Anda di halaman 1dari 19

Disediakan oleh :

Maizatul Nabillah Binti Ghazali

PENGENALAN
disebut juga sebagai teori konsep kendiri yang digolongkan ke dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), gestalt dan kewujudan. Ia diasaskan oleh Carl Ransom Rogers di dalam tahun 40an Rogers menamakannya kaunseling bukan-arahan /kaunseling pusatan-klien. mencabar pendekatan-pendekatan pusatan-kaunselor dan kaunseling arahan yang mengandaikan bahawa kaunselor itu dalam semua hal dan berkeupayaan membantu kliennya di dalam semua bidang. mencabar teknik-teknik dan tatacara-tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, arahan kaunselor, pujukan, pengajaran, diagnosis dan pentafsiran oleh kaunselor

PENGENALAN
Cabaran ini dilakukan oleh Rogers semata-mata kerana kepercayaan dan keyakinannya bahawa 1. 2. 3. 4. Manusia itu memang baik, Memang boleh dipercayai, Memang mempunyai keupayaan untuk memahami diri mereka sendiri Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang mereka alami sendiri, tanpa campur tangan secara langsung oleh kaunselor.

Baginya sifat-sifat peribadi dan sikap kaunselor serta hubungan antara klien dengan kaunselor itu adalah merupakan dua faktor utama bagi kejayaan sesuatu proses kaunseling tanpa memerlukan arahan-arahan yang langsung dari kaunselor seperti yang dianjurkan sebelum dan selepasnya. tatacara dan teknik tidak penting baginya.

KONSEP UTAMA
Pandangan Terhadap Manusia
1. Manusia pada asasnya baik/ positif, kerana sifat semulajadi yang ada dalam dirinya memang baik. 2. Manusia mempunyai kemampuan untuk berkembang baik dari segi emosi mahupun intelek. 3. Manusia berupaya mendapat celik akal mengenai masalahnya, berupaya dan bersedia untuk berubah. 4. Manusia memerlukan perhubungan dan interaksi dengan orang lain 5. Tingkahlaku dan penyesuaian diri terhadap keadaan persekitaran adalah bergantung kepada persepsi kepada diri dan persekitaran.

KONSEP UTAMA
Pandangan Terhadap Manusia
Manusia mempunyai maruah dan harga diri. Manusia mempunyai kuasa menentukan haluan hidup, bebas mengejar keinginan tanpa menggugat hak orang lain. Manusia bergerak untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai oleh klien.

KONSEP UTAMA
Konsep Kendiri Penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mempengaruhi segala tingkah laku individu. Terbahagi kepada dua jenis iaitu : a. konsep kendiri positif b. konsep kendiri negatif

TEKNIK
Tiada teknik dan tatacara yang khusus

Personaliti kaunselor adalah teknik yang paling berkesan


Perhubungan teraputik antara klien dan kaunselor amat penting untuk proses kaunseling berjalan dengan jayanya Terdapat penggunaan 1. kemahiran refleksi, 2. parafrasa, 3. penafsiran, 4. semakan persepsi, 5. kesenyapan, 6. dorongan minima

PROSES KAUNSELING
Matlamat Teraputik/Kaunseling Matlamat kaunseling bukan sekadar menyelesaikan masalah tetapi lebih diutamakan ialah untuk membebaskan klien daripada gangguan tingkah laku. Tumpuan kepada individu dan masalah yang dibawa membantu klien dalam melalui proses pertumbuhan kendiri.

PROSES KAUNSELING
Matlamat Teraputik/Kaunseling
Selepas kepura-puraan dan penyamaran dibuangkan semasa sesi kaunseling, klien akan menjadi dirinya yg sebenar. Menurut Roger individu yg semakin meningkat kesedaran dirinya mempunyai : 1. sifat keterbukaan kepada pengalaman 2. mempercayai diri sendiri 3. sumber penilaian dalaman 4. kesediaan untuk terus tumbuh berkembang

PROSES TERAPI
Rogers (1961), menjelaskan terdapat tujuh (7) peringkat perkembangan terapeutik yang mempengaruhi proses perhubungan menolong iaitu; 1. 2. 3. 4. Tahap pertama Tahap kedua Tahap ketiga Tahap keempat - perhubungan yang kurang mesra, - tidak bersedia untuk berkongsi pengalaman, - kurang sedar terhadap diri, - berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan perlakuan, - wujud kemesraan meluahkan pengalamannya, - berlaku kesedaran pada klien dan - penerimaan tanpa syarat.

5. Tahap kelima 6. Tahap keenam 7. Tahap ketujuh

PERHUBUNGAN KAUNSELOR DAN KLIEN


Peranan Kaunselor
Pemudah cara bagi perkembangan pada diri klien. Berusaha mewujudkan suasana yang sesuai dan yang menggalakkan klien untuk mengalami suatu perasaan rasa bebas untuk meneroka dirinya dan masalahnya. Menolong kliennya agar tidak lagi bersifat membela diri atau defensif dan selalu mencari helah atau alasan tertentu bagi setiap tingkahlakunya. Memperlihatkan kepada kliennya yang ia dianggap sebagai sama taraf dengan dirinya, dan secara bersama-sama mereka akan berusaha untuk mengenali masalah klien dan mengatasinya Kaunselor tidak akan mendiagnos masalah klien. Ia hanya menjadi cermin yang akan membantu klien melihat dirinya dan masalahnya dengan jelas.

PERHUBUNGAN KAUNSELOR DAN KLIEN


Keadaan-keadaan Bagi Menghasilkan Perubahan Personaliti
Rogers, 1967, 6 keadaan yang perlu dan mencukupi bagi menghasilkan perubahan personaliti

1. 2 orang berhubung secara psikologi 2. Klien dalam keadaan tidak kongruen 3. Kaunselor dalam keadaan kongruen 4. Kaunselor menerima klien tanpa syarat 5. Kaunselor dapat merasai apa yang dirasai, dipersepsi dan dialami oleh klien dan berusaha menyampaikan perasaannya, persepsinya kepada klien 6. Klien hendaklah dapat merasai, mempersepsi dan mengalami yang kaunselor memang sedia menerima tanpa syarat.

PENGENALAN 3 KUALITI YANG PERLU ADA PADA KAUNSELOR


untuk membolehkan seseorang itu berkembang secara positif dan membina

AMALAN PENERIMAAN TANPA SYARAT


(unconditional positive regard),

KETULENAN, KONGRUEN
(congruence, genuineness) dan

EMPATI
(emphatic).

PERHUBUNGAN KAUNSELOR DAN KLIEN


Peranan Klien
Untuk sesuatu sesi kaunseling itu mencapai kejayaan, klien juga tidak terlepas memainkan peranannya; antara peranan-peranan klien adalah seperti:

Klien haruslah memutuskan bahawa dia memerlukan khidmat kaunseling dan datang secara sukarela dan bukan atas dasar paksaan atau disuruh oleh orang lain Klien harus merasa bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat menghayati perhubungan kaunselor dengan klien

PERHUBUNGAN KAUNSELOR DAN KLIEN


Peranan Klien
Klien merasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah diri Klien akan cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan klien sendiri Klien akan menentukan pilihan dan tindakannya sendiri. Kaunselor hanya bertindak membantu klien dalam membuat pilihan Klien berupaya dan bersedia untuk berubah Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru

KEKUATAN TERAPI
Menurut Shertzer & Stone (1992), antara matlamat yang ingin dicapai ialah membina individu agar dapat berkembang dengan sihat. Oleh itu antara kekuatan teori ini menurut mereka ialah :

menekankan kepentingan hubungan yang akrab antara kaunselor dengan klien Menanamkan pendapat bahawa penerimaan, penghargaan serta kejujuran kaunselor merupakan syarat-syarat yang amat penting bagi mewujudkan perhubungan Memupuk pendapat bahawa klien ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukan hanya sebagai rakan yang merendah diri

LIMITASI TERAPI
Seperti teori-teori yang lain, terapi pemusatan insan ini juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Antara lain ialah ;

Terapi ini tidak mempunyai satu set teknik atau tatacara yang tertentu yang terdapat di dalam setengah-setengah psikoterapi. Terapi ini kurang menyediakan panduan tentang cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan klien Kebanyakkan konsep di dalam terapi ini tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah. Ianya terlalu abstrak.

KESIMPULAN
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan oleh Rogers melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang keupayaan dan kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana kendiri.
Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan sikap-sikap positif di dalam berinteraksi dengan orang lain dengan menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat, bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui penghayatan sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang berguna bagi orang lain. Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal sebegini tidak dirasakan sebagai mengancam dirinya.

KESIMPULAN
Secara negatifnya, bolehlah dikatakan bahawa kebanyakkan konsep-konsep yang dikemukakan itu tidak dapat diperhatikan dan tidak pula dapat diukur dengan mudah, kerana ianya bersifat konsep yang abstrak.
Pergantungannya kepada laporan kendiri boleh membawa hasil yang tidak begitu memuaskan kerana klien yang beremosi dan berfikiran kusut mungkin tidak berupaya untuk melahirkan isi hatinya dengan tenang dan teratur. Ini sudah tentu boleh menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang juga tidak tepat. Tanpa panduan, arahan, manipulasi proses kaunseling akan memakan masa yang amat panjang. Biar apa sekalipun kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam teori ini, satu hal yang tidak dapat dinafikan ialah teori ini amat memudahkan klien untuk meluahkan isi hatinya, kerana melalui perhubungan yang mesra di antara kaunselor dan klien, klien begitu yakin yang kaunselor merupakan orang yang boleh diharap dan memang bertanggungjawab serta bersunguh-sungguh akan berusaha menolongnya

Anda mungkin juga menyukai