Anda di halaman 1dari 2

Objektif Standard Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan: 1.

Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia sains di sekeliling mereka, 2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, 3. Meningkatkan daya kreativiti murid, 4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains 5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis,kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, 6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya, 7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar. http://sains4u.blogspot.com/2010/11/matlamat-dan-objektif-kssr-dst.html

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula tahun ini adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. Beliau yang juga Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berkata kurikulum itu turut bersandarkan enam tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Pembaharuan lain diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/01/isu-pendidikan-kssr-kurangkan-tekanan.html

Matlamat dan objektif Meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komu n i k a s i d a n maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai

Anda mungkin juga menyukai