Anda di halaman 1dari 33

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI (REBT)

Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee Mohamad Khairul Anwar bin Kamarudin

SOALAN
Sejauh manakah guru bimbingan dan kauseling dapat mengaplikasikan keberkesanan Teori Rasional Emotif untuk membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah klien?

PENGASAS REBT Dilahirkan pada 27 September 1913, di


Pittsburgh, Amerika Syarikat.

Menghasilkan buku yang terkenal : Reasons and Emotion in Psychology. Berkelulusan M.A. dan Ph.D. (bidang Psikologi Klinikal Universiti Columbia.) Mempraktikan terapi keluarga, perkahwinan dan seksual. Pengasas Institut Terapi Rasional Emotif, New York (1959)

Albert Ellis

Nama institut ditukar kepada Rasional Emotif Behavioral yang merangkumi kognitif, emotif dan behavioral. (1993)

Bagaimana Teori REBT bermula?


Teori Psikoanalasis (Segmund Freud) tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik.

Pendekatan Freud kurang lengkap dan terdapat individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis.
1955 - menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET).

PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Gangguan yang wujud dalam diri adalah disebabkan pengaruh pemikiran negatif atau tidak rasional. Apa yang ditanggap dan perkataan yang dihujahkan mempengaruhi diri. Perlakuan dipengaruhi oleh perasaan dan sebaliknya.

TEORI RASIONAL EMOTIF TERAPI

Rasional terapi emotif (RET) adalah satu pendekatan psikoterapi yang menyatakan bahawa kepercayaan yang tidak realistik dan tidak rasional menjadi punca kepada pelbagai masalah emosi. RET juga telah dikenali dengan nama REBT (Rational Emotive Behavior Therapy) Telah diperkembangkan oleh ahli psikologi, Albert Ellis. REBT memberi tumpuan dalam membantu klien mengubah kepercayaan yang tidak rasional.

Pentingkan tiga aspek utama - kognitif, emosi dan tingkah laku. Penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka (kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar) Pendekatan : deduktif/mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Aspek yang diutamakan


Kognitif

Penekanan
pemikiran penganalisaan penilaian

Emosi

perlakuan Tingkah laku


Membuat keputusan

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Terapi adalah satu pendidikan semula bagi mendidik individu melihat semula perkara yang negatif dan menggantikan dengan satu kepercayaan positif. Kepercayaan positif membawa kebahagiaan kepada individu dan kepada orang yang signifikan dengannya.

PERANAN KAUNSELOR

Kaunselor mengarah, aktif dan berperanan sebagai guru Kaunselor melakukan konfrontasi dan membuat pembetulan ke atas fikiran dan kepercayaan tidak rasional ( 'mesti', 'sepatutnya', dan 'harus'. ) Memberi fokus kepada analisis A-B-C A = Peristiwa/pelakuan (objective facts, event, behaviour) B = Kepercayaan (Personal Beliefs) C = Kesan Emosi (Emotional Consequence) D= Sangkal kepercayaan (Disputing) E= Kepercayaan yg efektif (Effective belief)

MATLAMAT REBT

Membantu memperkembang pemikiran rasional dan logikal Menggalakkan memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu. Bimbing klien melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami. Berjaya : klien memahami punca gangguan emosi dan mengikisnya dengan gantian

OBJEKTIF TEORI REBT

Meminimakan perasaan salah diri klien dan mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih realistik, toleransi, dan rasional

Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa lepas dan falsafah yang dipegang supaya dia lebih realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku

Mengajar klien menjadi lebih independen dan berani memberi peneguhan positif terhadap dirinya

PERANAN KAUNSELING
Peranan kaunseling yang mengorientasikan REBT adalah untuk menstruktur semula kognisi klien, termasuk pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar klien memperolehi satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional.

PRINSIP TEORI REBT

Pemikiran adalah penentu proksimal yang penting terhadap emosi individu. Cara berfikir adalah penentu utama stres emosi. Cara terbaik mengatasi stress adalah dengan mengubah cara berfikir. Percaya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kepada pemikiran yang tidak rasional; iaitu genetik dan persekitaran.

Menentukan masalah pada masa sekarang/semasa (present) dan juga pada masa akan datang daripada masa lalu/silam. Fokus kepada pemikiran dan tindakan, bukan perasaan.

KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL


Menurut Crawford dan Ellis (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), kepercayaan tidak rasional boleh diklasifikan kepada lima kategori :

Kepercayaan bersifat kegagalan yang menghalang pencapaian matlamat individu berkenaan.

Kepercayaan yang rigid dan dogmastik yang membawa kepada hasrat yang kurang realistik.

Kepercayaan anti-sosial yang memusnahkan hubungan sosial seseorang.

Kepercayaan yang tidak realistik yang memberi gambaran palsu mengenai realiti.

Kepercayaan yang bertentangan yang berpunca daripada premis yang palsu.

KEPERCAYAAN TIDAK RASIONAL Waters (dalam Thompson, Rudolph & Henderson, 2004), telah

kemukakan kepercayaan tidak rasional dalam kalangan kanak-kanak dan remaja : Kanakkanak Remaja

Sedih sekiranya orang lain tidak suka pada saya; Saya digelar seorang yang jahat sekiranya saya membuat kesilapan; Saya mesti capai apa yang saya hasratkan;

Sedih sekiranya saya tidak disukai oleh rakanrakan; saya seorang yang selalu gagal. Saya tidak patut membuat kesilapan. Ibubapa saya seharusnya dipersalahkan atas penderitaan saya buat masa kini.

Kanakkanak

Remaja

Segala kehendak saya harus mudah ditunaikan. Dunia ini mesti adil kepada semua manusia, orang jahat mesti dijatuhkan hukuman setimpal. Saya tidak patut meluahkan perasaan saya. Orang dewasa tidak boleh buat sebarang kesilapan.

Saya tidak boleh mengubah keadaan semasa saya. Saya tetap kekal dengan keadaan begini. Dunia ini patut adil dan saksama. Amat menyedihkan sekiranya saya tidak mencapai apa yang saya ingini. Lebih baik elakkan diri daripada menghadapi cabaran daripada terbuka kepada risiko menerima kegagalan.

Kanak-kanak

Remaja

Hanya terdapat satu sahaja jawapan yang betul. Saya mesti menang; amat mengecewakan sekiranya saya kalah; Saya tidak perlu tunggu untuk capai apa yang saya ingini.

Saya mesti akur kepada rakan sebaya saya. Saya tidak boleh menerima apa jua kritikan. Orang lain patut sentiasa bertanggungjawab dalam semua hal.

TEORI A-B-C-D-E

Teori REBT juga dikenali sebagai teori A-B-CD-E.

Perkembangan masalah

Langkah rawatan

Singkata n

Perihalan Peristiwa pencetus Penilaian terhadap peristiwa tadi. Terdapat 2 cara : i) Tidak rasional ii) rasional

Contoh/Keterangan Saya telah gagal ujian Sains. B(1)- Penilaian tidak rasional: Saya telah gagal ujian Sains. Oleh itu, saya adalah seorang yang gagal dalam kehidupan saya. B(2)- Penilaian rasional: Saya telah gagal ujian Sains. Saya berasa kecewa. Mulai hari ini saya akan bersedia untuk menghadapi ujian yang berikut.

A B

Konsekuen atau perasaan akibat penilaian tadi.

Penilaian B(1): Anda akan berasa sedih dan putus asa. Penilaian B(2): Anda akan cuba mengatasi perasaan kecewa, dan cuba menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian tidak rasional.

Usaha anda mengatasi penilaian tidak rasional.

Sebagai contoh, baca bagaimana sesi kaunseling yang berorientasikan A-B-C-D-E akan berlangsung : A- klien menceritakan bagaimana sesuatu peristiwa yang kurang menyenangkan hati berlaku. B- klien menilai peristiwa tersebut sebagai sesuatu yang kurang baik, dan tidak sepatutnya berlaku padanya. C- klien berasa sedih, kurang selesa, kecewa D- klien diajar untuk melawan pemikiran dan perasaan negatif yang timbul melalui soalansoalan berikut : Mengapa ia kurang baik?

E- jawapan yang dijana akibat proses yang dilalui pada D Ia sesuatu yang mengecewakan. Ia suatu yang malang, tetapi bukan satu malapetaka. Saya berupaya menangani situasi tersebut. Saya memang tidak jangkakan peristiwa seperti itu berlaku. Namun saya sedar bahawa saya akan mengharungi liku-liku hidup dari semasa ke semasa.

Berdasarkan keterangan tersebut, maka boleh dikatakan bahawa bukan A yang menyebabkan reaksi emosi yang keterlaluan (C). Sebaliknya, proses pemikiran yang mengalah, negatif atau tidak rasional (B) yang menyebabkan berlakunya C. Dalam sesi kaunseling, klien diajar untuk melawan pemikiran-pemikiran tadi (D) dan menjana kesan positif (E).

STRATEGI MEMBANTU KLIEN


A) TEKNIK KOGNITIF
Menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional. Mendefinisi semula situasi negatif supaya menjadi positif. Menkonseptualisasi masalah menjadi holistik dan menyeluruh berbanding bahagian-bahagian kecil yang terpisah.

B) TEKNIK EMOTIF
Unsur kecindan membantu klien melihat situasi mereka dalam perspektif, dan tidak pandang rendah terhadap diri sendiri. Imageri membimbing klien untuk bentuk pola-pola emosi yang positif (cth : gambarkan bagaimana atasi fobia) Latih menyerang perasaan malu/segan membantu klien untuk tidak terlalu mempedulikan persepsi orang lain terhadap mereka.

STRATEGI MEMBANTU KLIEN


C) TEKNIK BEHAVIORAL Teknik operan seperti latihan asertif, pembentukan. Teknik klasikal seperti desensitasi bersistematik. Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri. Tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan amalkan apa yang dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing.

Sejauh manakah keberkesanan Teori Rasional Emotif untuk membantu mengenal pasti dan menyelesaikan masalah klien?

KEKUATAN
Pendekatan rasional emotif yang dikembangkan oleh Albert Ellis mempunyai kelebihan seperti berikut:

Rasional Emotif memerlukan klien untuk berfikir dan membantu klien untuk meneliti rasional dari keputusan yang telah diambil serta nilai yang telah klien pilih. Rasional Emotif memberikan penekanan untuk klien benar-benar memahami sesuatu perkara atau keadaan yang diperoleh sehingga klien mampu untuk mempraktikkan perilaku baru mereka. Rasional emotif membantu klien untuk melakukan terapi sendiri tanpa intervensi

Sambungan

Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

KELEMAHAN

Teori ini kurang berkesan terhadap klien yang tidak mampu untuk melibatkan diri dalam proses kognitif. (cth : kerencatan akal, kecerderaan otak, psikosis atau mania) Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logika. Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik. Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

Kurang fokus kepada aspek afektif klien. Limitasi berlaku apabila sesetengah klien enggan mengikut/mendengar arahan kaunselor dalam sesi.

BIBLIOGRAFI
Assumptor Mukangi (2010). Rational Emotive Behavioral Therapy (REBT) : A Critical Review. The Journal of Language, Technology and Entrepreneurship in Africa, 2(1), 54-65. Choong Lean Keow (2008). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Khoo Bee Lee (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.