Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPI 2014

January 10, 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU IMBAN D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH SELANGAU 96000 SIBU SARAWAK

KERTAS KERJA

Sambutan
MAULIDUR RASUL
ANJURAN: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL SK PENGHULU IMBAN, SELANGAU

TARIKH : 17 JANUARI 2014 / 15 RABIULAWAL 1435H

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU IMBAN

TEMA : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPI 2014 1.0 PENDAHULUAN

January 10, 2014

Bersempena dengan bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw, Panitia Pendidikan Islam dan Moral SK Penghulu Imban berusaha untuk mengadakan aktiviti serta program bagi mengenang dan memuliakan junjungan besar ini. Sambutan Maulidur Rasul di peringkat sekolah ini merupakan kesan daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah saw. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga menjadi umat baginda, sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda di dalam Al-Quran : Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia (Al-Qalam : 4)

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di sekolah. Pada tahun ini, perancangan aktiviti telah dibuat dan akan melibatkan semua guru dan murid Islam, bertepatan dengan tema pada kali ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah. Pelaksanaan majlis ini bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad saw di samping menghayati sirah hidup baginda. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada murid-murid supaya mencontohi akhlak dan budi pekerti mulia yang dimiliki oleh rasulullah saw. Di samping itu, perasaan cinta dan kasih akan timbul terhadap Allah swt dan Rasulullah saw.

2.0

MATLAMAT

Maulidur Rasul merupakan hari kebesaran umat Islam seluruh dunia yang diraikan setiap tahun demi memupuk kecintaan terhadap Nabi Muhammad saw dengan mengikuti agama dan cara hidupnya, mengamalkan sunnahnya, mematuhi perkataan dan perbuatan baginda dalam segala keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya.

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPI 2014 3.0 OBJEKTIF

January 10, 2014

3.1 Mengingati dan mengagumi kebesaran Allah swt di samping memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Islam. 3.2 Mengasihi dan menyayangi Nabi Muhammad saw dan mengamalkan sunnah yang dibawa Baginda. 3.3 Murid dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi Muhammad saw. 3.4 Menimbulkan semangat, jati diri yang cekal, gigih dan berkeyakinan tinggi dalam kalangan murid-murid. 3.5 Mewujudkan kerjasama dan semangat saling membantu di antara sesama guru dan murid dalam pasukan.

4.0

PENYERTAAN DAN KUMPULAN SASARAN

Melibatkan semua murid, ibu bapa dan guru-guru SKPI yang beragama Islam.

5.0

KAEDAH / METODOLOGI

1. Ceramah. 2. Selawat beramai-ramai / berqasidah.

6.0

BUTIRAN PROGRAM

Berikut merupakan butiran program : Tarikh Hari Masa Tempat : 17 Januari 2014 / 15 Rabiulawal 1435H : Jumaat : 9.00-11.15 pagi : Bilik Pendidikan Khas, SK Penghulu Imban

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPI 2014 7.0

January 10, 2014

JAWATANKUASA INDUK DAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat Pen. Penasihat

: Cikgu Andrew Sirai Ak Benang (Guru Besar) : Cikgu Husun Igang (PK Kurikulum) Cikgu Desmond Ak Pengabang (PK Hem) Cikgu Buyu Ak Manggai (PK KK) Penyelaras Program : Ustazah Nurul Solehah binti Mohd Zubir (Panitia Pendidikan Islam & Moral) Penceramah : Ustaz Wan Muhammad Aminurdin Baqi bin Wan Hassan

7.1.Ahli Jawatankuasa Pelaksana 7.1.1.AJK Buku Program Ustaz Wan Muhammad Aminurdin Baqi bin Wan Hassan Cikgu Siti Rozainie Binti Mat

7.1.2.AJK Siaraya Cikgu Mohamad Azfar bin Omar Cikgu Siti Mazullah binti Abdullah

7.1.3.AJK Persiapan Tempat Cikgu Ilham Bin Noh Cikgu Siti Noorsuhanizan binti Idris Cikgu Samsiah binti Yusof

7.1.4.AJK Backdrop Ustazah Nurul Solehah binti Mohd Zubir Cikgu Nor Aziah binti Kassim Cikgu Tarhah binti Ghazali Cikgu Khirun Syazwan binti Ahmad

7.1.5.AJK Dokumentasi Cikgu Faaiezah Tong Abdullah Cikgu Siti Fatimah Zahara Bt Mohd Yusof

7.1.6.AJK Kebersihan Semua Guru

7.1.7.AJK Disiplin dan Kawalan Murid Cikgu Rosiah Binti Jamali Cik Rahani Ariffin 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKPI 2014 8.0 TENTATIF PROGRAM

January 10, 2014

8.50 pagi

: Murid dan ibu bapa berkumpul di dalam Bilik Pendidikan Khas

9.00 pagi

: Perarakan Maulidur Rasul serta Selawat dan Berqasidah secara beramai-ramai

10.00 pagi 10.30 pagi 11.15 pagi

: Rehat : Ceramah Maulidur Rasul berserta doa selamat : Majlis bersurai

9.0

PENUTUP

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan dapat memotivasikan muridmurid untuk lebih mengenali Rasulullah sebagai utusan dari Allah dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Selain itu, ia juga dapat mendidik dan membangunkan diri mereka serta membentuk ketahanan jiwa dalam menghadapi pengaruh persekitaran. Justeru, mereka dapat menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan ataupun Qudwah Hasanah dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, (NURUL SOLEHAH MOHD ZUBIR) Panitia Pendidikan Islam & Moral, SK Penghulu Imban.

Disahkan oleh,

......................................... ( ANDREW SIRAI AK BENANG) Guru Besar, SK Penghulu Imban.