Anda di halaman 1dari 3

Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

Pengenalan Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi dengan pelbagai latar budaya masyarakat.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Pemimpin negara.

Pengertian dan Konsep Budaya


Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan Akal. Budaya memberi maksud seseorang individu itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai