Anda di halaman 1dari 8

MEDIUM SEMAIAN DAN TANAMAN

Apa itu MEDIUM? MEDIUM ialah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih dan menanam pokok.

MEDIUM TANAMAN ASAS 3 bahan utama dalam penyediaan medium: 1. Tanah Loam - tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun. 2. Bahan Organik - bahan yang terdiri daripada campuran kompos dan najis haiwan yang reput dan kering. 3. Pasir Sungai - pasir dari sungai yang mempunyai tekstur yang kasar. Fungsi Bahan Medium: 1. Tanah loam - menegapkan dan mengukuhkan anak pokok. 2. Bahan Organik - membekalkan sumber nutrien pada pokok. 3. Pasir Sungai - memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium. PENYEDIAAN MEDIUM SEMAIAN DAN PENANAMAN Peralatan yang diperlukan: 1. Sediakan alatan tangan dan bahan membuat campuran medium. 2. Tapis bahan untuk mengasingkan ketulan batu, tanah dan rumput. 3. Sukat bahan medium itu tadi menggunakan tin atau baldi mengikut kadar atau nisbah yang betul. Medium Semaian 1. Kita perlulah mencampurkan ketiga-tiga bahan (tanah loam : bahan organik : pasir sungai ). 2. Nisbah campuran ialah 2:1:1. 3. Gaulkan ketiga- tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati. (JOHN INNES telah memperkenalkan nisbah campuran medium semaian ini) Medium Penanaman 1. Nisbah campuran ialah 3:2:2 atau 7:3:2. 2. Gaulkan ketiga -tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati.

MEDIUM TANAMAN YANG LAIN Selain daripada medium tanaman asas seperti yang telah diterangkan tadi, terdapat beberapa medium lain yang boleh digunakan sebagai medium semaian dan tanaman. Antaranya: 1. SABUT KELAPA

Penggunaan sabut kelapa sebagai medium tanaman cukup baik, kerana sabut kelapa mempunyai pengudaraan dan daya simpan air yang baik. Sabut kelapa mudah didapati dan harganya murah. Walau bagaimanapun, sabut kelapa didapati mudah rosak dan busuk, sehingga menjadi sumber penyakit. Sabut kelapa tua adalah disarankan jika anda memilih untuk menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman.

2.

ARANG KAYU

Arang kayu juga boleh digunapakai sebagai medium tanaman. Melalui proses kayu dibakar, arang kayu merupakan medium tanaman yang steril, tidak mudah ditumbuhi oleh kulat dan bakteria. Arang kayu juga tidak mudah rosak, dan mudah didapati di mana-mana. Namun arang kayu sukar mengikat air dan kurang unsur hara yang diperlukan oleh tanaman. Arang kayu boleh digunakan sebagai medium tanaman semua jenis tanaman anggerik.

3.

PAKIS

Pakis boleh digunakan sebagai medium tanaman, ia mempunyai daya ikat air, saliran dan pengudaraan yang baik. Daya rosak pakis adalah secara perlahan-lahan. Dan mengandung unsur hara yang diperlukan oleh tanaman. Namun, penggunaan pakis sebagai medium tanam semakin berkurangan kerana jumlah paku pakis yang semakin berkurangan.

4.

ROCK WOOL

Rock wool adalah olahan dari batu gunung berapi yang diproses menjadi serat dengan ukuran 0,006 0,01 mm. Rockwool merupakan medium terurai lengai, poros, steril dan tidak menyokong akar dengan teguh. Ia paling sesuai untuk anak benih dan keratan batang. Ia merupakan medium tumbuhan hidroponik terbaik. Anda boleh mendapatkan Rockwool dalam bentuk pak, kiub atau dalam bentuk butiran. Apabila Rockwool ditepukan, ia mengandungi kira-kira 80 peratus larutan nutrien, 15 peratus ruang udara dan 5 peratus serat. Sebelum anda menggunakan Rockwool anda, anda perlu memastikan bahawa ia direndam semalaman dalam larutan pH yang rendah untuk menurunkan pH semulajadinya yang tinggi. Yang Rockwool terbaik biasanya sangat ringan dengan serat melintang secara mendatar dan menegak. Struktur rawaknya menggalakkan pertumbuhan akar dari semua arah. Rockwool juga didatangkan dalam bentuk bungkusan kepingan nipis daripada plastik untuk menghalang pertumbuhan alga dan bertindak sebagai bekas. Rock wool telah digunakan di Denmark dan Belanda sebagai medium tanaman. Rock wool mempunyai pori yang seragam. Ia tidak mudah rosak, mampu menyimpan air, hara dan udara dengan baik. Memang rock wool tidak mengandung hara, tetapi ia mampu menyimpan baja dari siraman. Jumlahnya yang masih belum banyak menyebabkan ia sukar diperolehi untuk dijadikan medium tanaman.

5.

GAMBUT

Gambut berupaya mengekalkan air dan mengurangkan larut lesap nutrien. ia melonggarkan tanah liat dan mengikat tanah berpasir. Selain daripada itu, ia amat berguna di tanah keras dan membantu mencegah waterlogging dan tanah berketul. Kaya dengan bahan organik dan perapi tanah jangka panjang yang berfungsi memperbaiki strukturnya. Medium ini boleh didapati di kebanyakan kedai-kedai pertanian. Medium ini terhasil daripada bahan-bahan tumbuhan yang terurai di kawasan yang tidak bersaliran baik. Gambut digredkan mengikut tahap penguraian dan jenis tumbuh-tumbuhan yang terkandung dalam bahan. Terdapat empat jenis gambut yang berbeza: a. Lumut hypnaceous.

b. Sedge (rumput banat/lembang/purun/gedabong/kumba).

c. Humus atau baja kandang. Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik. Sumber bahan organik - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan mati. Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di dalam tanah. Ciri Humus: i. Stabil. ii. Berwarna gelap. iii. Tidak larut dalam air. iv. Menyimpan air. v. Menyimpan kation.

d. Lumut Sphagnum. Sphagnum moss mempunyai daya pengikat air yang sangat baik. Sebagai medium tanaman sphagnum moss juga mempunyai daya simpan dan buangan air yang cukup baik. Sphagnum moss mengandung unsur N (Nitrogen) 2 3%. Jumlah moss sudah mulai berkurangan dan harga juga mula menjadi mahal.

Sphagnum lumut mempunyai kualiti bahan organik yang paling tinggi untuk berkembang dan memperbaiki tanah dengan meningkatkan saliran dan pengudaraan.

6.

VERMIKULITE

Vermikulit adalah terdiri daripada bahan daripada MIKA, mineral silikat yang dipanaskan kepada 745 darjah Celsius. Apabila ia dipanaskan, zarahnya yang berkembang, memegang air dan menambah pengudaraan dan saliran di batas semaian.

7.

PERLITE

Perlite, seperti vermikulit, juga merupakan bahan silikat, tetapi dilombong daripada gunung berapi. Perlite ringan dan saiz yang seragam dan konsisten, menjadikannya sesuai untuk pengudaraan dan saliran. Perlite dan vermikulit boleh digunakan dalam hidroponik.

8.

SEKAM PADI

Sekam padi boleh ditambah ke medium yang lain untuk meningkatkan saliran dan pengudaraan. Sekam padi adalah lebih murah kerana ia merupakan bahan buangan yang terhasil daripada proses menghasilkan beras. Penggunaan sekam padi mampu menambah manfaat kepada tanah berbanding penggunaan habuk papan atau kayu bahan-bahan untuk tanah serta tidak mengurangkan kandungan nitrogen dalam tanah.

9.

GULI TANAH LIAT (CLAY PEBBLES)

Guli tanah liat adalah lengai, ringan, mempunyai pH yang neutral dan boleh dikitar semula. Guli tanah liat mempunyai liang udara di dalam dan ini bermakna ia merupakan satu medium tumbuhan hidroponik yang baik yang mampu memegang larutan nutrien dengan

baik. Memandangkan bentuknya yang bulat, terdapat banyak udara di antara guli yang merangsang pengambilan nutrien dan juga membolehkan pengaliran air keluar dengan cepat. Anda boleh memperbaiki saliran dengan mencampurkan guli tanah liat dengan lainlain medium tumbuhan hidroponik seperti gentian kelapa. Guli tanah liat sangat popular dalam sistem tanaman hidroponik.

Anda mungkin juga menyukai