Anda di halaman 1dari 2

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, KM 10, Jalan Bukit Pasir, Bukit Pasir, 84300

Muar,Johor. __________________________________________________________________________________ Tarikh : 1 April 2011 Kepada: YB Datuk Shahruddin Bin Mohd Salleh, Wakil Rakyat ADUN Jorak

Tuan, MEMOHON SEDIKIT SUMBANGAN KEWANGAN ATAU BAHAN CETAK/BACAAN/ILMIAH UNTUK DITEMPATKAN DALAM BILIK/PUSAT SAL (Self Access Learning Centre). Izinkan saya merujuk perkara di atas. 2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sedikit sumbangan berupa kewangan atau bahan cetak/bacaan/ilmiah Bahasa Inggeris untuk penggunaan didalam bilik /pusat khas yang baru diwujudkan. Tujuan pengwujudan bilik/pusat tersebut adalah untuk menggalakan pembelajaran kendiri iaitu murid belajar dan menilai pencapaian sendiri berdasarkan bahan yang dibaca. Guru hanya bertindak sebagai penasihat dan memantau perkembangan pencapaian murid. 3. Lokasi bilik/pusat tersebut adalah di tingkat 2 blok B bangunan baru. Ianya dilengkapi dengan ruang interaksi/permainan dalaman, ruang pentas mini dan juga ruang belajar sendiri. 4. Untuk makluman tuan, bilik/pusat SAL ini merupakan satu program khas Panitia Bahasa Inggeris SKSR yang boleh dimanafaatkan oleh semua murid, guru dan warga kerja SKSR. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan sedikit sumbangan tidak kira dari segi kewangan mahupun bahan Bahasa Inggeris supaya dapat merialisasikan objektif pengwujudan bilik/pusat SAL ini. 5. Kerjasama pihak tuan memberikan sedikit sumbangan dalam menyempurnakan bilik/pusat SAL ini amatlah kami dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, ........................................................... (PN.NORAZLIMA BINTI LIMAT) Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Raya sk: Pn. Asidah Talib Guru Besar SKSR

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Sungai Raya, KM 10, Jalan Bukit Pasir, Bukit Pasir, 84300 Muar,Johor. __________________________________________________________________________________ Tarikh : 1 April 2011 Kepada:

YDP PIBG SK Sungai Raya

Tuan, MEMOHON SEDIKIT PERUNTUKKAN PERTANDINGAN ACTION SONG Izinkan saya merujuk perkara di atas. 2. Pihak kami sedang membuat persiapan dan persediaan untuk menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung seperti butiran dibawah; Tarikh Hari Masa Tempat Peserta : : : : : 16 April 2011 SABTU 8.00 pg hingga 12.00 tengah hari SK Tanjung Gading 15 orang murid dari tahun 2 Bestari dan 3 Cemerlang ( 10 perempuan dan 5 lelaki ) KEWANGAN UNTUK PENYERTAAN KE

3. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami untuk mendapatkan sedikit peruntukan kewangan bagi memudahkan semua urusan persiapan dan persediaan tersebut. 4. Kerjasama pihak tuan memberikan sedikit peruntukan untuk meringankan bebanan kos kami

ini amatlah kami dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar, ........................................................... (PN.NORAZLIMA BINTI LIMAT) Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Sungai Raya sk: Pn. Asidah Talib Guru Besar SKSR

Anda mungkin juga menyukai