Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM FASA 3 (2014)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : 1/12 : Pertama : 27/1/2014 31/1/2014 : Minggu Pertama Di SK Tanjung Sepat, Kuala Langat

Pada hari pertama, saya dan pasangan saya, Nurul Raihana binti Kamarulhisham menghadirkan diri untuk pertama kalinya ke sekolah praktikum kami, SK Tanjung Sepat. Selain itu, saya juga turut bersama dengan 2 orang guru pelatih dari pengajian agama dan 2 orang guru pelatih dari pengkhususan pemulihan Bahasa Melayu. Kami melaporkan diri kepada En. Johari bin Ismail, Guru Besar SK Tanjung Sepat dan Cik Hajah Mahani binti Sarjat, Guru Penolong Kanan 1. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada pihak sekolah. Namun yang demikian, perbincangan selanjutnya antara kami dan pihak pentadbir tidak dapat diteruskan kerana aktiviti perhimpunan akan dijalankan. Maka, kami turut sama melibatkan diri di dalam perhimpunan dan berkenalan dengan guru-guru serta murid-murid di sekolah berkenaan. Apabila perhimpunan berakhir, kami mendapatkan maklumat berkenaan sekolah daripada Cik Hajah Mahani. Beliau menyerahkan folio panduan pengurusan sekolah kepada kami sebagai rujukan. Antara maklumat yang diperolehi ialah: Waktu persekolahan sesi pagi (7.35 pagi 1.35 petang) Pentadbiran sekolah (pengurusan & pentadbiran) Latar belakang murid dan masyarakat setempat Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat lain Pengurusan jadual Seterusnya, berkenaan dengan jadual, jadual hanya akan diberi selepas Cik Hajah Mahani selesai mengaturkan jadual untuk semua guru kerana berlaku pertukaran jadual.

Setelah selesai sesi pengenalan, kami dibawa ke Bilik Guru untuk diperkenalkan kepada guru-guru lain. Kami telah diberi peluang untuk duduk bersama-sama guru yang lain di dalam bilik guru. Alhamdulilah, guru-guru di sekolah ini sangat mesra dan menyambut kedatangan kami dengan baik. Guru-guru memberi kerjasama

mengemaskan tempat duduk kami.

Pada hari yang sama, kami berkesempatan

berjumpa dengan Pn. Hjh. Saume Zahni binti Hairi. Beliau memberikan beberapa nasihat dan bimbingan kepada kami. Pada hari kedua iaitu pada hari Selasa, kami telah berpeluang membantu rakan sepraktikum kami dari pengkhususan pemulihan untuk mengemaskan bilik pemulihan bersama guru pembimbing mereka, Puan Norlinda. Puan Norlinda turut memberikan beberapa maklumat berkenaan dengan sekolah. Pada hari ketiga, kami telah berjumpa dengan Cik Hajah Mahani untuk urusan jadual. Namun, Cik Hajah Mahani memberikan peluang kepada kami untuk menyusun sendiri jadual kami. Maka, untuk memastikan jadual yang kami susun mendatangkan manfaat kepada semua pihak, maka perbincangan dengan guru pembimbing dijalankan. Kami masing-masing mendapat 6 waktu subjek major dan 2 waktu subjek minor. Hari ketiga di sekolah menjadi lebih mencabar kerana pada hari Rabu ini, saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Pada hari ini, saya akan memasuki kelas 6 Jaya. Walaupun mereka agak nakal, namun mereka memberikan respon yang baik kepada saya. Kami sempat berkenalan untuk perjumpaan yang pertama ini. Pada hari Rabu juga, aktiviti kokurikulum akan dijalankan. Inilah hari pertama kami melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah ini. saya telah mendapat Persatuan Agama Islam, Unit Beruniform Pengakap dan Permainan Bola Jaring. Pn. Rafeah telah membantu kami supaya dapat menuju ke tempat perjumpaan yang telah diaturkan untuk setiap persatuan. Untuk hari ini, aktiviti persatuan ikhtisas yang akan dijalankan. Di dalam Persatuan Agama Islam, saya telah diamanahkan untuk menyertai persatuan ini bersama Ustazah Yaume dan Ustazah Aliah. Mereka memberikan peluang kepada saya untuk memperkenalkan diri dan membuat perkongsian mengenai senyum.

Pada hari Khamis pula, sekolah mengadakan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah. Majlis telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan perarakan warga sekolah ke Masjid Tanjung Sepat. Namun yang demikian, untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2, mereka tidak akan berarak. Maka, aktiviti mewarna disediakan untuk mereka. Di Masjid Tanjung Sepat, kami solat Dhuha, dan solat hajat. Kemudian, selepas berehat seketika, kami berarak pulang semula ke sekolah. Selepas murid-murid dan guru rehat, aktiviti ceramah oleh penceramah jemputan dijalankan di dewan besar sekolah. Murid-murid dibenarkan pulang pada pukul 1. Pada hari Jumaat, sesi persekolahan tiada kerana cuti perayaan Hari Raya Cina.

Disemak oleh guru pembimbing,

Disahkan oleh pensyarah pembimbing,

Nama : Tarikh :

Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai