Anda di halaman 1dari 4

1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.

Teknik Simulasi Simulasi adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar dengan tujuan menjalankan latihan menyelesaikan satu-satu masalah. Masalahmasalah ini boleh melibatkan sesuatu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya dan sebagainya. Tegasnya, dalam Teknik Simulasi ini, murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang teratur. Melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan. Terdapat dua jenis Simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu Teknik Sosiodrama dan Main Peranan. Kedua-dua jenis Simulasi ini mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan sebuah cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik dan mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial seperti cerita Hang Tuah dan Hang Jebat. Lakonan jenis ini merupakan sebuah cerita yang lengkap dan memerlukan skrip lakonan yang disediakan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada murid-murid (yang dipilih untuk berlakon) supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Setiap mereka memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Setelah selesai berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis watak-watak lakonan dan seterusnya membuat kesimpulan. Manakala Main Peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu, lima hingga ke enam minit. Lakonan jenis ini biasanya berdasarkan kepada situasi atau masalah yang direka dan ditimbulkan oleh guru seperti masalah disiplin sekolah dan sebagainya. Pada lazimnya, murid-murid (yang berlakon) akan membayangkan situasi tersebut dan melakonkannya dengan spontan. Di samping itu, murid-murid juga dikehendaki mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimbulkan melalui cara lakonan tersebut. Kelebihan dan kelemahan Teknik Simulasi adalah seperti berikut: Kelebihan Teknik Simulasi Memberi peluang kepada murid untuk memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan. Dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan murid. Dapat melatih murid-murid berlakon dengan gaya yang betul. Membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan, seronok dan menarik. Memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang positif. Kelemahan Teknik Simulasi Timbul perasaan gelisah bagi murid yang tiada pengalaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang baik akan membosankan penonton. Kejayaan menggunakan Teknik Simulasi adalah bergantung kepada persiapan yang rapi. Murid-murid yang berlakon lebih banyak mendapat manfaat dan pengalaman berbanding dengan penonton. Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan bukanlah perkara yang mudah.

Teknik Sumbangsaran Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang dikemukakan tidak boleh ditolak. Walaupun idea-idea itu didapati kurang memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif.. Idea-idea yang disampaikan itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik ini murid-murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas. Kelebihan dan kelemahan Teknik Sumbangsaran Kelebihan Teknik Sumbangsaran : 1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea dan pendapat 2. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri. 3. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid. 4. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional. 5. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan. 6. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. 7. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan. 8. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kelemahan Teknik Sumbangsaran : 1. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa yang banyak. 2. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah. 3. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan. 4. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir. 5. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan. Teknik Bercerita Teknik Bercerita bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anakanak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur. Kelebihan dan kelemahan Teknik Bercerita Kelebihan Teknik Bercerita 1. Memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar. 2. Melatih murid untuk menguasai kemahiran lisan 3. Memupuk nilai murni kepada murid seperti yang terkandung dalam cerita. 4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira. 5. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau secara menulis bagi aktiviti selanjutnya. 6. Melibatkan murid secara aktif dalam sesi bercerita serta dalam aktiviti susulan. 7. Memperkaya pengalaman murid melalui perkaitan cerita dengan kehidupan mereka. 8. Menambahkan bahan pembelajaran untuk murid menulis karangan. Kelemahan Teknik Bercerita 1. Cerita hendaklah bersesuaian dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid 2. 3. 4. 5. 6. Guru harus menghafaz isi-isi penting dalam cerita itu sebelum sesi bercerita. Memerlukan bahan yang banyak dan menarik seperti kad-kad perkataan, gambar dan sebagainya Murid hendaklah bersedia dan bersifat aktif sebelum sesi bercerita Guru hendaklah sentiasa bergerak dan menunjukkan aksi semasa bercerita. Suara guru hendaklah lantang dan mempunyai kemahiran variasi rangsangan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-watak dan suasana cerita itu. 7. Murid tidak mudah memahami ayat dan maksud cerita 8. Murid yang pasif dan lemah tidak dapat melahirkan pendapat

Anda mungkin juga menyukai