Anda di halaman 1dari 4

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Dato' Ismail Kamus..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg
dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan
menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat
pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk
kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama
daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala
lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga
sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau ikut cara Islam contohnya bab riba,
rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh) .

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan
kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan
dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di
sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula
selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama
adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita
sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-
Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak
bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah
lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni,
please advise.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini
kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu
mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat


takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan
sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul
iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat
pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg
menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut:
Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi
kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu
akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan
solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang
terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.. Jadi kesimpulannya, make yourself firm
& confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan
syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan
hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi
nahu bahasa arabnya salah…ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di
setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-
zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang
sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung
sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari
kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai
orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika
sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2
hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.. berjaga2. .jangan disebabkan hal yg
kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang
bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah
silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana
Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R,
dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd
orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la,
ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib
berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya
pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun
keutamaan..contohny a jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg
jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna
duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan
sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat
zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi
layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat
ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat
lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi
itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam
beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh
menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan
sesuatu yg bakal dibawa…..
Renung-renungkanlah ...