Anda di halaman 1dari 16

Tugasan Tutorial M3

Sebagai seorang guru sekolah rendah, anda dikehendaki merancang 1 jam pengajaran yang bertajuk Pencemaran Air. Bina satu objektif pembelajaran dan tiga hasil pembelajaran untuk pengajaran tersebut.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
1.4 Mengetahui kesan-kesan aktiviti manusia terhadap persekitaran

(sumber HSP Sains KBSR Tahun 6)

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran, murid dapat: Menyatakan sekurang-kurangnya tiga contoh- contoh kemusnahan persekitaran yang disebabkan oleh manusia. Menerangkan sekurang kurangnya lima kesan aktiviti-aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran dan kemusnahan persekitaran. Meramalkan sekurang-kurangnya tiga situasi yang akan berlaku kepada ekosistem di Bumi jika aktiviti-aktiviti manusia tidak dikawal.

SAINS KBSR TAHUN 6


TEMA BIDANG TAJUK : Menyiasat Benda-benda Hidup : Interaksi antara benda hidup :

LEMBARAN KERJA

VIDEO
BAHAN BANTU MENGAJAR
AKUARIUM + IKAN (TERCEMAR DAN BERSIH)

GAMBAR

GAMBAR

GAMBAR

AKUARIUM + IKAN (TERCEMAR DAN BERSIH)

VIDEO

LEMBARAN KERJA

LANGKAH PERLAKSANAAN

Set Induksi (5 minit)


Memperkenalkan tajuk yang ingin diajar iaitu KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PERSEKITARAN. Memperkecilkan tajuk kepada PENCEMARAN AIR. Menayangkan slaid mengenai gambar sungai-sungai yang tercemar teruk dan sungai yang bersih. Menanyakan soalan mengenai perbezaan antara gambar-gambar yang ditunjukkan.

Pencetusan Idea (15 minit)


Aktiviti: Soal Jawab - Menanya murid mengenai Pencemaran Air untuk mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid. - Membantu murid membina kefahaman secara lebih mendalam melalui sesi soal jawab tanpa mendedahkan petunjuk secara jelas.

Penstrukturan Semula Idea (25 minit)


Membawa murid keluar untuk membuat kajian lapangan mengenai kesan pencemaran air di kawasan parit di sekitar sekolah. Meminta murid membuat pemerhatian mengenai apa yang mereka lihat di kawasan kajian dan membuat inferens mengenai kesan pencemaran air terhadap hidupan air di kawasan tersebut. Kemudian, murid dikehendaki menyenaraikan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air.

Aplikasi Idea ( 10 minit)


Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil. Memberikan kumpulan-kumpulan tersebut tugasan mengenai kesankesan pencemaran air terhadap hidupan akuatik dan manusia. Pada masa ini, guru boleh menilai sejauh mana kefahaman murid di dalam topik ini. Sekiranya murid kurang jelas mengenai tugasan tersebut, guru boleh memberikan petunjuk kepada murid dalam bentuk soalan. Ini akan membentuk kefahaman yang lebih jelas kepada murid mengenai tugasan yang diberi.

Refleksi (5 minit)
Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan. Melalui aktiviti ini, murid akan dapat memahami idea topik ini secara keseluruhan dan dapat mengingat semula pengajaran yang telah mereka buat di dalam dan luar kelas. Selain itu, latihan pengayaan juga diberi kepada murid untuk menambahkan kefahaman mereka.

Anda mungkin juga menyukai