Anda di halaman 1dari 8

INSTITUSI PENDIDIKAN DALAM TAMADUN JEPUN

Pendidikan di Jepun bermula selepas penulisan Cina diperkenalkan pada kurun ke-6 atau sebelumnya. Aristokrat muncul sebagai golongan yang mendapat pendidikan dalam pemikiran Konfusius dan Buddha pada zaman Nara ( 710-794 ) dan zaman Heian ( 794-1185 ). Pada masa itu, paderi Buddha berperanan sebagai guru manakala tokong menjadi pusat pembelajarannya.1 Para pemimpin Jepun sedar pendidikan merupakan asas yang penting dalam memajukan apa jua bidang. Dengan itu usaha memajukan pendidikan dilakukan dengan membina sebuah perpustakaan pada abad ke-13. Perpustakaan itu diberi nama Kazawa Bunko dibina atas kesedaran para pemimpin bahawa perlunya sebuah gedung ilmu untuk rakyat. Pada abad ke-14, sekolah Ashikaga Gakko telah diasaskan dan dikekalkan oleh kuasa-kuasa militer. Sami-sami Buddha juga memainkan peranan penting dalam pendidikan terutamanya pada zaman Kamakura. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya

memajukan pembelajaran di kalangan masyarakat umum dan pengikut-pengikut mereka dengan menyediakan kemudahan-kemudahan di kuil. Sekolah-sekolah di kuil ini menganjurkan tradisi pembelajaran Konfusianisme di samping melatih sami-sami baru. Kuil-kuil baru telah dibina secukupnya untuk menjadi pusat pembelajaran dan pendidikan dan terdapat lima buah kuil di Kyoto dan lima buah lagi di Kamakura. Menjadi kebiasaan amalan ini masyarakat Jepun menghantar anak-anak mereka belajar di kuil bermula abad ke-15. Ia bertujuan mendapatkan bimbingan sami-sami untuk anak-anak mereka dan ini dinamakan tera-iri atau masuk kuil. Amalan ini lamakelamaan bertukar menjadi terokaya atau sekolah kuil dan ia berkembangan pesat pada zaman Edo iaitu pada 1603 hingga 1868 M. Sementara itu satu aliran pendidikan dikembangkan oleh Chu His ( Jepun-Shushi ) dengan tujuan untuk membentuk pemikiran dan gelagat masyarakat Jepun. Seorang pemimpin iaitu Tokogawa
1

Lihat, Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2. Bentong, Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd: 262

menggunakan idea-idea ini di dalam pemerintahan mereka bersumberkan teks The Investigation Of Things iaitu mengenai undang-undang kemasyarakatan dan

mengambil kira fenomena tabii. Idea ini memberi penekanan kepada hubungan asas manusia meliputi keadilan dan kasih sayang. Tertubuhnya sekolah di kuil-kuil menjadi perintis kepada domain feudal yang lain untuk turut menubuhkan sekolah-sekolah di daerah masing-masing sehingga mencecah 200 buah sekolah. Perkembangan sekolah-sekolah ini ada hubungannya dengan peningkatan golongan birokrat yang mentadbir di wilayah masing-masing. Di samping itu, seni mempertahankan diri juga diajar di sekolah-sekolah dengan tujuan untuk melindungi diri dan puak mereka daripada sebarang ancaman dan bahaya. ( Umesao: 1985 )1 Modenisasi pendidikan Jepun yang bermula dengan Meiji Restoration ( 1868 ) dapat dibahagikan kepada lima zaman atau jangka masa. Era Establishment ( 1868 1885 ) Era Consolidation ( 1886 1976 ) Era Peperangan ( 1937 1945 ) Reformasi Pendidikan selepas Perang Dunia Kedua ( 1945 )2 Pemimpin Meiji sedar pelajaran merupakan asas terpenting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Pelajaran juga dianggap sebagai kunci membina sebuah negara yang kukuh. Beratus-ratus penuntut Jepun dihantar ke luar negeri mempelajari sains dan pentadbiran dan teknik perindustrian barat. Pakar-pakar, golongan profesional, pakar teknologi barat telah digaji untuk mengajar berbagai kemahiran untuk rakyat Jepun. Pada tahun 1871 Kementerian Pelajaran ditubuhkan dan pada tahun 1872, Jepun dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran, Setiap
1

Lihat, Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2. Bentong, Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd: 245 - 246 2 Lihat, Afifah Abu Yazid. 2003. Pengajian Tamadun Asia Edisi ke-2. Bentong, Pahang. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd: 262 - 263

kawasan mempunyai sebuah universiti, 32 sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. Kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas menerima pelajaran wajib selama 16 bulan. Menjelang tahun 1880, terdapat hampir 28,000 buah sekolah rendah dengan jumlah murid hampir 2 juta. Pada tahun 1886, Mori Arinori ( Menteri Pelajaran 1885 89 ) telah memulakan satu sistem pelajaran sekolah rendah diwajibkan selama 8 tahun dan sekolah menengah menawarkan kursus selama 4 tahun. Sekolah-sekolah tinggi sekolah teknikal peringkat tinggi ditubuhkan meliputi bidang perubatan, sains ketenteraan, pelayaran, pertanian, pedagangan, perikanan, dan lain-lain. Pusat tertinggi sistem pendidikan Jepun ialah Universiti Diraja Tokyo yang ditubuhkan pada tahun 1886 . Menjelang tahun 1910, beberapa universiti diraja ditubuhkan di Sapporo, Kyoto dan Fukuoka. Pendaftaran sekolah rendah mencapai angka 6.3 juta dan university sebanyak 7239. Seluruh system pelajaran tertakluk kepada keperluan Negara yang menuntut rakyat menjadi warganegara terlatih dan berdisiplin. Perintah Diraja mengenai pelajaran dikeluarkan pada tahun 1890, menghuraikan mengenai kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institute pengajian tinggi di Jepun.1 Menjelang tahun 1980, Jepun diiktiraf sebagai negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mempunyai institusi pendidikan tinggi terbanyak dengan 500 kolej junior, 450 kolej dan universiti dan 250 sekolah graduan, manakala 155 buah daripadanya merupakan sekolah perubatan. ( Mc Graw 1981 ). Universiti Tokyo adalah university pertama dan berprestij di Jepun, ia ditubuhkan dengan gabungan tiga institusi pendidikan pada tahun 1877 ditaja oleh Tokugawa Shogunate ( 1603 1867 ). Institusi tersebut pernah menjadi Pusat Akademik Pendidikan Confusius, Sekolah Pendidikan Jepun dan Barat.2

Lihat dalam Azhar Hj. Mad Aros. 2001. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 2. Gombak, Selangor. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd: 360 2 Lihat dalam, Dr. Mohd Rosdi Mahmud. 2011. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Alor Setar, Kedah. Pustaka Darussalam: 70.

IKTIBAR TERHADAP PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERANAN TOKOH AGAMA SEBAGAI GURU

Tahukan anda pada zaman Jepun, Sami-sami Buddhalah yang berperanan dalam bidang pendidikan terutama pada zaman Kamakura dengan menjadikan Kuil sebagai tempat untuk belajar dan mendapat sambutan ramai pada sekitar abad ke-15. Kepesatan pembinaan sekolah-sekolah baru semakin bertambah pada setiap tahun kerana kebanyakan pemerintah Jepun sangat suka kepada ilmu pengetahuan 1. Dengan itu dapatlah kita simpulkan bahawa pihak-pihak agamalah yang berperanan penting dalam memajukan intitusi pendidikan di Jepun. Tanpa kita sedari, sebenarnya perkara sebegini sudah lama wujud dan dijadikan sebagai iktibar di Malaysia. Tahukah anda bahawa sistem pendidikan negara kita telah wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Melaka lagi? Dengan kedatangan agama Islam ke rantau Asia yang kemudiannya berkembang ke Melaka pada abad ke-15, pendidikan pada zaman tersebut adalah berteraskan agama Islam. Menurut Hikayat Abdullah, pendidikan Islam pada mulanya diajar di rumah-rumah guru, kemudian berpindah ke masjid, surau dan madrasah dan akhirnya, berpusatkan di sekolah pondok.2

Lihat dalam, Dr. Mohd Rosdi Mahmud. 2011. Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS). Alor Setar, Kedah. Pustaka Darussalam: 70. 2 Lihat dalam, Choong Lean Keow. 2010. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Subang Jaya, Selangor. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.: 4.

Di Malaysia pula, pengajian bersama Tok Guru bermula di peringkat pertama yang berpusat di rumah-rumah guru. Murid-murid belajar mengaji al-Quran dan Fardhu Ain daripada guru-guru yang dikenali sebagai ulamak di rumah mereka. Kemudian, peringkat kedua pula berpusatkan masjid, surau, dan madrasah. Semua pusat pengajian ini wujud untuk menampung bilangan murid yang kian bertambah. Murid-murid duduk dalam bulatan bersama ulamak mereka di masjid, surau, dan madrasah. Para ulamak disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan; kadang kala mereka diundang ke istana untuk mengajar kaum kerabat DiRaja. Akhir sekali, peringkat ketiga pula berpusatkan institusi agama (pondok) ataupun sekolah agama tradisional utama. Tiada sukatan yang piawai. Kandungan dan cara penyampaian pengajaran berdasarkan kurikulum Masjid Al Haram di Makkah. Antara matapelajaran yang disampaikan termasuk ilmu Tauhid, Al-Quran, Fiqh, Tasawuf dan Akhlaq, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi. Murid-murid tinggal di pondok yang disediakan dan belajar di madrasah kepunyaan Tok Guru. Apabila tamat pengajian mereka, kebanyakan murid ini akan berkhidmat di kampung mereka. Namun, ada yang melanjutkan pelajaran mereka di Makkah, Kaherah, Pakistan, atau India. Sijil keluaran institusi-institusi ini tidak diiktiraf sebagai prasyarat kemasukan ke universiti tempatan. Justeru, mereka terpaksa melanjutkan pelajaran tinggi di Pakistan, Mesir dan negaranegara Timur Tengah yang lain. Di sini kita dapat melihat kehadiran ahli-ahli ilmu yang menjadi pencetus kepada kebangkitan ilmu pengetahuan amatlah penting di Jepun. Tanpa mereka, mustahil bagi kita untuk menikmati segala kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi sekarang. Tetapi, perkara ini bukan sahaja berlaku di Jepun malah kehadiran golongan-golongan cendekiawan yang lahir berasaskan kesedaran agama ini juga sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Golongan-golongan seperti inilah yang perlu dititik beratkan supaya kemajuan pendidikan di negara kita dapat berterusan.

DASAR PANDANG KE TIMUR

Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan hubungan Malaysia-Jepun sejak Perang Dunia Kedua sehingga kini namun tumpuan masih kurang diberikan terhadap aspek pendidikan.

Kajian ini cuba mengisi kekosongan tersebut dengan memberi tumpuan kepada dasar-dasar pendidikan Jepun dan kesannya kepada masyarakat Tanah Melayu semasa zaman pendudukan 1941-45 serta hubungan Malaysia-Jepun selepas 1957. Berasaskan sumber dokumen dan lisan, pengkaji cuba membongkar kembali pengalaman generasi 1940-an mengenai pengalaman suka duka mereka menerima pendidikan mengikut sistem dan cara Jepun. Walaupun sistem pendidikan ketika itu dipenuhi masalah dan kelemahan tetapi sedikit sebanyak faedahnya dapat juga dikecapi mereka lantaran penekanan yang diberikan kepada pendidikan nilai dan pembinaan disiplin diri. Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957, hubungan MalaysiaJepun terus berjalan diatas dasar saling bergantung namun lebih

menguntungkan Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

Pada tahun 1980-an, Malaysia melancarkan dasar meniru budaya kerja Jepun melalui Dasar Pandang Ke Timur bertujuan menjadikan Jepun sebagai model pembangunan. Dasar Pandang Ke Timur ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 8hb. Februari 1982 semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton Kuala Lumpur. Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Adalah tidak tepat jika Dasar Pandang Ke Timur ditakrif sebagai mengambil apa sahaja dari

Jepun dan Korea untuk dipraktik di Malaysia dan mengenepikan teladan yang boleh dipelajari dari negara barat.1

Di bawah dasar ini, pelajar dan pelatih dihantar belajar dan menjalani latihan di Jepun bagi membolehkan mereka mempelajari dan mengamalkan budaya kerja Jepun. Kajian yang dibuat dalam kalangan bekas pelajar menunjukkan mereka mendapat faedah belajar di sana kerana mempelajari dan dapat mengamalkan budaya dan etika kerja Jepun di alam kerjaya. Pengalaman mereka hampir sama dengan pengalaman generasi tahun 1940-an iaitu mempelajari nilai positif dan membentuk disiplin diri bagi membina pemikiran dan sikap yang baik ke arah kejayaan dalam hidup pada masa depan. Bagi strategi pelaksanaan pula, T.Y.T. Perdana Menteri Jepun, Encik Nakasone, semasa dalam kenyataan akhbar bersama dengan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Jepun pada 23hb. hingga 29hb. Januari, 1983 dan kenyataan bersama Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir dan T.Y.T. Presiden Republik Korea, Encik Chun Doo Hwan semasa Dato' Seri Dr. Mahathir membuat lawatan ke Korea Selatan dari 8hb. hingga 14hb. Ogos, 1983 telah menaruh harapan yang tinggi bahawa Dasar Pandang Ke Timur ini akan mewujudkan kerjasama yang lebih rapat di antara Malaysia dengan kedua-dua negara itu terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan-latihan teknikal dan akademik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan. Dalam penekanan dari aspek pendidikan, kita dapat melihat Dasar Pandang Ke Timur telah menyumbang kepada pelbagai perkara contohnya dalam aspek perubahan sikap. Tiga jenis perubahan yang penting di sini yang cuba diterapkan adalah perubahan dalam perkhidmatan dan komitmen supaya menjadi lebih cemerlang. Konsep Bersih, Cekap, dan Amanah (BCA) dan Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) diutamakan.

Diambil dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasarpandang-ke-timur&catid=88:dasar-dasar-negara, DASAR PANDANG KE TIMUR.

Dari segi aspek latihan dan kursus pula, Latihan yang dijalankan di bawah Dasar Pandang ke Timur ini adalah Latihan Perindustrian dan Teknikal. Tujuan program ini adalah untuk melatih pekerja di bidang teknikal dalam usaha meninggikan kecekapan dan menerap nilai kerja yang positif dari Jepun dalam meninggikan penghasilan kerja. Program Pengajian Akademik juga dijalankan dan tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu sains dan teknikal di Jepun. Selain dari Program Pengajian Akademik, Program Pengajian Teknikal juga telah dijalankan dan tujuannya adalah untuk menyediakan peluang latihan teknikal lanjutan pada pelajar-pelajar lepasan SPVM dan Politeknik. Malaysia juga menjalinkan hubungan di antara Institusi-institusi pendidikan Malaysia dan Jepun supaya kita dapat menyalurkan permohonan latihan yang diperlukan oleh Malaysia kepada institusi pengajian tinggi di Jepun dan Korea.1 Sebagai kesimpulannya, Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha baik dan positif dari pihak Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestas pendidikan di negara ini. Dasar ini telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha di atas dan seterusnya dapat membantu usaha Kerajaan untuk meninggikan prestasi pendidikan negara ini. Di samping itu ianya boleh menjadi asas pengwujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif dalam aspek pendidikan dan amat bernilai dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan di negara kita.

Diambil dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=240:dasarpandang-ke-timur&catid=88:dasar-dasar-negara, DASAR PANDANG KE TIMUR.

Anda mungkin juga menyukai