Anda di halaman 1dari 164

1.0.

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Selain itu, tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

Di samping itu, sejarah kemunculan tulisan Jawi telah menerbitkan tulisan rumi yang digunakan sekarang di mana dipanggil bahasa Melayu Rumi perlulah diketahui agar asal-usul dan peranannya selama ini tidak dipandang rendah. Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi).

2.0.

TUGASAN KUMPULAN

2.1.

Asal Usul Bahasa Melayu

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini. Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini. 2.1.1. Berasal dari Asia Tengah R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1). J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan,

haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia. W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India. J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata

berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea. J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan

perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik. Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut. (a) Orang Negrito Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu

Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua

yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

2.1.2. Berasal dari Nusantara Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini. J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa: (a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain. (b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain. K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja. Sultan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia

Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat. Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984)

mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografi". Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun. Pada masa ini wilayah tersebut didiami oleh tiga kelompok Homo sapiens sapiens, iaitu orang Negrito di sekitar Irian dan Melanesia, orang Kaukasus di Indonesia Timur, Sulawesi, dan Filipina, serta orang Mongoloid di sebelah utara dan barat laut Asia. Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa. Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

2.1.3. KESIMPULAN Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah. Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa

persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram. Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah. Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu

dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia. Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah: 1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun 3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun. Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara. Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai

Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan. Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

2.2.

Bahasa Melayu Kuno

2.2.1. Ciri-ciri Bahas Melayu Kuno Berdasarkan buku Nik Safiah Karim & et.al (2004) ada menerangkan berkaitan dengan bahasa Melayu Kuno yang dikatakan dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit ini dikatakan banyak mempengaruhi oleh kosa kata dalam bahasa Melayu. Malah, bagi bahasa Melayu Kuno ini, zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Sriwijaya kira-kira abad ke-7 hingga abad ke-13. Kegemilangannya terbukti apabila bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca dan bahasa pemerintah. Pada masa itu juga, kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan bahasa Melayu yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera.

Pekara ini dibuktikan dengan kewujudan melalui penemuan-penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM), batu bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M), batu bersurat di Kota Kapur, Pulau Bangka (686M), dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri. Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca dan penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno dipilih dan dijadikan sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu. Hal ini disebabkan, kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi.

Dalam bahasa Melayu Kuno ini terdapat beberapa ciri-cirinya yang tertentu sekaligus membezakannya dengan bahasa Melayu Klasikseperti dalam jadual berikut.

Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit.

Susunan ayat bersifat Melayu.

Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno. ( Contoh : bulan - wulan )

Bunyi epepet tidak wujud. ( Contoh : dngan atau dangan )

Awalan ber- ialah mardalam Melayu Kuno. ( Contoh : berlepas marlapas )

Awalan di- ialah nidalam bahasa Melayu Kuno. ( Contoh : diperbuat niparwuat )

Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h. ( Contoh : sukhatsitta )

Huruf h hilang dalam bahasa moden. ( Contoh: semua - samuha, saya - sahaya )

Tulisan yang digunakan dalam bahasa Melayu Kuno ini merupakan tulisan yang berasal dari India seperti Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh kebudayaan India dan agama Hindu. Disamping itu, bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan dan ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti kerajaan Champa dan empayar Funan di Vietnam Tengah dan selatan, Thailand tengah dan selatan, kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan empayar Sriwijaya yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawadan Tanah Semenanjung hingga ke Segenting Kra. Terdapat juga sumber lain yang memperkatakan mengenai bahasa Melayu Kuno ini secara ringkasnya yang sedikit sebanyak memberikan kefahaman yang jelas mengenainya.

Dianggarkan bahawa tahap bahasa Melayu kuno bermula dengan kelahiran kerajaan Jambi dan kerajaan Srivijaya, kira-kira abad ke-7 hingga ke-11. Menurut catatan Cina, kerajaan Melayu pernah menghantar utusan ke negeri China pada tahun 644 Masihi. Jadi, sejak abad ke-7 Masihi, kerajaan Sriwijaya sudah terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan agama Buddha. Pada waktu itu, bahasa Melayu Kuno

digunakan sebagai bahasa penghantar untuk mengajar bahasa Sanskrit, agama Buddha dan menjadi alat pernyataan seni dan sastera. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sejak kurun ke-7 Masihi pengaruh Hindu dan Buddha banyak memberi kesan kepada bahasa Melayu, terutama sekali dalam bidang agama. Bahasa Melayu yang pada mulanya menjadi bahasa harian berubah fungsinya kepada bahasa agama dan falsafah. Bahasa Melayu mula menerima kosa kata bahasa Sanskrit seperti kepala, dosa, neraka dan lain-lain.

Penerimaan kata-kata ini penting untuk mengungkapkan idea dan konsep yang baru. Ini dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti Batu Bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi), Batu Bersurat Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi), Batu Bersurat Kota Kapur, Bangka (686 Masihi) dan Batu Bersurat Karang Brahi, Jambi (680 Masihi). Secara ringkasnya, ciri-ciri bahasa Melayu ayat yang digunakan pendek dan ringkas, perkataan yang digunakan bercampuraduk antara katakata Bahasa Melayu Kuno dan kata-kata Sanskrit dan keselarasan vokal pada Bahasa Melayu kuno, contohnya; a-a, u-i, i-I . Di sampingitujuga, penggunaan geluncuran [w] atau letusan gigi [v] untuk letupan bibir [b] contohnya Wuat menjadi buat, Wulan menjadi bulan. Penggunaan awalan mar bagi awalan ber- contohnya Marlapas menjadi berlepas, Marwuat menjadi berbuat juga antara ciri-ciri bahasa melayu Kuno. Selain itu, pengunaan awalan ni- untuk awalan di-contohnya niwunuh menjadi dibunuh dan nikenal menjadi dikenal, penggunaan vokal dengan luas [a] untuk vokal tengah [e] atau pengguguran vokal [a] seperti Dgan menjadi dengan dan Sarivu menjadi seribu dan dalam bahasa Melayu Kuno juga terdapat kata pasif dan aktif.

Berikut merupakan jadual ringkas mengenai perbandingan kosa kata bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Moden

Dangan

Dengan

Saribu

Seribu

Sahaya

Saya

Uram

Orang

niknai

Dikenali

Berdasarkan bahan bukti ini dapatlah disimpulkan bahawa bahasa Melayu Kuno sudah berkembang sebelum abad ke-7 kerana bahan-bahan ini menunjukkan bahawa pada abad inilah bahasa Melayu bertapak dan menerima pengaruh dari India. Selepas itu bahasa Melayu menerima evolusinya dengan meminjam perkataan daripada bahasa Sanskrit. Malah, penemuan batu bersurat membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno menjadi bahasa rasmi dan bahasa pemerintahan di istana. Disamping itu juga, bahasa Melayu Kuno juga digunakan sebagai bahasa lingua franca dalam pelbagai aspek seperti pendidikan, perdagangan, agama, dan falsafah yang sekaligus membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu yang sebenar.

2.3.

Bahasa Melayu Klasik

2.3.1. Definisi Bahasa Melayu Klasik

Pengkaji bahasa telah mengutarakan beberapa definisi bagi bahasa Melayu klasik. Antara pengkaji bahasa yang telah mengutaran maksud Bahasa Melayu Klasik adalah seperti Asmah Hj.Omar (1985:33), yang mana beliau telah mengatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik. Ismail Hussein (1984:24) telah menyatakan bahawa, pembahagian yang dibuat adalah atas pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin.

Sebagai contoh zaman politik Srivijaya, masyarakat beragama Hindu dan Buddha telah menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman kata-kata Sanskrit.

2.3.2. Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Menurut Doktor Zaitul Azma bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan dalam kesusasteraan telah memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan, dan keperibadian bangsa. Dalam masa yang sama juga pengarang telah menggunakan bahasa Melayu Klasik untuk menghasilkan beberapa karya dalam bidang

kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan.

Hadirnya bahasa Melayu Klasik dalam kehidupan masyarakat Melayu yang juga pada ketika itu masih dipengaruhi oleh pengaruh Hindu, pengaruh bahasa Kuno mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15. Pada abad ke-13 dan ke-14, bahasa Melayu mula berkembang dan buktinya adalah penemuan beberapa buah prasasti. Pada ketika itu bahasa Melayu Klasik telah dijadikan sebagai lingua franca iaitu ketika zaman kerajaan Melayu Melaka.

Bahasa Melayu Klasik telah digunakan dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. Bukti penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penyebaran agama islam adalah berdasarkan beberapa kitab agama. Antara kitab yang telah dihasilkan adalah seperti Furu Al-Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani, dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari.

Antara perkara-perkara yang terkandung dalam kitab-kitab tersebut adalah seperti al-Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara kesimpulannya, bahasa Melayu klasik telah berkembang secara meluas dalam kalangan orang bukan Melau dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara.

2.3.3. Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pengaruh agama Islam telah menjadi makin dominan di Nusantara pada abad ke -13. Perkembangan agama Islam dibawa bersama-sama dengan ahasa Arab. Pada zaman ini, perkataan Arab dan tulisan Jawi yang menggunakan huruf-huruf arab dapat diperlihatkan kemasukkannya. Secara ringkas, berlakunya revolusi tahap kedua kepada bahasa Melayu.

Perkembangan bahasa Melayu menjadi semakin pesat melalui peminjaman perkataan daripada bahasa Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Dari sudut sejarah, bukti konkrit berkenaan dengan bertapaknya Islam di Nusantara telah diperoleh pada tahun 1292 Masihi ketika Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman Pasai.

Kemudian, penemuan beberapa prasasti dalam bahasa Melayu ketika zaman perahilan dalam abad ke-13 dan ke-14 yang mana kandungan penulisan prasastiprasasti tersebut telah ditulis dengan menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka.

Dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan dan penyebaran agama Islam bahasa Melayu Klasik telah dijadikan sebagai medium dalam urusan-urusan bagi aktiviti tersebut. Pada ketika itu tulisan Jawi dikatakan sebagai bentuk tulisan baru bagi bahasa Melayu yang mana bentuk-bentuk tulisan ini telah dipinjam dan disesuaikan abjad bahasa Arab.

Sebelum munculnya tulisan Jawi, bahasa Melayu telah menggunakan dua jenis tulisan iaitu tulisan rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara. Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

2.3.4. Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Bahasa melayu telah melangkah setapak lagi dengan satu tulisan, iaitu tulisan jawi ketika kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab. Bahasa Melayu Klasik telah bermula pada abad ke-16, hingga tiba pula pengaruh Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris.

Pertembungan bahasa dan kebudayaan yang baru telah menyebabkan berlakunya perubahan dan perkembangan akibat daripada pengaruh pertembungan itu. Amat Juhari Moain ( 1992:1062) telah menyatakan bahawa tulisan rumi mula

digunakan dengan penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Abad ke-12 dan ke-13 merupakan zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu Klasik. Senario yang telah dinyatakan itu telah memperlihatkan bahawa pada abad ke-14 bahasa Melayu Klasik dicakup antara abad tersebut hingga abad ke-19. Dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undangundang, agama, sejarah, perdagangan dan perhubungan iaitu budaya dan

kemasyarakatan.

Secara ringkasnya banyak kosa kata bahasa Arab telah diserap dan digunakan dalam bahasa Melayu Klasik. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini dapay dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

2.3.5. Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Terdapat tiga zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan Johor-Riau. Pada zaman-zaman tersebut, terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya adalah pada zaman kerajaan Acheh yang mana tokoh penulis yang penting pada ketika itu terdiri daripada Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf alSingkel. Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik merupakan kesan langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Bahasa ini bermula dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi. Bahasa ini muncul setelah wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab yang berbahasa Melayu awal abad ke-14. Antara tempat di semenanjung Malaysia yang menjadi tempat penemuan prasasti bahasa Melayu Klasik adalah seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh. Pengaruh yang dibawa oleh agama Islam ke Asia tenggara menyebabkan berlakunya peralihan bahasa pada abad ke-13. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara telah mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat.

Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu. Bahasa ini juga telah ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Jumlah manuskrip lama yang telah disimpan di sesebuah negara terutamanya di Barat adalah kira-kira 10,000. Surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522 merupakan manuskrip Melayu lama yang tertua. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh(1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.

2.3.6. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa ciri bahasa Melayu Klasik yang mana bahasa Melayu Klasik mengalami perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Antara ciri ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit. Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang. Bahasa Melayu Klasik pada ketika itu juga banyak menggunakan laras bahasa istana. Walaupun begitu, berbeza pula pendapat bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah dalam membezakan dan mengklasifikasikan cirri-ciri bahasa Melayu Klasik. Beliau telah membahagikan cirri-ciri bahasa Melayu Klasik itu kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

Menurut Dr. Zainul Azma, bahasa Melayu Klasik terdapat penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata pangkal ayat ini agak meluas. Sebagai contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun. Kata-kata pangkal ini digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan di samping digunakan pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat seperti ini. Sistem fonologinya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakkan datan adalah berbentuk tulisan dan keadaan ini telah menyukarkan sesuatu sebutan yang sebenar sukar untuk dikesan. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Manakala dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi. Dari aspek tatabahasa pula, mbuhan yang digunakan dalam bahasa Melayu Klasik adalah sama dengan yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden. Perkara yang sama berlaku bagi proses morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif.

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik adalah seperti berikut : Ayat yang panjang dan berbelit-belit Banyak ayat pasif Menggunakan bahasa istana Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk

asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan

seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah

Kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakian dan seumpamanya. Bahasa Melayu Klasik memperlihatkan gayanya yang tersendiri. Bahasa Melayu Klasik mempunyai gaya yang kompleks pada ayatnya iaitu ayat pasif dan ayat songsang. Ini disebabkan adanya pengaruh bahasa Arab dan lenggok bahasanya jelas kelihatan kearab-araban. Bukan itu sahaja, bunga bahasa bagi bahasa ini juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang,

ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.

Bahasa Melayu Klasik telah banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Aqaiid al-Nasafi merupakan antara karya agama yang tertua dalam bahasa Melayu Klasik. Perbincangan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia telah diperjelaskan dalam kitab ini. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa Melayu. Pencapaian penting ini merupakan bukti bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. Antara tokohtokoh yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin alSumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm alSuluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu. Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri dari segi sejarah. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting. Bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan bahasa Melayu Kuno dari aspek struktur ayatnya kerana struktur ayat bagi bahasa Melayu Klasik lebih panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contoh, ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si

peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel pun dan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti adapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula ialah seperti berikut Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam. Sebagai contoh, penggunaan bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah dosa, pahala, dan raja . Bahasa Melayu Klasik menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy. Contoh perkataan seperti khamis, zakat, syarat. Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contohnya ialah sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.

Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa.

Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

2.4.

Peranan Bahasa Melayu Dalam Bidang Pendidikan

2.4.1. Pengenalan

Bahasa ialah satu sistem bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, iaitu di antara seorang individu dengan individu yang lain. Kebiasaannya bahasa menggunakan peraturan dan gaya yang direka bentuk khusus oleh manusia untuk kegunaan tertentu.

Terdapat beberapa sifat bahasa iaitu mempunyai sistem, mempunyai lambang, terdiri daripada bunyi, bermakna, arbitrari, bersifat konvensional, produktif, unik, universal, dinamik, bervariasi, bebas dan manusiawi. Bahasa Melayu juga merupakan satu bahasa yang digunakan di Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam pelbagai bentuk komunikasi di Malaysia.

Terdapat pelbagai teori mengenai asal usul bahasa Melayu, antaranya ialah bahasa Melayu berasal dari Yunan dan Nusantara. Menurut Asmah Haji Omar bahawa pemindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekali gus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui lautan China. Namun beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor komunikasi.

Berdasarkan penjelasan teori yang telah di kaji, bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Lingua Franca. Di mana terdapat pelbagai bahasa asing yang telah diambil daripada hubungan di antara pedagang atau migrasi daripada negara luar. Bahasa Melayu kini telah di nobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam

perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa

penghantar ilmu pila diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996. Bahasa Melayu yang digunakan di negara ini perlu di perkukuhkan kedudukannya dari segi penggunaan di dalam negara mahu pun di luar negara. Terdapat beberapa langkah dalam memartabatkan bahasa Melayu iaitu di dalam sistem Pendidikan negara, iaitu daripada peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Kesedaran tentang pemantapan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan di kalangan setiap warga Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu.

2.4.2. Pemantapan Bahasa Melayu Dan Penyata Razak Penyata Razak 1956 merupakan satu cadangan yang dibuat oleh jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan

dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Dalam Penyata Razak Pemantapan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan ditekan iaitu, cadangan dikemukakan oleh penyata Razak yang diluluskan oleh kerajaan persekutuan Tanah Melayu dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan di sekolah. Para pemimpin terdahulu telah sedar dengan kepentingan bahasa Melayu di Tanah Melayu dengan membawa kesan yang baik dalam pelbagai bentuk penggunaannya di kalangan kaum yang pelbagai iaitu bangsa Melayu, cina dan india.

Selain daripada itu, kesedaran mengenai penyelarasan cara berhubung dengan di antara kaum dalam menjamin satu bahasa yang boleh menyatupadukan pelbagai kaum. Selain daripada itu, cadangan mengenai sekolah kebangsaan yang

menggalakkan murid daripada pelbagai kaum bersekolah di sekolah yang sama dengan menggunakan satu bahasa dan satu kurikulum yang selaras dengan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

2.4.3. Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar di Sekolah Berdasarkan Penyata Razak yang menekan kepentingan bahasa Melayu perlu di beri keutamaan sebagai bahasa penghantar di sekolah dengan mengesorkan bahasa Melayu digunakan di sekolah-sekolah. Tujuan utama penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar disekolah adalah untuk menggalakkan hubungan di antara kaum yang terdapat di Malaysia saling berhubung di antara satu sama lain dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik. Ini menunjukkan kepentingan bahasa Melayu dalam memupuk perpaduan antara kaum. Dengan kesedaran ini kerajaan telah menetapkan bahawa bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi.

2.4.4. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Menyedari bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang perlu digunakan di dalam hubungan di antara kaum di negara kita, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar disekolah-sekolah. Di mana semua sekolah perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam berhubung di antara satu sama lain. Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa Dan Pustaka bertanggungjawab untuk memajukan dan memperkayakan bahasa Melayu. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang berpaksikan perkara 152 perlembagaan persekutuan, selain daripada akta bahasa kebangsaan dan akta pendidikan yang sedia ada. Sehingga kini kita dapat melihat bahawa bahasa Melayu digunakan di sekolahsekolah di negara ini secara meluas dan dipelajari oleh semua golongan kaum di Malaysia dan diterima pakai oleh pelbagai kaum di Malaysia sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

2.4.5. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan Menurut Kamus Dewan (1994), perpaduan bermaksud penggabungan, perihal bergabung menjadi satu dan sebagainya. Dengan erti kata lain, perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat tolenrasi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Perpaduan adalah satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan negara. Selaras dengan dasar pendidikan, bahasa Melayu diajar sebagai mata pelajaran wajib dan telah dijadikan bahasa penghantar utama bagi semua peringkat pendidikan seperti dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke pengajian tinggi di Malaysia. Mata pelajaran ini menekan kan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat dilihat dari aspek penyatuan antara kaum dengan menggunakan bahasa yang sama dalam satu sistem pendidikan yang di guna pakai oleh setiap kaum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Berlainan dengan sekolah yang menggunakan bahasa daripada kaum selain daripada kaum Melayu iaitu cina dan india yang telah menggunakan bahasa ibunda mereka di sekolah, mereka menjalankan haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penhantar di peringkat sekolah ini dapat mendidik murid-murid atau pelajar-pelajar tentang hubungan perpaduan antara kaum dalam membentuk satu identiti warga Malaysia yang sebenar yang boleh di kenali oleh negara lain sebagai bangsa Malaysia dan membentuk perpaduan daripada peringkat awal sehinggalah kepada peringkat seterusnya.

2.4.6. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Komunikasi Berdasarkan Kamus Dewan, komunikasi bermaksud satu interaksi di antara hidupan untuk berhubung di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian. Manusia menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bahasa dan pertuturan yang membezakan manusia dengan haiwan. Komunikasi merupakan satu elemen yang sangat penting dalam mengeratkan hubungan di antara kaum yang menggunakan bahasa yang berlainan. Dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah, komunikasi di antara kaum dapat diperluaskan dengan hubungan komunikasi yang dapat membantu dari segi mengenali antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa Melayu, seterusnya mengeratkan hubungan di antara kaum.

2.4.7. Kepentingan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , petikan ini menunjukkan bahawa negara kita ingin melahirkan insan yang berpengetahuan dan berguna dimasa akan datang dalam menyumbang kepada negara. Petikan ini dapat membantu dalam menjadikan bahasa ilmu yang boleh digunakan di Malaysia dan luar negara dalam memperoleh ilmu. Bahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang dapat menjadi bahasa pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan daripada peringkat yang rendah sehinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi dan diiktiraf semua pihak tentang penggunaannya.

a. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa ilmu setelah sekian lama. Ini dapat ditunjukkan dalam penggunaan untuk mengungkap konsep-konsep dan proses-proses yang tinggi serta kompleks, terutama sekali dalam bidang agama, falsafah, sastera dan budaya. Konsep-konsep dan proses-proses ini dapat di lihat dengan penggunaan nya di dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di sekolah sebagai satu

pendidikan yang digunakan. Selain daripada itu penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu dapat dilihat dengan penghasilan banyak buku ilmiah yang dihasilkan dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada para pelajar-pelajar di negara ini dalam menimba ilmu. Selain daripada peringkat sekolah, pusat pengajian tinggi juga turut menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan turut dipelajari oleh pelajar luar negara dalam menuntut ilmu di dalam negara ini.

b. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan dari segi peringkat menteri sehinggalah ke peringkat bawahan. Bahasa rasmi menjadi satu lambang serta simbol identiti sesebuah negara dan kebiasaannya digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di negara kita adalah sangat penting, kerana kebanyakan proses pendidikan di sekolah menggunakan bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama dalam komunikasi, pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan, urusan pentadbiran dan sebagainya. Bahasa Melayu digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Dengan penekanan bahasa Melayu perlu lulus untuk melanjutkan pelajaran dan wajib dipelajari oleh semua pelajar.

c. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Contoh Merujuk kepada penggunaan bahasa Melayu yang meluas di dalam sistem pendidikan negara, iaitu dari segi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa penghantar, sebagai bahasa komunikasi dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu adalah satu lambang atau contoh kepada satu sistem bahasa yang mantap dari segi pengantara untuk menyampaikan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi dan diperkenalkan seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu.

Bahasa Melayu tidak berada lagi di tahap yang rendah kerana ia telah mencapai taraf cendiakawan dan bahasa saintifik. Dengan ini sistem pendidikan negara kita telah menjadikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang rasmi dalam sistem pendidikan yang menjadi contoh berdasarkan kemantapan yang ditunjukkan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sebagai bahasa komunikasi, sebagai bahasa perantaraan, sebagai bahasa rasmi dan sebagai bahasa perpaduan di Malaysia. Dengan ini bahasa Melayu merupakan satu contoh bahasa yang terbaik yang perlu di jadikan rujukan kepada negara lain dalam memantapkan bahasa. Dengan ini kedudukan bahasa Melayu di dalam sistem pendidikan negara kita perlu dimantapkan untuk memastikan bahasa Melayu ialah bahasa yang menjadi identiti Malaysia di mata dunia.

2.5.

Peranan Bahasa Melayu Dalam Bidang Politik

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Maka secara ringkasnya bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran dan di dalaam upacaraupacara rasmi. Bahasa rasmi pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi sesebuah negara. Oleh itu, bahasa melayu mempunyai peranannya dalam bidang politik di Malaysia. Bahasa melayu telah menjadi bahasa pengantar utama dalam

bidangpemtadbiran negara. Dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan

mahkamah telah menggunakan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda (Jun 1991).

Bahasa Melayu telah menjadi asas dalam pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang

mempunyai berbilang kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India, serta negara ini memerlukan satu bahasa yang membantu dalam membina perpaduan antara kaum. Maka bahasa ini telah menjadi wadah utama dalam membina perpaduan dan merupakan bahasa pengantar utama di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152 (1). Bahasa Melayu juga difahami oleh setiap kaum. Tambahan lagi, peruntukan ini adalah berdasarkan kajian atau statstik penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu telah memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling ampuh dalam menyatukan bangsa di Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa Melayu merupakan lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang

berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara. Bahasa melayu juga memainkan peranan dalam pembinaan jati diri dalam bidang politik. Perkara ini dapat dijelaskan dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang mana melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Setiap negara mempunyai bahasanya sendiri, seperti mana Negara Jepun dengan bahasa Jepunnya, Negara Jerman dengan bajasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. Bahasa melayu telah menjadi wahana politik dalam menentukan penggunaan bahasa negara bangsa. Penggunaan bahasa yang dapat membina negara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, keadaan ini akan lebih banyak mewujudkan kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu. Mereka adalah terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ahli masyarakat. Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ahli politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. Oleh itu, dapat ditekankan bahawa penggunaan bahasa melayu dalam bidang politik secara automatiknya dapat menghasilkan pemimpim yang bukan sahaja mempunyai keterampilan dalam berbahasa malah sekali gus menghasilkan pemimpin yang berkuasa dalam mempengaruhi pihak lain di samping meningkatkan kepercayaan

masyarakat terhadap mutu dan kualiti pemimpin tersebut menerusi kefasihannya dalam berbahasa. Jika ditinjau sejarah bahasa Melayu selepas mencapai kemerdekaan,

penggunaan Bahasa Melayu telah diperkembangkan dengan kemunculan beberapa institusi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebagainya. Sehingga hari ini, penggunaan bahasa melayu telah meluas diguna pakai dalam pelbagai sektor awam dan swasta. DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu di dalam sebuah negara yang merdeka ini, terdapat pelbagai usaha yang telah dijalankan, di samping tenaga pemikiran dan wang yang telah dikeluarkan dalam membina cita-cita memartabatkan bahasa Melayu. Malanglah sekiranya setelah hampir setengah abad kita membina cita-cita

memartabatkan bahasa sendiri, kini kita mulai merungkai kembali binaan ini. Justeru, sesebuah bangsa harus dimajukan dengan meningkatkan tahap pemikiran bangsa tersebut. Sesebuah bangsa itu berfikir menerusi bahasa ibundanya kerana bahasa adalah saluran atau wahana pemikiran. Sesebuah bangsa berbicara dan menanggapi sesuatu pemikiran dengan bahasa mereka sendiri.

Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai tunjang negara bangsa dapat diperlihatkan dalam agenda politik melalui teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu meletakkan usaha memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai strategi utama. Dalam mengorak langkah ke alaf 21, bahasa Melayu kini perlu diperkasa. Ini kerana cabaran pada alaf ini begitu hebat. Masyarakat Malaysia perlu berjiwa besar untuk memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Kita sebagai warga Malaysia perlu optimis bahawa

sekiranya usaha yang kuat dan seluruh tenaga digembleng maka tidak mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa dunia.

2.6.

Peranan Bahasa Melayu dalam Bidang Sosioekonomi

Dalam keratan akhbar Berita Harian di bahagian rencana yang ditulis oleh Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Teo Kok Seong mengatakan bahawa hanya bahasa Melayu wahana perpaduan.Perkara ini ditekankan apabila golongan anglofil iaitu mereka yang fanatik terhadap bahasa Inggeris mengemukakan pelbagai alasan untuk mengembalikan sekolah aliran Inggeris kerajaan kerana dianggap mampu menyatukan rakyat daripada pelbagai kaum.Hal ini berdasarkan sejarah perkembangannya sebelum dimansuhkan pada 1970 kerana dikatakan memperlihatkan percampuran kaum yang lebih saksama sifatnya.Mereka percaya bahawa masalah polarisasi kaum dalam sistem pendidikan negara kini dapat diatasi dengan jayanya melalui pengembalian sekolah aliran Inggeris kerajaan.Masalah ini sepatutnya tidak akan berlaku sekiranya golongan ini percaya terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa Negara yang telah dipersetujui bersama dalam

Perjanjian Etnik sewaktu memperoleh kemerdekaan yang sekaligus menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kita. Jadi, hal ini membuktikan bahawa bahasa melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan ialah bahasa penduduk Malaysia yang menjadi entiti, politik, sosial dan budaya rakyat Malaysia sekaligus mempunyai peranan nasional bukan saja layak dijadikan lambang perpaduan tetapi juga wahana perpaduan itu sendiri. Wahana ini dimanifestasikan dalam peranannya sebagai bahasa rasmi dengan peranan yang pragmatik, ia merupakan komponen instrumental negara untuk rakyat memajukan diri mereka seperti mencapai status sosial dan kuasa sosiekonomi. Hal ini jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai peranan yang sangat kuat dan besar terhadap sosiekonomi rakyat Malaysia kerana ia sebagai penanda utama Bangsa Malaysia yang sepatutnya rakyatnya perlu memperlihatkan sikap dan perasaan positif untuk sama-sama mendukung gagasan Bangsa Malaysia sebagai unit budaya dan politik yang bersatu sifatnya. Seterusnya dalam Jurnal Hadhari yang ditulis oleh Awang Sariyan ( 2009 ) yang berjudul Peranan Bahasa Dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Masyarakat Hadhari telah memperkatakan mengenai isu peranan bahasa dalam proses pembinaan

negara. Hal ini melihat terlebih dahulu mengenai tamadun sesuatu umat yang terbina sesudah kebudayaan umat itu melalui tempoh tertentu, sesudah mengalami pelbagai tentangan atau cabaran serta peningkatan dalaman dan luaran. Proses terbentuknya tamadun itu memerlukan wasilah tertentu, dan pendidikan dapat dikatakan wasilah yang terpenting untuk memungkinkan terbentuknya tamadun. Hal ini demikian kerana pendidikanlah yang membentuk diri, peribadi dan sahsiah manusia, baik sebagai individu mahupun sebagai masyarakat.Diri, peribadi dan sahsiah yang utuh sahaja yang mungkin dapat menjadi agen dan mangkin pembentukan tamadun sekaligus menunjukkan mengenai sosiekonomi sesuatu negara juga bergantung kepadanya. Maka itu, Awang Sariyan memperkatakanperanan pendidikan secara umum dalam

proses pembentukan tamadun dan selanjutnya mengaitkannya dengan peranan bahasa dan pendidikan bahasa pula. Pemertalian itu dilakukan dengan berasaskan hakikat bahawa bahasa menjadi unsur penting yang memungkinkan berlakunya proses pendidikan dan juga sebagai salah satu asas penting dalam proses pembinaan tamadun insan.

Jadi, isu peranan bahasa dalam proses pembinaan negara ini telah dikupas dengan ringkasnya di dalam jurnal terbabit tetapi dapat menjelaskan kaitannya bahasa dengan pembinaan Negara mahupun dengan bidang sosiekonomi. Dikatakan bahasa dan budaya Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki martabat sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad 13 hingga abad 19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi sekaligus memang mempunyai kaitannya dengan sosiekonomi sebuah Negara. Manakala, kebudayaan Melayu secara langsung pula telah menjelma menjadi kebudayaan yang definitif di rantau ini sehingga rantau ini dikenal sebagai Kepulauan

Melayu atau Alam Melayu kendatipun pola demografi rantau ini pada hakikatnya menunjukkan kerencaman komposisi penghuninya. Jika dibandingkan hakikat wujudnya beratus-ratus bahasa yang dikelompokkan dalam keluarga bahasa Nusantara di rantau ini, ternyata bahawa bangsa Melayu sebagai satu kumpulan etnik hanya merupakan satu daripada ratusan kumpulan etnik tersebut.Namun kebitaraan tamadun Melayu, terutama disebabkan adanya kekuatan kuasa politik dan ekonomi telah memungkinkan identifikasi rantau ini dengan citra Melayu.Malah, kini digunakan juga istilah dunia Melayu untuk merujuk kepada rantau yang diwakili oleh Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa wilayah negara serantau yang mewarisi tamadun Melayu, misalnya Thai selatan, Singapura, Filipina selatan, Kemboja, Vietnam, dan Myanmar. Hal ini membuktikan bahawa tidak hairanlah untuk memperkatakan bahawa bahasa memainkan peranan terhadap bidang sosiekonomi dalam sesebuah negara kerana kehebatannya.

Jadi, dapatlah diringkaskan disini beberapa peranan bahasa Melayu dalam bidang sosiekonomi yang sekaligus menunjukkan bahawa sememangnya bahasa Melayu sangat besar peranannya yang membuatkan jatuh bangunnya sesebuah negara. Peranan yang pertama ialah menjadi asas kepada pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat yang bermula dalam Perkara 152 iaitu Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 ( 1 ) yang menyebabkan ia menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai perpaduan. Malah bahasa ini boleh difahami oleh setiap kaum dan dengan termaktubnya Perkara 152 ini mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

Seterusnya, peranan kepada bidang sosiekonomi yang kedua ialah menjadi lambang jati diri kerana bahasa Melayu itu mempunyai lambang iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pemersatu.Hasrat ini terungkap dalam dasar

bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu.Melalui perkara itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia dan hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri.Contohnya Negara Jepun dengan bahasa Jepun, Negara Jerman dengan bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan bahasa Perancisnya.Oleh hal yang demikian, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malaysia di persada dunia.Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

Di samping itu juga, peranan lain bahasa Melayu dalam bidang sosiekonomi boleh dilihat sebagai bahasa perpaduan kerana perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan Negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah Negara berdaulat. Di Malaysia ini terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk dimana bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum. Seterusnya, bahasa Melayu juga sebagai bahasa pengantar ilmu kebangsaan seperti yang terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

Peranan yang seterusnya pula ialah menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Malah semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut kerana setiap pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan

mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal yang demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila menggunakan bahasa Melayu sekaligus memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. Seterusnya, peranan sosiekonomi yang lain ialah menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Sesungguhnya bahasa Melayu ini memiliki peribadi yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

Bahasa Melayu memberikan peranan sosiekonomi sebagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya kerana melalui bahasa dapat membina negara bangsanya yang seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang berkualiti, berkuasa dan berketerampilan.Maka, lebih banyak kumpulan penutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk.Mereka ini terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah dan ahli masyarakat.Kehadiran kumpulan ini dapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbagai bidang. Contohnya jika ahli politik dan ahli professional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahasa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.

Terakhir sekali ialah bahasa menggambarkan bangsa yang berkuasa.Hal ini boleh dilihat melalui ungkapan Bahasa Jiwa Bangsa yang menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahasa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi

ini, pengetahuan tentang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa kerana bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usaha penerbitan bahan bacaan. Jadi, bolehlah diringkaskan disini bahawa bahasa Melayu ini sangat memberikan peranan terhadap bidang sosiekonomi kerana tanpa satu bahasa yang universal dan difahami oleh semua kaum, pastinya tidak akan ada hubungan dan komunikasi yang terjalin antara satu kaum dengan satu kaum sekaligus akan memberikan kesan terhadap ekonomi sesebuah negara yang menentukan sama ada rakyatnya bersatu padu untuk mencapai ke arah kemajuan yang sama atau pun tidak.

3.0.

TUGASAN INDIVIDU

3.1.

Ameelia Nazirah binti Mohd Shafiee

3.1.1. Huraian Aliran Tatabahasa Setiap ahli bahasa mempunyai definisi tatabahasa yang berbeza dari segi susunan perkataan dan ayat. Walau bagaimanapun, maksud yang didukung tidak menyimpang daripada maksud asal. Konsep tatabahasa dapat disimpulkan bahawa bahasa itu mempunyai peraturan. Teori tatabahasa terbahagi kepada empat iaitu terdiri daripada Teori Tradisional, Teori Struktural, Teori Transformasi Generatif dan Teori Fungsional. Wujudkan teori-teori ini adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati segelintir pihak terhadap aspek teori dan metodologi yang telah dipakai dan digunakan oleh aliran sebelumnya. Setiap aliran yang dipengaruhi oleh ilmu lain saling mempunyai perkaitan. Sebagai contoh, Teori Trandisional telah dipengaruhi oleh ilmu falsafah, teori struktural pula dipengaruhi oleh teori psikologi dan behaviorisme, manakala teori transformasi generatif pula dipengaruhi oleh teori kognitif. Setiap aliran tatabahasa yang diterima itu mempunyai pengaruh yang berbeza. Oleh itu, sudut pandangan yang terdapat pada setiap aliran tatabahasa itu juga adalah berbeza. Namun begitu, terdapat juga beberapa ciri persamaan yang terletak pada istilah-istilah dan konsep-konsep yang dibuat oleh teori baru adalah berasas kepada perkara yang dicapai oleh teori sebelumnya.

3.1.1.1.

Teori Tradisional

Teori tradisional telahpun digunakan terhadap bahasa Yunani yang telah bermula sejak abad ke-15 Sebelum Masihi. Ahli-ahli falsafah seperti Plato telah mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh mereka adalah berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting. Bahasa merupakan

bidang yang dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel adalah aspek-aspek tatabahasa yang telah diberi penekanan pada masa itu.

Kemudian, teori ini terus berkembang terhadap beberapa bahasa lain seperti bahasa Arab, bahasa Latin dan bahasa Sanskrit. Pendeta Panini merupakan tokoh utama dalam penghuraian bahasa Sanskrit, manakala di Malaysia pula tokoh utamanya ialah Pendeta Zaaba dan Professor Asmah Hj. Omar. Kajian bahasa ini diteruskan sehinggalah abad ke-19, apabila orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal lama sekiranya tidak diamalkan dan menurut pensejarahan, bahasa sentiasa berubah dari abad ke abad. Teori tradisional memberi fokus kepada huraian aspek-aspek tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, morfologi membawa maksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi, terbitan dan pemajmukan. Morfologi terbahagi terbahagi kepada dua iaitu kata nama dan kata kerja. Manakala sistaksis menurut Kamus Dewan Bahasa Keempat membawa maksud pengetahuan dalam cabang ilmu linguistik, peraturan mengenai susunan kata dalam ayat.

Kajian sintaksis pula terbahagi kepada empat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat seru dan ayat perintah. Bahagian-bahagian dalam ayat mempunyai subjek, predikat, objek dan keterangan. Pengajaran tatabahasa telah dilaksanakan dengan membuat penerangan terlebih dahulu kemudian barulah diselitkan dengan contoh. Pendekatan pengajaran yang diamalkan ini adalah bersifat deduktif yang mana pengajaran dilakukan secara umum terlebih dahulu kemudian kepada spesifik. Sebagai contoh dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan nilai murni, murid diberikan maklumat berkenaan dengan konsep-konsep nilai murni terlebih dahulu. Kamudian, murid-murid diminta untuk memberikan contoh yang diketahui oleh mereka. Perkara ini dapat diaplikasikan oleh murid apabila mereka sendiri melalui situasi tersebut.

Bahasa merupaan pengucapan buah fikiran dan perasaan. Walaupun begitu, perkara yang lebih penting daripada pengucapan atau lisan adalah penulisan. Hal ini kerana perkara yang dijadikan kajian adalah perkara yang ditulis, bukan perkara yang diperkatakan atau diucapkan.

A. Konsep Bahasa merupakan salah satu daripada disiplin ilmu falsafah. Tanggapan atau perspektif ahli falsafah telah menghasilkan huraian bahasa, yang mana bahasa merupakan organism yang hidup dan berkembang. Bukan itu sahaja, kajian bahasa juga telah dibuat dalam bentuk perbandingan bahasa. Bahasa yang dihuraikan juga adalah berasakan tatabahasa sejagat yang berindukkan bahasa Yunani dan bahasa lain. Dalam teori tradisional ini, mereka berpegang kepada konsep yang mana kajian bahasa dibuat hanya memberi fokus terhadap bentuk tulisan semata-mata.

B. Ciri-ciri Ciri-ciri yang terdapat dalam teori ini ialah, tulisan lebih penting daripada pengucapan atau lisan.Kajian bahasa juga berbentuk deduktif serta huraian bahasa berasaskan tanggapan atau perspektif daripada ahli falsafah. Tatabahasa tradisional menurut Abdul Chaer (2003: 333) menganalisis bahasa berdasarkan filsafat dan semantik. Dalam merumuskan kata kerja, misalnya, tatabahasa mengatakan kata kerja adalah kata yang menyatakan tindakan atau kejadian. Ciri-ciri aliran tradisional menurut Soeparno (2002: 44) adalah sebagai berikut.

i.

Bertolak dari pola fikir secara berfalsafah Terdapat dua perkara yang menjadi bukti bahawa aliran Tradisional

menggunakan landasan atau pola pikir filsalat antaranya adalah terdapat banyak pembahagian jenis kata yang bersumber dari onoma-rhema produk Plato dan onoma-

rhema-syndesmos produk Aristotles; dan hingga kini penggunaan subjek dan predikat menjadi matrei utama dalam pembelajaran di sekolah.

ii.

Tidak membezakan bahasa dan tulisan Teori ini telah mencampuradukkan pengertian bahasa (dalam erti kata yang

sebenarnya) dan tulisan (perwujudan bahasa dengan media huruf).dengan itu, pengertian bunyi dan huruf teah dicampuradukkan secara automatik. Sebagai bukti seorang ahli bahasa mencampuradukkan pengertian tersebut dapat dibaca pada kutipan Antara vocal-vokal itu, huruf a adalah yang membentuk lubang mulut yang besar, i yang kecil, e biasanya terbentuk di dalam mulut sebelah muka, dan o di belakang sebelah ke dalam (Mees dalam Soeparno, 2002: 44)

iii.

Senang Bermain dengan Definisi. Ciri ini adalah pengaruh daripada cara fikiran secara deduktif yang mana semua

istilah yang diberi definisi terlebih dahulu kemudian diikuti dengan contoh yang mana kaldang kala hanya sekadar ala kadar sahaja. Teori ini tidak memberikan kenyataankenyataan bahasa yang dianalisis dan disimpulkan kemudiannya. Perkara yang menjadi keutamaan adalah memahami istilah dengan menghafal definisi yang dirumuskan secara berfalsafah.

iv.

Pemakaian Bahasa Berkiblat pada Pola atau kaedah. Ketaatan pada pola ini diwarisi sejak para ahli tatabahasa tradisional mengambil

alih pola-pola bahasa latin untuk diterapkan dalam bahasa mereka sendiri. Kaedah bahasa yang telah disusun oleh mereka dalam suatu bentuk buku tatabahasa seharusnya diikuti dan ditaati oleh pemakai bahasa. Setiap pelanggaran kaedah merupakan satu tindakkan yang dianggap sebagai bahasa yang salah atau tercela.

Pengajaran bahasa di sekolah adalah mengajarkan bahasa seperti terkandung di dalam buku tatabahasa. Secara praktikalnya, keadaan ini hanya mengakibatkan siswazah hanya pandai dalam penghafalan teori-teori bahasa tetapi mengalami komplikasi dalam kemahiran berbahasa atau berbicara dalam kehidupan

bermasyarakat. Tatabahasa yang digunakan itu dikenali atau disebut tatabahasa normatif atau tatabahasa preskriptif.

v.

Tahap-tahap Gramatik Belum Ditata Secara Rapi. Tingkat yang terendah menurut teori tradisional ini ialah huruf. Tingkat di atas

huruf ialah kata, sedangkan tahap yang tertinggi ialah kalimat. Menurut teori tatabahasa tradisional, huruf didefinisikan sebagai unsur bahasa yang Level (tataran) yang terendah menurut teori ini adalah huruf. Level di atas huruf adalah kata, sedangkan level yang tertinggi adalah kalimat. Menurut teori ini, huruf didefinisikan sebagai unsure bahasa yang terkecil, kata didefinisikan sebagai kumpulan dari huruf yang mengandung arti, sedangkan kalimat didefinisikan sebagai kumpulan kata yang mengandung arti lengkap.

vi.

TataBahasa Didominasi oleh Jenis Kata (Part of Speech) Ciri ini merupakan ciri yang paling menonjol di antara ciri-ciri yang lain. Hal ini

dapat dimengerti Karena masalah penjenisan kata merupakan aspek linguistik yang paling tua dalam sejarah kajian linguistik.

C. Kelebihan dan kekurangan Aliran Tradisional

Kelebihan a. Pola fikir filsalat merupakan asas kepada pola fikir aliran tradisional. Oleh itu, teori ini mampu bertahan dengan lebih lama.

Kekurangan a. Teori tatabahasa tradisional masih tidak mampu membezakan antara tulisan dan bahasa hingga terdapat komplikasi dalam pengertian

bahasa dan tulisan. b. Aliran ini memberi fokus dalam sistem tulisan lebih lisan. daripada Maka, b. Teori ini tidak bahasa dan teori ini menyediakan yang telah

pengucapan

atau

kenyataan dianalisis sebaliknya

penggunaan bahasa bagi ahli-ahli aliran ini amat membanggakan.

disimpulkan, memberi

keutamaan dalm memahami istilah c. Aliran teori tradisional ahli-ahli kepandaian banyak yang dan c. Penggunaan bahasa yang dan menghafal definisi yang

menghasilkan mempunyai

dirumuskan secara berfalsafah.

kemahiran dalam menghafal istilah kerana salah satu ciri aliran ini ialah senang bermain dengan definisi.

berkiblatkan pada pola atau kaedah sehingga kepandaian siswa dalam bahasa mempunyai penghafalan namun tidak dalam lisan

d. ahli-ahli aliran tradisional memiliki pengetahuan yang tinggi dalam tatabahasa kerana pemakaian

teori-teori mempunyai berbicara

kemahiran atau kemahiran

bahasa yang berkiblatkan pada pola atau kaidah.

dalam kehidupan masyarakat.

d. Tahap-tahap gramatikalnya masih e. Aliran ini memberi sumbangan yang besar dalam penegakkan prinsip: yang benar adalah benar walaupun belum rapi iaitu hanya hingga tahap tiga yang secara pasti ditegakkan, yakni huruf, kata dan kalimat.

tidaka

umum,

dan

yang

salah e. Pemerian bahasa berdasarkan

adalah salah walaupun abanyak pengikutnya.

tulisan, walhal bahasa tulisan hanya menjadi sebahagian dari ragam bahasa yang ada.

f. Permasalahan

jenis

kata

mendominasi masalah tatabahasa hingga ruang lingkup permasalahan ini masih sempit.

g. Kalimat merupakan tingkat kajian yang paling tinggi hingga aspek komunikatif tidak disentuh dalam kajian bahasa aliran ini.

3.1.1.2.

Teori Struktural

A. Pendahuluan Linguistik berarti ilmu bahasa. Kata linguistik berasal dari kata

latin lingua bahasa. Ferdinand de Saussure dalam bukunya Cours de Linguistique Generale, yang membezakan kata dalam bahasa Prancis: langue, langage, dan parole. Bagi Ferdinand de Saussure, langue adalah satu jenis bahasa sebagai suatu sistem. Langage sebagai bahasa sebagai sifat khas manusia. Sedangkan, parole tuturan adalah bahasa yang digunakan secara konkrit seperti: logat, ucapan, dan perkataan (Verhaar, 2008:3). Struktural merupakan teori yang berkaitan dengan struktur, yang mana struktur adalah pengaturan pola dalam bahasa secara sintagmatis (hubungan linear antara unsur-unsur bahasa dalam tataran tertentu). Dalam hal ini dapat disimpulkan bahawa linguistik struktural adalah kajian linguistik yang membicarakan bahasa menggunakan pendekatan pada bahasa itu sendiri. Dalam bidang linguistik teori struktural dikenali sebagai linguistik struktural. Teori ini membicarakan mengenai linguistik struktural yang tidak boleh terpisah daripada sejarah perkembangannya. Dalam kamus linguistik, linguistik struktural merupakan pendekatan dalam penyelidikan bahasa yang telah menganggap bahasa sebagai satu sistem yang bebas (Harimurti, 20011:146). Jika definisi ini diteliti dengan dalam, maka teori ini melakukan penyelidikan dan pendekatan bahasa yang memberi fokus kepada bahasa sebagai objek. Struktural mula tumbuh dan terkenal di Perancis menerusi Claude Levi-Strauss. Seorang antropologi K. M. Newton (1997:83) yang mengaplikasikan Strukturalisme Liguistik Saussure dalam kajiannya terhadap fenomena mitos, perhubungan

kekeluargaan dan peraturan permakanan. Teori struktural mula berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai usaha menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure.

Terry Eagleton (1983 : 106). K. M. Newton, (1997 : 86) berpendapat sesuatu teori yang sangat berpengaruh bagi menggantikan pandangan positivisme atau kaedah analisis yang berasaskan empirikal. Pada ketika itu, Ferdinand de Saussure merupakan seorang seorang ahli falsafah swiss pada tahun 1857 hingga 1913. Bresster Charles E, (1999 : 89) telah mempercayai bahawa, bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturannya yang sistematik. Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuk, bunyi-bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, pelbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan tentang cara perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan. Teori ini merupakan satu bentuk percubaan dalam menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan yang lain, selain daripada bahasa itu sendiri. Saussure telah membezakan antara langue dan parole. Langue ialah aspek sosial manakala parole pula adalah realiti pengguna bahasa sebenar. Pendekatan struktural memberi fokus kepadaperkara-perkara dalaman yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur bagi sesebuah teks adalah seperti tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Kebiasaannya, teori ini sesuai digunakan untuk genre novel, cerpen dan drama. Teori struktural juga mengatakan bahawa aksi dan peristiwa dalam cereka yangbergerak menurut hukum sebab dan akibat. Namun begitu, perkara ini mendapat tentangan oleh penelaah dalam era Marxisme yang mana bagi mereka perubahan tingkah laku watak adalah disebabkan transformasi fungsi V. Propp telah

menyenaraikan 31 fungsi dalam kajiannya terhadap cerita-cerita rakyat Rusia. Apabila masuk era strukturalisme, tanggapan mengenai kesusasteraan

mengalami perubahan untuk kali yang seterusnya. Cuma pada kali ini subjek telah dilihat sebagai mengandungi unsur-unsur sebagai mengandungi unsur-unsur berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Oleh iu, kajian tentang sesebuah karya kesusasteraan tidak boleh dipecahkan kerana setiap unsur mempunyai hubungan pertalian yang rapat dan harus dilihat sebagai kesatuan yang menyeluruh.

Goldmam telah meletakkan kepercayaan bahawa karya sastera merupakan sebuah struktur yang tidak statik, yakni digerakkan oleh proses-proses sejarah, strukturasi dan destrukturasi dalam sesebuah masyarakat yang melahirkan karya-karya tertentu.

B.

Pendekatan Struktural

Struktural merupakan suatu fahaman yang wujud di Eropah berikutan dengan kebangkitan struktural linguistik yang dipelopori oleh Ferdinand de Soussure. Pendekatan struktural ini berasaskan kepada prinsip-prinsip teori strukturalisme. Teori ini mula berkembang pada tahun 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraan (Terrybagi Eagleton, 1983:106). Saussure yang merupakan seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) yang mempunyai kepercayaan bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman yang tersendiri dan mempunyai peraturan-peraturan yang sistematik (Charles E Bressler, 1999:89). Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuklah bunyi-bunyi yang dikenal pasti begitu bermakna, mempunyai pelbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan (Charles E Bressler, 1999:89). Dari sudut kesusasteraan pula strukturalisme ialah satu pendekatan

menganalisis karya sastera beraaskan teori teknikal. Strukturalisme merupakan satu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Pendekatan ini meneliti dan memberi penekanan kepada perkara-perkara dalaman (contain) yang membentuk rangka atau struktur sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangaan.

Pendekatan struktural menganalisis karya semata-mata dengan berpandukan apa yang telah dihasilkan dan aspek ekstrinsiknya tidak dihuraikan. Pendekatan ini juga tidak menghubungkan karya dengan diri pengarang, latar belakang, pendidikan, fungsi kesusasteraan, keperluan semasa dan sebagainya. Penyelidik karya bukan menjadi fokus penyelidikan dalam pendekatan ini, sebaliknya fokus adalah kajian terhadap karya penyelidik. Pendekatan struktural mempunyai banyak konsep iaitu karya sastera telah diletakkan sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya sendiri. Konsep kedua ialah aspek keberhasilan dalam sesebuah karya diberi penekanan dari segi isi dan bentuk sebagai panduan. Manakala konsep ketiga pula adalah sesebuah karya sastera itu dilihat berdasarkan komponen yang membina pengkaryaan, mengharapkan dapat meneliti karya dengan cukup objektif dan adil. Konsep yang keempat tentang teori struktural ialah faktor keikhlasan dan keadilan seseorang pengkritik yang pernah dipertikaikan, terutma daripada golongan pengkarya itu sendiri dek kerana pengarang kurang menyenangi usaha para pengkritik. Konsep yang terakhir ialah kritikan ini cuba melihat perpaduan dan persesuaian di antara isi dengan bentuk. Teori struktural adalah satu pendekatan yang melihat komponen-komponan karya sastera yang terdiri daripada tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan. Biasanya komponen-komponen ini terdapat dalam novel, cerpen dan drama. Walaupun begitu, penggunaan dan fungsi setiap komponen tersebut tidak sama yang mana sebagai contoh drama dan sajak berbeza dengan cerpen dan novel. Dalam drama, sudut pandang tidak diwujudkan, kerana menggunakan orang pertama dan orang ketiga sebagai cara pengarang menggambarkan karyanya. Manakala sajak pula pencipta lebih ke arah pembinaan bahasa atau stail. Kekuatan sajak ditekankan dari aspek ungkapan ayat seperti aspek aliterasi, asonansi, personafikasi, simile, metafora dan sebagainya.

C. Sebab-sebab kemunculan struktural. Pendekatan struktural muncul apabila terdapatnya penggemblengan konsep dominan dalam formalisme yang mana mereka yang berpegang dengan fahaman ini tidak menerima menerima prinsip formalism yang mengkaji aspek-aspek struktur secara terpisah. Konsep sebab-akibat dalam pembicaraan tentang plot ssebuah cereka yang terhasil daripada transformasi bentuk sama sekali tidak diterima oleh mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh V. Propp dalam kajiannya terhadap cerita-cerita rakyat Rusia. Selain itu, mereka juga percaya wujudnya binary opposition dalam karya sastera. Kecenderungan kepada teks yang melampau telah mendorong Roland Barthes mengeluarkan pandangan bahawa setelah sesebuah karya terhasil, pengarangnya mati.

D. Sejarah dan Tokoh-tokoh Struktural Pendekatan struktural ini bertapak di Praha, Slavia pada tahun 1930-an. Pendukung-pendukungnya ialah Mukarovsky dan Vodicka. Setelah itu

diperkembangkan ke Rusia oleh Jurij Lotman, ke Perancis oleh Claude Levi Strauss dan Roland Barthes, kemudian diikuti oleh Todoroy, Greimas, Bremond dan Genette ke Eropah oleh I.A Richards dan T.S. Eliot serta ke Amerika Syarikat oleh Robert Penn Warren, Alan Tate, Cleanth Brooks, W.K. Wimsatt dan John Crowe Ransom. Pendekatan strukturalisme telah memasuki dunia kritikan melalui buku yang berjudul Theory of Literature yang dihasilkan oleh Rene Wellek dan Austin Warren. Perubahan dan peralihan pandangan kepada teori bahasa dan makna yang dipelopori oleh Plato dan Aristotle, terutamanya sistem tanda atau kod menyebabkan pendekatan ini berkembang menjadi semiotik.

E. Prinsip-prinsip Struktural Dalam strukturalisme juga terdapat prinsip-prinsip tertentu iaitu:

kaitan Keseluruhan Transformasi regulasi Diri Analisis Sinkronik

Prinsip-prinsip Struktural

Desentralisasi Perkara

Prinsip-prinsip Kaitan

Huraian Pendekatan ini melihat karya sastera sebagai suatu gagasan yang saling berkait antara satu sama lain.

Keseluruhan

Strukruralisme memberi penekankan kepada keseluruhan unsur kerana sastera dianggap sebagai suatu sistem atau struktur iaitu suatu keseluruhan yang memiliki konvensi dan tradisi sendiri.

Transformasi

Ahli-ahli strukturalisme tidak percaya kepada hukum sebabakibat, sebaliknya mereka hanya percaya kepada hukum perubahan bentuk.

Regulasi Diri

Teks mementingkan aturan-aturan kesusasteraan, corak serta peralatan yang menyebabkannya terbentuk dan keseluruhan sistem terlaksana (teks ialah hasil sesuatu struktur yang menjadi pelengkap kepada struktur itu sendiri ).

Analisis Sinkronik

Pendekatan ini memberi perhatian kepada permasalahan tentang cara perkataan-perkataan di dalam teks

berhubungan antara satu sama lain dan bagaimana teks dapat difahami melalui aturan-aturan kesusasteraan. Berkait rapat dengan langue dan parole. Dalam analisis linguistik, langue ialah sistem bahasa atau linguistik yang abstrak, manakala parole ialah pertuturan sebenar yang dilaksanakan oleh seseorang penutur. Kedua-duanya menjadi la langue yang membentuk

keseluruhan bagi memungkinkan teks ditulis dan dibaca.

Desentralisasi Perkara

Unsur-unsur sejarah, pengarang dan pembaca diketepikan kerana berfokuskan kepada unsur-unsur dalaman teks. Tanpa mengatasi manusia dan tujuan pengarang.

Pengarang dikatakan terpaksa tunduk kepada konvensi sastera yang mengongkong kebebasan. Kreativiti pengarang hanya berlaku apabila beliau

mematuhi kesuluruhan sistem sastera ini.

3.1.1.3.

Teori Transformasi Generatif

Dalam tahun 1950-an, timbul satu lagi aliran baru selepas aliran struktural iaitu aliran Transformasi Generatif (TG). Noam Chomsky merupakan pelopor aliran ini dengan bukunya yang berjudul Syntactic Structure (1957) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965). Tujuan TG adalah untuk menganalisis rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif bagi sesuatu bahasa.

Orang-orang yang tidak mengetahui bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan dengan menggunakan rumus-rumus yang telah disediakan menerusi teori TG. Rumus-rumus TG yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus struktur frasa dan rumus-rumus transformasi. Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.

Penutur asli mempunyai kecekapan dalam berbahasa iaitu competence. Kecekapan ini merupakan satu set implisit iaitu dinyatakaan secara tidak langsung atau tidak secara terang-terangan. Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama dahulu dan pengetahuan bahasa adalah fenomena mental. Penutur asli mempunyai struktur dalaman yang membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai ketaksaan.

Terdapat dua struktur ayat dalam teori ini iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus-rumus transformasi mempunyai kuasa dalam enambahan unsure kata, dan mengubah atau menyusun semula serta pengguguran unsur kata. Tambahan, pendekatan huraian adalah bersifat deduktif dan kaji diri. Teori ini juga menunjukkan kajian berbentuk hipotesis tentang cara bahasa bertugas. Dalam teori ini juga telah memperlihatkan bahasa bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan simbol untuk menganalisis nahu.

A. Pengasas : Avram Noah Chomsky

Avram Noah Chomsky (1928) merupakan seorang ahli linguistik, pendidik dan aktivis politik dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania dan beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang tersohor, di universiti tersebut.

Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky telah pun menjadi junior fellow di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001). Satu bidang linguistik baharu telah dicipta dan diperkenalkan oleh Chomsky yang diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun 1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory of Syntax (1965).

B. Ciri-ciri Tatabahasa Transformasi Generatif

Sistem tatabahasa transformasi ini telah diasaskan oleh Chomsky dan merupakan lanjutan daripada kajian yang telah dibangunkan oleh Harris. Namun begitu, sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky mempunyai perbezaab pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris. Sistem tatabahasa transformasi yang diperkenalkan oleh Chomsky ini telah menarik perhatian ramai pihak dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif.

Chomsky telah menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal dalam mengkaji semua bahasa manusia. Menurut beliau semua bahasa yang digunakan oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama. Dalam teori yang diperkenalkan oleh Chomsky ini telah menyatakan bahawa ayat-ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad bilangannya.

Walaupun

tidak

terhad,

ayat-ayat

ini

terbina

atas

peraturan-peraturan

pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat daripada strukturstruktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses transformasi, dan ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat. Kedua-dua subjek dan predikat ini tidak diwarnai oleh sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya.

Untuk menentukan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak dalam tatabahasa gramatis, ianya boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur tersebut mempunyai sifat yang amat dasar, dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang lebih kompleks.

Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penutur mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain. Dengan kata lain, ayat-ayat yang berparafrasa juga dapat dikenalpasti. Oleh itu, dalam tatabahasa transformasi, ayat dilihat sebagai mempunyai dua peringkat yang mana peringkat pertama ialah struktur dalaman iaitu struktur yang mengandungi bentuk dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat. Dengan kata lain, ianya tekah membentuk semantik ayat.

Peringkat kedua yang mana peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat biasanya mengalami perubahan daripada struktur dalamanya. Ianya merupakan satu bentuk ayat yang diucapkan oleh penutur, dan diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi.

Bagi pendapat Chomsky, manusia boleh memperoleh bahasa dari dua komponen iaitu komponen competence dan performance. Competence adalah keupayaan manusia untuk menguasai sejumlah peraturan yang terkandung di dalam kepala penutur sejak lahir lagi. Manakala performance pula merupakan perwujudan bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan.

Konsep competence yang dikemukakan oleh Chomsky ini telah memberikan penekanan kepada penutur sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi Competence to mean knowledge about cognitive and performative bermakna sejak lahir lagi manusia telah disediakan dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya (Ishak Ramly 1996).

Dalam Syntactic Structures (1957), terdapat tiga komponen pembentukkan ayat iaitu terdiri daripada komponen struktur frasa, komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Setiap komponen ini mempunyai satu set peraturan yang beroperasi terhadap beberapa input untuk menghasilkan beberapa output. Gambaran mengen ai struktur frasa boleh dikaitkan dengan organisasi dalam sistem yang lebih besar.

C. Rajah Ciri-ciri Teori Transformasi-Generatif Berikut merupakan ciri-ciri teori ini yang mana ia berkaitan antara satu sama lain.

Menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus

Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental.

Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan

Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.

Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.

3.1.1.4.

Teori Fungsional

Teori fungsional telah berkembang antara tanhun 1960-an hingga 1970-an. Ahliahli bahasa fungsional iaitu Halliday dan Wilkins, telah mengkaji bahasa dari segi struktur di samping memberi perhatian terhadap fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Kajian bahasa yang telah mereka jalankan tidak hanya memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk bahasa, bahkan perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Bagi tanggapan Halliday, bahasa merupakan alat perhubungan. Maka teori ini wujud dalam pelbagai variasi bahasa dalam penggunaan bahasa. Bahasa mempunyai fungsi sosial yang mana fungsi ini memainkan peranan penting dalam pembentukan sistem bajasa. Ini kerana teori ini mementingkan aspek semantik. Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Penggunaan bahasa dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Teori ini turut memberi fokus kepada fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Antara aspek yang diberi penekanan adalah perubahan yang berlaku pada bentuk bahasa ketika seseorang sedag berbicara atau berkomunikasi. Terdapat tiga fungsi utama dalam berbahasa ialah fungsi ideasional, interpersonal, dan tekstual. Fungsi ideasional menyatakan pengucapan serta hasrat dan fikiran. Manakala, fungsi interpersonal menggambarkan gambaran operasi bahasa sebagai alat interaksi dan fungsi tekstual menggambarkan cara bentuk-bentuk ayat untuk menyampaikan mesej.

Teori ini sangat mementingkan aspek semantik dan kajian bahasa yang dijalankan tidak mengkaji semata-mata struktur tetapi turut mengambil peduli akan fungsinya sebagai alat komunikasi. Ahli-ahli bahasa fungsional mempunyai anggapan tertentu tentang bahasa, antaranya ialah sistem bahasa yang digunakan oleh masyarakat untuk berkomunikasi bukan merupakan satu sistem yang tertutup dan statik sebaliknya terbuka dan dinamis.

Seterusnya, asas elemen-elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukannya hubungan sintaksis. Oleh sebab bahasa tidak statik, maka terdapat variasi dalam penggunaan bahasa. Kemudian, variasi bahasa ini timbul disebabkan tuntutan sesuatu situasi sosial.Sebagai alat perhubungan, fungsi bahasa bukan setakat untuk menggambarkan fikiran tetapi juga dapat menggambarkan penuturnya.

Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan ianya telah dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan. Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi. Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa.

Ketika itu muncul bidang linguistik dan psikolinguistik lingusitik yang bermaksud ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa.

Psikolinguistik pula merupakan kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa manusia, jenisjenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur.

Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada empat iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif serta fungsional. Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut.

A. CIRI-CIRI SERTA ANGGAPAN TERTENTU TENTANG BAHASA DAN FUNGSINYA OLEH AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL.

Stuktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.

Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi. CIRI-CIRI Pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Mementingkan semantik. Teori Fungsional model bahasa yang sesuai

Asas fungsi bahasa FUNGSI Bahasa dalam persepsi sosial

Fungsi semantik dan linguistik

Bagi memantapkan kefahaman tentang fungsi serta anggapan ahli-ahli bahasa fungsional, rajah 4 memfokuskan kepada huraiannya yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

FUNGSI model sesuai bahasa yang

ANGGAPAN AHLI-AHLI BAHASA FUNGSIONAL dapat memberikan interpretasi fungsional kepada

perkembangan bahasa awal kanak-kanak.

asas fungsi bahasa

fungsi

perkembangan

bahasa

kanak-kanak

dalam

menguasai aspek pengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi.

bahasa dalam persepsi sosial

penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang berlaku.

fungsi

semantik

dan

pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka merangkumi bidang tatabahasa iatu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa dalam kehidupan seharian dan dalam pelbagai situasi sosial.

linguistik

3.1.2. Tokoh Tatabahasa Melayu

3.1.2.1.

Pengenalan

Sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Perkembanganperkembangan tatabahasa daripada Barat mempengaruhi perkembangan tatabahasa Melayu. Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu.

Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Antara beberapa penulis Belanda yang telah membuat huraian tatabahasa Melayu ialah F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts 91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736).

Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O. Winstedt (1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.

Terdapat juga catatan sejarah mengatakan bahawa terdapat buku tatabahasa Melayu yang pertama telah ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-mutaallimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Dianggarkan bahawa buku tersebut telah disusun sekitar tahun 1857. Buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan terbit dalam tahun 1812.

Walau bagaimanapun, rentetan daripada perkembangan tatabahasa daripada barat, wujudnya beberapa tokoh-tokoh tatabahasa Melayu yang memperjuangkan bahasa di tanah air. Hasil kajian bahasa yang dijalankan dan diasaskan oleh mereka serba sedikit dipengaruhi aliran-aliran daripada barat.

3.1.2.2.

Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973)

Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) merupakan tokoh tatabahasa aliran Tradisional. Beliau telah dilahirkan di Seremban. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953). Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru. Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura. Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942. Penyusunan buku tatabahasa telah diusahakan oleh Zaba dalam tahun 1930 am sehinggalah tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satu-satunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Kemudian sambungan buku pertama iaitu Penggal 2 dan Penggal 3 telah diterbitkan selepas penerbitan buku yang pertama. Tatabahasa yang telah disusun oleh Zaba adalah berdasarkan kerangka nahu tradisional. Ini kerana bahasa Inggeris pada masa itu mempunyai pengaruh yang cukup

kuat dalam memancarkan nahu tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan datangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian, tidak hairanlah bahawa Zaba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu bahasa Arab. Zaba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962). Antara sumbangan penerbitan buku-buku yang telah diterbitkan oleh Zaba dan dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya adalah seperti berikut :

Tajuk Buku a. Ilmu Mengarang Melayu (1934)

Huraian

Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah.

Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.

b. Pelita

Bahasa

Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi.

Melayu I (1940)

c. Pelita

Bahasa

Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah.

Melayu II (1940)

d. Pelita

Bahasa

Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi.

Melayu III (1940)

e. Daftar

Ejaan

Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan Kamus Bahasa Melayu tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.

Melayu (1941)

Pelita Bahasa Penggal 1 merupakan tatabahasa yang menekankan aspek fonetik & fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggal 2 dan 3 pula lebih menjurus kepada aspek penulisan iaitu mengarang karangan. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana acuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Hal ini dinyatakan oleh Zaba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960.

A. Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif

Kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (dalam erti kata lain bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Kesan daripada keadaan tersebut, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap. Sebagai contoh dalam tatabahasa Melayu, kata nama telah didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan.(Zaba, 1954). Hurai sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undangundang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan beberapa contoh. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciriciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

B. Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional Kita sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dan keadaan dalam mempelajari bahasa Melayu. Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Za ba (1965) telah menghasilkan buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu, dan

secara terang-terangan hasil tersebut adalah didasari kepada kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Zaba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin kerana Zaba menerima adanya kata-kata jenis nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan, Zaba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu I, Zaba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Zaba.

3.1.2.3.

Nik Safiah Karim dan et. al.

A. Tatabahasa Transformasi-Generatif oleh Nik Safiah Karim

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Isi Bahagian - Sejarah dan Variasi Bahasa Bab 1 - Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Bab 2 - Variasi Bahasa Melayu Bahagian - Morfologi Bab 3 - Morfologi:Satu Pengenalan Bab 4 - Pembentukan Kata Bab 5 - Golongan Kata Bab 6 - Kata Nama Bab 7 - Kata Kerja Bab 8 - Kata Adjektif Bab 9 - Kata Tugas Bahagian - Sintaksis Bab 11 - Sintaksis: Satu Pengenalan Bab 12 - Frasa Nama Bab 13 - Frasa Kerja Bab 14 - Frasa Adjektif Bab 15 - Frasa Sendi Nama Bab 16 - Ayat Bab 17 - Ayat Tunggal Bab 18 - Ayat Majmuk Bab 19 - Proses Penerbitan Ayat

Bab

10

Pembentukan

Perkataan

Baharu

Tatabahasa TG telah menjadi sumber rujukan penting terhadap kemudahan dalam pendidikan di Malaysia, terutamanya merangkumi sekolah redah sehinggga ke institusi pengajian tinggi. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran Transformasi Generatif, yang mana terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika pada tahun 1975. Farid M. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976. Berdasarkan aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika, bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. Sebagai contoh kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja. Nahu ini juga dikatakan bersifat preskriptif terhadap struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Antara lain

ialah penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu ini melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis Aliran ini mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Perkembangan pesat aliran TG di negara Barat dan di Malaysia bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Jika diteliti dan diamati dengan lebih teliti, penggolongan kata yang dibuat oleh setiap tokohtokoh ini hampir sama dan tidak banyak perbezaan yang dibawa oleh mereka kecuali atas dasar pemerian masing-masing. Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. Tumpuan utama aliran TG adalah terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat dan peringkat-peringkat tersebut terdiri daripada struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman mertupakan struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti. Bentuk ayat dasar dan ayat inti ini diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Manakala struktur permukaan pula adalah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Struktur ini juga merupakan bentuk ayat yang sebenar yang diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Nik Safiah Karim (1993) telah mengatakan bahawa teori TG mengandaikan mempunyai dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Struktur bagi kedua peringkat-peringkat ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa yang mana ianya terdiri daripada Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi. RSF akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Bentuk-bentuk tersebut akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak sama. Penghasilan ayat daripada

struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Chomsky (1965) telah mengatakan bahawa nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan pengajaran sesuatu bahasa itu oleh penutur bahasa kedua dalam membantu mereka membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. Aliran ini juga telah mengatakan bahawa nahu tatabahasa ini dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

3.1.2.4.

Asmah Haji Omar (Aliran Struktural)

Dato 'Profesor Dr Hjh. Asmah Hj. Omar dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 di dalam keluarga yang mempunyai tradisi tahap pendidikan yang tinggi. Pendidikan awal dan menengah beliau bermula di Kedah. Beliau meneruskan pengajian tinggi beliau di Universiti Indonesia, di mana beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda serta Ijazah Sarjana. Selepas itu, beliau memperolehi Doktor Falsafah dari University of London dalam bidang 'Linguistik Am. Pada tahun 2000, Dato 'Prof Dr Hjh. Asmah telah dianugerahkan Doktor Kesusasteraan (D.Litt) oleh Universiti Malaya untuk sumbangan besar beliau dalam bidang linguistik di Malaysia.

A. Sumbangan Asmah Hj. Omar Dato 'Prof Dr Hjh. Asmah telah menghasilkan 45 buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan linguistik, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau mempunyai Terjemahan kamus bahasa Inggeris, 'Oxford Advanced Kamus Pelajar' ke dalam bahasa Melayu, yang mengambil masa lima tahun.

Beliau juga merupakan penyumbang artikel akademik kedua-dua tempatan dan juga bagi masyarakat antarabangsa, dan secara konsisten telah mengemukakan pendapat dan tafsiran yang berkaitan dengan masalah seperti yang berkaitan dengan Linguistik beliau.

Selain daripada itu, beliau juga menjalankan penyelidikan sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan pihak lain dan kerja-kerja termasuk "University of Malay English for Special Purpose Project" (Universiti Malaya dan Thomas Nelson Inc), 'CICHE ELT 308 Penulisan Akademik dan Projek Pakej pengajaran' , ' Universiti Malaya Spoken English Project (UMSEP 'dari tahun 1980 hingga tahun 1983, dan' Model

Budaya dingin Konflik dan Penyelesaian Konflik, Malaysia-Sweden (Universiti Goteborg) dari tahun 1989 hingga 1994.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, beliau telah dianugerahkan beberapa penghormatan dan anugerah dan mereka termasuk Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1973, Setia DiRaja Kedah (SDK) pada tahun 1979, Dato Setia DiRaja Kedah (DSDK) pada tahun 1983, Anugerah ASANAL pada tahun 1979, 'yang orde Des Palmas Academique Perancis' pada tahun 1989, grata HOME NAGEM dari Institut Portugis Adakah Oriente, Macau pada tahun 1990.

Beliau juga turut menerima anugerah 'Boss of the Year' untuk sesi 1992/1993 daripada Persatuan Setiausaha, Malaysia, yang Piagam Penghargaan 'dari MABBIM Indonesia pada tahun 1993, Sijil Penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1995 untuk mempromosikan MABIM dan MABBIM, yang pertama Raja Nazrin Shah Anugerah Bahasa pada tahun 1996 daripada masyarakat Bahasa Moden,' Wanita daripada 'Anugerah pada tahun 1999 dari Amerika riwayat Institut dan Perak '20th Pingat CAA of Honor' 1998 Anugerah Tahun pada tahun 1999 dari Pusat riwayat Antarabangsa.

B. Teori Tatabahasa Aliran Struktural Asmah Haji Omar Antara buku yang telah diterbitkan oleh beliau ialah An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008).

1. Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Daftar Isi : o Pendekatan o Morfem dan Penambah o Kata o Kata Nama o Pembentukan Kata Nama Berlapis o Pembentukan Kata Nama Berlapis o Kata Ganti Nama o Kata Bilangan o Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal o Kata Kerja Bantu o Pembentukan Kata Kerja Berlapis o Kata Sifat o Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan o Pembentukan Kata Sifat Berlapis o Kata Nafi o Kata Supraayat: pun, juga, jua, pula, sahaja o Kata Adverba o Partikel dan Penghubung o Kata Majmuk o Penggandaan o Frasa o Frasa Nama o Frasa Bilangan o Frasa Kerja o Frasa Sifat o Frasa Preposisi o Frasa Adverba o Klausa o Ayat o Ayat dan Sistem o Ayat dan Modus. dengan

Penambah Pinjaman

Penambah Pinjaman

Asmah Omar telah menghasilkan nahu dilihat berunsurkan aliran struktural. Keadaan ini jelas memperlihatkan beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969.

Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Kajian bahasa Melayu telah dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu oleh Asmah lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara mendalam dan terperinci dalam aspek morfologi dan sintaksis.

C. Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural

Pengkajian Tatabahasa Struktural adalah berfokus kepada aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas bagi tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini:

Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural memberi penekanan kepada struktur tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis pula, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Dalam hal ini, ayat telah dipecahkan kepada bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada

konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957). Secara khususnya. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah:

Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira.

Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa.

Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik. Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul.

Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

3.1.3. Penjelasan Tentang Peranan Tulisan Jawi dalam Peradaban Melayu.

Tulisan Jawi merupakan lambang jati diri, citra dan keunggulan bangsa Melayu. Sejak awal kelahiran tulisan ini lagu, terlalu banyak peranan dan jasa agung yang telah dimainkan oleh tulisan jawi ini. Tulisan jawi telah menjadi medium dalam penyampaian maklumat dan pendapat paling utama sejak puluhan tahun. Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah apabila tulisan ini telah diketepikan peranan dan kehehebatannya oleh orang Melayu sendiri. Bangsa Melayu itu sendiri seolah-olah telah lupa akan jasa dan amanah yang telah dilaksanakan oleh tulisan Jawi di rantau ini dengan jayanya. Hal ini dapat diperjelaskan apabila adanya kehadiran kitab-kitab muktabar seperti Sayr as-Salikin, Sabil al-Muhtadin, Tajul Muluk, Matla al-Badrain wa Majma alBahrain dan lain-lain serta kemunculan ulama lagenda seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Samad al-Palembangi dan ramai lagi telah berjaya mendaulatkan tulisan jawi semaksimanya sepanjang perjuangan intelektual mereka. Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman yang merupakan pensyarah Jabatan Pengajian Umum, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah mengatakan bahawa Bahasa Melayu berteraskan tulisan jawi akan pupus dan dilupakan oleh orang Melayu sendiri jika ia tidak digunakan dalam menyampaikan pelbagai disiplin ilmu termasuk Sains dan Sejarah. Penyampaian ilmu dalam penulisan jawi bukan sahaja akan terus

menghidupkannya di kalangan orang Melayu malah mengukuhkan tulisan itu sendiri, malah sesuatu tulisan itu juga akan segar diingatan dan berkembang serta mantap jika ia terus digunakan serta dikuasai oleh masyarakat. Sejarah telah menunjukkan cabangcabang ilmu termasuk Sains, Sejarah dan Geografi memainkan peranan penting dalam menyokong, mengukuh dan mengembangkan sesuatu bahasa. Kejayaan para ulama dan ahli-ahli Islam terdahulu yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa seharusnya dijadikan iktibar oleh masyarakat masa kini. Usaha menghidupkan bahasa Melayu berteraskan jawi perlu dilaksanakan kerana

ia juga mempunyai kaitan dengan bahasa ibunda umat Islam iatu bahasa Al-Quran (Arab). Sekiranya perkara ini tidak dilaksanakan, ia akan menjadi seperti bahasa Sumeria berteraskan tulisan cuneiform, tulisan heiroglyph (Mesir Kuno), Syriac, Akkadian dan Latin yang suatu masa dahulu menjadi bahasa ilmu sains dan ilmu tetapi kini telah hilang gahnya. Orang Melayu juga telah melupakan Bahasa Melayu Kuno yang ditulis dengan menggunakan huruf tulisan Pali apabila kedatangan Islam ke Tanah Melayu, yang kemudiannya telah mewujudkan bahasa Melayu berteraskan bahasa Arab tetapi bercirikan masyarakat setempat. Semua pihak perlu memainkan usaha yang berterusan dalam menghidupkan tulisan Jawi ketika ini ia lumpuh, lesu, tiada penyokong dan pengukuhan dalam membincang dan berbicara perihal ilmiah. Ini berlaku kerana masyarakat ketika ini lebih memberikan tumpuan terhadap bahasabahasa Barat. Sekiranya tiada usaha dalam memartabatkan tulisan jawi hasil daripada penyebaran agama islam yang berlaku di Nusantara suatu ketka dulu, lama-kelamaan tulisan ini pasti akan lenyap ditelan arus zaman. Menurut Azizi Haji Abdullah (2006), telah menyatakan bahawa perspektif sejarah tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab dan orang Melayu meminjamnya untuk ganti tulisan Hindu yang sekian lama digunakan di awal kemasukan Islam. Bukti kemasukan ini ialah pada batu nisan maqam Shaikh Abdul Qadir ibnu Husin Syah Alam, di Langgar, Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 290 Hijrah bersamaan 910 Masihi. Tiga ratus tahun kemudian, timbul pula tanda awal bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi pada baru bersurat di Terengganu, dengan tarikh Pada hari Jumaat 4 Rejab 702 Hijrah, bersamaan 22 Februari 1303 dan diikuti dengan penemuan-penemuan lain selepas itu. Kemudian bahasa ini terus tersebar luas, digunakan di daerah-daerah bahasa Melayu dan daerah bukan bahasa Melayu, termasuk ke Pulau Jawa. Terdapat banyak buku yang telah menggunakan tulisan jawi dalam

pembentukkan penulisan-penulisan ilmiah. Antaranya dapat dibuktikan melalui perjumpaan batu bersurat yang tertua di Terengganu pada tahun 702 Hijrah,

sehingggalah tercipta undang-undang Islam dalam tulisan jawi, manakala alat tulisan tradisional ini terdiri dari berbagai bahan seperti kulit kambing, kertas, buluh, kepingan pinggan, telut, logam dan lain-lain. Pendeta Zaab telah menjadi ikon sulung dalam memberikan nafas dan nyawa baru terhadap tulisan jawi kepada masyarakat Melayu. Beliau telah berhempas pulas dalam mengumpulkan perkataan Melayu sejak tahun 1918 dengan tujuan untuk menghasilkan kamus bahasa Melayu. Pada tahu 1931, Pendeta Zaba telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Rahsia Tulisan Jawi untuk warisan umat Melayu dan ternyata almarhum Za`ba merupakan pendita yang telah meniup nafas tulisan jawi dari semasa ke semasa. Akhirnya sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi dapat disusun hasil dari perbincangan dengan beberapa rakan-rakannya. Menurut Muhammad Bukhari Lubis (2006) pula, tulisan jawi bermula sejak abad ketujuh Masihi lagi. Pada zaman dahulu, tulisan jawi digunakan pada prasasti atau batu bersurat misalnya Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M; batu hidup seperti yang ditemui di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan; batu nisan misalnya di pemakaman raja-raja Aceh di Banda Aceh; mata wang khasnya wang emas dan perak, terukir di situ misalnya nama Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah; surat kiriman diraja antara Raja Melayu dengan raja bukan Melayu, seperti raja Portugal dan raja Inggeris, juga dengan wakil raja atau pembesar asing yang ada atau datang ke negeri Melayu; kitab dan buku seperti `Aqa'id oleh al-Nasafi yang bertarikh 998 H/1590M; surat perjanjian antara raja dengan negara di Alam Melayu; dan catatan pemilikan dan perdagangan, terutamanya di pelabuhan dan kapal perdagangan. Kitab-kitab lama dahulu kala telah ditulis dalam bentuk manuskrip. Penggunaan tulisa-tulisan jawi dalam manuskrip-manuskrip pada abad ke-17, pengkaji Barat, seperti van Rongkel, van Elbinck, Robinson, Gerth v. Wijk, Werndly, van der Wall, Cohen Stuart, de Hollander, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert, dan Wilkinson telah menyatakan rasa kagumnya terhadap keseragaman ejaan jawi dalam manuskrip yang berkenaan. Penggunaan tulisan ini telah diluaskan lagi pada dua abad terakhir ini. Bahan bacaan, seperti surat khabar misalnya al-Imam yang terbit di Singapura pada 1906 dan

majalah seperti Bustanul Arifin yang telah diterbitkan di Melaka pada 1236H/1821M terus menggunakan tulisan jawi. Begitu juga piagam dan teks pemasyhuran, antaranya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Menurut Dr. Rais Yatim (2006) berkenaan dengan keadaan ini telah mengatakan bahawa tulisan atau skrip jawi telah sekian lama berperanan sebagai skrip pentadbiran, keagamaan dan budaya semenjak zaman berzaman, terutamanya semenjak Kerajaan Melaka wujud pada awal abad ke lima belas. Peranan tulisan ini kemudiannya telah berkembang maju melalui sejarah tanah air dan Kepulauan Melayu (Nusantara) dan berperanan penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihakpihak berkuasa seperti Portugis, Belanda dan Inggeris juga telah ditulis dalam skrip jawi. Perjanjian-perjanjian seperti antara pihak di-Raja Johor dengan Sir Stamford Raffles, Perjanjian Pangkor 1874, Pemasyuran Merdeka 1957 merupakan antara perjanjian yang ditulis dalam skrip jawi. Akhbar dan majalah seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mastika dan lain-lain amat popular dan beroleh tempat yang istimewa di kalangan orang Melayu. Tulisan jawi pernah melalui zaman gemilang dalam pelbagai kemajuan bersifat sastera, pentadbiran dan perjuangan silam. Penulisan jawi juga telah digunakan dalam pergerakan persuratkhabaran dalam perjuangan awal politik tempatan di Semenanjung Tanah Melayu. Dalam

perkembangan ini, akhbar Melayu Peranakan (1907) dan Utusan Melayu yang diterbitkan pada 1939 menyalur gerakan nasionalisme Melayu sehingga menyumbang kepada tenaga sekutu dan perjuangan memerdekakan tanah air pada 31 Ogos 1957 setelah melalui pelbagai tahap dan proses kesukaran. Pada ketika ini, hasil penulisan Melayu telah menjadi saluran intelek dan politik utama kepada masyarakat Islam dan orang Melayu. Sebelum tahun 1960, boleh dikatakan hasil-hasil penulisan ini telah dihayati dalam penulisan atau pertutusan dalam tulisan jawi. Apatah lagi, pengajaran mata pelajaran Islam termasuk pendidikan membaca al-Quran rata-rata diajar melalui tulisan jawi. Keadaan ini jelas

memperlihatkan bahawa jalinan tulisan jawi dengan peradaban silam tidak dapat

disangkal lagi. Manakala bagi skrip rumi pula kurang memperoleh pilihan dan penggunaan yang lebih menyeluruh dalam sistem pembelajaran jawi lama kelamaan terpinggir dan lantas menjadi mata pelajaran sampingan. Pada tahun 1980, penggunaan tulisan jawi mulai menurun baik di sekolah mahupun di sekitar kehidupan lain. Perutusan-perutusan rasmi di-Raja dalam skrip jawi juga terhenti pada tahun 1979. Dalam pada itu, harian Utusan Melayu dan Utusan Zaman secara mingguan mula mengalami penurunan dalam permintaan dan pengedarannya. Kemudian pada 1 Januari 2003 harian Utusan Melayu pula diberhentikan lantaran kemunduran dalam pengedaran dan pembelian. Keadaan ini juga turut dijadikan penerbitan mingguan Utusan Zaman diberhentikan atas alasan yang sama pada 31 Disember 2002. Selepas itu Utusan Melayu diterbitkan sekali seminggu. Majalah-majalah seperti Mastika, Qiblat dan lain-lain dalam tulisan jawi turut dirundung nasib negatif yang sama. Mastika hidup cerah kembali apabila edarannya melebihi 200,000 naskhah setiap keluaran setelah menyiarkan kisah-kisah hantu, polong, orang bunian dan lain-lain. Tulisan jawi merupakan antara tulisan terawal yang pernah ditemui di Nusantara dan ianya juga telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka, zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi telah menjadi tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu. Tulisan jawi telah memainkan peranan penting dalam masyarakat yang mana ianya berperanan sebagai perantara terpenting dalam semua urusan seperti

pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan pada zaman dahulu. Sebagai contoh, tulisan ini telah digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak diRaja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.

Kemunculan tulisan ini mempunyai kaitan dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tambahan lagi, tulisan jawi juga telah memainkan peranan dalam

menyatupadukan umat melayu sebelum merdeka lagi. Idea-idea yang dilonjakkan pada dada akhbar keramat yang mengaplikasikan tulisan ini telah menjadikan umat melayu kuat dan bersatu padu. Walaupun tulisan ini telah memainkan peranan penting dalam pembangunan umat Melayu, namun begitu menyedihkan apabila tulisan jawi ini telah diabaikan tanpa pembelaan sewajarnya. Tragedi yang berlaku kepada Utusan Melayu dan akhbar jawi lain menjadi sejarah hitam kepada dunia penulisan jawi negara. Keringat dan perjuangan wira penulisan negara terdahulu seolah-olah diketepikan begitu sahaja tanpa belas kasihan. Tulisan ini merupakan tulisan warisan negara kita sejak zaman kegemilangan kerajaan kesultanan Melaka lagi. Hatta pernah menjadi tulisan utama dan standard di alam Melayu sejak ratusan tahun. Tulisan jawi telah mewarnai sejarah perkembangan Islam dan menjadi tunjang kepada kekuatan korpus intelektual Nusantara. Ini diakui sendiri oleh sarjana tempatan dan orientalis Barat seperti yang dinyatakan sebelum ini. Tulisan jawi merupakan lambang dan simbol yang mewakili bahasa dan bangsa Melayu di seluruh kepulauan Melayu dan telah digunakan secara meluas dalam penulisan bangsa Melayu. Pada mulanya tulisan jawi telah digunakan dalam lingkungan istana yang melibatkan urusan pentadbiran, kesusasteraan dan keagamaan,

kemudiannya dipraktikkan di luar istana oleh segenap lapisan masyarakat dalam semua urusan meliputi politik, ekonomi dan sosial. Pada peringkat awal penjajahan Inggeris, tulisan jawi masih lagi digunakan terutamanya dalam urusan surat menyurat antara raja melayu dengan kerajaan Inggeris. Sebagai contoh di Pahang, semasa pemerintahan Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang pertama dari keturunan Bendahara telah berutus surat dengan kerajaan Inggeris dengan menggunakan tulisan jawi. Begitu juga Residen British pertama, J.P Rodger dalam suratnya kepada Sultan Ahmad telah menggunakan tulisan jawi.

Disebabkan tulisan jawi merupakan tulisan utama orang Melayu, maka orang-orang Eropah terpaksa mempelajarinya bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan masyarakat Melayu sekaligus memahami budaya Melayu. Tulisan jawi juga telah memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan keintelektualan iaitu dalam penyampaikan sumber ilmu, khususnya ilmu agama ke seluruh pelusuk dunia Melayu. Kitab-kitab agama sama ada dalam bentuk sejarah, hikayat, falsafah, syair semuanya telah menggunakan tulisan jawi dan menjadi satu-satunya bacaan dalam bahasa tempatan. Para ulama dari dunia Melayu muncul di Palembang, Riau, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Patani, Banjarmasin, Aceh dengan penulisan kitab-kitab dalam pelbagai bidang. Antaranya Kitab Taj al-Salatin oleh Bukhari al-Jauhari dan Kitab Bustan al Salatin tulisan Nuruddin al-Raniri. Penggunaan tulisan jawi yang telah sebati dalam kehidupan bangsa Melayu telah mewujudkan bukan sahaja dalam pendidikan dan pentadbiran tetapi juga dalam mempamerkan kesenian dan kebudayaan melayu. Tulisan jawi diukirkan sebagai perhiasan di rumah, sekolah begitu juga pada peralatan yang digunakan seharian. Tulisan jawi turut digunakan dalam menuliskan perkara-perkara yang penting seperti penulisan hukum kanun, al-Quran, surat-surat, watikah, batu-batu nesan, duit-duit syiling, timba tembaga dan juga barang perhiasan. Lantaran kedudukan tulisan jawi dengan bahasa dan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang amat rapat, maka hakikat perkembangan tulisan jawi pastinya tidak dapat dipisahkan dengan pencapaian tamadun Melayu. Tulisan jawi menjadi pusaka yang amat tinggi nilainya yang wajib dipelihara oleh setiap individu yang mewarisi bahasa dan bangsa Melayu. Namun, dewasa ini kedudukan kepentingan tulisan jawi telah diambil alih oleh tulisan rumi. Malah usaha mendaulatkan bahasa Melayu sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa diperjuangkan dengan menggunakan tulisan rumi. Tulisan jawi bagai dipinggirkan dan sekiranya ia tidak terus dipelihara maka tidak mustahil suatu hari nanti ia akan pupus. Sekaligus dikhuatiri juga bahasa Melayu juga akan mengalami nasib yang sama.Tulisan jawi sedang mengalami cabaran yang besar hari ini dan

agenda bertindak bagi mengatasi cabaran tersebut perlu dilakukan agar tulisan jawi akan terus mampu berkembang dan digunakan secara meluas dalam usaha memartabatkan bahasa dan bangsa Melayu.

3.2.

Khairil Hakimin 3.2.1. Zaba (Zainal Abidin Ahmad)

Za`ba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik barangkali ada yang tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang Melayu untuk menolak gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris. Daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini, nama Za`ba seakan-akan bersinonim dengan perkembangan bahasa Melayu pada zaman baharu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za`balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za`balah yang menandai awal babak

perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-

kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield. Analisis Za`ba yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah dalam bidang tatabahasa. Analisis beliau tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Za`ba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. Dalam membicarakan kata, Za`ba menggolongkan kata kepada lima golongan yang utama, iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Setiap golonga utama itu dipecah-pecahkan kepada subgolongan. Misalnya di bawah nama ada nama betul dan ganti nama. Di bawah kedua-duanya ada pula pecahan yang lebih kecil, iaitu nama am atau nama nika dan nama khas. Tentang perbuatan pula, dipecahkannya golongan itu kepada perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau, yang kini kita kenal sebagai kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Antara gagasan Za`ba yang menarik tentang perbuatan ialah adanya perbuatan yang dapat menduduki fungsi nama, iaitu yang disebutnya perbuatan nama dan nama perbuatan. Jelas bahawa hal yang kini dibincangkan oleh ahli linguistik moden sebagai bentuk nominal telah dibincangkan jauh lebih awal oleh Za`ba. Tentang sifat pula, Za`ba membahaginya kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Dalam keriuhan perancang bahasa dan pengguna bahasa mendapati tiadanya golongan kata adverba dalam buku Tatabahasa Dewan (sebelum edisi baharu 2009), maka sekali lagi tatabahasa yang disusun oleh Za`ba dirujuki untuk mengambil keputusan memasukkan golongan kata itu dalam edisi baharu buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu.

Tentang kata sendi pula, Za`balah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat, misalnya antara kata pada dengan kata di, ke dengan kepada, dari dengan daripada, dan yang lain. Hingga kini, ketetapan yang dibuat Za`ba itu menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum dalam penggunaan bahasa Melayu rasmi. Analisis Za`ba tentang ayat bahasa Melayu berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur. Penggolongan ayat sedemikian tidak jauh berbeda dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain, dan hal ini memenuhi salah satu ciri asas kesejagatan bahasa. Ayat selapis merujuk kepada konsep ayat tunggal, iaitu ayat ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat berlapis samalah dengan ayat gabungan, sementara ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun konsep ayat berkait Za`ba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan sahaja. Ayat bercampur samalah dengan ayat campuran, iaitu ayat yang terdiri daripada pelbagai binaan ayat. Jelaslah bahawa analisis ayat atau sintaksis yang terdapat dalam buku-buku tatabahasa kini masih tetap berasas pada analisis yang dibuat oleh Za`ba. Yang membedakannya hanya soal istilah dan kerangka pendekatannya sahaja. Sebagai contoh, sementara Za`ba menggunakan pendekatan tradisional, Tatabahasa Dewan, khususnya dalam aspek sintaksis, disusun berasaskan pendekatan transformasigeneratif. Jenis-jenis ayat yang terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan pun telah dianalisis oleh Za`ba. Demikian juga ragam ayat yang dikenal sebagai ayat aktif dan ayat pasif telah digarap oleh Za`ba dengan istilah ayat bangun membuat dan ayat bangun kena buat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa rumus-rumus ayat pasif bahasa Melayu rasmi yang dikemukakan oleh sarjanasarjana linguistik moden tidak ada perbedaannya sama sekali dengan yang telah dikemukakan oleh Za`ba lebih setengah abad yang silam. Selain berjasa besar dalam meletakkan asas sistem bahasa Melayu dalam bidang ejaan dan tatabahasa, Za`ba berjasa besar juga dalam mengetengahkan ilmu retorik. Karyanya Ilmu Mengarang Melayu yang mula terbit pada tahun 1934 telah

dicetak ulang sebanyak enam kali dalam edisi Jawi hingga tahun 1956 dan terbit pula dalam edisi Rumi (dengan pindaan dan pembaikan) pada tahun 1962. Buku tersebut memberikan pedoman yang cukup praktis dalam kerja karang-mengarang, baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. Prof. Dr. Hashim Awang dalam kertas kerjanya Retorika Melayu dari Tanggapan Za`ba untuk Kongres Bahasa Melayu Sedunia (21 25 Ogos 1995) mengangkat Za`ba sebagai tokoh dan pelopor retorik Melayu. Kata beliau, buku Ilmu Mengarang Melayu Zaba mendahului buku tokoh retorik Inggeris Cleanth Brooks dan Robert Penn Warren, iaitu Modern Rhetoric yang terbit enam tahun sesudah buku Za`ba itu.

Pembicaraan tentang pemikiran dan kesarjanaan Za`ba tidak mungkin terungkapkan dalam makalah sesederhana ini. Kajian yang mendalam lagi analitis dan kritis diperlukan untuk menghargai jasa dan sumbangan Za`ba dalam bidang bahasa dan persuratan. Usahlah kita sekadar mengagumi Ferdinand de Saussure, Leonard Bloomfield, Noam A. Chomsky, M. A. K. Halliday, John Lyons, dan yang lain dari dunia barat sehingga lupa akan kehebatan Za`ba dalam meletakkan asas perkembangan ilmu bahasa atau linguistik di Malaysia dan di Alam Melayu. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Za`ba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu. Demikian juga, usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Za`ba yang bersifat muzium tokoh seakan-akan muzium Hemingway di England itu akan dapat mengabadikan sumbangan Za`ba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini .

3.2.2. ASMAH HAJI OMAR

Prof. Emeritus Dato Dr. Asmah Omar

Kebesaran wilayah kekeluargaan dan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa tua serta mewakili bahasa daripada peradaban awal membuatkan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa penting dunia. Hal ini menyebabkan lahirnya ramai pengkaji bahasa Melayu sama ada dari luar mahupun dari dalam negara sendiri. Antara pengkaji penting bahasa Melayu ini ialah tokoh ulung bahasa Melayu iaitu Asmah Haji Omar atau gelaran penuhnya Profesor Emeritus Dato Dr. Asmah Haji Omar. Beliau merupakan pakar nahu bahasa Melayu dan tokoh penting dalam bidang perancangan bahasa Melayu. Beliau merupakan ahli akademik Universiti Malaya dari tahun 1963 sehingga persaraan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 2000. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik, dan kemudian Pengarah Pusat Bahasa di Universiti Malaya, Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Profesor serta Penyandang Kerusi Tamadun Melayu Zaba di uni versiti yang sama. Beliau juga merupakan Profesor Adjung di Universiti Utara Malaysia. Asmah Haji Omar dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra dari sebuah keluarga berpendidikan tinggi. Salah seorang saudara beliau ialah Datuk Affifuddin Omar mantan menteri kabinet Malaysia, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Asmah

Haji Omar mendapat pendidikan awal dan menengahnya di Kedah. Beliau melanjutkan pengajian di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau menyambung pengajiannya sehingga mendapat Ijazah Kedoktoran daripada University of London dalam bidang General Linguistic pada tahun 1969. Atas jasa beliau yang sangat besar dalam perkembangan bahasa Melayu, khususnya bidang kesarjanaan ilmu lingusitik di Malaysia beliau dianugerahkan gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dalam Linguistik Melayu dari Universiti Malaya pada tahun 1998. Pada tahun 2000 beliau menerima gelaran Profesor Emeritus daripada Universiti Malaya. Beliau turut dianugerahi Doktor Persuratan Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006. Selain kerjayanya sebagai ahli akademik, beliau juga terkenal sebagai penulis yang prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu yang melibatkan kepakaran sosiolinguistik, etnolinguistik dan linguistik sejarah dunia Melayu. Penyelidikan beliau bukan sahaja terhad kepada bahasa Melayu di

Semenanjung Malaysia malah turut membuat banyak penyelidikan tentang bahasabahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Antara buku kajiannya tentang hal ini ialah The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description, merupakan tesis kedoktoran beliau yang diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981. Sebuah lagi kajian beliau tentang bahasa orang asli ialah The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Dalam bidang bahasa Melayu beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku. Pencapaian yang luar biasa ini menempatkan nama Asmah Hj. Omar sebagai pendeta bahasa yang menjadi rujukan ahli-ahli bahasa serta golongan akademik. Antara karya besar beliau ialah Essays on Malaysian Linguistics (DBP 1975),

Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu (DBP 1977), An Introduction to Malay Grammar [Asmah Haji Omar, Rama Subiah (DBP 1985)], Bahasa dan alam pemikiran Melayu (DBP 1986), Bahasa Melayu abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu `Aqaid al-Nasafi (DBP 1991), Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik

Menjadi Pulau (DBP 2006), Susur Galur Bahasa Melayu (DBP 2007), dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP 2008). Asmah Haji Omar memperlihatkan keluasan dan kekayaan ilmu beliau. Walaupun bukan ahli linguistik sejarahwi, beliau memberikan fakta yang lengkap tentang perkembangan sejarah bahasa Melayu. Dalam pada itu beliau juga turut memberikan sumbangan besar dalam pengajian bahasa Melayu dalam manuskrip lama atau karya agung bangsa Melayu. Antaranya beliau sering merujuk kepada Sejarah Melayu dan beberapa karya agung Melayu. Salah satu karya agung Melayu yang dikaji beliau ialah Aqaid al-Nasafi. Teks ini menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas ialah teks Melayu tertua dalam bentuk manuskrip; sehingga kini belum ditemukan teks-teks Melayu yang bertarikh lebih awal dari tarikh manuskrip ini. Asmah Haji Omar telah mengkaji teks ini dalam bukunya Bahasa Melayu abad ke 16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu `Aqaid al-Nasafi (DBP 1991). Dalam kajian ini Asmah Haji Omar mengemukakan gambaran tulisan jawi abad ke-16 yang mencirikan keutuhan bahasa Melayu yang wujud sebagai bahasa yang maju. Dalam teks ini telah wujud huruf yang memberikan bunyi nya, ga, pa, nga, ca yang digunakan bagi bunyi dalam bahasa Melayu yang tidak ada dalam bahasa Arab. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu telah wujud sebagai bahasa dominan dan maju sejak abad ke-16 lagi. Malah ciri-ciri penggunaan imbuhan dalam teks ini juga memperlihatkan penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu sekarang. Hal ini menegaskan lagi tentang keutuhan dan ketekalan bahasa Melayu yang telah berlangsung sejak abad ke-16 lagi. Malahan kemungkinan hal ini berlaku lebih awal lagi.

3.2.3. PROF DR AWANG SARIYAN Awang Sariyan, atau nama penuhnya Prof. Dr. Awang bin Sariyan merupakan salah seorang ahli bahasa yang banyak memberikan sumbangan kepada

perkembangan bahasa Melayu melalui bidang pendidikan, penyelidikan, penulisan dan kegiatan-kegiatan kebahasaan. Namanya tidak asing lagi dalam kalangan ahli bahasa dan peminat bahasa di tanah air dan juga di luar negara. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1953 di Kampung Parit Bilal, Rambah, Pontian, Johor dan kemudian mengikut keluarganya pindah ke Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, tidak jauh dari kampung asalnya. Kedudukannya di Dewan Bahasa dan Pustaka, baik ketika menyandang jawatan pegawai penyelidik dan pegawai penyelidik kanan bahasa mahupun ketika menjadi Pengarah Jabatan Bahasa banyak memberinya peluang melaksanakan idealismenya dalam perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Dalam jabatan yang dipimpinnya, iaitu Jabatan Bahasa DBP (1999-2004) terdapat tujuh Bahagian, tiga daripadanya berkaitan dengan pembinaan bahasa, iaitu Bahagian Peristilahan, Bahagian Perkamusan dan Bahagian Penyelidikan Bahasa, manakala empat pula berkaitan dengan pengembangan bahasa, iaitu Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam, Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta, Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa dan Bahagian Penerbitan Bahasa. Empat Bahagian yang berkaitan dengan upaya pengembangan bahasa Melayu itu memungkinkannya menggerakkan perancangan taraf bahasa Melayu dengan berkesan, melalui jentera rasmi kerajaan. Beliau menggerakkan upaya pengembangan bahasa kebangsaan melalui slogan Gerak Gempur Bahasa di satu sisi dan slogan Dakwah Bahasa di sisi lain. Gerak gempur bahasa dilaksanakan bagi menerobos bidang-bidang

penguatkuasaan bahasa kebangsaan seperti di tempat awam, di media massa, dalam jentera pentadbiran dan sebagainya, manakala dakwah bahasa dilaksanakan untuk

mengimbau pelbagai pihak yang perlu didekati dengan hikmah seperti sektor swasta yang tidak tertakluk pada Dasar Bahasa Kebangsaan. Program Ziarah Bahasa, Klinik Bahasa, Kembara Bahasa, Jejak Bahasa (siri dokumentari TV tentang sejarah, penyebaran dan keagungan bahasa Melayu), Sisipan Bahasa di akhbar, Suara DBP di Radio, Penerbitan Tatabahasa Melayu Digital, Khidmat Bahasa melalui talian dan beberapa lagi merupakan cetusan ideanya dalam melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa berwibawa. Gerakan dan kegiatan dalam aspek perancangan taraf bahasa diimbanginya dengan gerakan dan kegiatan dalam aspek perancangan korpus bahasa.

Perjuangannya dalam aspek korpus bahasa tertumpu pada penggunaan bahasa yang teratur dan berkesan, iaitu yang berasaskan sistem bahasa. Beliau cenderung bersikap preskriptif dalam penggunaan bahasa untuk urusan rasmi, seperti laporan, surat, pekeliling dan sebagainya dan juga dalam bahasa yang mengungkapkan hal ehwal ilmu dan pemikiran. Hal ini tidak bererti bahawa ia menolak unsur deskriptif dalam penggunaan bahasa sama sekali kerana dalam tulisan-tulisannya ternyata bahawa ia menerima beberapa unsur baharu dalam bahasa selama unsur itu berdasar pada rumus bahasa Melayu, khususnya tatabahasa. Dalam hal penggunaan bahasa rasmi, beliau amat kuat menekankan bentuk bahasa yang baku, baik dalam aspek ejaan, peristilahan, pemilihan kata, sebutan, tatabahasa dan laras bahasa. Dalam penulisan tatabahasa, ia menjurus pada acuan tatabahasa normatif dan praktis, iaitu tatabahasa untuk menjadi pedoman masyarakat menggunakan bahasa yang teratur dan berkesan dalam penulisan dan pengucapan rasmi. Namun demikian untuk keperluan dan suasana ilmiah, ia tetap memberikan perhatian juga kepada penulisan tatabahasa yang teoretis sifatnya, seperti dalam seminar dan persidangan. Dalam penyusunan buku Tatabahasa Dewan, khususnya dalam bidang sintaksis, ia dilantik sebagai salah seorang penilai. Bagi isu-isu bahasa yang timbul dari waktu ke waktu, ia sering memberikan pandangan untuk membantu menjelaskan atau menyelesaikannya. Antara pandangan

yang telah dikemukakannya melalui media termasuklah yang berkaitan dengan isu penggunaan kata kecapaian dalam slogan Hari Kebangsaan tahun 1996, isu bahasa rojak dalam drama, media dan pentadbiran, isu slanga dalam bahasa perhubungan melalui internet dan isu bahasa rojak. Khusus tentang kekeliruan sebilangan anggota masyarakat, khususnya pendidik dan pelajar tentang isu mazhab dalam bahasa, ia menulis sebuah buku khas yang berjudul Isu Mazhab dalam Bahasa Melayu: Satu Penjelasan. Baginya, isu mazhab bahasa telah disalahtafsirkan dan dibesar-besarkan oleh orang yang tidak faham tentang mazhab atau aliran pemikiran dalam bidang ilmu sehingga kesilapan bahasa pun dianggap sebagai mazhab. Dalam bidang sebutan baku pula, beliau terlibat secara langsung dalam merumuskan prinsip sebutan baku yang berasaskan prinsip fonemik bersama-sama dengan Asraf, Nik Safiah Karim, Abdullah Hassan, Farid M. Onn, Amat Juhari Moain dan beberapa orang ahli bahasa lain. Beliau turut aktif dalam gerakan

mempropagandakan pentingnya sebutan baku sejak awal tahun 1980-an melalui Persatuan Linguistik Malaysia sehingga akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan penggunaan sebutan baku dalam pengajaran di sekolah bersempena dengan pelaksanaan kurikulum bersepadu pada tahun 1988. Beliau dilantik sebagai anggota panel penggubal rumus sebutan baku bahasa Melayu dalam jawatankuasa bersama Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Di Kementerian Pendidikan Malaysia pula, ia mewakili Persatuan Linguistik Malaysia dalam penyusunan buku pedoman sebutan baku beserta kaset terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam gerakan pemasyarakatan sebutan baku, ia bergerak ke seluruh negara untuk memberikan ceramah dan taklimat kepada pendidik, pegawai pendidikan dan juga pelajar, selain melalui media massa seperti radio dan televisyen. Buku Sebutan Baku dan Ejaan Rumi yang dihasilkannya menjadi rujukan penting kepada guru dan pelajar, termasuk guru dan pelajar bahasa Melayu di Singapura dan di Brunei Darussalam.

Dalam kehangatan polemik yang timbul pada awal tahun 2000 apabila Kabinet memutuskan pemansuhan penggunaan sebutan baku dalam media elektronik dan untuk mata pelajaran selain Bahasa Melayu, beliau mucul sebagai salah seorang yang vokal membantah keputusan itu. Pemansuhan itu ditafsirkarnya sebagai langkah ke belakang dalam pemantapan bahasa Melayu, kerana pada pandangannya, bahasa yang berwibawa perlu ditandai oleh kewujudan ragam bakunya yang jelas, termasuk dalam hal ucapan, iaitu sebagaimana yang berlaku untuk bahasa Inggeris, Arab dan bahasa lain yang mempunyai lafal bakunya. Beliau membidas pandangan sempit yang menganggap bahawa sebutan baku untuk bahasa Melayu itu keindonesiaan sifatnya kerana yang tergambar pada sebutan baku sebenarnya ialah sifat supranasional bahasa Melayu yang mempunyai daerah penyebaran penuturnya yang luas.

3.3.

Saliapizah

Aliran tatabahasa yang pertama sekali muncul dianggap sebagai aliran tatabahasa tradisional yang telah bermula semenjak zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan India yang setiap zaman tersebut terdapat penambahbaikan mahupun pengubahsuaian. Contohnya pada zaman Yunani, perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan gramatikos yang bermaksud seni bacaan dan penulisan yang betul .Hal ini sekaligus membuatkan perkembangan bagi tatabahasa tradisional yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. Malah, Lyons ( 1971 ) menjelaskan bahawa tatabahasa tradisional ini biasanya disebut sebagai tatabahasa nosional yang wujud apabila andaian-andaian yang mengatakan bahawa kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat yang sekaligus diterapkan kepada semua bahasa. Jadi, bolehlah dikatakan di sini bahawa ahli-ahli tatabahasa tradisional berkonsep kepada penerangan yang mentakrifkan tatabahasa sebagai a fixed and unalterable set of rules. Keterangan ini dinyatakan oleh Gaeng boleh diubahsuai. Sejarah perkembangan tatabahasa tradisional ini berkait rapat dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi lagi yang dimulai oleh Plato.Kajian yang dilakukan oleh beliau ialah mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan yang berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam.Selain itu, kajian orang Yunani juga meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu contohnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Namun disebabkan mereka berfalsafah, maka wujudlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi.Kajian bahasa bentuk ini telah dilanjutkan oleh orang-orang Romawi, pendeta-pendeta India dan seterusnya dikaji ke abad pertengahan dan seterusnya yang sentiasa berubah dari abad ke abad. ( 1971 ) yang bermaksud peraturan yang tetap dan tidak

Setiap zaman ini sememangnya berbeza antara satu sama lain kerana perubahan masa dan faktor kematangan pemikiran. Bagi zaman Yunani, tokoh yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri ialah Plato yang memberikan definisi ayatsebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu Logos . Menurut beliau Logos ini terbahagi kepada dua iaitu onoma dan rhema dan pembahagian perkataan kepada kata nama dan kata kerja. Sesungguhnya dalam bukunya yang berjudul Cratylus di mana merupakan karya tulisan yang berupa dialog telah terkenal kerana beberapa kajian dan penerangan yang diberikan oleh beliau seperti maksud bagi kata nama dan kata kerja. Maksud kata nama yang diberikan oleh beliau ialah sebagai suatu istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat manakala definisi kata kerja ialah istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Pada masa yang sama, tokoh linguistik lain iaitu

Aristotle telah menambah satu lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Beliau merupakan sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik dimana sesuai dengan konsep kala kini iaitu present dan kala lampau past. Perkara ini telah memberikan kesan besar iaitu munculnya pendekatan berbentuk tradisional dan notion. Pada zaman Romawi pula asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya menyadur karya sarjana Yunani tetapi disesuaikan dengan tatabahasa Latin yang merupakan hasil mereka yang agung. Salah seorang tokoh yang muncul pada zaman ini ialah Priscian yang karyanya yang berjudul Institutiones Grammatika masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan pada tahun 500 Masihi dahulu.Hasil kajian yang dilakukan oleh beliau menekankan kepada

aspek-aspek tertentu bahasa Latin

dan disebabkan peniruan model tatabahasa

Yunani-Latin telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala dan sebagainya adalah ciri yang harus ada dalam semua bahasa di dunia ini.

Seterusnya, pada zaman Arab juga tidak ketinggalan dalam terlibat dengan aliran tatabahasa tradisional ini dan antara sarjana Arab ialah al-Khalil dan al-Masri berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik ini.Hal ini dapat dilihat pada bahagian nahu atau bahagian tatabahasa iaitu, mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa di mana penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab kerana cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja. Sejujurnya tatabahasa Arab tersebut telah dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat kerana sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur amnah dan khabar iait u sama dengan maksud subjek dan predikat. Ringkasnya, pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada awalnya telah beralih kepada bidang leksikografi. Dalam abad pertengahan pula atau dikenali sebagai zaman pertengahan, minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin menjadi-jadi kerana bahasa Latin telah menjadi bahasa gereja dan juga bahasa ilmiah. Perkara mengenai tatabahasa yang menarik pada zaman ini ialah munculnya karya Tatabahasa Spekulasi ya ng merupakan pendekatan preskriptif yang telah bermula perkembangan cara pemikiran seperti ini daripada kefahaman yang penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. Seterusnya pada zaman India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden berdasarkan kajian yang dibuat tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kitab Rig-Veda. Malah, karya yang paling lengkap ialah karya Panini yang mengandungi seribu makalah yang memperlihatkan perkembangan ilmu linguistikstruktural oleh orang-orang Hindu.Pendek kata, tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah mengenai cara-cara menganalisis bentukbentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan.

Yaska, Panini, Pingala, Katyayana, Patanjali

Zaman India ( 2 200 SM )

Plato, Aristotle Zaman Yunani ( bermula 300 SM )

Priscian, Appolonius Discollus, M.T. Varro Zaman Romawi ( sekitar 500 SM )

al-Khalil, al-Masri, Erasmus, Dante, Arnauld, Descartes Zaman Arab dan Zaman Pertengahan ( Renaissance )

Jason Grimm, Hermann Grassmann, Karl Verner Zaman Perbandingan

Linguistik Moden ( Ferdinand de Saussure ) pada abd ke-19 dan 20

Bagi ciri-ciri tatabahasa tradisional ini secara kasarnya telah ditandai oleh beberapa ciri utama iaitu huraian bahasa berdasarkan makna dan logika berdasarkan falsafah Yunani, penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan serta huraian aturan bersifat normatif dan preskriptif. Perkara ini jika diteliti akan menampakkan tatabahasa tradisional ini dibuat berdasarkan bahasa tulisan serta huraian

tatabahasanya bersifat notion iaitu bukan formal dan struktur yang berdasarkan anggapan displin-displin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Hal ini sekaligus membuatkan huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tetap dan tidak tepat malah kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalmisalan.Hal ini bermakna, kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal seperti logik dan falsafah. Ahli bahasa dalam aliran tatabahasa tradisional ini berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin yang sekaligus membuatkan penghuraian berasaskan unsur-unsur yang sama sahaja. Salah satu sifat yang sama dalam nahu atau tatabahasa tradisional ini ialah berasaskan kepada satu model bahasa iaitu bahasa yang ideal dianggap baik dan lengkap dari segala aspek dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Kebiasaannya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani-Latin dan antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan sebagai analisis kajian nahu ini. Tetapi, tidak semua isu penggolongan kata sependapat dengan para sarjana bahasa yang lain kerana bergantung kepada pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Malah, dalam tatabahasa tradisional ini,seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan berdasarkan model bahasa tadi yang menampakkan keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik.

Jadi, bolehlah dirumuskan bahasa tatabahasa tradisional ini masih tidak bercirikan saintifik kerana ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan yang sekaligus menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun dalam tatabahasa tradisional ini juga mempunyai

kelebihannya iaitu sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Secara khususnya mengenai ciri-ciri tatabahasa tradisional ialah ia bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural, percampuran teori semantik dan gramatik, ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur serta ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks atau kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. Selain itu, ciri-ciri khusus yang lain ialah ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building, bersifat preskriptif, humanistik dan normatif dalam memerikan bahasa serta ilmu falsafah dan logika menjadi pegangan bagi ahli-ahli tatabahasa tradisional ini. Walaupun aliran tatabahasa tradisional ini mempunyai banyak kelemahan namun ia memberikan sumbangan besar kerana tanpa aliran ini tidak mungkin aliran yang lain akan wujud di dunia ini kerana tatabahasa tradisional ialah aliran yang memulakan kajian mengenai tatabahasa yang seterusnya dijadikan sebagai bahan rujukan malah sebagai bahan asas untuk membuat kajian tatabahasa yang lain.

3.3.1. Struktural Dalam ilmu linguistik, istilah bagi strukturalisme perlu diterangkan dengan teliti bagi memastikan tiada salah faham disebabkan terdapatnya dua pengertian utama. Pengertian yang diperkatakan selalu ini yang membuatkan ramai terkeliru mengenai tatabahasa struktural ini iaitu pengertian pertama yang dinyatakan oleh Harimurti ( 1982 ) ialah pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem.

Jadi, kekeliruan bagi pengertian ini timbul kerana boleh dikatakan pada abad ke20 ini semua pendekatan linguistik bersifat struktural sekaligus menimbulkan salah faham.Manakala pengertian yang kedua pula, istilah strukturalisme ini dikaitkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan di Amerika Syarikat yang masing-masing mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.Malah, dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran deskriptif di Amerika.Jadi, bolehlah terlebih dahulu menerangkan serba sedikit mengenai sejarah perkembangan tatabahasa struktural ini agar semuanya menjadi jelas. Sememangnya sejarah tatabahasa struktural ini selalu dikaitkan dengan era Linguistik Moden kerana ahli-ahli bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif dan tokoh yang sangat terkenal sewaktu itu ialah Ferdinand de Saussure. Hal ini kerana, karya yang dihasilkan oleh beliau telah dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut terkenal dengan nama Course ini general Linguistics yang sekaligus membuktikan bahawa Ferdinand merupakan orang pertama yang

mengasaskan ilmu linguistik moden ini. Kemunculan tatabahasa struktural ini bermula apabila beliau mengatakan bahawa bahasa mempunyai jirim dan bentuk yang sekaligus melahirkan tatabahasa struktural yang menekankan kepada aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Pada waktu yang sama juga di Amerika pula, tokoh bahasa lain seperti L.Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir telah mengikut jejak langkah Ferdinand. Malah, seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S. Harris yang menjalankan kajian linguistik secara struktur di mana jelas didapati di dalam bukunya yang berjudul Structural Linguistics( 1951 ). Jadi, di bawah dapat dilihat rajah perkembangan linguistikstruktural ini.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden ( Ferdinand de Saussure )

Geneva

Draha

Glosematik

( Franz Boas, L.Bloomfield, Edward Sapir, Z.S Harris )

Secara ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa Ferdinand de Saussure yang menjadi tokoh pertama dalam melahirkan aliran tatabahasa struktural ini pada zaman itu.Perkara ini disebabkan oleh buah-buah fikiran utama beliau yang terkandung dalam bukunya Course ini General Linguistics yang di dalamnya mempunyai konsep beliau terhadap linguistik sinkronik yang membuatkan beliau terkenal. Linguistik sinkronik yang dimaksudkan ialah satu kajian terhadap bahasa sebagai sistem yang wujud pada satu masa yang tertentu manakala ia ditentang oleh linguistik diakronik yang hanya melihat bahasa dari segi sejarah dan perkembangannya. Beliau mewujudkan linguistik sinkronik ini untuk menambahbaik kelemahan pendekatan sejarah kerana beliau berpendapat bahawa satu aspek yang tidak dipentingkan oleh penganut-penganut pendekatan sejarah ialah aspek pengguna bahasa. Hal ini bermakna, pengkajian bahasa dari segi sejarah tidak memberikan apaapa maklumat mengenai fungsi bahasa dari segi orang yang menggunakan bahasa

tersebut kerana sejarah bahasa tidak penting bagi seseorang penutur sewaktu penggunaan sesuatu bahasa itu kerana apa yang penting ialah hubungan antara unitunit bahasa dalam dalam konteks sistem bahasa itu sendiri. Di samping itu juga, beliau terkenal dengan konsep langue dan parole yang wujud daripada pandangan beliau terhadap bahasa sebagai fakta sosial yang diperkenalkan oleh tokoh bahasa yang lain.Oleh hal yang demikian, Ferdinand de Sassure turut membezakan antara fakta-fakta fizikal bahasa iaitu pertuturan yang sebenarnya dihasilkan oleh seseorang penutur yang dipanggilnya parole dan sistem keseluruhan bahasa yang berdasarkan ciri-ciri fizikal bahasa tetapi yang buka merupakan gejala fizikal yang dipanggil langue. Perkara ini ada ditekankan oleh Sampson ( 1980 ) iaitu, The concrete data of parole are produced by individual speakers, but language is not complete in any speaker; its exists perfectly only in a collectivity. Di sinilah sumbangan utama beliau iaitu kebijaksanaan beliau menentukan sifat bahasa hendaklah ditumpukan terhadap sistemlinguistik yang lebih abstrak (langue) dan tidak seharusnya terhadap pertuturan (parole) serta bahagian bahasa yang lebih dasar bukannya terletak pada ciri-ciri luarannya sahaja iaitu penghasilan fonetik dan referensi semantik tetapi sebaliknya terhadap sistem dalamannya.Pendekatan yang bersifat sinkronik inilah yang

membezakan antara langue dan parole telah membawa aliran struktural ini di mata dunia. Jadi, secara kasarnya, pendekatan strukturalisme ini bermaksud bahawa eac h language is regarded as a system of relations ... the elements of which sounds, words etc.- have no validity independently of the relations of equivalences and contrast which hold between them yang dinyatakan oleh Lyons ( 1969 ). Manakala, Robins ( 1 971 ) pula mengatakan, ... is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the components of sentences of stetches of utterance yang maksudnya menekankan bahawa tatabahasa struktural ini merangkumi bentuk-bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan. Terdapat dua aspek penting menyertai pendekatan struktural ini iaitu aspek sosial dan formal yang masing-masing membawa maksud yang

berbeza.Bagi sosial dimaksudkan bahawa tujuan utama pendekatan ini ialah untuk menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya manakala formal pula bermaksud semua keputusan dibuat berdasarkan bukti empirikal. Sebelum mengetahui mengenai ciri-ciri aliran tatabahasa struktural ini, lebih baik sekiranya mengetahui dengan ringkas mengenai dua istilah penting dalam aliran ini iaitu struktur dan sistem. Secara umumnya, struktur ini bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain kerana jika dilihat dari sudut unsur pembentukan menunjukkan bahawa struktur dapat dibatasi sebagai bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar secara fungsional bertalian antara satu sama lain. Bagi maksud istilah yang kedua pula ialah sistem yang dianggap sinonim dengan pengertian struktur ataupun sebagai perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa itu. Jadi, pendek kata istilah sistem ini lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya berbanding istilah struktur. Disebabkan bidang tatabahasa ini merangkumi dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis yang sememangnya saling berkaitan, maka pendekatan struktural ini mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu.Menurut aliran tatabahasa struktural ini, morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang bermakna, bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata dan prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Perkara yang perlu ditekankan semasa prosedur ini ialah morfem hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa.Malah, terdapat sesetengah ahli bahasa menghu raikan morfem sebagai unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya dan meninggalkan makna terkeluar daripada definisi. Contohnya dalam perkataan bahasa Inggeris yang berbeza antara perkataan read dan reads adalah minimal, tetapi perbezaan antara read dan readers ( read + er + s ) adalah bukan minimal. Disebabkan oleh itu, konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas kerana morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna sama yang bukan tersebar secara konstratif, sama ada dalam

persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. Manakala, bahagian sintaksis pula lebih kepada analisis konstituen terdekat yang menganalisis setiap ujaran dan setiap konstituen. Seterusnya mengenai ciri-ciri tatabahasa struktural ini di mana fokus pengkajiannya ialah aspek penghuraian struktur bahasa.Makna struktur bahasa yang diperkatakan ini merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa yang mempunyai asas bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri.Umumnya, ciri-ciri bahasa yang dibawa dalam aliran struktural ini ialah bahasa merupakan pertuturan bukan tulisan, bahasa ialah satu sistem, sistem bahasa ialah arbitrari dan bahasa adalah untuk perhubungan. Hal ini bermaksud, aliran struktural ini menekankan kepada pertalian struktur tersendiri yang membuatkan kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis.Dalam peringkat morfologi menerangkan bahawa sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan katakata itu dalam struktur ayat manakala pada peringkat sintaksis pula menekankan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat yang menggunakan analisis konstituen terdekat.Analisis ini merupakan satu analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar dan seterusnya. Rumusannya secara khusus, ciri-ciri tatabahasa struktural ini ialah

mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa yang tidak mengambil kira makna, tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain dan tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. Malah, ciri khusus yang lain ialah tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat, menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik serta kajian ini dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul. Jadi, kemunculan tatabahasa struktural ini untuk mengatasi kelemahan yang ada pada aliran tradisional.Malah, perubahan mendadak kajian bahasa yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik dan tidak keterlaluan mengatakan

bahawa tatabahasa struktural ini memberikan sumbangan besar dalam perkembangan ilmu lingusitik yang muncul sebagai ilmu sains.

3.3.2. Transformasi-Generatif Aliran tatabahasa transformasi generatif telah dicipta oleh Avram Noah Chomsky berdasarkan teori yang diusahakan sepanjang tahun 1950-an yang sekaligus menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Strustures ( 1975 ) dan Aspects of the Theory of Syntax ( 1965 ). Beliau merupakan seorang pensyarah yang mengajar bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology.Sememangnya aliran ini memang banyak mempengaruhi kajian tatabahasa pada zaman seterusnya di negara kita yang digunakan sebagai rujukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa. Dalam buku Abdullah Hassan ( 1980 ) ada menjelaskan serba sedikit mengenai beberapa konsep asas dalam nahu transformasi generatif ini iaitu generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi sebelum perbincangan mengenai ciri-ciri tatabahasa transformasi generatif ini dijelaskan secara mendalam. Konsep pertama ialah generatif yang selalu terkeliru maksudnya mungkin disebabkan perkataan tersebut ialah perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang menampakkan sedikit kejanggalan kepada penutur biasa. Maksud generatif ini ialah dari unsur-unsur yang terhad akan dapat diterbitkan banyak unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Menurut Abdullah Hassan( 1980 ), makna generatif ini menyeluruh kerana setiap rumus-rumus nahu tersebut hendaklah memberi pemerian yang tepat terhadap segala ayat dalam sesuatu bahasa tersebut dan kemampuan seperti itulah dikatakan sebagai generatif. Seterusnya

konsep kedua ialah kreatif yang boleh dilihat dalam bahasa manusia berbanding bahasa binatang kerana keistimewaan kekreatifan ini sedia ada dalam penutur manusia. Hal ini disebabkan manusia mempunyai beberapa kebolehan yang membezakannya daripada bahasa manusia iaitu apabila seseorang itu mendengar pertuturan atau membaca tulisan pasti ia mengetahui sama ada ayat itu ayat

bahasanya atau ayat bahasa lain. Malah, manusia juga mempunyai kemampuan untuk memahami ayat-ayat yang belum pernah didengar atau dibacanya serta kemampuan untuk mengucapkan pertuturan yang belum pernah diucapkannya ataupun menulis ayat yang belum pernah ditulisnya sekaligus membuatkan penutur tersebut kreatif. Seterusnya, bagi konsep istilah eksplisit yang selalu diguna pakai dengan banyak pengertian namun dalam aliran tatabahasa transformasi generatifia bermakna representasi sesuatu rumus secara formal, ringkas dan tepat mencakupi semua syarat yang terlibat. Hal ini bermakna nahu itu mampu menerangkan semua fenomena bahasa itu dalam rumus-rumus formal. Bagi konsep istilah kegramatisan telah dihuraikan oleh Chomsky ( 1957 ) dalam bukunya Syntactic Structures yang mengulaskannya dalam satu ayat iaitu The colourless green ideas sleep furiously yang dikatakan mempunyai gramatis. Ayat tersebut dianggap gramatis kerana unsur-unsur yang terdapat dalam ayat tersebut tersusun secara linear dan memenuhi syarat rentetan linear

tersebut.Namun apabila terbit buku Aspects of the Theory of Syntax yang dihasilkan oleh Chomsky telah menambahkan penerangan mengenai tatabahasa transformasi generatif ini. Beliau mengatakan nahu transformasi sekarang telah berubah sedikit dan ini dikenali sebagai teori standard iaitu kegramatisan juga bergantung pada pertimbangan intuisi seseorang penutur kandung bahasa itu.Perkara ini juga telah diambil perhatian oleh Lyons dalam bukunya yang berjudul An Introduction to

Theoretical Linguistics( 1969 ) yang mengatakan bahawa ayat yang boleh diterima sebagai sempurna itu bukan sahaja mesti gramatis tetapi ia juga mesti bermakna. Konsep asas yang terakhir pula ialah transformasi yang maksud mudahnya ialah mengubah yang diterangkan dalam buku ini sebagai ayat bangun membuat dan bangun kena buat iaitu istilah sekarang yang digunakan ialah kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.Dalam tatabahasa transformasi generatif ini telah menerangkan dan menjelaskan perkara ini secara eksplisit dengan memberikan satu anggapan bahawa dalam mana-mana bahasa ada segolongan struktur permulaan yang terhad bilangannya.Seterusnya transformasi dilakukan kepada struktur-struktur permulaan ini untuk menambahkan bilangan struktur itu sehingga tidak terhad banyaknya. Contoh yang diberikan seperti dalam ayat ini, Ali menendang bola itu ke padang boleh juga

digeneratifkan sebagai Bola itu ditendang oleh Ali ke padang. Perubahan antara ayat pertama tadi menjadi ayat kedua itulah dikatakan sebagai transformasi. Tatabahasa transformasi generatif ini dikenali dengan beberapa ciri-cirinya yang berjaya menarik perhatian ramai dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Malah, beliau sendiri mengatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal dalam mengkaji semua bahasa manusia kerana bagi Chomsky sendiri semua bahasa yang digunakan oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama. Dalam buku Arbak Othman ( 1980 ) yang berjudul Pengantar Teori Sintaksis Satu Pengenalan Konsep Tatabahasa Transformasi Generatif yang telah menghuraikan banyak maklumat mengenai teori transformasi generatif. Antaranya beliau mengatakan bahawa dalam teori ini, setiap ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad bilangannya tetapi ayat-ayat ini terbina atas peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat daripada struktur-struktur asas ini dikenali sebagai ayat inti yang dikatakan melalui proses transformasi dan dalam ayat itu juga terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak diwarnai oleh sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya. Menurut tatabahasa transformasi generatif ini menentukan sama ada sesuatu ayat itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman yang bermaksud struktur yang bersifat dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang lebih kompleks. Persepsi yang diterangkan ini memungkinkan seseorang penutur mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang lain atau dalam kata lain ialah dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa. Jadi, boleh diringkaskan di sini bahawa teori tatabahasa transformasi generatif ini melihat ayat sebagai mengandungi dua peringkat yang menjadi banyak rujukan oleh tokohtokoh tatabahasa yang lain. Struktur pertama dipanggil sebagai struktur dalaman iaitu yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat ataupun bermaksud membentuk semantik ayat. Manakala bagi struktur kedua pula dipanggil sebagai struktur permukaan yang struktur ayat yang

biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh seseorang. Menurut pengasas teori ini sendiri iaitu Chomsky yang berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua komponen penting iaitu komponen competence dan performance yang mempunyai maksud yang tersendiri.Bagi maksud competence ialah keupayaan manusia sejak dari lahir untuk menguasai sejumlah peraturan yang terkandung di dalam kepala seseorang penutur tersebut manakala maksud bagi performance pula ialah pewujudan bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Penekanan yang ditekankan oleh Chomsky terhadap konsep competence ialah penutur sebagai individu yang diterangkan dalam buku Ishak Ramly ( 1996 ) yang menekankan kepada ayat yang diperkatakan oleh Chomsky iaitu Competence to mean knowledge about cognitive and performative. Seterusnya dalam teori ini juga dikatakan terdapat tiga bahagian atau komponen dalam pembentukan ayat yang terdapat dalam Syntactic Structures( 1957 ) iaitu komponen struktur frasa, komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Dalam setiap komponen itu juga mengandungi satu set peraturan yang beroperasi terhadap beberapa input untuk menghasilkan beberapa output yang penerangannya dapat dijelask an dengan lebih mendalam dengan menggunakan organisasi dalam sistem yang lebih besar iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Teori ini menerangkan mengenai rumus struktur frasa yang dikatakan menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman. Tatabahasa struktur frasa ringkas di bawah ini menunjukkan penghasilan ayat tatabahasa yang berbunyi The man will hit the ball yang sekaligus membawa kepada keterangan berstruktur. 1) S 2) VP 3) NP 4) Verb 5) Det 6) N 7) Aux NP + VP Verb + NP Det + N Aux + V the, a, ... man, ball, ... will, can, ...

8) V

hit, see, ...

Dalam sistem peraturan yang berikut, S untuk Sentense, NP untuk Noun Phrase, VP untuk Verb Phrase, Det untuk Determiner, Aux untuk Auxiliary ( verb ), N untuk Noun dan V untuk Verb stem. Jenis keterangan berstruktur berikut yang diberikan oleh tatabahasa struktur frasa ini dianggap sebagai konstituen analisis struktur ayat bagi, The man will hit the ball . Jadi,boleh dikatakan disini bahawa dalam tatabahasa tranformasi generatif ini mempunyai satu sistem yang sistematik dan mempunyai 8 peraturan yang telah ditetapkan oleh pengasas yang dibina sebagai satu sistem yang diintergrasikan yang sekaligus berfungsi bersama-sama. Menurut beliau, perkara penting untuk memulakan satu peraturan yang mempunyai simbol permulaan di sebelah kiri yang sekaligus membuatkan sebarang peraturan boleh digunakan dalam sebarang bentuk susunan sehinggalah tiada peraturan lain boleh digunakan. Contohnya bagi ayat The man will hit the ball men gikut peraturan-peraturan yang digunakan dalam susunan di bawah ini sekaligus menganggap bahawa the dipilih terhadap kedua-dua aplikasi no (5), man pada satu aplikasi no (6) dan ball dapat aplikasi selain daripada itu, will pada aplikasi no (7) dan hit pada aplikasi no (8) yang seterusnya menjadi susunan ayat The man will hit the ball diterima dalam teori ini. i) S ii) NP + VP iii) NP + Verb + NP iv) Det + N + Verb + NP v) Det + N + Verb + Det + N vi) Det + N + Aux + V + Det + N vii) the + N + Aux + V + Det + N viii) the + man + Aux + V + Det + N ix) the + man + Aux + V + the + N x) the + man + Aux + V + the + ball xi) the + man + will + V + the + ball xii) the + man + will + hit + the + ball daripada peraturan (1) daripada peraturan (2) daripada peraturan (3) daripada peraturan (3) daripada peraturan (4) daripada peraturan (5) daripada peraturan (5) daripada peraturan (6) daripada peraturan (6) daripada peraturan (7) daripada peraturan (8)

Berdasarkan derivasi frasa yang terbentuk di atas dan dalam ayat berikut adalah bergantung pada aras di mana peraturan-peraturan itu digunakan kerana satu fakta yang penting dalam tatabahasa transformasi generatif ini iaitu semua derivasi tersebut mempunyai nilai yang sama dan boleh digambarkan dalam rajah pohon yang sama seperti dalam rajah yang di bawah yang jika dibandingkan dengan sistem peraturan menunjukkan penggunaan tiap-tiap satu peraturan menghasilkan perkaitan dengan satu bahagian rajah pohon tersebut. Hal ini kerana rajah pohon tersebut dianggap sebagai satu keterangan berstruktur ayat The man will hit the ball yang merupakan keterangan struktur konstituen atau struktur frasa ayat tersebut yang ditentukan oleh peraturan yang menghasilkan ayat tersebut.

S NP VP

Det

Verb

the

man

Aux

Det

will

hit

the

ball

Bagi pengasas tatabahasa transformasi generatif ini sangat menekankan kepentingan untuk menginterpretasikan penjanaan istilah dalam bentuk

statikberbanding bentuk dinamik kerana bagi beliau sesuatu ayat boleh dihasilkan

daripada beberapa cara dengan membuat satu pilihan pada kedudukan tatabahasa yang khusus yang sekaligus dianggap sebagai penggerak ayat secara statistik. Seterusnya penerangan bagi rumus yang kedua dalam tatabahasa transformasi generatif ini ialah rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada struktur permukaan. Peraturan-peraturan yang terlibat dengan transformasi ini bergantung kepada penggunaan peraturan-peraturan struktur frasa yang terdahulu dan mempunyai penanda frasa kepada yang lain dimana boleh dilihat dengan ringkas dalam satu tatabahasa transformasi di bawah di mana huruf-hurufnya mewakili konstituen-konstituen sesuatu ayat. PS rules (1) S (2) B (3) A (4) C (5) D T rules (6) A + C + D D+A A+B C+D a+b c+e+f d+g+h

Berdasarkan peraturan di atas, lima peraturan pertama adalah peraturan struktur frasa iaitu peraturan PS ( PS Rules ) manakala peraturan transformasi ( T Rules ). Output dalam peraturan (1) hingga (5) adalah rangkaian terminal a + b + c + e + f + d +g + h, yang telah dikaitkan dengan deskripsi berbentuk struktur yang ditunjukkan oleh penanda frasa dalam rajah di atas sebelah kiri manakala peraturan (6) diaplikasikan kepada rangkaian terminal peraturan PS dan penanda frasa berkaitan yang sekaligus memberi kesan kepada pengguguran C serta turut menyusun A dan D .Perkara ini menghasilkan rangkaian simbol d + g + h + a + b bersama dengan penanda frasa seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas sebelah kanan.Perlulah diingatkan di sini bahawa penanda frasa yang ditunjukkan di sebelah kiri ialah sebagai asas yang mendasarinya manakala penanda frasa sebelah kanan disebabkan hasil daripada peraturan (6).Hal ini menunjukkan salah satu prinsip asas penting di sebalik penukaran penanda penunjuk yang dihasilkan.

Dalam menempuh perubahan zaman dari masa ke semasa, sistem tatabahasa transformasi generatif ini telah diubahsuai sedikit dalam tahun 1965 disebabkan beberapa perkara yang dikenalpasti dapat memantapkan lagi sistem bahasa ini.Jadi, pengubahsuaian yang paling penting adalah kemasukan komponen semantik ke dalam sistem tatabahasa tersebut sebagai tambahan kepada komponen sintaksis dan komponen fonologi. Hal ini bermaksud, peraturan komponen sintaksis menggerakkan ayat-ayat sesuatu bahasa dan mengarahkan kepada bukan satu tetapi dua analisis berstruktur iaitu satu analisis struktur dalaman dan satu analisis permukaan yang membawa makna ayat daripada struktur permukaannya oleh peraturan-peraturan bagi mengaitkan bunyi sebutan sesuatu ayat kepada maksudnya yang sekaligus membuatkan sintaksis sebagai jantung sistem tersebut. Oleh hal yang demikian, secara asasnya teori ini mempunyai dua bahagian iaitu set peraturan berkategori dan satu senarai perkataan dengan maknanya sekali yang kedua-duanya memenuhi satu fungsi yang sama dipenuhi oleh peraturan-peraturan struktur frasa dalam sistem yang terdahulu tetapi terdapat banyak perbezaan. Perkara yang membezakannya adalah semua perkataan baru dalam bahasa dan berkaitan dengan setiap sintaksis, semantik dan maklumat berbentuk fonologi diperlukan untuk operasi pembetulan peraturan-peraturan yang kini diwakili dalam istilah yang dipanggil features. Malah, menurut Chomsky, peranan komponen yang berbentuk fonologi tatabahasa generatifdiwujudkan untuk memberi satu interpretasi fonetik kepada rangkaian-rangkaian perkataan yang digerakkan oleh komponen sintaksis yang diwakili dalam kenyataan berbentuk fonologi yang telah disediakan dengan satu analisis struktur permukaan oleh peraturan-peraturan transformasi. Seterusnya satu lagi aspek fonologi generatif ialah memerlukan sokongan sintaksis di mana prinsip analisis bunyi menggunakan suara seharusnya dijalankan tanpa mengambil kira struktur

tatabahasanya.Secara ringkasnya, sememangnya teori tatabahasa transformasi generatif ini memberikan impak yang banyak arus perkembangan tatabahasa sejagat yang dapat mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya.

3.3.3. Zainal Abidin bin Ahmad (ZABA) Bidang Tatabahasa sangat luas jika ingin dikaji namun secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis.Sememangnya banyak pengkaji yang mengkaji bidang ini kerana untuk mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perjuangan yang gigih daripada individu dan juga masyarakat sekeliling yang membantu secara langsung mahupun tidak. Jika disingkap tabir rahsia kejayaan dalam bidang tatabahasa ini, salah satu daripadanya adalah hasil sumbangan salah seorang anak Melayu dari kampung yang berjiwa besar iaitu Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau lebih mesra dikenali sebagai Zaba dan terdapat pelbagai kertas kerja mengenainya kerana menghargai sumbangan beliau dalam tatabahasa bahasa Melayu seperti Kertas kerja yang disediakan oleh Noor Aziera et.al yang bertajuk Penglibatan Zaba dalam bidang pendidikan dan perguruan .

Asal-usul beliau telah didedahkan kepada umum di dalam laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka agar memastikan generasi sekarang tidak akan lupa akan sumbangan dan pelbagai pengorbanan yang telah dilakukan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Nama pena yang digunakan oleh beliau dalam penulisannya ialah Pendeta, Zaba, Anak Melayu Jati, Patriot dan Zai Penjelmaan. Tempat kelahiran beliau ialah di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan dan melihat dunia pada tarikh 16 September 2013 . Peribahasa yang mengatakan bahawa Kecik-kecik cili padi sememangnya sesuai diungkapkan kepada Zaba kerana pada umur seawal tujuh tahun lagi, beliau telah khatam Al-Quran sekaligus menunjukkan bahawa tahap kepandaian dan penghafalannya itu telah dididik sejak kecil lagi oleh ibu bapanya yang sekaligus memberikan kepada kita seorang tokoh yang berjiwa besar dalam memajukan tatabahasa bahasa Melayu. Pendidikan rendah beliau bermula di Sekolah Melayu Batu Kikir sewaktu usianya 12 tahun seterusnya telah berpindah ke Sekolah Melayu Linggi bagi meneruskan minat beliau dalam mendalami pengajian Arab dan Islam. Pembelajarannya diteruskan pada tahun 1910 di St. Pauls Institution serta lulus peperiksaan Senior Cambridge sekaligus diberikan peluang untuk mengambil ijazah pada tahun 1953 dalam bidang pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Dalam kertas kerja Noor Aziera et.al yang bertajuk Penglibatan Zaba dalam bidang pendidikan dan perguruan, ada menyatakan mengenai cita-cita Zaba iaitu untuk mencari kemajuan bangsanya iaitu masyarakat Melayu yang beragama Islam. Jadi, Adnan ( 1996 ) mengatakan bahawa Zaba ataupun Zainal Abidin bin Ahmad akan menumpukan usahanya untuk memperbaiki cara hidup masyarakat Melayu itu sendiri. Hal ini telah dijelaskan dengan terperinci di dalam penulisan jurnal oleh Haron Daud ( 1995 ) yang bertajuk Pemikiran dan Sikap Zaba Terhadap Bangsa Melayu yang menjelaskan bahawa kehidupan masyarakat Melayu adalah miskin dan mundur yang berlaku disebabkan oleh faktor yang datangnya daripada masyarakat itu sendiri dan juga sikap pihak pentadbir.Malah salah satu kemiskinan itu adalah dari sudut perangai yang dimiliki oleh masyarakat Melayu itu sendiri seperti malas berusaha, tidak bersungguh-sungguh dan jahil. Perkara mengenai kemiskinan masyarakat Melayu ini juga turut mendapat perhatian oleh Ungku A.Azizi ( 1987 ) dalam penulisannya yang bertajuk Jejak-Jejak di Pantai Zaman yang mengatakan kelemahan dalam sikap masyarakat Melayu ini menjadikan keadaan lebih bertambah buruk apabila timbulnya rasa puas hati dengan kehidupan masing-masing.

Oleh hal yang demikian, masyarakat Melayu ini akan berubah wajah dan tidak akan ada kemiskinan sebegitu rupa sekiranya mendapat pendidikan yang sempurna, keyakinan diri yang tinggi sekaligus membina jati diri yang akan menyumbang ke arah ketamadunan bangsa Melayu di mata dunia. Jadi, bermula dari situlah dikatakan tokoh yang gigih dan bersungguh-sungguh memperbaiki masyarakat Melayu wujud iaitu Zaba. Menurut Adnan ( 1994 ) menerangkan bahawa langkah Zaba telah bermula sejak awal usianya masih 20-an iaitu saat jiwa mudanya cuba untuk mengenal dunia yang digunakannya untuk penguasaan terhadap bahasa, pemikiran yang tajam, berpandangan jauh dan bijak menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar. Selain itu, dalam usahanya memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu dan beragama Islam, Zaba memainkan peranan sebagai seorang ahli fikir antaranya penglibatan Zaba dalam bidang pendidikan dan juga perguruan yang dijadikannya sebagai salah satu wadah dalam usaha memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu beragama Islam.

Jika dilihat secara ringkas penglibatan beliau dalam pendidikan boleh terlihat dari segi makna pendidikan yang diberikan oleh beliau cukup menunjukkan bahawa Zaba sangat mementingkan cita-citanya untuk membantu masyarakatnya sendiri untuk maju.Maksud yang diberikan oleh beliau mengenai pendidikan di dalam penulisan Adnan ( 1994 ) ialah pendidikan merupakan ilmu pengetahuan yang merupakan

asas terpenting untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada dibelenggu kemunduran walauapapun kelapangan sekalipun. Hal ini berbeza dengan maksud pendidikan yang dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 ) iaitu pendidikan berasal daripada perkataan didik yang bermaksud pelihara, jaga dan ajar.Manakala, menurut Chong Lean Keow ( 2008 ) dalam penulisannya yang bertajuk Falsafah dan Pendidikan di Malaysia mengatakan bahawa pendidikan ini satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia serta dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang diistitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Jadi, boleh disimpulkan disini bahawa Zaba telah menyedari peranan pendidikan sebagai salah satu langkah perubahan sosial yang penting sekaligus dapat merealisasikan cita-cita yang dimahukannya iaitu masyarakat Melayu tidak lagi miskin dari pelbagai aspek. Dari segi pendidikan, Zaba telah terlibat dalam bidang pendidikan pada usia 21 tahun yang berkhidmat sebagai guru sementara sahaja di sekolah lamanya yang terletak di Seremban selepas beliau tamat sekolah menengah.Dalam masa itu juga, beliau masih mencari pekerjaan yang tetap di kawasan negerinya namun masih belum ada kekosongan jawatan bagi pekerjaan yang dirasakan sesuai dengannya seperti pegawai kesihatan. Namun beliau menganggapnya bukan sebagai satu halangan kerana beliau berusaha menyesuaikan dirinya dengan mempelajari dunia pendidikan dan perguruan daripada dua orang yang sangat membantunya iaitu guru besarnya J.V.T hompson serta bekas gurunya di St. Pauls Institution Seremban . Akhirnya dunia awal perkhidmatan Zaba menyakinkan beliau bahawa bidang ini amat sesuai dengan jiwa dan perjuangannya untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada anak

bangsanya.

Seterusnya, dalam bidang bahasa pula beliau sangat memberikan banyak sumbangan dalam memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia. Antaranya ketika Zaba berkhidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, beliau telah menumpukan usahanya untuk menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu serta menggunakan aturan tersebut ke dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Malah, beliau juga telah menyumbangkan hasil tulisan seperti karya terjemahan dalam kedua-dua majalah iaitu Majalah Guru dan AlIkhwan sehingga pada tahun 1931.Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1932, buku yang bertajuk Umbi Kemajuan telah diterbitkan sebagai satu usaha pertamanya dalam meneruskan kerjaya penulisan dengan menulis rencana bercorak agama.

Sesungguhnya, beliau merupakan seorang tokoh yang tidak kenal erti putus asa kerana beliau tidak jemu-jemu mengabdikan dirinya dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu dengan harapan masyarakatnya tidak akan miskin dari segala aspek lagi. Akhirnya beliau telah mewujudkan karya yang terkenal sehingga sekarang iaitu Pelita Bahasa Melayu yang merupakan sebuah kitab dan rujukan utama bagi seluruh masyarakat yang ingin mempelajari bahasa Melayu serta dalam bidang tatabahasa pula beliau menerbitkan buku berjudul Ilmu Mengarang Melayu yang kedua-duanya dijadikan sebagai buku teks sekolah sehingga selepas Perang Dunia Kedua.

Buku-buku yang ditulis oleh beliau telah dijadikan sebagai rujukan utama ahli bahasa selepasnya itu kerana sememangnya buku yang diterbitkan merupakan ilmu yang sangat berguna bagi semua pihak. Antara bukunya yang terkenal yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu yang mengandungi 16 bab yang memuatkan perkara mengarang, gaya Bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing dan loghat daerah. Satu buku ini sahaja telah dicetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 dan pada tahun 1962 telah dicetak dalam tulisan Rumi menunjukkan bahawa buku penulisan beliau sangat memberikan inspirasi kepada orang lain walaupun dalam bahasa Jawi sekaligus menunjukkan bahawa ketika itu, beliaulah penulis yang dikagumi oleh orang sezaman dengannya.

Gelaran tokoh cendekiawan telah diberikan kepada Zainan Abidin bin Ahmad ini oleh masyarakat dan negara Malaysia khususnya oleh masyarakat Melayu kerana beliau merupakan pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang antaranya bidang agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan dan kebudayaan yang keseluruhannya menandai tamadun masyarakat Melayu. Namun dalam bidang bahasa sememangnya beliau sangat sinonim dengan bahasa Melayu kerana telah meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu sama ada dalam bidang ejaan mahupun tatabahasa Melayu. Beliaulah merupakan seorang tokoh yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an yang sezaman dengan tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh sewaktu itu iaitu Leonard Bloomfield. Perkara ini telah diungkapkan dengan menarik sekali oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam pidato umum pengurniaan ijazah Doktor Kehormat Persuratan dengan kata-kata, Karangannya

yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerang suasana kelam keliru dan menunjukkan jalan ke arah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bangsa itu. Dialah pemukul rebana kalbu masyarakat kita dalam Dewan Persuratan dan nyaring debarannya masih terdengar ke hari ini! .

Di samping itu juga, seorang sarjana besar dari Indonesia iaitu Prof. Dr. Harimurti Kridalaksana ( 1986 ) yang mengangkat Zaba sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu Malaysia yang setaraf dengan Bapa Tatabahasa Tradisional Indonesia sewaktu itu iaitu Sasrasoeganda. Pemberian gelaran itu diberikan berdasarkan pengaruh tatabahasa yang disusun oleh Zaba yang cukup luas dalam sistem pendidikan di Negara ini. Manakala, Prof.Dr. Asmah Haji Omar ( 1975 ) pula menganggap buku tatabahasa karangan Zaba yang dijadikan buku pegangan dalam sistem pendidikan di negara ini dengan menganggap buku Pelita Bahasa Melayu sebagai bible bagi guru-guru bahasa Melayu sekaligus menimbulkan pelbagai aliran lingusitik kerana perjalanan analisis bahasa Melayu yang dijalankan selepas itu.

Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan bahawa beliau memang sudah cukup hebat dalam bidang tatabahasa yang dipuji oleh rakan-rakan yang sezaman dengannya. Kehebatan Zaba sebagai seorang penulis buku terbukti kerana menurut Asmah Haji Omar yang mengatakan sehingga tahun 1968, semua buku teks bahasa Melayu yang digunakan di sekolah disusun dengan berasaskan buku tatabahasa Zaba dimana ia bermaksud bahawa pengaruh Zaba melampaui tempoh paling tidakpun 30 tahun dalam perkembangan bahasa Melayu di Malaysia yang sekaligus menunjukkan bahawa susunan buku beliau sangat memberikan impak yang lama kepada bidang pendidikan di negara kita. Malah, selepas kemunculan penulisannya telah mewujudkan beberapa aliran linguistik yang lain kerana telah ada pelbagai percubaan menganalisis jalan bahasa Melayu ketika itu yang menjadikan tatabahasa yang dis usun oleh Zaba masih dirujuki. Namun, kedengaran juga bisikan oleh sebilangan sarjana lingusitik sendiri bahawa setengah-setengah konsep yang diperkatakan kini sebenarnya telah sedia ada dalam buku Zaba tetapi tidak diakui oleh sesetengah ahli linguistik moden yang kadangkala tidak suka menoleh ke belakang untuk mengambil manfaat daripada hasil kerja orang terdahulu.

Beliau juga telah dianugerahi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 kerana Zaba sebena rnya telah menghasilkan buku Ilmu Bahasa Melayu pada tahun 1926 dan 1927 sebelum terbitnya buku Pelita Bahasa Melayu dalam tiga penggal yang kemudiannya diterbitkan semula pada tahun 2000 dalam edisi ejaan baharu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, keunggulan Zaba terletak pada kekuatan dan ketajaman dan pemerhatiannya terhadap sistem bahasa Melayu walhal beliau tidak terdedah secara formal dalam displin linguistik khususnya linguistik moden kerana analisis yang dihasilkannya membuktikan bahawa gagasan-gagasan itu penting dalam bidang ilmu itu. Malah, pada saat istilah fonologi belum dikenal oleh orang di negara ini pada tahun 1930-an, beliau telah mengemukakan lewat analisisnya tentang sistem ejaan bahasa Melayu yang tanpa analisisnya untuk dibuat sebagai rujukan oleh orang lain, tidak

mungkin ada analisis sistem ejaan sesuatu bahasa kerana ejaan atau huruf merupakan lambang atau gambar sistem bunyi bahasa. Terdapat beberapa prinsip fonologi yang melandasi analisis Zaba tentang sistem ejaan bahasa Melayu yang telah berjaya dikenalpasti oleh Asmah Haji Omar ( 1976 )

iaitu keutamaan ucapan di atas tulisan dimana kewujudan bunyi mendahului tulisan ditekankan oleh Zaba. Perkara ini boleh dilihat dalam bukunya yang bertajuk Pelita Bahasa Melayu Penggal II yang mengatakan bahawa sungguhpun ada beberapa banyak bangsa seperti Semang, Sakai dan sebagainya yang tidak mengerti pada tulisan tetapi semua bangsa itu boleh juga bersuara dan bercakap. Jadi, ia menjelaskan bahawa bunyi mendahului tulisan dulu dalam semua masyarakat atau kaum. Seterusnya beliau juga mengatakan bahawa huruf sebagai lambang untuk bunyi yang terlihat dalam katanya, Manusia itu tatkala bertambah -tambah majunya dapatlah ia merupakan tiap-tiap suatu bunyi yang disebutnya itu dengan suatu gambar bagi menampakkan percakapan kepada indera penglihatan. Perkara ini dapat diringkaskan bahawa gambar yang diperkatakannya akan dapat memahamkan penglihatan orang yang tidak boleh mendengar mahu pun orang yang jauh jarak empatnya atau masanya daripada orang yang sedang bercakap.Zaba juga ada mengatakan dalam buku yang sama iaitu wujudnya hubungan antara fikiran dengan mekanisme bahasa yang bermaksud bunyi itu masuk ke telinga kemudiannya secara terus ke otak untuk dikenal pasti atau dimengerti akan maksudnya sekaligus menunjukkan bahawa fikiran beliau sangat menyeluruh dan di luar kotak orang biasa.

Di samping itu juga, kepakaran beliau turut terserlah dalam mengemukakan sistem ejaan bagi bahasa Melayu yang menerangkan mengenai konseo-konsep fonetik dengan cara yang yang cukup sederhana.Melalui beliau sahaja, sudah diperkenalkan adanya perbezaan bunyi vokal yang digelarkannya sebagai huruf saksi dan bunyi konsonan yang digelarkannya sebagai huruf benar. Mengenai bunyi pula, Zaba tel ah berjaya mengenal pasti adanya bunyi vokal sempit atau tinggi seperti bunyi u dan I malah beliau telah menggolongkan bunyi a, e dan o sebagai bunyi kasar manakala e pepet,e, u sebagai bunyi halus. Tidak cukup dengan itu juga, beliau telah

mengetengahkan konsep diftong dan vokal rangkap, ciri suprasegmental seperti kepanjangan bunyi yang menurutnya bukan sifat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu. Dalam huraian beliau berkaitan dengan ciri suprasegmental yang dikatakan bukan sebagai ciri bahasa Melayu juga terdapatnya keharmonian vokal yang dikatakan menjadi asas pengejaan kata dua suku kata dan lebih. Prinsip Zaba berkaitan dengan keharmonian vokal ini berdasarkan pada keselarasan vokal halus melawan halus dan vokal kasar melawan kasar berdasarkan katanya yang dipetik dalam bukunya bertajuk Pelita Bahasa Melayu Penggal I , iaitu Pakailah saksi halus di hujung bunyi yang dahulunya halus dan pakailah saksi kasar di hujung jika bunyinya dahulu kasar.Pelbagai topik atau aspek yang telah dikaji mahupun yang telah dijelaskan terlebih dahulu pada zaman pengkajian tokoh Zainal Abidin Bin Ahmad ini namun analisis beliau yang cukup berpengaruh dalam menentukan jalan bahasa Melayu ialah di dalam bidang tatabahasa.Walaupun beliau tidak menggunakan istilah morfologi dan sintaksis namun dapat disimpulkan di sini bahawa analisis beliau terbahagi kepada dua komponen besar iaitu morfologi dan sintaksis serta analisis beliau banyak terikat dengan pendekatan yang dipengaruhi oleh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi displin linguistik. Jadi, istilah-istilah tatabahasa yang digunakannya serta cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa keseluruhannya banyak berdasarkan makna kerana itulah ciri utama linguistik tradisional.

Perbincangan beliau mengenai kata sangatlah jelas diperkatakan sehingga dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pengkaji-pengkaji bahasa selepasnya. Melalui analisis beliau, kata digolongkan kepada lima golongan utama iaitu nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan yang setiap golongan kata utama itu dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil. Di bawah kata nama mempunyai nama betul dan ganti nama dan di bawah kedua-duanya mempunyai pecahan yang lebih kecil iaitu nama am atau nama nika dan nama khas. Manakala dalam perbuatan pula dipecahkan kepada golongan perbuatan melampau dan perbuatan tidak melampau yang kini dikenali sebagai kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Menariknya disini bahawa perbuatan yang dapat menduduki fungsi nama yang disebut oleh beliau sebagai

perbuatan nama dan nama perbuatan sebenarnya digelar sebagai bentuk nominal yang kini dibincangkan oleh linguistik moden sedangkan ianya jauh lebih awal telah dibincangkan oleh Zaba dalam analisisnya. Penjelasan beliau dalam kata sifat pula dibahagikan kepada sifat nama dan sifat kata yang membawa maksud kepada golongan kata yang dikenalpasti sebagai adjektif dan yang kedua merujuk kepada adverba. Perkara ini sangat berguna kerana sewaktu kekecohan yang berlaku antara perancang bahasa dan pengguna bahasa yang mendapati bahawa tiada golongan kata adverba dalam Tatabahasa Dewan membuatkan sekali lagi tatabahasa yang disusun oleh Zaba dirujuki untuk mengambil keputusan memasukkan golongan kata itu ke dalam edisi yang baharu buku tatabahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu.Manakala mengenai kata sendi juga, Zabalah yang meletakkan asas penggunaan kata sendi yang tepat antaranya pada dengan di, ke dengan kepada, dari dengan daripada dan lain-lain lagi.Sehingga sekarang, ketetapan yang telah dibuat oleh beliau menjadi pegangan pendidik dan pelajar serta masyarakat umum yang sekaligus menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh yang sangat memberikan impak kepada bidang tatabahasa ini. Zaba juga telah membuat analisis mengenai ayat bahasa Melayu yang berkisar di sekitar ayat selapis, ayat berlapis, ayat berkait dan ayat bercampur yang tidak jauh bezanya dengan yang berlaku dalam bahasa-bahasa lain kerana ia masih memenuhi salah satu ciri asas kesejagatan bahasa. Penjelasan mengenai setiap ayat yang ditampilkan diberikan secara jelas dalam analisisnya dahulu sehinggakan analisisnya boleh diterima pakai sewaktu dengannya oleh masyarakat setempat malah orang luar sekalipun.Ayat selapis diberikan maksud yang merujuk kepada konsep ayat tunggal iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat manakala ayat berlapis pula disamakan dengan ayat gabungan manakala ayat berkait ialah padanan istilah bagi ayat pancangan walaupun konsep ayat berkait Zaba lebih banyak berkaitan dengan ayat pancangan keterangan sahaja.Seterusnya ayat bercampur pula samalah dengan ayat campuran yang membawa maksud ayat yang terdiri daripada pelbagai binaan ayat.Jadi, jelaslah disini bahawa analisis ayat yang terdapat dalam buku-buku tatabahasa kini masih tetap berasaskan pada analisis yang dibuat oleh Zaba namun

yang

hanya

membezakan

ialah

soal

istilah

dan

kerangka

pendekatannya

sahaja.Contohnya Zaba menggunakan pendekatan tradisional manakala dalam Tatabahasa Dewan khususnya disusun berasaskan pendekatan transormasi generatif. Pelbagai lagi aspek sintaksis yang telah dikaji oleh Zainal Abidin bin Ahmad ini antaranya jenis-jenis ayat yang terbahagi kepada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan yang juga telah dianalisis oleh Zaba .Malah, dalam ragam ayat yang juga dikenal sebagai ayat aktif dan ayat pasif telah digarap oleh Zaba y ang ketika itu digunakan istilah ayat bangun membuat dan ayat bangun kena buat.Terdapat juga pendapat daripada Zaba mengenai peribahasa yang digunakan sebagai rujukan oleh pengkaji peribahasa di mana Zaba telah memberikan maksud peribahasa sebagai segala susunan cakap yang pendek melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya.Malah, Zaba juga mengatakan bahawa peribahasa ini digunakan sebagai sebutan-sebutan oleh orang sebagai perbandingan, teladan dan pengajaran yang sekaligus membuatkan kajian analisis oleh pengkaji peribahasa menjadi lebih mudah kerana menjadikan maksud peribahasa oleh Zaba sebagai rujukan.Malah, beliau juga telah memudahkan kaedah mengenai kajian perkataan PUN dengan memberikan pendapat yang logik iaitu membahagikan dua fungsi mengenai kata PUN. Fungsi yang pertama iaitu sebagai suatu partikel yang dianggap sebagai kata yang termasuk dalam sistem tertutup kerana ianya berperanan dalam struktur tertentu sahaja manakala fungsi kedua ialah sebagai huruf penambah di hujung bahasa Melayu yang akan memberikan maksud-maksud tertentu. Pendapat Zaba mahupun rumus-rumus yang telah dibuat oleh beliau tidak ada perbezaannya sama sekali dengan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik moden sekarang.

Jasa beliau juga terdapat pada asas sistem bahasa Melayu dalam bidang ejaan dan tatabahasa kerana beliau mengetengahkan ilmu retorik di mana karyanya Ilmu Mengarang Melayu yang terbit pada tahun 1934 telah dicetak ulang sebanyak

beberapa kali yang menjadi pedoman yang cukup praktis dalam kerja karangmengarang baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. Perkara ini dibuktikan oleh Hashim Awang dalam kertas kerjanya bertajuk Retorika Melayu dari Tanggapan Zaba yang

mengangkat Zaba sebagai tokoh dan pelopor retorik Melayu kerana karyanya mendahului buku tokoh retorik Inggeris.

Zainal Abidin Bin Ahmad juga tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu tetapi juga tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang Melayu sendiri. Sesungguhnya sejak dari awal lagi telah dijelaskan bahawa beliau mempunyai cita-citanya sendiri di mana untuk memajukan masyarakat Melayu iaitu bangsanya sendiri di mata dunia jadi beliau banyak menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara mengatasi ekonomi masyarakat Melayu waktu itu sekaligus menunjukkan ketegasan dan kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis. Selain itu, beliau juga turut aktif melibatkan diri dalam khidmat masyarakat di mana beliau pernah menjadi Penasihat Umum bagi persaudaraan Sahabat Pena Malaya ( 1937 ) seterusnya dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor ( 1945 ). Semangat beliau itu akhirnya menjadikan beliau dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya bersama-sama dengan Ungku Azizi yang seterusnya berkerjasama untuk mengatur pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar yang kemudiannya menubuhkan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Pada tahun 1920-an lagi, Zaba telah muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati kerana sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, beliau sentiasa bergiat aktif dalam bidang penulisan dan berbagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa Zaba merupakan seorang penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris malah penulisannya juga begitu prolifik kerana mencakupi pelbagai bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan ekonomi dan politik. Walaupun pada zaman itu, kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, namun beliau tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum bagi memajukan bahasa Melayu. Beberapa buah buku penulisan beliau menjadi buku yang penting tentang tatabahasa telah digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa tersebut. Tambahan pula, beliau terlibat secara aktif

dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan beberapa buah buku tentang ajaran agama Islam yang menunjukkan bahawa beliau tetap mementingkan mengenai agamanya serta masyarakatnya dalam segala penglibatan beliau. Gelaran Pendeta telah diberikan secara rasmi kepada beliau pada tahun 1956 ketika berlangsungnya Kongres Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru berdasarkan semua titik peluh yang dicurahkan oleh beliau dalam kerjayanya yang meletakkan bahasa Melayu di puncak persada tanpa mengharapkan apa-apa balasan sekalipun. Keikhlasan diri beliau itu semakin terserlah apabila beliau pernah menolak anugerah bintang penghormatan Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Dato dan bintang kebesaran dari Negara Brunei Darussalam. Bagi beliau, segala kerja yang dilakukan hanya untuk mencapai cita-cita yang dimahukannya itu tanpa sebarang balasan namun akibat desakan banyak pihak atasan serta untuk menghormati keputusan undian banyak pihak, beliau telah bersetuju untuk menerima Pingat Bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri daripada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong pada tahun 1962 dan ijazah Doktor Kehormat Persuratan diperolehi pata tahun 1973 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ternyata bahawa sumbangan beliau sangat besar ertinya.Manakan tidak beliau bertanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah sebagai penterjemah dan pensyarah di samping bertanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya serta di Sumatera ketika itu. Berdasarkan sumbangan beliau yang besar itu, kerajaan negeri kelahirannya iaitu Negeri Sembilan telah mewujudkan Teratak Zaba yang bersifat seperti muzium tokoh seakan-akan seperti muzium Hemingway di England yang akan dapat mengabdikan sumbangan Zaba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini. Teratak Zaba ini telah dibina di atas s ebidang tanah seluas 0.4 hektar di Kampung Bukit Kerdas, Daerah Jempol, Negeri Sembilan yang merupakan tempat kelahiran Zaba.Pembinaan Teratak Zaba ini disebabkan oleh sumbangan Zaba sendiri yang begitu besar disebut sebagai peneroka tatabahasa serta mengangkat martabat bangsa Melayu dari segi pendidikan mahupun politik tanah air. Di dalamnya terdapat segala yang berkaitan dengan beliau seperti surat-surat, gambar, peralatan koleksi peribadi, hasil buku-buku yang asli,koleksi pakaian, lagu kegemaran

Zaba dan segala hasil penulisan beliau yang telah dibuat salinan dipamerkan agar memberi peluang kepada generasi muda untuk menghayati perjuangan Zaba sebagai bapa persuratan bahasa Melayu. Kesimpulannya, Zaba merupakan seorang yang mempunyai kesedaran yan g tinggi melalui pemikiran yang tajam kerana beliau berjaya mengenal pasti diri dan bangsanya seterusnya berjuang untuk mempertahankan kedaulatannya berbekalkan cita-cita beliau untuk memajukan bangsanya sendiri dari segala aspek. Perkara ini bermula disebabkan keadaan masyarakat Melayu yang tetap berada di takuk yang lama walaupun setelah berpuluh tahun sekolah Melayu diasaskan oleh kerajaan kolonial British yang sekaligus mendorong beliau mencari punca sebenar di sebalik apa yang berlaku. Akhirnya berkat ketelitian beliau, punca tersebut diperoleh dan dipertanggungjawabkan membantu masyarakat yang dirasakan berada di atas bahunya sekaligus bermula pada saat itulah, setiap nafas sepanjang hidup beliau diperuntukkan ke arah jalan memperbaiki kehidupan masyarakat Melayu dan beragama

Islam.Terlampau banyak usaha yang dilakukan oleh beliau untuk memperbaiki setiap genap aspek kehidupan masyarakat ini termasuklah politik, ekonomi, keagamaan dan juga pendidikan.Bagi beliau sendiri, dengan memperkasakan seluruh aspek tersebut perlulah dimulai dengan pendidikan agar minda masyarakat terbuka untuk menerima kebenaran bagi mengubah segala kebiasaan yang dilakukan agar lebih maju ke hadapan. Walaupun Zainal Abidin Bin Ahmad atau dikenali sebagai Zaba ini telah meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 namun, beliau tetap menjadi sumber ilham dalam dunia pendidikan bahasa Melayu dan juga bahasa Arab. Pendek kata beliau diibaratkan sebagai sebuah pelita yang mengerdip dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya.

3.3.4. Asmah Hj. Omar

Tokoh tatabahasa lain yang turut memberikan sumbangannya kepada perkembangan tatabahasa bahasa Melayu di Negara Malaysia ialah Asmah Haji Omar. Beliau telah dilahirkan di Jitra pada 5 Mac 1940 dari sebuah keluarga yang berpendidikan tinggi sekaligus menambahkan lagi motivasi dalamannya untuk mencari ilmu pengetahuan sampai ke mana sahaja kerana beliau sangat mencintai ilmu. Walaupun pendidikan awal dan menengahnya hanya bermula di Kedah mungkin disebabkan faktor dirinya seorang perempuan yang tidak boleh berpisah dengan keluarga tercinta, tetapi beliau terus meneruskan pengajiannya dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera yang seterusnya membuatkan beliau melanjutkan pengajiannya hingga mendapat ijazah kedoktoran dari University of London dalam bidang General Linguistics.Hal ini sekaligus membuktikan bahawa beliau merupakan seorang tokoh yang sangat berilmu pengetahuan tinggi terhadap bidang Linguistik mahu pun bidang tatabahasa ini. Pelbagai perkara dalam bidang tatabahasa ini telah mendapat sumbangan dan buah fikiran daripada tokoh ini yang banyak membantu mengembangkan aliran tatabahasa struktural pada zaman beliau untuk menjadi aliran tatabahasa transformasi generatif.Beliau telah memberikan definisi mengenai kata dalam bukunya yang berjudul Nahu Melayu Terakhir telah mengatakan bahawa kata boleh dimasukkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan ciri-ciri sintagmatik dan paradignatiknya yang setiap satu mempunyai maksud yang berbeza. Bagi ciri sintagmatik dalam sesuatu kata itu dikatakan dapat melihatkan fungsi kata itu dalan struktur tertentu dan hubungannya dengan kata-kata lain dalam struktur yang sama. Contohnya diberikan seperti Ali boleh berfungsi sebagai subjek dan objek ayat disamping dapat berhubung secara langsung dengan kata kerja yang mengikuti atau mendahului dalam ayat, Ali memanggil Ahmad dan Ahmad tidak mendengar Ali. Berdasarkan kedua -dua ayat berikut,Ali boleh digantikan dengan kata nama lain seperti bapa, abang saya tetapi kadang kalanya tidak kerana kata yang boleh dimasukkan sama itu dikira sebagai satu golongan kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kata-kata yang boleh menempati fungsi yang sama dalam ayat.

Macam-macam lagi aspek yang telah diberikan pendapat oleh tokoh tatabahasa ini iaitu Asmah Haji Omar yang sememangnya melibatkan dua bidang yang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Beliau telah membahagikan benda kepada kata nama, kata ganti nama, dan kata bilangan serta dalam bidang karyaan terdapat dua yang utama iaitu kata kerja dan kata sifat. Maksud kata benda yang diperkatakan oleh beliau berfungsi pada subjek dan objek ayat yang merujuk pada sesuatu yang bernyawa, tak bernyawa, konkrit dan abstrak serta telah terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian yang pertama ialah kata nama khas yang bermaksud nama orang, badan-

badan tertentu, undang-undang, tempat, bangsa dan bahasa serta permulaan huruf pertamanya dalam ayat mestilah menggunakan huruf besar. Asmah Haji Omar juga memberikan contoh kata nama beryawa dan tak bernyawa iaitu polis dan lembu untu kata nama bernyawa tetapi meja dan kerusi untuk kata nama tak bernyawa. Manakala untuk kata nama manusia dan bukan manusia juga telah ditekankan iaitu kata nama manusia terdiri daripada kata nama khas dan am. Sesungguhnya beliau sangat banyak membahagikan kata nama seperti yang dibincangkan sebelum ini dan pembahagian yang lain ialah kata nama konkrit dan abstrak, kata nama berhitungan dan tak berhitungan, kata nama institusi dan bukan institusi, kata nama ukuran, waktu, tempat, warna, kumpulan, bangsa dan bahasa, gelaran, kata ganti nama diri, kata ganti nama serta kata bilangan. Bagi kata bilangan, maksud yang diberikan oleh beliau untuk kata bilangan sangat menarik kerana terbahagi kepada dua iaitu kata bilangan kardinal yang bermaksud kata yang melambangkan nombor manakala kata bilangan ordinal yang melambangkan urutan dalam jumlah. Contoh yang diberikan oleh beliau ialah bagi kata bilangan kardinal ialah setengah, sebelas dan dua manakala contoh bagi kata bilangan ordinal ialah pertama,kedua dan ketiga.Seterusnya bagi golongan kata kerja pula diletakkan di bawah tajuk karyaan dan maksud kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat dan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata kerja leksikal dan kata kerja bantu yang setiap satunya mempunyai pencirian yang lebih kecil.

Pembahagian bagi kata kerja leksikal ataupun dikenali juga sebagai kata kerja umum ialah kata kerja pembuatan , kata kerja keadaan, kata kerja bantu yang setiap satunya mempunyai fungsi yang masing-masing. Penerangan beliau mengenai kata kerja pembuatan sangat banyak dan dibahagikan kepada perbuatan sengaja, tak sengaja, perbuatan kendiri, perbuatan luar kendiri, perbuatan menyebabkan, perbuatan tak menyebabkan, menghasilkan, perbuatan saling, menyaling, perbuatan dengan upaya biasa, upaya luar biasa, perbuatan seketika, perbuatan berterusan, perbuatan tabiat, bukan tabiat, perbuatan gerak, perbuatan bukan gerak, perbuatan

memanfaatkan dan perbuatan yang tidak mendukung makna manfaat yang setiap satunya diberikan contoh perkataan. Hal ini sekaligus memperlihatkan ketelitian diri yang ada pada Asmah Haji Omar kerana beliau memudahkan pembaca karyanya memahami sesuatu perkara dengan memberikan contoh bagi setiap yang

diperkatakan.Seterusnya bagi kata kerja keadaan pula dibahagikan oleh beliau kepada kata kerja peristiwa, kata kerja kepunyaan,dan kata kerja pemerian yang contoh perkataannya ialah mati hidup semula untuk kata kerja peristiwa, ada punya mempunyai bagi contoh kata kerja kepunyaan dan menjadi merupakan terdiri bagi kata kerja pemerian. Asmah Haji Omar turut membahagikan kata kerja bantu yang bermaksud kata kerja yang membantu kata kerja leksikal kepada kata kerja aspek dan kata kerja madolitas yang banyak dijadikan sebagai bahan rujukan. Huraian dan pendapat beliau bagi golongan kata adjektif pula ialah kata adjektif dikatakan subgolongan dari golongan karyaan dan mempunyai persamaan dengan kata kerja tak transitif kerana kedua-duanya tidak mengambil objek. Sesungguhnya beliau banyak berkongsi ilmu dengan membahagikan kata adjektif kepada kata sifat tabii, warna, ukuran, bentuk, indera, gabungan indera, waktu, jarak, kecepatan, kuasa tenaga, taraf, suhu, emosi, akaliah dan akhlak yang setiap satunya juga telah diberikan contoh perkataannya agar menjelaskan lagi mengenainya. Contoh perkataannya mengikut urutan yang tadi ialah jahat, biru,panjang, bulat, hodoh, kotor, baru, dekat, cepat, lemah, masyur, panas, gembira, cerdik dan jujur.

Asmah Haji Omar turut menerangkan dengan jelas mengenai golongan kata tugas yang ketika itu dianggap sebagai kata adverba dengan maksudnya sebagai kata yang berfungsi pada hujung ayat dalam struktur subjek-predikat-objek-anjung yang telah dibahagikan kepada 29 bahagian kecil. Pembahagian tersebut bermula dengan adverba tempat, arah, waktu, alat, penyertaan, gaya, muasal, manfaat, durasi, kekerapan, perbatasan, perhinggaan, cara, permulaan, kesungguhan, musabab, tujuan, tolak ansur, kiasan, pemastian, kejauhan, pemakinan, tanya, mentara, rujukan, perbandingan, agentif dan anaforan yang setiap satunya ada contoh perkataan yang diberi. Contoh perkataan yang diberikan oleh beliau untuk menjelaskan lagi mengenai ini ialah situ, pergi, kini, dengan, bersama, perlahan-lahan, dari, kepada, sebentar, selalu, hanya, hingga, begini, semenjak, benar-benar, kerana, agar, andai

kata,meskipun, laksana, tentu sekali, dua batu, semakin, berapa, sambil, berhubung dengan itu,manakala, oleh dan namun. Dalam pembahagian ini sangat menarik diulas oleh beliau kerana perincinya pembahagian yang dibuat pada waktu itu. Sepanjang waktu kehidupannya dihabiskan dengan menyandang pelbagai pangkat mahu pun kerjaya sebagai satu wadah untuk beliau berkongsi ilmu pengetahuan yang ada kepada orang lain. Kerjaya yang pernah disandang oleh beliau ialah penolong pensyarah, pensyarah bahasa Melayu, Pengarah Pusat Bahasa Universiti Malaya, Profesor Madya, Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya, Profesor Linguistik Melayu, Profesor Kontrak, Dekan Fakulti Bahasa dan Lingusitik, Pensyarah Jemputan di Indonesia dan Pensyarah Jemputan di Hawaii sekaligus menunjukan kebolehan tokoh ini dikagumi dan terkenal di mata dunia mengenai bidang utamanya iaitu bidang linguistik. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa insan yang bergelar wanita juga turut mempunyai kuasanya sendiri di mata dunia dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang ada terlahir dengan terbitan karyanya yang banyak berkenaan dengan linguistik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Malaya dan Akademi Pengajian Melayu. Malah, beliau turut menterjemah kamus bahasa Inggeris Oxforf Advanced Learners Dictionary yang mengambil masa selama 5 tahun. Asmah Haji Omar juga tidak lokek memberikan pendapat dan interpretasinya terhadap permasalahan ilmu lingustik sekaligus menjadikannya sebagai seorang

penyumbang rencana yang dikagumi.Sumbangan beliau yang lain ialah kajian penyelidikan secara bersendiri dan bersama yang sangat memberikan impak kepadanya, termasuklah University of Malaya English for Special Purpose Project dan lain-lain lagi sejak tahun 1989 hingga tahun 1994. Berdasarkan Budiman ( 2000 ) telah mengatakan bahawa sumbangan Asmah Haji Omar terhadap bidang tatabahasa sangatlah banyak dan sangat berguna sehinggakan beliau telah dianugerahkan Ahli Mangku Negara ( A.M.N ) pada tahun 1973, Setia DiRaja Kedah pada tahun 1979, Dato Setia DiRaja Kedah pada tahun 1983, Anugerah ASANAL pada tahun 1979 dan pada tahun 1989 pula ialah Orde Des Palmas Academique Perancis. Ramai pihak tidak kira dari dalam Negara mahupun Negara orang lain telah menyedari sumbangan yang dilakukan oleh Asmah Haji Omar ini dengan pemberian anugerah yang terlampau banyak dan antara yang menarik ialah anugerah Women of the year 1998 daripada American Biographical Institute dan anugerah 20th CAA Silver Medal of Honor daripada International Biographical Center pada tahun 1999 yang sekaligus menampakkan bahawa tokoh tatabahasa ini iaitu Asmah Haji Omar sangat berpengaruh sewaktu aliran tatabahasa strukturalisme di negara Malaysia sekaligus menaikkan martabat negara di mata dunia.

3.3.5. Nik Safiah Karim Seorang lagi tokoh tatabahasa yang disegani ramai kerana sifat dedikasinya yang menjadikan beliau sebagai idola kepada anak-anak muda di Institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera iaitu Nik Safiah Karim.Beliau sudah bergelar Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim sebagai kayu pengukur mengenai kesungguhan beliau mengkaji dalam bidang tatabahasa ini dimana aliran tatabahasa yang selaras dengannya ialah aliran tatabahasa transformasi generatif. Sebelum bercerita panjang mengenai pendapat dan idea beliau dalam bidang tatabahasa, diterangkan terlebih dahulu mengenai latar belakang dirinya yang sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa cinta akan usahanya sekaligus membuatkan motivasi dalaman menjadi ghairah terhadap ilmu. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 September 1939 di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan dan pendidikan awalnya juga dijalankan di negeri yang sama iaitu Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bharu yang sekarang disebut sebagai Sekolah Rendah Zainab. Seterusnya, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dan beliau terus sambung belajar di St. Francis Institution di Melaka sehinggalah mendapat kelulusan Higher School Certificate pada tahun 1959. Berkat usaha beliau yang bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu pengetahuan, beliau akhirnya berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya pada tahun 1965. Kejayaan ini dijadikan semangat untuk beliau meneruskan lagi pembelajaran beliau untuk memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University USA pada tahun 1975 yang sekaligus membuktikan bahawa semangat beliau sangat cekal dalam mempelajari mengenai bidang lingusitik. Perjalanan berdasarkan kerjaya akademik pula telah bermula dengan perlantikan beliau menjadi tutor di Jabatan Pengajian Melayu, University USA.Jadi tidak hairanlah, kesungguhan beliau mencari ilmu pengetahuan sepanjang beliau hidup membuatkan beliau tidak kurang hebatnya dalam

memperkatakan mengenai tatabahasa.

Dalam bidang morfologi, beliau telah membahagikannya kepada empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas yang setiap satunya mempunyai maksud yang berbeza berdasarkan pendapat beliau mengenai

penggolongan kata. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep di mana kata nama telah dibahagikan kepada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama. Bagi kata nama khas merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar dan terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan tak hidup contohnya ialah Nina dan Kuala Lumpur. Manakala kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya dan terbahagi kepada kata nama am konkrit seperti tangan, rumah, sungai dan kata nama am abstrak seperti mimpi, idaman dan kedamaian. Seterusnya bagi kata ganti nama pula, beliau telah membahagikannya kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk bagi umum dan tempat seperti ini, sini manakala bagi kata ganti nama diri tanya yang terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Seterusnya, beliau memberikan pendapat yang berbeza terhadap penggolongan kata kerja berbanding tokoh bahasa Asmah Haji Omar kerana mungkin disebabkan oleh aliran tatabahasa yang sealiran dengannya iaitu aliran tatabahasa transformasi generatif. Menurut beliau, kata kerja terbahagi kepada kata kerja aktif, yang di bawahnya ada kata kerja aktif tak transitif, kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang setiap satunya diberikan penerangan yang jelas oleh beliau.Bagi kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya yang dibahagikan pula kepada dua subgolongan iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat tersebut.Manakala kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek untuk melengkapkan maksudnya dan kata kerja pasif ialah hasil daripada proses transformasi.

Penggolongan kata yang seterusnya diperkatakan oleh Nik Safiah Karim ialah kata adjektif yang dikenali sebagai kata sifat iaitu perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif yang telah dibahagikan kepada sembilan jenis. Antaranya ialah kata adjektif sifatan, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan, dan pancaindera di mana contoh perkataannya yang mengikut urutan ialah baik, meah, panjang, bujur, lama, rapat, cepat, rindu dan sedap. Seterusnya bagi golongan kata yang ini dikenali berbeza oleh tokoh bahasa Asmah Haji Omar yang dipanggil sebagai kata adverba manakala bagi Nik Safiah Karim ialah kata tugas yang dinyatakan sebagai golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen yang maksudnya tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik. Dalam kata tugas ini mempunyai banyak kelompok antaranya ialah kata hubung iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis dikenali sebagai ayat majmuk.. Kata hubung ini terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil iaitu kata hubung gabungan yang bermaksud jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih sama rata, kata hubung pancangan iaitu kata yang menyambung klausa pancangan pada klausa utama yang tidak setara dan kata hubung pancangan ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu keterangan, komplemen dan relatif. Beliau juga ada menerangkan mengenai golongan kata praklausa yang bermaksud sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa yang terdiri daripada kata seru, kata tanya , kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Selain itu, terdapat juga kelompok kata prafrasa dan pascafrasa yang merupakan sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan sesudah frasa bagi kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Manakala, kelompok kata penguat yang bermaksud perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif dan kelompok kata pemeri iaitu satu unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.Sememangnya beliau banyak memberikan pendapat terhadap bidang tatabahasa yang sekaligus menunjukkan beliau sangat bededikasi.

Dari segi sumbangan beliau yang lain pula dapat dilihat daripada jawatan yang beliau sandang antaranya sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga 1983 dan 1992 sehingga 1994, menjadi Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 1984 sehingga 1986 dan juga menyandang jawatan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992. Dalam pada masa yang sama juga di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah yang akhirnya beliau terus dilantik selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu ( JKTBM ) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia ( MABBIM ). Malah, beliau juga merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ( MABM ) yang sekaligus menunjukkan bahawa beliau banyak menabur bakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu yang bukan sahaja di tanah air tetapi juga di seluruh dunia. Kepakaran beliau juga telah menjadikan beliau sebagai pakar rujuk bahasa yang sering dijemput ke mana majlis-majlis dan beliau pernah memberikan khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Kegigihan beliau ini sememangnya sangat tinggi dan tidak hairanlah beliau merupakan salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia malah pernah menjadi Presiden selama 18 tahun dan sekarang beliau menjadi penasihat bagi persatuan tersebut. Dalam bidang penulisan juga, beliau tidak kurang hebatnya kerana banyak menyumbangkan penulisan dan penyertaan dalam persidangan sama ada mengenai isu wanita mahu pun isu bahasa disebabkan baginya bahasa Melayu sangat penting di samping keinginannya untuk mempertahankan kaum sejenisnya iaitu kaum wanita. Beberapa buah buku tentang pengajian wanita telah menjadikannya sebagai pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya dan telah berganding bahu dengan Dr Rokiah Talib dalam penulisan mengenai biografi wanita tanah air. Perkara mengenai tindakan ini amat bermakna kerana ia merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai sumbangan seorang wanita.

Tambahan pula, buku dalam bidang bahasa juga telah dihasilkan oleh Nik Safiah Karim sekurang-kurangnya belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai isu bahasa ini sebagai sumbangan beliau untuk membantu memperkasakan bahasa Melayu di mata dunia. Antara buku beliau yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain, Bahasa Malaysia Syntax dan Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu serta Malay Grammar for Academics and Professionals.Sesungguhnya beliau merupakan seorang tokoh bahasa yang merupakan salah seorang tulang belakang dalam memastikan bahasa Melayu diperkasakan di mata dunia. Beliau kini berjaya disebabkan beberapa faktor dan antaranya ialah pegangan falsafah beliau sendiri iaitu lakukan bergembira apabila melakukan sesuatu kerja walaupun seberat mana sekalipun kerja akan menjadi ringan. Tambahan pula, Nik Safiah Karim sering kali menekankan kepentingan pengurusan masa kerana bagi beliau menumpukan kerjayanya di samping keluarganya yang menjadi ibu kepada empat orang anak sememangnya memerlukan pembahagian masa yang baik dan keperluan memastikan bahawa masa yang diluangkan digunakan dengan optimumnya agar kedua-dua perkara penting tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan

terkawal.Rumusannya, beliau merupakan seorang tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu berdasarkan segala jawatan yang dipegangnya sekaligus meniupkan semangat mencintai bahasa Melayu ke dalam anak muridnya, anak-anaknya dan semua orang sekaligus memastikan bahasa Melayu terus terjulang.

3.3.6. PERANAN JAWI Tulisan Jawi mempunyai pelbagai peranannya terhadap peradaban Melayu. Namun, sebelum diungkapkan mengenai peranannya, lebih elok sekiranya diulas sedikit sebanyak mengenai sejarah asal usul tulisan Jawi yang bermula setelah Islam bertapak dengan pesatnya di Tanah Melayu maka berkembanglah usaha-usaha untuk mempelajari Islam dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan hadith. Dalam buku Amat Juhari Moain ( 1996 ) mengatakan bahawa pendidikan Islam yang mula-mula diperkenalkan ialah berbentuk mengajar al-Quran dan pembelajarannya dimulakan dengan pelajaran mengenal huruf-huruf. Jadi untuk memudahkan lagi usaha penyebaran ilmu-ilmu Islam, ulama-ulama dan para mubaligh Islam telah

memperkenalkan suatu tulisan huruf yang menyerupai tulisan huruf Arab dikenali sebagai tulisan Jawi. Sewaktu inilah, tulisan Jawi mula berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam kerana bangsa Melayu telah sedar bahawa tulisan Pallava yang digunakan oleh mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini.Tulisan Jawi ini dipandang tinggi oleh orang Melayu sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya iaitu al-Quran kerana penggunan tulisan ini merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam. Di samping itu juga, tulisan ini merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian malah menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu juga sedikit sebanyak telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa. Walaupun zaman penjajahan berlaku, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan misteri Islam, perdagangan dan juga perundangan negeri. Buktinya pada zaman penjajahan, tulisan Jawi merupakan abjad rasmi negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu malah Pemasyuran Kemerdekaan 1957 bagi Malaysia juga tertulis dalam abjad Jawi. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini sememangnya memberikan banyak impak atau peranan terhadap Melayu.

Secara

ringkasnya,

tulisan

Jawi

mempunyai

penggunaannnya

dan

kepentingannya sendiri seperti yang terkandung dalam akhbar Berita Harian ( 2 September 1988 dan 27 Oktober 1993 ) yang menghuraikannya secara ringkasnya. Akhbar tersebut mengatakan bahawa tulisan Jawi bukan sahaja pernah menjadi tulisan utama di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Selatan Thai, tetapi juga di Sri Lanka yang kesemuanya merupakan rumpun Melayu. Malah, sejak adanya alat cetak, peranan tulisan Jawi ini semakin bertambah kerana ia digunakan pula oleh penerbit akhbar-akhbar, majalah-majalah, dan penulis buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa Melayu, Sri Lanka sejak tahun 1869 Masihi lagi yang telah menerbitkan sebuah akhbar Melayu ( Jawi) iaitu Alamat Langkapuri. Sejak dari itulah, tulisan Jawi ini digunakan secara menyeluruh bagi menulis kitab-kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-risalah dan juga prasasti, termasuk jugalah surat-surat perjanjian dengan negara negara luar. Hal ini membuktikan bahawa tulisan Jawi yang menggunakan abjad Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmiah, peradaban, komunikasi, pentadbiran dan politik yang digunakan dalam penulisan bukubuku ataupun kitab-kitab, akhbar-akhbar dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, akhbar ini ada mengatakan mengenai kepentingan tulisan Jawi yang sukar dinafikan oleh sesiapa sahaja kerana seseorang yang ingin menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, bahkan agama Islam dan perkembangannya di Alam Melayu amnya memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi. Hal ini kerana, terdapat manuskrip-manuskrip lama Melayu yang begitu banyak sama ada yang telah diteroka dan dirumikan atau yang baru diteroka dan dirumikan ataupun yang masih belum memaparkan berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dan tamadun Melayu dan agama Islam, di mana semuanya adalah dalam tulisan Jawi. Walaupun tulisan Jawi ini mewarisi segala ciri tulisan Arab yang telah jauh terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan Arab, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan Arab sehingga orang yang menguasai tulisan Jawi lebih mudah mempelajari bahasa Arab dan menyenangkannya mempelajari al-Quran.

Berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh Hashim Hj. Musa sewaktu Seminar Tulisan Jawi Dunia Melayu ( 2003 ) yang berjudul Peranan Tulisan Jawi dalam Perkembangan Islam di Malaysia ada menje laskan dengan terperinci mengenai penggunaan tulisan Jawi ini daripada beberapa aspek. Perkara yang diperkatakan yang pertama ialah penggunaan tulisan Jawi ini dalam batu bersurat yang ditekankan ialah batu bersurat Terengganu 702 H / 1303 M dan batu nisan Ahmad Majnun Pengkalan Kempas Sungai Ujung 872 H / 1467 M. Perkara ini telah disebut oleh para pengkaji yang mengkaji tulisan Jawi ini dengan mengesahkan bahawa Batu Bersurat Terengganu ini mengandungi tulisan Jawi yang pertama di catat kerana sebelum itu semua batu bersurat atau batu nisan Islam tertulis dalam bahasa Arab. Batu Bersurat Terengganu mempunyai kedudukan yang amat penting dalam sejarah penyebaran dan penghayatan agama Islam di rantau Asia Tenggara, bukan sahaja kerana itulah tulisan Jawi pertama dalam bahasa Melayu, tetapi juga kandungannya yang merujuk kepada pelaksanaan hukum hudud atau undang-undang jenayah dalam sebuah negara Islam. Malah, dengan adanya Batu Bersurat Terengganu menunjukkan bahawa sejak permulaan kurun ke-8 H / ke-14 M masayarakat Melayu sudah pun menyempurnakan huruf Jawi sepenuhnya iaitu mengambil semua 29 huruf Arab dengan tambahan 5 huruf Jawi. Seterusnya, catatan yang kedua ialah Batu Nisan Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung yang amat menarik kerana mengandungi dua sistem tulisan sekaligus iaitu tulisan Jawi pada penampang Timur dan Barat dan tulisan Kawi pada penampang Utara dan Selatan yang boleh dilihat dalam gambar yang dilampirkan. Perkara ini menjadi menarik kerana kandungan dalam tulisan Jawi berbeza dengan kandungan tulisan Kawi kerana seni khat Jawi tidak begitu tinggi nilainya bahkan terpengaruh dengan seni tulisan Kawi dan kandungan kedua-dua penampang Jawi itu adalah sama iaitu menandakan makam Syeikh Ahmad Majnun yang mati pada 801 Hijrah ( 1467/8 Masihi ) . Walaupun timbul perbezaan dalam batu nisan tersebut tetapi kandungan kedua-dua sistem tulisan itu dengan jelas menunjukkan pengaruh Islam iaitu dimulai dengan Basmallah.

Peranan lain yang dinyatakan ialah manuskrip dan teks Jawi sebagai pencatat ilmu Islam dan persuratan Melayu sepanjang zaman. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sepucuk surat Surat Ternate yang bertarikh 1522 M iaitu di sebelah Timur Kepulauan Indonesia yang tertulis dalam tulisan Jawi walaupun ditujukan kepada Raja Portugal yang menunjukkan bahawa kemerebakan sistem tulisan Jawi dan agama Islam ke sebelah Timur Kepulauan Melayu. Malah, sebuah kitab terjemahan daripada Aqaid al-Nasafi karya Abu Hafs Umar Najm al-Din al-Nasafi merupakan antara bukti teks awal tentang kemasukan sebuah karya ilmu Islam ke dalam bahasa Melayu iaitu ilmu tauhid yang itu membicarakan ditulis mengikut mengenai pendapat akidah Syed Islam. Terjemahan al-attas yang yang

diperkatakan

M.Naquib

berkemungkinan di Acheh oleh seorang murid Syeikh Muhammad Al-Hamid di atas arahan beliau sendiri. Manakala, kitan-kitab Bahr al-Lahut oleh Abdullah Arif dan Umm al-Barahin oleh al-Sanusi dikatakan diajarkan di Melaka pada zaman kesultanannya yang membuktikan dengan jelas tradisi pengajian dan persuratan ilmu Islam yang kukuh di Melaka sejak tahun 500 dahulu lagi. Kesemua persuratan itu ditulis dalam tulisan Jawi yang terus menerus digunakan oleh bahasa Melayu sehinggalah ke pertengahan kurun ke-20 apabila ratusan kitab agama Islam telah dihasilkan untuk memenuhi tradisi pengajian secara pondok yang ditubuhkan di merata pelosok Asia Tenggara selaras dengan tersebar luasnya penganutan agama Islam. Seterusnya, kehebatan penggunaan tulisan Jawi telah mewujudkan kitab kuning yang menjadi warisan gemilang persuratan Melayu Islam yang bermula pada separuh kedua kurun ke-19 M di mana kitab-kitab Jawi yang diberi nama sebagai kitab kuning mula dicetak apabila sebuah pencetak kerajaan di Mekah didirikan pada 1884 dengan editor pertamanya Syeikh Ahmad Muhammad Zain al-Fatani. Ramai lagi pencetak yang timbul sewaktu itu antaranya pencetak di Kaherah iaitu Mustafa al-Babi dan juga di Bombay yang seterusnya pencetak syarikat pencetak tempatan muncul untuk mencetak kitab kuning tersebut. Hal ini sekaligus memastikan bahawa segala ilmu yang disebarkan menggunakan tulisan Jawi dapat disimpan turun temurun kerana dicetak dengan elok sekaligus memastikan tulisan itu tidak akan pupus.

Peranan tulisan Jawi dalam sisitem pendidikan pula ada dijelaskan dalam kertas kerja yang disediakan oleh Dato Mohd.Mokhtar Shafii yang bertajuk Pelaksanaan Tulisan Jawi Dalam Sistem Pendidikan Malaysia yang mengatakan bahawa masyarakat Malaysia hari ini tidak banyak menggunakan tulisan Jawi kerana umumnya masyarakat kita lebih suka dan merasa selesa menulis dan membaca Rumi.Menurut beliau, sememangnya tulisan jawi diaplikasikan atau dimasukkan ke dalam sistem pendidikan iaitu di pra sekolah, tulisan Jawi telah diajar kepada kanak-kanak Melayu secara yang mudah dan asas bagi mengenai huruf Jawi iaitu alif, ba, ta dan sebagainya.Manakala di peringkat sekolah rendah pula tulisan Jawi diajar melalui pelajaran pendidikan Islam tetapi tidak diberi tumpuan khusus memandangkan guru-guru agama terpaksa memberi keutamaan dari segi ilmu yang perlu diselesaikan kerana mereka tidak mempunyai waktu untuk mengajar tulisan Jawi sekaligus kesannya tidaklah begitu memuaskan. Bagi murid-murid sekolah rendah yang mengikuti pengajian agama Islam di sekolah agama atau pengajian al-Quran dan fardu ain dapat kesempatan yang lebih bagi mempelajari tulisan jawi dan malang bagi murid-murid yang tidak ada kesempatan untuk sedemikian pasti akan tercicir Selain itu, penggunaan tulisan Jawi di peringkat sekolah menengah pula, muridmurid tidak belajar tulisan Jawi tetapi hanya bergantung kepada kemahiran di peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana, mereka sepatutnya mengikuti pengajian pendidikan Islam dalam bahasa Melayu tulisan Jawi kerana buku teks rasmi ditulis dalam tulisan Jawi, tetapi oleh kerana mereka tidak mahir atau kurang mahir atau tidak berminat, mereka beralih kepada buku-buku pendidikan Islam dalam tulisan Rumi. Namun demikian, bagi sekolah menengah agama kebangsaan mempunyai pencapaian kemahiran dalam tulisan Kawi yang lebih baik berbanding sekolah-sekolah lain. Di peringkat pengajian tinggi pula, tulisan Jawi digunakan dan diajarkan mahupun dipelajari oleh mereka disebabkan sebagai satu pengajian struktur dan sistem dalam bahasa Melayu, sebagai seni khat atau kaligrafi, sebagai cabang kesenian Islam serta untuk melahirkan guru-guru bahasa Melayu yang berminat dan kemampuan mengajar tulisan Jawi seperti di sesetengah maktab perguruan pada masa dahulu.

Jadi, rumusannya dapat dikatakan bahawa Jawi sebagai citra dan jati diri bangsa Malaysia kerana satu-satunya milik asli negara bangsa Malaysia ialah bahasa Melayu dengan tulisan Jawinya yang berumur hampir 1000 tahun ini berbanding tulisan Rumi yang digunakan kurang dari 50 tahun. Perkara ini bukan sahaja patut dilakukan di Malaysia, tetapi di Korea, Jepun dan China, bahasa Korea, Jepun dan China ialah milik negara bangsa masing-masing dan setiap rakyat mereka untuk memasuki Universiti mesli mendapat kelulusan bahasa mereka dengan tulisan mereka sendiri supaya dapat dikekalkan dan disemaikan jati diri, citra dan semangat kebangsaan rakyat jelata mereka. Demikianlah juga kita bangsa Malaysia, jika kita kita berasa bangga dengan khazanah warisan bangsa kita dan mahu membina jati diri Malaysia yang tersendiri supaya dibentuk citra asli Negara bangsa Malaysia tersendiri demi perpaduan yang utuh di kalangan rakyat jelatanya, maka haruslah dilaksanakan pelaksanaan yang menaikkan kembali tulisan Jawi di mata dunia. Perkara ini tidak perlu takut diperjuangkan kerana ada sesetengah pihak mengatakan bahawa dengan mempelajari Jawi maka pelajar-pelajar dipaksa masuk Islam merupakan tuduhan yang palsu dan penuh prasangka yang buruk kerana pada zaman penjajah dahulu, pegawai-pegawai penjajah dan pembesarnya bila berhubung dengan Raja-Raja dan pembesar Melayu, mereka menulis dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi. Bahkan seorang ketua Paderi Kristian Werndly telah menterjemahkan Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan Jawi. Jadi, sekiranya semua pelajar menguasai tulisan Jawi tidak akan mengalami kerugian tetapi mereka akan bernilai tinggi kerana dapat menimba secara langsung khazanah warisan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang turun-temurun sebuah tamadun besar di rantau Asia Tenggara iaitu tamadun Melayu sekaligus satu jati diri yang asli dan utuh dapat disemai dan dipupuk sebagai milik khusus Negara bangsa Malaysia.

4.0.

PENUTUP

Berdasarkan hasil tugasan ini, dapatlah disimpulkan beberapa kesimpulan mengenai sejarah tatabahasa ataupun aliran tatabahasa serta tokoh tatabahasa yang terbabit dalam bidang ini iaitu pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai
perspektif. Di kalangan ahli bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya.

Seterusnya, bagitulisanJawi pula, dapat diandaikan bahawa pemartaban tulisan Jawi dalam bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius. Menurut Mohd Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanan dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini, iaitu pendirian orang Melayu itu sendiri. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat dikekalkan dalam persada hari ini. Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnya badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yang lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini. Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan.

Tugas berat ini tidak hanya dipikul oleh seseorang sahaja, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama, khususnya kaum pendidik, perancang pendidikan Negara, pemimpin-pemimpin, pembuat dasar, ketua-ketua jabatan, media massa dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti mendidik masyarakat. Dengan adanya kerjasama semua pihak, insyallah tugas besar ini akan menjadi mudah untuk direalisasikan.

5.0.

REFLEKSI INDIVIDU

5.1.

Ameelia Nazirah bt Mohd Shafiee

Tugasan bagi subjek BMM 3112 : Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Peristilahan telah diterima pada 15 Julai 2013 di bawah bimbingan pensyarah iaitu Encik Manap bin Hamsin. Penyerahan tugas ini buat kali pertama kepada saya dan rakan-rakan telah disisipkan sekali bersama-sama dengan beberapa maklumat yang berkait rapat dengan tugasan yang telah diberikan terutamanya berkenaan dengan semantik bahasa Melayu terutamanya maklumat yang berkaitan dengan sejarah asal-usul bahasa Melayu, Bahasa Melayu Klasik dan Bahas Melayu Kuno. Tugasan yang perlu dilaksanakan secara bertiga dalam satu kumpulan merupakan satu nikmat yang tidak terperi bagi saya, terutamanya apabila dapat berkumpulan dengan rakan yang banyak memberikan kerjasama serta meletakkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Segala urusan dalam mencari sumber rujukan dan perbincangan serta pembahagian tugasan yang telah diagihkan telah berjaya dilaksanakan dengan lancar kerana masing-masing memainkan peranan mereka. Oleh kerana tugasan BMM3112 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Peristilahan ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian tugasan individu dan berkumpulan. Saya dan ahli kumpulan sering berbincang bagi mendapat gambaran keseluruhan berkenaan dengan tugasan. Untuk memudahkan kerja, saya telah berbincang dengan ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Khairil Hakimin dan Saliapizah bt Kadri untuk melakukan undian dalam memilih tajuk bagi melaksanakan tugasan kumpulan. Saya bersama ahli kumpulan telah bekerjasama dalam mencari maklumat dan sumber rujukan yang mampu membantu dalam menyiapkan tugasan tersebut. Saya juga telah berkongsi maklumat dengan kumpulan lain dan kami bersama-sama

bertungkus lumus membantu antara satu sama lain bagi memudahkan segala urusan dalam menyiapkan tugasan ini. Pada awalnya, masalah yang dihadapi oleh saya bersama rakan-rakan kumpulan ialah berkaitan dengan proses pencarian maklumat dan buku yang bersesuaian dengan tajuk tugasan, terutamanya berkaitan dengan tokoh tatabahasa. Saya tidak pasti dan keliru apakah kehendak yang diinginkan oleh pensyarah berkaitan dengan tokoh tersebut, adakah saya perlu menyentuh berkenaan kajian analisis tatabahasa bagi tokoh-tokoh tersebut atau hanya sekadar sumbangan mereka? Bukan itu sahaja, sepanjang melaksanakan tugasan ini, sedikit sebanyak masalah antaranya berkaitan dengan pengetahuan, kefahaman dan penelitian yang perlu teliti terutamanya dalam penulisan mengenai tokoh, peranan tulisan jawi dalam peradaban melayu dan peranan bahasa melayu dalam bidang politik dan sosioekonomi, Walaupun terpaksa berhadapan dengan kekeliruan dan ketidakpastian dalam melaksanakan tugasan akibat daripada kurangnya kefahaman dan pengetahuan dalam subjek ini, saya bersama dengan ahli kumpulan telah berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan banyak membuat rujukan dan mencari sumber yang sahih iaitu sumber rujukan dari internet, jurnal, dan buku ilmiah. Oleh kerana tiada rasa berputus asa yang menguasai diri, saya terus berusaha dalam mencari maklumat bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pembacaan demi pembacaan dilakukan dengan merujuk beberapa maklumat daripada internet mahupun bahan ilmiah. Dengan merujuk beberapa maklumat lain, sedikit sebanyak dapat memudahkan kefahaman saya dalam bidang kajian ayat tersebut. Permasalahan demi permasalahan yang menghampiri berjaya diatasi dengan berkat dan daya usaha dalam menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya. Alhamdulillah, kini tugasan kami berjaya dilaksanakan. Sepanjang pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini telah banyak mendedahkan saya kepada ilmu semantik. Hasil pembacaan daripada pelbagai sumber telah mendedahkan saya kepada ilmu-ilmu yang tidak pernah saya ketahui terutamanya yang berkaitan dengan aliran tatabahasa

dan tokoh tatabahasa tersebut, di samping peranan tulisan jawi dalam peradaban melayu. Oleh itu, kesukaran dan hasil pembacaan yang dilakukan secara konsisten sepanjang melaksanakan tugasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya dalam subjek ini, malah ianya juga berjaya membentuk perkembangan diri individu daripada aspek lain, iaitu kemahiran sosial. Hal ini kerana tugasan yang dikehendaki dilaksanakan secara berkumpulan bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggil, malah kerjasama yang utuh juga perlu dalam kalangan ahli agar konsistensi atau ketekalan dalam perlaksanaan tugasan itu tidak terbantut. Peningkatan dari aspek sosial ini mewakili sikap kerjasama antara ahli kumpulan yang mana masing-masing akan berusaha untuk belajar erti kerjasama dan toleransi dalam memastikan objektif tugasan itu tercapai. Toleransi yang telah dicapai dalam ahli kumpulan adalah semasa pembahagian tugasan yang mana dalam kalangan ahli kumpulan merelakan diri dalam menggabungkan dan melakukan penambahbaikkan sekiranya semua ahli telah siapkan bahagian mereka. Pengalaman melaksanakan tugasan ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran dalam melaksanakan tugasan, ianya memerlukan kemahiran dan

kebijaksanaan serta penelitian terhadap aliran-aliran tatabahasa yang mana ianya bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana dalam mendapatkan kefahaman dalam memahami sejarah-sejarah

perkembangan tatabahasa tersebut. Hasil usaha dan berkat kesabaran yang tinggi membuahkan hasil dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Tugasan ini juga telah memberi kesedaran kepada saya agar sentiasa peka terhadap peranan saya sebagai guru bahasa melayu yang perlu sentiasa mantap dalam sejarah dan perkembangan bahasa Melayu terutamanya apabila masyarakat mula meminggirkan tulisan jawi yang mana tulisan ini merupakan warisan yang pernah digunakan semasa zaman kegemilangan bangsa Melayu. Oleh itu, sebagai seorang guru bahasa Melayu, saya perlu mendalami dan menyemai cinta akan tulisan jawi

dalam kalangan murid kerana tulisan ini semakin hari semakin dilupakan dan mungkin lupus ditelan zaman. . Kesimpulannya, hasil pembacaan yang dilakukan sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada berkenaan dengan ilmu berkaitan dengan sejarah

perkembangan bahasa dan pengetahuan berkaitan dengan peranan tulisan itu sendiri di samping tulisan jawi. Sebagai seorang bakal guru bahasa, saya perlu mengambil tahu berkenaan dengan ilmu bahasa. Pengetahuan secara menyeluruh berkenaan dengan ilmu perlu difahami dan dikuasai oleh guru bahasa seperti saya. Saya berharap tugasan yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya membantu saya dalam penguasaan ilmu berkenaan di samping membentuk perwatakan guru yang lebih baik dalam diri saya.

5.2.

Khairil Hakimin bin Hamidun

Alhamdulillah. Tugasan bagi kerja kursus BMM 3112 telah berjaya dilakukan dengan baik sekali. Saya berterima kasih kepada barisan pensyarah yang tidak lokek masa dan ilmu dalam memberi tunjuk ajar dan juga buat ahli kumpulan yang sentiasa menjadi kumpulan yang hebat dalam memberi kerjasama dan pengalaman yang berharga semasa menjalankan tugas ini. Sebagai refleksi bagi tugasan kali ini, saya belajar untuk memahami mengenai asal usul bahasa kita selepas saya memberi fokus pada tajuk tersebut kerana diberikan tugas untuk menyiapkan dan menelaah sedalamnya mengenai subtugasan tersebut. Antara ilmu tersebut adalah, saya memahami Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Selain itu, secara khususnya, saya mengetahui penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram. Saya juga belajar mengenali tokoh-tokoh tatabahasa yang telah memberi banyak sumbangan pada bidang bahasa melayu ini. Mereka memberi sumbangan pada pembentukan kata, penerbitan makna dalam bahasa melayu. Sepanjang menjalani tempoh membuat tugasan ini, saya berasa cabaran paling utama adalah melakukannya dalam keadaan berpraktikum. Oleh itu, cabaran pengurusan masa adalah perkara yang ingin diperkatakan. Namun, Alhamdulillah. Saya berjaya membahagi masa untuk melakukan tugas ini dan siap dengan jayanya.

Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan sekumpulan yang turut membantu menghasilkan tugasan ini. Budi mereka saya tidak akan lupakan. Sekian.

5.3.

Saliapizah bt Kadri

Pada 15 Julai 2013 merupakan hari soalan tugasan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Peristilahan diberikan kepada kami sekelas. Setelah membaca soalan tugasan tersebut, saya berasa sedikit lega kerana tugasan tersebut memerlukan kami melakukannya secara berkumpulan dan bagi saya ianya dapat membantu dan memudahkan saya dalam menyiapkan soalan tugasan ini dengan bantuan daripada rakan sekumpulan. Tambahan pula, kehendak soalan bagi subjek ini menyentuh mengenai pengetahuan dan kefahaman tentang asal-usul bahasa Melayu, ciri-ciri Melayu Kuno dan Klasik, peranan bahasa Melayu dan peranan tulisan Jawi serta aliran tatabahasa yang boleh dikatakan semuanya telah saya pelajari pada semester dahulu. Namun demikian, saya mulai perasan pada bahagian tokoh tatabahasa sememangnya agak rumit untuk melakukannya kerana memerlukan saya dan ahli kumpulan mencari bahan mengenai yang agak sukar untuk didapati serta memahaminya sehinggakan boleh mengenal pasti aliran tatabahasanya dengan betul. Pada awalnya, saya dan rakan setugas duduk berbincang mengenai tugasan pada bahagian pertama yang memerlukan kami mencari rujukan untuk memperoleh ilmu seterusnya memindahkannya kepada bentuk tugasan yang ringkas dan lengkap. Bagi mencari rujukan, saya dan ahli kumpulan telah pergi ke Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang untuk mencari rujukan bersama-sama serta dengan berbantukan rujukan bahan yang sedia ada tentang asal-usul bahasa Melayu, peranannya, peranan tulisan Jawi dan sebagainya. Berdasarkanbahan yang kami cari bersama, saya dan ahli kumpulan telah membuat undian untuk membahagikannya agar tugasan tersebut lebih mudah, teratur dan cepat disiapkan pada hari yang ditetapkan. Namun sepanjang masa pembuatan kami, sesi perjumpaan akan dilakukan sekiranya salah seorang daripada kami mengalami kesukaran dan kekeliruan semasa memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk tugasan. Seterusnya, semasa menyelesaikan tugasan ini juga, saya dan ahli kumpulan telah banyak berbincang bersama rakan sekelas yang lain agar perkara yang kami buat tidak berbeza sangat daripada yang lain. Malahan, bagi saya sendiri, saya merasakan hubungan antara kami dalam kumpulan dan hubungan dengan rakan sekelas menjadi

semakin erat kerana saling bertukar pendapat dalam menyiapkan soalan tugasan ini. Hal ini disebabkan, fikiran dan pemahaman yang berbeza mengenai aliran tatabahasa dalam tajuk tokoh tatabahasa ini yang sememangnya terdapat kekeliruan kerana pendapat ilmuwan yang berbeza terhadap pembahagian alirant atabahasa ini. Tambahan pula, di Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang ini kurang mempunyai rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan yang banyak sekaligus membuatkan saya dan ahli kumpulan sentiasa berhubung dengan rakan lain bagi mendapat rujukan yang hampir sama. Namun demikian, hal ini dapat diselesaikan dengan merujuk kepada bahan rujukan di laman sesawang yang rujukannya sahih. Masalah yang lain saya hadapi ialah ketika pembuatan soalan tugasan pada bahagian kedua iaitu tugasan individu mengenai aliran tatabahasa serta tokoh tatabahasanya serta peranan tulisan Jawi terhadap peradaban Melayu. Hal ini kerana, saya merasakan ianya lebih sukar kerana memerlukan saya mengetahui setiap jenis bagi setiap jenis aliran tatabahasa berikut dan membahagikannya kepada beberapa orang tokoh tatabahasa yang ada dalam kalangan orang Melayu serta zaman tatabahasanya yang betul. Tambahan pula, jadual kerja dan pembelajaran saya di IPG sangat padat disebabkan saya akan menghadapi tempoh praktikum selama dua bulan pada bulan Julai hingga September ini membuatkan saya mengalami kekangan masa yang sangat terhad untuk membaca dan memahami sendiri untuk menganalisis bahagian tersebut. Ahli kumpulan saya juga mempunyai jadual yang padat serta duduk berjauhan sepanjang tempoh praktikum sekaligus hanya membenarkan kami untuk berbincang bersama sekiranya terdapat sahaja masa senggang di hujung minggu agar masa tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya sekaligus membuatkan saya dan rakan kumpulan menyiapkannya dengan agak tergesa-gesa. Sepanjang pembuatan kerja kursus ini telah banyak memberikan saya pengalaman yang berharga, pengalaman pahit serta perkara yang paling ketara sekali ialah peningkatan ilmu pengetahuan sedia ada saya. Bagi saya pengalaman berharga yang saya kecapi ialah saya berpeluang melakukan tugasan bersama ahli kumpulan saya yang banyak idea dan banyak ilmu pengetahuannya mengenai sejarah

perkembangan bahasa Melayu dan Jawi. Hal ini memberikan saya peluang untuk melihat cara pemikiran mereka membaca sesuatu teks atau bahan untuk mencari ilmu yang penting untuk diingat agar cara ingatan memori saya semakin meningkat. Namun demikian, pengalaman pahit juga saya rasai apabila berlakunya ketidakfahaman mengenai soalan tugasan di mana saya dan rakan kumpulan mempunyai pemahaman yang berbeza sekaligus membuatkan kerja ini tertangguh sehingga mendapat kepastian pensyarah yang seterusnya memerlukan saya membaiki bahagian kerja saya yang sedikit sebanyak mengajar saya erti kesabaran yang tinggi sepanjang bekerjasama dengan rakan sekumpulan. Dari segi peningkatan ilmu pengetahuan pula memang semakin mendalam serta saya makin memahami kepentingan mempertahankan tulisan Jawi di mata dunia ini kerana inilah satu-satunya tradisi yang ada pada kaum Melayu serta masyarakat Malaysia untuk dibanggakan di persada dunia. Berdasarkan pemerhatian saya ketika menyiapkan soalan tugasan ini, banyak mengajar saya menghargai kewujudan tulisan Jawi di persada dunia kerana tulisan tersebut bukan sahaja pernah menjadi lingua franca malah kehebatannya menjadi satu bahasa yang digunakan dalam sebarang aspek dan serata dunia tidak akan merugikan negara sekiranya dimartabatkan menjadi satu matapelajaran wajib yang perlu dipelajari di sekolah. Malah saya juga mulai sedar bahawa kajian mengenai bidang sejarah

bahasa Melayu dan tulisan Jawi ini sebenarnya sesuatu yang menarik dan bagi sayabahasaMelayudantulisanJawiperludimartabatkandandijadikansebagaikebanggaanr akyat Malaysia keranakeistimewaannyasendiri. Kesimpulannya, saya menasihatkan kepada diri saya sendiri untuk mulai cinta akan bidang sejarah bahasa Melayu agar menjadi guru bahasa Melayu yang berilmu pengetahuan sekaligus menjadi seorang tokoh sejarah yang berilmu. Insyaallah

6.0.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Yaakub bin Isa (ed.). (2005). Tulisan Jawi: Warisan Budaya Tidak Nyata, Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Azniah Ismail. (2004). Tranformasi Kod Aksara Berasaskan Unicode Untuk Skrip Jawi, Disertasi Sarjana, Fakulti Teknologi Sains Maklumat, UKM.

Faridah Mohamed. (1997). Bahasa al-Quran dan Hubungannya Dengan Tulisan Jawi: Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah-sekolah Kota Bharu, Kelantan.Disertasi Sarjana Usuluddin Akademi Pengajian Islam.

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

James T. Collins (terjamahan). 2005. Bahasa Melayu Bahasa Dunia; Sejarah Singkat. Jakarta: JL.Plaju

Muhammad Bukhari Lubis, Fatima Salleh, Husniyati Ali, Husaimah Ismail dan Fatimah Sudin. (2006). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM

Muhammad Naquib al-Attas. (1972) Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zainal Abidin bin Ahmad. (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Baharu.

Jurnal Hadhari. ( 2009 ). AwangSariyan. Peranan bahasa dalam Pembinaan insan dan pembangunan masyrakat Hadhari.

Asmah Haji Omar. (1976). Zaba dalam Linguistik : Satu Tinjauan mengenai Aspekaspek Bahasa. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan , Belia Dan Sukan.

Awang Sariyan. (1996). Penyusunan Tatabahasa Melayu : Dari Pelita Bahasa Melayu ke Tatabahasa Dewan dlm. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.

Harimurti Kridalaksana. (1986). Kelas Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : Penerbit PT Gramedia.

Hashim Awang. (1995). Retorika Melayu dari Tanggapan Zaba. Kertas Kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia ( 21- 25 Ogos 1995 ). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1976). Pendeta Zaba : Suatu Penghormatan dlm. Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan ( Esei-esei Penghormatan kepada Pendeta Zaba ). Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan.