Anda di halaman 1dari 7

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

SOALAN 1 : BINCANGKAN SECARA KRITIKAL CIRI-CIRI AKAUNTABILITI YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU BAGI MENCAPAI KEMAJUAN PROGRAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Menurut

Kamus Dewan Edisi Empat , akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab

terhadap seseorang atau sesuatu. Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti guru terdiri daripada tanggungjawab terhadap sekolah, pelajar, profesion, diri serta negara. Jadi, seorang guru haruslah menyematkan diri mereka dengan ciri-ciri akauntabiliti yang sesuai bagi memastikan kemajuan pendidikan di Malaysia. Pertama, untuk memastikan kemajuan program pendidikan di Malaysia, seorang pendidik haruslah mempunyai akauntabiliti terhadap bidang pekerjaanya. Sebagai contoh, seorang pendidik bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk melaksanakannya. Oleh itu, guru harus memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulum, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan kognitif murid-murid.. Guru haruslah membuat bacaan yang lebih mendalam, mengkaji serta membuat perancangan yang sewajarnya agar kurikulum yang ingin disampaikan berkesan. Bahkan guru

dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara. Justeru, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta akhlak. Pendek kata, pengajaran murid mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang pekerjaannya. Justeru, jika seorang pendidik peka dan ikhlas terhadap bidang pekerjaanya, maka modal insan yang seimbang dapat dihasilkan. Hal ini seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Seterusnya, guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap pelajar. Sebagaimana yang kita ketahui, tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah muridmurid. Perkara ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan daripada segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani supaya murid-murid menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi , hormonis dan seimbang. Hal ini juga seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Oleh itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap tahap pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-murid yang diajarnnya. Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru. Antara tanggungjawab tersebut seperti guru hendaklah menyampaikan nasihat kepada murid pada tiap kesempatan bahkan gunakan setiap kesempatan untuk menasihati dan menunjuk ajar murid. Mereka hendaklah sentiasa dinasihati bahawa menuntut ilmu bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta para guru hendaklah mengamalkan ilmunya, dan amalan hendaklah bertepatan dengan apa yang diajar. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud " patutkah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa akan diri kamu sendiri...". Tambahan lagi, murid yang bakal dilahirkan juga adalah merupakan bakal merangka perubahan wajah pucuk pimpinan negara kelak yang mungkin di era negara maju pada masa itu. Jadi, guru haruslah melengkap para pelajarnya dengan jati diri yang kukuh, akhlak yang baik, penerapan nilai-nilai murni serta disiplin yang tinggi agar dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa serta berkeutamaan kepada negara bukannya politik sematamata. Hal ini dapat dilihat pada senario politik negara kita pada hari ini, isu agama menjadi permainan politik, hingga menyebabkan umat Islam di negara ini sendiri berbalah dek berbeza pendapat dan sokongan. Jika perkara ini terus berlarutan, bagaimanakah agaknya negara kita di masa hadapan yang selama ini hidup aman damai. Sebagai seorang guru, kita haruslah mendidik murid untuk berpandangan dengan betul agar tidak dipengaruhi oleh persekitaran dan media massa yang sering kali menjadi musuh dalam mendidik anak bangsa. Kita haruslah mengelakkan perbalahan politik seperti terjadinya arab spring iaitu rakyat bersatu dan menjalankan demontrasi kerana mahukan pemimpin yang sedia ada meletakkan jawatan. Justeru, sebagai bakal guru, penyampaian ilmu yang benar, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik minat pelajar serta latihan yang secukupnya hendaklah diberikan keutamaan kepada pelajar agar wujud minat belajar dalam diri serta membantu mereka memperkembangkan potensi individu masing-masing.

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Selain itu, guru juga haruslah menumpukan akauntabilitinya terhadap sekolah. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu, guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiraan sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah, guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain mengajar di dalam kelas, guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, pengurusi skim pinjaman buku teks dan jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh pihak pentadbiran sekolah. Guru juga bertanggungjawab dalam menaikkan nama sekolah masingmasing melalui keputusan peperiksaan dan ko kurikulum yang memberangsangkan. Dengan ini, penganjuran aktiviti di sekolah seperti kelas tambahan, kelas pemulihan, program peningkatan prestasi, program bersama keluarga serta masyarakat, ceramah motivasi dan sebagainya haruslah dititikberatkan oleh guru di sekolah agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang daripada pelbagai aspek sekali gus dapat menaikkan nama sekolah. Guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama dalam kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu senantiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat . Guru janganlah menjadikan bebanan kerja sebagai penghalang utama guru bermasyarakat dengan jiran setempat. Hal ini kerana, jika dalam kesusahan jiran setempatlah yang akan menolong cikgu tersebut.

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Guru juga berperanan dalam pembentukan negara bangsa. Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa yang bersatu dan moden. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa mencapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Hal ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya. Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya faham makna diri, makna pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya, bergantung kepada kebijaksanaan

melaksanakan proses pedagogi dalam bilik darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalam batas nilai. Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. 7

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber ikutan para pelajar.

Selanjutnya, dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru akauntabiliti guru juga adalah sebagai agen perubahan bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-21. Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat sekolah seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalamd iri murid-murid. Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara seperti mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid, mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah serta bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan. Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan tentang pengajaran pada waktu tersebut. Bukan semata-mata mendengar penjelasan dan penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid mestilah dipertimbangkan dan diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan tepat selain ia berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan melalui teknologi internet. Hal ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa.Selain daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid,guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, guru yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. 8

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Hal ini membolehkan sesi pengajaran berlangsung dengan jayanya. Guru juga perlulah mengamalkan sikap penyayang ini bukan sahaja terhadap murid-murid malah harus juga menjadi penyayang terhadap setiap masyarakat. Hal ini dapat menimbulkan rasa hormat daripada masyarakat lebih-lebih lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satu profession yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Guru boleh menerapkan prinsip guru sayang murid, murid kasih guru. Jika prinsip ini dapat diterapkan dalam diri setiap murid, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid atau kanak-kana dapat dikurangkan. Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiap perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh Bahasa Inggeris sedangkan program ini baru sahaja dilaksanakan iaitu bermula dari tahun 2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus dan sebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat keterbukaan secara proaktif ini mampu menjadikan guru sebagai agen perubahan yang sesuai mengikut peredaran zaman dan masa.Secara tuntasnya, guru selayaknya menjdai agen perubahan kerana pendidikan anak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh jam, tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid yang cerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia. Guru ibarat ibu bapa disekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi, sebagai agen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk menghadapi perubahan dan merealisasikan impian negara Konklusinya, dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Hal ini demikian kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya.

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

EDU 3102

Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Hal ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

10

Anda mungkin juga menyukai