Rosmarlisa Azura binti Abdul Ghani, Setiausaha Program Cakna Pelajar UUM Bersama Komuniti, Ibu Pejabat Polis

Daerah (Cawangan Khas), Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Tel Fax

: 09 775 2246 : 09 773 6022

Pengarah, Syarikat Muda Osman Sdn.Bhd, 2422 Kaw. Perindustrian Pengkalan Chepa 2, 16100 Kota Bharu, Kelantan. (u/p : En. Azim bin Hj. Osman) Tuan/Puan, MEMOHON SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM CAKNA PELAJAR UUM BERSAMA KOMUNITI DI PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK), JAJAHAN BACHOK. Izinkan saya merujuk perkara di atas.

Tarikh :

JUN 2009

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sedikit sumbangan pihak tuan/puan untuk menjalankan program Cakna Pelajar UUM Bersama Komoniti di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Jajahan Bachok bagi pelajar semester II jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM) kampus Kota Bharu Kelantan seperti mana berikut :

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Nama Program Tarikh Pelaksanaan Masa Tempat Perasmian oleh

: Program Cakna Pelajar UUM Bersama Komuniti : 27 JUN 2009 (Sabtu) : 0800 – 1330 : Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), Jln Durian Kudung, Gunong, 16090 Bachok, Kelantan : YBrs Napisah bt Mohd Zin, Penolong Pengarah KanakKanak Jabatan Khidmat Masyarakat Negeri Kelantan.

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini merupakan satu program khidmat masyarakat yang mana para pelajar akan menyumbangkan tenaga untuk menceriakan PAKK dan menyumbang bahan bacaan kepada kanak-kanak yang tinggal di sekitar Gunong, Bachok. Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat

memberikan sedikit sumbangan tidak kira dari segi kewangan mahupun cenderahati supaya dapat meringankan beban yang dipikul oleh pihak kami. 4. Bersama-sama ini disertakan laporan kertas cadangan yang telah kami sediakan untuk rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama pihak tuan memberikan sedikit sumbangan dalam menyempurnakan program ini amatlah kami dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

....................................................................... (ROSMARLISA AZURA BT ABDUL GHANI)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful