Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK,NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA Projek Pemuliharaan Eksitu

Badak Sumatera

TEMPAT Kawasan lapang berhampiran makmal kimia, Blok C, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek,Nilai.

TEMPOH MASA 4 Mac 2013 2 November 2013 ANJURAN Jabatan Sains, IPG Kampus Pendidikan Teknik.

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 RASIONAL 3.0 VISI 4.0 MISI 5.0 OBJEKTIF 6.0 LATAR BELAKANG PEMULIHARAAN EKSITU 7.0 PELAN PERANCANGAN PUSAT PEMULIHARAAN 8.0 PEMILIHAN BAKA HAIWAN 9.0 KESIHATAN UBAT-UBATAN 10.0 11.0 12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0 18.0 PROSES PEMULIHARAAN LOKASI LATAR BELAKANG PEMULIHARAAN INSITU PELAN PERANCANGAN HUTAN SIMPAN LOKASI KESIHATAN UBAT-UBATAN MANFAAT KEKANGAN YANG MUNGKIN TIMBUL PENUTUP

PENDAHULUAN Badak sumatera atau nama saintifiknya Dicerorhinus sumatrensis merupakan salah satu sub spesies badak sumbu(Rhinocerotidae ). Badak Sumatra merupakan spesies badak sumbu yang terkecil di dunia, walaubagaimanapun, haiwan ini masih diklasifikasikan sebagai salah satu haiwan mamalia yang bersaiz besar. Haiwan ini juga dikenali sebagai hairy rhino kerana ciri fizikalnya yang mempunyai bulu yang banyak berbanding spesies badak sumbu yang lain. Haiwan ini mempunyai dua tanduk yang berlainan saiz di mana tanduk di bahagian hadapan akan lebih panjang daripada tanduk di bahagian belakang. Badak sumatera mempunyai panjang tubuh antara 2 hingga 3 meter dengan anggaran berat sekitar 600 kg hingga 950 kg. Tinggi haiwan ini sekitar 120-135 cm. Badak sumatera kebiasaannya dijumpai di hutan rawa dataran rendah sehingga hutan bukit di mana di kawasan yang kaya dengan hasil-hasil tumbuhan. Mereka gemar hidup di habitat yang mempunyai bekalan air, tempat berteduh dan sumber makanan yang mudah diperoleh. Diet utama badak sumatera ialah buah-buahan seperti mangga liar, daun-daun, ranting kayu dan kulit kayu. Badak sumatera merupakan haiwan yang hidup berpindah-randah dan mereka hidup dalam kelompok-kelompok kecil atau bersendirian. Semasa cuaca sejuk, badak sumatera akan turun ke kawasan yang kering dan semasa cuaca panas, mereka akan pergi ke kawasan yang dekat dengan sumber air seperti di bukit yang berhampiran air terjun. Spesies badak sumatera yang pertama ditemui di Sumatera dan

Kalimantan,Indonesia dan spesies ini ditemui di Malaysia, Kemboja, Brunei, Filipina dan negeri-negeri asia tenggara yang lain selepas itu. Namun, badak sumatera

dikategorikan sebagai haiwan yang hampir pupus kerana pada saat ini, badak sumatera hanya ditemui di Indonesia dan Malaysia. Namun, jumlahnya amatlah sedikit. Populasi badak sumatera semakin berkurangan dan hanya terdapat 220-275 ekor badak sumatera yang terdapat di atas muka bumi pada masa kini(IUCN,1997).

Namun, menurut International Rhino Foundation (Virginia)pada tahun 2010, dikatakan bilangan badak sumatera yang ada di muka bumi hanya tinggal 200 ekor. Spesies badak sumatera telah berdaftar di CITES Apendiks sejak tahun 1975 di mana spesies ini dilindungi secara internasional daripada segala bentuk perdagangan. Dalam konteks ini, haiwan ini perlu dilindungi di habitatnya sendiri atau habitat ciptaan dan tidak boleh diburu. Antara faktor kepupusan haiwan ini ialah aktiviti pemburuan manusia di mana pemburu haram memburu tanduknya dan beberapa anggota badan yang lain. Keadaan ini amat membimbangkan dan ancaman yang diterima oleh badak sumatera membuatkan mereka terpaksa mencari habitat baru termasuk menceroboh kawasan berpenduduk. Menurut kajian yang dijalankan, kehilangan atau kepupusan badak sumatera dalam persekitaran semulajadi dunia adalah berada di tahap yang sangat membimbangkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, beberapa strategi harus dilaksanakan, antaranya ialah program pemuliharaan ex-situ dan in-situ yang direka khas supaya spesies terancam ini dapat dikekalkan. RASIONAL Pemuliharaan eksitu merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau spesies tumbuhan yang diambil daripada lapangan atau habitat asalnya. Sampel atau spesies yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada diri spesies itu tetapi juga sel dan tisu kultur. Proses pemuliharaan spesies haiwan yang terancam adalah bertujuan untuk memelihara sumber germplasma badak sumbu yang semakin terancam. Pemuliharaan badak sumbu yang berterusan dapat menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan dan sebagai bahan rujukan serta kegunaan pada masa akan datang. Pemuliharaan ini juga bertujuan untuk memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

VISI Menyediakan persekitaran habitat buatan untuk badak sumatera Dicerorhinus sumatrensis dan berupaya melahirkan kelahiran baru spesies Dicerorhinus

sumatrensis bagi memastikan keseimbangan spesies tersebut di dunia. MISI Memelihara spesies badak sumatera( Dicerorhinus sumatrensis ) supaya dapat meneruskan kemandirian spesiesnya samada di habitatnya yang sendiri atau habitat buatan yang direka cipta. Memastikan spesies ini dapat kekal hidup di habitatnya yang sendiri selepas bilangannya seimbang dan dapat dipindahkan semula ke tempat asal. Melahirkan baka generasi baru badak sumatera(Dicerorhinus sumatrensis) yang sihat dan mampu untuk meneruskan generasi yang baru dan mencapai keseimbangan ekosistem.

OBJEKTIF Untuk memberi kesedaran kepada manusia tentang kepentingan spesies badak sumatera. Untuk melindungi spesies badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis ) daripada diancam kepupusan Untuk mengekalkan spesies badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis muka bumi.

) di

Meningkatkan kemahiran pengurusan pemuliharaan haiwan yang diancam kepupusan.

6.0 LATAR BELAKANG PEMULIHARAAN EKSITU Pemuliharaan eksitu adalah proses pemuliharaan haiwan hidup di luar habitat aslinya di mana suatu habitat buatan dicipta supaya mereka dapat meneruskan kemandirian spesiesnya. Antara salah satu kaedah pemuliharaan eksitu yang dilaksanakan ialah santuari seperti di Taman Buaya,Ayer Keroh,Melaka di mana pusat santuari ini memelihara berbagai seperi buaya jejulong dan buaya tembaga. 7.0 PELAN PERANCANGAN PUSAT PEMULIHARAAN EKSITU Pelan yang dirancang untuk memulihara spesies badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) ini ialah dengan membina sebuah pusat pemuliharaan haiwan(santuari) yang diberi nama Taman Sumatrensis. Pusat ini akan memelihara spesies badak sumbu sumatera di mana kawasan persekitaran di taman ini hampir 100% menyerupai habitat asal badak sumatera. Kawasan yang telah dipilih ialah seluas 40 hektar yang mampu memuatkan hampir 50 ekor badak sumatera pada satu masa. Lokasi yang telah dipilih ini terletak di Sungai Duai,Johor dan dipilih oleh Jabatan Perhilitan Negara. Antara faktor-faktor lokasi ini dipilih adalah kerana, flora dan fauna di kawasan ini hampir menyerupai habitat asal badak sumatera dimana kawasan ini berdataran rendah dan kaya dengan hasil tumbuhan serta buah-buahan semula jadi,ranting-ranting pokok dan sumber air. Tambahan pula, salah satu badak sumatera yang ditempatkan di Taman Safari Indonesia dijumpai di kawasan ini. Namun, kawasan ini perlu diubah suai supaya dapat membina habitat yang benar-benar sesuai untuk badak sumatera. Antara pengubahsuaian yang akan dibina ialah membina sebuah air terjun dan sungai buatan, membuat beberapa kurungan khas, membina bangunan khas untuk penyelidikan dan penyelenggaraan Taman Sumatrensis. Pelan pembinaan Taman Mini Sumatrensis boleh dirujuk pada Lampiran 1.

8.0 PEMILIHAN BAKA HAIWAN Menurut data yang diperoleh daripada Taman Safari Indonesia, terdapat 12 ekor badak sumatera ditemui di Malaysia dan dipindahkan ke sana untuk tujuan pembiakan untuk melahirkan generasi baru badak sumatera. Menurut Wikipedia, badak sumatera betina

mencapai tahap matang pada umur enam hingga tujuh tahun manakala badak sumatera jantan mencapai tahap matang pada umur 10 tahun. Seperti kaedah yang dilakukan di Taman Negara Endau Rompin, enam ekor badak sumatera yang sudah cukup usia matang untuk melahirkan anak iaitu tiga ekor betina dan tiga ekor jantan akan diterbangkan dari tiga kawasan yang memelihara badak sumatera. Tiga kawasan itu ialah Kawasan Perlindungan Haiwan Tabin, Taman Nasional Indonesia dan Lembah Danum Lahad Datu Bilangan badak sumatera yang akan dipindahkan daripada tiga kawasan tersebut adalah seperti jadual berikut. Kawasan Badak sumatera betina Kawasan Perlindungan Haiwan Tabin Lembah Danum 20 30 3 ( 2 betina 1 jantan) Taman Nasional Indonesia Jadual 1
Sumber : Jabatan Perhilitan Negara dan WWF Indonesia

Badak sumatera jantan

Bilangan yang akan dipindahkan

1 (jantan)

22

29

2 ( 1 betina 1 jantan)

Namun, taman ini juga akan menempatkan mana-mana badak sumatera liar yang ditemui di merata tempat. 9.0 KESIHATAN DAN UBAT-UBATAN Taman Sumatrensis akan menyediakan sebuah bangunan kecil khas untuk aktiviti penyelidikan, khidmat vaterina, dan proses pembiakan khas seperti IVF dan permanian berhadas. Tempat ini akan diberi nama makmal penyelidikan di mana akan menempatkan pakar-pakar yang terdiri daripada doktor haiwan, pakar sakit puan haiwan dan pakar penyelidik berkaitan badak sumatera. Pakar-pakar yang bakal dilantik ini perlulah mempunyai ijazah berkaitan kepakaran masing-masing dan disahkan sebagai ahli kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Pakar-pakar ini akan

mengenalpasti dan peka dengan perkembangan kesihatan badak-badak yang akan ditempatkan di sini nanti. Pakar ini jugalah yang akan menjalankan proses pembiakan antara badak sumatera mengikut prosedur yang bersesuaian. 10.0 PROSES PEMULIHARAAN. Target yang ingin dicapai apabila Taman Sumatrensis dibina ialah melahirkan sekurang-kurangnya satu ekor generasi baru badak sumatera pada setiap dua tahun mengikut tahap kesihatan badak sumatera yang terdapat di Taman Sumatrensis. 10.1 Pembiakan dalam kurungan. Antara kaedah yang akan dilaksanakan di sini ialah, taman ini akan menjalankan kaedah pembiakan dalam kurungan. Badak-badak yang didapati sudah cukup umur dan subur untuk melahirkan generasi baru akan ditempatkan dalam satu kurungan khas sehingga badak jantan mengawan badak betina. Selepas sahaja badak betina didapati hamil, badak betina ini akan dipantau dengan sebaiknya supaya proses perkembangan kelahiran generasi baru itu berjalan dengan baik. 10.2 Proses permanian berhadas. Jika badak betina didapati tidak mengandung selepas sudah mengawan, proses yang lain akan dijalankan. Kaedah permanian berhadas akan dilaksanakan di mana air mani badak jantan akan dimasukkan ke dalam alat kelamin badak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu. Air mani badak jantan ini hanya akan dimasukkan apabila badak betina menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan. Kelebihan kaedah ini ialah akan menghasilkan anak badak daripada semen yang berkualiti tanpa memerlukan kos yang tinggi. Ini membuatkan anak badak yang dilahirkan akan sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. 10.3 Peliharaan silang ( cross fostering)

Strategi Pemuliharaan in-situ merupakan salah satu kaedah pemuliharaan untuk jangka masa yang panjang dan semulajadi untuk spesies. Pemuliharaan ini merupakan pemuliharaan terhadap spesies badak sumatera (Dicerorhinus sumatrensis) yang telah dikenalpasti lokasi habitat asalnya. Strategi yang dilakukan ini dapat membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesies hidupan liar ini diburu untuk tanduknya. Pemuliharaan in-situ ini juga bertujuan untuk mengekalkan kedudukan badak sumatera di habitat asalnya tanpa diganggu dengan ancaman luar dan pelan yang dirancang ialah, saya akan memohon pihak berwajib tentang lokasi habitat asal badak sumatera dan akan menjadikannya hutan simpan kekal atau taman Negara.

Anda mungkin juga menyukai