Anda di halaman 1dari 2

NAMA LOKASI KATEGORI TEMPOH PERMAINAN

: PERMAINAN TARIK UPIH BERGANTI-GANTI : PADANG IPG KAMPUS BATU LINTANG : LAMAN : 25 MINIT

CARA BERMAIN 1. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada empat pasangan ( 1-penarik upih,1-penaik upih) 2. Setiap pasangan haruslah berada di belakang garisan yang ditanda dengan field marker sebelum memulakan pertandingan. 3. Pasangan yang telah menamatkan giliran mereka haruslah berada di kawasan yang telah disediakan oleh penganjur. 4. Peserta haruslah menarik pasangannya di dalam upih sehingga ke zon pertukaran pemain. 5. Setiap pasangan haruslah menukar posisi mereka di zon pertukaran sebelum berpatah semula ke garis permulaan.

ASPEK KESELAMATAN 1. Kawasan padang yang rata dan tidak terdapat bahan yang membahayakan di atas kawasan padang. 2. Peralatan : Upih yang disediakan telah dibersihan bagi mengelakkan sebarang kecederaan. Sarung tangan yang disediakan haruslah menepati saiz tangan peserta. 3. Peserta : Pakaian sukan yang sesuai. Sarung tangan yang disediakan bersesuaian dengan saiz tangan peserta Keadaan peserta yang sihat.

1. 2. 3.

4.

5.

6. 7.

PERATURAN PERMAINAN Peserta hanya boleh memulakan pertandingan selepas wisel ditiupkan. Peserta yang duduk di atas upih tidak dibenarkan sama sekali menolong pasangannya yang menarik upih dalam apa pun cara. Setiap kumpulan akan melepaskan pasangan pertama masing-masing secara serentak untuk bermain tarik upih. Pasangan kedua bagi setiap kumpulan akan menunggu pasangan pertama untuk sampai ke garisan penamat sebelum memulakan Setiap pasangan akan menunggu bagi semua kumpulan sebelum memulaan permainan ini. Setiap kumpulan pasangan perlu bermain di dalam lorong yang telah disediakan sepanjang permainan dijalankan. Jika terdapat kumpulan pasangan yang memasuki lorong kumpulan lain, maka penyertaan pasangan tersebut akan dibatalkan. Sekiranya peserta yang duduk di atas upih terjatuh, penarik upih haruslah menarik upih ke arah peserta yang terjatuh tadi bagi menyambung permainan. Jika peserta yang terjatuh tadi bergerak ke arah penarik upih, maka penyertaan pasangan akan dikira batal. Pertukaran peserta yang dilakukan sebelum zon pertukaran tidak dibenarkan sama sekali dan sekiranya peserta melakukannya, maka penyertaan pasangan akan dibatalkan. Masa bagi setiap pasangan bagi kumpulan akan dicatat dan markah yang tertinggi akan diberikan bagi masa yang terpantas. Masa akan dicatat sebaik sahaja pasangan peserta melintasi garisan permulaan dan berhenti setelah pasangan peserta sampai ke garisan penamat.

PERALATAN Bendera kecil Upih Jam Randik Wisel Field marker Hazard tape :4 : 20 :2 :4 : 20 :1

KEMAHIRAN YANG BOLEH DIBENTUK DAN DICAPAI 1. Kemahiran berfikir. 2. Kecergasan fizikal dari segi kekuatan dan kelajuan. 3. Kemahiran berkomunikasi.

SOALAN ARAS TINGGI 1. Bagaimanakah aturan giliran bagi pasangan yang akan bertanding ? 2. Bagaimanakan posisi peserta yang duduk di atas upih dan keadaan penarik yang paling memaksimakan kelajuan semasa menarik upih? 3. Bagaimanakah cara pegangan upih yang dapat meminumkan risiko kecederaan kepada penarik upih? 4. Bagaimanakan meminimumkan masa semasa di zon pertukaran?

Anda mungkin juga menyukai