Anda di halaman 1dari 2

Falsafah Pendidikan Barat yang Sesuai Dengan Sistem Pendidikan Malaysia Masa Kini Kami berpendapat bahawa falsafah

rekonstruktivsme adalah falsafah yang paling sesuai digunakan pada masa kini. Hal ini demikian kerana konsep falsafah ini mengatakan bahawa sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru dan ia menekankan pencapaian kesejahteraan diri serta membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran. Matlamat ini dapat memberi kesedaran kepada generasi muda agar mereka dapat berinteraksi dengan rakyat berbilang kaum dengan sejahtera terutamanya di negara Malaysia. Selain itu, falsafah rekonstruktivsme ini sesuai untuk pelajar masa kini kerana kurikulum falsafah ini terdiri daripada bidang sains sosial khususnya mata pelajaran kajian sosial yang fokus kepada kecenderungan semasa dan masa depan, di samping isu-isu tempatan dan antarabangsa. Kurikulum sebegini dapat merangsangkan perasaan ingin tahu pelajar di samping meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap isu-isu semasa serta isu-isu masa hadapan. Dengan ini, pelajar tidak akan ketinggalan zaman dan dapat sentiasa peka terhadap benda-benda yang berlaku di sekeliling mereka. Kurikulum falsafah ini turut dapat menjana idea-idea pelajar tentang kaedah penyelesaian isu-isu semasa seperti konflik sistem pendidikan, pencemaran air dan udara, pembuangan bayi dan sebagainya. Di samping itu, falsafah rekonstruktivsme sesuai untuk pelajar masa kini kerana kaedah pengajaran falsafah ini adalah berpusatkan murid dan menitikberatkan penyelesaian masalah melalui aktiviti, sumbangsaran, main peranan dan simulasi. Kaedah ini dapat membimbing pelajar agar bersifat aktif dalam mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam atau luar bilik darjah. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting dalam kaedah pengajaran ini iaitu sebagai agen perubahan dengan sentiasa bersifat kreatif dan inovatif. Melalui kaedah ini, pelajar boleh bebas memberi pendapat dan idea sendiri yang relevan dan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan dalam bilik darjah. Dengan ini, kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi mereka dapat dipertingkatkan.

Tambahan pula, falsafah rekonstruktivsme dapat mendedahkan pelajar terhadap teknologi maklumat terkini seperti komputer riba, papan hitam cerdas, e-book dan sebagainya. Pelajar akan mendapat peluang untuk mempelajari dan menguasai kemahiran penggunaan alat-alat ICT yang moden ini. Dengan adanya generasi muda yang maju, maka terbinalah Negara bangsa yang progresif.

Anda mungkin juga menyukai