Anda di halaman 1dari 6

LANGKAH MENGUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) DALAM SPS 1. Capai aplikasi SPS melalui URL : https://sps.1bestarinet.net/SPS/cms_sps/login.

jsp dan log masuk sebagai admin sekolah seperti Rajah 1 di bawah:

Rajah 1 : Skrin log masuk dan kemasukan nama pengguna dan kata laluan.

2. Pergi ke Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid > Selenggara Maklumat Murid > dan pilih nama murid yang mahu di edit/betulkan seperti Rajah 2 di bawah.

Rajah 2 : Memilih murid yang ingin diedit/diubah maklumat Tahun Persekolahan/Tingkatan Semasa

3. Klik pada tab Maklumat Murid untuk mula proses edit maklumat yang ingin diubah (Rajah 3)

Rajah 3: Memilih Maklumat Murid untuk edit Tahun/Tingkatan Semasa 4. Sebagai contoh, seorang murid telah ditempatkan di tingkatan dan kelas yang salah, Tingkatan 1 dan Kelas 1 Biru, sedangkan murid ini sepatutnya berada di Tingkatan 2, Kelas 2 Merah dan mula memasuki sekolah di Tingkatan 1. 5. Bagi membetulkan maklumat, ubah Tahun/Tingkatan Semasa ke Tingkatan 2 dan Tahun/Tingkatan Kemasukan menjadi Tingkatan 1, seperti Rajah 4 berikut:

Rajah 4: membetulkan tahun/Tingkatan Semasa dan Tahun/Tingkatan Kemasukan

6. Sebelum menyimpan maklumat, pastikan juga segala maklumat bertanda asterisk (*) telah diisi dan kemudian klik butang Simpan. Kejayaan proses disusuli satu pop-up (Rajah 5) yang akan dipaparkan setelah rekod tersebut berjaya di kemaskini. Klik Ok

Rajah 5: Pop-up Rekod Telah Berjaya Dikemas Kini 7 . Paparan maklumat murid yang telah dikemas kini akan terhasil. Sila semak maklumat murid ini sekali lagi di ruangan Ringkasan Murid. Pastikan Tahun/Tingkatan Semasa telah berubah.

Rajah 6: Paparan Ringkasan Murid Merujuk kepada Rajah 6 di atas, didapati murid ini masih berada di kelas 1 Biru (Tingkatan 1) . Oleh itu, murid ini perlu di tempatkan ke kelas yang betul menggunakan fungsi Penempatan Murid Secara Manual

MENEMPATKAN MURID SECARA MANUAL SETELAH DIUBAH TAHAP PERSEKOLAHAN (TAHUN/TINGKATAN SEMASA) 8. Pergi ke Pentadbir Sekolah > Pengurusan Murid >Klik menu Penempatan Murid Secara Manual seperti Rajah 7 di bawah:

Rajah 7 : Menu Pengurusan Murid Penempatan Murid Secara Manual 9. Tandakan () pada murid yang mahu di ubah penempatan & klik butang Pindah Murid seperti Rajah 8 di bawah.

Rajah 8 : Proses Pindah Murid Secara Manual 10. Masukkan maklumat Kelas yang baru serta Tarikh sepatutnya murid tersebut mula belajar di kelas tersebut seperti Rajah 9 di bawah. Setelah selesai, klik butang Pindah Murid

Rajah 9: Memasukkan maklumat yang betul dalam Penempatan Murid Secara Manual 11. Kejayaan memindahkan murid ini disusuli pop-up seperti Rajah 10. Seterusnya kllik OK

Rajah 10: Pop-up kejayaan Murid Berjaya Dipindahkan

12. Semak semula maklumat perpindahan kelas tersebut . Pastikan Tarikh Efektif & Kelas yang ditempatkan adalah betul seperti Rajah 11 di bawah.

Rajah 11. Penempatan Murid Secara Manual Penempatan yang betul berjaya dilaksanakan -Proses SelesaiPERINGATAN : Sekiranya kehadiran bagi murid ini pernah diambil di kelas lama, sila padamkan kehadiran tersebut dan catat semula . Hanya Pentadbir Sistem boleh memadam kedatangan/kehadiran yang telah disimpan. Kehadiran Murid perlu mengikut tarikh efektif yang diberikan. Jika murid ini berada di kelas 2 Biru bermula 9 Januari 2013, maka kehadiran bagi kelas 2 Biru bermula tarikh tersebut perlu ada nama murid ini di dalam senarai kehadiran. Jika kedua-dua kelas telah membuat kedatangan murid sebelum ini maka, kehadiran tersebut perlu dipadam dan dicatat semula mengikut tarikh efektif yang telah ditetapkan.