Anda di halaman 1dari 12

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA AHLI KUMPULAN

: BRIAN ADAMS ANAK LINA SOTER SHAMANTHA ANAK STEVEN

KUMPULAN SEMESTER MATA PELAJARAN PENSYARAH

: PISMP AMBILAN JANUARI 2012 : 2 : WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU : PUAN ARBAKYAH BINTI HASSAN

TARIKH 2 2012 3 2012 10 2012 20 2012 21 2012 23 2012 Julai Julai Julai Julai Julai Julai

CATATAN

T/TANGAN

I.

Mendengar taklimat tugasan projek daripada pensyarah Puan Arbakyah

I. II. I.

Meneliti kertas tugasan projek Membahagikan tugas Berbincang tentang bahan bantu mengajar yang akan dibina

I.

Merangka draf karangan

I.

Menyiapkan karangan bersama-sama

I.

Menghantar kerja kursus kepada pensyarah

Menurut Kamus Dewan Bahawa Edisi

Empat, definisi menulis bermaksud

membuat huruf atau simbol dengan menggunakan kalam, pensel, pena dan lain-lain . Selain itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan atau fikiran dengan catatan dengan menulis huruf melalui surat menyurat atau karangan. Namun, jika menulis

ditakrifkan secara umum, ia adalah merupakan aktiviti melakar atau menconteng sesuatu luahan idea atau perasaan di atas objek sama ada menggunakan alatan tulis atau ditaip. Dari segi tulisan pula, tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menurut statistik yang dijalankan oleh United Nation Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) bersempena dengan Hari Literasi yang disambut 8 September setiap tahun, sebanyak 800 juta penduduk di serata dunia yang berumur 15 tahun ke atas adalah buta huruf (Utusan Online, 8 September 2006 ). Di dalam konteks Malaysia pula, kadar buta huruf dalam kalangan dewasa 15 tahun ke atas telah menurun dari tahun 2000 sebanyyak 9.7 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu sebanyak 10.6 peratus. Perkembangan positif ini berterusan sehingga tahun 2008 dengan hanya mencatatkan 7.9 peratus. Namun kadar literasi dewasa 15 tahun ke atas agak menyedihkan kerana telah berlaku peningkatan sebanyak 84.3 peratus pada tahun 1989 dan 92.8 peratus pada tahun 2008 (Perangkaan sosial terpilih, siri 11/2009, Jabatan Perangkaan Malaysia). Cabarannya kini adalah terletak pada tugas guru yang mengajar murid di sekolah. Oleh itu, di dalam penulisan ini kumpulan kami akan mengfokuskan kepada peranan guru, perkembangan awal di murid-murid di dalam kemahiran menulis dan inovasi penghasilan alat bantu mengajar yang baharu. Dalam kemahiran ini, guru menghadapi cabaran di mana mereka terpaksa menghadapi murid untuk belajar menulis, memegang pensel, menulis bentuk huruf dengan cara yang betul, penggunaan kosa kata, pengecaman dan minat untuk menulis. Selain itu, murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Oleh itu, tidak semestinya bahan bantu mengajar yang disediakan bersesuaian dengan semua murid. Di samping itu, murid menghadapi masalah untuk menghasilkan idea dalam penulisan. Murid mempunyai semangat belajar yang tinggi tetapi mudah berasa bosan terhadap pengajaran guru. Oelh itu, guru harus mempunyai idea untuk membina bahan bantu mengajar yang kreatif dan seronok untuk dilakukan bersama-sama dengan murid.
2

Penulisan mekanis adalah satu kemahiran yang dilaksanakan kepada muridmurid setelah mereka melalui peringkat pramenulis. Kemahiran ini merupakan asas kepada penguasaan menulis. Kemahiran ini melibatkan murid-murid yang baharu belajar menulis dan juga murid-murid di dalam kelas pemulihan. Pada peringkat ini, murid-murid diajar untuk menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan huruf kecil di samping menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Kemahiran menulis secara peringkat awal ini perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya amat sesuai dengan konsep penulisan mekanis ini. Murid-murid harus diasuh dari awal lagi cara menulis dengan betul, kemas, cantik dan mudah dibaca agar amalan ni dapat berterusan sehingga murid-murid tersebut dewasa kelak. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan

ialah supaya mudah dibaca dan membimbing murid-murid agar dapat menguasai kemahiran untuk membentuk huruf-huruf besar dan juga huruf-huruf kecil. Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mekanis tulisan perlu dikuasai terlebih dahulu. Tanpa penguasaan kemahiran ini, murid-murid akan

menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain melalui perantaraan tulisan seperti mendapat markah yang sedikit semasa peperiksaan penulisan dan kekeliruan dalam komunikasi melalui perantaraan penulisan. Oleh itu, keinginan untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan tersebut haruslah digunakan sebagai pembakar semangat kepada murid-murid untuk belajar menulis. Perkembangan awal kanak-kanak adalah permulaan yang sangat penting. Menurut kajian, kanak-kanak telah memahami huruf dan bunyi sejak usia enam tahun. Mereka juga berupaya melukis atau mewarnakan gambar mengikut suasana sekeliling. (Sumber: Perkembangan Kanak-kanak, Mok Soon Sang (Edisi Ketiga). Justeru itu, setiap fasa atau perkembangan pelajar di dalam kemahiran menulis perlu dititik beratkan oleh guru di sekolah. Guru seharusnya mengetahui setiap peringkat
3

pengajian menulis pelajarnya. Konsep menulis ini boleh didefinisikan sebagai proses penghasilan simbol grafik dan boleh disusun berdasarkan pertuturan menbentuk perkataan atau ayat. (Khairuddin Mohamad, Literasi Bahasa Melayu). Peringkat

pengajian menulis terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pramenulis atau dikenali sebagai persediaan, peringkat mendirikan asas juga dikenali sebagai peringkat mekanis dan peringkat untuk kemahiran. Untuk peringkat pertama iaitu peringkat pra-menulis, murid-murid dilengkapkan dengan aktiviti menulis sahaja sebelum mereka dapat menulis huruf. Fokus peringkat pertama pramenulis ini adalah melakukan koordinasi pergerakkan tangan dan mata dengan betul. Postur badan murid, cara memegang pensel, kedudukan kertas, kerusi dan meja yang betul ketika menulis juga perlu diambil kira di dalam peringkat awal ini. Corak latihan yang diberikan oleh guru pula amatlah ringkas dan mudah untuk peringkat murid yang baharu mengenal huruf dan juga untuk murid pemulihan. Antara contoh latihan yang boleh dilakukan adalah latihan mewarna dari kiri ke kanan, latihan mengikut barisan, latihan membentuk garisan lurus, melukis gambar dan corak dan lain-lain. Peringkat kedua di dalam pengajian menulis ini adalah peringkat mendirikan asas atau peringkat mekanis. Di dalam peringkat kedua ini, murid dilatih untuk membentuk lambang-lambang tulisan. Pada mulanya, murid dicadangkan untuk membentuk huruf di kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah murid tersebut dilatih untuk membentuk huruf pada halaman bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf, pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan. Di dalam peringkat ini, guru juga memainkan peranan yang penting dimana mereka harus membimbing setiap aktiviti yang penting. Kanak kanak harus diperkenalkan dengan lambang huruf, cara menulis huruf, cara mengeja dan cara menyebut huruf dengan betul. Antara latihan yang sesuai untuk murid pada peringkat ini adalah menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan, memadankan dan menyalin suku kata, menulis huruf yang tertinggal, menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat.

Seterusnya, peringkat yang terakhir adalah peringkat menulis untuk kemahiran. Pada peringkat ini, murid seharusnya telah menguasai tulisan mekanis. Mereka seharusnya digalakkan untuk meluahkan fikiran secara bertulis. Murid diberi peluang untuk menulis apa sahaja idea dan buah fikiran mereka secara bebas. Cara yang paling mudah adalah menulis berpandukan gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong melengkapkan ayat-ayat dan perenggan. Perkara ini diulang sehingga murid-murid boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan. Setelah murid telah mahir menulis tanpa panduan, peringkat yang seterusnya adalah penulisan karangan. Bahan bantu mengajar yang menarik amat penting dan harus dititik beratkan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dapat menarik perhatian pelajar di dalam kelas. Di samping itu, objektif pengajaran guru juga dapat dicapai dan bergantung sepenuhnya kepada bahan bantu mengajar yang digunakan. Oleh itu, kumpulan kami telah mereka beberapa bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk aktiviti penulisan mekanis bagi murid-murid yang baharu mengenal huruf dan perkataan. Kumpulan sasaran untuk aktiviti ini adalah untuk murid-murid Pra-sekolah, Pemulihan dan Murid Tahun Satu. Untuk bahan bantu mengajar yang pertama, kami telah mereka aktiviti Gelung Huruf. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu pergerakan tangan semasa proses membina huruf. Proses ini amat penting supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang sistematik, kemas dan cantik. Hal ini kerana tulisan yang cantik dan kemas adalah aset yang sangat berharga bagi seseorang individu. Kebanyakkan murid-murid sekarang lebih mementingkan kepandaian membaca daripada menulis dengan dengan baik. Tambahan pula, murid-murid zaman sekarang lebih banyak didedahkan kepada teknologi yang canggih seperti I-pad dan komputer riba. Maka aktiviti yang menarik seperti ini haruslah diperkenalkan kepada murid-murid berkenaan untuk menarik minat mereka untuk menulis dengan menggunakan tangan. Untuk aktiviti ini, kami menyediakan peralatan seperti dawai dan kayu untuk membina bahan bantu mengajar ini. Dawai tersebut akan dibentukkan kepada hurufhuruf konsonan dan vokal. Kemudian kami akan membentukkan satu dawai yang

disambungkan kepada kayu yang kecil dan hujung dawai tersebut akan dibengkokkan
5

secara separa bulatan seperti yang di Rajah 1.1. Untuk melakukan aktiviti tersebut, murid-murid akan diminta untuk menggerakkan kayu tersebut mengikut dawai huruf tersebut.

Rajah

1.1

Aktiviti

Gelung Huruf Bahan bantu mengajar kedua yang kami telah reka ialah aktiviti Cari Pasangan Saya. Objektif aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid untuk memadankan huruf besar dan huruf kecil yang telah dipisahkan dan sekali gus menyebut nama huruf berkenaan dengan bantuan gambar yang telah dilekatkan. Aktiviti ini dapat membantu murid untuk mengenali huruf-huruf asas dengan lebih menarik. Kami memilih aktiviti ini kerana bagi kami aktiviti ini boleh membantu murid-murid dalam mengenali huruf-huruf berdasarkan asosiasi benda dengaa bunyi awalan huruf vokal dan konsonan di samping menarik perhatian murid-murid dengan bantuan gambar-gambar yang disediakan. Selain daripada dapat meneka padanan huruf besar dan huruf kecil, muridmurid mempelajari kemahiran melengkapkan gambar dan juga mengaitkan gambargambar dengan bunyi awalan huruf. Untuk melaksanakan aktiviti ini, kami akan menyediakan peralatan-peralatan seperti kotak, gunting, gambar-gambar yang menarik dan gam kertas untuk membina bahan bantu mengajar ini. Gambar-gambar yang akan digunakan merupakan asosiasi benda dengan bunyi awalan huruf vokal dan konsonan. Setiap gambar tersebut akan digunting kepada dua bahagian. Seterusnya, pada bahagian pertama gambar tersebut, huruf besar akan dilekatkan manakala pada bahagian kedua gambar tersebut, huruf kecil akan dilekatkan. Kemudian, kedua-dua bahagian tersebut akan dilekatkan pada
6

dua bahagian kotak yang berlainan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.1. Langkahlangkah ini akan diulang pada gambar-gambar yang lain.

Rajah

2.1

Contoh

gambar

bersama huruf besar dan huruf kecil yang diasingkan.

Rajah

2.2

Contoh

gambar

bersama huruf besar dan huruf kecil telah dicantumkan.

Bahan bantu mengajar ketiga yang telah kami reka adalah aktiviti Memancing Huruf. Objektif aktiviti ini adalah untuk melaksanakan aktiviti mengisi tempat kosong dengan huruf-huruf yang tertinggal. Kami memilih aktiviti ini kerana di samping olahannya yang menarik, kami mendapati murid-murid memerlukan dan mudah tertarik dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti ini dapat membantu murid untuk fokus dengan pergerakkan tangan, mata dan minda muridmurid.fokus merupakan perkara asas yang perlu difahami dan dipraktikkan oleh murid dalam apa jua situasi terutamanya dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini juga mambantu murid-murid untuk mengingat kembali susunan huruf kecil dari ke z. Untuk melaksanakan aktiviti ini, kami memerlukan bahan-bahan seperti besen, tin minuman terbuang, batu kecil, marker, gunting, dawai, kayu, tali, kotak dan gambar abjad. Untuk penyediaan aktiviti memancing, tin minuman terbuang akan dipotong dan dibuat corak bunga. Kemudian, setiap kelopak bunga tersebut akan dipastikan supaya
7

selamat dipegang dan tidak tajam seperti yang ditunjukkan di Rajah 3.1. Seterusnya, beberapa huruf kecil akan diletakkan di bahagian permukaan bunga tersebut. Satu bahagian akan ditebuk dan diletakkan dawai pengikat. Manakala untuk batang pancing, hujung seutas tali akan diikat pada hujung kayu pancing. Satu lagi bahagian hujung tali tersebut akan diikat dengan batu kecil dan diikat dengan dawai sebagai pencangkuk. Murid-murid akan diminta untuk memancing huruf-huruf yang ada di kolam Taman Huruf. Kemudian, mereka akan diminta untuk menggantungkan huruf-huruf yang telah berjaya dipancing pada papan huruf yang telah disediakan. Papan huruf ini dibina daripada kotak dan beberapa huruf kecil akan dilekatkan mengikut susunan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekosongan pada papan tersebut di mana muridmurid harus mencarinya di kolam yang telah disediakan.

Rajah

3.1

Bahan

bantu

mengajar Memancing Huruf.

Bahan bantu mengajar terakhir yang akan kami bina ialah Pokok Huruf. Tujuan utama aktiviti ini adalah membina suku kata KV+KV. Aktiviti ini dapat membantu muridmurid untuk membina suku kata KV+KV yang mempunyai maksud. Aktiviti ini juga adalah satu langkah untuk mereka untuk membina ayat tunggal. Setelah mereka mahir membina ayat baharulah mereka dapat membina ayat tanpa panduan. Untuk

melaksanakan aktiviti ini, kami memerlukan bahan-bahan seperti pokok renek, dawai dan kertas hiasan. Pokok renek tersebut akan dihias dengan perkataan yang terdiri daripada suku kata KV+KV. Di bawah pokok tersebut, beberapa lukisan buah yang terdiri daripada suku kata KV dibiarkan berterabur. Aktiviti ini memerlukan murid-murid untuk mencari suku kata yang ada di bawah pokok tersebut berdasarkan perkataan yang diletakkan di Pokok Huruf perkataan tersebut seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 4.1. Selepas itu, murid-murid hanya perlu menggantung suku kata KV tersebut menjadi suku kata tunggal KV+KV seperti di Rajah 4.2.

Rajah 4.1 Murid dekehendaki mencari

buah suku kata KV seperti yang telah


ditunjukkan pada Pokok Huruf tersebut.

Rajah 4.2 Murid telah berjaya mencari buah suku kata KV+KV seperti yang telah ditunjukkan pada Pokok Huruf tersebut.

Secara amnya, bahan bantu mengajar yang dibina diatas merupakan dimensi baru yang dapat membantu guru memudahkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Bahan bantu mengajar yang dibina ini juga merubah corak pengajaran di dalam bilik darjah. Sebelum ini, segala teknik pengajaran hanya bergantung kepada kapur dan papan tulis. Pergerakkan pelajar juga terhad dan hanya bergantung kepada guru. Namun kini, aktviti pengajaran dan pembelajaran berubah dengan terciptanya bahan bantu mengajar menarik. Murid-murid terlibat sepenuhnya dengan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Guru hanya perlu membimbing aktiviti

pengajaran di dalam kelas. Secara tidak langsung, pemikiran yang kreatif dan kritis dapat dipupuk di kalangan murid dengan aktiviti yang dijalankan. Konklusinya, seorang guru perlu mempunyai pengetahuan untuk membina bahan bantu mengajar yang kreatif supaya dapat menyampaikan matlamat pada akhir sesi pengajaran kepada murid-murid. Selain itu, guru juga perlu mengetahui dan mengenal kumpulan sasaran mereka supaya mereka dapat merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan berdasarkan perkembangan mental dan fizikal murid mereka. (2437 patah perkataan)

10

SUMBER RUJUKAN 1. Buku a) Khairuddin Mohamad. (2011). Siri Pendidikan Guru; Literasi Bahasa Melayu. Selangor; Herald Printers Sdn. Bhd. b) Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) Tahun 1 . (2006). Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum. c) Buku Panduan Pelaksanaan Kelas Intervensi; Awal Membaca dan Menulis. (2006). Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum. d) Mok, S. S. (2012). Perkembangan Kanak-kanak; Perkembangan Kanakkanak (p. 59). Puchong Selangor: Penerbitan Multimedia.

2. Internet a) Kursus Orientasi KSSR JU Kebangsaan. Kemahiran Menulis. (n.d). Retrieved July 20, 2012, from

http://www.skkb.net/download/bahan%20sokongan%20BM%20Tahun%201/0 5%20-%20Kemahiran%20Menulis.pdf b) Kemahiran Menulis. (n.d). Retrieved July 20, 2012, from

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&s qi=2&ved=0CH8QFjAJ&url=http%3A%2F%2Fjoedavian.files.wordpress.com %2F2011%2F01%2Fkemtulispgsrdis2010.pptx&ei=sG4OUOv9I4PtrQeewYHYDg&usg=AFQjCNFzMA_ m3TH8QgNIOGlpWim5SGrB6A&sig2=LuNQYGE6uJFAXSz2Agi5bw c) YULPISMAN ASLI (WARTAWAN UTUSAN). 2006. Retrieved July 20, 800 Juta Buta Huruf. 2012, from

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0908&pub=Utusan_M alaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

11

3. Jurnal a. Perangkaan Sosial Terpilih. (2003). Retrieved July 20, 2012, from http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PSTSiri12.pdf

12