Anda di halaman 1dari 1

1.

PENGENALAN GIMNASTIK

Menurut Salmah Ayob (Pergerakan Kreatif dan Pendidikan, 1992), gimnastik ditakrifkan sebagai bentuk senaman yang sistematik yang direka untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu terhadap tubuh badan. Latihan-latihan dirian, gulingan, lompatan imbangan dan sebagainya serta aktiviti-aktiviti yang

menggunakan peralatan-peralatan, baik kecil mahupun besar, adalah aktiviti-aktiviti yang termasuk dalam bidang gimnastik.

Jenis-jenis aktiviti ini menyediakan asas untuk perlakuan-perlakuan fizikal di mana elemen-elemen kekuatan, kelenturan, ketangkasan, daya tenaga, ketahanan otot dan perseimbangan boleh dipertingkatkan dengan cara tertentu. Situasai pembelajaran yang amat individualistik juga boleh membantu membentuk sifat-sifat seperti ketekunan, kecekalan, keberanian dan keyakinan kendiri.

Jenis-jenis gimnastik yang utama ialah : i. ii. iii. Gimnastik pendidikan Gimnastik artistik Gimnastik irama.

Yang menjadi asas kepada semua geraklaku dalam gimnastik, diantaranya ialah lompatan, pendaratan, penyokongan, pemindahan berat beban,

penggantungan, pengerekotan (mengerotkan badan), pelayangan, penggulingan dan perlunjuran.

Tujuan gimnastik artistik ialah untuk menghalusi kemahiran-kemahiran yang tertentu dan yang khusus. Prosesnya melibatkan pengajaran kemahiran-kemahiran secara progression mengikut susunan tahap kesukaran dan kemudian

menggabungkannya ke dalam latihan-latihan rutin.