Anda di halaman 1dari 48

KOLEKSI SENI WIRAWAN

PANDANGAN MAKRIFAT
OLEH : SUHADI SAHARI

TIADA DI PASARAN !

BUKU INI MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA KOLEKSI KITABKITAB-KITAB SENI WIRAWAN YANG LUAR BIASA DARIPADA KAMI .
Suhadi Sahari 2007

PANDANGAN MAKRIFAT
OLEH : SUHADI SAHARI

Suhadi Sahari 2007

HAKCIPTA TERPELIHARA Semua hak adalah terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada buku ini yang boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada pemiliknya.

Suhadi Sahari.

Edisi pertama 2007

PERINGATAN Maklumat yang terkandung di dalam buku ini disediakan seperti seadanya tanpa sebarang waranti sama ada dinyatakan atau sebaliknya, termasuk tanpa sebarang pembatasan waranti mengenai ketepatan, kelengkapan atau keputusan yang diperolehi daripada penggunaan maklumat ini. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kekurangan atau ketidaktepatan mengenai maklumat tersebut dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan sama ada secara langsung, tidak langsung atau secara kebetulan akibat daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam buku ini.

Suhadi Sahari 2007

KANDUNGAN

MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA


PANDANGAN ROHANI PENGLIHATAN MATA BATIN TEMBUS MATA PANDANGAN MAKRIFAT PEMBUKA MATA HATI PEMBUKA HIJAB GERBANG MAKRIFAT PEKA SEWAKTU TIDUR SEMBAHYANG PETUNJUK JIWA YANG HIDUP KETAHUI PENDAMAN SIHIR KEHILANGAN KELUARGA BALIK KE RUMAH MENCARI BARANG HILANG KEHILANGAN BARANG KEHILANGAN BARANG 2 KEHILANGAN BARANG 3 KEHILANGAN BARANG 4 MENCARI PENCURI SEBENAR CARI PENCURI MELALUI MIMPI KETAHUI PENCURI KETAHUI PENCURI 2 MELIHAT PENCURI MELIHAT PENCURI 2 PENGUJI SERBAGUNA MENCARI ORANG BERSEMBUNYI MENDAPAT YANG BAIK KEMBALI INGAT TERSESAT TERSESAT 2 TERSESAT 3 TERSESAT 4 MINDA CERGAS OTAK CEMERLANG KEFAHAMAN KEJERNIHAN JIWA PEMBERSIH HATI HATI SUCI HATI YANG HIDUP KUAT INGATAN DOA PENERANG HATI DOA LIMPAH HIKMAT DOA ILHAM MALAIKAT DOA PEMBUKA HIKMAT CAHAYA PENGERTIAAN PENGINGAT HILANG BEBAL SYAIR PEMBUKA PENERANG HATI

4 5
5 5 5 5 6 6 6 6 8 9 9 10 10 10 11 11 11 11 11 12 13 13 13 13 14 14 15 15 16 16 17 17 17 18 18 19 19 19 20 20 21 21 22 22 23 23 23 24 24

Suhadi Sahari 2007

MUDAH HAFAL OTAK CERDAS FIKIRAN TENANG PEMBERSIH HATI PENGETAHUAN SEMPURNA MUDAH BERFIKIR PEMBUKA HATI ASMA PENERANG ASMA KEFAHAMAN ASMA HIKMAH PELAPANG DADA PEMBUKA RAHSIA TAJAM INGATAN ISIM AZAM ISIM AZAM 2 YASIN PERMINTAAN YASIN PERMINTAAN 2 AYAT 5 RAHSIA BISMILLAH 6 RAHSIA BISMILLAH BISMILLAH HAJAT PUSAKA NABI SULAIMAN PENCAPAI HAJAT

24 24 24 25 25 25 25 25 26 26 26 26 26 27 27 27 28 28 29 30 31 31 31

B) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB


ROHANI YASIN KHADAM AYATUL KURSI KHADAM QULHUALLAH DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI SERU WALI-WALI AMALAN 1 MINGGU MELIHAT PERKARA GHAIB KHADAM PENGGERAK KHADAM PENJAGA WAKTU

32
32 32 33 34 35 36 38 38 38

C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT


MELIHAT DALAM MIMPI MELIHAT NASIB MELIHAT PENCURI MENGETAHUI PENCURI TERANG HATI AIR PENERANG PENERANG HATI KETAHUI PENCURI

40
40 40 41 41 41 41 42 42

D) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA


DOA JADI DI MATA PANDANGAN MATA BATIN KALIMAT SERBAGUNA SESAT ILMU BELIAN FATIHAH 70

43
43 43 43 44 44 44

Suhadi Sahari 2007

YASIN PENERANG HATI AIR YASIN

44 44

PENUTUP

45

Suhadi Sahari 2007

KATA PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Buku ini merupakan salah satu daripada kitab-kitab Koleksi Seni Wirawan (rujuk lampiran) yang luar biasa daripada kami. Koleksi tersebut meliputi pelbagai tajuk yang sukar ditemui dan jarang didengar. Buku ini diberi nama Pandangan Makrifat dan ia tidak akan anda temui di mana-mana kedai buku sekalipun. Ia diberi nama sedemikian bersesuaian dengan jumlah isi kandungan di dalamnya yang mempunyai 4 tajuk utama, 98 tajuk lanjutan serta pelbagai amalan kemakrifatan dan penglihatan mata batin sebagai pelengkap. Buku ini telah diilhamkan berdasarkan catatan dan koleksi peribadi penulis sendiri yang mula dihimpun sejak tahun 1989 lagi. Kini, ia telah dibukukan buat pertama kalinya untuk tatapan umum. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk menambah serta mempelbagaikan ilmu pengetahuan masyarakat kita selain menjadikannya sesuatu yang berguna untuk kehidupan dunia dan akhirat. Dengan kata lain, kerana Allah Taala. Sebelum para pembaca meneliti serta melakukan amalan-amalan yang terkandung di dalam buku ini, terlebih dahulu kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang benar,

Suhadi Sahari (Penulis)

Suhadi Sahari 2007

A) AMALAN MELALUI AL-QURAN DAN DOA


PANDANGAN ROHANI

Bacalah Ayatul Kursi sebanyak 1000 kali sehari semalam (atau terus-menerus) selama 40 hari. InsyaAllah, anda akan diberikan pandangan rohani oleh Allah iaitu mengetahui, melihat, mendengar dan merasa sesuatu dengan upaya batin. Amalkanlah. PENGLIHATAN MATA BATIN

Amalkanlah membaca Ya Baathin (maknanya: Zat Allah yang tidak dapat dilihat) sebanyak 300 kali setiap sembahyang fardu yang 5 selama 1 bulan. Insya-Allah, anda akan dikurniakan penglihatan mata batin iaitu mengetahui segala rahsia yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar. Dengan izin Allah, meskipun suatu yang berada di dasar laut akan dapat diketahui dengan mata hati. Pantang semasa beramal: Jangan makan sesuatu yang bernyawa termasuk daging dan telur. TEMBUS MATA

Ambilkan air hujan yang turunnya terus dari langit pada malam Jumaat ke dalam sebuah bekas. Kemudian, pada tengah malamnya sediakanlah sebuah pinggan atau mangkuk putih dan tuliskan kalimah Allah dengan tulisan Jawi seperti di atas menggunakan tinta Jafaran, air mawar, air kunyit, air madu dan seumpamanya. Insya-Allah, pada malam tersebut anda akan bertemu dengan sesuatu yang luar biasa atau benda-benda yang ghaib (sama ada dalam sedar atau dalam mimpi). Amalkanlah amalan ini setiap Jumaat sehinggalah anda benar-benar sebati dengannya. Jika anda telah sebati dengan amalan ini, dengan izin Allah anda dapat melihat, mendengar dan merasa sesuatu yang ghaib dan terlindung yang tiada dapat dicapai oleh manusia biasa (atau mata kasar) dengan izin Allah. PANDANGAN MAKRIFAT

Suhadi Sahari 2007

Tuliskan asma Allah atau Ar-Rahman di atas pada pinggan putih dan lunturkan dengan air zam-zam, air hujan atau air mawar dan minumlah. Insya-Allah, anda akan ditetapkan iman dan diterangkan hati hingga mampu melihat benda-benda ajaib dan ghaib dengan izin Allah. PEMBUKA MATA HATI

Amalkanlah membaca Ya Nuur sebanyak 256 kali setiap hari. Insya-Allah, hati dan jiwa akan terang dengan cahaya iman dan kemakrifatan. Anda akan dibukakan mata hati untuk penglihatan hati nurani dengan izin Allah. Maknanya: Allah adalah Cahaya dari segala cahaya. PEMBUKA HIJAB

Amalkan membaca Ya Zhaahir sebanyak 1106 kali setiap selesai sembahyang selama 1 bulan dalam keadaan berkhalwat (bersendirian). Insya-Allah, Allah akan membukakan pintu hijab kepada anda iaitu membuka rahsia yang pelik-pelik, ajaib dan tersembunyi seta diberikan kepada anda kefahaman tentang ilmu dan hikmat yang sukar-sukar. Maknanya: Allah yang kekuasaanNya tampak nyata. GERBANG MAKRIFAT

Amalkanlah membaca Ya Waalii sebanyak 10,000 kali pada siang hari. Insya-Allah, akan dibukakan oleh Allah pintu gerbang makrifat di dalam hati anda. Maknanya: Allah yang Maha Menguasai. PEKA SEWAKTU TIDUR

Suhadi Sahari 2007

Suhadi Sahari 2007

Wiridkan ayat-ayat di atas sebelum anda tidur. Insya-Allah, anda akan menjadi peka walaupun anda tidur. Walaupun dalam tidur yang lena, anda akan sedar sekiranya terdapat sesuatu gangguan yang nyata atau yang ghaib bakal mengenai diri anda. Insya-Allah. SEMBAHYANG PETUNJUK Sembahyang Istikharah adalah sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya untuk meminta petunjuk daripada Allah sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum tidur, berwuduklah dan lakukanlah sembahyang Istikharah 2 rakaat dengan niat berikut:

Pada rakaat pertama, bacalah Surah Al-Kafirun (setelah Al-Fatihah ) dan pada rakaat ke-2 pula, Surah Al-Ikhlas 1 kali. Setelah memberi salam, bacalah doanya seperti di bawah:

(Sebutkan apa yang ingin anda ketahui)

(Sebutkan apa yang ingin anda ketahui)

Setelah itu, hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat baginda, para aulia dan sekalian muslimin muslimat. Kemudian, terus tidur dan jangan bercakap lagi.

Suhadi Sahari 2007

Insya-Allah, dalam mimpi anda akan ditunjukkan oleh Allah akan tanda atau alamat pekerjaan anda (pelbagai). Menurut sesetengah kitab, jika terlihat putih, hijau, air mengalir atau anda bangun dengan hati yang gembira dan tenang, ia menunjukkan pekerjaan tersebut baik dan akan menghasilkan kebaikan jua. Jika terlihat hitam, asap atau apabial bangun hati menjadi tidak senang, ia menunjukkan pekerjaan tersebut kurang baik dan hasilnya adalah keburukan jua. JIWA YANG HIDUP

Amalkan membaca Ya Muhyi (maknaya: Allah yang Maha Menghidupkan) sebanyak-banyaknya. Insya-Allah, anda akan dihidupkan hati, zahir dan batin, berjiwa dinamis, dimuliakan martabat, di dunia mahu pun di akhirat. KETAHUI PENDAMAN SIHIR

Suhadi Sahari 2007

Kalau dalam sesuatu tempat atau rumah dikhuatiri terdapatnya pendaman sihir, maka bacalah Surah AtTakwier seperti di atas pada tempat tersebut. Insya-Allah, anda akan diberi petunjuk melalui mimpi dan kuasa sihir tersebut akan punah, tidak akan membinasakan. Amalan ini adalah lebih berkesan sekiranya dibacakan secara beramai-ramai sebanyak 41 kali. KEHILANGAN KELUARGA

Jika anda kehilangan ahli keluarga tanpa sebab-sebab yang pasti atau melarikan diri dari rumah, lakukanlah amalan ini: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bacalah Al-Fatihah 1 kali untuk Nabi Muhammad s.a.w. Bacalah Al-Fatihah 1 kali untuk Khalifah Ar-Rasyidin (iaitu Saiyidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali). Bacalah Al-Fatihah 1 kali untuk Nabi Hidzir dan Balya ibn Mulkan. Bacalah Al-Fatihah 1 kali untuk Sheikh Ahman bin Ali Al-Buuniy. Bacalah Surah Al-Ikhlas 1 kali. Bacalah Surah Al-Falaq 1 kali. Bacalah Surah An-Naas 1 kali. Akhirnya, ucaplah Ya Muiid sebanyak 1240 kali (maknanya: Allah yang mengembalikan).

Insya-Allah, anda dan keluarga anda akan ditemukan kembali oleh Allah. BALIK KE RUMAH

Jika anak bujang (lelaki atau wanita) anda lari dari rumah, bacalah Ya Jaami sebanyak mungkin. Insya-Allah, dia akan balik ke rumah semula dengan izin Allah. Maknanya: Allah yang mengumpulkan. MENCARI BARANG HILANG

10

Suhadi Sahari 2007

Bila anda kehilangan barang, bacalah ayat-ayat di atas. Insya-Allah, barang tersebut akan anda temui kembali. KEHILANGAN BARANG

Jika anda kehilangan sesuatu barang, ucaplah Ya Khaaliq sebanyak 5000 kali setelah melakukan sembahyang 2 rakaat. Insya-Allah, barang tersebut akan ditemukan kembali. Maknanya: Allah yang Maha Pencipta. KEHILANGAN BARANG 2

Jika anda kehilangan barang, berzikirlah dengan menyebut Ya Raqiib sebanyak 312 kali. Insya-Allah, barang yang hilang itu akan anda temukan semula dengan izin Allah. Maknanya: Allah yang Maha Mengawasi. KEHILANGAN BARANG 3

Jika anda kehilangan sesuatu barang, ucaplah Ya Khaaliq sebanyak 5000 kali setelah melakukan sembahyang 2 rakaat. Insya-Allah, barang tersebut akan ditemukan kembali. Maknanya: Allah yang Maha Pencipta. KEHILANGAN BARANG 4

Lazimkan membaca zikir ini (Ya Shamad) sekiranya anda kehilangan barang. Insya-Allah, barang anda akan dikembalikan dengan izin Allah. Maknanya: Allah tempat meminta. MENCARI PENCURI SEBENAR

11

Suhadi Sahari 2007

Jika anda mengesyaki beberapa orang yang mungkin mencuri sesuatu tetapi tidak dapat dibuktikan, maka buatlah makanan (roti, kuih dan seumpamanya). Tulislah makanan tersebut dengan ayat-ayat di atas. Kemudian, undanglah mereka untuk makan bersama. Insya-Allah, Allah akan menampakkan kepada anda siapa pencuri yang sebenarnya. CARI PENCURI MELALUI MIMPI

Apabila rumah anda kecurian, berdirilah di muka pintu (yang pencuri tersebut lalu di situ) atau berdirilah di hadapan almari (yang asal barang tersebut dicuri). Kemudian, bacalah Surah Ath-Thariq sebanyak 40

12

Suhadi Sahari 2007

kali. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan oleh Allah (melalui mimpi) siapa pencuri yang sebenarnya. Bahkan, pencuri tersebut boleh datang sendiri untuk mengembalikan semula barang yang telah dicuri itu. Insya-Allah. KETAHUI PENCURI

(Bacakan sehingga ke ayat)

Sekiranya anda mengesyaki beberapa orang tetapi tidak pasti siapa pencuri sebenarnya, lakukanlah kaedah ini: Belilah beberapa buah kendi, tuliskan setiap satunya dengan nama orang yang disyaki (1 kendi 1 nama). Masukkan jari telunjuk dan jari tengah anda ke dalam lubangnya, lalu angkat. Bacakan Surah Yasin mulai ayat (1) hingga ayat (27) seperti di atas. Lakukan satu-satu. Jika di saat membacakan Surah Yasin kendi tersebut tiba-tiba berputar sendiri, dialah pencurinya. KETAHUI PENCURI 2

Sekiranya anda kehilangan barang atau mengesyaki beberapa orang, tulislah ayat di atas beserta dengan nama orang itu (1 tulisan 1 nama). Kemudian, masukkan kertas itu ke dalam bekas (seperti buyung, baldi, mangkuk dan sebagainya). Mana-mana kertas yang timbul, itulah orangnya. Wallahu alam. MELIHAT PENCURI

Setelah bersembahyang Isya, tuliskan isim di atas pada tangan kanan anda. Semasa ingin tidur, pastikan anda dalam keadaan berwuduk (suci), letakkan tulisan tersebut di bawah pipi kanan. Insya-Allah, akan dinampakkan Allah siapa pencurinya. MELIHAT PENCURI 2

13

Suhadi Sahari 2007

Jika berlaku kecurian, tuliskan ayat di atas pada kertas putih dan letakkan di bawah bantal (tempat tidur anda). Semasa hendak tidur, ambillah air sembahyang, bacakan Surah Al-Fatihah 1 kali, Allahumma salliala saiyidina muhammad 3 kali dan Surah Yasin 1 kali. Dengan izin Allah, anda akan melihat dengan jelas siapakah pencuri itu. PENGUJI SERBAGUNA

Untuk menguji sesuatu seperti seseorang itu berbohong atau tidak, barangan itu palsu atau tulen, pilihan anda betul atau tidak dan seumpamanya, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, akan dinampakkan Allah kebenarannya. MENGETAHUI PENIPUAN

Untuk mengetahui seseorang penipu atau sesuatu penipuan (wang palsu, barang palsu dan seumpamanya), bacakan ayat di atas sambil memohon di dalam hati agar dinampakkan oleh Allah. Insya-Allah, identitinya akan terbongkar. MENCARI ORANG BERSEMBUNYI

14

Suhadi Sahari 2007

(Sebutkan namanya berbin/ berbintikan ibunya)

(Sebutkan namanya berbin/ berbintikan ibunya)

Jika ada seseorang yang bersembunyi kerana pelbagai perkara (hutang banyak, jenayah dan seumpamanya), bacalah doa di atas sebanyak 66 kali. Sebaik-baiknya sebelum berangkat untuk sembahyang Jumaat. Insya-Allah, Allah akan menunjukkan kepada anda di mana dia bersembunyi. MENDAPAT YANG BAIK

Sekiranya anda membeli barang atau memilih sesuatu, bacalah ayat di atas. Insya-Allah, Allah akan nampakkan kepada anda barangan yang terbaik untuk dipilih. KEMBALI INGAT

15

Suhadi Sahari 2007

Sekiranya anda terlupa di mana letaknya sesuatu barang yang begitu beharga atau penting, lakukanlah kaedah ini: Bubuhlah tempat tersebut (rumah atau seumpamanya) dengan kemenyan Arab. Lalu, tuliskan ayat di atas pada kertas putih dan leburkan tulisannya dengan air. Air tersebut, siramkan pada 4 penjuru rumah atau tempat tersebut. Awas! Airnya jangan sampai merembes ke lantai. Kuncilah rumah tersebut selama sehari semalam dan pada keesokkan harinya (sebelah pagi), bukalah rumah tersebut. Insya-Allah, sebaik sahaja anda masuk ke rumah itu, anda akan kembali ingat. Malah, anda mungkin akan diingatkan melalui mimpi. TERSESAT

Sekiranya anda tersesat, pungutlah 7 biji kelikil dan bacakan setiap satunya dengan kalimah di atas sebanyak 7 kali. Kemudian, ludahkan 1 kali setiap 1. Kemudian, lemparkan 1 ke kanan, 1 ke kiri, 1 ke depan dan 1 kali ke belakang. 3 biji lagi simpanlah ke dalam saku. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan oleh Allah jalan yang betul. TERSESAT 2

16

Suhadi Sahari 2007

Jika anda azan pada waktu Subuh, tambahkan bacaan di bawah di antara (5) dan (6):

Sekiranya anda tersesat di dalam hutan atau tempat-tempat tertentu kerana perbuatan jin atau makhluk halus, berazanlah di tempat itu seperti di atas. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan jalan yang betul oleh Allah dan segala gangguan halus akan lenyap. TERSESAT 3

Maknanya: Apakan kamu tidak melihat bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah pimpinan Abrahah, gabenor Yaman yang bermaksud merobohkan Kaabah. Bukankan Dia telah menjadikan hasrat mereka gagal seluruhnya. Dia mengirimkan mereka burung-burung berbondongbondong menjatuhi batu-batu berapi. Lalu Dia jadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan ulat.. Sekiranya anda tersesat di dalam hutan atau pelayaran, bacalah Surah Al-Fiil di atas sebanyak 13 kali. Insya-Allah, Tuhan akan memberi petunjuk dan jalan yang betul. TERSESAT 4

Apabila anda tersesat jalan di suatu tempat, ucaplah Ya Haadii Ihdinii sebanyak-banyaknya. InsyaAllah, anda akan memperoleh petunjuk dan akan dapat kembali ke jalan yang sebenarnya. Maknyanya: Allah yang Maha Petunjuk. MINDA CERGAS

17

Suhadi Sahari 2007

Tulislah ayat di atas pada mangkuk bersih dengan tinta Jafaran pada malam Jumaat dan leburkan dengan air campuran madu lebah asli. Tutup rapat dan simpan semalaman. Air ini jadikanlah minuman untuk setiap hari. Insya-Allah, minda akan menjadi cerdas dan tajam. Memudahkan anda memahami segala ilmu Allah. OTAK CEMERLANG

Tuliskan ayat di atas pada sebuah bekas dengan air mawar atau tinta Misk. Tuangkan air Zam-zam sehingga larut. Jadikan ia air minuman dan untuk berkumur. Sekiranya untuk berkumur, setelah melakukannya hentikan air tersebut di langit-langit beberapa ketika, kemudian barulah dibuang. InsyaAllah, otak anda akan menjadi cemerlang dan mudah mengetahui segala sesuatu. KEFAHAMAN

18

Suhadi Sahari 2007

Tulislah ayat di atas pada sebuah tempat, lalu tuangkan air Zam-zam sehingga lebur. Kemudian, jadikan ia sebagai minuman. Insya-Allah, anda akan penuh dengan kefahaman tentang segala perkara. KEJERNIHAN JIWA

Tadahkan air hujan yang turunnya terus dari langit ke dalam sebuah bekas. Masukkan ke dalam tempat yang bertutup (plastik dan seumpamanya). Bacakan Surah At-Takaathur di atas dan hembus ke dalamnya. Air bacaan ini jadikanlah campuran minuman anda. Insya-Allah, ia akan menjernihkan jiwa anda dan memudahkan anda mengetahui ilmu-ilmu Allah. PEMBERSIH HATI

Wiridkanlah ayat di atas setiap hari. Insya-Allah, hati anda akan dibersihkan Allah, menjadi terang dan akan faham tentang ilmu-ilmu Allah. HATI SUCI

19

Suhadi Sahari 2007

Bacalah Ayatul Kursi sebanyak 50 kali ke dalam air hujan yang turunnya pada malam Jumaat (di dalam bekas). Jadikanlah air tersebut sebagai minumah anda (atau sesiapa sahaja). Insya-Allah, hati anda akan disucikan Allah sehingga menjadi sesuci bayi yang baru lahir. Anda akan menjadi tenang, fikiran akan menjadi terang. Insya-Allah, anda akan mampu mengetahui rahsia-rahsia ilmu Allah yang sangat luas. HATI YANG HIDUP

Maknanya: Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup yang berdiri sendiri. Pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia, ya Allah. Tiada Tuhan yang patut disembah, hanyalah Engkau. Aku memohon kepadaMu semoga Engkau hidupkan hatiku dengan hidayahMu. Ya Tuhan yang Maha Kasih Sayang. Amalkanlah membaca doa di atas sebanyak 40 kali di antara sembahyang sunat pada waktu terbit fajar dan sembahyang Subuh. Insya-Allah, Tuhan akan menghidupkan hatinya dan meneranginya dengan cahaya hidayah. KUAT INGATAN

20

Suhadi Sahari 2007

Maknanya: Allah yang Maha Mengasihani yang mengajarkan Quran. Dia menjadikan manusia dan mengajarkannya keterangan tentang matahari dan bulan yang dijadikanNya sebagai perhitungan. Bintang dan pepohon sujud kepadaNya. Jangan engkau gerakkan lidahmu dan tergesa-gesa dengannya. Kamilah yang membacanya dan mengumpulkannya. Apabila Kami membacanya, ikutilah bacaan itu. Kemudian, Kami memberikan penjelasannya. Itu adalah Al-Quran yang mulia, yang tertulis di Lauhil Mahfuz. Bacalah ayat di atas selalu terutamanya sewaktu menuntut ilmu. Insya-Allah, ingatan anda akan menjadi kuat dan kekal lama. DOA PENERANG HATI

Maknanya: Ya Allah, keluarkan aku daripada kegelapan ragu-ragu. Kurniakan aku dengan sinaran kefahaman, bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah aku dengan akhlak yang baik serta kasih sayang. Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu seperti Engkau menerangi bumi dan langit dengan rahmatMu, ya Allah yang Maha Kasih Sayang. Bacakanlah doa ini selepas selesai sembahyang fardu dan sewaktu hendak belajar. Insya-Allah, anda akan mudah belajar dan mudah ingat. DOA LIMPAH HIKMAT

Maknanya: Ya Allah, bukakanlah kepada Kami hikmatMu dan limpahkanlah kami rahmat dari perbendaharaan rahmatMu. Ya Allah, Tuhan kami yang Maha Kasih Sayang.

21

Suhadi Sahari 2007

Amalkanlah membaca doa ini selalu. Insya-Allah, anda akan dilimpahi dengan ilmu-ilmu pengetahuan dan hikmat oleh Allah. DOA ILHAM MALAIKAT

Maknanya: Ya Tuhan, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul, serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani. Bacalah doa di atas bila-bila masa yang sesuai terutamanya ketika menimba ilmu. Insya-Allah, anda akan mudah faham dan akan mendapat ilham yang tidak putus-putus. DOA PEMBUKA HIKMAT

Maknanya: Wahai Tuhan kami, bukakanlah kepada kami hikmatMu dan bentangkan kepada kami rahmatMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Bacakan doa di atas bila-bila masa, terutamanya ketika belajar. Insya-Allah, anda akan senang mempelajari pelbagai jenis ilmu pengetajuan. DOA TERANG HATI

22

Suhadi Sahari 2007

Bacalah doa di atas selalu, terutamanya selepas sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan diterangkan hati dan fikiran. Mudah untuk mendapatkan petunjuk tentang ilmu-ilmu Allah. CAHAYA PENGERTIAN

Maknanya: Maka Kami telah memberi pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmat dan ilmu serta telah Kami tundukkan gunung-ganang, burung-burung, semuanya bertasbih bersama Daud dan Kamilah yang melakukannya.. (Surah Al-Anbia, ayat 79). Ya Tuhan yang hidup, ya Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya. Ya Tuhan Nabi Musa, ya Tuhan Nabi Harun, ya Tuhan Nabi Ibrahim, ya Tuhan Nabi Muhammad s.a.w. Muliakan dan kurniakanlah aku cahaya kefahaman serta berikanlah kurniaan ilmu dan hikmat serta akal sempurna kepadaku dengan berkat namanamaMu, ya Tuhan yang Maha Mulia. Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya serta para sahabatnya.. Amalkanlah membaca ayat-ayat di atas sebanyak 10 kali sebelum terbit matahari selama 7 pagi berturutturut (sekurang-kurangnya) atau selama yang boleh. Insya-Allah, anda akan dikurniakan oleh Allah cahaya pengertian tentang ilmu, kefahaman serta hikmah-hikmahNya. PENGINGAT

Amalkan selalu membaca Salawat di atas. Insya-Allah, anda akan menjadi seorang yang pengingat dan tidak mudah lupa. HILANG BEBAL

23

Suhadi Sahari 2007

Amalkan selalu membaca ayat di atas sebanyak 16 kali dan berterusan di tempat yang sunyi (di tepi kampung, di tepi hutan, di dalam bilik, di tepi pantai dan seumpamanya). Insya-Allah, jika anda bebal akan dipintarkan oeh Allah. SYAIR PEMBUKA

Bacalah syair di atas sebelum membaca buku atau sebelum belajar. Insya-Allah, anda tidak akan lupa apa yang anda belajar. PENERANG HATI

Ucaplah asma di atas (Ya Rahman) sebanyak 500 kali setiap selesai sembahyang fardu. Insya-Allah, akan diterangkan Allah hati anda dan hilanglah segala sifat pelupa, gugup dan seumpamanya dengan izin Allah. Maknanya: Allah yang Maha Pengasih. MUDAH HAFAL

Amalkan membaca asma di atas (Ya Muhaimin) sebanyak 100 kali setiap selepas mandi, kemudian kenakanlah pakaian. Insya-Allah, akan dibersihkan oleh Allah diri anda zahir dan batin serta teranglah hati anda. Amalkanlah mengucapkan asma tersebut sebanyak 145 kali setiap selepas sembahyang Isya, nescaya semua ilmu yang anda hafal tidak akan mudah hilang atau terlupa. Maknanya: Allah yang Maha Memelihara. OTAK CERDAS

Jika anda ingin memiliki otak yang cerdas dan hati yang tenang, ucaplah Ya Khaaliq sebanyak 731 kali setiap hari atau menurut kemampuan. Insya-Allah, dada anda akan dilapangkan, otak menjadi terang dan mudah memahami segala sesuatu. Maknanya: Allah yang Maha Pencipta. FIKIRAN TENANG

24

Suhadi Sahari 2007

Ucaplah Ya Razzaaq setiap kali akan makan pagi dan petang. Insya-Allah, hati anda akan terang dan fikiran menjadi tenang. Maknanya: Allah yang memberi rezeki. PEMBERSIH HATI

Setelah selesai sembahyang Subuh, ucaplah Ya Fattah sebanyak 71 kali sambil meletakkan ke-2 telapak tangan ke atas dada. Insya-Allah, hati anda akan bersih, terang dan dimudahkan segala urusan oleh Allah. Maknanya: Allah yang membuka pintu rahmat. PENGETAHUAN SEMPURNA

Ucaplah Ya Aliim sebanyak 100 kali setiap selesai sembahyang 5 waktu. Insya-Allah, anda akan diberikan oleh Allah kemakrifatan (pengetahuan) yang sempurna. Maknanya: Allah yang Maha Mengetahui. MUDAH BERFIKIR

Ucaplah Ya Bashiir sebanyak 100 kali setiap sebelum sembahyang Jumaat. Insya-Allah, hati anda akan menjadi terang dan otak menjadi cerdas serta mudah berfikir. Maknanya: Allah yang Maha Melihat. PEMBUKA HATI

Amalkan bangun pada tengah malam dan suci daripada hadas besar dan kecil. Berpakaianlah rapi dan bersih, hadirkan diri anda dan ucaplah Ya Hakam sebanyak 68 kali. Insya-Allah, hati anda akan dibukakan oleh Allah untuk menerima kurniaNya sehingga dapat mengetahui rahsia hikmah dalam ilmu Allah. Maknanya: Allah yang menetapkan hukum. ASMA PENERANG

25

Suhadi Sahari 2007

Untuk menerangkan hati dan mencerdaskan otak, tulislah asma di atas sebanyak 110 kali di atas kertas putih dan rendamkan ke dalam air bersih. Air tersebut jadikanlah sebagai minuman setiap pagi. InsyaAllah, hati dan minda akan diterangkan oleh Allah. Maknanya: Allah yang Maha Tinggi. ASMA KEFAHAMAN

Untuk mudah memahami pelajaran atau ilmu yang sedang dituntut, berzikirlah dengan membaca Ya Hakiim sebanyak 300 kali setiap hari pada waktu pagi dan petang. Insya-Allah, anda akan mudah memahami segala apa yang dipelajari. Maknanya: Allah yang Maha Bijaksana. ASMA HIKMAH

Jika anda hendak tidur, ucaplah Ya Baaits 100 kali sambil meletakkan tangan di atas dada anda. InsyaAllah, hati anda akan terang, serta memperoleh ilmu dan hikmah yang berguna. Maknanya: Allah yang Maha Membangkitkan. PELAPANG DADA

Ucaplah Ya Matiin selalu, insya-Allah anda akan menjadi orang yang berjiwa kukuh dan kuat, berfikiran cerdas, berjiwa tenang dan lapang dada serta tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Maknanya: Allah yang Maha Kukuh. PEMBUKA RAHSIA

Selalulah mengucapkan Ya Mubdi sebanyak-banyaknya. Insya-Allah, Allah akan membukakan bagi anda segala rahsia dan mengurniakan nikmat ilmu agama, hati dan akal menjadi terang bercahaya, fikiran menjadi sihat, cerdas dan tangkas. Maknanya: Allah yang Maha Pemula. TAJAM INGATAN

Bacalah Ya Maajid sebanyak 400 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan dikurniakan Allah dengan hati yang terang, ingatan yang tajam, tidak mudah lupa dan otak yang cerdas. Maknanya: Allah yang Maha Mulia.

26

Suhadi Sahari 2007

ISIM AZAM 1

Maknanya: Ya Allah, Tuhan yang hidup, Tuhan yang berdiri sendiri, ya Tuhan kami. Tuhan segala sesuatu, Tuhan yang Maha Esa. Tiadda Tuhan yang patut disembah, hanya Engkau wahai Tuhan kami. Diriwayatkan bahawa semasa zaman Nabi Sulaiman a.s, istana Ratu Balqis dari negeri Saba (kerajaan jin) telah dipindahkan ke dalam kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Menurut riwayat, pemindahan tersebut telah dilakukan oleh seorang wali Allah yang bernama Usthum Al-Arif Billah. Inilah isim azam (seperti di atas) yang sering diamalkan oleh wali Allah tersebut sehingga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa. Amalkanlah sambil berniat akan hajat anda. Insya-Allah, dimakbulkan Allah. ISIM AZAM 2

Maknanya: Dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu, tiada Tuhan yang patut disembah, hanya Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Alif Laam Miim. Allah, Dialah Tuhan yang mutlak disembah, tiada Tuhan selain Dia, hanya Dia yang Maha Hidup dan berdiri sendiri. Aku meminta kepadaMu ya Allah, bahawa aku menyaksikan tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau yang Maha Esa. Engkau tempatku meminta, Engkau tidak dilahirkan dan tidak melahirkan dan tiada sesiapa pun jua yang menyekutui Engkau. Bacalah isim azam di atas dan niatkan hajat anda. Insya-Allah, segala-galanya akan dimakbulkan. Diriwayatkan oleh Imam Abi Hamid Al-Ghazali. YASIN PERMINTAAN Bacalah Surah Yasin 7 kali dan setiap kali sampai ayat yang ke-26 iaitu:

Berhentilah sebentar dan sambungkan dengan bacaan berikut:

27

Suhadi Sahari 2007

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut: Bahkan, Dialah Tuhan yang Maha Berkuasa menjadikan (sebutkan permintaan atau hajat anda)... Ulang-ulangkan bacaan tersebut beberapa kali. Insya-Allah, segala permintaan (sama ada kecil atau besar) akan ditunaikan oleh Allah. YASIN PERMINTAAN 2 Bacalah Surah Yasin 3 kali dan setiap kali sampai ayat ke-80, iaitu:

Berhentilah sebentar dan sambungkan dengan bacaan berikut:

Jika sukar membacanya dalam bahasa Arab, bacalah dalam bahasa Melayu seperti berikut: Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dengan menyampaikan hajatku (sebutkan permintaan atau hajat anda) (3 kali). Ya Allah, kurniakakanlah aku agar taat setia kepadaMu.. Insya-Allah, segala permintaan (kecil atau besar) akan ditunaikan Allah. AYAT 5

28

Suhadi Sahari 2007

Amalkan membaca selalu Ayat 5 di atas (juga dikenali sebagai Ayat Nashr) terutamanya pada waktuwaktu mujarab, sambil meminta agar Allah memberikan pandangan makrifat kepada anda. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah. RAHSIA BISMILLAH 6

29

Suhadi Sahari 2007

Malaikat Jibrail telah menjelaskan khasiat-khasiat Bismillah 6 ini kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti berikut: Barang siapa membaca dengan hati yang ikhlas dan yakin sepenuhnya kepada Allah, insya-Allah segalanya akan dimakbulkan. Di antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. Makbul segala hajat dan cita-citanya. Luas rezekinya. Jika dihembuskan pada wanita, akan wujud kasihnya. Menang dalam peperangan. Penerang hati. Dijauhkan daripada penyakit. Dibacakan 70 kali setiap hari, amanlah kita daripada segala ancaman raja-raja atau pembesar zalim yang hendak membunuh kita. Dibacakan pada tempat yang suci boleh melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibacakan pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang yang di dalam kubur. Aman daripada haiwan buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas daripada pembunuhan jika dibacakan pada tubuh badan. Jika ditulus dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah, akan amanlah ia daripada sebarang gangguan haiwan dan manusia. Selamat daripada bahaya ancaman musuh. Selamat daripada karam di laut. Bacakan pada minyak di malam Jumaat 3 kali boleh memudahkan wanita bersalin (untuk diminum). Bacakan pada apa-apa benda, kemudian direndam ke dalam air selama 3 atau 7 hari, insya-Allah akan mendapatkannya. Jika dibaca pada telinga kanan orang yang pekak 7 hari berturut-turut. Insya-Allah, boleh mendengar semula. Dibacakan 3 kali pada orang gila akan hilang gilanya. Dibacakan 3 kali pada orang yang dirasuk iblis, akan lari iblisnya. Boleh menawarkan segala jenis bisa. Terlepas dari penjara jika dibacakan bersungguh-sungguh. Dan sebagainya. RAHSIA BISMILLAH

30

Suhadi Sahari 2007

Sesiapa yang yakin dengan tulus ikhlas pada bacaan di atas (Bismillahirrahmanirrahim), insya-Allah akan mampu berjalan di atas air, menjadi penawar jika termakan racun, senjata tajam tidak memberi bekas, penawar baginya segala yang bisa, syaitan tidak mampu bersubahat dalam pekerjaannya, diberkati segala usahanya, sentosa dalam segala perkara dan mustajab segala hajat. BISMILLAH HAJAT

Amalkan membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 1000 kali setiap hari. Insya-Allah, segala hajat anda akan dimakbulkan oleh Allah. PUSAKA NABI SULAIMAN

Amalkan ucapan Nabi Sulaiman a.s di atas sebagai amalan. Insya-Allah, anda akan disampaikan oleh Allah apa yang dihajatkan dan diniatkan. Inilah rahsia kekuasaan Nabi Sulaiman a.s sehinggakan jin, haiwan, manusia, angin dan sekaliannya tunduk di bawah pemerintahannya. Jika diamalkan bersungguhsungguh, dengan izin Allah seseorang mampu berjalan di atas air, selamat daripada kecemasan, racun menjadi penawar, tajam menjadi tumpul, jauh daripada segala gangguan jin syaitan, aman sentosa kehidupan, makbul segala hajat dan lain-lain dengan izin Allah. PENCAPAI HAJAT

Bacakan ayat di atas dan niatkan hajat anda (seperti dinampakkan oleh Allah segala kebenaran, tipu daya musuh dan seumpamanya). Insya-Allah, apa sahaja yang anda hajatkan akan tercapai dengan izin Allah.

31

Suhadi Sahari 2007

B) AMALAN MELALUI GIMBAR GHAIB


ROHANI YASIN Jika anda ingin dibantu oleh rohani Yasin (iaitu muakal yang menjadi khadam, pesuruh atau penjaga Surah Yasin) terutamanya di waktu kesusahan, lakukanlah amalan ini: 1. 2. Berwuduklah dan bacalah Surah Yasin dengan berhati-hati sebanyak 7 kali. Pada akhir setiap bacaan itu, serulah muakalnya seperti berikut:

3.

Sekiranya susah membacanya dalam bahasa Arab, serulah dengan bahasa Melayu seperti berikut:

Hai golongan yang taat setia yang telah ditugaskan bagi surah yang berkat ini. Dengan hak nabi-nabi, para wali dan dengan izin Allah, hendaklah perkataanku dijalankan dan perintahku didengar lagi terdiam. Tolonglah aku dalam kegentinganku. Berilah bantuan kepadaku. Laksanakanlah segala perintahku, kesemuanya, banyak dan sedikit.

Cepat! Cepat! Segera! Segera! Sekarang juga!. Tatkala diucap seruan ini, akan timbul rasa seram dan tegak bulu roma. Insya-Allah, ia telah datang dan jangan takut. Teruskan. Jangan berhenti menyeru. Jika tidak akan terbatallah amalan ini. Apabila terbatal kali pertama, ulangilah untuk kali ke-2 atau ke-3 sehinggalah benar-benar menepati syaratnya. KHADAM AYATUL KURSI

32

Suhadi Sahari 2007

Bagi seseorang yang menghadapi sesuatu perkara yang meragukan, atau menakutkan sedang dia tidak tahu buruk baiknya dan tiada menemui penyelesaian daripadanya, lalu ingin mendapatkan pertolongan khadam Ayatul Kursi bagi menyelesaikan perkara tersebut. Maka, serulah khadam tersebut untuk memberi pertolongan atau menerangkan kepada anda. Insya-Allah, anda akan menemuinya di dalam tidur anda. Cara untuk menyeru khadam Ayatul Kursi adalah seperti berikut: Selepas sembahyang Isya (bila-bila masa), hendaklah anda bersembahyang 2 rakaat (sembahyang Hajat). Setelah membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Ayatul Kursi 21 kali, Surah Inna an-zalnahu 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan Surah An-Naas 1 kali. Pada rakaat ke-2 lakukanlah bacaan serupa. Apabila selesai membaca salam, bacalah salawat 11 kali dan Al-Fatihah 1 kali dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, para ambia dan as-salihin serta malaikat-malaikat Al-Muqarrabin dan musliminmuslimat sekalian. Kemudian, serulah dengan seruan berikut: Ya Allah, Ya Tuhan kami, hambaMu bersempena dengan kalamMu yang qadim. HambaMu memohon diperlihatkan di malam perkara-perkara yang terlindung dan tersembunyi dari pengetahuan hambaMu, perkara-perkara yang sedang berlaku dan akan berlaku. HambaMu memohon dengan kemurahanMu. Tunjukkanlah kepada hambaMu ini jalan yang benar dan jalan keluara dalam perkara-perkara yang membimbangkan. Ya Allah, sekiranya perkara itu baik tunjukkan kepada hambaMu teserlah putih atau hijau dan sekiranya merbahaya, jahat, menyusahkan, sia-sia dan tidak berfaedah, tunjukkanlah kepada hambaMu ini dengan terangnya hitam dan merah. Hantarkanlah kepada hambaMu khadam yang mulia ini bertugas dengan seberapa segera. Wa sallallahu ala saiyidina Muhammadin wa ala alihi wa sahbihi wasalam. Wal hamdulillahi rabbil alamin. Ulangi seruan di atas berkali-kali dengan penuh yakin diperkenankan. Lakukan dengan sempurna seorang diri. Insya-Allah, khadam Ayatul Kursi akan datang di dalam tidur anda dan menjelaskan apa yang perlu dan menolong sekiranya diminta. Sekiranya dia tiada datang, amalkan lagi pada malam-malam yang seterusnya sehingga berjaya. Jangan susah kerana dia pasti datang, cuma awal atau akhir bergantung kepada keyakinan dan kekuatan semangat anda sendiri. KHADAM QULHUALLAH Untuk segala hajat, anda boleh menyeru Khadam QulhuAllah seperti berikut: 1. Bangunlah di tengah malam (sekurang-kuragnya selepas jam 12.00 tengah malam di waktu yang sunyi sepi). Pilihlah malam Selasa atau malam Jumaat. Lakukanlah sembahyang Tahajjud 2 rakaat (selepas berwuduk).

2.

33

Suhadi Sahari 2007

3.

Hadiahkanlah Surah Al-Fatihah kepada: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Nabi Muhammad s.a.w 1 kali. Sekalian Nabi 1 kali. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w 1 kali. Para wali Allah, aulia dan salihin 1 kali. Ibu-bapa 1 kali. Guru yang memberi amalan atau ilmu ini 1 kali. Sekalian muslimin muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal 1 kali.

4. 5.

Bacakan Surah Al-Ikhlas (QulhuAllah) sebanyak 1000 kali. Kemudian, bacakan doa di bawah 1 atau 3 kali:

6.

Bacakan semula Surah Al-Ikhlas 1000 kali (atau lebih, sebaik-baiknya 70,000 kali). Insya-Allah, anda akan didatangi oleh khadam tersebut. Sampaikanlah hajat atau niat anda. DOA MALAIKAT 4 DAN WALI-WALI

34

Suhadi Sahari 2007

Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah! (3 kali). Ya Rahman! (3 kali). Ya Rahim! (3 kali). Ya Jibrail! (3 kali). Ya Mikail! (3 kali). Ya Israfil! (3 kali). Ya Izrail! (3 kali). Ya wali Allah! (3 kali). Ya aulia Allah! (3 kali). Ya Jabarut! (3 kali). Ya Nuuqabbah! (3 kali). Ya Nuuhabbah! (3 kali). Ya Ruqaiyah! (3 kali). Ya Utadda! (3 kali). Ya Anur! (3 kali). Ya Amanna! (3 kali). Ya Ifrah! (3 kali). Ya Futub! (3 kali). Ya Ifraq! (3 kali). Ya Ghus! (3 kali).

Sesiapa yang beramal asma di atas dengan hati yang tulus ikhlas dan khusyuk, insya-Allah akan terkabul segala hajatnya. Jika diamalkan sebanyak 7 kali pada 7 malam Jumaat berturut-turut, lebih lagi khasiatnya. Jika beramal di tengah-tengah malam, insya-Allah akan didatangi oleh salah seorang daripada wali-wali Allah tersebut dan mendapat kurnianya. SERU WALI-WALI Bismillahirrahmanirrahim.

35

Suhadi Sahari 2007

Astur, ya ahlal waktu!, Ya Rijalal Ghaib!, Ya Atqiya!, Ya Nuqba!, Ya Nujba!, Ya Abdal!, Ya Autar!, Ya Ghauth!, Ya Qutdub!, Ya Bulya ibnul Mulkani ibnul Sam ibnu Nuh!. Cara mengamalkannya: Setiap kali selepas mengambil air sembahyang atau selepas bersembahyang, serulah wali-wali tersebut dan niatkan hajat anda (apa-apa sahaja). Pada tengah malamnya pula dalam keadaan seorang diri, berwuduklah dan bersembahyanglah 2 rakaat (Hajat). Setelah selesai, ulangi seruan tersebut berulang-ulang sambil meniatkan (atau memakrifatkan) hajat anda. Amalkan sekurang-kurangnya 40 kali selama 40 malam. Kesan mengamalkannya: Semasa anda menyeru nama-nama wali tersebut (dalam jangka masa anda beramal), pada suatu ketika mungkin anda akan merasa bulu roma anda meremang bermula dari tengkuk. Insya-Allah, Itulah masanya mereka atau salah seorang daripada mereka datang kepada anda (mungkin nampak atau tidak nampak). Atau mungkin anda akan didatangi di dalam mimpi oleh salah seorang daripada mereka. Jangan takut, teruskan. Dialah sahabat anda di waktu anda memerlukan bantuan. Pantang: Jangan meninggalkan sembahyang dan cuba jauhi dosa. Tidak digalakkan mengamalkannya di rumah yang mempunyai anak kecil berumur kurang 2 tahun, boleh menyebabkannya menangis tanpa henti dan terkejut semasa tidur. AMALAN 1 MINGGU Amalan ini harus dimulakan pada petang Ahad (selepas Maghrib) dan diakhiri pada petang Ahad juga. Ia hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut, jika terputus maka batallah amalan tersebut dan perlu diulang mengamalkannya. Hari Ahad: Selepas Maghrib, hadiahkan Surah Al-Fatihah 1 kali kepada guru yang memberi amalan ini dan bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 5000 malaikat. Pantang: Jangan makan sirih pinang dan ramuannya seperti gambir, kapur, jintan dan seumpamanya selama sehari semalam.

36

Suhadi Sahari 2007

Hari Isnin: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 400 kali ucapan:

Anda akan dipelihara seramai 4000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan bernyawa termasuk ikan dan telur selama sehari semalam. Hari Selasa: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 500 kali ucapan:

Anda akan dipelihara oleh 5000 malaikat. Amalan: Berpuasalah selama sehari semalam. Hari Rabu: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 700 kali:

Anda akan dipelihara seramai 7000 malaikat. Pantang: Jangan memakan makanan bergaram sehari semalam. Khasiatnya: Dibukakan hati oleh Allah dan dilimlpahi kurniaan Nabi Ibrahim a.s. Hari Khamis: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 800 kali:

Anda akan dipelihara oleh 8000 malaikat. Pantang: Tidak boleh minum air untuk sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian haiwan buas dan mendapat limpah kurnia Saiyidina Ali k.w. Hari Jumaat: Selepas Maghrib, bacalah sebanyak 600 kali:

37

Suhadi Sahari 2007

Anda akan dipelihara oleh 6000 malaikat. Pantang: Jangan makan makanan yang dimasak dengan api sehari semalam. Khasiatnya: Dilepaskan daripada sebarang bahaya dan diterangkan hati dan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w. Hari Sabtu: Selepas Maghrib, ucaplah sebanyak 400 kali:

Anda akan dipelihara oleh 4000 malaikat. Pantang: Tidak boleh tidur sehari semalam. Khasiatnya: Ditakuti dan digeruni oleh sekalian makhluk bernyawa yang boleh memudaratkan dan dilimpahi kurnia Nabi Nuh a.s. MELIHAT PERKARA GHAIB

Sekiranya anda ingin melihat benda atau perkara-perkara yang ghaib, sebelum tidur ambillah air sembahyang dan berbaringlah di tempat yang bersih. Kemudian, bacalah ayat di atas terus-menerus sehinggalah anda tidur. Insya-Allah, penjaga ayat tersebut akan menunjukkan segala-galanya kepada anda (di dalam mimpi). KHADAM PENGGERAK

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam. Insya-Allah, sekiranya ada sesuatu yang memudaratkan bakal terjadi semasa anda tidur (seperti kecurian, kebakaran dan seumpamanya), anda akan digerakkan oleh khadam tersebut sehinggalah anda sedar. KHADAM PENJAGA WAKTU

38

Suhadi Sahari 2007

Bacakan seruan di atas sebelum tidur malam lalu menyebut masa (jam) berapa anda ingin dibangunkan. Insya-Allah, anda akan dibangunkan oleh khadam tersebut sehingga sedar pada jam yang disebutkan itu.

39

Suhadi Sahari 2007

C) AMALAN MELALUI TANGKAL AZIMAT


MELIHAT DALAM MIMPI Ketika anda ingin tidur, berwuduklah dan pakailah pakaian putih bersih serta wangi-wangian. Lalu, bacalah Surah Wasyamsi, Surah Wadh-Dhuha, Surah Wallaili, Surah Wat-Tiin dan Surah Al-Ikhlas (semuanya 7 kali bacaan). Kemudian, teruskan bacaan salawat seperti di bawah sebanyak 7 kali juga: (Sebutkan apa yang anda ingin lihat di dalam mimpi)

Kemudian, buatlah wifiq seperti di bawah:

Letakkan ia di bawah bantal ketika hendak tidur. Semasa tidur hendaklah anda mengadap kiblat dan mengiring ke kanan. MELIHAT NASIB

Jika anda mempunyai sesuatu hajat penting, tuliskan ayat di atas dan campakkan ke dalam air sungai yang mengalir deras. Semasa mencampakkannya, bacalah doa di bawah:

(Sebutkan apa yang anda ingin ketahui hasilnya)

40

Suhadi Sahari 2007

Insya-Allah, suatu hari Allah akan menunjukkan kepada anda. MELIHAT PENCURI

Sekiranya berlaku kecurian, untuk mengetahui siapakan pencurinya, lakukanlah amalan ini: Lewatkan sedikit sembahyang Isya dan setelah selesai sembahyang, tuliskan huruf-huruf di atas pada telapak tangan kanan. Sewaktu ingin tidur, pastikan anda masih dalam keadaan berwuduk. Letakkan telapak tangan kanan tersebut pada pipi kanan (niatkan agar dinampakkan Allah siapa pencurinya) dan terus tidur. Insya-Allah, anda akan nampak dengan jelas siapa pencuri tersebut di dalam mimpi dengan izin Allah. MENGETAHUI PENCURI

Tuliskan asma-asma di atas dan letakkan di bawah bantal tidur anda. Sebelum tidur, bacalah Surah AlFatihah 1 kali, Allahumma shali ala saiyidina Muhammad 3 kali dan Surah Yasin (sehingga habis) 1 kali. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan oleh Allah di dalam mimpi.

TERANG HATI

Tulislah wafak di atas pada kertas putih dan rendamkan ke dalam air. Air tersebut jadikanlah minuman. Insya-Allah, akan terang hati anda dan mudah untuk mempelajari apa jua perkara. AIR PENERANG

Tuliskan isim di atas dan hapuskan dengan air. Air tersebut jadikanlah minuman. Insya-Allah, hati anda akan diterangkan oleh Tuhan.

41

Suhadi Sahari 2007

PENERANG HATI

Sebagai penerang hati, carilah sirih yang bertemu urat dan tuliskan isim-isim di atas. Makanlah. Amalkan selama 7 pagi berturut-turut. Insya-Allah, akan terang hati anda dengan izin Allah. KETAHUI PENCURI

Sekiranya berlaku kecurian dan anda mengesyaki beberapa orang, tuliskan azimat di atas pada roti, kuih atau makanan dan jemputlah orang-orang yang disyaki tersebut. Jemputlah agar mereka makan. InsyaAllah, sesiapa yang mencuri itu tidak akan mampu menelan kuih atau roti tersebut dengan izin Allah.

42

Suhadi Sahari 2007

D) AMALAN MELALUI JAMPI MENTERA


DOA JADI DI MATA Bismillahirrahmanirrahim. Assalamuaalaikum Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail. Wala khaula wala quwata illa billahil aliyil adzim. Terhajat di hati tercita di mata, Sah! Jadi di mata. Kun fayakun. Kudrat Allah Taala, Tuhan semesta alam. Berkat aku memakai Doa Jadi Di Mata. Berkat Lailahaillallah Muhammaddur rasulullah. Cara mengamalkannya: Bacakan mentera di atas dan makrifatkan hajat anda. Insya-Allah, apa yang anda hajatkan akan dimakbulkan Allah. Mentera ini boleh digunakan untuk menguji barangan sama ada tiruan atau tidak, untuk mengetahui sama ada seseorang bercakap benar atau tidak, untuk mencari jalan yang betul sekiranya tersesat dan ribuan guna yang lain (serbaguna). PANDANGAN BATIN Bismillahirrahmanirrahim. Ya Bathin Cara mengamalkannya: Setiap kali selesai sembahyang fardu, ucapkan asma di atas sebanyak 300 kali. Amalkan mengamalkannya selama 30 hari. Pantang: Semasa mengamalkannya, anda tidak dibenarkan untuk memakan makanan yang bernyawa termasuk telur. Insya-Allah, anda akan dikurniakan dengan pandangan makrifat oleh Allah. KALIMAH SERBAGUNA Bismillahirrahmanirrahim.

Lailahaillallah (300,000 kali) Cara mengamalkannya: Bacakan kalimah di atas sebanyak 300,000 kali dalam jangka masa 30 hari (berturut-turut). Bermakna 10,000 kali untuk sehari semalam. Atau 2,000 kali setiap selesai sembahyang fardu. Kalimah ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk keselamatan diri dan pelindung diri (dan keluarga)

43

Suhadi Sahari 2007

daripada pandangan musuh. Setelah lengkap 30 hari mengamalkannya, pada masa anda memerlukannya, cukup dengan membacanya 3 kali dan berniat di dalam hati akan hajat anda. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah. SESAT Bismillahirrahmanirrahim.

Siratallazina (3 kali) Cara mengamalkannya: Sekiranya anda tersesat di dalam hutan atau seumpamanya, tutuplah mata seketika dan bacalah ayat di atas sebanyak 3 kali dalam 1 nafas. Kemudian, bukakan mata anda dan teruskan berjalan. Insya-Allah, anda akan ditunjukkan Allah jalan yang sepatutnya. ILMU BELIAN Amalkanlah membaca Surah Al-Ikhlas (Qulhu) sebanyak 70,000 kali (iaitu sebanyak 1750 kali setiap hari atau 350 kali setiap selesai sembahyang fardu selama 40 hari berturut-turut). Dalam tempoh beramal (40 hari), anda perlulah membaca Ayat 9 sebanyak 17 kali setiap hari. Insya-Allah, anda akan dikurniakan oleh Allah dengan pelbagai kelebihan di antaranya, mempunyai pendinding yang kukuh daripada segala ancaman, kemuliaan di mata rakyat, digeruni oleh musuh atau seseorang yang berniat jahat, diberikan pandangan dan deria rohani, terkabul segala hajat dan seumpamanya. FATIHAH 70 Bacalah Al-Fatihah sebanyak 70 kali sehari selama 7 hari pada air di dalam bekas. Hembuslah ke dalam air tersebut. Jadikan ia sebagai minuman harian. Insya-Allah, anda akan dijernihkan hati dan fikiran hingga mudah mengetahui ilmu-ilmu dan perkara-perkara yang sukar. YASIN PENERANG HATI Tuliskan Surah Yasin secukupnya di dalam sebuah pinggan putih menggunakan air mawar dan kamkuma sebagai dakwatnya. Kalamnya pula gunakanlah ranting kayu. Tulisan ini leburkanlah dengan air zam-zam atau air hujan. Air ini jadikanlah minuman waktu pagi (sebelum sarapan). Amalkanlah selama 7 pagi berturut-turut. Insya-Allah, ingatan anda akan menjadi tajam, tidak mudah lupa, lidah menjadi petah, mulia di mata orang dan dibukakan pintu-pintu ilmu oleh Allah kepada anda. AIR YASIN Sediakanlah sebuah bekas atau mangkuk putih dan tuliskan Surah Yasin sepenuhnya (menggunakan air mawar dan kamkuma atau seumpamanya). Kemudian, lunturkanlah dengan air hujan dan minumlah air itu selalu. Insya-Allah, Allah akan memberikan di dalam hati anda 1000 penawar, 1000 hikmat, 1000 berkat, 1000 rahmat, disucikan hati anda daripada segala penyakit (zahir dan batin) dan dibukakan Allah mata hati anda. Insya-Allah.

44

Suhadi Sahari 2007

PENUTUP

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh serta salam sejahtera kami ucapkan kepada para pembaca sekalian. Kami berharap anda berpuas hati dengan isi kandungan buku Pandangan Makrifat ini yang telah diolah seperti seadanya agar tidak mengecewakan mana-mana pihak. Namun begitu, kami memohon ribuan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau sesuatu yang boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya, kami juga manusia biasa. Apa yang baik jadikanlah panduan dan apa yang kurang baik jadikanlah sempadan. Sekian. Terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

45

Suhadi Sahari 2007