Anda di halaman 1dari 18

SOALAN UNTUK TUJUAN ULANGKAJI SAHAJA. BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF) 1.

Proses pengamatan penting kepada murid kerana (A) membantu menyelesaikan masalah harian (B) dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dengan lebih mudah. (C) dapat membina sesuatu konsep dalam pembelajaran kanak-kanak. (D) Latihan pergerakan otot menjadi asas kepada pembelajaran harian. 2. Bunyi berikut adalah bunyi yang paling nyaring. (A) Jeritan bayi (B) Kicauan burung (C) Bunyi serin bomba (D) Bunyi wisel ketika pemain menjaringkan gol. 3. Kaedah paling tua digunakan untuk manusia bagi mengajar bacaan kepada kanakkanak ialah; (A) Kaedah fonik (B) Kaedah abjad (C) Kaedah suku kata (D) Kaedah pandang sebut. 4. Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan, murid mestilah melalui proses asas (A) Mengeja suku kata (B) Mengeja perkataan (C) Mencantum suku kata (D) Menyebut dan menghafal huruf a hingga z 5. Kaedah abjad memberi penekanan supaya murid dapat (A) membunyikan suku kata (B) mengeja terus sesuatu perkataan (C) mengenal nama-nama huruf dan bunyinya. (D) membunyikan perkataan berdasarkan gambar. 6. Kaedah pandang dan sebut memerlukan (A) guru memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad. (B) latihan pengecaman dan menulis huruf yang diajar. (C) ingatan (memori) foto dan menyebut kembali perkataan tersebut. (D) Murid menghafal supaya dapat mengenal huruf abjad a hingga z. 7. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan.Melalui kaedah ini perbendaharaan kata imbasan diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan di atas merujuk kepada; (A) Kaedah fonik

(B) Kaedah abjad (C) Kaedah pandang sebut (D) Kaedah ayat dan cerita 8. Pergerakan tangan di udara, air dan di atas pasir bertujuan: (A) Membolehkan murid menulis degan pantas (B) Menguatkan otot-otot tangan murid sebelum diajar asas menulis. (C) Memudahkan murid memegang pensel dan dapat menulis dengan cantik. (D) Membolehkan murid mewarna gambar-gambar yang diberikan dengan teratur. 9. Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pramenulis yang sesuai dilaksanakan KECUALI (A) Latihan menggosokkan tangan. (B) Latihan menggerakkan jari di atas pasir (C) Latihan menyambung titik-titik, huruf atau nombor di atas kertas. (D) Latihan membentuk garis-garis mendatar, menegak dan bulatan serentak dengan kordinasi tangan dan mata. 10. Murid perlu diajar mengenal huruf kecil dan huruf besar kerana: (A) Memudahkan mereka menyalin huruf yang diberikan oleh guru. (B) Memudahkan murid-murid membezakan huruf kecil dan huruf besar (C) Memudahkan murid-murid membuat latihan yang diberikan oleh guru. (D) Memudahkan mereka menyebut abjad dengan pantas apabila guru menunjukkan melalui kad imbasan. 11. Antara berikut manakah aktiviti peringkat penulisan mekanis? I. Latihan menulis huruf di atas garis tiga II. Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong. III. Latihan menulis huruf besar di atas kertas berkotak,garis empat dan garis satu IV. Latihan menulis huruf dengan menggerakkan jari di atas meja, dinding dan di atas buku (A) I dan ii. (B) I dan iii. (C) I, ii dan iii. (D) I, ii dan iv. 12. Aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis boleh dilaksanakan dalam pendidikan jasmani. Apakah tujuan guru mengaplikasikan kemahiran kemahiran itu semasa sesi pengajaran? (A) Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. (B) Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran. (C) Meningkatkan kemahiran kordinasi tangan, mata dan kognitif murid murid

(D) Memberi latihan yang berterusan dalam menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. 13. Dalam mata pelajaran muzik, guru boleh menggunakan gabungan muzik dan pergerakan kreatif. Apakah tujuan guru muzik menggunakan gabungan muzik dan pergerakan kreatif? (A) Menghilangkan perasan malu. (B) Meningkatkan daya ingatan murid. (C) Membolehkan murid-murid mengekspresi diri mereka. (D) Menimbulkan suasana yang menyeronokkan dalam pembelajaran. 14. Pergerakan motor kasar kanak-kanak melibatkan pergerakan seluruh anggota ketika (A) tidur (B) menulis (C) membaca (D) merangkak 15. Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem/m/ seperti ayat di bawah: Mereka makan mangga muda masa emak mandi Pelajar tersebut mempunyai masalah dalam kategori? (A) Lakonan (B) Main peranan (C) Pemintal lidah (D) Pasangan minimal 16. Guru diajar membina bahan pengajaran supaya guru dapat menjalankan aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut: I. Kad imbasan II. Gambar yang dilukis III. Menggunakan tanah liat IV. Lirik lagu yang dinyanyikan. (A) I dan ii. (B) Ii dan iii. (C) I,ii dan iii. (D) I,iii dan iv.

17. Boneka yang dikendalikan oleh seseorang menggunakan tali dari atas pentas dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah (A) Boneka tali (B) Boneka kotak (C) Boneka sarung

(D) Boneka tongkat

18. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu. (A) Murid-muri belajar mengikut .kemampuan mereka sendiri. (B) Guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid. (C) Guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian. (D) Murid bolsh berkongsi idea dan member sumbangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Semasa pengajaran di dalam kelas, murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja perkataan dan suku kata mengikut melodi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan. 19. Penyataan di atas menjelaskan supaya murid-murid (A) Boleh bertutur dengan lancar. (B) mengecam bunyi huruf dengan betul. (C) Boleh menyanyi dengan intonasi yang baik. (D) Mudah mengingat dan menghafal perkataan dan suku kata. 20. Antara perkara berikut, yang manakah tidak perlu ada semasa pameran bahan? (A) Pernyataan. (B) Susunan yang menarik. (C) Kerusi untuk pengunjung. (D) Petugas untuk penerangan. SOALAN UNTUK TUJUAN ULANGKAJI SAHAJA. BAHAGIAN B (SOALAN STRUKTUR) 1. (a) (i) Huraikan secara ringkas definisi kaedah fonetik. [ 2 markah ] Bidang bahasa yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat Mengkaji bunyi dari segi: a) Sifat bunyi itu /b) Cara pengeluarannya / c) Aspek pendengaran. Tumpuan hanya pada bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur (bunyi-bunyi bahasa) sementara bunyi bukan bunyi bahasa seperti dehem, siulan dsb tidak dikaji.

( ii) Senaraikan tiga aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah fonetik. [ 6 markah ]

i=Membatang suku kata dan perkataan. Contoh : bu + ku = buku /bu + bu = bubu /bu + lu = bulu ii=Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya sukakhirnya perkataan. contoh b (beh), a (ah) =ba /t (te), u (uh) = tu ba + tu = batu iii= Latihan membaca frasa dan ayat Contoh -Ini baju saya / Baju saya cantik / Baju saya bewarna biru (b) (i) Nyatakan dua kebaikan dan dua kelemahan kaedah fonetik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. [ 8 markah ] kebaikan -Huruf yang dilihat dapat dikaitkan dengan bunyi oleh murid. -Penggunaan asosiasi dapat mempercepatkan proses mengingat. -Murid dapat mengurangkan beban memori. -Terdapat huruf-huruf tertentu yang lebih mudah boleh diperkenalkan dahulu Keburukan 1.Murid-murid lembap tidak sesuai belajar mengikut kaedah ini. 2.Sesuai untuk murid-murid yang pandai. 3.Persiapan awal oleh murid perlu dilakukan sebelum aktiviti membaca. 4.Murid hendaklah mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. 5.Kaedah ini lebih sesuai digunakan kepada murid yang telah mahir menyebut dan mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan. 2. (a) Senaraikan dengan empat aktiviti asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid dalam memperkenalkan proses pratulisan. [ 8 markah ] i. melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan,, dan depan ke belakang. ii. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus. iii. Menyambungkan titik-titik atas kertas. iv. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas. v. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam. vi. Melukis garis condong vii. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan viii.Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan dalam bentuk huruf-huruf tersebut. (b) Jelaskan empat tingkah laku yang dijadikan petunjuk oleh guru bagi mengesan murid-murid yang menghadapi masalah dalam tulisan. [ 8 markah ]

i. menggenggam pensel ii. cara memegang pensel yang salah iii. kedudukan badan yang canggung semasa menulis iv. mengelak latihan menulis seperti menggunakan taktik melengah-lengah v. hasil tulisan tidak banyak berbanding umur, keupayaan membaca, dan keupayaan bertutur vi. terlalu kerap memadam vii. kerap merujuk kepada carta huruf untuk menyemak bentuk huruf viii. keliru dengan arah, misalnya tulisan cermin atau menulis terbalik, dan ix. lemah dalam menggunakan ruang, misalnya huruf atau perkataan terlalu rapat atau berjauhan. 3. (a) Penggunaan power point dalam bengkel pembinaan bahasa untuk kelas pemulihan adalah digalakkan kerana mendatangkan banyak kebaikan. Jelaskan empat kebaikan tersebut. [ 8 markah ] -Mudah digunakan -Menarik dan terkawal -Murid memberi tumpuan yang lebih -Penggunaannya boleh dipelbagaikan. (b) Cadangkan empat aktiviti utama dalam bengkel pembinaa bahasa bahan pemulihan dengan menggunakan power point. [ 8 markah ] -Latihan huruf dengan bunyi murid boleh menyebut secara nyanyian memudahkan untuk mengingat. -Memaparkan huruf abjad satu demi satu dan boleh menghilangkan huruf untuk menguji ingatan -Latihan suku kata boleh dilaksanakan ( ba/ bi/ be/bo) (sa/ si/ se/ so) ( cara terbaik untuk kelas pemulihan -Mengajar secara berlagu menggunakan power point kepada kanak kanak dengan memasukkan suku kata yang sesuai. 4. (a) Kaedah abjad adalah salah satu kaedah pengajaran mengenal huruf dan membaca. Tuliskan langkah-langkah yang dapat dijalankan dalam pengajaran kaedah tersebut. [ 8 markah ] -Guru memperkenalkan kesemua 26 huruf abjad -Murid diajar nama huruf dengan teratur, bermula dari a hingga z -Latihan pengecaman dan menulis uruf diajar oleh guru. -Murid diajar secara hafalan supaya mereka mengenal huruf a hingga z -Murid diajar mengenal huruf kecil dan diikuti huruf besar. -Latihan menulis huruf kecil dan huruf besar serta padanan hurufhuruf tersebut. -Perkataan yang bermula dengan huruf vokal diperkenalkan seprti , ibu, ekor dan dikuti dengan perkatan yang bermula dengan huruf konsonan seperti bata, batu, baju.

-Memperkenalkan perkaitan antara bunyi huruf dan perkataan. -Aktiviti berfokus kepada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan mengeja perkataan. (pilih 4 sahaja) (b) Senaraikan kumpulan bunyi yang boleh dirakam dalam membantu untuk menyebut huruf-huruf abjad. [ 8 markah ] -Bunyi semula jadi seperti desiran ombak, air terjun, angin -Bunyi haiwan seperti ular, anjing, burung hantu, kambing dll. (Ssssss) -Bunyi mekanikal seperti bunyi kenderaan-kereta, motorsikal, penggorek batu dll.(Terr.... -Bunyi situasi contoh seseorang yang terkena air panas aaaaaaa.... panasnya. 5. (a) Apakah tujuan membuat dokumentasi bahan-bahan seminar dan pameran ? [ 10 markah ] -Sebagai bahan bukti penggunaan pelbagai bahan pengajaran. -Hasil kerja amali ini dijadikan bahan rujukan. -Memberi sumbangan idea kepada guru untuk lebih kreatif. -Maklumat dan cara membina bahan-bahan dapat dijelaskan. -Memudahkan guru-guru menghasilkan bahan yang lebih baik dan sesuai. -Boleh digunakan untuk pameran dan seminar apabila diperlukan. ( Pilih lima cadangan jawapan (b) Apakah objektif mengadakan pameran dalam bilik darjah dan senaraikan bahanbahan pengajaran yang boleh dipamerkan. [ 6 markah ] -Objektif memberi pendedahan kepada guru untuk melihat lebih dekat bahan yang boleh digunakan semasa pengajaran. -Bahan-bahan -Kad imbasan -Rakaman bunyi huruf -Gambar dan huruf-huruf -Bahan boneka -Buku-buku berkaitan pemulihan -Rakamn bunyi-bunyi digital -Permainan bahasa berkaitan huruf ( Pilih empat cadangan jawapan )

JAWAB SEMUA SOALAN


1. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama Memilih yang sama dan yang berbeza Mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf Mengelaskan benda atau gambar mengikut urutan yang

munasabah Aktiviti di atas merupakan merupakan komponen dalam pengajaran ; A Lisan B Prabacaan C Bacaan mekanis D Kesediaan membaca 2. Kaedah Abjad memberi penekanan supaya murid dapat ; A. membunyikan suku kata B. mengeja terus sesuatu perkataan C. mengenal nama-nama huruf dan bunyinya D. membunyikan perkataan berdasarkan gambar 3. Kaedah Pandang dan Sebut mementingkan I. pengejaan dan membatang suku kata II. penyebutan ayat melalui gambar yang ada cerita III. membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar. IV. membunyikan huruf-huruf dahulu sebelum menjadikannya suku kata dan perkataan. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja 4. Yang manakah paling benar tentang kaedah pandang dan sebut ? A. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali B. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf C. Kaedah ini sangat sesuai dengan susuk bahasa Melayu D. Kaedah ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan. 5. Dalam sesi pengajaran pra bacaan di dalam kelas, pilih set induksi yang paling sesuai digunakan oleh guru untuk memulakan pengajaran. A. Guru menunjukkan cara menulis huruf a B. Guru menunjukkan kad huruf dan meminta murid menyebutnya C. Guru menulis huruf a di papan tulis dan meminta murid menyebutnya D. Guru berbual dengan murid mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. 6. Kaedah yang memperkenalkan bunyi-bunyi yang berkait dengan huruf terlebih dahulu ialah A. Kaedah Abjad C. Kaedah Perkataan

B. Kaedah Fonetik D. Kaedah Suku Kata 7. Kaedah yang paling tua digunakan oleh manusia bagi megajarkan bacaan kepada kanak-kanak ialah; A. Kaedah abjad B. Kaedah fonik C. Kaedah suku kata D. Kaedah pandang sebut 8. Melalui kaedah abjad, murid mengenal huruf kecil dan besar melalui cara-cara seperti yang berikut, kecuali A. mengenal nama huruf B. mengenal bunyi huruf C. mengenal bentuk huruf D. mengenal suku kata 9. Mengikut kaedah abjad sebelum diajarkan membaca perkataan proses yang pertama murid mestilah , A. mengeja suku kata B. mengeja perkataan C. mencantum suku kata D. menyebut dan menghafal huruf a hingga z 10. Berikut merupakan aktiviti peringkat penulian mekanis kecuali A. menamakan gambar-gambar B. menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf C. melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat D. menekap huruf atau perkataan yg ditulis dengan bentuk garis putus-putus 11. Kaedah ini menekankan makna dalam bacaan. Melalui kaedah ini perbendaharaan kata imbasan diperkenalkan dahulu sebelum diperkenalkan bunyi kepada murid. Pernyataan di atas merujuk kepada; A. Kaedah fonik B. Kaedah abjad C. Kaedah pandang sebut D. Kaedah ayat dan cerita 12. Apakah yang dimaksudkan dengan peringkat penulisan mekanis ? A. Murid menyalin ayat-ayat yang ditulis oleh guru B. Murid didedahkan dengan penulisan huruf-huruf kecil dan besar C. Murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengalaman yang telah dilalui. D. Murid didedahkan dengan aktiviti pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

13. Antara kelebihan kaedah padang sebut ialah; I. Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak II. Kaedah ini dari awal mementingkan makna III. Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama IV. Kaedah ini membolehkan kanak-kanak membaca perkataan perkataan baharu walaupun perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. A. I dan II B. I dan III C. I, II dan III D. I, II, III dan IV 14. Seorang murid menghadapi masalah menyebut fonem /m/ seperti ayat di bawah: Mereka makan mangga muda masa emak mandi dalam kolam A. main peranan B. pasangan minimal C. pemintal lidah D. lakonan 15. Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut kecuali; A. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan B. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata C. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat D. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna 16. Kaedah fonetik mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah I. sesuai dengan susuk bahasa Melayu II. mempelajari perkataan baru secara berperingkat III. membolehkan kanak-kanak membaca perkataan baru IV. memberi asas dan binaan yang kukuh dalam proses membaca Antara berikut, yang manakah aktiviti yang sesuai untuk penyataan di atas ? A. mengenal nama huruf B. menenal bunyi huruf C. mengenal bentuk huruf D. mengenal bunyi suku kata 17. Dalam aktiviti kemahiran pra tulisan murid diberi latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan. Berdasarkan pernyataan yang di atas aktiviti yang bersesuaian ialah; A. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua B. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu

C. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. D. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman 18. Berikut merupakan matlamat aktiviti main peranan dalam pengajaan dan pembelajaran Bahasa Melayu. I. Murid memahami masalah sendiri dengan mendalam II. Murid memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial. III. Membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. IV. Kurang membantu murid pendiam mengambil bahagian dalam aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran. A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja B. III dan IV sahaja D. I, II, dan IV sahaja 19. Pilih langkah yang sesuai untuk memasukkan fail lagu secara berterusan ke dalam beberapa slaid. A. Pilih lagu Custom Animation pilih Effect Option set jumlah slide B. Record sound press button dan mainkan bunyi sewaktu anda melihat keseluruhan slide. C. Mainkan udio dari CD set lagu dari CD untuk jangkamasa lagu dimainkan. D. All programs assesories record sound - save 20. Format digital bagi rakaman audio ialah A. pdf C. jpag B. waw D. mdb 21. Perisian Sound Recorder digunakan untuk merakam bunyi-bunyi alam dan mekanikal. Berikut adalah format yang digunakan untuk menyimpan fail audio. A. wav C. pdf B. mdb D. exe 22. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut, kecuali A. gambar yang dilukis B. kraftangan batik C. lukisan tanah liat D. lirik lagu yang dinyanyikan

23. Langkah 1 - Pilih huruf kegemaran sama ada huruf di awal nama atau sebaliknya. Langkah 2 - Membina mengikut teknik tone warna gabungan sekurang-kurangnya dua warna supaya lebih menarik.

Langkah 3 - Gunakan gam untuk menampal bahan binaan tersebut. Langkah 4 - Gunakan plastik lutsinar sebagai pembalut, supaya bahan binaan utama tidak mudah tanggal bila disentuh. Langkah di atas merujuk kepada pembinaan bahan pemulihan membaca dan menulis dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual jenis A. kolaj C. Kraf tangan B. origami D. mewarna 24. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan menakah yang merupakan aktiviti yang dapat membantu murid mengenal huruf ? A. berlari secara lurus dengan pantas. B. memulakan langkah kaki secara teratur C. membentuk huruf mengikut posisi badan D. menyambut dan membaling bola berpasangan 25. Tujuan penyerapan mata pelajaran PJK dalam pendidikan pemulihan membaca dan menulis adalah untuk A. memudahkan guru-guru mengajar membaca B. bermain dengan huruf dan perkataan secara beriadah C. menyakinkan murid-murid untuk membaca dan menulis D. menyenangkan murid-murid mengingat huruf yang telah dipelajari 26. Boneka yang dikendalikan oleh tiga orang dalang dalam pengajaran dan pembelajaran guru dikenali sebagai Boneka A. Bunrako B. Marrionette C. Polistrina D. Ventriloquist 27. Guru berjaya mengesan salah seorang muridnya menghadapi masalah untuk menyebut fonem /k/dalam ayat berikut: Kulit kaki kakak kamu kurap kerana kulat kurap kucing kurap hinggap kulit kaki kakak kamu. Kakak kamu harap kudis kurap kurang pada kulit kaki kelak bila kopi kelat pekat sapu pada kudis kulit kaki kurap kakak kamu. Berdasarkan penyataan masalah di atas, apakah aktiviti yang paling sesuai untuk mengatasi masalah muridnya. A. main peranan B. pemintal lidah C. pasangan minimal D. latih tubi 28. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu

A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri B. hubungan mrid dengan guru adalah paling minima C. amat sesuai untuk pengajaran pemulihan dan pengayaan. D. menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. 29. Semua yang berikut merupakan ciri-ciri permainan bahasa, kecuali A. menyeronokan B. bersifat persaingan C. penglibatan menyeluruh D. tidak mementingkan unsur etiket 30. Yang manakah di antara berikut merupakan ciri-ciri pengajaran tutoring I. Sebarang kerja rumah akan dikembalikan melalui perkhidmatan pos II. Seorang guru hanya dikhususkan untuk seorang murid sahaja III. Kaedah pengajaran individu yang paling asli dan tertua IV. Seseorang murid tidak perlu menunggu arahan guru untuk maju A. I sahaja C. III dan IV sahaja B. I dan II sahaja D. Semua di atas 31. Guru mata pelajaran Seni Visual boleh menjalankan aktiviti mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan bahan-bahan berikut kecuali A. gambar yang dilukis B. kraftangan batik C. lukisan tanah liat D. lirik lagu yang dinyanyikan 32. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran berkumpulan ? A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid B. memberi kebebasan kepada murid-murid untuk memilih guru yang digemari sahaja. C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan pembelajaran individu secara bersendirian. 33. Antara pergerakan lokomotor berikut, pergerakan manakah yang merupakan aktiviti yang dapat membantu murid mengenal huruf? A. berlari secara lurus dengan pantas B. memulakan langkah kaki secara teratur C. membentuk huruf mengikut posisi badan D. menyambut dan membaling bola berpasangan 34. Tujuan pendidikan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan menulis adalah untuk

A. menyenangkan guru-guru mengajar B. menyakinkan murid-murid untuk belajar C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah mereka pelajari menerusi nyanyian. 35. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan boneka mempunyai beberapa kelebihan. Antara kelebihannya ialah; I. dapat menarik perhatian murid II. dapat membina keyakinan diri III. dapat menggunakan pelbagai deria IV. dapat menggunakan kemahiran bahasa secara serentak A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I, II, III dan IV 36. Tujuan pendidikan pendidikan jasmani dan kesihatan dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan menulis adalah untuk A. menyenangkan guru-guru mengajar B. menyakinkan murid-murid untuk belajar C. membolehkan murid-murid bekerjasama antara satu sama lain. D. menyenangkan murid-murid untuk mengingat huruf yang telah mereka pelajari menggunakan kaedah pergerakan. 37. Pilih penyataan yang tidak benar tentang pengajaran secara individu A. murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri B. guru boleh menyediakan pengajaran berdasarkan keperluan murid C. guru boleh merancang satu set jadual khusus dan modul bersesuaian D. murid boleh berkongsi idea dan memberi sumbangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. 38. Murid-murid didedahkan dengan teknik mengeja perkataan dan suku kata mengikut melodi dalam pengajaran dan pembelajaran pemulihan supaya A. murid-murid boleh bertutur dengan lancar B. murid-murid dapat mengecam bunyi huruf dengan betul C. murid-murid boleh menyanyi dengan intonasi yang baik D. murid-murid mudah mengingat dan menghafal perkataan dan suku kata yang dipelajari. 39. Manakah antara penyataan berikut merupakan objektif utama pembelajaran berkumpulan ? A. mendorong sikap egosentrik dalam kalangan murid-murid B. memberi kebebasan kepada murid untuk memilih guru yang disukainya sahaja

C. memberi peluang kepada murid belajar mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. D. menggalakkan murid-murid menggunakan bahan-bahan pembelajaran individu secara bersendirian. 40. Semua yang berikut merupakan jenis pameran kecuali A. pameran tetap B. pameran bermusim C. pameran bergerak D. pameran sementara

BAHAGIAN B Jawab 2 soalan sahaja 1. Pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera dengan bantuan kuasa intelek. (a) Nyatakan dua jenis pengamatan i. _____________________________ ii. _____________________________ (b) Senaraikan tiga punca kelemahan pengamatan i. _____________________________ ii. _____________________________ iii. _____________________________ 2. Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan akivitiaktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. (a) Nyatakan tiga aktiviti kemahiran pratulisan mengikut urutannya. i. _____________________________________ ii. _____________________________________ iii. _____________________________________ (b) Dalam aktiviti kemahiran pratulisan, murid telah diberi latihan pergerakan mata kiri ke kanan serta mengkoordinasi pergerakan mata dan tangan. i. _____________________________________ ii. _____________________________________

3. Penggunaan boneka dalam bilik darjah perlu dirancang dengan teliti agar aktiviti tersebut dapat membantu dalam perkembangan bahasa dan sahsiah murid.

a. Nyatakan tiga persediaan murid sebelum terlibat dalam pengajaran menggunakan boneka. i. _____________________________________ ii. _____________________________________ iii. _____________________________________

b. Nyatakan dua persediaan guru sebelum melaksanakan pengajaran yang menggunakan boneka. i. _____________________________________ ii. _____________________________________

Jawab semua soalan. Anda dibenarkan membuat rujukan. 3. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang akan anda pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar? 4. Jelaskan maksud titik kemasukan huruf. Berikan contoh yang sesuai. 5. Berikan alamat 4 rujukan dalam talian (online) yang berkaitan dengan literasi bahasa.

Soalan 3: Antara faktor penting yang perlu saya pertimbangkan dalam membina bahan bantu mengajar adalah memastikan bahawa bahan bantu mengajar saya itu tidak memerlukan kos yang tinggi dan dapat digunakan untuk pelbagai tajuk di samping ianya dapat menarik perhatian murid untuk mempelajarinya. Soalan 4: Titik kemasukan huruf ialah titik awal pergerakan mata pensel semasa proses membentuk binaan huruf yang perlu dipatuhi. Memahami titik kemasukan huruf penting supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Contohnya; Sebagai permulaan, guru boleh menyuruh murid menulis huruf dengan bebas di atas kertas kosong. Kemudian, murid diminta untuk menulis huruf dengan menggunakan kertas berkotak. Selain itu, guru juga boleh meminta murid menulis huruf di atas kertas bergaris empat. Setelah itu, murid dikehendaki pula untuk menulis huruf di atas kertas bergaris tiga. Akhir sekali, murid diminta untuk menulis huruf dengan menggunakan kertas bergaris satu. Soalan 5: 3) Pada pendapat saya, antara faktor yang akan saya pertimbangkan ketika membina bahan bantu mengajar ialah dari segi kos, kegunaan dan sasaran. Dari segi kos, saya kan berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan bahan bahan yang tidak memerlukan saya mengeluarkan kos yang tinggi. Saya lebih suka menggunakan bahan bahan terpakai untuk membina bahan bantu mengajar kerana di samping menjimatkan kos, masalah pencemaran juga dapat dikurangkan. Dari sudut kegunaan pula, saya akan memastikan setiap bahan bantu mengajar yang ingin saya hasilkan itu mempunyai banyak kegunaan. Pada pendapat saya, bahan bantu mengajar yang efektif ialah bahan bantu mengajar yang dapat digunakan untuk pelbagai fungsi. Dengan demikian, guru tidak perlulah membazir wang , tenaga dan masa membina bahan bantu mengajar yang banyak untuk mengajar setiap topik yang ingin diajarkan. Cukuplah sekadar satu sahaja bahan bantu mengajar tetapi boleh digunakan untuk pelbagai topik yang ingin diajar. Dari aspek sasaran pula, saya akan memastikan bahan bantu mengajar yang dibina mencukupi dan sesuai dengan keadaan kelas yang saya ajari. Jika kelas yang mempunyai murid yang ramai, saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang bersaiz besar agar semua murid dapat melihat dengan jelas bahan bantu mengajar yang saya tunjukkan di hadapn kelas. Jika kelas kecil pula, saya boleh membuat bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam kumpulan kumpulan kecil.

4) Titik kemasukan huruf ialah titik awal permulaan bagi menulis sesustu huruf. Contohnya, jika menulis huruf c, titik kemasukannya ialah dari atas dan kemudian, barulah turun ke bawah secara melengkung.

1. pada pendapat saya, antara faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan alat bantu mengajar ialah (a) sasaran- alat bantu mengajar yang dibina haruslah mempunyai sasaran tertentu supaya objektif pelaksanaan alat bantu mengajar tercapai. (b) guna semula- sesuatu alat bantu mengajar haruslah fleksibel dan dapat digunakan untuk tujuan lain pada bila-bila masa (tidak terhad pada waktu itu saja) di samping dapat menjimatkan kos. (c) saiz tulisan- bagi membina alat bantu mengajar untuk kanak-kanak, saiz tulisan hendaklah besar dan menarik. jenis tulisan juga haruslah sesuai dan jelas dibaca. Hal ini demikian kerana kanak-kanak lebih mudah mengingat dan lebih berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih-lebih lagi apabila disertakan dengan gambar yang menarik. 2. titik kemasukan huruf ialah cara untuk menulis. adalah penting untuk mengetahui titik kemasukan huruf supaya dapat menghasilkan tulisan yang cantik, kemas dan sistematik. pengetahuan tentang titik kemasukan huruf amat dititikberatkan supaya generasi akan datang mempunyai tulisan yang cantik memandangkan pada masa kini kebanyakan murid tidak mempunyai tulisan yang cantik. selain itu, murid akan tahu bila sempadan berhenti binaan huruf perlu ditamatkan. sebagai contoh, murid cenderung untuk menulis huruf m kecil yang menyamai huruf m besar. selain itu, ada yang menulis huruf q tanpa ekor.