak tergesa-gesa seperti orang lain kerana dia tahu musuhnya itu tidak akan terlepas dari tangannya. Ini dapat dilihat daripada kata-kata beliau kepada anak buahnya. Di mana kamu semua orang muda-muda tahu? Kerana Maharaja Dewa Sura ini sudah aku kira-kirakan namanya di bawah namaku, dan harinya di bawah hariku dan ketikanya di bawah ketikaku, di mana ia akan lepaskan daripada tanganku? (Sejarah Melayu: 74)

Berdasarkan contoh petikan di atas, ramalan Seri Bija Diraja itu memang tepat. Beliaulah yang telah berjaya menangkap Maharaja Dewa Sura. Dalam Hikayat Hang Tuah juga disebutkan tentang pengamalan ilmu firasat. Amalan ilmu firasat ini dapat dilihat sewaktu Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri negeri tersebut. Masa yang dipilih oleh Raja Melaka dipersetujui oleh Hang Tuah kerana menurutnya ketika tersebut (hari Ahad malam Isnin) adalah waktu yang geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu membawa erti, orang atau pihak yang kuat dan besar dapat ditewaskan oleh orang atau pihak yang lebih kecil. Ramalan Hang Tuah itu ternyata tepat apabila beliau dan rombongan tersebut beroleh kejayaan di Majapahit. Beliau dan rakan-rakannya dapat mengetahui segala tipu helah serta percubaan membunuhnya oleh pembesar dan perajurit negeri itu. Kepercayaan kepada ilmu firasat mungkin boleh dikaitkan dengan konsep memilih ketika dalam kalangan masyarakat Melayu. Umpamanya dalam seminggu terdapat hari-hari tertentu yang baik dan buruk serta sial. Begitu juga dengan bulanbulan tertentu dalam masa setahun. Oleh yang demikian, mereka yang memilih ketika yang baik untuk memulakan sesuatu pekerjaan atau rancangan seperti mendirikan rumah, mengerjakan sawah dan memulakan perjalanan untuk merantau. Bagi mereka, memilih ketika itu penting untuk mengelakkan daripada bencana atau sebarang keburukan. Di Acheh, waktu Pencagah atau Iskandar Muda Mahkota Alam dalam kandungan, ibunya bermimpi bersanggulkan bulan yang dihiasi buang air kecil yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 127

terlalu banyak sehingga menjadi laut. Dalam mentafsir mimpi itu, Fakih Khoja Manassiah berpendapat: Tuanku, adapun takbir mimpi sultan itu Insya-Allah taala (tak dapat) tiadalah daripada zuriat sultan menjadi raja yang maha kuasa lagi terlalu besar gahnya lagi mengempukkan segala raja-raja daripada segala pihak Timur dan daripada segala pihak Barat. Dan paduka anakanda itulah melimpahkan takhta adilnya dan ialah matahari yang betak (tetap) di bumi musyrik ini. (De Hikajat Atjeh: 115) Manakala di negeri Pahang pula terdapat ramalan yang dibuat oleh Habib Abdullah dari Makkah. Beliau yang memberi nama kepada Tun Ahmad, berpendapat bahawa anak Bendahara Ali yang baru dilahirkan itu akan menjadi seorang yang baik, bertuah serta besar daulatnya. Sebagaimana ramalan-ramalan lain, ramalan Fakih Khoja Manassiah dan Habib Abdullah juga menjadi kenyataan. Sampai sepuluh bulan genap, masuk bulan sebelas bersalinlah. Ketika itu berbetulan Habib Abdullah ibni Omar al-Attas, yang keramat besar, ialah yang menyambut dan bang, teruslah dinamakan (nya) Tun Ahmad. Maka ia pun berdatang menyembah pada raja iaitu, Ya Maulana, anak maulana ini banyak baik, yakni besar suhudnya bertuah lebih daulatnya kelak. Maka ia pun baliklah. Tiada berapa lama (nya) keluar dari Pahang balik ke Arab. (Hikayat Pahang: 5)

Dalam historiografi Melayu tradisional lain, unsur mimpi turut memainkan peranan penting. Di dalam Fasal 13, Bab II Bustan al-Salatin ini pun, unsur mimpi dikemukakan walaupun dalam dua episod sahaja. Nuruddin menceritakan bahawa Sultan Iskandar Muda telah bermimpi tentang air persiraman puterinya dan Iskandar Thani. Sultan Iskandar Muda telah bermimpi pada malam Isnin, 12 Jamadilakhir, iaitu turun sebuah mahligai daripada cahaya dengan perhiasannya berisi air mandi dibawa oleh malaikat dari langit. Malaikatlah yang memandikan kedua-dua pasangan muda itu. Esoknya Sultan Iskandar Muda menitahkan bahawa mereka tidak perlu lagi dimandikan oleh Syeikh Syamsuddin dan Kadi Malik al-Adil. Petikannya: Maka pada pagi-pagi hari sabda Raja Iskandar Muda kepada nenda Raja Serba Bawa, Katakan kepada bondaku Syah Alam, janganlah bersusah lagi memandikan anakku kedua! Sudahlah mandi keduanya daripada air yang turun dari kudrat Allah Taala!

Penghayatan Karya Agung Melayu 128

(Bustan Al-Salatin :18)

Mimpi yang kedua ialah yang muncul dalam tidur seorang pembuat batu nisan. Setelah Sultan Iskandar Thani mangkat, baginda digelar Marhum Dar al-Salam. Permaisurinya yang menjadi sultan memerintahkan juru batu nisan mencipta satu batu nisan yang terbaik untuk suaminya. Masa itulah Marhum Mahkota Alam muncul di dalam mimpi juru batu supaya melebihkan perbuatan batu itu pada makam Marhum Dar al-Salam. Petikannya adalah seperti berikut: Syahadan adalah yang mengadap Raja Nisyan itu orang berpedang suasa. Maka pada suatu malam ia bermimpi Paduka Marhum Mahkota Alam bersabda kepadanya dengan kahar, Hai segala pandai, kamu lebihkanlah perbuatan batu ini daripadaku. (Bustan Al-Salatin: 45)

Kedua-dua mimpi ini mempengaruhi tindakan-tindakan secara sedar orangorang yang terlibat dalam episod-episod berkenaan. Nyata dalam Fasal 13 ini, unsur mimpi tidak dianggap sebagai membawa makna sesuatu atau perlu dibuat interpretasi tetapi merupakan komunikasi langsung daripada satu pihak di dunia tidak nyata kepada pihak di dunia nyata. Ilmu firasat juga dilakukan terhadap binatang. Hal ini disebutkan dalam hikayat Melayu iaitu Hikayat Raja Pasai. Berikutan itu, anjing diberikan penghormatan oleh Raja-raja Melayu zaman terdahulu. Anjing memainkan peranan penting sehingga tertubuhnya sesebuah negeri. Dalam Hikayat Raja Pasai, penemuan negeri Pasai juga dikaitkan dengan anjing perburuan Merah Silu (sesudah memeluk Islam, bergelar Sultan Malikul Saleh). Anjing perburuan itu telah menyalak di sebuah tanah tinggi tanpa henti. Sultan Malikul Saleh kemudian berasakan bahawa tempat itu sesuai dibuat negeri lalu dinamakan tempat itu Pasai, sempena nama anjing perburuan tadi. Contoh petikan: Maka tersebutlah perkataan Merah Silau di Rimba Jerana itu. Sekali persetua pada suatu hari Merah Silau pergi berburu. Maka ada seekor anjing dibawanya akan perburuan Merah Silau itu bernama Si Pasai. Maka dilepaskannya anjing itu, lalu ia menyalak di atas tanah tinggi itu. Maka dilihatnya ada seekor semut besarnya seperti kucing. Maka ditangkapnya oleh Merah Silau maka lalu dimakannya. Maka tanah tinggi itu pun disuruh Merah Silau tebasi pada segala orang yang sertanya itu. Maka setelah itu diperbuatnya akan istananya. (Hikayat Inderaputera: 13)

Penghayatan Karya Agung Melayu 129

Ilmu Perdukunan Menurut Kamus Dewan (2010), menyatakan bahawa dukun membawa maksud orang yang mengubat orang sakit atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah dan sebagainya), bomoh dan pawang. Manakala perdukunan pula membawa maksud yang mengenai atau berkaitan dengan pengubatan cara kampung atau tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentuk animisme. Dalam kepercayaan itu mereka menganggap benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai, gunung-gunung dan fenomena lain. Kuasa ghaib itu tidak boleh dihubungi oleh orang sembarangan, jadi dukun, pawang atau bomoh diperlukan. Usaha ini dianggap berfungsi mengembalikan keadaan seperti asalnya. Dukun atau bomoh juga dapat menghubungi semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutama yang liar dan bisa. Mereka tahu akan kelemahan binatang-binatang tersebut dengan jampi. Kadang-kadang seseorang bomoh itu pakar dalam satu bidang sahaja seperti bomoh ular, gajah dan sebagainya. Di Melaka, terdapat orang yang begitu arif tentang gajah, bergelar Penghulu Gajah. Antaranya adalah Seri Wak Raja. Contoh petikan berkaitan dengan ini: Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya. (Sulalatus Salatin: 209)

Terdapat juga golongan istana yang menggunakan dukun atau ahli nujum terutama sebelum kedatangan Islam atau tahap-tahap awal kemasukannya. Peranan ahli nujum agak berbeza dengan bomoh. Dia lebih kepada membuat ramalan. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, keturunan raja Kedah yang memerintah Siam meminta ahli nujumnya mencari pengganti raja Kedah setelah Raja Bersiung hilang dalam perdu buluh betung. Ahli nujum itu melepaskan gajah sakti untuk mencari raja yang baru.

Ilmu Jampi Jampi menurut Kamus Dewan (2010), membawa makna kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Mana Sikana (1996) pula berpendapat bahawa jampi serapah tidak hanya sekadar

Penghayatan Karya Agung Melayu 130

penglahiran perasaan seperti puisi. Ia ada hubungannya dengan kejiwaan dan sistem kepercayaan. Jampi dikatakan sebagai sesuatu yang dibaca untuk memberi kesaktian terutamanya pada perubatan. Pawang sebagai pembaca jampi adalah manusia yang luar biasa dan disifatkan sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural. Kedudukan pawang dalam hierarki kemasyarakatan adalah jelas. Jampi mantera yang diucapkan telah mendapat tempat yang istimewa. Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih sayang, pendinding dan berhubung dengan psikologi manusia. Biasanya pawang, dukun, bomoh atau orang yang memakainya tidak begitu mudah memberikan jampi serapahnya kepada orang lain. Mereka bimbang jampi serapah yang diketahui itu tidak mujarab lagi, melainkan orang yang sudah menuntut dan orang lain tidak boleh menggunakannya. Jika digunakan juga dia akan menerima padahnya. Satu hal yang menarik ialah jampi biasanya disampaikan dalam bahasa Banjar. Penjelasan tersebut jelas menunjukkan bahawa kepercayaan yang masih sebati terhadap kuasa ghaib seperti yang terdapat dalam jampi. Jampi-jampi dikatakan boleh diwarisi oleh orang tertentu. Menurut Mana Sikana (1996), jampi mempunyai tiga jenis, iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar biasa dan seterusnya ialah jampi pendinding. Jampi yang pertama dan ketiga ialah jampi jenis larangan, manakala jampi yang kedua ialah jampi jenis perubatan. Jampi menolak syaitan digunakan untuk menghalau sekalian jenis jin. Jampi ini juga digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus tersebut. Jampi menolak syaitan ini boleh sahaja digunakan pada bila-bila masa yang dirasakan perlu. Contohnya, jampi ini boleh digunakan ketika seseorang berjalan di tempat yang sunyi atau apabila berasa takut dan boleh juga digunakan apabila dirasakan diri diganggu oleh sesuatu. Cara menjampinya adalah seseorang itu perlu memandang tegak ke hadapan. Selepas sekali dibaca, hendaklah ditiup ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebanyak tiga kali berturut-turut. Contoh yang terdapat dalam karya agung ialah: Permulaan kata aku menyatakan Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi Aku tahu akan asal usul dirimu Asal diri jadi di huruf Alif dengan berkat La ilaha illallah. (Kitab Tib: 1292)

Penghayatan Karya Agung Melayu 131

Jampi tawar bisa pula boleh digunakan untuk kesakitan serius seperti digigit ular berbisa dan boleh membawa maut atau kebakaran yang boleh mencacatkan. Jampi ini boleh digunakan dengan dua cara, iaitu yang pertama ialah dengan cara menjampi terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, hendaklah ditiup pada tempat yang sakit tersebut dan sebaik-baiknya pesakit haruslah duduk di tempat yang arahnya menerima angin kerana dipercayai bahawa angin tersebut mampu menolong mencabut bisa yang ditanggungnya. Cara yang kedua pula ialah dengan cara pembacaan ke dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, di mandi atau disapukan ke kepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah terutama sekali oleh kucing. Air itu perlu disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaikbaiknya, air itu ialah air hujan yang ditadah dan turun betul-betul dari langit serta tidak tersangkut di mana-mana lagi sebelumnya. Jampi pendinding adalah jampi jenis yang cukup dominan dalam masyarakat Melayu. Jampi jenis ini boleh dikatakan dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang Melayu sebagai alat pengebal atau mempertahankan diri daripada perbuatan orang, baik secara halus ataupun terang. Jampi ini boleh digunakan dengan cara meminum air yang telah dijampi atau jampi tersebut boleh ditulis di atas kertas lalu dipakai sebagai azimat. Namun, azimat tersebut tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan tidak boleh berniat jahat. Jampi ini berfungsi sebagai pendinding diri kerana niat jahat, hasad, fitnah dan sebagainya tidak akan sampai kepada pengamalnya, malah dalam beberapa keadaan perbuatan jahat itu tadi akan kembali kepada si pelaku itu semula. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jampi juga ada sedikit sebanyak disebut dalam karya-karya agung seperti Hikayat Abdullah, Hikayat Raja Pasai, Hikayat Seri Kelantan dan lain-lain lagi. Contohnya ialah: Pawang ini pandai sungguh, sebab membaca-bacakannya, gajah itu pun takut akan dia. (Hikayat Abdullah: 55)

Ayat tersebut membuktikan bahawa pengarang Hikayat Abdullah ada menceritakan tentang jampi dan jampi itu bermaksud pawang yang diceritakan itu sungguh pandai kerana mampu menjinakkan gajah dengan hanya menjampinya sahaja. Contoh yang kedua ialah jampi Tuan Puteri Sadong menyebabkan Kota Jelasin dan rakyat ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai. Maka jogi itu pun pengsan sebab daripada keramat sultan itu. (Hikayat Raja Pasai: 35)

Penghayatan Karya Agung Melayu 132

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa jampi juga ada diceritakan dalam Hikayat Raja Pasai. Hal ini kerana ayat tersebut menunjukkan bahawa jogi itu pengsan disebabkan sultan tersebut mempunyai tongkat sakti atau tongkat yang telah dijampi. Contoh seterusnya ialah: Hai sahabat, jangan mu duduk menggoda dan menyiksa pada mulut manusia kerana mulut manusia itu tempat puji Allah dan puji Muhammad. (Kitab Tib, 1078: 65) Jampi di atas ialah contoh jampi sahabat. Jampi ini merupakan jampi yang jenis nasihat ke arah kebaikan. Jampi ini boleh digunakan kerana ia tidak bertentangan dengan syariat tidak boleh memesongkan akidah.

Ilmu Pengasih Pengasih membawa makna ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna dan lain-lain untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih (Kamus Dewan, 2010). Ilmu pengasih ini adalah untuk mendapat pemujaan oleh seseorang yang jatuh hati kepada orang lain. Lazimnya, ilmu pengasih digunakan oleh seseorang kerana mungkin orang yang disukai itu tidak menyukainya atau orang itu terlalu jual mahal. Ilmu pengasih boleh digunakan dengan banyak cara, namun cara yang popular adalah dengan cara mencalitkan sesuatu minyak kepada seseorang yang berkenaan atau dengan cara menjampi gambar dan sebagainya. Contoh ayat jampi pengasih ialah: Kun sarik panjik-panjik Bagurung bagirang Taulas takani ngidan Kasih sayang (anu) memandang akuk Cinta sayang (anu) melihat akuk Dengan berkat Lailaha il-Lallah Muhammad ar-Rasulullah. (Mana Sikana: 67) Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut (bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri baginda. (Sejarah Melayu: 170)

Penghayatan Karya Agung Melayu 133

Ilmu pengasih ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh lalu di bawah ampaian dan tidak boleh mengerjakan maksiat seperti mencuri. Jika dilakukan juga, jampi tersebut tidak akan mujarab. Pengamal jampi ini juga tidak boleh melangkah tulang babi dan sebaik-baiknya dia hendaklah terus kepada matlamatnya. Selain untuk perkasihan, jampi ini juga boleh digunakan untuk bertemu dengan orang yang tertentu untuk tujuan baik. Misalnya ketika hendak berwawancara atau temu duga pekerjaan, meminta pertolongan atau sebagainya.

STRATA SOSIAL MASYARAKAT MELAYU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strata juga membawa maksud yang sama bagi stratifikasi, iaitu pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat, pembahagian kepada atau pembentukan strata. Sulalat al-Salatin telah memaparkan gambaran tentang susun lapis masyarakat Melayu yang pada umumnya dapat dikategorikan kepada beberapa peringkat. Apabila membicarakan perihal sistem masyarakat Melayu tradisional ia merupakan satu perbincangan persejarahan atau kehidupan kemasyarakatan yang tidak boleh dipisahkan dari merujuk kepada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM). Titik tolak permulaan pada zaman ini kerana telah wujudnya sebuah kerajaan yang dapat membentuk sebuah masyarakat Melayu yang mempunyai sistem dan strukturnya tersendiri. Apa yang lebih dipentingkan lagi ialah keupayaan sesetengah dari sistem dan struktur tersebut telah dapat dikekalkan dan diterima pakai sehingga ke hari ini. Sama ada masyarakat Melayu Tradisional sebelum dari zaman KMM sudah pun mempunyai tradisi-tradisinya, perbincangan ini tidaklah memberikan tumpuan kepada persoalan itu kerana telah banyak diperbincangkanoleh sarjana dan di luar skop penulisan modul ini. Masyarakat Melayu Tradisional (MMT) merupakan satu istilah. Pendefinisian haruslah merujuk kepada siapa itu orang Melayu dan zaman tradisi yang diwakilinya.Secara umumnya, MMT boleh ditakrifkan sebagai satu gambaran orang Melayu yang mengamalkan sesuatu adat istiadat (kebiasaan) yang telah sebati dan kekal secara turun temurun dalam kehidupan mereka. Ini memberi erti bahawa mereka tidak begitu terpengaruh dengan perubahan dan suasana sekeliling. Dalam erti kata lain, perubahan diterima dengan penyesuaian keadaan setempat. Dengan ini unsurunsur tradisi dari segi politik, ekonomi dan sosial yang ada pada masyarakat Melayu dapat dikekalkan sepanjang zaman.

Penghayatan Karya Agung Melayu 134

Diraja

Bangsawan
Rakyat jelata (Yang merdeka) Hamba (Pelbagai jenis hamba) Rajah 1: Susun lapis masyarakat Melayu

Golongan diraja dan kerabat menduduki susun lapis yang teratas. Di Melaka dengan mengambil contoh semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah, golongan raja terdiri daripada sultan dan keluarganya (Sulalat al-Salatin: 65). Kuasa pemerintahan adalah terletak di bawah baginda. Seseorang raja didakwa mempunyai kepintaran serta keistimewaan tertentu sebagai raja yang berdaulat. Golongan bangsawan menduduki tangga yang kedua. Golongan ini pula terdiri daripada pembesar dan pegawai tadbir seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Perdana Menteri, Temenggung, Bentara, Syahbandar. Terdapat juga dalam kalangan pendatang yang tergolong dalam golongan bangsawan ini. Antaranya ialah ulama Islam yang terdiri daripada tuan-tuan sayid, makhdum, maulana, dan kadi. Hubungan mereka dengan raja sangat erat. Seseorang tokoh ulama begitu disanjung dan dihormati oleh masyarakat Melaka. Sultan Melaka sendiri terpaksa tunduk dan menghormati golongan ulama ini. Hal ini terjadi apabila seorang guru bernama Kadi Yusof enggan membenarkan Sultan Mahmud Syah mengadap dengan menaiki gajah (Sulalat al-Salatin: 161) . Susun lapis yang ketiga ialah golongan rakyat biasa yang merdeka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, tukang-tukang mahir, petani dan juga saudagar. Dalam hal ini, terdapat juga dalam kalangan saudagar yang mempunyai hubungan erat dengan golongan atasan seperti Raja Mendeliar, Nina Sura Dewana, Kitul sebagainya. Kitul dapat dikatakan rapat dengan Raja Mendeliar kerana mempunyai hutang dengan Raja Mendeliar, namun Kitul telah menyampaikan fitnah bahawa Nina Sura Dewan pergi berjumpa dengan Benhara Seri Maharaja untuk merancang pembunuhan ke atasnya. Secara tidak langsung, Raja Mendeliar menghapuskan hutang Kitul terhadapnya (Sulalat al-Salatin: 204). Ketua kapal atau nakhoda juga mempunyai keistimewaan kerana dianggap sebagai raja di atas kapal. Golongan hamba susun lapis masyarakat yang paling bawah dalam struktur atau susun lapis masyarakat Melayu. Golongan hamba terdiri daripada hamba raja, hamba

Penghayatan Karya Agung Melayu 135

berhutang dan hamba abdi. Sulalat al-Salatin jelas menunjukkan institusi ini wujud sebelum tertubuhnya Kesultanan Melayu Melaka. Ini dapat dilihat pada Badang yang telah diterima sebagai pahlawan Singapura yang sebelum ini ditugaskan oleh tuannya untuk membersihkan hutan. Kekuatannya itu telah mengubah status sosialnya daripada seorang hamba kepada rakyat biasa yang merdeka (Sulalat al-Salatin: 37). Tun Mutahir dikata mempunyai bilangan hamba yang banyak sehingga tidak dikenalinya (Sulalat alSalatin: 203).

Maklumat Tentang Strata Sosial Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat. Stratifikasi sosial masyarakat Melayu yang berperingkat jelas telah diperincikan dalam Hikayat Abdullah. Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, namun masih lagi dapat dikesan kedudukan masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Dalam karya tersebut, masyarakat Melayu tradisional dibahagikan kepada dua golongan atau kumpulan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah dan diperintah masing - masing terbahagi pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil bercirikan taraf, kedudukan, dan peranan yang dapat dimainkan dalam masyarakat.

Peniaga dan Pedagang Peniaga merupakan salah satu golongan yang termasuk dalam strata sosial dalam Hikayat Abdullah. Berdasarkan Hikayat Abdullah, didapati bahawa golongan peniaga adalah paling ramai wujud pada zaman tersebut. Kewujudan para peniaga ini telah melahirkan ramai golongan orang kaya. Di bawah ialah contoh yang menunjukkan golongan peniaga terdapat dalam strata sosial dalam Hikayat Hang Tuah. Hatta dengan beberapa lamanya ia di sana pekerjaannya sambil berniaga sambil mengajar orang-orang hulu itu daripada hal mengaji dan sembahyang dan sebagainya darihal perkara agama Islam. (Hikayat Abdullah: 7)

Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk, datang daripada segala pihak negeri, berniaga ke Melaka. (Hikayat Abdullah, 50)

Penghayatan Karya Agung Melayu 136

Orang Kaya Orang kaya merupakan golongan strata sosial yang berada di atas golongan peniaga. Golongan ini yang akan membantu golongan peniaga melariskan hasil jualan mereka. Kebanyakan golongan orang kaya ini juga merupakan golongan peniaga. Dalam Hikayat Abdullah, golongan ini juga tergolong dalam strata sosial pada zaman tersebut. Di bawah ialah contoh petikan teks yang menunjukkan golongan orang kaya yang terdapat pada zaman tersebut. Maka banyaklah mereka itu yang menjadi kaya sebab berniaga dalam Melaka. (Hikayat Abdullah: 27)

Raja atau Sultan Raja/sultan merupakan golongan yang berada di kedudukan paling atas dalam strata sosial masyarakat Melayu. Golongan sultan merupakan golongan yang paling dihormati dan rakyat perlu menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap sultan. Mereka tidak boleh menderhakai raja/sultan kerana mereka adalah golongan tertinggi. Sebermula, maka segala orang Melaka daripada empat bangsa orang pun terlalu sangat kasih dan setuju berajakan Tuan Farquhar itu. (Hikayat Abdullah: 51)

Strata Sosial Masyarakat Melayu

Penghayatan Karya Agung Melayu 137

ADAT DAN ISTIADAT Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat sehingga ia merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Makna adat dalam masyarakat Melayu sudah menjadi semakin khusus merujuk kepada adat istiadat atau upacara tradisional dalam peredaran hidup seseorang dan dalam pengertian undang-undang adat. Adat adalah merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun sejak dahulu kala di dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi serta merujuk kepada tatacara yang sudah menjadi satu kebiasaan dan sifat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), istiadat pula bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Pengertian istiadat mempunyai kaitan dengan adat. Apabila kita menyebut adat istiadat, ia membawa dua maksud, iaitu pelbagai adat dan upacara termasuk peraturan pelaksanaannya. Sehubungan dengan itu, berbeza dengan undang-undang, istiadat boleh dikatakan tidak melibatkan hukuman atau denda tertentu. Istiadat pula bermaksud peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan dalam majlis rasmi untuk menyambut sesuatu peristiwa seperti perkahwinan, pertabalan dan sebagainya. Istilah adat berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan. Tetapi apabila istilah ini diinterpretasikan di dalam bahasa Melayu, ia telah memberi makna yang lebih meluas dan mendalam sehingga secara tradisi ia dapat disamakan dengan kebudayaan. Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan membawa maksud istiadat atau upacara sahaja, tetapi sistem hidup yang menyeluruh sama ada dari segi sosial, kepercayaan dan perundangan. Masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, khususnya masyarakat Melayu Negeri Sembilan beranggapan bahawa adat Melayu itu terdiri daripada dua jenis iaitu Adat Perpatih (yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan dan Naning di Melaka) dan Adat Temenggung (yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di semua negeri Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Sembilan). Terdapat dua jenis adat yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin, iaitu adat yang melibatkan hukuman dan adat yang tidak melibatkan hukuman. Adat yang melibatkan hukuman terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang dan larangan Diraja. Antara undang-undang yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin ialah derhaka, menggunakan hak raja tanpa izin, merancang untuk merampas kuasa atau seumpamanya, tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu, biadab kepada raja atau wakil, mencuri, membuat fitnah dan Mengambil isteri orang . Undang-undang pertama ialah derhaka. Seorang penderhaka yang berdosa boleh dihukum bunuh oleh raja. Undang-undang yang membawa hukuman mati ke atas

Penghayatan Karya Agung Melayu 138

penderhaka buat pertama kalinya kepada Tun Jana Khatib yang disifatkan sebagai seorang penderhaka apabila disyaki oleh Paduka Seri Maharaja kerana cuba menawan hati isteri baginda dengan menunjukkan kebijaksanaan membelah pohon pinang melalui tilikan mata (Sulalat al-Salatin: 55). Seterusnya ialah menggunakan hak raja tanpa izin. Pelaksanaan undang-undang ini dapat dikesan semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah apabila Hang Tuah menggunakan hak raja, iaitu gundik raja. Walaupun banyak berjasa kepada baginda dan raja, itu tidak dapat menjamin Hang Tuah terselamat daripada hukuman bunuh (Sulalat al-Salatin: 97). Undang-undang juga menetapkan bahawa rakyat atau pembesar tidak boleh merampas kuasa. Hal ini jelas apabila Sultan Mahmud Syah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Bendahara Seri Maharaja setelah mendapat aduan bahawa Bendahara merancang hendak merampas kuasa raja (Sulalat al-Salatin: 205). Undang-undang seterusnya ialah tidak mengadap raja pada hari-hari tertentu seperti hari raya. Pesalah boleh dijatuhi hukuman bunuh sekiranya sebab yang diberikan tidak bersesuaian. Hal ini terjadi semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang memerintahkan hukuman bunuh ke atas Seri Bija Diraja kerana tidak mengadap baginda pada hari raya (Sulalat al-Salatin: 153). Seseorang yang tidak menghormati wakil raja akan dihukum bunuh kerana dianggap mahu menunjukkan kuasa. Undang-undang ini ternyata dipraktikkan apabila Tun Perpatih Hitam telah menguis tikar ketika perbicaraannya sedang berlangsung di hadapan Bendahara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya itu. Tindakannya itu telah mengundang padah apabila Laksamana bertindak membunuhnya kerana menjadi tanggungjawabnya (Sulalat al-Salatin: 172). Sulalat al-Salatin juga tidak ketinggalan mengenai undang-undang menghukum seseorang mencuri. Hal ini sendiri telah dilaksanakan oleh Sultan Alauddin Riayat Syah yang bertindak membunuh pencuripencuri tersebut dengan keluar sendiri pada waktu malam (Sulalat al-Salatin: 137). Undang-undang membuat fitnah juga turut dilaksanakan dalam Sulalat al-Salatin. Si penyampai fitnah akan dihukum bunuh. Raja Mendeliar telah bertindak memfitnah Bendahara Seri Maharaja dan telah dijatuhkan hukuman (Sulalat al-Salatin: 207). Undang-undang yang terdapat dalam Sulalat al-Salatin juga tidak terlepas daripada kesalahan bersekedudukan dengan isteri orang serta tunangan orang. Sesiapa yang melanggarnya boleh dihukum bunuh tanpa mengira orang itu pembesar mahupun sultan. Sultan Mahmud Syah berlaku curang dengan isteri Tun Biajid. Sekiranya Tun Biajid tidak berpegang kepada konsep pantang Melayu menderhaka, sudah pasti Sultan Mahmud Syah sudah dibunuhnya. Baginda sedar akan kesalahannya itu dan tidak menyalahkan Tun Biajid dengan tindakannya itu (Sulalat al-Salatin: 157). Berdasarkan Sulalat al-Salatin, larangan diraja pertama kalinya dilaksanakan oleh Sultan Muhammad Syah sebaik sahaja baginda memeluk Islam Antara laranganlarangan tersebut dilarang memakai kain kuning dalam perhiasan tertentu, membuat

Penghayatan Karya Agung Melayu 139

rumah bentuk-bentuk tertentu, membuat perahu berhias tertentu; memakai perhiasan emas, memakai keris dalam cara-cara tertentu dan dilarang penggunaan payung warna putih hanya untuk anak raja dan kuning hanya untuk raja (Sulalat al-Salatin: 60-65). Terdapat dua jenis adat yang tidak melibatkan hukum, iaitu aturan atau peraturan negeri dan istiadat. Antara aturan negeri yang terdapat dalam Sulalat alSalatin ialah negeri kalah raja mati, perlantikan pengganti seseorang raja, mengadap atau menjunjung duli dan aturan pengurniaan gelaran. Satu hal yang menarik dalam peraturan negeri sebagaimana yang diperlihatkan oleh Sulalat al-Salatin ialah penguasaan raja ke atas negeri tersebut. Walaupun negeri telah oleh satu kuasa luar, sedangkan raja masih hidup tetapi melarikan diri. Raja tersebut masih berkuasa ke atas negeri itu kerana menurut aturan negeri kalah raja mati. Hal ini berlaku dalam peristiwa di mana ketika Sultan Iskandar Syah diserang Majapahit. Baginda telah bertindak melarikan diri ke Muar (Sulalat al-Salatin: 57). Perlantikan pengganti seseorang raja dalam Sulalat al-Salatin kebanyakannya dilakukan oleh raja itu sendiri melalui wasiatnya sebelum mangkat. Setelah itu barulah raja yang baru akan dijunjung duli oleh pembesar dan rakyat jelata (Sulalat al-Salatin: 54). Ketika mengadap atau menjunjung duli terdapat peraturan khusus mengenainya tempat duduk para pembesar disusun secara bertingkat-tingkat bermula dengan Bendahara, Penghulu Bendahari, hulubalang besar, para menteri (Sulalat al-Salatin: 30). Ketika mengadap raja, mana-mana pembesar termasuk Bendahara tidak boleh disembah sebelum raja ataupun di hadapan raja. Peraturan ini tergambar ketika pembesar-pembesar menunggu Sultan Mahmud Syah keluar untuk berhari raya. Tindakan Raja Mendeliar yang hendak menyembah Bendahara telah menyebabkan kemarahan Bendahara Seri Maharaja (Sulalat al-Salatin: 203). Bagi aturan pengurniaan gelaran, mereka akan dilantik mengikut adat perlantikan gelaran. Ini dapat dilihat dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh Sultan Muhammad Syah (Sulalat al-Salatin: 62). Istiadat meliputi pelbagai upacara yang dijalankan oleh kelompok manusia, namun dalam Sulalat al-Salatin lebih memberikan perhatian kepada golongan raja dan kerabatnya sahaja. Istiadat-istiadat itu termasuklah istiadat perkahwinan, melenggang perut, melahirkan anak, bertindik atau berkhatan, kematian dan pertabalan raja. Istiadat perkahwinan ini dapat dilihat melalui perkahwinan yang berlangsung antara Raja Iskandar dengan Tuan Puteri Syahr al-Bariyah. Pelbagai istiadat telah berlangsung sepanjang proses peminangan, akad nikah dan persandingan tersebut (Sulalat alSalatin: 5-7). Sulalat al-Salatin memperlihatkan istiadat menyambut kelahiran bayi ketika Tun Fatimah melahirkan anak lelaki Sultan Muhammad Syah yang bercukur jambul dan ditabal sebagai Sultan Muda selepas 40 hari kelahirannya (Sulalat alSalatin: 216).

Penghayatan Karya Agung Melayu 140

Istiadat berkhatan tidak terdapat banyak dalam Sulalat al-Salatin tetapi hanya dinyatakan sahaja. Kita dapat lihat apabila Tun Perpatih Tulus Tukang Segara mencadangkan supaya Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Malik al-Zahir dikhatankan. (Sulalat al-Salatin: 52). Istiadat pengebumian juga hanya dinyatakan sahaja tanpa memperincikan bagaimana istiadat pengebumian itu dilakukan. Hal ini dapat dilihat apabila hanya dinyatakan mayat Sultan Malik al-Mansur pun ditanamkan oleh paduka baginda seperti tertib raja-raja yang besar-besar (Sulalat al-Salatin: 54). Istiadat pertabalan raja dipraktikkan oleh Seri Teri Buana yang dijadikan raja Palembang selepas selesai upacara permandian selepas dikahwinkan dengan Tuan Puteri Uwan Sundari (Sulalat al-Salatin: 25) Dalam Hikayat Abdullah, terdapat banyak adat istiadat yang digambarkan dan digunakan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Di bawah ialah contoh petikan teks yang terdapat dalam Hikayat Abdullah. Bermula, adapun adat menjualkan anak itu bukannya seperti orang menjual hamba, melainkan namanya sahaja, sewang atau lima enam duit, maka duit itu diambil oleh ibu bapanya, dibelikannya penganan atau barang-barang makanan, dimakankannya. (Hikayat Abdullah: 15)

Sebagai lagi, maka adalah adat apabila seorang melepaskan anaknya mengaji, maka datanglah ibu atau bapa budak yang akan mengaji itu dahulu menyembah guru itu serta membawakan sirih secerana dan penganan sedulang bersama-sama dengan budak yang hendak mengaji itu serta ibu bapanya. (Hikayat Abdullah: 24)

Setelah esoknya, dijemputkan pula segala orang-orang itu diberi makan minum. Setelah membaca doa selamat, maka adalah sudah sedia tukang sunatkan orang itu. Maka setelah sudah disunatkan itu, maka tujuh hari lamanya baharu mandi, kemudian boleh berjalan. (Hikayat Abdullah: 26)

PENGARUH ISLAM DAN BARAT DALAM MASYARAKAT Pengaruh Islam dan Barat dalam masyarakat Melayu seperti yang digambarkan dalam karya agung dapat dilihat dari dua aspek utama, iaitu pengaruh bahasa asing dan pengaruh gaya hidup masyarakat.

Penghayatan Karya Agung Melayu 141

Pengaruh Islam Pengaruh bahasa asing dalam kitab Bustan al-Katibin dapat dilihat dengan jelas apabila pengarangnya, Raja Ali Haji banyak menggunakan istilah-istilah Arab dalam penulisannya. Pengaruh bahasa Arab dalam penulisan beliau adalah disebabkan oleh latar belakang pendidikannya yang telah mendalami ilmu pengetahuan di Mekah. Seluruh huraian dalam kitab tersebut yang berkaitan ilmu bahasa Melayu adalah berdasarkan kaedah huraian dan konsep tatabahasa Arab. Istilah-istilah yang digunakan juga dipinjam secara langsung daripada bahasa Arab. Contoh penggunaan bahasa Arab dalam penulisan kitab ini dapat dilihat daripada bab permulaan lagi. Raja Ali Haji telah memulakan bahagian Muqaddimah atau pendahuluan dengan ayat Fifadhilati al-ilmu wa l-aqlu yang bermaksud pendahuluan ini menyatakan tentang kelebihan ilmu dan akal. Selain itu, beliau juga menyatakan hadith Rasulullah SAW yang berbunyi Kama qala n-Nabiyi sallal-Lahualaihi wa sallam man yarda lLahu bihi khairan yafqahahu fid-dinyang membawa pengertian Barangsiapa dikehendaki Allah untuk membuat kebaikan, maka ia diberi pemahaman kepada ilmu agama(Bustan al-Katibin, 2005: 4). Penggunaan kata Arab juga dapat dilihat dalam penyataan lima syarat keberhasilan ilmu yang merangkumi al-himmat, al-mudarasah, al-muhafazat, muzakarah dan mutalaat. Al-himmatmerujuk kepada kesungguhan untuk mendapatkan ilmu. Al-mudarasah pula bererti kuat menderas atau mengulang ilmu yang sudah diperoleh. Syarat ketiga, al-muhafazatbermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh hendaklah dihafaz. Muzakarah yang merupakan syarat keempat bererti menyebutnyebut ilmu itu kepada orang lain agar sentiasa saling mengingati. Syarat yang terakhir merupakan mutalaat yang merujuk kepada menilik ilmu yang dikaji dan memikirkan maknanya (Bustan al-Katibin, 2005: 5-6). Penggunaan kata Arab juga digunakan untuk merujuk kepada kata nama, kata kerja dan kata partikel. Kata-kata tersebut diterangkan dalam Fasal 10 hingga Fasal 13. Kata Arab yang merujuk kepada kata nama adalah isim, kata kerja (fiil) dan kata partikel dirujuk sebagai harf. Bukti penggunaan bahasa Arab dinyatakan seperti Pertama, pada bahasa Arab isim yakni nama, dan kedua, fiil yakni perbuatan, dan ketiga harf. (Bustan al-Katibin, 2005: 26-26). Pengaruh gaya hidup Islam juga terserlah dalam Bustan al-Katibin. Persoalan insan merupakan salah satu persoalan yang penting dalam falsafah Islam. Insan bertindak mengaplikasikan falsafah dalam kehidupan. Di dalam Islam, insan adalah makhluk yang istimewa. Insan dikurniakan fizikal, akal, rohani, fitrah dan kuasa untuk memilih. Akal dapat membezakan manusia dengan binatang. Ia juga merupakan salah satu faktor yang membezakan darjah manusia dengan manusia yang lain. Hal ini dapat dikaitkan dengan falsafah yang ditulis oleh Raja Ali Haji di dalam kitabnya:

Penghayatan Karya Agung Melayu 142

Syahdan jika demikian nyatalah apabila tiada ilmu dan akal, alamat tiadalah ia mencium bau kemuliaan dan sangatlah jinak kehinaan kepadanya, maka terbukalah pintunya, maka masuklah kehinaan pada tiap-tiap pintu itu.

Maksudnya di sini ialah manusia yang tidak berilmu itu tidak akan dipandang mulia, bahkan mereka akan dipandang hina. Manusia telah diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai akal. Akal yang membezakan manusia dengan binatang. Akal saling berkait rapat dengan ilmu. Islam sangat mementingkan ilmu. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis nabi yang berbunyi: Barang siapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi.

Dalam kitabnya, Bustan al-Katibin, Raja Ali Haji memulakan dengan mukadimah dengan judul fi fadhilati al-ilmu wal aqlu Maksudnya kelebihan ilmu dan akal. Menurutnya lagi, akal adalah sebaik-baik perhiasan. Jikalau beberapa pun bangsa jika tiada ilmu , akal dan adab, ke bawah juga jatuhnya, yakni kehinaan juga diperoleh. Di sini Raja Ali Haji mengaitkan hubungan yang amat erat antara ilmu, akal dan adab. Ertinya, untuk menjadikan akal dan adab sesuatu bangsa atau masyarakat menjadi lebih baik, maka perlulah mendapatkan ilmu yang benar. Lebih tegas lagi, Raja Ali Haji menyatakan: Man saa adabahu dhaan nasbahu, ertinya :barangsiapa jahat adabnya sia-sialah bangsanya. (Bustan al-Katibin : 4)

Unsur-Unsur Islam juga terdapat dalam Sulalatus Salatin. Unsur-unsur ini dikaitkan dengan jalan cerita yang berlaku pada zaman tersebut seperti yang terkandung dalam Sulalatus Salatin itu sendiri. Penulis cenderung mengaitkan unsureunsur murni yang terdapat dalam ajaran Islam dengan penceritaan yang terkandung dalam Sulalatus Salatin. Berdasarkan artikel tersebut, ulasan terhadap unsur-unsur Islam dibuat berdasarkan kepada beberapa criteria seperti sejarah kedatangan Islam di Pasai dan Melaka, penyebutan dan penonjolan tokoh-tokoh Islam serta adat istiadat dan perundangan. Sebagai contoh, penulis ada menjelaskan bahawa penceritaan mengenai kemasukan Islam ke Pasai dan Melaka telah dimitoskan di Pasai, Merah Silu

Penghayatan Karya Agung Melayu 143

diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada malamnya, dia bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda menganga mulut. Diludahinya, pada keesokannya badannya berbau narawastu. Baginda dapat membaca al-Quran tanpa diajar, kemudian menukar namanya kepada Sultan Malikut Salleh. Di Melaka, Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan keelokan Rasulullah. Rasulullah meminta baginda mengucap dua kalimah syahadat dan meminta Raja Kecil Besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokan harinya, didapati badannya berbau narawastu dan kalam sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-Quran. Mimpi baginda menjadi kenyataan pada waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang di situ. Tujuan dimitoskan kedatangan Islam ini adalah untuk mengagungkan Islam. Hal ini member gambaran bahawa Islam benar-benar berkembang di Melaka, bermula di istana Melaka dan berkembang dalam kalangan rakyat jelata. Raja Melaka pertama yang beragama Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Gelaran Sultan digunakan setelah kedatangan Islam di Melaka. Bagi mengukuhkan lagi pandangan beliau tentang unsur Islam dalam Sulalatus Salatin, penulis ada mengetengahkan tentang teknik penulisan Sulalatus Salatin. Mukadimah di mulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat al-Quran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan, penulis artikel tersebut menyatakan bahawa pengarang ada memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Di samping itu, struktur penulisan yang terdapat dalam kitab tersebut juga menggunakan gaya penyampaian berbentuk khutbah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses memberi nasihat yang meleret-leret yang dalam wasiat. Penggunaan kalimat-kalimat Arab - Parsi digunakan dalam ayat. Antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain. Sulalatus Salatin juga menyentuh tentang corak pendidikan dan perkembangan ilmu keislaman. Istana digambarkan sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu Islam. Pasai dikatakan menjadi sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie. Istana dijadikan pusat pengajaran Islam dengan sultan dan pembesar turut belajar dan menuntut ilmu.

Pengaruh Barat Pengaruh gaya hidup Barat berhubung semangat nasionalisme jelas wujud dalam Sulalatus Salatin. Nasionalisme membawa maksud sentimen kecintaan terhadap sesebuah negara. Nasionalisme merupakan sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah tertentu. Perasaan ini dapat dilihat apabila rakyat sesuatu wilayah itu menggunakan lambang-lambang tertentu seperti sempadan dan ibu kota bagi

Penghayatan Karya Agung Melayu 144

menentukan taraf negara bangsa, keperibadian kebangsaan, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, ekonomi, kebudayaan dan kesenian, bendera, lagu kebangsaan dan lain-lain. Nasionalisme ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa, dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negeri merasa lemah dan tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik, dan kebudayaan. Dalam Sulalatus Salatin, ada diceritakan perihal nasionalisme melalui tindakan peperangan. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah berhasrat untuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansor Syah. Langkah peperangan adalah untuk mengelakkan berlakunya banyak kejadian penentangan terhadap raja. Negeri Kampar tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka. Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar. Dalam Sulalatus Salatin, pengaruh gaya hidup Barat berkait dengan soal kepimpinan dan kenegaraan juga dapat dikesan. Misalnya, karya tradisional Melayu ini adalah berfokus kepada raja yang diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja diberikan gambaran-gambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsurunsur dongeng dan mitos. Sulalatus Salatin misalnya, mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh pengarang melalui peristiwa yang dianggap penting. Sulalatus Salatin menggambarkan perkisahan raja Melaka yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain dilukis melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi lalu baginda mengislamkan pemerintah dan rakyat di negeri tersebut melalui perkahwinan baginda dengan Puteri Syahrul Bariyah. Melalui keturunan ini digambarkan keagungan dan ketinggian martabat Raja-raja Melayu yang dikaitkan dengan pertalian Raja Iskandar Zulkarnain yang agung. Kelebihan yang jelas tergambar melalui jurai keturunan ini memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melaka berasal dari raja besar, gagah serta terkenal. Ini secara tidak langsung mengangkat martabat raja-raja Melayu di mata seluruh Alam Melayu dan dunia. Sebahagian Sulalatus Salatin, pengaruh gaya hidup Barat juga tergambar dalam Hikayat Abdullah. Hikayat ini adalah berkaitan peristiwa harian terutamanya yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 145

berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Munsyi Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan. Selain itu, penceritaan ini juga berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah.

Gambar Munsyi Abdullah

Walaupun sebahagian besar cerita di dalam Hikayat Abdullah bukan berkenaan dengan diri Abdullah Munsyi sendiri, namun pada keseluruhan kandungan buku tersebut, beliau hadir di dalamnya. Beliau memperkenalkan isi kandungan bukunya dengan menulis: maka adalah aku karangkan akan kitab ini darihal hikayat diriku; maka kunamai akan dia Hikayat Abdullah. Maka adalah kurencanakan dalamnya dari zaman moyangku sampailah kepada masa aku dipersembahkan oleh ibuku dalam negeri Melaka sehingga barang yang kulihat dan yang kudengar daripada segala hal ehwal zaman-zaman yang tersebut itu;baik dalam negeri Singapura, adalah kesebutkan dalam hikayatku ini, iaitu sehingga kepada tarikh penghabisan kitab. (Hikayat Abdullah 1:4: Bab 2)

Pada bahagian awal, peristiwa-peristiwa yang dikisahkan oleh Abdullah berlaku di sekitar Bandar Melaka, iaitu tempat kelahiran beliau yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Inggeris. Kemudian cerita berkisar pula kepada peristiwa-peristiwa yang

Penghayatan Karya Agung Melayu 146

berlaku di Singapura yang ketika itu baru sahaja diperintah oleh Inggeris. Zaman berkenaan merangkumi rangkaian tempoh kira-kira tahun 1796 hingga 1843. Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta teratur.

RUMUSAN Hasil daripada perbincangan, kita telah dapat memahami konsep nilai dan ilmu. Pada masa yang sama, kita juga semakin faham jenis-jenis ilmu dalam masyarakat Melayu seperti yang tergambar dalam karya agung. Dalam perbincangan ini, hanya empat jenis ilmu yang dapat dibicarakan, iaitu ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, dan ilmu pengasih. Di samping itu, strata sosial masyarakat juga memberi gambaran yang jelas tentang wujudnya tata tingkat sosial dalam masyarakat Melayu tradisi. Strata ini diwakili oleh golongan raja atau sultan, golongan bangsawan, golongan rakyat yang merdeka (bebas), dan golongan rakyat yang tidak merdeka (hamba). Namun, secara umumnya kita dapat lihat adanya dua golongan utama, iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Adat pula merupakan amalan yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Ianya dijadikan sebagai suatu aturan dan cara hidup dan mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Adat juga sinonim dengan perkataan budaya. Walaupun ianya berbeza daripada aspek bunyinya, tetapi dari segi maksud ia adalah konsep yang saling bergantung antara satu sama lain. Karya agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran yang luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Namun, dapat juga disaksikan dalam karya agung tentang kewujudan pengaruh luar, iaitu penguruh Islam dan Barat yang mewarnai sesuatu karya itu. Secara ringkasnya, kedua-dua pengaruh ini dapat dibincangkan dalam dua konteks, iaitu pengaruh bahasa asing dan pengaruh gaya hidup masyarakat tersebut. Sesuatu karya agung itu wajar dianggap sebagai warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili minda dan pengalaman bersama (kolektif) bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra atau identiti ketamadunan bangsa itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 147

BAHAN RUJUKAN

A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Munsyi (2004). Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan. Ahmad Zuhairi, Abdul Halim et al (1999). Amalan Mistik dan Kebatinan Serta Pengaruhnya Terhadap Alam Melayu. Kuala Lumpur: Tamadun Research Trust Sdn. Bhd. Haliza Mohd Riji (2000). Prinsip dan Amalan dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Harun Mat Piah (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hassan Ahmad (2007). Hikayat Inderaputera. Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad (peny.) (1981). Kisah Pelayaran Abdullah . Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mana Sikana (1996). Falsafah dan Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rushdi Ramli (2003). Azimat, Jampi, Sihir & Berubat Menurut Islam. Selangor: Intel Multimedia and Publication. Siti Hawa Haji Salleh (1992). Bustan al-Salatin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tun Seri Lanang (1997). Sulalat al-Salatin yani pertuturan segala raja-raja (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penghayatan Karya Agung Melayu 148

KATA KUNCI
1. nilai 2. ilmu 3. ilmu firasat 4. ilmu pendukunan 5. ilmu jampi 6. ilmu pengasih 7. strata sosial masyarakat 8. adat dan istiadat 9. pengaruh Islam 10. pengaruh Barat

1. Apakah yang anda faham tentang konsep nilai? 2. Berikan takrif ilmu. 3. Berikan satu contoh ilmu firasat, ilmu pendukunan, ilmu jampi, dan ilmu pengasih seperti yang terdapat dalam karya agung. 4. Jelaskan kedudukan strata sosial masyarakat Melayu tradisi. 5. Bincangkan dua contoh pengaruh bahasa asing dan pengaruh gaya hidup masyarakat Melayu seperti yang digambarkan dalam karya agung.

Penghayatan Karya Agung Melayu 149

UNIT 8 FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG KLASIK


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda dapat : 1. Menyenaraikan aspek falsafah yang terdapat pada karya-karya agung zaman sastera klasik. 2. Memberikan definisi falsafah dan bidang-bidangnya. 3. Menghubungkaitkan bidang falsafah: etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik dengan sesebuah karya klasik. 4. Membandingkan falsafah antara teks yang dibicarakan, iaitu Misa Melayu, Hikayat Amir Hamzah dan Hukum Kanun Melaka. PENDAHULUAN Dalam bab ini akan dibincangkan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya agung sastera zaman klasik. Perbicaraan akan dimulakan dengan memberikan definisi falsafah dan bidang-bidangnya. Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik berdasarkan analisis, nukilan dan komposisi yang terkandung dalam sesebuah karya itu. Teks yang akan dibicarakan ialah karya agung Misa Melayu, Hikayat Amir Hamzah dan Hukum Kanun Melaka.

FALSAFAH DAN BIDANGNYA Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Tegasnya berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan mencari kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan huraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditandai dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Mekanisme falsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Dengan itu falsafah ialah membincangkan sesuatu

Penghayatan Karya Agung Melayu 150

secara rinci untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesuatu perkara. Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik. Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. falsafah metafizika memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan. Sejarah pula, persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam, seperti tamadun dan keruntuhan. Sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual. Ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. Kosmologi ialah yang membincangkan situasi persekitaran dan alam sarwajagat. Politik ialah aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara.Logik ialah pemikiran yang rasional, taakulan dan sebab musabab. Dapatlah disimpulkan bahawa falsafah ialah suatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam. Karya sastera yang dihasilkan yang membicarakan sesuatu subjek, biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara artistik dan estetik, maka di situlah tersimpannya mutiara falsafahnya (Mana Sikana, 1996).

Misa Melayu Misa Melayu adalah sumber penting datam penulisan sejarah negeri Perak pada abad ke-18. Oleh kerana raja Chulan, pengarangnya, hidup pada zaman itu, maka ketulenan kebenaran sejarahnya adalah teruji dan dapat dipertahankan. Lantas, Raja Chulan mengarang Misa Melayu tanpa menggunakan sebarang rujukan. Menurut hujah Collingwood, Misa Melayu memiliki unsur falsafah, saintifik, rasional dan menggambarkan sejarah dan sosial kerajaan Perak waktu itu. Unsur tersebut menurutnya menepati tiga ciri falsafah: Pertama, kosmologi tentang kejadian, peristiwa dan keadaan kemanusiaan pada masa lampau dalam kaitannya dengan keadaan masa kini. Kedua,pengetahuan tentang hukum-hukum yang tampak menguasai kehidupan masa lampau, yang diperolehi melalui penyelidikan dan analisis terhadap peristiwa masa lalu. Ketiga,falsafah kesejarahan didasarkan pada pengetahuan tentang perubahan bertahap yang membawa masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lain. Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang memasukkan unsur mitos dan dongeng seperti yang terdapat dalam Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Hikayat Merong Mahawangsa. Pengkisahan dalam Misa Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat tempatan dan orang luar. Pengkisahan itu adalah hasil kajian, penglihatan dan penilaian Raja Chulan. Teks Misa Melayu adalah kisah benar dan rasional serta menunjukkan tahap-tahap pemikiran dan cara hidup di zaman feudal. Bukan itu sahaja, ianya mampu meletakkan dirinya sebagai sejarah yang kukuh, kerana daripadanya kita

Penghayatan Karya Agung Melayu 151

dapat menggambarkan tentang sistem dan struktur politik, ekonomi, dan sosial masyarakat feudal pada abad ke-18 di Perak. Struktur falsafah politik di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah secara muttak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar negari demi kepentingan rakyat. Hal ini dapat dilihat menerusi nukilan daripada teks, dalam wasiatnya Sultan Muzaffar Syah (1752)..yang beta harap sekarang, baiklah anak kita Raja Mudahlah akan ganti kita. Maka hendaklah bicara orang-orang besar dan segaia hulubalang pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anakanda selenggarakan hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak.... dan hendaklah muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang besar-besar hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita.... Dalam teks tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem pewarisan takhta dan penggantian raja dalam satu strukutur yang tersusun. Sususan ini ialah: 1) Raja Muda 2) Raja Bendahara 3) Raja Di Hilir 4) Raja Di Baruh 5) Raja Kecil Besar 6) Raja Kecil Tengah 7) Raja Kecil Muda 8) Raja Kecil Bongsu

Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat dan mesti dipatuhi. Dalam Misa Melayu disebut bagaimana Sultan Iskandar Zulkarnain menyusun jentera pemerintahan negeri dengan melantik kerabat diraja yang akrab dengannya dan menyandang gelaran serta jawatan kerajaan; adindanya Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil Muda sebagai Raja Muda, Raja Alauddin, adinda Suftan yang bergelar Raja Kecil Tengah diangkat menjadi Raja Bendahara; Raja Di Hilir disandang oleh Raja Inu yang juga adinda sultan, Raja Muhammad (saudara dua pupu sultan) dikurniakan gelaran Raja Di Baruh, Raja Chulan kekal sebagai Raja Kecil Besar, Raja Ibrahim putera raja Kimas (Raja Kecil Muda). Misa Melayu membuktikan tidak semua waris takhta itu perlu menaiki takhta mengikut giliran atau tangga waris takhta itu. Contohnya, pada tahun 1773 Raja Kecil Bongsu (Raja Ahmaddin) dilantik menjadi Sultan Muda. Golongan anak raja dan pembesar negeri ini memiliki ciri dan perlambangan yang hampir sama dengan golongan priyayi di Indonesia. Sebagai kelompok sosial,

Penghayatan Karya Agung Melayu 152

pembesar negeri memiliki ciri yang berbeza dengan kelompok yang lain. Ciri itu meliputi adat sopan-santun dan bahasa...; bentuk kediaman, pakaian, terutama pakaian rasminya-gelar pada nama dan sebagainya. Lantas, daripada bentuk rumah, pakaian dan gelar berserta namanya dengan sepintas lalu dapat dikenalpasti kepriyayian seseorang itu. Misa Melayu juga dapat merakamkan beberapa sistem sosial dan adat istiadat dan tradisi yang menjadi asas protokol negeri Perak seperti: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Adat meminang dan berkahwin. Adat bertindik dan berinai. Istiadat perarakan raja berangkat. Istiadat pertabalan dan perlantikan. Istiadat menjunjung duli. Istiadat melenggang perut. Istiadat kemangkatan dan berkabung serta menurunkn tambak serta batu nisan. (viii) Istiadat membayar kaul (membayar niat).

Untuk melihat kebesaran satu-satu istiadat dijalankan umpamanya kerja melakukan menindik ke atas Taja Budak Rasul. Peristiwa yang bagi rakyat biasa ini hanya memerlukan waktu yang amat singkat, bagi istiadat diraja, ianya mengambil masa yang panjang, tidak kurang dari tujuh malam. Pertamanya sultan memberikan perintah kepada orang-orang besarnya. Orang besar-besar diberikan jawatan tertentu dan arahan keluar ke serata pelesok negeri untuk berlengkap. Apabila tiba masanya semua rakyat berhimpun di Berahman lndera. Pada malam permulaan berjaga-jaga, dipasang semboyan sembilan kali diikuti dengan paluan bunyi gendang, gong, serunai, nafiri, harbab dan bangsi biola. Segala biduanda pun menyanyi dan rakyat pula bermain segala kepandaian masing-masing. Anak rajaraja pula berhibur dengan berbagai-bagai cara berjogar dan membaca hikayat Jawa ataupun menyabung ayam. Beberapa ekor kerbau disembelih bagi menjamu mereka yang hadir. Tatkala siang hari sebelum malam berinai, inai pun diarak masuk ke dalam istana. Inai itu dibubuh di atas kepala seekor kera Hanuman yang diletakkan di atas perarakan lalu diarak. Hal ini jelas menunjukkan masih betapa kuatnya pengaruh Hindu pada waktu itu kerana hanya agama Hindu yang percaya dan menyembah tuhan yang berwajah monyet. Lantas bertambah riuhlah suasana dan semakin banyaklah persembahan permainan dengan tambahan tari dan pendekarnya. Kemudian, di hari esoknya, anak raja itu diarak sebanyak tujuh kali keliling kota di atas gajah kenaikannya lengkap dengan alat pawainya dan payung yang keemasan dan tunggul panji-panji dan alam barnaga. Setelah itu, anak raja dimandikan dengan air yang diarak juga. Kemudian baru upacara bertindik dijalankan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 153

Sistem politik dan ekonomi yang ditunjukkan dalam teks ini adalah hasil daripada struktur dan sisitem sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan menguasai kawasan istana dan sekitarnya atau negara kota. Di kawasan lain pembesar negeri pula yang berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasaskan kesetiaan. Pembesar pula mempunyai pengikutnya yang terdiri daripada golongan rakyat. Rakyat biasanya dikerah tenaga dan harta benda untuk pembesar dan sultannya. Dalam upacara rasmi dan adat-istiadat raja, rakyat kerap menyumbangkan persembahan kepada raja melalui pembesarnya dalam berbagai-bagai bentuk seperti binatang ternakan, timah dan rial tunai (wang ringgit). Mungkin peradaban sebegini terhadap raja adalah hasil daripada pengaruh Hindu yang kuat, kerana mereka percaya bahawa raja itu sebagai wakil Tuhan, lantas sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya mereka engkar terhadap raja. Mereka juga percaya akan daulat yang ada pada raja, walaupun negeri Perak telah berubah menjadi negeri Islam. Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang menetapkan raja dan pembesar memonoplikan kegiatan tersebut, manakala rakyat sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata. Maka, rakyat biasa yang mahukan kehidupan yang senang, mereka haruslah pandai mengampu orangorang besar serta Raja mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi nukilan daripada teks: ... baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua Keling (India). Adapun akan Sultan Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda menitahkan Tambi Kecil pergi akan mengambil barang siapa mahu membawa kapalnya masuk berniaga ke dalam Perak ini, kerana baginda mahu berjual gajah. Semasa dalam keberangkatan menjelajah negeri Perak atau bermain ke laut, Sultan Iskandar telah menjual bijih timah kepada Belanda di Tanjung Putus. Ini dapat dilihat menerusi pantun yang berikut: Timah dibawa duli baginda, Berapa ratus baharanya ada, Diurap rial kepada Holanda, Supaya suka di dalam dada. Misa Melayu menyebut tentang urusan perdagangan dengan Belanda pada abad ke-18 dan falsafahnya yang ada di belakangnya. Pada mulanya, pusat pengumpulan bijih timah orang Belanda di Perak ialah Tanjung Putus, kemudiannya mereka memohon kepada Sultan untuk mendirikan kota dan bangunan di Pangkalan Halban dekat Kuala Perak. Semua kapal dagangan dari luar negeri Perak perlu mendapatkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 154

kebenaran sultan dalam urus niaga dagangan kapal itu. Dalam sistem ekonomi feudal, sultan dan pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopolikan eksport dan import. Namun, dengan kemakmuran yang ada di dalam negeri Perak, menyebabkan ramai orang dagang berniaga di negeri itu. Bijih timah dan gajah menjadi sumber ekonomi negeri. Di Pulau Indera Sakti pula, terdapat kedai-kedai Cina. Selain Belanda, pedagang luar yang ramai ialah dari India, manakala pedagang dari Kepulauan Melayu pula ialah dari kawasan Sumatera dan Makasar. Pedagang dari luar itu turut serta dalam majiis rasmi dan perayaan kerajaan. Sekali lagi hal ini dapat dipetik daripada teks: Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagaibagai rupanya dan lakunya. Sudah menjadi satu aliran, pengarang sastera sejarah mengusahakan pengkisahan peristiwa yang disaksikannya dan terlibat secara langsung di dalamnya pelbagai jenis penulisan seperti syair dan pantun. Misa Melayu sendiri memuatkan 451 rangkap syair. Walaupun syair itu mengisahkan Sultan Iskandar bermain -main ke laut, tetapi terdapat banyak fakta dan maklumat tentang sistem politik Melayu tradisi Perak yang dipaparkan dalam abad ke-18. Lantas, daripada syair itu dapat dipastikan senarai gelaran dan sifat serta fungsi pembesar, panglima dan hulubalang negeri; sistem protokol kerajaan; kehalusan seni pertukangan kapal; nama-nama kapal diraja; dan nama tempat yang dilawati. Pada keseluruhannya Misa Melayu memberi tumpuan kepada Suftan Iskandar Zulkarnain yang disanjung tinggi dan dipuji sebagai raja yang luar biasa kepahlawanannya. Lantas, teks ini amat berguna dalam mencari bahan sejarah tentang negeri Perak, kerana ianya penuh dengan peristiwa-peristiwa yang bertaku, serta kaya dengan adat-istiadat diraja. Bahasa yang digunakan juga amat mendalam serta diselitkan juga bahasa-bahasa asing, seperti, karallah, lazuardi dan sebagainya. Kesemuanya itu menyimpan mutiara faslafah dan pengajaran kepada sesiapa yang membaca Misa Melayu.

Hikayat Amir Hamzah Salah sebuah genre sastera yang sangat digemari ramai di zaman sastera Islam ialah sastera epik. Dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya sastera ini, mengisahkan seorang tokoh wira yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa. Kisah yang diceritakan penuh keistimewaan dan luar biasa. Tokoh wira merupakan tokoh pahlawan yang istimewa dan menjadi kebanggaan bagi sesuatu bangsa itu. Keistimewaan tokoh dari segi kepahlawanan dicampuradukkan dengan unsur-unsur mitos, lagenda, cerita rakyat

Penghayatan Karya Agung Melayu 155

dan sejarah. Tokoh pahlawan bersifat superhuman penuh kehebatan dalam peperangan dan pertempuran dengan musuh-musuh. Menceritakan kegagahan dan kekuatan serta kehandalan dalam mempertahankan kebenaran. Bersedia melakukan pengorbanan. Penceritaan mengenai tokoh wira mempunyai kedudukan yang tinggi dalam sejarah bangsa. sifatsifat-kepahlawanan yang memiliki sifat gagah, berani, setia dan bersemangat waja. Epik ini dihasilkan sama ada bentuk prosa atau puisi. Biasanya ia semacam berbentuk roman atau hikayat, ertinya ia panjang. Latar tempatnya meliputi ruang yang amat luas, latar dewa kayangan, bawah laut dan latar masa amat panjang meliputi beberapa generasi. Gambarannya bersifat objektif. Penceritaan berpusat pada tokoh. Bersandar watak pada individu, pahlawan atau wira. Penceritaan menggunakan poetice justice. Peranan watak wira dalam cerita melibatkan, masa kecil wira., unsur-unsur kepahlawanan yang dimiliki, sifat negarawan, menjadi atau bersifat diplomatik dan akhirnya menjalani hidup sebagai seorang yang mistik. Seandai sastera kitab membawa falsafah moral dan pengajaran untuk pengembangan dakwah Islami, maka cerita epik sebenarnya juga membawa fungsi yang sama tetapi metode yang berbeza. Di dalam al-Quran sangat banyak diceritakan pelbagai cerita, yang maskudnya bahawa manusia itu suka mendengar cerita. Semasa penceritaan itulah diselitkan pengajaran. Pada suatu zaman dan waktu, manusia memerlukan seseorang yang boleh dijadikan tokoh, kerana ia akan memberi kekuatan dan inspirasi. Maka cerita epik selain bertujuan mengagungkan seseorang tokoh, iaitu mengagungkan pahlawan Islam yang terbilang, epik menjadi lambang keagungan kerajaan pemerintahan Islam. Ia adalah suatu bentuk naratif atau penceritaan bagi menunjukkan pencapaian kemuncak dan kecemerlangan sesuatu bangsa itu. Selain daripada itu bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan bangsa, negara dan agama, di samping memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang. Epik juga, terutamanya epik Islam memperlihatkan ketinggian dan kemuliaan sifat orang-orang Islam yang berperang bermati-matian untuk menuntut keadilan dan menghapuskan kekejaman; jelas sekali perjuangannya bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama., Di sinilah falsafah kerajaan dan politik Islam disebarkan. Dalam sastera epik Islam sesungguhnya sangat kaya dengan segala nilai-nilai murni dan falsafah pendidikan. Dalam Hikayat Amir Hamzah antaranya yang temui ialah nilai tolong-menolong dan bersatu padu bagi menghadapi suasana yang genting kerana ancaman musuh. Dengan bantuan yang segera tiba daripada putera-putera Amir Hamzah dengan mudah tenteranya dapat mengalahkan tentera Kisra. Falsafah yang mulia ini diperlihatkan pada perwatakan Amir Hamzah sebagai seorang wira yang suka menolong orang lain seperti pertolongan yang diberinya kepada Makhluf dan bangsa Ajam. Walaupun Kisra seorang raja yang besar, tetapi apabila takhta

Penghayatan Karya Agung Melayu 156

kerajaannya dalam keadaan bahaya akibat tindakan Khatin al-Khaibary, maka Amir Hamzah tampil untuk membantunya. Nilai etika yang pengampun merupakan satu sifat yang terpuji, yang memang dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang sedia mengampunkan musuh-musuh ketatnya yang pernah menentangnya. Sifat ini juga menjadi ikutan kepada watak-watak wira dalam hikayat pahlawan Islam. Hikayat Amir Hamzah menggambarkan wira-wiranya mengamalkan sifat tersebut. Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang yang bersedia memberi keampunan di atas kesalahan orang yang ingin bernaung di bawah pemerintahannya. Misalnya Amir Hamzah mengampunkan Raja Numan yang pernah murtad dengan agama Islam kerana mengikut agama yang menyembah matahari. Sifat yang mulia ini diperlihatkan apabila dia bersedia mengampunkan musuhnya, iaitu Raja Kisra setelah Amir Hamzah berjaya mengalahkan tentera Kisra dan menawan Bandar Kurasan. Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Wira-wira dalam hikayat berunsur Islam terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkemuka seperti panglima perang dan raja-raja Islam. Walaupun wira itu mempunyai kedudukan dan kuasa yang tertinggi, tetapi mereka digambarkan sebagai watak yang tidak memiliki sifat yang angkuh. Mereka sangat menghormati orang lain termasuk orang-orang yang pernah menjadi musuhnya dan tewas dalam medan peperangan. Watak Amir Hamzah digambarkan sebagai memiliki etika yang sebegitu. Misalnya Amir Hamzah menghormati Kisra walaupun Kisra pernah menjadi musuhnya. Demikian juga Amir Hamzah menghormati Buzurjumhur, seorang menteri Kisra yang bijaksana dan banyak menolong bangsa Arab. Dalam kehidupan sehari-hari, Amir Hamzah dikatakan mengamalkan sikap suka menghormati ahli keluarga seperti isteri dan anak-anaknya. Meskipun demikian, Amir Hamzah tidak dapat menghormati dan memberi maaf kepada menteri Bakhtik yang jahat kerana sikap menteri itu yang terus-menerus mengatur pelbagai tipu muslihat untuk membunuhnya. Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat-sifat ini telah digambarkan pada watak Amir Hamzah juga. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam hikayatnya juga berperanan sebagai pengembang agama Islam. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai pengembang agama Nabi Allah Ibrahim. Kemudian setelah Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan, Amir Hamzah tampil menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w. dan memainkan peranan untuk menyebarkan agama Islam. Sebagaimana hikayat-hikayat tentang pahlawan Islam yang lalu, hikayat ini juga mengisahkan tentang perjuangan dan peperangan Sabil yang dijalankan oleh Amir

Penghayatan Karya Agung Melayu 157

Hamzah untuk menyebarkan agama Nabi Allah Ibrahim yang menjadi ikutan bagi agama Islam. Sebagaimana hikayat-hikayat pahlawan yang lain, Hikayat Amir Hamzah memperlihatkan bahawa watak utamanya mengunakan media peperangan sebagai satu cara untuk menyebarkan agama Islam. Apakah pendekatan begini dapat direstui oleh agama Islam adalah suatu cara yang amat diragui. Walau bagaimana pun, hikayat ini hanya bertujuan untuk membangkitkan semangat keislaman dan menarik keghairahan para pembacanya di kalangan orang-orang Melayu yang menganut agama Islam. Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh pahlawannya. Justeru kegagahan dan perjuangannya tokoh-tokoh ini terus hidup dalam bentuk dunia sastera. Apabila Islam masuk ke Alam Melayu, maka cerita-cerita pahlawan ini dibawa bersama, sebagai salah satu pengembangan dakwah Islam. Tokoh-tokoh itu diceritakan untuk menggantikan tokoh-tokoh seperti Seri Rama yang muncul dalam zaman Hindu. Salah sebuah hikayat yang sangat kuat pengaruhnya ialah Hikayat Amir Hamzah maka falsafah teks tersebut mengandungi unsure sejarah. Hikayat Amir Hamzah telah digolongkan ke dalam sastera epik, yakni sastera yang mementingkan nilai-nilai kepahlawanan dan kewiraan unggul dengan watak utamanya mempunyai sifat keberanian, kegagahan dan kepintaran yang luar biasa, terutamanya dalam hal-hal yang bersangkutan dengan peperangan. Wira dalam konteks cerita-cerita epik ini biasanya terdiri daripada tokoh-tokoh legenda yang mempunyai peribadi mulia, penuh dengan sifat kemanusiaan yang murni, sambil sifat diri tokoh itu dilebih-lebihkan menjadi super human, dengan tujuan untuk menonjolkan sanjungan masyarakat terhadap tokoh berkenaan. Tokoh tersebut selalunya dipandang sebagai sumber yang memancarkan cahaya yang dapat menerangi kegelapan masyarakat setempat. Di sinilah letaknya falsafah etika dan insaniyyah seorang wira. Amir Hamzah yang dianggap sebagai tokoh sastera epik daripada sumber Islam, yang secara umumnya telah berjaya menjadi sanjungan bukan sahaja di kalangan masyarakat Arab, tetapi juga sanjungan itu telah meresap sama ke dalam masyarakat Melayu sejak kedatangan Islam ke rantau ini lagi. Kemasukan cerita-cerita bercorak kepahlawanan Islam ke alam Melayu, khasnya Hikayat Amir Hamzah ini, sebenarnya mempunyai tujuannya yang tersendiri, iaitu untuk meninggikan semangat juang hulubalang-hulubalang Melaka ketika menentang Portugis seperti yang diceritakan dalam Sejarah Melayu. Dalam sejarah Islam, Amir Hamzah adalah bapa saudara Nabi Muhammad yang bernama Sayidina Hamzah, anak kepada Abdul Mutalib. Dia seorang panglima perang Islam, disejajarkan dengan Umar ibn Khattab mengenai kepahlawanannya dan keberaniannya. Hamzah sebaya dengan Nabi Muhammad dan menjadi saudara sesusuannya. Dia pernah dikirim oleh Muhammad dengan tentera sebanyak 30 orang ke daerah Ish di tepi laut Mekah, menghadapi tentera Abu Jahal yang membawa

Penghayatan Karya Agung Melayu 158

tentera Mekah sebanyak 300 orang. Peperangan itu tidak jadi meletus, kerana ada pihak ketiga yang meleraikannya. Namun demikian, peristiwa ini telah membuktikan keberanian Hamzah yang telah diuji. Peperangan yang telah benar-benar menunjukkan kegagah-beranian Hamzah adalah perang Badar dan Uhud. Pada peringkat awal dalam perang Uhud, kaum muslimin menang, tetapi dengan kemenangan awal itu menyebabkan sebahagian besar tentera Muhammad sibuk mengurus barang rampasan dan mereka menjadi lengah terhadap tentera bantuan musuh yang datang dengan mendadak. Akhirnya neliau gugur sebagai syahid, setelah melawan musuh dengan gagah berani bagaikan singa dan bagaikan pedang Tuhan yang tajam, hingga banyak musuh yang tewas olehnya. Gambaran Amir Hamzah sebagai wira telah diberikan sejak beliau masih kecil. Kelahiran beliau telah diramalkan oleh pembesar Parsi bernama Khoja Buzurjumhur Hakim. Nama Amir Hamzah ini diberikan oleh beliau. Kegagahan Amir Hamzah terserlah sejak beliau kecil. Ketika berumur tujuh tahun, Amir Hamzah telah dapat membantun sepohon kurma yang sedang lebat berbuah. Amir Hamzah juga telah dapat membunuh scorang pendekar yang gagah. Selain daripada itu, Amir Hamzah telah berjaya membunuh 70 orang penunggu berhala. Amir Hamzah sering terlibat dengan peperangan. Peperangan tercetus kerana berlakunya penganiayaan, rampasan kuasa, pengkhianatan dan sebagainya. Amir Hamzah berperang demi untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Dilengkapkan dengan segala ilmu dan kemahiran, Amir Hamzah diceritakan pernah menuntut ilmu daripada Jibrail di Bukit Kaf, mendapat khazanah nabi-nabi yang terdiri daripada objek-objek sakti seperti Kuda Janggi Ishak, pedang perang Nabi Ishak, baju Nabi Allah Adam, ketopong Nabi Hud serta ikat pinggang Nabi Ishak. Bendabenda ini telah dapat membantu Amir Hamzah menentang musuh. Amir Hamzah telah mendapat bantuan daripada pelbagai pihak. Dalam perjuangannya, Umar Umaiyah dan Khoja Buzurjumhur Hakim telah memberi Amir Hamzah sokongan dan bantuan. Selain daripada mereka, Amir Hamzah telah dibantu oleh Nabi Khaidir yang telah memberinya tali sakti bagi membolehkan Amir Hamzah menghapuskan jin-jin. Nabi Khaidir juga telah memberi Amir Hamzah daun yang dapat mengubati mata Amir Hamzah dan tentera-tentera yang Islam yang telah dibutakan oleh jin-jin kafir. Malaikat Jibrail juga telah membantu Amir Hamzah dengan menyamar menjadi sebagai seorang tua untuk menjadi guru kepada Amir Hamzah. Sebagaimana yang telah dibincangkan terlebih dahulu, sifat kegagahan dan kepahlawan Amir Hamzah telah terselah sejak dari kecil lagi, sebagaimana juga dengan Hang Tuah. Dalam cerita Amir Hamzah Di Masa Kecil jelas telah digambarkan beberapa peristiwa aneh oleh pencerita terhadap kekuatan Amir Hamzah itu yang walaupun susah untuk diyakini, tetapi kerana ketokohan beliau sebagai pahlawan agung Islam, kemungkinan kekuatan seperti itu tetap berlaku atas kehendak Allah.

Penghayatan Karya Agung Melayu 159

Antara keistimewaan yang ditunjukkan itu termasuklah kemampuan beliau mengalahkan seorang ahli gusti yang tiada tandingannya ketika itu, yang ternyata mempunyai sifat takbur yang amat tidak disenangi oleh Amir Hamzah. Kekuatan Amir Hamzah juga amat menakjubkan apabila beliau berjaya mencabut pokok kurma dengan akar-akarnya sekali. Dan kerana kelahiran beliau adalah untuk menegak kemungkaran, Amir Hamzah dengan berani membakar sebuah rumah berhala yang selama ini menjadi tempat orang-orang kafir membuat kemungkaran. Ini jelas seperti yang dinyatakan oleh Umar Umaiyah kepada Khoja Abdul Mutalib sebagai alasan supaya Amir Hamzah tidak dikenakan tindakan. Hikayat Amir Hamzah membawakan falsafah tentang makna peperangan. Peperangan menjadi pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya berlaku antara dua pihak, iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian agama Islam dan pihak yang ingin menentang ajaran agama itu. Faktor-faktor lain yang meletuskan peperangan itu ialah seperti penganiayaan, rampasan kuasa, pengkhianatan dan sebagainya. Peperangan dilancarkan oleh Amir Hamzah bertujuan menegakkan kebenaran dan keadilan dan juga menghapuskan penyelewangan dan kerosakan, di sinilah letaknya falsafah peperangan itu. Sebagai sebuah hikayat yang bercorak Islam, pengarang secara jelas menggambarkan bahawa agama Islam adalah agama yang benar dan perjuangan membela agama Islam sentiasa mendapat pertolongan Allah sehingga setiap peperangan yang dilancarkan sentiasa memperoleh kemenangan. Peperangan yang berlaku digambarkan sebagai suatu perjuangan untuk menegakkan agama Islam dan membanteraskan agama-agama yang menyeleweng daripada ajaran sebenarnya. Tugas menegakkan agama Islam diletakkan di atas bahu Amir Hamzah. Antara peperangan yang dihadapi oleh Amir Hamzah ialah peperangan semasa mengalahkan Mukbal ulab dari Yaman, juga Hisyam anak raja negeri Khaibar. Baliau juga mengalahkan beberapa orang pahlawan kafir yang cuba menyerang Mekah. Nampaknya dalam peperangan ini bukan sahaja menghadapi musuh yang terdiri daripada manusia tetapi juga memerangi jin-jin kafir.

Hukum Kanun Melaka Sastera Undang-undang ialah sebuah genre yang dinamakan untuk segolongan hasil karya yang membicarakan peraturan sesebuah kumpulan masyarakat atau negara. Di dalamnya terdapat aturan-aturan tertentu yang mesti dipatuhi; sekiranya ia dilanggar pelakunya akan menghadapi hukuman yang telah ditentukan. Sastera undang-undang sesuai dengan namanya berisikan undang-undang sebagai landasan dan garisan untuk pemerintah dalam menjalankan tugasnya. Pada dasarnya karya-karya ini untuk menunjukkan adanya kuasa di pihak pemerintah untuk diikuti oleh rakyat atau orang bawahananya bagi melahirkan sebuah masyarakat yang adil dan sempurna.

Penghayatan Karya Agung Melayu 160

Bagaimana pun terlihat adanya unsur memihak kepada golongan atasan atau bangsawan serta menindas golongan rakyat. Lazimnya dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga sekarang, yang telah didasarkan daripada kehidupan zaman dahulu, ia dapat dibahagikan kepada dua corak undang-undang yang dianuti, iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Keduaduanya mempunyai perbezaan dalam mengaplikasikannya bagi melahirkan masyarakat yang berperaturan. Adat Temenggung dapat dilihat seperti Hukum Kanun Melaka, undang-undang laut Melaka , Hukum kanun Pahang, Undang-undang Johor, Undangundang 99 Perak, dan lain-lainnya. Sementara untuk Adat Perpatih ialah Undangundang Sungai Ujung dan Undang-undang Adat dari Rembau. Dalam masa penggubalan undang-undang ini terdapat pelbagai unsur telah masuk menyerap ke dalamanya antaranya ialah pengaruh Hindu dan Islam. Bagaimana pun dikatakan Islam telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan genre sastera undang-undang yang berupa hukum kanun dan undang-undang tubuh negeinegeri Melayu. Selaras dengan proses Islamisasi yang beransur-ansur, hukum kanun negeri-negeri Melayu juga mencerminkan ciri tersebut. Hukum Kanun Melaka (abad 15/16M) misalnya masih memperlihatkan bauran antara unsur-unsur keperibumian dengan hukum Islam. Tetapi keadaan itu terus-menerus berevolusi menuju pengislaman yang lebih sempurna. Di antara teks sastera undang-undang itu Hukum Kanun Melaka adalah teks yang tertua sekali, ertinya ia pelopor kepada teks-teks yang lainnya. Justeru itu ia menjadi ikutan, rujukan dan juga ikon kepada sastera undang-undang yang muncul selepasnya. Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah.Penekanan dari segi udang-udang perkahwinan, jual beli dan prosuder juga dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang Islam. Perlu juga ditegaskan di sini, isi kepada teks sastera undang-undang itu ada yang bersifat am, ada juga yang bersifat khusus. Yang am ialah yang berhubung dengan keterangan tentang kuasa pemerintahan dan pentadbiran serta pemberian tugas kepada raja, pembesar dan pihak pengurus yang lainnya. Segala perihal kesalahan dan hukuman dalam aspek jenayah, perkahwinan dan pembahagian harta juga dibicarakan. Yang khusus ialah peraturan tentang sesuatu subjek atau perkara seperti pelayaran yang menjadi aktiviti dominan zaman silam. Kita menemui Undang-undang Laut Melaka dihasilkan dalam usaha menjelaskan kewajipan nakhoda, jurumudi, jurubatu, awak-awak dan pelibat pelayaran yang lainnya. Mentaati undang-undang ini sewaktu dalam pelayaran akan menjayakan sesuatu misi pelayaran dan terhindar daripada mala petaka pelayaran di lautan terbuka yang ganas

Penghayatan Karya Agung Melayu 161

Hukum Kanun Melaka bukannya hanya tertua dan menjadi rujukan, tetapi masih relevan hingga dewasa ini. Hukum ini menjadi khazanah yang cukup keemasan dan tinggi nilainya. Sebelum kedatangan penjajah Barat, undang-undang asas dan dasar Negeri Melaka adalah Undang-Undang Islam. Undang-undang ini dilaksanakan meliputi semua bidang iaitu Undang-Undang Keluarga, Jenayah, Undang-Undang Tanah dan Mal. Undang-Undang Islam mulai dikumpul serta dikanunkan sehingga menjadi rujukan dan ia dinamakan Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka. Pengumpulannya dibuat pada zaman Sultan Muhammad Syah (1422 1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 1450M). Kenyataan itu menunjukkan betapa teks sastera undang-undang itu hidup hingga sekarang ini. Malah ia dikatakanHukum Kanun Melaka mempuyai pengaruh yang besar dan berkesan di negeri-negeri Melayu dibawah pemerintahan Empayar Melaka dan negeri-negeri yang berjiran dengannya termasuk Brunei dan Pontianak. Dalam konteks membicarakan falsafah sastera undang-undang ini, telah dinyatakan tentang kedudukan adapt istiadat dalam perundangan atau yang menjadi budaya ikutan zaman berzaman, sama ada dalam Adat Perpatih, dalam Adat Temenggung atau adat yang lainnya. Kanun itu mengandungi falsafah politik, sosial, budaya, juga bersifat keagamaan. Tujuannya ialah untuk melahirkan Negara yang adil dan kehidupan rakyat yang sejahtera. Tidak syak lagi penyusunannya memiliki sifat logik, dan menjadi etika yang harus ditaati. Tanpa demikian kebenaran dan kejayaan tidak dicapai. Yang dipuncak segala-galanya untuk melahirkan masyarakat yang bertamadun.Berikut ini kita cuba melihat suatu nukilan tentang adat perkahwinan yang ada hubungannya dengan sastera undang-undang itu. Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu merupakan suatu peristiwa yang dijalankan menurut adat dan telah menjadi kelaziman masyarakat setempat. Upacara perkahwinan juga merupakan suatu hari yang istimewa serta dianggap penting dalam masyarakat Melayu. Pelbagai perkara mempengaruhi dalam adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu sejak berabad-abad lalu hasil daripada pengaruh kebudayaan luar. Bagaimanapun, pengaruh luar itu telah diasimilasikan dengan budaya tempatan di samping berteraskan agama Islam yang menjadi pegangan hidup masyarakat. Adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu Melaka boleh dibahagikan kepada dua iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih atau dikenali dengan nama Adat Naning. Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan Naning, Adat Naning dikatakan lengkap dengan segala peraturan dan hukum adat yang menjadi perlembagaan kepada masyarakat berkenaan. Wilayah yang mengamalkan sistem adat Naning ini terletak di Melaka Utara, yang melingkungi satu kawasan seluas kira-kira 250 kilometer persegi. Wilayah ini mempunyai 25 mukim iaitu 22 buah di daerah Alor Gajah dan tiga buah lagi terletak di daerah Jasin. Oleh kerana sistem Adat Naning Melaka dan Negeri Sembilan berasal dari teromba yang sama iaitu Minangkabau,

Penghayatan Karya Agung Melayu 162

lazimnya mereka hidup dalam cara hidup bersuku-suku atau secara berkeluarga dan berkaum. Satu perkara yang menjadi larangan di dalam sistem perkahwinan Adat Naning ialah melarang lelaki dan perempuan yang sama suku berkahwin walaupun mereka bukan muhrim. Pada kebiasaannya, upacara perkahwinan Adat Naning merupakan satu upacara yang memakan masa yang agak panjang serta memerlukan belanja yang agak besar. Bermula dengan upacara merisik yang juga dikenali sebagai `Risik Yang Berdesus, Gamit Nan Berkecapi yang dilakukan oleh keluarga lelaki sama ada ibu bapa mereka sendiri atau wakil, mereka datang dengan membawa cincin tanya. Mengikut pandangan masyarakat adat Naning, perempuan adalah diibaratkan sebagai `harta dan diberikan segala keistimewaan yang tertentu. Apabila kata setuju dicapai oleh kedua pihak, mereka dipanggil `Semenda Menyemenda dan utusan peminangan dan pertunangan dilakukan oleh pihak lelaki dengan penuh adat istiadat. Pihak perempuan biasanya akan menyediakan kenduri bagi menantikan rombongan daripada pihak lelaki. Dalam urusan peminangan dan pertunangan ini, sirih yang disusun di dalam tepak sirih memainkan peranan penting dan ia dikenali sebagai `Kepala Adat. Ketika upacara peminangan ini juga, penggunaan perbilangan adat akan digunakan dan pihak lelaki akan menyerahkan cincin pertunangan yang dikenali sebagai cincin serunai atau `Beronto'. Apabila majlis peminangan dan pertunangan selesai, tuan rumah akan menjemput orang semenda dan warisnya dalam satu adat istiadat yang disebut `Berkampung' bagi persediaan majlis perkahwinan. Adat berkampung akan diketuai Buapak yang akan menyelaraskan kerja-kerja persiapan perkahwinan seperti mendirikan balai, penanggah untuk pinggan mangkuk. Semua pekerjaan ini akan dilakukan secara gotong royong sesama orang semenda manakala tuan rumah hanya menyediakan barang-barang keperluan untuk majlis perkahwinan sahaja. Seterusnya, apabila tarikh majlis perkahwinan sudah ditetapkan, maka ibu bapa pengantin perempuan akan menempah Mak Andam yang bertujuan untuk menampakkan seri wajah pengantin perempuan ketika bersanding. Adat Berinai pula akan dijalankan terhadap pengantin perempuan kira-kira dua hari sebelum majlis akad nikah dan ia juga dikenali sebagai Berinai Besar yang dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan iaitu pada waktu malam sebelum majlis akad nikah. Berinai Kecil pula biasanya dilakukan sehari sebelum Berinai Besar dan kebiasaannya dilakukan pada waktu malam. Upacara akad nikah dilangsungkan sebelum persandingan dilakukan dan sekali lagi kedua belah pihak akan menggunakan kata teromba adat dan upacara membayar adat turut dilakukan pada masa yang sama. Seterusnya apabila tamat upacara akad nikah, majlis persandingan dilangsungkan dan pengantin perlu berdepan dengan beberapa orang `penjaga pintu' dan akan berlaku `pertelagahan' di antara kedua pihak

Penghayatan Karya Agung Melayu 163

yang bertujuan untuk bersenda gurau dan menambahkan kemesraan. Perisitiwa ini dikenali sebagai `Hambat Pintu'. Di majlis persandingan ini juga diadakan istiadat bersuap-suapan yang menggunakan pulut kuning dan acara ini menjadi perhatian hadirin yang datang. Adat Mandi Berhias turut diadakan selepas sehari atau dua hari majlis perkahwinan diadakan. Ini diikuti adat bertandang ke rumah pengantin lelaki yang dikenali sebagai `menyalang'. Dalam hal ini, pengantin perempuan akan menyediakan buah tangan seperti dodol atau wajik untuk diserahkan kepada keluarga pihak lelaki. Ketika pihak lelaki mengunjungi saudara mara belah pihak perempuan pula, ia disebut sebagai Adat Menyerambi. Masyarakat Melayu Naning juga turut mengadakan Adat Berbesan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan selepas upacara perkahwinan. Segala adat istiadat itu menjadi peraturan, lalu menjadi undang-undang kemasyarakatan.

Rumusan Kita telah membincangkan Misa Melayu dengan menganalisis falsafah politik, sosial, etika, moral dan lain-lain dimensi falsafah yang terkandung di dalamnya. Begitu juga dengan Hikayat Amir Hamzah sebuah epik Islam, yang di dalamnya banyak moral, etika dan pendidikan Islam yang boleh menjadi renungan masyarakat terkini. Sementara dalam Hukum Kanun Melaka, sebuah teks karya agung undang-undang dan bersifat ketatanegaraan memiliki pelbagai falsafah yang sangat bernilai tinggi. Hukum Kanun Melaka merupakan sebuah perlembagaan dan piagam kenegaraan yang dipakai di zaman kesultanan Melaka. Sesuai dengan disiplin falsafah untuk mengembangkan keilmuan dan pencari kebenaran, teks-teks yang dibincangkan itu memberi banyak aspirasi dan signifikan kepada pelajar untuk menjiwai falsafahnya sebagai teladan untuk menghadapi hidup di zaman moden dan pascamoden yang global ini.

Rujukan Harun Mat Piah, 1997. Puisi Melayu Tradisional: Satu Perbicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Hikayat Amir Hamzah, Senarai Koleksi Manuskrip. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 1996. Falsafah danm Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka nasional.

Penghayatan Karya Agung Melayu 164

Mana Sikana, 2007. Teras Sastera Klasik. Bangi: Pustaka Karya. Mohd. Taib Osman, 1974. Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Federal Publications Raja Chulan, 1991, Misa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara Wellek, Rene, 1972. A History of Modern Critic. New Haven: Yale University of Chicago Press.

KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. falsafah metafizika kosmologi membayar kaul poetice justice hukum kanun Kepala Adat adat mandi berhias Buapak

1. Bincangkan maksud falsafah dan bidangnya. 2. Teks Misa Melayu disifatkan sebagai kisah benar dan rasional serta menunjukkan tahap-tahap pemikiran dan cara hidup di zaman feudal. Jelaskan kebenaran pernyataan berkenaan. 3. Apakah falsafah di sebalik penciptaan karya Hikayat Amir Hamzah? 4. Hukum Kanun Melaka mengandungi falsafah politik, sosial, budaya, dan juga bersifat keagamaan. Bincangkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 165

UNIT 9 FALSAFAH DALAM KARYA AGUNG MODEN


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda dapat : 1. Menghuraikan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya agung zaman sastera moden. 2. Membincangkan falsafah di sekitar konteks dengan zaman, iaitu yang terdapat dalam bidang pelajaran, ekonomi, sosial, politik, keagamaan, budaya dan dimensi-dimensi kehidupan yang lainnya. 3. Membandingkan falsafah dalam karya-karya moden terpilih..

PENDAHULUAN Dalam bab ini akan dibincangkan aspek falsafah yang mengkhusus kepada karya-karya agung zaman sastera moden. Sebagai teks zaman moden falsafahnya banyak berkisar di sekitar yang konteks dengan zamannya iaitu yang terdapat dalam bidang pelajaran, ekonomi, sosial, politik, keagamaan, budaya dan dimensi-dimensi kehidupan. Di antara karya agung yang akan dinukil falsafahnya ialah Salina karya A.Samad Said, Bukan Lalang ditiup Angin oleh Noordin Hassan, Juara oleh S.Othman Kelantan dan Ain oleh Kemala. Kesemua penulis itu adalah karyawan agung penerima Anugerah Sastera Negara, yang bergelar Sasterawan Negara.

FALSAFAH DAN BIDANGNYA Pada bab yang lepas kita telah membincangkan definisi, konsep dan bidang falsafah. Untuk peneguhan perbicaraan itu kita ulang semula sebagai dasar bertolak perbicaraan falsafah dalam karya agung moden. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan mencari kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah. Daripada pendapat tersebut, rumusan

Penghayatan Karya Agung Melayu 166

dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditandai dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Berfalsafah secara mudahnya dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam. Dengan itu falsafah ialah membincangkan sesuatu secara mendalam untuk mendapat jawapan yang benar dan real terhadap sesuatu perkara.Di antara bidang falsafah yang diberi penekanan ialah etika, metafizika, sejarah, sosial, ekonomi, kosmologi, politik, dan logik. Etika ialah pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran. falsafah metafizika memikirkan tentang kewujudan dan keberadaan. Sejarah persoalan yang berkaitan dengan makna masa silam, seperti tamadun dan keruntuhan. Sosial adalah gambaran kehidupan realiti manusia yang kontekstual. Ekonomi ialah sistem pendapatan dan pengurusan harta benda. Kosmologi ialah yang membincangkan situasi persekitaran dan alam sarwajagat. Politik ialah aplikasi dan tujuan sistem pemerintahan sesebuah negara.Logik ialah pemikiran yang rasional, taakulan dan sebab musabab. Falsafah ialah suatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam. Karya sastera yang dihasilkan yang membicarakanb sesuatu subjek biasanya akan membicarakan sesuatu itu secara artistik dan mendalam, maka di situlah tersimpannya mutiara falsafahnya.

Salina Novel Salina ialah karya yang ditulis oleh sasterawan Negara A.Samad Said. Novel ini kaya dengan falsafah sosial, moral, ekonomi dan budaya Melayu, terutamanya pencitraan akibat daripada perang dunia kedua. Sebagai karya sastera kekuatannya terletak pada estetika pembinaan tekstualitinya. Jalinannya kemas dan menarik. Kejayaan A.Samad Said terletak pada penguasaan teknik dan kekuatan pengucapan serta daya deskriptif yang dapat menggerakkan gambaran dan watak yang hidup bagi mengisi ruang dan waktu.. Suatu lagi kekuatan dan menjadi aspek estetik teksnya ialah kemampuan A.Samad Said mencitrakan latarnya yang berfalsafahkan sosial. Ketepatan dan keterinciannya menggambarkan latarnya sangat memukau. Tidak siapa yang menolak gambaran Kampung Kambing dan Singapura selepas dilanda perang hidup dalam senario tekstualnya. Sastera yang bersifat komited dan kontekstual itu, menggeledah hubungan-hubungan dengan masyarakatnya. Salina adalah cerminan masyarakat dan bersifat mimetik sastera yang bersifat komited dan kontekstual, yang melihat hubunganhubungan sastera dengan masyarakatnya. Pengkaji sastera berpendapat bahawa sastera adalah cerminan masyarakat, bersifat mimetik. Goldmann menyatakan bahawa sesebuah karya sastera itu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan konteks masa dan zaman dengan sistem pemikiran dan pandangan hidup masyarakat, malah mempunyai kaitan dengan sistem pemeritahan dan gejolak politik yang melahirkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 167

karya-karya tersebut. Dengan demikian karya tersebut sebenarnya adalah citra kepada masyarakat dan membayangkan sebagai suatu kesedaran bersama. Dengan yang demikian citra latar Salina dan pencernaannya itu; menjelaskan pegangan dan sikap kontekstual pengarang. Kesedaran sosial yang terjelma daripada kelas sosial itu penting dan abadi sifatnya. Kesedaran ini dapat dilihat sikap pengarang dalam mengemukakan hujah-hujah atau aspirasinya, Dalam sesebuah karya yang akan menyerlahkan pandangan sosial pengarangnya. Di dalamnya menjelma konsep tentang pandangan dunia. Pandangan dunia dikaitkan dengan pandangan kelas sosial. Daripada kenyatan itu. Salina bukannya hanya penuh dengan keindahan daripada aspek tekstual, juga tetap tidak melupakan dasar pentingnya untuk kepentingan masyarakat. Faktor dalaman dan luaran dalam penciptaan sastera, menjadi dasar utama pembinaannya. Di situlah estetikanya. Daripada suatu yang lain novel sememangnya genre sastera yang muncul di kalangan budaya burjuis dan menyebarkan fahaman sistem ekonomi kapitalisme, namun Salina tidak hanya kepentingan atas doktrinasi itu sahaja, di dalamnya terkombinasi sociology of knowledge, lebih menggemari dunia wacana, intelektual dan ia bersimpati dengan karya sastera yang bersifat avant-garde dan eksprimental yang dicipta oleh golongan penulis Peranchis waktu itu seperti yang dihasilkan oleh RobbeGrillet, Jean Genet dan Nathalie Sarraute. Ia membaca karya-karya yang mementingkan estetika, malah sebuah karya yang baik baginya ialah karya yang mempunyai struktur dan estetika yang tinggi, tanpa sangat terikat oleh ideologi dan sosiologisme teks. Pengarang tidak sahaja menggambarkan fenomena-fenomena sosial, budaya, ekonomi, politik dan pelbagai dimensi falsafah kehidupan yang lainnya. Pengarang dilihat dalam konteks pendekatan ini haruslah memiliki tanggung-jawab moral terhadap masyarakatnya. Hubungan antara teks sastera dengan realiti sosial dan realiti ekonomi; ini sesungguynya bukanlah persoalan baru, tetapi Salina melihatnya dengan perspektif baru. Dengan tujuan untuk menunjukkan falsafah sosialnya, kita lihat dunia yang dimasuki oleh watak Salina bagi memperlihatkan status sosilanya. kita lihat dunia realiti yang menjadi latar belakangnya dan keluarganya dalam Bab 10 halaman 149. Dia datang dari satu keluarga yang kaya-raya dan ternama di dalam masyarakat-masyarakat sebelum Perang Dunia Kedua. Ayahnya saudagar intan berlian di Singapura. Di antara adik-beradiknya itu Siti Salina yang tertua. Adikadiknya tiga orang masing-masing termuda setahun-tahun sahaja di antara satu dengan yang lain. Walaupun Siti Salina lebih rapat kepada ibunya daripada ayahnya, tapi dia lebih menyayangi ayahnya, kerana ibunya bukan ibunya yang sebenar, ibunya yang sebenar sudah tiada sejak umurnya masih enambulan lagi, adik-adiknya adalah hasil perkahwinan ayahnya dengan isterinya yang baru itu!

Penghayatan Karya Agung Melayu 168

Siti Salina digambarkan memiliki rupa paras yang cantik, berbadan kurus tinggi dan masih muda. Siti Salina ditonjolkan sebagai seorang wanita yang baik dan mempunyai sifat-sifat terpuji. Dia juga mengambil berat tentang jiran-jiran. Hubungannya dengan tokoh-tokoh lain seperti Hilmy, Khatijah, Karupaya Samy, Nahidah, Haji Karman dan Bulat begitu suci dan mesra malah penuh kasih sayang. Secara tidak langsung penempatannya sebagai teman, sebagai kakak yang mesra terhadap Hilmy, bersikap sebagai adik kepada Khatijah, reaksinya yang melambangkan sifat ibu yang baik kepada fiil Bulat dan sebagainya amat terasa apabila hubungannya dengan tokoh-tokoh lain direnungi. Sungguh pun kehidupannya kotor, dia seorang yang riang dan mempunyai sihat pandangan. Apabila Karupaya Samy mengatakan Salina gila kerana sukakan Abdul Fakar, ia menjawab dengan menyatakan,Karupaya tak ada gila, ya? Itu sebab Karupaya kasi orang tinggal ini macam punya rumah saya gila sama Fakar tak apa (Salina, 1986: 12.) Salina juga mempunyai rasa keinsafannya yang jelas terhadap hidup. Ini terbukti sebagaimana kata-katanya kepada Khatijah sewaktu membincangkan soal pergaduhan Fakar dengan Sunarto. Kita menyaksikan Salina bagaikan hidup di dunia khayalan, dunia yang penuh dengan imajan. Setiap detik dalam sehari semalam sepanjang beberapa tahun itu sekadar terapung-apung dalam gelombang impian, inilah yang dikatakan dunia tahap cerminnya. Dia dengan mudah menyerahkan apa sahaja untuk memenuhi keperluan khayalannya. Kenyataan ini menunjukkan ia cuba menguasai alam simbolismenya. Dia memberi senyuman yang diminta. Dia mencurah wang kalau wang boleh menyenangkan hati orang lain malah tiba pada satu aras Salina dirasakan hanya sebagai objek tanpa roh meskipun Salina dalam setiap gerak tindak berada dalam kesedaran. Begitulah Salina memasuki dunia real yang masih terikat kuat dengan imajan dan simbol, kerana situasi hidupnya menjadi seorang pelacur menjadikannya hilangan identiti dan pegangan. Dapatlah kita katakan bahawa Salina sebenarnya seorang yang jahil, seorang yang tidak beriman. Salina adalah seorang pelacur. Salina adalah perempuan simpanan Abdul Fakar. Seorang manusia yang hilang susunan simbolik dan tiada menentu memasuki alam realitinya. Pembentukan dirinya tidak dilakukan dengan sewajarnya, kerana ia adalah pelacur. Dan begiutulah pelacur sebuah dunia simbol kehancuran. Salina sebenarnya memberi suatu penanda tentang kehidupan dan petandanya ialah gambaran wanita yang kehilangan kewanitaannya. Ini adalah makna tunjang novel Salina ini yang mengaitkan dengan keseluruhan penceritaan melalui perjalanan hidupnya. Dunia Salina adalah dunia wanita akibat perang, itulah falsafah moral dalam novel ini. Kemudian kita menemui watak Nahidah seorang gadis berusia 17 tahun. Sejak kecil lagi Nahidah seorang anak yatim piatu. Kedua-dua ibu dan bapanya telah

Penghayatan Karya Agung Melayu 169

meninggal dunia. Ibunya meninggal dunia semasa pemerintahan Jepun akibat sakit biribiri sementara ayahnya menjadi mangsa perang di hutan Gua Musang. Nahidah tinggal bersama abangnya iaitu Mansur, abang angkatnya Sunarto dan ibu tirinya Zarina. Sebelum bapanya meninggal dunia tatkala berkhidmat sebagai seorang askar, bapanya mengahwini Zarina. Sungguhpun keadaan hidup keluarganya susah, dia seorang yang periang dan peramah dan suka berterus-terang. Kesusahan kepadanya hanyalah timbul apabila ibu tirinya memarahinya atau abangnya atau Sunarto. Nahidah meskipun tidak mendapat pendidikan sempurna, namun kesedarannya tentang nasib orang Melayu yang buruk kelihatan jelas sebagaimana melalui perbualannya dengan Hilmy mengenai buku-buku dan pengarang-pengarang Melayu. Dia mengkritik sikap Hilmy yang mulamulanya kebarat-baratan oleh kerana pengaruh guru sekolah Inggerisnya yang memuja-muja kesusasteraan Inggeris dan memandang rendah kepada buku-buku dan pengarang-pengarang Melayu. Nahidah juga memperlihatkan otak yang cerdas dan kesedaran yang tidak cetek terhadap hal-hal masyarakat. Nahidah mempunyai bakat mengarang. Melalui surat-suratnya kepada Hilmy turut memperlihatkan bahawa dia pandai mengarang. Di sini pula letaknya logik dan metafizika, falsafah yang menjadi pegangan hidup Nahidah. Persahabatannya dengan Hilmy yang menguntum terus menjadi kasih. Nahidah berhasrat untuk berkahwin dengan Hilmy suatu hari nanti. Dan pada waktu dia sudah dipaksa oleh ibu tirinya Zarina supaya menjadi pelayan, nasibnya mula menjadi buruk. Kehormatannya diperkosa, oleh kerana malu dan susah hati dia pun meninggalkan rumah membawa diri. Akhirnya dia berkahwin dengan seorang buruh pelabuhan yang tidak dikenalinya sebelum ini. Jika memerhatikan watak ini, sepatutnya ia watak yang kurang tersusun baik dari imajan dan susu simboliknya, kerana ia tiada mempunyai orang tua. Tetapi Nahidah telah membuktikan segala-gala kekurangan atau masalah itu bukanlah halangan untuk memasuki dunia sosial dan dunia real. Yang penting ialah bagaimana kita seharusnya menyusun diri dan mengasai alam realnya. Nahidah adalah contoh watak yang baik dalam pandangan Lacan justeru segala-galanya berjalan dalam susunannya. Keinginannya untuk menghadapi hidup yang baik terlahir secara simbolik. Cara penelitian yang menggambarkan perasaan, keinginan dan dihubungkan dengan masa silam dan mengatur untuk hidup bagi masa depan ia menjelma dalam bentuk yang penuh penanda dan berkias seperti yang dimaksudkan oleh Lacan seperti metonimi dan metafora kehidupan. Sunarto pula seorang muda yang saban hari kerjanya membawa beca. Dengan becanya itu, dia mencari rezeki begi menampung dan menyarai keluarga angkatnya, Zarina, Mansur dan Nahidah. Sunarto telah diajak tinggal bersama dengan Abdul Mutalib, ayah Nahidah ketika Abdul Mutalib menemuinya sedang menanti-nanti makanan hanyut di Sungai Rochor di hadapan Sungai Road. Meskipun dia diperlakukan dan ditindas oleh Zarina namun Sunarto tetap tidak membantah. Adapun dia bertindak sedemikian kerana dia mahu membalas budi Abdul Mutalib. Malahan

Penghayatan Karya Agung Melayu 170

selepas peristiwa Nahidah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Sunarto telah menawarkan diri untuk menjadi suami dan pelindung kepada Nahidah. Watak ini meski hidup dalam segala kesengsaraan, tetapi ia juga diganbarkan sebagai watak yang baik dan susunan baik. Watak ini bersifat denotatif, kehendak-kehendaknya meski bertentangan dengan nilai seorang manusia, tetapi yang tersembunyi di jiwanya ialah untuk menyelamatkan keadaan. Kejayaan watak menambat kehendak-kehendak yang paradoks ini disifatkan oleh Lacan sebagai dunia real yang dicapai secara hakiki. Watak Hilmy juga digambarkan dalam imejan yang sama dan dunia realnya penuh dengan dirundung malang. Bapanya meninggal dunia kerana terkena bom. Setelah kematian ayahnya Hilmy bersama ibunya Khatijah telah berpindah dan menyewa rumah di Kampung Kambing.Hilmy mempunyai pendidikan yang agak tinggi iaitu dia mula bersekolah Melayu Kota Raja, kemudian ke Sekolah Inggeris Monk's Hill dan akhirnya ke Victoria Institution. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Hilmy seorang yang pandai bergaul, mengambil hati, dan bersopan santun. Dia begitu disenangi oleh Siti Salina dan Nahidah sebaliknya dibenci oleh Abdul Fakar dan Zarina. Dia bercita-cita untuk hidup bersama dengan Nahidah tetapi tidak berani menyatakannya. Helmy simbol kepada pemuda yang berani dan berjaya mencipta identitinya. Dia asalah simbol,kpada pemuda yng sedar diri meski pun suasana ketika itu dalam zaman segala kesukaran dan kegelisahan. Terdapat dua watak sampingan dan antogonis yang dikemukakan oleh pengarang, iaitu watak Abdul Fakar dan Zarina. Kedua-dua watak ini bersifat ganas dan hanya inginkan kesenangan, kemewahan dan kewibawaan tanpa mempedulikan orang lain. Watak Zarina tergolong dalam wanita yang lain daripada Salina dan Nahidah. Sungguhpun ketiga-tiga mereka sama-sama mengalami kesusahan akibat perang dan kemiskinan, tetapi pandangan hidup Zarina berbeza daripada pandangan hidup Salina dan Nahidah. Salina dan Nahidah berfahaman positif dan optimistik, manakala Zarina berfahaman negatif dan pesimistik. Zarina seorang perempuan berumur 36 tahun. Sebelum berkahwin dengan bapa Nahidah, dia pernah menjadi pelayan dan terjebak ke lembah pelacuran. Kejadian ini disebabkan oleh kegagalan perkahwinan, pengalaman pahitnya dengan suaminya yang kedua dan dengan lelaki ketiga dalam hidupnya. Zarina juga telah berkahwin dalam usia yang begitu muda iaitu 15 tahun. Zarina bergantung hidup kepada anak angkatnya, Sunarto. Meskipun begitu, dia bertindak bengis dan membenci Sunarto. Kehidupan yang berasal dari lembah pelacuran seakanakan sebati di sanubarinya. Ini jelas dari tindakannya yang melepaskan keinginan nafsunya dan telah sanggup melacurkan diri walaupun dia telah berkahwin dengan bapa Nahidah. Setelah lama menjanda, Zarina tetap berkeinginan memuaskan nafsunya. Peluang ini dapat dipenuhinya setelah dia menyerahkan dirinya kepada Abdul Fakar.

Penghayatan Karya Agung Melayu 171

Zarina yang didorong oleh hawa nafsu yang kuat mahu berjaya sebagaimana teman-temannya (pelacur) yang lain. Kejayaan teman-temannya mempunyai tanda kejayaan seperti kerabi, loket, cincin, gelang, jam tangan dan sebagainya, sedangkan dia walaupun telah dimamah usia turut mendorongnya untuk memaksa anak tirinya Nahidah untuk menjadi pelayan bagi memenuhi keinginannya itu. Bagi Lacan bahasa bukan tujuan komunikasi tetapi sebagai tempat untuk subjek meluahkan rasa dan membina dirinya. Kehendak manusia terstruktur dan mempunyai susunan seperti bahasa itu, dan Lacan juga menyatakan bahawa subjek tidak akan sampai ke tahap kewujudan sehingga dia sampoai ke peringkat sedar itu dapat membina konsep diri dalam dunia realnya. Iniulah sebenarnya yang dialami oleh Zarina dunia yang penuh paradoks dan tidak berjaya membina alamnya kerana ia tidak mampu untuk menyususn struktur dirinya sendiri. Watak Abdul Fakar dalam novel Salina bolehlah digambarkan sebagai watak yang sama dengan Zurina. Jika dilihat dari wataknya itu, didapati Abdul Fakar adalah seorang manusia yang hidupnya bergantung kepada Siti Salina sepanjang penceritaan dalam novel ini. Tidak ada satu-satu bukti yang menunjukkan ia mengubah pandangan hidup atau mengubah corak kehidupannya sepanjang pergaulannya dengan Siti Salina. Watak Abdul Fakar juga bolehlah dianggap sebagai watak sampingan. Abdul Fakar berperanan sebagai pemuda simpanan bagi Salina. Abdul Fakar dianggap sebagai suami oleh Salina walaupun mereka berdua tidak pernah bernikah kerana paras Abdul Fakar adalah menyerupai paras rupa tunangnya Muhammad Yusuf yang telah meninggal akibat terkena bom dalam keganasan petang. Di samping itu Abdul Fakar mempunyai sifat yang garang, bengis dan tidak berhati perut. Dia hidup semata-mata memakan hasil Siti Salina setiap hari. Abdul Fakar sebenarnya adalah seorang kelasi kapal yang singgah di Pelabuhan Singapura. Dia telah mabuk kerana terlalu banyak minum minuman keras dan ditinggalkan oleh kapal kargo tempat dia bekerja lalu menjumpai Siti Salina yang sanggup memeliharanya sehinggalah Siti Salina meninggalkannya dan Abdul Fakar akhirnya pulang ke laut menjadi kelasi semula. Abdul Fakar sebenarnya menjadi mangsa dirinya sendiri, yang tidak kenal diri dan terus menerus tersamar dalam tahap cermin. Dan dia juga tidak berjaya menempatkan dirinya selain daripada menjatuhkan masruahnya untuk hidup hasil daripada pelacuran. Nilai-nilai sosial dan maruah diri secara bawah sedar dikuasai oleh keinginan yang tak bertepi dan inilah yang mengurangkan kepribadiannya. Dia pun tak berhasil mengeluarkan dirinya dari penjara diri dan apabila keadaan memaksa kahirnya ia kembali ke tempat asalnya. Demikianlah analisis watak-watak yang terdapat dalam Salina dengan menekankan aspek falsafah sosial, ekonomi, pendidikan dan etika yang terkandung dalam novel ini melalui analisis perwatakannya. Kita bukan sahaja beroleh citra-citra perwatakan yang datang daripada bawah sedar, juga dengan melalui analisis

Penghayatan Karya Agung Melayu 172

perwatakan itu akan memahami petanda Salina itu sendiri. Kita menyaksikan struktur, tahap-tahap perwatakan dan memahami struktur teksnya. Kita dapat memahami makna yang terdiam dalam teks itu dengan memahami jiwa watak-wataknya, dan memahami mengapa Salina begitu menarik dan berjaya menggambarkan negara selepas perang. Kosmologi yang menjadi latar alam Salina adalah sedemikian halnya yang menjadikannya seorang perempuan yang hilang kewanitaaannya. Di sinilah falsafah novel ini untuk tatapan masyarakat, bahawa peperangan itu sangat buruk akibatnya.

Bukan Lalang ditiup Angin Bukan Lalang ditiup Angin dihasilkan oleh sasterawan negara Noordin Hassan, ia adalah sebuah drama yang dianggap sebagai teks kanun dan agung. Cuba kita baca dialog pertamaya, apabila Pak Andak dengan Mak Andak bertembung dalam keadaan keganjilan dan bercakap dalam gaya penuh keganjilan, sementara Pak Leman yang menyanyi dan bercakap sendiri dengan lagu Pak Kadok, memperlihatkan suatu sikap hidup yang agak luar biasa, agak nihilistik, putus asa, juga membayangkan keabsurditian.

Mak Andak :

Astaghfirullah, apa mulanya demikian, Pak Andak! Kenapa tak mahupun ditangkap harimau panjang tujuh, buaya panjang sembilan, supaya bangat matinya; ha! Gila aku dibuatnya. (Agak mula meradang).

Pak Andak: Mak Andak :

Eh, apa pula kau ni, Mak Andak? Apa yang dihamun tak tentu belang ni? Amboi gunung payung, intan gemalam urat rambutku! Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Jika begini! Lapar dahagalah arwah sekalian. Aku pun lapar juga! Sudahlah mencari belalang rusa sejenak kuda berlari, pulang ke rumah disembur pula kau tau tak orang bercakap dengan dirinya (terdengar suara bernyanyi luar pentas. Mak Andak berhenti. Suara bernyanyi kian dekat. Masuk Pak Leman musafir, sambil bernyanyi dan bercakap berseorangan). (Noordin Hassan. 1974: 166-167)

Pak Andak:

Drama ini membawa falsafah politik 1970-an, sewaktu Negara berada dalam riak akibat dan hasil dari peristiwa berdarah tragedi 13 Mei 1969. Seperti yang dicatatkan

Penghayatan Karya Agung Melayu 173

oleh sejarahnya, insidennya itu tercetus dari tindakan beberapa buah politik yang mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya Parlimen 10 Mei 1969; di mana terutamanya Parti Tindakan Demokrat (DAP) dan Gerakan telah menjalankan kempenkempen yang membawa isu-isu perkauman. Dan apabila mereka mendapat kemenangan, lalu mereka adakan siri-siri perarakan menyambut kemenangan tersebut. Agak disayangkan benih perkauman semasa kempen dahulu, telah disuburkan melalui jeritan-jeritan dan laungan-laungan yang dalam beberapa hal memperolok dan menyindir perasaan orang-orang Melayu. Sebagai rakyat yang mendaulatkan Semenanjung Tanah Melayu ini adalah tumpah darah mereka dan yang menjadi warganegara terhormat serta orang yang membuka tanah di rantau selatan ini, amat berasa apa yang dilemparkan oleh golongan Cina itu sebagai perbuatan yang amat kotor dalam sejarah Malaysia dan tidak menghargai apa yang telah diberikan oleh orang Melayu kepada mereka sehingga sanggup membenarkan mereka menduduki bumi ini dan diberi pula hak mengundi dan kebebasan sama seperti warganegara Melayu. Menyedari dirinya sebagai bangsa yang bermaruah orang-orang Melayu pun bangun, menentang provokasi ala-Zionis dan petualang yang paling kurang ajar dan terkutuk itu. Sebenarnya orang Melayu hanya mempertahankan hak dan maruahnya sebagai manusia. Secara universalsesiapa sahaja dalam kedudukan itu, mereka akan bangun melawan. Sudah pasti perarakan yang boleh menjatuhkan martabat orang Melayu tidak boleh dibenarkan di bumi ini, justeru sebagai penduduk asal mereka wajib dihormati dan harus kaum-kaum lain yang diberi segala kemudahan syurga berterima kasih dan bersikap mengenang jasa. Untuk memanusiakan sikap yang sudah terkeluar dan sikap kemanusiaan itu orang Melayu pun turun ke tengah gelanggang sejarah, untuk membuktikan kata-kata Laksamana Hang Tuah Takkan Hilang Melayu di Dunia. Peristiwa yang cuba dipadamkan dari lipatan sejarah itu, memaksa Yang diPertuan Agong mengisytiharkan negara dalam keadaan darurat dan demokrasi yang sudah mati itu terpaksa digantikan dengan Majlis Gerakan Negara. Majlis inilah yang menggantikan kerajaan untuk memerintah, Tun Abd. Razak Husain telah dilantik sebagai pengarahnya. Segala kekuasaan sebenarnya di tangan Yang di-Pertuan Agong, Majlis Gerakan Negara ini hanya menjalankan apa-apa yang diperintahkan oleh baginda. Dalam situasi demikian, kerajaan mula mengkaji sebab akibat dan merancang masa depan Malaysia yang lebih kuat teras perpaduan dan muhibahnya. Beberapa rumusan dapat disimpulkan, selagi jurang ekonomi antara yang berada dengan kurang berada begitu besar, selama itu, perpaduan hanya menjadi mainan, lalu kerajaan pun mula melaksanakan beberapa panduan bagi meneguhkan ekonomi kaum bumiputera. Di samping itu Rukun Negara mempunyai lima prinsip dasar: kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan pada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undanguaang dan kesopanan dan kesusilaan. Dan lima prinsip ini diharapkan dapat membina sebuah negara yang berpadu dan bersatu. Dan untuk mencapai kemajuan ia banyak

Penghayatan Karya Agung Melayu 174

menggantungkan kepada kemajuan sains dan teknologi. Pada masa yang sama kerajaan memperkuatkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mendaulatkan pelaksanaan bahasa kebangsaan. Apabila demokrasi kembali dipulihkan dan Rancangan Malaysia Kedua 1971 1975 pun dilancarkan, yang kali ini disifatkan sebagai serampang dua mata, di mana Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bukan saja mengisi janji-janji kemerdekaan tetapi seperti ditegaskan hendak merapatkan jurang perbezaan diharapkan dalam konteks jangka panjang, bertujuan mewujudkan kelas kapitalis Melayu yang akan menguasai 30% aktiviti perdagangan dan perindustrian menjelang 1990. Dari sudut psikologi, falsafah dan pemikiran orang Melayu, buku Revolusi Mental karya Senu Abdul Rahman (1967)telah diterbitkan, bagi merubah sikap dan tindakan serta cara berfikir orang Melayu. Begitu juga konotasi Hak keistimewaan orang-orang Melayu diberi pengertian yang sebaik-baiknya, di mana dalam lapangan pendidikan misalnya, pembahagian dilebihkan kepada bumiputera, agar peluang ini dapat meninggikan taraf pelajaran dan kemudian dapat memperbaiki ekonomi mereka. Selaras dengan cita-cita Dasar Pelajaran Kebangsaan, maka Universiti Kebangsaan Malaysia pun didirikan. Pada dasarnya, semua perancangan kerajaan itu bertujuan merubah segi corak ekonomi dan bentuk yang tradisional feudal kepada yang berbentuk kapitalis, danmerubah dari segi sikap, nilai, pemikiran dan aspirasi individu-individu di dalam masyarakat itu sendiri, iaitu perubahan dari segi budaya, sosial dan psikologi. Bolehlah dianggap zaman ini, kerajaan lebih memperhebatkan penglibatan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk perancangan dan juga untuk memperbaiki mutu perlaksanaannya. Sebenarnya, pihak kerajaan sendiri berasa adanya kelemahan dalam rancangan pembangunan negaranya dan dalam beberapa hal pula berasa adanya kepincangan dan kemunduran masyarakat. Sementelahnya perubahanperubahan hasil dan proses perbandaran dan penghijrahan belia ke desa menimbulkan fenomena baru masyarakat, jadi masyarakat heterogenous. Dan kacau pula.Dalam suasana keributan politik, ekonomi dan pendidikan begitulah kegiatan penulis drama era ini berlangsung. Di samping itu, boleh juga membantu kefahaman latar belakang ini, dengan melihat seketika kegiatan aktiviti organisasi kesusasteraan. Tahun-tahun sebelumnya dunia sastera telah menyaksikan, beberapa peristiwa penting dalam pergolakan sosial kepengarangan: pertama Undang-undang Bahasa Kebangsaan yang sangat memalukan itu, mengilhamkan sebahagian penulis Malaysia melahirkan protes mereka melalui Keranda 152. Dan peristiwa berhubung penerokaan tanah kerajaan, melahirkan antologi puisi Teluk Gong. Kedua-duanya ini menunjukkan karya sastera protes sosial di Malaysia sedang berada di puncaknya. Para penulis sudah berani turun ke medan masyarakat untuk menyuarakan hasrat rakyat. Bukan Lalang Ditiup Angin itu sebenarnya sebagai petanda reaksi juga refleksi terhadap kenyataan-kenyataan politik tanah air. Di situ ia menyimpan falsafah moral

Penghayatan Karya Agung Melayu 175

dan pengajaran kepada warga Malaysia. Kesusasteraan itu akan tetap setia menjadi perakam sejarah, pemikiran bangsa dan masyarakat (Wellek, Rene 1968 ) Sudah ada hujahnya, bahawa masyarakat Malaysia sudah mula kacau, tragedi 13 Mei dengan masalah ekonomi dan perhubungan antara ras dan etniknya, menjadikan sistem kemasyarakatan sudah mula abnormal. Sastera yang dibayangkan oleh Noordin Hassan itu, memang membayangkan sebuah masyarakat yang mula tidak taat kepada norma-norma yang logik. Organisasi yang tidak tersusun dengan sebaiknya, juga perasaan individu yang meluap-luap, melahirkan masyarakat kacau, yang memungkinkan karya sedemikian itu muncul. Dan situasilah politik yang tidak menentu akibat daripada tragedi itu, menjadi ilham kepada pengarang. Ada persamaan Bukan Lalang Ditiup Angin dengan drama Artaud dari segi memasukkan unsur-unsur nyanyian dan tarian, tidak kurang sepuluh buah lagu di dalamnya, yang terdiri daripada berbagai-bagai irama dan rentak. Dari sudut dialog juga ada persamaannya, iaitu kedua-duanya berlirik, puitis, bermeter dan sekali-sekala melontarkan falsafah. Dari sudut muzika ini, dan memang sebenarnya drama ini dinamakan drama muzika, tidak secara langsung apabila bentuk muzika itu mengambil dari lagu-lagu Melayu Asli, maka unsur-unsur itu terangkum dalam drama ini. Bukannya dibuat secara tidak sedar, justeru dalam aspek lain seperti unsur pernujuman, di mana watak Pak Leman mempercayai ramalan Tuk Nujum terhadap nasib mereka dan adanya juga sabung ayam sebagai perjudian orang Melayu. Keduadua itu jelas unsur tradisional dan istimewanya dalam drama ini ia mendapat tafsiran baru, bahawa mereka bakal mendapat penujuman tentang keruntuhan hidup mereka dan perjudian itu pula ada hubungannya dengan penggadaian tanah tempat tinggal mereka yang melambangkan tanah tumpah darah mereka yang sudah menjadi taruhannya. Kemudian Noordin Hassan mengemukakan satu pemikiran tentang konsep nasib para penghuni desa dalam drama Bukan Lalang Ditiup Angin itu. Terdapat adanya konsep permainan nasib dan takdir. Para watak itu mengalami penderitaan dan penindasan dan mereka menganggap penentuan itu telah ditentukan oleh nasib kepada mereka dan mestilah menerima tanpa tolak darabnya lagi. Mereka percaya mereka telah dihidupkan dengan penentuan nasib tersebut. Dilihat daripada sudut falsafah menggilap kembali unsur-unsur tradisi untuk diberi satu definisi baru, sebenarnya memanglah merupakan satu lagi ciri-ciri drama Nordin Hassan Dalam konteks ini Islam mempunyai dasarnya sendiri, mafhum al-Quran: Bukankah aku Tuhan kamu? Mereka berkata Ya benar, kami bersaksi.

Ayat suci al-Quran ini memaklumkan, sebenarnya sebelum manusia dilahirkan, semua roh-roh telah ditanyakan tentang eksistensialisme mereka; malah telah

Penghayatan Karya Agung Melayu 176

dihadapkan motif dan sebab mengapa manusia itu dibangkitkan. Tidak lain dan tidak bukan supaya manusia berbakti dan beribadat kepada Allah. Inilah sebenarnya yang menjadi dasar dan prinsip utama manusia dihidupkan, untuk berbakti, bertakwa dan takutkan Allah. Keterangan ini membuktikan bahawa tidaklah benar seperti faham eksistensialisme Barat, bahawa manusia terlontar sia-sia sahaja ke dunia tanpa tujuan dan menerima ketentuan-ketentuan sebagai tragedi. Noordin Hassan melalui sanggahan terhadap penyerahan pada takdir itu, menunjukkan dengan tepatnya, bahawa penulis ini dapat melihat bahawa hidup di dunia satu-satunya anugerah Allah yang maha besar sekali dan manusia haruslah memanfaatkan akal yang bakal menjadi dacing dan neraca pertimbangan: Peladang 1: Kasihan, duit banyak, isteri muda cantik, tapi dia dalam penjara. Isterinya balik kampung konon (tertawa sinis). Aku tak erti semua ini. Nampaknya Tuhan jemu dengan apa yang ada. Nah, dia buat lhsan. Satu tragedy. Peladang 2 : Ihsan yang buat diri dia jadi begini. Peladang 1 : Tuhan amat mengetahui bukan? Dia tahu lhsan akan jadi begini bukan? Kenapa sengaja dia buat begini? Peladang 2 : lhsan sendiri yang menerajukan nasibnya. Peladang 1 : Mengapa Tuhan tidak menggerakkan hati dia supaya mengubahkan nasibnya? Mengapa Tuhan tak buat apa pun? Seronok tengok saja apa yang jadi pada lhsan? Peladang 2 : Kau siapa yang hendak menyoal tentang kuasa dan perbuatan Tuhan? Jangan-jangan Tuhan pun kau tak kenal. Peladang 1 : Aku kenal dia. Tapi sekarang Tuhan sudah mati. Peladang 2 : Murtad! Kau murtad . ( Noordin Hassan : 192 193)

Noordin Hassan memasukkan mengenai konsep dan falsafah eksistensialisme itu jelas dalam pertentangan antara dua watak tersebut. Peladang 1 adalah mewakili manusia jamak yang sudah meninggalkan ajaran Allah. Ucapannya: Nampaknya Tuhan jemu dengan apa yang ada, Mengapa Tuhan tak buat apa pun dan Tapi sekarang Tuhan sudah mati, memberi bukti yang terang bahawa itu sebenarnya adalah faham eksistensialisme Barat yang pernah dicetuskan oleh Nietzche. Dengan kehadiran filosof itu, menyingkap pemikiran masyarakat Melayu hari ini, yang pada

Penghayatan Karya Agung Melayu 177

dasarnya mereka itu beragama Islam, tetapi apa yang menjadi kebudayaannya berdasarkan falsafah dan pemikiran Barat. Sementara Peladang 2 pula memikul beban berat di pundaknya, ia terpaksa mempertahankan agama, tetapi sayang agama yang dipertahankannya itu sendiri tidak difahaminya dengan sebaiknya. Tetapi dialog: Ihsan sendiri yang menerajukan nasibnya, memperlihatkan prinsip agama yang radikal dan agresif, yang jika dihubungkan dengan falsafah dan pemikiran Islam, kita akan temui ini adalah menjadi sebahagian daripada cin-ciri skolastik al-Muktazilah. Golongan ini percaya bahawa konsep qadak dan qadar itu sebenarnya diberi pengertiannya dalam tindakan manusia sendiri dan mempercayai bahawa rasional menjadi dasar hidup yang boleh memperubah erti dan tujuan hidup Selain dari konsep eksistensialisme itu, kita dihadapkan juga dengan sikap hidup moden, yang betapa gigihnya berjuang tetapi akhirnya dikalahkan oleh kekuasaan wang dan pangkat. Manusia memang tidak dapat menolak kenyataan sosial, bahawa putaran hidup tetap di bawah bayang-bayang materialisme. Tindakan para peladang yang bangun bertindak, menegakkan apa yang mereka namakan sebagai keadilan, mati dalam kerakusan dan kekuasaan establishment. Fenomena perjuangan dalam semua aliran kesusasteraan, isinya, ditentukan bagaimana bentuk perjuangan itu disalurkan. Realisme menghadapkan perjuangan antara kelas. Begitu juga dalam zaman klasisisme adanya ciri-ciri perjuangan yang ingin mendaulatkan feudalisme, tetapi perjuangan dalam karya-karya bentuk sureal-absurd-eksistensialisme selalunya ia dipusatkan dalam menentukan identiti kemanusiaan dan psikologinya. Ia Iebih banyak berkonfrontasi dengan keintelektualan, kalaupun ada permasalahan masyarakat, tetapi cara pengungkapannya lebih menjurus kepada hal-hal yang intuitif dan dalaman. Dalam konteks yang sehubungan dengannya dalam Bukan Lalang Ditiup Angin ada unsur-unsur tragedi dan kekalahan para marhaen yang mensimbolikkan bahawa kemiskinan kaum bumiputera sukar untuk mendapat pembelaan dan susah untuk memperbaiki ekonomi mereka. Kekecewaan yang dibayangkan dalam drama ini dicetuskan secara mimpi-mimpi sahaja, tetapi renungannya mencengkam sanubari. Apa yang dipermasalahkan diungkap secara penyelongkaran batiniah dan dialog dalaman, yang berupa menodal dan yang sublimistik sifatnya, sehingga terasa ia seperti suatu kritikan yang bukan kritikan Inilah warna ilusi dan beberapa situasi yang cuba disingkap oleh Nordin Hassan.Tidak sukar menanggap pemikiran yang hendak dilontarkannya, meski ia membuat kiasan, istiarah, perbandingan dan adanya ambiguiti. Apa yang penting memahami akan simbol-simbolnya bahawa ia ingin memperdialogkan tentang proses dehumanisme, demitefikasi kemanusiaan, tidak kurang tentang kekosongan dan demonologi hidup yang pegangan terhadap ketuhanan sudah mula putus, ini

Penghayatan Karya Agung Melayu 178

memanglah manifestasi tentang putusnya absurd dan akar kepercayaan beragama. Di sini saya maksudkan Noordin Hassan dalam dua keadaan, satu pihak mengemukakan manusia yang masih berakar pada agama dan satu lagi sudah hampir putus dan tidak secara sedar merasakan wujudnya unsur eksistensialisme Barat. Pengarangnya menggambarkan orang-orang Melayu yang sebelah kakinya menjejak ke dunia moden, sementara sebelah lagi masih memijak bumi tradisional. Dualisme yang diktonomi ini semacam ada persamaannya dengan Kala Dewata yang melihat masyarakat Melayu berada antara kota dan desa; cuma Noordin Hassan lebih kepada moden dan tradsional, ini sesuai dengan aliran absurd yang menekan kepada fahaman dualisme itu. Sudah ditegaskan jjuga, bahawa situasi politik, ekonomi dan pendidikan menjadi beberapa alasan munculnya drama sureal- absurd eksistensialisme ini. Tidak dapat ditolak, bahawa iklim politik Negara memang kacau dan ekonominya juga dalam suasana genting akibat 13 Mei; dan pendidikan pula semakin meningkat akibat dari pertumbuhan beberapa yayasan pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia kemudiannya.

Juara Juara karya sasterawan Negara S.Othman Kelantan. Ia adalah sebuah teks satira. Di dalam terdapat perlawanan adu lembu, ini sinonim dengan politik, sementelah watakwataknya adalah yang tewas dan tersingkir daripada politik, maka di dalamnya kaya dengan nuansa falsafah politik. Tegasnya mereka bersikap parasitik dan menentang terhadap yang silam. Watak-watak yang kelihatannya idealisme dan bersifat pensiero debole iaitu yang bertahan dalam keunggulan perwatakannya mula disisihkan. Dengan itu saya melihat teks ini bukannya sebuah novel satira. Namun terlihat citra bawah sedar watak: yang menjadi pusat teks ini ialah pemikiran bawah sedar seorang pelaga lembu yang ingin menjadi juara, juara dalam laga lembu setelah gagal dalam laga politik. Ada suara bahawa sedar psikodinamik yang menyimpan ciri-ciri perasaan, idea, persepsi dan nilai yang mempengaruhi pemikiran sedar manusia yang melintasi diri seseorang melalui bentuk mimpi, impian, gurauan dan percakapan tak sengaja. Seorang rakyat boleh menjadi raja, yang miskin menjadi kaya, begitulah mimpi-mimpi dipenuhi di dalam pemikiran bawah sedar. Psikodinamik ialah sistem dan struktur personaliti manusia yang mengandung id, ego dan superego. Id, mencari kepuasan diri untuk naluri dan impuls tanpa mengira akibat, egolah yang cuba menyederhanakan keinginan dengan merasionalisasikannya, sementara superego bertindak sebagai hakim dan pusat kawalan persoanaliti. Psikopower pula bahawa kehidupan ini segala-galanya bermula daripada wacana kekuasaan, di samping keinginan manusia kembali ke zaman bayi dan kanakkanak kerana ia penuh keindahan dan mampu memenuhi khayalannya. Dan Mamat menyimpan segala-galanya itu secara psikodinamik mahupun psikopower. Konsep

Penghayatan Karya Agung Melayu 179

kejuaraan yang bertunas dan mengembang dalam kesedaran Mamat telah membentuk sejenis kekuasaan akhirnya membentuk etika dan ontologi keperibadiannya. Watak itu terlihat menanggapi kekuasaan bukanlah apa yang diperlukan oleh keinginannya, tetapi sebaliknya yang menginkinkan kehendak itu. Kehendak telah memperbudakkan kekuasaannya, dan ia telah ditawan oleh libodinya tanpa dapat dipertahankan oleh superegonya, muncullah ia dengan menyamar diri dalam pelbagai wajah dan cuba mendominasi segala sesuatu. Justeru itu karya sastera yang antara lainnya tugasnya merakamkan, dapat membayangkan pemikiran politik dan keinginan-keinginan sesuatu bangsa itu di dalam hasil ciptaan. Sangat tepat kita mengambil contoh puisi-puisi politik 1950-an yang secara jitu menggambarkan suasana dan aliran pemikiran Melayu zaman itu untuk menuntut kemerdekaan. Sering dinyatakan bahawa sastera dalam konteks kuasa dan pembetulan terhadap gejala keruntuhan kepemimpinan sebagai sebagai teks sastera yang komited dan penting. Tidak semua pengarang berani melakukan pembetulan terhadap politik atau tokoh-tokoh seseorang pemimpin kecuali di tangan seorang penulis yang matang dan berani. Sastera juga dikatakan, tidak lain adalah letupan gunung berani politik sesuatu zaman. Dengan gaya penuh estetik pengarang meluahkan lahar gunung berapi itu daripada gunung sistem dekadensi politik supaya menjadi baja untuk manusia yang hidup di lereng-lereng pergunungannya. Pengarang manusia yang berkata benar terhadap realitinya. Jika sekiranya pengarang bungkam atau menyimpan mimpi buruk di dalam watak-watak yang kelihatan dihebatkan, sesungguhnya pengarang ini akan menerima kutukan generasi akan datang. Sejarah kesusasteraan tidak lain daripada sejarah politik dan idealogi sezaman. Dan sesebuah teks sastera sebenarnya didorong oleh kuasa politik dan idealogi sezaman itu. Justeru itu pengarang haruslah menjadi perenung, yang renungannya lebih tajam daripada politikus zamannya dan bersedia untuk berkata dan mempertahankan fahaman politik yang hak melalui teks-teks yang dihasilkannya. Teks yang diciptakan bukannya suatu mitos politik tetapi realiti daripada semangat zamannya. Persoalannya apakah Juara sedikit sebanyak dapat diakitkan sedemikian Kematian Abang Lazim menjadi penggerak novel ini. Mamat kemudiannya berusaha menyusuri pembunuhnya. Jalinan naratifnya kebanyakannya bertolak pada penceritaan, imbas belakang dan strategi mencari kemenangan dalam pertarungan laga lembu. Membacanya fikiran saya sering dihantu oleh kehadiran filem western yang banyak saya tonton dalam dekad-dekad kelahiran novel ini. Filem-filem itu dihadapkan dengan pembunuhan orang dicintai seperti ayah ibu atau kekasih, lalu heroinya memenuhi dendamnya memburu pembunh-pembunuh tersebut. Clint Eastwood, Franco Nero dan ramai lagi membawakan watak the good untuk mencari the bad dan juga the ugly. Gerakan sinematografinya begitu cepat dengan muzik gitar melengking tajam tapi mempsonakan, dan heronya adalah penembak yang tepat. Juara saya lihat seakan-akan sedemikian, tetapi dalam teks ini saya dapati tidak wujud the good,

Penghayatan Karya Agung Melayu 180

manusia kebanyakannya adalah the bad dan the ugly. Tidak ada Clint Eastwood, yang ada hanya Lee Van Cleef dengan Aldo Fiurgre. Sama dengan filem-filem tersebut berakhir dengan kematian the ugly novel ini mengalami perjalanan yang sama. pun di awalnya lagi kita sudah dapat antisipasikan demikian. Mamat pasti dapat membunuh Pak Isa. Dan Pak Isa akan mati.

Di antara bahagian yang paling kita tunggu-tunggu dalam novel ialah laga lembu itu sendiri. Justru dari awalnya lagi, kita telah banyak diberi cerita tentang bagaimana persediaan laga lembu akan diadakan, tetapi sayang sekali deskripsi tentang laga lembu yang dinanti-nanti itu sangat sedikit yang diceritakan. Mengapa demikian? Sepatutnya perlagaan lembu menjadi mini klimaks novel ini, juka klimaks pentingnya? Terlihat bahawa pengarangnya ketiada-mampuan untuk mengambarkan lebih rinci akan laga lembu itu.,Kalau hendak dikatakan pengarang mengelak kerana khuatir akan memberi gambaran sadisme atau keganasan atau lebih kepada citra perjudian, sedangkan di halaman 111-113 digambarkan dengan dekat pergaduhan kedua kumpulan itu. Mat San melihat Jali sedang menetak Dolah bertubi-tibu dengan diikuti oleh terkaman Sani dengan pukulan enam sembilannya. Dolah tidak sempat mengelurkan pistolnya. Tidak beroleh kesempatan kerana tetakan jail yang bertubi-tubi itu. Justeru itu novel ini memerlu idea teguh dan pengalaman mantap.

MIM MIM ialah kumpulan puisi sasterawan negara Kemala. MIM diterima sebagai karya agung dan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh Kemala, di dalamnya kaya dengan falsafah Islam, akhlak dan pandangan hidup yang berpaksi pada kosmoilogi Islam. Puisi MIM ialah sebuah puisi panjang yang dipecahkan kepada 80 buah puisi. Gambaran utama yang menjelma dalam bacaan saya ialah betapa Kemala tidak hentihenti berusaha mengangkat persoalan diri yang dihadapkan dengan sesuatu subjek yang berbeza bagi setiap puisi pecahan itu. Dalam sejarah orang Latin, ada seloka yang diberi nama composito loci, yang menggabungkan persoalan kemasyarakatan dan keagamaan tetapi dihasilkan dengan nada sinis yang mengajar. Dalam MIM juga terasa kehadiran historia vitae magistra, kata-kata yang cukup tua, yang menyatakan bahawa sejarah ialah guru kehidupan, yang pada tanggapan saya membaca puisi-puisi

Penghayatan Karya Agung Melayu 181

Kemala ini terdapatnya unsur-unsur sejarah yang digarap secara historisisme baru membawa semacam ajaran idealistik. Apabila saya katakan ajaran, bukan bererti puisi Kemala sebuah puisi ajaran atau yang bersifat legislatif; tetapi yang diciptakan memenuhi tuntutan homo simbolikum, iaitu memiliki simbol-simbol, yang kadangkadang fizikal, abstrak, ikonikal, indensikal yang konotatif operasinya, tegasnya kaya dengan metafora. Kadang-kadang alam merupakan kewujudan daripada makro kosmos yang dikaitkan kepada makro kosmos, yang ertinya alam semesta bukan merupakan realiti tunggal atau monistik, tetapi bermacam-macam bentuk besar dan kecil, yang mungkin menerbitkan pelbagai pertanyaan. Secara teoretis, bagi Kemala, alam mengandungi banyak pertanyaan, juga banyak jawapan, alam ialah penanda dan petandanya adalah bagaimana cara kita memberi jawapannya, dan jawapan bagi Kemala ialah terdapatnya unsur-unsur ketauhidan dan ketaabudiyyahan dalamnya. Hal ini sesuai dengan firman Azzawajalla bahawa alam seluruhnya diciptakan untuk manusia, manusia seharusnya memanfaatkan alam. Seandainya manusia menyaksikan bagaimana langit dinaikkan, gunung ditegakkan, dan lautan dihamparkan, manusia akan bertanya siapakah penciptanya? Jawapannya ialah Allah. Maka demikian saya menyaksikan konsep kosmologi Melayu - Islam yang terterap dalam puisi-puisi Mim. Selain falsafah kosmos, hal kontekstual ialah pengalaman pengarang melalui musafir akal dan perjalanan diri. Musafir akal masuk ke dalam dirinya dan keluarganya, pendidikannya, persekitarannya, termasuklah mempertanyakan tentang bahasa, bangsa dan tamadun. Perjalanan diri Kemala yang pernah sampai ke beberapa buah negara Barat dan Timur, juga ke tanah suci, lalu kontekstual dengan situasional, membangkitkan iradah adibiyaah untuk mempertanyakan dan menjawab. kutepuk bumi rusia, bahagia alam yang kukecap rasa ini juga alam penyair, bumi yang besar dengan revolusi rakyat didik minum air ideologi nenek moyangnya karl marx dan kini tujuh puluh tahun yang lelah titik buntu rakyat menatap ketederal sepi muzium warisan dan keagungan tzar seni lukis eropah, dasar-dasar estetika relief, ukiran, mosaics, tapi wajah-wajah murung, mata yang sengsara berkedip pada roti, keju dan vodka tali momunisme semakin reput

Penghayatan Karya Agung Melayu 182

Puisi ke-27 menyaksikan pengalaman kontekstual di Moskow. Dengan gaya narasi yang menarik, kita dihadapkan dengan suasana kota itu yang pernah gagah dengan ideologi Marxisme; dan apabila tamat perang dingin pada tahun 1990, maka bermulalah keruntuhan komunisme. Secara teksdealisme, saya yang juga pernah berpeluang ke Moskow, amat terasa kebenaran nukilan Kemala. Kita tidak pernah terbayangkan ideologi yang berasal daripada ekonomi disistemasi yang menjadi amalan 30 buah negara dan separuh daripada Eropah selama lebih 200 tahun, akan mengalami suatu kecelakaan yang menguburkan komunisme di Rusia. Dan, manusia Moskow pun kembali mencari Tuhan. Inilah suatu ibarat yang ingin dikemukakan oleh Kemala tentang betapa hebatnya ideologi ciptaan manusia, namun akhirnya runtuh juga. Dunia yang dipilih oleh Kemala untuk mengisi langit-langit puisinya adalah gantungan-gantungan tentang kerawanan, kemurungan, dan kepiluan. Menyaksikan manusia sedang menyusun kemusnahan. Musnah dalam diri atau dalam negeri. Puisipuisi itu semacam suatu surealisasi semantik tentang manusia yang parah, dunia yang retak dan pecah. Puisi-puisi 40-50 berkisar pada diri pengarang dan keluarganya, tetapi maknanya mengimbau kepada seluruh masyarakat. syukurlah. Kau memilihku untuk kelangsungan ini, syukurlah Kau memilihku untuk menjadi manusia kaca, penyair yang memahami bahasa bulan, air, matahari, salju ombak, cakerawala, gunung, lalang, camar syukurlah, Kau memimpinku berenangan di laut payah dan Kauizinkan aku memakai baju cinta-Mu Pada puisi ke-40 ini, saya kira, penting untuk memahami Kemala. Nombor ke-40 selalu menjadi penting kerana itulah usianya Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul, kata orang "Life begisn at fourty", dan dalam kumpulan ini Kemala memilih puisi ke-40 untuk menyatakan aspirasi kepengarangannya. Membaca puisi ini ternyata Kemala sangat bersyukur kepada Ilahi kerana memilih hidupnya sebagai penyair; meskipun jalannya penuh dengan simpang-perenang, tetapi Kemala tetap berasa terharu dengan kurniaan Allah. Inilah suara penyair Islam yang sentiasa mengenang pemberian-Nya. Sekiranya kita menyaksikan sejarah tamadun Islam, kita memperoleh tiga golongan yang cuba mengembalikan Islam ke akarnya. Pertama, memelihara ajaran Islam yang asasiyyah yang dikerjakan oleh para peneroka mazhab; kedua, pertahanan akidah yang dilakukan oleh kelompok al-Asyariah; dan ketiga ialah memperkuatkan alihsan yang dilakukan oleh golongan Hasan al-Basri. Membaca puisi-puisi Kemala, dalam konteks ini, dapat saya katakan bahawa Mim dalam kelompok al-ihsan itu.

Penghayatan Karya Agung Melayu 183

Penciptaan puisi keislaman dalam Mim ini, jelas ciri-ciri al-ihsan seperti usaha membersihkan hati dan memupuk sifat-sifat yang mulia dan terpuji dalam diri, supaya kita menjadi insan Muslim yang baik. Kedua, terserlah adanya usaha pengarang untuk melatih dan mengembangkan jiwa supaya memperkuatkan hubungan dengan agama Islam. Inilah yang dinamakan riyadah al-ruhiyyah, suatu manifestasi memperbaiki hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dalam puisi-puisi Kemala, setiap peristiwa, gejala dan subjek yang diutarakannya dikaitkan dengan al-ihsan, ertinya dikembangkannya sebagai sumber pancaran cahaya bagi mengungkapkan wawasan al-ma'rifah. Kemala menyusunnya dengan kalimah dan wazan yang lembut, menusuk ke dalam kalbu, sehingga terasa bagi saya menjadi senandung jiwa yang memikat hati. Kemala mengajak pembacanya untuk mendekati Allah, juga mencintai Allah melalui puisi-puisinya. Tidak kelihatan Kemala hendak menjadikan puisinya sebagai wahana didaktif, seperti pada kebanyakan puisi berunsur Islam yang selalu terdorong ke arah pemaksaan dakwah. Manusia disedarkannya secara halus tentang hakikat keinsaniahannya: sedar dalam jenjang kemakhlukannya bagi memperbaiki diri dan memenuhi tanggungjawab sebagai makhluk Ilahi. Menjadi manusia Muslim bererti memahami tanggungajwab kepada Allah dan manusia, kerana di situlah statusnya hidup yang kamil. Membaca puisi-puisi dalam MIM terasa rintisan jalan untuk membangkitkan minat bagi suatu kehidupan Islamiah dan menuju istiqamah seorang sufi. Dilihat dalam konteks al-ihsan, MIM merupakan suatu warisan dalam puisi Melayu yang tidak ternilai harganya.

Rumusan Demikianlah analisis terhadap karya agung yang dihasilkan oleh sasterawan Negara Malaysia untuk menganalisis aspek falsafah dan pemikiran yang ternukil di dalamnya melalui identifikasi perwatakan, jalinan plot, pencitraan latar dan konflik-konfliknya. Salina menghurai akibat perang tentang falsafah manusia yang berhubungan dengan sosial, moral, pendidikan, agama dan ekonomi. Begitu juga dalam karya Bukan Lalangh ditiup Angin yang dihasilkan implikasi daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang berdarah itu. Falsafah pentingnya ialah untuk menjamin keamanan negarfa kesetabilan politik dan keharmonian kaum harulah diutamakan. Juara juga menunjukkan falsafah tentang politik, tetapi lebih menekankan kepada konflik pertentangan antara manusia yang inginkan kekuasaan dan percaturan ekonomi. Sementara MIM, sesuai sebagai sebuah teks agung bercorak Islami, ia menyuguhkan pemikiran tentang melahirkan manusia yang muslim, saleh dan sentiasa menjaga hubungan sesame manusia dan hubungan dengan Allah azzawajalla.

Penghayatan Karya Agung Melayu 184

RUJUKAN Abdul Jalil Hassan, 1993. Falsafah dan Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. A. Samad Said, 1987. Salina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Breton, Andre. 1990. Manifesto of Surrealism. Michigan: The University of Michigan Press. Brown, John Russell. 1968. Contemporary Theatre. London: Edward Arnold Limited. Durozui, Gerard, 2006. History of the Surrealist Movement. Chicago Press. Chicago: University of

Hashim Awang, 1985. Claude Simon, Nouveau Roman dan A. Samad Said dlm. Dewan Sastera, Disember. Kemala, 1999. MIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 1996. Falsafah danm Seni Kreatif Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Klasik: Warisan Keemasan, Singapura: Pustaka nasional. Mana Sikana, 1985. Tanggapan Sastera. Kuala Lumpur: Karya Bestari. Mana Sikana 2004, Sastera Melayu Pascamodenisme, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana, 2005, Teori Sastera Kontemporari, Bangi: Pustaka Karya. Noordin Hassan, 1974. Bukan Lalang Ditiup Angin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S.Othman Kelantan, 2005. Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wellek, Rene, 1968. Theory of Literature. London: Yale University Press

Penghayatan Karya Agung Melayu 185

KATA KUNCI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. cerminan masyarakat falsafah sosial bersifat mimetik komited dan kontekstual absurd proses dehumanisme demitefikasi kemanusiaan nuansa

1. Nyatakan falsafah yang cuba ditonjolkan oleh A. Samad Said dalam mengetengahkan Salina, seorang pelacur sebagai watak utama karyanya. 2. Jelaskan falsafah di sebalik pengkaryaan Bukan Lalang Ditiup Angin oleh Noordin Hassan (1974). 3. Juara karya S. Othman Kelantan memaparkan pemikiran bawah sedar seorang pelaga lembu yang ingin menjadi juara juara dalam laga lembu setelah gagal dalam laga politik. Bincangkan falsafah di sebalik pemaparan ini. 4. Dalam MIM puisi panjang karya Kemala terasa wujudnya kehadiran historia vitae magistra. Huraikan maksud falsafah historia vitae magistra tersebut.

Penghayatan Karya Agung Melayu 186

UNIT 10 PENERAPAN KARYA AGUNG DALAM PENDIDIKAN


HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini, anda akan dapat: 1. 2. Mengetahui dan memahami peranan karya agung dalam pendidikan sekolah kebangsaan. Mengaplikasikan kaedah dan aktiviti penerapan karya agung ke dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

PENDAHULUAN Dalam sistem pendidikan negara, bahasa Melayu adalah subjek wajib yang perlu dipelajari secara formal oleh murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Penyerapan bahan sastera adalah pelengkap bagi mempelajari kemahiran bahasa. Malah bahan sastera juga sebagai pelengkap kepada kemahiran lisan, membaca dan menulis. Teks sastera yang digunakan dapat menyuburkan daya penghayatan murid-murid berkaitan dengan keindahan bahasa Melayu disamping memberi keseronokan semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Di samping itu, matlamat samping utama lain ialah untuk menanam sikap amalan membaca walaupun mereka telah meninggalkan bangku sekolah. Karya agung yang diaplikasikan di sekolah terdiri daripada beberapa genre, antaranya ialah puisi yang berupada puisi moden dan tradisional; prosa yang terdiri daripada prosa tradisional dan moden; dan teks drama.

KAITAN ANTARA BAHASA DENGAN SASTERA Karya sastera Melayu menggunakan bahasa Melayu (lisan atau tulisan) yang mempunyai ciri-ciri istimewa dalam penghasilan karyanya. Bahasanya berbeza dengan bahasa harian biasa. Salah satu aspek keindahan karya sastera adalah susunan bahasa yang luar biasa dan menyentuh perasaan pembaca. Dengan menggunakan bahasa sastera, murid-murid dapat menyampaikan sifat-sifat bahasa dengan berkesan. Di samping itu, murid-murid dapat menghayati keindahan karya dan perhatian mereka akan tertumpu kepada unsur-unsur bahasa.

Penghayatan Karya Agung Melayu 187

Bahasa Melayu adalah wahana penting dalam pendidikan kebangsaan. Ia sesuai dengan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa komunikasi, bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Ia meliputi penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu, cekap berbahasa dan berkomunikasi serta memahami bahasa Melayu bagi mengungkapkan ilmu dalam kehidupan harian. Sebagai ikatan yang paling rapat, hubungan antara bahasa dengan sastera dipertautkan dalam satu perspektif yang bersifat holistik dan intergral. Ia juga dianggap sebagai dua unsur kebudayaan manusia yang saling berkaitan antara satu sama lin. Dunia sastera tidak pernah terpisah daripada pelbagai persoalan bahasa kerana bahasa adalah satu-satunya media ungkapan bagi sasterawan dalam mencipta karya kreatif. Mengajar bahasa berpaksi pada pegangan iaitu sastera dapat memberikan pengaruh besar kepada cara manusia berfikir berkaitan dengan hidup dan kehidupan, membezakan antara perbuatan jahat dengan buruk serta mengenal perbuatan benar dengan salah. Antara perkara yang dapat dilakukan p;eh murid-murid apabila menggunakan seni bahasa sastera adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Murid senantiasa berusaha menjadi insan yang syumul. Memperkayakan wawasan diri berkaitan dengan kehidupan. Menghayati dan mencintai kehidupan dalam lingkungan nilai kemanusiaan sejagat. Merangsang kreativiti serta semangat bagi menyempurnakan diri. Memupuk kepercayaan diri dan rasa jati diri sebagai bangsa yang mulia.

KEWAJARAN SASTERA DALAM MENGAJAR BAHASA MELAYU Terdapat beberapa kelebihan menggunakan karya agung (bahan sastera) dalam pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah: a) Membantu meningkatkan kualiti proses belajar dan mengajar. b) Memperkukuhkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Penghayatan dan pengukuhan semasa pengajaran dan pembelajaran dapat membantu. c) Memberi keseronokan. Ini disebabkan karya sastera mempunyai huraian mengenai perkara yang aneh dan ajaib. d) Membuka minda murid-murid untuk melihat dunia dengan lebih luas. e) Memupuk semangat membaca karya sastera pada jiwa murid-murid. Untuk jangka masa panjang, aktiviti membaca dapat menyuburkan mereka dalam aspek membaca dan kefahaman.

Penghayatan Karya Agung Melayu 188

f) Terdapat gambaran adat istiadat dan kebudayaan masyarakat Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia. g) Meningkat penguasaan kosa kata, struktur tatabahasa disamping kemahiran lisan, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. FIKIRKAN?: Cuba anda fikirkan dan beri pendapat, mengapakah bahan sastera dianggap penting untuk digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu?

KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR) Dalam kerangka pengajaran dan pembelajaran, guru masih berpandukan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. Dalam hal ini, kemungkinan besar, guru perlu berusaha untuk menyediakan teks sastera yang sesuai dengan keperluan murid-murid. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu, contoh Tahun 4 (2003), yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, keperluan penggunaan bahan sastera dapatlah diringkaskan sebagaimana berikut: Hasil Pembelajaran 2.0. Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca atau dialami. 2.1. Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat, serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 i. ii. Memilih diksi yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu cerita. Menyampaikan rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku di luar lingkungan persekolahan,

Aras II i. Bercerita berdasarkan bahasa yang telah dibaca dan peristiwa yang dialami

Penghayatan Karya Agung Melayu 189

Cadangan aktiviti/nota Mengadakan pertandingan bercerita di dalam bilik darjah. Contoh: Si Tanggang Diksi: derhaka, menyayat hati, berdagang, nakhoda Ceritakan kepada rakan tentang bahan yang telah dibaca atau didengar. Sesi sumbang saran untuk meramalkan kesudahan cerita.

Berdasarkan KBSR, sudah terdapat usaha untuk mengetengahkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera Melayu. Namun begitu, usaha ini masih belum berkesan. Teks yang akan digunakan tidak dibekalkan secara meluas di sekolahsekolah. Maka, usaha guru akan terbantut. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (2010) Penyediaan kurikulum ini terdapat usaha penambahbaikan untuk memartabatkan bahasa Melayu, Penyediaan kurikulum standard yang bermula Tahun Satu (2010), merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikusai oleh murid di sekolah kebangsaan. Kurikulum ini juga menitikanberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Malah kurikulum ini juga boleh dijdikan pemangkin untuk memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya kea rah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu. Aspek Seni Bahasa - Aspek ini ditambah sebagai satu kemahiran bahasa. Ianya merujuk kepada keupayaan murid memahami mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur, daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan. Di samping itu, elemen pengisian kurikulum berkaitan dengan kemahiran nilai tambah, patriotism dan peraturan sosiobudaya. Elemen kemahiran nilai tambah yang ditekankan dan perlu diserapkan adalah seperti berikut: 1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi 3. Kemahiran mmpelajari cara belajar

Penghayatan Karya Agung Melayu 190

4. 5. 6. 7.

Kajian masa depan Kecerdasan pelbagai Pembelajaran konstruktivisme Pembelajaran kontekstual

Pembelajaran dan kemahiran yang diperolehi daripada teks sastera (karya agung) dapat membentuk murid-murid lebih berketrampilan. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, bidang kerjaya dan seterusny sebagai ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat.

DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN Berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, objektif standard kurikulum mengambil kira keupayaan murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara formal. Antaranya masih menyentuh aspek lisan, membaca dan menulis. Beberapa intisari yang dapat dilihat ialah: 1. Lisan Bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Berbicara untuk menyampaikan kamlumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang tepat secara bertatasusila. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. Membaca Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respons dengan betul. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca. Menulis Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat yang betul Menulis imlak dengan tepat. Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul Evidens: - Menghasilkan penulisan dalam bentuk naratif dan bukan naratif menggunakan ayat yang gramatis.

2.

3.

Penghayatan Karya Agung Melayu 191

Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari segi ejaan dan tanda baca. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber. -

APLIKASI TEKNIK DAN AKTIVITI Mengaplikasikan teks sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, guru perlu mempelbagai teknik dan aktiviti P&P. Guru yang kreatif seharusnya mampu memberi kepuasan dan keseronokan kepada murid-murid. Penyediaan teknik dan aktiviti, guru seharusnya bijak dan mempunyai rasional berdasarkan teks sastera yang digunakan. Terdapat 3 kelompok teknik dan aktiviti yang sesuai semasa P&P berlaku. 1. Kumpulan Kaedah Informatif Kaedah Bacaan Terarah, Kaedah Simposium 2. Kumpulan Kaedah Partisipatif - Kaedah Pernyataan, Kaedah Lampasan Otak, Kaedah Perbincangan/Diskusi Kelompok, Kaedah Buzz-Group, Kaedah Forum, Kaedah Kuiz, Kaedah Kajian Kes, Kaedah Peristiwa, Kaedah Main Peranan. 3. Kumpulan Kaedah Partisipatif-Eksperiensial - Kaedah Penemuan, Kaedah Demonstrasi, Kaedah Ungkapan Kreatif, dll. a. Kaedah Demonstrasi Pepatah Cina ada mengatakan bahawa: Saya dengar, mungkin saya lupa Saya lihat, mungkin saya faham Saya buat, tentu saya ingat

Di dalam mengajar karya agung, guru boleh menggunakan semua genre kerana di dalam genre ini terdapat elemen-elemen yang berkaitan dengan watak, latar, nilai dan pengajaran dan elemen sampingan yang lain. Elemenelemen ini akan memaparkan pelbagai peristiwa seperti berjual-beli, berkebun, memancing, memasak, bertukang, mengukir, menyulam dan sebagainya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 192

Cara kaedah tunjuk cara atau demonstrasi dilakukan adalah seperti yang berikut: 1. Seorang individu (murid) membuat sesuatu di hadapan murid-murid lain bagi menunjukkan bagaimana perbuatan itu dilakukan. 2. Demonstrasi dilakukan dalam situasi pembelajaran. 3. Semasa melakukan tunjuk cara, pelbagai jenis model boleh digunakan seperti model hidup, model simbolik ataupun model persepsi. Ciri-ciri Kaedah Demonstrasi Terdapat beberapa ciri penting kaedah demonstrasi ini. Antaranya ialah: 1. Melihat kemahiran Guru memperlihatkan suatu kemahiran kepada murid. Guru memberi penerangan semasa demonstrasi dilakukan. Cara ini membolehkan murid lebih mudah faham. 2. Pemglibatan murid - Guru boleh melibatkan murid semasa sesi demonstrasi dilakukan. Murid yang boleh mlakukannya dengan baik, boleh dijadikan contoh. 3. Peluang mendengar dan melihat Guru perlu memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat demonstrasi dengan baik. Sekiranya murid agak ramai, mereka boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. 4. Kaitan antara teori dan praktik - Kaedah ini berkesan kerana murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dengan kemahiran atau aktiviti yang dipraktikkan.

b. Teknik Kad Imbasan Teknik ini sesuai digunakan untuk mengajar aspek gaya bahasa/ bahasa kiasan. Guru boleh membuat persediaan awal dengan menyediakan contoh-contoh gaya bahasa/ bahasa kiasan. Malah guru boleh menggunakan komputer dengan menyediakan slide power-point. Contoh, menggunakan simile yang menggunakan tanda baca seperti, bagaikan, umpama dan lain-lain. Guru boleh menyediakan ayat pada kad/ slid bagi memudahkan kefahaman murid. c. Teknik Bayangan Minda Bayangan minda ada kaitan dengan kemampuan kecerdasan intrapersonal. Teknik bayangan minda bertujuan untuk member dan pemahaman kepada murid berkaitan dengan karya/teks yang dibaca. Contoh: peristiwa berlaku di kebun sayur atau di pasar. Di sini, guru boleh meminta muridnya membayangkan situasi peristiwa yang bermain dalam minda murid. Aktiviti ini dapat menyedarkan murid

Penghayatan Karya Agung Melayu 193

mengenai peristiwa itu. Cara begini dapat mendidik muird memahami nilai murni dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. d. Teknik Main Peranan Teknik mlibatkan murid dan murid. Namun begitu, penglibatan murid lebih penting daripada guru. Guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Ini adalah aktiviti lakonan spontan yng dilukan oleh sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip. Maknanya, murid melakonkan watak yang diberikan tanpa perancangan awal dialog yang bakal dituturkan oleh murid. Biasanya aktiviti ini memerlukan murid membayangkan perkara yang pernah dilalui ataupun mewujudkan cerita baru. Setiap murid perlu membayangkan situasi yang berlaku. Aktiviti ini juga boleh dilakukan berdasarkan idea guru. Kostum yang sesuai boleh digunakan, supaya terdapat unsur penghayatan. Setiap murid bekerjasama dan berkomunikasi antara satu sama lain supaya aktiviti ini berjalan lancar. Di sini dapat dipupuk supaya murid berani berinteraksi sesama mereka. e. Teknik Lakonan Teknik ini memberi kesempatan kepada guru mengadaptasikan cerita daripada teks/karya sastera ke dalam bentuk lakonan. Melalui cerpen, novel atau prosa tradisional yang mengandungi pelbagai jenis watak, guru boleh menyediakan skrip atau kumpulan murid menyediakan skrip. Guru meminta murid-murid melakonkan cerita dengan menghayati watakwatak yang terdapat dalam teks/karya. Hanya beberapa watak sahaja yang perlu dilakonkan. Menerusi aktiviti lakonan, guru dapat mengetahui tahap kecerdasan interpersonal murid dari mula berkaon sehinggalah tamat. Aktiviti ini dapat mengetahui tahap kreativiti murid-murid melalui kumpulan kecil yang telah dibahagikan. f. Teknik Simulasi Simulasi merupakan aktiviti yang dilakukan bagi mengaplikasi teknik kecerdasan interpersonal. Murid perlu melakukan aktiviti seperti lakonan. Peristiwa yang melibatkan watak dalam teks/karya boleh dilakonkan. Simulasi juga adalah situasi bagi menyerapkan keadaan sebenar. Teknik ini mengkehendaki murid-murid melakukan sesuatu pergerakan secara pura-pura dalam keadaan yang terkawal.

Penghayatan Karya Agung Melayu 194

Guru berperanan sebagai pengawal tingkah laku murid-murid semasa aktiviti simulasi dilakukan.

g. Improvisasi Teknik ini ialah aktiviti sumbang saran atau terges-gesa (tidak dirancang dengan teliti dan sebagainya). Proses ini dijalankan selepas murid-murid selesai membaca sesuatu teks sastera. Contoh, murid telah membaca cerpen. Murid boleh membuat improvisasi seperti membina urutan cerita baru menerusi cerpen yang dibaca. Murid boleh menambahkan watak dalam cerita atau mngubahsuai penamatan cerita supaya lebih menarik. Murid-murid juga boleh diberi peluang membina watak sendiri berdasarkan idea-idea mereka. Selepas membaca teks, murid boleh memikirkan idea-idea baru, contohnya penamatan cerita.

h. Teknik Menyelesaikan Masalah Antara ciri utama teknik ini digunakan di bilik darjah adalah: Menyelesaikan masalah memerlukan kepada perancangan, strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai. Kaedah yang dipilih perlu sesuai dengan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan kefahaman murid, Teknik ini ada kaitan dengan perkembangan kognitif, sekurang-kurangnya perlu sampai ke peri ngkat aplikasi. Teknik ini tidak boleh dihafaz. Setiap soalan bermasalah perlu strategi bagi menyelesaikannya. Teknik ini boleh melibatkan lebih daripda satu pendekatan. Prosesnya perlu dilaksanakan melalui aktiviti bersistematik. Prosesnya memerlukan aplikasi kemahiran, konsep ataupun prinsip yang perlu dikuasai terlebih dahulu. Cara Belajar Menyelesaikan Masalah Teknik ini dilaksanakan di bawah seliaan guru. Ada lima (5) langkah dicadangkan bagi melaksanakan teknik ini, iaitu: a. Kenali masalah - Murid-murid perlu mengenali dan mengesan masalah melalui perbincangan ataupun melihat tangan filem atau video atau youtube. Guru boleh mewujudkan persekiataran pembelajaran yang bebas tanpa ada banyak sekatan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 195

b. Menentukan masalah - Murid kerapkali mngalami masalah dan guru perlu tentukan cara menyelesaikannya. Guru perlu member panduan bagi memusatkan fikiran ke arah menyelesaika masalah itu. Guru boleh membantu murid-murid mencari maklumat berdasarkan teks yang digunakan. c. Cadangan penyelesaian - Langkah ini memerlukan murid-murid mengkaji semua data, menganalisis, mencari jawapan dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara terbaik. d. Penelitian penyelesaian atau jawapan Jawapan yang kurang baik perlu diketepikan. Guru perlu menggalakkan murid memilih jawapan yang baik/relevan sahaja. Semua fakta dan maklumat perlu dinilai. Penyelesaian masalah yang dilakukan dengan cermat dapat menentukan mutu penyelesaian. e. Pemeriksaan kesimpulan Jawapan yang dipersetujui perlu diuji dengan member peluang kepada murid lain dan guru membincangkannya secara bebas. Cara ini memastikan penyelesaian masalah itu ditolak ataupun diterima. i. Teknik Sumbang Saran Teknik ini adalah teknik mengajar berbentuk perbincangan kreatif bagi mendapatkan idea-idea daripada setiap kumpulan. Teknik ini melibatkan latihan perbincangan secara kumpulan. Berdasarkan teks/karya, guru boleh mengemukakan situasi supaya murid boleh menjana idea. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah idea dan masa. Seberapa banyak idea yang dikemukakan perlu diterima. Setiap kumpulan akan berusaha mencari idea yang baik. Teknik ini dijalankan dalam masa yang singkat. Masa bagi mengeluarkan idea dikawal supaya supaya setiap ahli kumpulan digalakkan berfikir secara pantas. Murid digalak berfikir secara pantas.

j. Teknik Kerusi Panas Dalam aktiviti ini, sebuah kerusi diletakkan di hadapan kelas. Teknik ini sesuai untuk mengajar watak, sama ada watak utama atau watak jahat (antogonis). Guru perlu memilih murid yang bagus, dua hari sebelum pelaksanaannya. Murid berkenaan perlu menghayati watakwatak yang telah ditugaskan kepadanya.

Penghayatan Karya Agung Melayu 196

Teknik ini dapat membina murid menghayati setiap watak dan perwatakan serta memahami plot cerita. Teknik ini dapat menerapkan kemahiran lisan. Murid yang melakonkan watak berkaitan boleh dikenakan kostum yang sesuai. Dalam aspek bahasa, teknik ini dapat menerapkan kemahiran interpersonal, mencari maklumat, latihan bertanya dan menjawab secara spontan.

k. MESTAMU Mestamu ialah menyanyi syair/sajak tanpa muzik. Guru boleh mengajak murid-murid untuk melagukan puisi tradisional seperti pantun, syair dan sajak mengikut irama tersendiri secara kumpulan kecil, kumpulan besar. Semasa melagukannya, guru boleh mengajak murid-murid melagukannya sambil bertepuk tangan atau objek yang boleh menimbulkan irama. Pada hakikatnya, murid-murid suka menyanyi.

l. Permainan Bahasa Permainan bahasa ini bolej jadi bentuk kuiz, roda impian, kotak beracun, silang kata (crossword-puzzle), harta karun, patung-patung dan sebagainya. Murid-murid perlu membaca dan memahami teks sastera yang disediakan. Permainan bahasa sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan lagi kefahaman murid-murid. Guru perlu menyediakan soalan-soalan permainan bahasa mengikut aras kefahaman murid-murid. Permainan bahasa seperti roda impian, silang kata dan kotak beracun, guru perlu menyediakan model permainan. Alat muzik boleh disediakan semasa melaksanakan aktiviti ini. m. Bercerita Teknik bercerita lebih menitikberatkan kemahiran lisan. Murid-murid yang dipilih perlu ditampilkan di depan kelas. Tujuan teknik ini untuk mengetahui tahap kefahaman murid-murid terhadap teks yang telah dibaca. Guru boleh menggunakan teks prosa tardisional atau cerpen. Guru boleh mengaplikasi teknik bercerita mengikut intonasi dan skemarima yang diperlukan. Guru boleh melatih murid mendeklamasi sajak, pantun atau syair.

Penghayatan Karya Agung Melayu 197

n. Teknik Membuat Projek Teknik ini adalah kaedah secara kumpulan. Teknik ini adalah hasil tugasan bagi proses belajar dan mengajar. Berdasarkan teks sastera/ karya agung, murid boleh dilatih menyediakan: ~ kolaj ~ buku skrap ~ model seperti rumah kampung, keris, sangkar, diorama, patung dsb.

RUMUSAN Dalam pendidikan bahasa Melayu, teks sastera/karya agung diperkenalkan bagi memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dijadikan panduan untuk mengajar seni bahasa. Murid berupaya menghayati bahasa indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur. Banyak teknik dan aktviti bahasa yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Semua pendekatan ini dapat melahirkan guru yang kreatif dan inovatif, dan sekaligus memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Penghayatan Karya Agung Melayu 198

Rujukan Naffi Mat. 2009. Teknik Mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Vincentius Santosa & Iin Mensah Mulyani. 2008. 100 Permainan Kretaif untuk Outbond & Training. Yogjakarta: Penerbit ANDI.

KATA KUNCI
1. kurikulum 2. Sukatan Pelajaran 3. Huraian Sukatan Pelajaran 4. Kurikulum Standard 5. kaedah demonstrasi 6. teknik bayangan minda 7. teknik main peranan 8. simulasi 9. sumbang saran 10. permainan bahasa

1. Berdasarkan sumber semasa anda, bincangkan aktviti-aktiviti yang dianggap sesuai untuk dibawa ke dalam bilik darjah untuk mengajar karya agung, sama ada berbentuk puisi atau prosa. 2. Pada pendapat anda, mengapakah guru dan juga murid-murid tidak minat atau memberi perhatian serius terhadap prosa tradisional? 3. Mengapakah guru kurang kreatif mengendalikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan sastera/ karya agung kepada murid-murid? Sekiranya kurang kreatif, bagaimanakah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran?