Anda di halaman 1dari 9

Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem.

Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

DINAMIK KELUARGA

TOPIK 1: PENGENALAN

Definisi perkahwinan dan keluarga


Mitos kehidupan perkahwinan dan berkeluarga

Objektif:
• Menyenaraikan maksud perkahwinan dan keluarga
• Mengenalpasti mitos dan menerangkan maksud mitos keluarga

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-
Definisi keluarga:

Menurut Burges et. Al. - ‘sekelompok manusia yang mempunyai hubungan perkahwinan,
hubungan darah atau hubungan angkat; tinggal serumah; berinteraksi serta berhubung
antara satu sama lain berdasarkan peranan sosial masing2 sbg suami dan isteri, ibu bapa,
anak lelaki atau perempuan, abang, kakak, adik; dan mewujudkan serta mengekalakan
budaya yang sama’ (Burges et al, 1971:7 dlm Yaacob, 1995: 46)

Definisi yang diberikan oleh American Heritage Dictionary of the English Language,
2000) dipetik oleh Olson, 2008: 4), keluarga terdiri daripada:
• A fundamental social group in society typically consisting of one of two parents and
their children
• Two or more people who share goals and values, have long term commitments to one
another, and reside usually in the same dwelling place.
• All the members of a household under one roof
• A group of persons sharing common ancestry.

Definisi perkahwinan:

“…marriage as the emotional and legal commitment of two


people to share emotional and physical intimacy, various
tasks, and economic resources” (Olson, 2008:3).

Sembilan ciri-ciri perkahwinan dikenal pasti oleh Carlfred Broderick dalam Olson
(2008:3): Marriage is…
• ..a demographic event
• ..the joining of two family and social networks
• ..a legal contract between the couple and the state.
• .. an economic union.
• .. the most common living arrangement for adults
• .. the context of most human sexual activity

1
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

• .. a reproductive unit
• ..a unit that socializes children
• .. an opportunity to develop an intimate, sharing relationship.

Bentuk keluarga
i) Keluarga asas (nuclear) – dianggotai oleh pasangan suami isteri dan anak-
anak yang belum berkeluarga
ii) Keluarga luas (extended) – dua keluarga asas atau lebih yang tinggal di bawah
satu bumbung
iii) Keluarga bergabung (joint) – gabungan keluarga yang dibentuk oleh saudara-
saudara kandung
iv) Keluarga cantuman (blended) – keluarga yg bercantum setelah berlakunya
perkahwinan di antara seorang duda dengan seorang balu atau janda.

Mitos kehidupan keluarga


i. manusia berkahwin kerana mencintai sesama mereka
i. mempunyai anak akan menambah kepuasan perkahwinan
ii. kehidupan seksual yg baik adalah tanda kepuasan perkahwinan
iii. sebahagian drpd kesemua perkahwinan berakhir dengan perceraian
(Robert & Jeanette, 2000)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

TOPIK 2: PERUBAHAN INSTITUSI PERKAHWINAN DAN KELUARGA

Corak perkahwinan dan keluarga masa kini


Cabaran keluarga masa kini

Objektif:
• Menggambarkan senario semasa berhubung perkahwinan dan kekeluargaan
• Menghuraikan pola dan perubahan keluarga

1) Perubahan sosial dari zaman dahulu (zaman tradisi) hingga ke zaman moden hari ini
menyebabkan wujudnya pelbagai perubahan dan peralihan terhadap institusi perkahwinan
dan kekeluargaan.
Perubahan sosial mengakibatkan pelbagai perubahan berlaku ke atas institusi
perkahwinan dan keluarga. Perubahan dalam keluarga menjadi ketara kesan daripada
revolusi industri di Eropah menjelang abad ke-18. Pengambilalihan kegiatan ekonomi
oleh syarikat-syarikat besar menyebabkan sebilangan besar ahli keluarga terutamanya
wanita mula bekerja di luar rumah. Perubahan yang sama turut melanda Malaysia di
mana modenisasi menyebabkan sistem keluarga berubah dengan begitu drastik.
Banyak masalah dihadapi oleh institusi perkahwinan dan keluarga kesan daripada
perubahan semasa dunia. Perubahan lain ialah dari segi tanggapan dan corak institusi

2
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

kekeluargaan seperti bentuk keluarga, saiz keluarga, pola interaksi, kuasa dan rol, fungsi
keluarga, peningkatan perceraian, pengurangan hubungan bersemuka, mengejar
kemewahan dsbnya.

Toffler (1981) melabelkan perubahan sosial ini kepada tiga gelombang atau era iaitu:
Era perubahan sosial
i) Era Pertanian atau Pra-Industri
kehidupan keluarga tertumpu kepada kelangsungan hidup.
ii) Era Perindustrian
pemindahan fungsi keluarga
iii) Era Pasca-Industri, Teknologi, Komunikasi & Maklumat
keluarga akan berdepan dengan cabaran baru.

Perubahan dalam keluarga mempunyai / menggunakan pendekatan dua perspektif iaitu:


a) Perspektif tahap mikro
- fokus kepada corak skala kecil interaksi sosial individu dalam persekitaran khusus.
 Memberi penekanan kepada tingkah laku individu di mana ia mengkaji tentang
pilihan-pilihan individu.
 Perubahan dalam masyarakat yang boleh memberi kesan kepada keluarga
dikatakan bermula daripada usaha seseorang individu yang berpendirian tegas dalam
sesuatu isu. Cth: Mary Beth – kes ibu tumpang

b) Perspektif tahap makro


- fokus kepada corak skala besar yang mencirikan masyarakat secara keseluruhan.
 Melihat kekangan-kekangan seperti kuasa ekonomi, inovasi teknologi,
pergerakan sosial, budaya popular dan polisi-polisi keluarga yang membataskan pilihan-
pilihan seseorang individu.

Corak-corak perkahwinan
i) Monogami - seseorang individu berkahwin dengan seseorang individu yang berlainan
jantina atau seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan.
- monogami bersiri merujuk kepada individu yang mungkin berkahwin beberapa kali
asalkan setiap perkahwinan berakhir dengan perceraian atau kematian.
ii) Poligami - seseorang individu daripada satu jantina berkahwin dengan beberapa
individu daripada jantina yang berlainan. Terdapat dua bentuk poligami iaitu poligini
(satu suami tapi banyak isteri) dan poliandri (satu isteri tapi banyak suami).
iii) Cenogami - perkahwinan di mana semua perempuan dan lelaki dalam satu kumpulan
berkahwin secara serentak antara satu sama lain.

Corak-corak keluarga masa kini


i. Keluarga induk tunggal - keluarga yang isi rumahnya diketuai oleh seorang ibu bapa
(sama ada ibu atau bapa) akibat daripada perceraian, kematian, pengabaian atau tidak
pernah berkahwin.
ii. Keluarga dwi-kerjaya - kedua-dua pasangan iaitu suami dan isteri bekerja di luar
rumah, terlibat dalam kerja yang berbayar dan salah seorang pasangan atau kedua-duanya

3
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

melihat kerja hanya sebagai satu pekerjaan atau mungkin salah seorang daripadanya
melihat kerja sebagai satu kerjaya.
iii. Keluarga tiri - perkahwinan semula ibu atau bapa dengan individu lain dan tinggal
bersama dengan anak hasil daripada perkahwinan terdahulu.
keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya ibu atau bapa dan tinggal dengan
keluarga baru bersama dengan anak daripada pasangan sebelum.
iv. Keluarga komuter/jarak jauh - merujuk kepada pasangan bekerja di lokasi yang
berbeza dan kejauhan ini menyebabkan pasangan tinggal di dua tempat yang berbeza.

2) Cabaran keluarga masa kini


Ledakan teknologi; era globalisasi (dunia tanpa sempadan)
Perubahan corak perkahwinan dan hubungan intim:
i) Seks sebelum nikah
i) Kelahiran luar nikah
ii) Kehidupan bersendirian/bujang
iii) Bersekedudukan
iv) Perkahwinan lewat/tangguh

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

TOPIK 3: PERUBAHAN INSTITUSI PERKAHWINAN DAN KELUARGA

Teori-teori perkahwinan dan kekeluargaan

Objektif:
• Mengenal pasti beberapa teori berkaitan perkahwinan dan keluarga
• Menerangkan kekuatan dan kelemahan sesebuah teori

Terdapat enam teori yang boleh digunakan untuk menganalisis keluarga:

1. Teori interaksi simbolik


 Dipelopori oleh George Herbert Mead (1934).
 Mengkaji interaksi antara ahli keluarga berasaskan kepada komunikasi simbolik
mengenai pengetahuan, sikap, perasaan dan tingkah laku.
 Melihat interaksi antara individu dari segi proses psikososial dan pengaruh dan
kesannya ke atas perkembangan sosialisasi dan personaliti individu.
 Interaksi dalam keluarga boleh berlaku melalui simbol, perkataan, gerak isyarat
atau bahasa badan untuk mewakili sesuatu makna.

2. Teori pertukaran sosial


 Dipelopori oleh George Simmei (1950) dan Thibaut & Kelly (1959).
 Fokus kepada:
i. bagaimana perhubungan antara ahli keluarga diperkembangkan dan dialami
sesama ahli keluarga

4
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

ii. pola dan dinamik yang terhasil daripada perhubungan antara ahli keluarga dan
faktor penyumbang kepada kestabilan perhubungan.
 Individu akan meneruskan perhubungan selagi perhubungan tersebut memberikan
faedah yang maksimum dengan kos yang minimum melalui pertukaran yang adil dan
seimbang.
 Andaian teori: seseorang individu cenderung untuk memaksimumkan ganjaran
dan meminimumkan kos apabila berinteraksi dengan orang lain.
 Contoh ganjaran dalam sesuatu perhubungan ialah cinta, kasih sayang, status,
kuasa, kewangan, kebendaan, kesepian, ketakutan dsbnya.
 Sekiranya individu mendapati tiada kesaksamaan dalam perhubungan, mereka
akan cuba mendapatkan semula kesaksamaan dengan:
i. Mengembalikan kesaksamaan dalam perhubungan.
ii. Mengembalikan kesaksamaan psikologikal dengan menyakinkan diri atau
orang lain bahawa perhubungan tersebut sememangnya adil.
iii. Membuat keputusan mengakhiri perhubungan.

3. Teori struktur kefungsian


 Dipelopori oleh Talcott Parsons (1950) dan George Peter Murdock (1949).
 Menumpukan kepada perhubungan antara keluarga dengan unit sosial yang luas.
 Menganalisa struktur keluarga dan bagaimana ahli dalam keluarga bekerjasama
memenuhi fungsi dan tugas yang diperlukan untuk mengekalkan sesebuah keluarga.
 Tiga perkara yang menjadi asas:
i. Fungsi keluarga kepada masyarakat
ii. Ciri-ciri fungsi yang dilaksanakan oleh ahli keluarga terhadap keluarga.
iii. Keperluan yang dipenuhi oleh keluarga kepada individu ahli keluarganya.

4. Teori konflik
 Mengkaji bagaimana sesuatu kumpulan tidak bersetuju antara satu sama lain,
berebut kuasa dan bersaing untuk sumber yang terhad seperti kekayaan dll.
 Konflik: ketidakpersetujuan dan pertentangan idea dan kepentingan antara satu
sama lain.
 Konflik tidak dapat dielakkan kerana ia adalah sebahagian kehidupan keluarga.
 Konflik datang daripada masalah sosial yang berleluasa atau perbezaan keluarga.
 Empat sumber kuasa dalam keluarga:
1. Kesahan/hak
2. Kewangan
3. Pemaksaan fizikal
4. Cinta atau kasih sayang

5. Teori sistem
 Menganggap keluarga sebagai sebuah struktur yang terhasil daripada gabungan
bahagian-bahagian atau subsistem.
 Fokus kepada faktor yang mempengaruhi bagaimana sesuatu kumpulan membuat
keputusan, membentuk dan mencapai matlamat serta pola untuk mengawal tingkah laku
ahli keluarga.

5
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

 Menerangkan bagaimana proses yang berlaku dalam keluarga bertindak untuk


mengekalkan keseimbangan sepanjang masa.
 Berdasarkan teori sistem, keluarga dilihat sebagai satu kumpulan di mana fungsi
dan kesejahteraan ahli bergantung kepada interaksi sesama ahli dan juga dengan sistem
lain dalam persekitaran.
 Mengkaji pola interaksi, komunikasi dan peranan yang dimainkan oleh ahli
keluarga.
 Setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam menjalankan
peranan mereka.

6. Teori perkembangan keluarga


 Dipelopori oleh Ruben Hill (1964) dan Evelyn Duvall (1957).
 Fokus kepada tugas perkembangan dan peralihan hidup keluarga.
 Perubahan dalam keluarga bermula dengan:
i) Perkahwinan
ii) Kelahiran
iii) Keluarga dengan anak prasekolah
iv) Keluarga dengan anak yang bersekolah
v) Keluarga dengan anak remaja
vi) Keluarga sebagai pusat pelancaran
vii) Keluarga di peringkat pertengahan
viii) Keluarga di usia tua

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
-

TOPIK 4: PERANAN GENDER

Orientasi peranan dan peralihan/perubahan peranan jantina


Teori sosialisasi jantina

Objektif:
• Menyenaraikan persamaan dan perbezaan peranan berdasarkan gender
• Menerangkan teori berkaitan sosialisasi gender

Definisi beberapa konsep berkaitan gender:

i. Perbezaan antara seks dan gender


 Sex atau jantina: merujuk kepada jenis jantina secara biologi sama ada lelaki atau
perempuan
 Gender: merujuk kepada perbezaan jantina sama ada lelaki atau perempuan dan
perbezaan yg dilihat dalam bentuk peranan yg dimainkan

6
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

ii. Peranan: merujuk kepada definisi yg diberikan berdasarkan budaya yg mengharapkan


seseorang individu untuk memenuhi tanggungjawab berdasarkan situasi dan adat /
budaya
- Peranan gender: merujuk kepada peranan individu yg diharapkan utk
mempersembahkan hasil tugas sbg lelaki atau wanita dlm perkara2 tertentu

iii. Gender role stereotype: merujuk kpd pegangan yg rigid dan kepercayaan yg
mengatakan semua lelaki dan wanita memiliki kelainan dr segi psikologi dan tingkahlaku
disebabkan gender

iv. Gender role attitude: merujuk kpd kepercayaan ttg diri sendiri dan org lain berkaitan
personaliti dan aktiviti yg bersesuaian dgn gender.

v. Gender role behaviours: merujuk kpd aktiviti sebenar atau tingkahlaku yg kita libatkan
sbg lelaki atau wanita

Teori-teori berkaitan gender

i. Teori gender (gender theory)


Berasaskan kpd 2 andaian:
a) Hubungan antara lelaki dan wanita digambarkan melalui isu-isu
kuasa
b) Pandangan masyarakat telah dibentuk dgn mengatakan kaum lelaki
mampu mendominasikan kaum wanita.
Gender merupakan suatu ‘pembinaan sosial’ – iaitu idea atau konsep yang dicipta oleh
masyarakat adalah melalui penggunaan kuasa sosial.
3 fokus utama dlm teori ini yg jg sbg pembinaan sosial ialah:
a) Bagaimana gelagat atau peranan tertentu didefinisikan sebagai
lelaki atau wanita
b) Bagaimana kerja dibahagikan kepada kerja lelaki dan wanita sama
ada di rumah atau di tempat kerja
c) Bagaimana pelbagai institusi yang berbeza memberi keistimewaan
kepada lelaki
• Kunci utama untuk mencipta ketidaksamaan gender antara lelaki dan wanita
adalah percaya bahawa kedua-dua kaum mempunyai seks yang berlawanan.

Perubahan peranan gender


• Streotype sejak dahulu – lelaki mempunyai instrumental traits, wanita lebih kpd
expressive traits.
• Lelaki dilihat sbg pihak yg mempunyai kuasa dan lebih bersifat agresif, berfungsi
sepenuhnya kpd keluarga sbg ‘provider’.
• Kaum lelaki sering keliru dan tdk memahami apa yg dikehendaki oleh pasangan
(isteri) terutama utk mewujudkan hubungan yg mesra.

Perubahan yg mempengaruhi peranan gender kontemporari:

7
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.

• Wanita sbg pekerja / profesional.


• Percanggahan dan dilema keibuan ‘intensive mothering ideology’
• Kesaksamaan dlm kuasa perkahwinan – hak membuat keputusan bersama
• Pertambahan ruang penglibatan lelaki dlm peranan keluarga dan perhubungan

Desakan terhadap peranan gender kontemporari


i. Kaum lelaki diperlukan utk bekerja, seterusnya menyara keluarga, mempunyai
kebebasan utk memilih pekerjaan sbgmana wanita. Apabila wujud konflik dlm
memainkan peranan sbg pekerja dan bapa, kebiasaannya peranan sbg bapa akan
‘terkorban’. Kaum lelaki jg sukar utk meluahkan perasaan dalaman mereka berbanding
wanita, apabila perasaan mereka diluahkan akan disalah ertikan oleh masyarakat. Cth:
pandangan serong akan diberikan bg lelaki yg menangis, kecewa dsb.

ii. Kaum lelaki diharapkan/ dianggap mampu menjadi pihak yg dominon.


• Tdpt kajian yg dilakukan dan menunjukkan kaum wanita mempunyai daya
persaingan dan keyakinan yg rendah berbanding lelaki. Dalam kebanyakan budaya, ahli
masyarakat melayan warga tua secara berlainan berdasarkan gender, walhal keperluan
mereka adalah sama. Begitu juga diri sendiri, masing2 menganggap diri kita berbeza dgn
org lain yg berlainan gender.
• Struktur sosial seolah-olah enggan utk mengubah norma dan persepsi terhadap
gender. Keadaan ini wujud disebabkan dua keadaan iaitu:
i. Desakan/ tuntutan dari agama masing2
ii. Pasaran semasa yg kadang2 melihat peranan gender secara tradisi.

ii. Teori pembelajaran sosial (social learning theory)


Manusia mempelajari sikap dan tingkahlaku merupakan hasil dari interaksi sosial dengan
orang lain. Asas kepada teori pembelajaran sosial ialah kepercayaan tentang akibat
pengawalan tingkahlaku. Teori ini percaya bahawa ganjaran yang diberikan sama ada
positif atau negatif mampu menyebabkan tingkah laku tersebut akan diulangi atau
sebaliknya.
Pembelajaran peranan gender juga menerusi proses mental (kognitif) – proses
mental yang dipengaruhi antara ransangan dan tindak balas. Kebolehan seseorang untuk
mengandaikan akibat dari sex role behaviour akan mempengaruhi tingkahlaku.
Pembelajaran tentang peranan gender juga boleh dibuat melalui peniruan dan modeling

iii. Teori perkembangan kognitif (cognitive development theory)


• Fokus utama ialah kepada interpretasi oleh kanak2 terhadap masej yang
diperolehi dari persekitaran. Teori ini menekankan bahawa pembelajaran yang berlaku
adalah berbeza bergantung kepada umur. Apabila kanak-kanak mencapai umur 6 tahun,
mereka mula memahami tentang gender dan ia adalah suatu yg kekal. Kanak-kanak akan
cuba berusaha untuk berkelakukan dgn sewajarnya seperti seorang lelaki atau wanita.
Cth: kanak2 akan memilih permainan yg mereka anggap sesuai dgn jantina mrk, akan
berperanan atau membawa watak seperti org dewasa berdasarkan gender. Mampu
meletakkan peranan yg sesuai berdasarkan gender.

8
Prof. Madya Dr. Fuziah Shaffie (Sem. Julai 2008/2009)
Program Kerja Sosial, Kolej Sastera dan Sains, UUM.