Anda di halaman 1dari 19

Pengajaran & Pembelajaran PJ Yang Berkesan

Terancang dengan rapi dengan penetapan objektif, isi pelajaran, strategi, kaedah-kaedah yang jelas beserta dengan bahan-bahan pengajaran yang relevan Kepelbagaian kaedah digunakan kerana wujud kepelbagaian individu murid yang berbeza antara satu sama lain dari pelbagai sudut seperti fizikal, kesediaan pembelajaran, tahap mental, emosi dan sebagainya

Aktiviti P&P yang berpusatkan murid kerana murid merupakan fokus utama dalam proses pendidikan

Wujud hubungan yang interaktif antara guru dengan murid dan murid dengan murid yang lain Aktiviti serta isi pelajaran yang bersifat kontekstual, iaitu yang ada hubung kait dengan kehidupan harian kerana ia lebih memberi makna serta kesan yang positif kepada murid-murid Berlaku aktiviti pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai secara merentasi kurikulum

Integrasi Dalam Kurikulum

Sistem Pendidikan di Amerika Syarikat

Unsur sains adalah salah satu perkara yang diintegrasikan dalam semua mata pelajaran Sains adalah dianggap sebagai asas dalam kehidupan seharian rakyatnya

Kebaikan Integrasi

Perkara-perkara kecil yang terpencil dan terasing tetapi penting dapat digabungkan dalam proses pembelajaran
Kebergantungan semata-mata kepada buku teks dapat dikurangkan Dapat mewujudkan suasana yang dinamik dan interaktif dalam sesuatu proses pembelajaran murid Orientasi keseluruhan dengan melihat permasalahan sebenar yang wujud di alam nyata Dapat menghubung kait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan seharian yang sebenar Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran

Dapat menghubung kait sesuatu yang dipelajari dengan kehidupan seharian yang sebenar
Menyerapkan pengetahuan serta kemahiran yang tidak dapat wujud sebagai satu mata pelajaran

Pendekatan Integrasi
Menurut Passe (1999), terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaan integrasi dalam kurikulum:

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada Membina kurikulum baru

Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada


Sesuatu perkara akan diintegrasikan ke dalam mata pelajaran yang sedia ada

Sebagai contoh; antara mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Matematik di mana terdapat unsur-unsur matematik dalam sains dan sebaliknya Contoh lain ialah antara mata pelajaran Sains dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, mata pelajaran Matematik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Selain itu, unsur-unsur nilai seperti nilai murni, KBKK, patriotisme, unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar juga dintegrasikan melaui pendekatan adaptasi

Membina kurikulum yang baru


Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnya mengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan

Sebagai contoh; disiplin kesihatan telah dimasukkan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga menjadi mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan Contoh lain ialah Gabungan unsur sejarah, geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan mata pelajaran Kajian Tempatan Contoh lain bagi mata pelajaran Alam & Manusia di awal pengenalan KBSR yang mengandungi unsur sains, sejarah, geografi, sivik, pendidikan kesihatan dan hal ehwal tempatan Contoh lain seperti JQAF yang di dalamnya terkandung Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain

Integrasi dalam KBSR


Dalam KBSR, konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan

Konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh Pelaksanaan KBSR perlu menyepadukan perkara-perkara berikut: Teori dengan amali Pengetahuan dengan kemahiran Pengetahuan dan kemahiran dengan nilai Pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman di luar bilik darjah Bahasa merentas kurikulum

Penggabungjalinan

Bermaksud proses menggabungkan pelbagai bidang kemhiran bagi mewujudkan pelajaran yang integratif dan menyeluruh Objektif penggabungjalinan dalam proses P&P antara lain adalah: Penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa P&P Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses P&P Menarik lebih minat murid kepada proses P&P Menjadikan proses P&P lebih bermakna kepada murid Memberi ruang dan peluangbagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang dan menyeluruh

Jenis-jenis Penggabungjalinan

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

Melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, mewarna dan lain-lain kemahiran asas

Dalam pengajaran Bahasa melayu sebagai contoh, guru tidak boleh terhad kepada membaca dan menulis sahaja bahkan perlu juga ada aktiviti melukis, mewarna, mengira atau sebagainya
Dalam pengajaran Pendidikan Muzik, penggabungjalinan kemahiran nyanyian, permainan alat dan gerakan menjadikan P&P lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna

Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

Sebagai contoh; penggabungjalinan kemahiran mata pelajaran Matematik ke dalam mata pelajaran Sains yang melibatkan pengiraan kekerapan, peratus, melukis graf dan purata Kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran Muzik digunakan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan yang mengandungi lagu-lagu patriotik Kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual seperti melukis juga boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, Sains, matematik, Kemahiran Hidup dan sebagainya

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

Kemahiran belajar untuk belajar. Eg: kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya disepadukan dalam P&P Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. perlu digabungjalinkan agar murid berupaya mengenalpasti, membuat andaian, menyelesaikan masalah, menganalisis yang seterusnya membawa kepada perubahan yang lebih positif

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum

Kemahiran pelbagai kecerdasan. Eg: teori 8 kecerdasan pelbagai (Howard Gardner) iaitu kecerdasan bahasa, logik matematik, muzik, ruang, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturilistik yang digabungjalin dalam P&P akan melahirkan murid yang seimbang dan harmonis Kemahiran generik. Berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, berkebolehan membuat perancangan dan pengelolaan, mampu kerja berkumpulan, upaya menyelesaikan masalah dan sebagainya. Ini mampu melahirkan murid yang bersedia dalam pelbagai bidang pekerjaaan di masa depan

Kebaikan Penggabungjalinan

Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai dikehendaki dalam objektif P&P Murid-murid berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan Berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang, harmonis dan bersepadu

Penyerapan

Proses menyebati dan menyepadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar Penyerapan berbeza dengan penggabungjalinan kerana penyerapan lebih kepada unsur pengetahuan manakala penggabungjalinan lebih kepada aspek kemahiran Sebagai contoh; daripada mata pelajaran Sains guru mengambil petikan atau artikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa melayu Dengan ini, murid akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu

Kelebihan penyerapan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik Penguasaan ilmu yang lebih luas oleh murid kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih produktif Dengan memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain, murid menjadi lebih seronok, aktif dan progresif Murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinya kerana dengan penyerapan, hubungkait dengan pengetahuan lain dilakukan

Penerapan

Bermaksud proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja ko kurikulum. Nilai-nilai yang diterapkan adalah termasuk nilainilai murni KBSR, nilai kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya. Terbahagi kepada dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit Contoh pendekatan implisit seperti guru bercakap benar, berpakaian dan penampilan kemas, datang tepat masa dan sebagainya Contoh pendekatan eksplisit seperti mengadakan peraturan, arahan, pekeliling secara bertulis, aktiviti motivasi, sambutan kemerdekaan, hari guru, kempen kebersihan dan sebagainya

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai