Anda di halaman 1dari 20

HARYATI BINTI ISMAIL (900109-03-5164)8 MTE 3111 : MENGAJAR GEOMETRI,UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA82.

0 MISKONSEPSI MENGENAI TOPIK UKURANCONTOH 4Bagi topik ukuran pula, saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi yang sangatlazim ditemui di dalam buku latihan murid.Miskonsepsi yang saya maksudkan ialahmiskonsepsi kelemahan dalam pengiraan.Setelah menjalankan kajian yang sangatterperinci untuk mengetahui punca sebenar mengapa kerapkali berlakunya miskonsepsiini, saya telah menemui jawapannya. Saya mendapati ada murid yang memahamikonsep Matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan .daripada pemerhatian saya,mereka melakukan kesilapan dalam membaca symbol atau teknik penyelesaian operasiyang salah. Murujuk kepada gambar rajah hasil kerja murid saya diatas, jelas sekalibahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak.Mereka tidakmeminjam daripada rumah puluh.Murid saya terus membuat pengiraan tanpamengambilkira nilai digit.

DATA13PENUTUPSetelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini, saya sangat berpuas hatikerana banyak input baru yang saya peroleh yang sangat bermanfaat kepada sayasebagai bakal guru. Pertama sekali, saya telah dapat mengenalpasti beberapamiskonsepsi yang kerap berlaku dalam topik geometri, ukuran dan juga pengendaliandata.Selain itu, saya juga dapat mempelajari beberapa sebab miskonsepsi terbebutboleh berlaku serta turut merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuaiuntuk mengatasinya.Saya tutur berasa teruja memandangkan saya telah berjaya menjalankan analisaini terhadap murid saya dandapat mengenalpasti apa sebenarnya yang menghalangmereka daripada mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Menerusi tugasan inijuga, saya dapat merancang pelbagai alat bantu mengajar yang kreatif yang sesuaiuntuk membinbing murid memahami konsep dalam topic ini. Akhir kata, saya berharapdengan setinggi-tinggi harapan agar semua pendidik serra bakal pendidik termasuklahdiri saya peka terhadap miskonsepsi dalam Matematik yang dihadapi oleh kebanyakanmurid. Sama-samalah kita melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang danterbilang semaksima mungkin menjelang 2012

UNIT PENGAJARAN: UKURAN PANJANGAKTIVITI PENGAJARAN i. Tema Juru Ukur Yang Tepat ii. Tajuk Panjang iii. Hasil Pembelajaran Murid berupaya untuk: 10.2 (ii) Mengukur dan merekodkan ukuran panjang objek dalam unit: (a) sentimeter (b) meter iv. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah belajar menulis ukuran panjang dalam unit sentimeter dan meter dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu. v. Langkah-langkah Langkah 1- Mengukur Dalam Unit Sentimeter (cm). 1. Murid dibahagikan kepada kumpulan berlima. 2. Murid dibekalkan dengan peralatan mengukur iaitu pembaris dan pita pengukur. 3. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah (Objek Konkrit Set A) menggunakan unit sentimeter seperti: - pemadam - gam stick - buku latihan - bekas pensel - botol minuman (Rujuk Lampiran 1) 4. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada Lembaran Kerja 1 secara individu. (Rujuk Lampiran 2).NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 1 2. 5. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul diberikan bimbingan.

Langkah 2- Mengukur Dalam Unit Meter (m). 1. Murid mengukur objek yang terdapat di dalam bilik darjah ( Objek Konkrit Set B) menggunakan unit meter (m) seperti: tinggi pintu bilik darjah - panjang papan putih - tinggi almari - tinggi kerusi murid panjang meja guru. (Rujuk Lampiran 3). 2. Murid merekodkan ukuran yang diperolehi dalam jadual yang disediakan pada Lembaran Kerja 2 secara individu. (Rujuk Lampiran 4). 3. Guru memantau murid membuat pengukuran untuk memastikan murid mengukur dengan tepat. Murid yang tidak tahu cara mengukur yang betul diberikan bimbingan. Langkah 3- Penilaian 1. Murid diberi Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 5) dan diselesaikan dalam masa 10 minit. 2. Murid membincangkan jawapan bersama guru. v) Bahan Pengajaran Objek Konkrit: - pemadam, gam stick, buku latihan, bekas pensel, botol minuman, pintu bilik darjah, papan putih, almari, kerusi murid, meja guru, pembaris dan pita pengukur. vi) Penilaian Penilaian dibuat berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan pada Lembaran Kerja 1, Lembaran Kerja 2 dan Lembaran Kerja 3 (Rujuk Lampiran 2, Lampiran 4, Lampiran 5). Murid perlu betul kesemua soalan yang diberikan sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 2 3. vii) Jangkaan Refleksi Aktiviti melibatkan kemahiran manipulatif sebegini biasanya mengambil masa yang agak panjang terutamanya bila semua kumpulan perlu mengukur suatu objek yang sama. Ini boleh diatasi dengan dengan membahagikan kelas kepada 5 kumpulan dan objek yang hendak diukur kepada 5 stesen. Setiap kumpulan diberikan 1 stesen dalam tempoh masa yang difikirkan sesuai untuk murid mengukur objek tersebut. Setelah tempoh masa tamat, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen berikutnya. Aktiviti ini diulang hingga setiap kumpulan selesai mengukur kelima-lima objek dalam langkah 1 mahupun 2. Mungkin akan ada kumpulan murid yang tidak mengukur dengan tepat iaitu tidak memulakan pengukuran dari 0. Perkara ini perlu ditegaskan secara kerap untuk membantu murid melakukan pengukuran dengan lebih teliti bagi mendapatkan bacaan yang benar-benar tepat. Walaupun aktiviti mengukur dijalankan secara kumpulan, setiap murid perlu melengkapkan lembaran-lembaran kerja secara individu bagi memastikan semua murid memberikan perhatian terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru perlu prihatin bagi memastikan setiap ahli kumpulan berpeluang membuat pengukuran objek. Ini bertujuan agar setiap murid membuat pengukuran objek maujud dengan betul.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 3 4. LAMPIRANNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 4 5. LAMPIRAN 1OBJEK KONKRIT SET A buku latihan gam stick pemadam bekas pensel botol minumanNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 5 6. LAMPIRAN 2 LEMBARAN KERJA 1Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat di dalam kelas. Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah menggunakan unit sentimeter (cm). BIL OBJEK UKURAN (cm) 1 Pemadam 2 Gam stick 3 Buku latihan 4 Bekas pensel 5 Botol minumanNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 6 7. LAMPIRAN 3OBJEK KONKRIT SET B almari pintu papan putih meja guru kerusi muridNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 7 8. LAMPIRAN 4 LEMBARAN KERJA 2 Arahan: Ukur panjang objek-objek yang terdapat dalam kelas. Catatkan ukuran tersebut di dalam jadual di bawah menggunakan unit meter (m). BIL OBJEK UKURAN (m) 1 tinggi pintu bilik darjah 2 panjang papan putih 3 tinggi almari 4 tinggi kerusi murid 5 panjang meja guruNORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 8 9. LAMPIRAN 5 Arahan: Ukur dan lengkapkan petak kosong dalam gambarajah di bawah.NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN 9

Miskonsepsi dalam Ukuran Panjang Tahun 1


Kesukaran: Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai di kalangan murid tahun 1. Contoh soalan: Ukur dan catatkan panjang pensel dengan menggunakan klip kertas sebagai unit bukan piawai. Murid diberikan sebatang pensel dan sepuluh klip kertas.

Kesalahan yang dilakukan: Murid tidak mengukur dari hujung ke hujung pensel dan tidak menyusun klip kertas secara berterusan (rapat) dalam satu garis lurus.

Pengukuran yang sepatutnya:

Langkah Penyelesaian: 1. Murid perlu ditegaskan bahawa pengukuran sesuatu objek mestilah dibuat dari hujung objek ke hujung yang satu lagi dengan tepat dan setiap alat pengukur bukan piawai yang digunakan mestilah disusun secara berterusan (rapat) dalam satu garis lurus. 2. Murid memerhati dan meneliti bagaimana guru membuat pengukuran objek di hadapan kelas. 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan beberapa objek untuk diukur dengan menggunakan klip kertas. Setiap kumpulan mengukur dan mencatat nilai ukuran yang mereka dapat dalam lembaran kerja yang disediakan (Rujuk Lampiran 1). Guru menegaskan bahawa setiap ahli kumpulan

mesti bekerjasama dan bergilir-gilir membuat pengukuran supaya tiada ahli yang terkecuali daripada membuat pengukuran. 4. Wakil dari setiap kumpulan akan melaporkan hasil pengukuran mereka dan perbandingan terhadap jawapan yang dibentangkan dibuat. Kumpulan yang tidak mendapat jawapan yang tepat dan diberikan bimbingan untuk membuat pengukuran sekali lagi dengan tepat.

LAMPIRAN 1 Ukur panjang objek-objek di bawah dengan menggunakan klip kertas dan catatkan bilangan klip kertas yang digunakan.

KRM3023 ASAS UKURAN - MISKONSEPSI DAN PENYELESAIANNYA

PENDAHLULUAN Setelah sekian lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah KBSM dilaksanakan, prestasi dan minat pelajar terhadap Matematik masih kurang memuaskan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996). Malah, beberapa kajian terdahulu telah menemui beberapa bentuk kesilapan konsep yang dialami pelajar dalam topik-topik penting, seperti pecahan, perpuluhan dan peratusan (Aida Suraya, Syarifah & Habsah 1992; Asiah 1994; Abd. Aziz 2002; Mohd Johan 2002). Dapatan kajian lepas juga menunjukkkan amalan pengajaran masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (Abd. Razak; Abd. Rashid; Abdullah & Puteh 1996; Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996; Voo 1996; Wan Mohd Rani 1999). Dari sudut pedagogi, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 1996).

Kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan (Von Glasersfeld, 1994) dan tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru (Bromme 1994; Howey 1999; Wang, Guo, Chiang & Cheng 1999). Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK (Lampert 1986; Even 1993; Wilson 1994; Swafford, Jones & Thornton 1997; Ma 1999). Di samping itu juga, terdapat perbezaan yang ketara antara guru baru dengan guru berpengalaman dari segi tahap PPIK dan pengajaran mereka dalam bilik darjah (Marks 1990; Schempp, Manross, Tan & Fincher 1998). Di Malaysia, kajian tentang PPIK dalam kalangan guru sekolah, sama ada rendah atau menengah, masih terlalu sedikit, khususnya dalam pendidikan Matematik (Tengku Zawawi et al, 2009).

DEFINISI MISKONSEPSI Miskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang disalah tafsirkan oleh mereka. Sebahagian murid tergolong dalam lemah matematik mungkin disebabkan oleh

kurang mahir membaca, menulis, melakukan latihan pengiraan dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang mana sebahagiannya daripada mereka yang belum pernah mendengar dan lupa istilah yang diberikan. Konsep matematik murid perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit. Robert

Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik penyampaian iaitu :

i. ii. iii.

Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk

membuat perbezaan dan generalisasi. iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematikk

yang tepat. Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut perbezaan aras kecerdasan. Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah

1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization) 2. Terlalu memudahkan (oversimplification) 3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion). 4. Salah mengenalpasti (misidentifying) 5. Salah faham (misunderstanding) 6. Salah maklumat (misinformation) 7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs) 8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands) 9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)

10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained)

KESUKARAN DAN PENYELESAIAN

Pengajaran dan pembelajaran tajuk-tajuk bagi bidang asas ukuran merupakan aplikasi kepada konsep-konsep yang dipelajari terdahulu seperti nombor bulat, pecahan, perpuluhan, dan peratus. Tidak dinafikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seringkali terdapat masalah di mana murid tidak dapat mengikuti rentak dan kaedah pengajaran guru. Secara puratanya, terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Oleh itu

penguasaan isi kandungan pedagogi perlu diutamakan oleh guru bagi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Kesukaran dan miskonsepsi murid-murid perlu diambil kira oleh guru agar pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

Pengajaran dan pembelajaran asas ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam tajuk-tajuk asas ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas nombor. Penguasaan yang lemah dalam tajuk nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus boleh menghalang murid daripada menguasai kemahiran asas ukuran disamping faktor penguasaan rumus matematik, sifir dan sebagainya.

1.1.

Tidak Memahami Bahasa Dalam Soalan Penyelesaian Masalah

Kemahiran penyelesaian masalah adalan antara komponen penting yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran matematik di sekolah seperti yang tertulis dalam Sukatan Pelajaran Matematik (KPM 2000, 2002). Begitu juga dengan, dalam Principles and Standards for School Mathemeatics, National Council of Teacher of Mathematics (NCTM 2000), telah menyarankan supaya kemahiran penyelesaian masalah diberi fokus utama dalam mendidik murid-murid. Miskonsepsi dalam tajuk-tajuk dalam ukuran panjang juga melibatkan kemahiran penyelesaian masalah. Menurut Meor (2001), bahasa memainkan peranan

penting dalam pembelajaran matematik. Masalah kesukaran bahasa untuk memahami sesuatu simbol atau tatatanda matematik akan menyebabkan berlakunya salah konsep. Kesukaran yang dikenalpasti sehingga menimbulkan miskonsepsi ialah murid tidak dapat memahami bahasa dalam soalan penyelesaian masalah. Murid-murid tidak dapat memahami kehendak soalan dan sukar untuk mereka menterjemah soalan penyelesaian masalah kepada ayat matematik.

Contohnya : Beberapa pokok bunga ros dan pokok bunga matahari ditanam disuatu lorong sepanjang 520 m supaya tempat itu kelihatan lebih menarik. daripada

panjang lorong itu ditanam dengan pokok bunga ros. Hitung panjang dalam km, lorong itu yang ditanam dengan pokok bunga matahari.

5 = 8 x 520 m

5 x

520 m 8

325 m 1000

0.325 km

Penyelesaian :

Walaupun jalan kerja yang ditunjukkan oleh murid betul, namun

ia

bukanlah jawapan yang sebenar bagi soalan yang diberikan. Murid perlu kembali semula melihat soalan dengan mencari maklumat yang diberikan. Murid perlu mencari bunga matahari dan bukannya bunga ros. Penyelesaian masalah merupakan suatu proses, yang melibatkan empat langkah utama sebagaimana dijelaskan dalam model Polya iaitu

memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kemnali. Selain itu juga gambaran yang jelas boleh digunakan oleh guru bagi membantu

murid memahami bahasa yang digunakan dalam soalan penyelesaian masalah. Memberi gambaran yang sebenar seperti memperlihatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar. Penggunaan pelengkap bagi pecahan ditekankan kepada murid

KAEDAH ;

Memahami masalah

Merancang penyelesaian

3 8 5 8

Melaksanakan penyelesaian 8 = 8 3 = 8 = = 195 m 1 000 0.195 km x 520 m 8 5

Meninjau kembali. 5 = 8 = 5 x 520 m 8 = 325 m x 520 m

= = =

520 m - 325 m 195 m 1 000 0.195 km

1.2

Kesukaran Menyatakan Dan Menulis Nilai Rajah

Kesukaran kedua yang berpunca dari miskonsepsi pada rajah berlaku dalam dua bentuk. Pertama iaitu kesukaran membaca nilai pada rajah alat penimbang, jarak, dan alat penyukat. Kesukaran yang kedua adalah berkait dengan menulis nilai pada rajah. Kesukaran ini berkait dengan diantara satu dengan yang lain, ini keranan apabila murid tidak dapat menulis nilai pada rajah yang diberi tentunya mereka juga tidak dapat menyatakan nilai pada rajah tersebut. Kesukaran ini berpunca daripada kegagalan murid dalam memahami konsep senggatan dalam tajuk-tajuk ukuran.

Penyelesaian : Murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan. Nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang diwakili. Contohnya dalam 1kg bersamaan 1000g, senggatan yang diwakili ialah 10, maka

1000 dibahagi dengan 10 bersamaan 100 g setiap senggatan. Begitu juga 1 1000 dibahagi menegaskan

l bersamaan

ml

, 1 0 1 1 .

1 0 0 .

0 0

0 0

senggatan yang diwakili ialah 5, maka 1000 dengan 5 bersamaan 200

ml

. Guru perlu

kepada murid agar mengira senggatan bagi 0 0 . 0 0 = . 1 1 000 = 2 1 000

setiap bacaan.

2 0 0 5 1 0 0 0 - 1 0
1.3 Salah
1 1

jam jam jam

5 4 0

5 5 0

minit

. 0 0 . 0

Faham Konsep +
5 8 minit minit

0 .
=

1 1 000 =

2 1 000

Unit-unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciriciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Kesukaran yang dialami oleh murid-murid ialah tidak dapat menyelesaikan operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian

unit-unit ukuran seperti isipadu, ukuran panjang, timbangan dan masa kerana kesilapan konsep. Mengikut teori behaviourisme, murid belajar apa yang diajar atau sekurangkurangnya sebahagian daripada apa yang dipelajari. Teori Behaviourisme berpandangan bahawa pengetahuan diperolehi dari pengalaman, dan pengetahuan sedia ada (current knowledge) tidak diperlukan dalam pembelajaran. Oleh itu kesilapan miskonsepsi berlaku dikalangan murid kerana mereka tidak dapat mengambil kira konsep sedia ada murid. Selain itu juga ada proses asas pembelajaran iaitu asimilasi dan akomodasi. Murid tidak dapat mencantumkan setiap pengalaman baru ke dalam skema pengetahuan sedia ada mereka.

Contoh :

Kira hasil tambah 2 jam 35 minit dengan 5 jam 45 minit.

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh murid dapat dijelaskan bahawa, murid beranggapan penambahan tajuk masa dan waktu mempunyai konsep yang sama dengan penambahan nombor bulat. Walaupun jawapan yang diberikan oleh murid betul, namun penyelesaian seperti ini hanya sesuai untuk tajuk nombor bulat, perpuluhan dan wang. Murid perlu dibimbing memahami konsep dengan cara yang betul dan mudah difahami.

Penyelesaian : Pengalaman sebagai guru akan membantu guru-guru mengesan masalahmasalah seperti di atas terutamanya menyelesaikan operasi yang melibatkan masa dan waktu, ukuran panjang, isi padu cecair dan timbangan berat. Guru perlu menjelaskan kepada murid bagaimana dan kenapa murid-murid melakukan kesilapan ini dan membantu mereka menyelesaikan dan memperbetulkan miskonsepsi tersebut. Sebagai cadangan, guru boleh menggunakan papan unit bagi membantu murid-murid menyelesaikan masalah dalam unitunit ukuran. Rumus yang perlu dihafal

1 JAM
8 jam 40 minit

60 MINIT
1

Jelaskan kepada murid agar tolak jika lebih dari rumus di atas Jelaskan kepada murid agar tambah 1 jika membuat penolakan

2 + 5 7 + 1 8 1

5 4
10

5 5 0 0 0

6 4

1.4

Tidak Menghafal Rumus

Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik. Hal ini berlaku kerana, matematik

merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor. Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang dikehendaki. Contoh : 21.62 kg + 896 g = _________ kg

= 8 9 6 g
Rumus

1 0 0

= 8 . 9 6 kg 2 1 . 6 2 kg

1kg = 1000 g

+
dan bukannya 100

8 . 9 6 kg 3 0 . 5 8 kg

Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi menukar g kepada kg, walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000. Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep timbangan berat. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti isipadu cecair, ukuran panjang dan masa dan waktu.

Penyelesaian : Bagi membantu murid-murid mengatasi miskonsepsi ini, pendekatan yang berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah diselsaikan oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik. Sebagai contoh :

mm 10
= mee maggi

cm

100

m
mari

1000

km
kita makan

cepat masak

ml 1000 l

g 1000

kg

X
= mira lari bahaya (bahagi) lori = Gee

X
balik (bahagi) kampung

1.5

Keliru Dengan Istilah Matematik

Merujuk kepada kesukaran di atas, kekeliruan sering berlaku apabila murid tidak dapat menyatakan nilai apabila adanya istilah matematik dalam soalan-soalan yang diberikan. Penggunaan istilah terutamanya kurang/lebih daripada selalu mengelirukan murid-murid. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jaroslaw Mrozek (2000) di University of Gdrasisk, Gdarisk Poland terdapat tiga perkara asas dalam memahami masalah matematik. Tahap pertama ialah memahami tanda atau simbol dan istilah-istilah yang digunakan dalam masalah matematik. Ahli matematik perlu mempunyai pengetahuan berkaitan maksud setiap setiap simbol dan istilah-istilah yang diberikan Contoh : Jadual 3 menunjukkan berat 3 buah kotak R, S dan T.

Kotak R S T

Berat 3.5 kg 325 g kurang daripada R 1.25 kg lebih daripada S

Jadual 3

Kira jumlah berat ketiga-tiga kotak, dalam kg.

Kesilapan Murid : Tidak menolak 325 daripada 3.5 kg dari nilai R

3 . 5 0 0 kg + 0 . 3 2 5 kg 3 . 8 2 5 kg
Kesila pan Murid : Tidak menam bah 1.25 kg daripa da nilai S

+ 1 . 2 5 0 kg 5 . 0 7 5 kg

Penyelesaian : Dalam hal ini, kaedah yang boleh digunapakai bagi membantu murid-murid ialah dengan menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai, manakala bagi lebih daripada pastikan murid menambah nilai diberi daripada sesuatu nilai. Sesuatu nilai ini boleh mewakili huruf, bilangan orang, bentuk-bentuk, bunga dan sebagainya. Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid menyelesaikan soalansoalan matematik dengan lebih mudah. Sebagai contoh :

nilai Daripada nilai R

ditolak (kurang) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)

3 . 5 0 0 kg Nilai yang kurang daripada R - 0 . 3 2 5 kg 3 . 1 7 5 kg

nilai

ditambah (lebih) daripada sesuatu nilai (huruf/ bentuk/dll)

Nilai yang perlu lebih daripada S Daripada nilai S

3 . 1 7 5 kg + 1 . 2 5 0 kg 4 . 4 2 5 kg

3 . 5 0 0 kg
S

+ 3 . 1 7 5 kg 6 . 6 7 5 kg
T

+ 4 . 4 2 5 kg 1 1 . 1 0 0 kg

KESIMPULAN

Miskonsepsi miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara yang serius dan perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki. Bahasa matematik merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Murid-murid mempunyai

kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan

miskonsepsi mereka terhadap pengajaran asas nombor iaitu, nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.

Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr. Jamil Ahmad, 2008). Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik

adalah mengikut terminologi matematik. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dalam matapelajaran matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Keadaan ini seringkali mendatangkan masalah kepada pelajar, terutamanya dalam aspek pemahaman semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik.

Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D). Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

RUJUKAN

Abd. Razak Habib, Abd. Rashid Johar, Abdullah Mohd Noor & Puteh Mohamad. (1996). Pelaksanaan KBSM dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial disekolah. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Institut Aminuddin Baki, 9-11 Disember.

Aida Suraya Md. Yunus, Sharifah Mohd Nor & Habsah Ismail. (1992). Analisis kesilapan masalahmasalah berkaitan nombor perpuluhan dan pecahan bagi pelajar Tahun Lima sekolah rendah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 12: 15-33.

Asiah Ismail. 1994. Beberapa pola kesilapan dalam kefahaman konsep nombor perpuluhan dalam kalangan murid tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Matematik Sains BPG 1:10-13.

Aida Suraya Mad Yunus.

Algoritma Pendaraban Nombor Perpuluhan Dari Persepsi Pelajar

Tingkatan Satu. ISSN : 0128-7702 : Universiti Putra Malaysia

Baharin Shamsudin (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku . Kuala Lumpur : DBP, KPM

Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11-12 Oktober 2008).

Seminar Pendidikan Sains dan

Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia

Lim K.L, Khaw A.H, Seah A.K. satu Kajian Mengenai Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Di Sekolah Rendah. Maktab Perguruan Batu Lintang : Jabatan Matematik

Meor Ibrahim Kamaruddin (2001). Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. (Tidak diterbitkan)

Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris

Mok Soon Sang (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roslina Radzali. Kepercayaan Matematik Pelajar Berhubung Penyelesaian Masalah Matematik. Jabatan Matematik

Label: TUGASAN SEMESTER

Anda mungkin juga menyukai