Anda di halaman 1dari 2

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif

menerusi pemupukan asas seni visual di dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kandungan kurikulum pada sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual berkesan membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan potensi individu,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan,malah Pendidikan Seni itu sendiri telah dianggap sebagai satu agen perubahan masyarakat yang berkesan. Pendidikan Seni seharusnya diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan manusia.

Menurut Daoed Yoesoef (1980) seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik pada masa ini.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti Pendidikan Seni di dalam Kelas boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi antara murid dengan guru serta masyarakat. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan teknik serta kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah Sukatan Pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai merupakan satu nilai yang sangat penting dalam PEngajaran dan Pembelajaran murid. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, murid dapat mengembangkan serta menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Anda mungkin juga menyukai