Anda di halaman 1dari 9

PENULISAN JURNAL

MINGGU 1 ( 15 JULAI 2013 19 JULAI 2013 )

1. Masalah Sepanjang minggu pertama berada di Sekolah Kebangsaan Sungai Rus, tidak banyak masalah yang dihadapi saya kerana pada minggu ini kami lebih kepada untuk mengenali persekitaran sekolah dan para murid-murid. Namun, terdapat masalah yang pasti iaitu kesukaran mengenal pasti dan mengingat nama murid serta terdapat murid yang terlalu malu apabila disoal semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya juga mengalami masalah dengan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

2. Analisis Saya mengalami masalah dalam mengingat nama murid-murid kerana saya dikehendaki mengajar murid-murid daripada kelas yang berbeza setiap minggu. Sebagai contoh, interaksi saya bersama murid-murid tahun 5 Tekun hanya diperuntukkan selama sekali seminggu. Maka, saya perlu memikirkan perlbagai kaedah bagi membolehkan saya mengingat nama mereka. Saya juga berhadapan dengan situasi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran bahasa seperti menulis dan membaca. Walaupun murid-murid ada yang dapat membaca dengan baik, namun dari aspek kefahaman mereka pula, yang mana mereka mengambil masa dalam memahami perkara yang dibaca. Saya mendapati saya perlu mengambil masa dalam menerangkan perkara yang telah mereka baca. Selain itu, ketika sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan dalam setiap kelas, saya mendapati kebanyakkan murid begitu takut untuk mencuba menjawab soalan yang diajukan kepada mereka. Murid-murid ini seolah-olah khuatir akan jawapan yang diberikan jika salah. Mereka tidak yakin dan merasakan kesalahan dalam

menjawab itu seolah-olah seperti satu kesalahan, sedangkan proses pembelajaran menerima setiap kesalahan bagi mengukuhkan perkara yang dipelajari.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki

1. Saya perlu sentiasa merujuk senarai nama dan perlu sentiasa memanggil nama mereka bagi proses pengecaman. 2. Pelbagaikan aktiviti yang mampu menarik minat mereka supaya motivasi untuk belajar dapat ditingkatkan. 3. Selalu memberikan penghargaan kepada mereka adalah antara cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam proses menjawab soalan walaupun jawapan yang diberikan itu salah. 4. Memerlukan bimbingan guru pembimbing untuk meningkatkan kemahiran bahasa murid-murid. 5. Namun begitu, sifat tegas lebih diperlukan bagi sesetengah aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

4. Tempoh Masa Masalah yang telah saya kenal pasti ini akan cuba diatasi dalam tempoh masa seminggu untuk mengenali mereka dan mengenal cara pembelajaran yang mereka suka.

5. Penilaian Kejayaan Penilaian semasa saya mengajar adalah amat diperlukan kerana ia dapat memastikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di langkah yang betul. Maka, saya amat mengharapkan bantuan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dapat menolong saya supaya dapat meningkatkan dari semasa ke semasa. Saya juga akan

meminta kerjasama para guru serta kaki tangan sekolah untuk memberi penilaian dan pendapat untuk menyelesaikan masalah ini.

6. TindakanSusulan Semasa berada di sekolah, saya akan lebih bersikap terbuka dalam meminta idea dan pendapat orang lain supaya masalah yang saya hadapi ini tidak terjadi pada minggu yang akan datang.

Pelajar ( )

Guru Pembimbing ... ( )

Pensyarah Penyelia ... ( )

PENULISAN JURNAL
MINGGU 2 ( 22 JULAI 2013 25 JULAI 2011 )

MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID-MURID LUAR BANDAR

1.

Isu / Masalah Sepanjang melaksanakan pemerhatian dan pembelajaran dan pengajaran

bersama-sama dengan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, saya mendapati suasana persekitaran di sekolah tersebut ternyata sama sekali berbeza dengan suasana ketika saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor. Pemerhatian selama seminggu ini telah memperlihatkan kepada saya perbezaan yang ketara antara murid-murid luar bandar dengan murid-murid bandar. Penerimaan pembelajaran murid-murid luar bandar dan murid-murid luar bandar memperlihatkan perbezaan yang ketara ini kerana saya mendapati murid-murid luar bandar telah mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dan pengajaran dengan baik namun tidak seaktif murid-murid di bandar, iaitu murid-murid ini sangat tidak yakin untuk bercakap ketika mengadakan sesi soal-jawab dan aktkviti bertutur dan mendengar. Hasil pemerhatian saya terhadap masalah ini, saya mendapati murid-murid ini berasa kurang yakin untuk bercakap dan mengemukakan pandangan atau idea apabila dikehendaki oleh mereka untuk berada di hadapan dan berkongsi cerita bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati masalah ini juga adalah disebabkan kekurangan pendedahan kepada bahan bacaan yang membantu mereka dalam meningkatkan pengetahuan am mereka. Jika dilihat penguasaan mereka dalam kemahiran menulis dan membaca, saya merasakan keadaan ini yang paling mengecewakan sekali. Oleh kerana saya telah

diberi peluang untuk mengajar tiga tahap murid yang berbeza, iaitu murid daripada kelas pertama, kedua dan terakhir, saya mendapati masih terdapat masalah dalam penguasaan bahasa mereka. Semasa melakukan pemerhatian dan pengajaran dalam kelas 5 Tekun, iaitu kelas pertama, murid-murid ini tidak mengalami masalah 3M, namun murid-murid ini mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran menyatakan pandangan dan pendapat semasa sesi soal-jawab sedang dijalankan. Bagi murid-murid kelas pertengahan pula, mereka menghadapi masalah dalam mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Aktiviti yang telah saya jalankan bersama mereka memperlihatkan ejaan yang dipengaruhi oleh bahasa seharian iaitu dalam sms seperti perkataan bawa dieja dengan bawak. Dalam kelas pertengahan itu, walaupun mereka telah menguasai kemahiran membaca dengan baik, namun bagu kemahiran menulis masih memerlukan latihan secara berterusan kerana mereka masih lagi mengalami masalah dalam proses ejaan. Jika melihat kepada masalah yang dihadapi dalam kalangan murid-murid tahap lemah pula, saya mendapati murid-murid ini majoriti mengalami masalah dalam menceritakan perihal sesuatu. Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai masalah dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada rakan-rakan walaupun pada hakikatnya mereka sudah menghafal ayat tersebut.

2.

Analisis

Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Tiga hingga lima orang murid yang berani memberikan respon yang aktif semasa sesi soal-jawab tentang topik yang dipelajari. b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran membaca tetapi mempunyai masalah dalam ejaan.

c. Guru memakan masa yang banyak dalam memberikan penerangan dan bimbingan kepada murid-murid ketika menjalankan aktiviti bertutur. d. Apabila guru memberi arahan untuk menulis, terdapat murid-murid yang belum pandai menulis akan meminta bantuan rakan yang sudah mahir dan meniru perkara yang telah disalin oleh rakannya. Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran bahasa seperti menulis, membaca dan tutur-dengar amat penting dalam memupuk nilai kendiri murid iaitu bukan sahaja membantu mereka dalam menguasai dalam sesuatu mata pelajaran, malah ianya juga membantu murid melaksanakan sesuatu tugasan pada hasil kerja mereka sendiri. Hal ini secara tidak langsung membantu murid-murid dalam membantu meningkatkan keyakinan diri mereka. Kelemahan murid-murid yang gagal menguasai kemahiran berbahasa dengan baik telah menjadikan masa lebih banyak terbuang dalam membimbing mereka dan telah mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya tidak mencapai objektif yang diingini.

3.

Cadangan Untuk Memperbaiki Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya merasakan adalah perlu bagi

saya untuk merendahkan aras agar mudah diikuti oleh murid-murid. Saya juga merasakan saya tidak boleh meletakkan objektif yang terlalu banyak dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran terutama dalam kelas yang mempunyai masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa. Sebagai cadangan penambahbaikkan, saya perlu menjalankan sekurang-kurangnya dua aktiviti. Bagi mengatasi masalah ini juga, saya perlu dikehendaki menurunkan aras mengikut kesesuaian murid-murid dan tahap mereka. Saya mendapati Rancangan Pengajaran Tahunan yang disediakan oleh kebanyakkan sekolah-sekolah mengikut aras yang telah diberikan dalam buku teks Bahasa Melayu dan saya mendapati aras-

aras yang diberikan adaah terlalu tinggi bagi murid-murid saya. Oleh itu, saya perlu menurukan aras mengikut kesesuaian murid-murid yang lemah. Sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan guru pembimbing, saya mendapati Puan Norazura mahu saya menekankan latih tubi kepada murid-murid. Hal ini kerana hanya dengan latihan murid-murid akan lebih banyak melihat kesalahan mereka dan akan membetulkan serta mengetahui kesalahan bahasa yang dilakukan oleh mereka. Edwars L.Thorndike (1889), yang telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Hal ini terbukti dalam kajiannya yang menggunakan beberapa jenis haiwan seperti kucing. Daripada kajiannya ini, beliau berjaya membentuk tiga hukum pembelajaran dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike percaya bahawa sekiranya latih tubi berlaku, kesan terhadap sesuatu pembelajaran dapat dilihat dalam jangka masa panjang, pendek kata kaedah latihan berulang-ulang (latih tubi) ini membantu dalam mengukuhkan sesuatu kemahiran yang dipelajari.

4.

Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang dan dapat menyiapkan aktiviti lembaran kerja yang diberikan.

5.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah dalam pembelajaran bahasa; a. Memberikan bimbingan yang lebih banyak kepada murid-murid.

b. Melaksanakan aktiviti hands-on bersama murid-murid bagi mengukuhkan kefahaman mereka. c. Memberikan galakkan dan pengukuhan kepada murid-murid seperti hadiah atau coklat bagi murid-murid yang mencuba dan melibatkan secara aktif dalam proses p&p. d. Setiap murid akan diberikan latihan yang sama jika berlaku masalah penguasaan dalam topik yang dipelajari.

6.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penguasaan dalam kemahiran 3M termasuk kemahiran bertutur-mendengar ini adalah merupakan satu kemahiran yang penting dikuasai oleh murid-murid. Ini bukan sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yang dilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi murid-murid dalam penguasaan dalam pembelajaran. Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira kerana masalah dalam penguasaan 3M dan kemahiran bahasa yang lain akan merencatkan pengetahuan mereka sekaligus mereka akan banyak ketinggalakan dalam banyak perkara. Proses pendidikan masa kini telah berkembang dengan terlalu pantas, dan jika murid-murid ini tidak menguasai kemahiran bahasa dengan baik maka mereka telah banyak ketinggalan dalam banyak perkara.

Pelajar ( )

Guru Pembimbing ... ( )

Pensyarah Penyelia ... ( )

Anda mungkin juga menyukai