Anda di halaman 1dari 2

3.

PENGENALAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran.

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:

a. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam. b. Memilih kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai. c. Merancang pengajarannya. d. Menentukan strategi P&P. e. Menyediakan bahan bantu pengajaran. f. Menyediakan penilaian.

Rancangan Pengajaran Harian biasanya mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian.

Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut. Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif

pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan Murid dinilai secara berterusan. Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Rancangan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur. Rancangan pengajaran ini juga penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

10

Antara kepentingan-kepentingan RPH ialah :

a. Menentukan objektif pengajaran tercapai. b. Meyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran c. Mengelakkan sebarang penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar. d. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan. e. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. f. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

g. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian. h. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

Oleh itu, RPH amat penting dalam pelaksanaan sesuatu proses P&P kerana RPH akan menjadi panduan kepada guru semasa melaksanakan aktiviti pengajaran. Seorang guru perlu menyediakan RPH sebelum melaksanakan P&P.

11

Anda mungkin juga menyukai