Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN PENGUNAAN PAPAN TULIS1 1. Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaranpembelajaran di bilik darjah.

2. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. 3. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. 2. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. 3. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang di huraikan. 4. Untuk mendemonstrasikan sistematik. langkah-langkah penyelasaian masalah secara

5. Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. 6. Untuk memberikan peluang kepada murid-murid mencatit nota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Rancang penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat di letakkan ditempat yang sesuai. 2. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambar rajah yang menarik.

12hb februari 2011, sabtu-kuliah

3. Tulisan dan gambar rajah yang di gunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas. 4. Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan. 5. Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan. 6. Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. 7. Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS 1. Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dnegan lebih jelas dan tepat. 2. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. 3. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. 4. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. 5. Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. 6. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

KOMPENAN-KOMPENAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Saiz tulisan yang sesuai Tulisan kemas dan tepat Gambar rajah jelas dan ringkas.

KEJELASAN

SUSUNAN

Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang. Susunan dapat di lihat dan teratur.

PENONJOLAN DAN PENEKANAN

Penggunaan kapur warna yang sesuai Penggunaan kapur warna yang menarik

TEKNIK PERSEMBAHAN

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat Permudahkan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaranpembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.