Anda di halaman 1dari 1

PISMP Pengajian Agama Januari 2011, IPG Kampus Perempuan Melayu, 75400 Jalan Maktab, Melaka.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Perempuan Melayu, 75400 Jalan Maktab, Melaka.

19 JANUARI 2014.

Tuan, Memohon Kebenaran Menginap di Luar Sepanjang Praktikum Merujuk perkara di atas, saya Nurul Syazwani binti Nor Azmal wakil PISMP Pengajian Agama Januari 2011 ingin memohon kebenaran menginap di luar sepanjang praktikum. 2. Hal ini demikian kerana jarak sekolah dengan IPG yang mengambil masa selama satu jam amat menyukarkan kami untuk berulang alik dari sekolah ke IPG. Oleh itu, kami terpaksa menyewa rumah di luar bagi memudahkan kami berulang alik dari sekolah ke rumah sewa. 3. Untuk makluman tuan, kami akan menjalani praktikum selama tiga bulan bermula 27 Januari-25 April 2014. Sehubungan dengan itu, kami turut sertakan lampiran sebagai rujukan tuan. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Yang benar,

(Nurul Syazwani binti Nor Azmal)

Anda mungkin juga menyukai