Anda di halaman 1dari 23

1 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK

Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com


MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
KINI SEMUDAH A-B-C
HAKCIPTA TERPELIHARA
Tidak dibenarkan mengulang atau meniru mana-mana bahagian e-book ini
dalam apa jua bentuk dan cara sama ada elektronik, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapatkan keizinan dalam bentuk tulisan atau
lisan daripada Jepree Ibrahim @ Rahsia Rubik.
2 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
ISI KANDUNGAN
KATA-KATA ALUAN.......................................................................MUKA 3
KENALI KIUB RUBIK......................................................................MUKA 5
LANGKAH 1
ASAS PERGERAKAN RUBIK........................................................MUKA 7
LANGKAH 2
SELESAIKAN SETENTANG PUTIH.............................................MUKA 9
LANGKAH 3
SELESAIKAN PERMUKAAN PUTIH............................................MUKA 11
LANGKAH 4
SELESAIKAN BAHAGIAN TENGAH............................................MUKA 13
LANGKAH 5
SELESAIKAN SETENTANG KUNING.........................................MUKA 15
LANGKAH 6
SELESAIKAN SISI TEPI............................................................... MUKA 17
LANGKAH 7
SELESAIKAN BUCU KIUB........................................................... MUKA 19
LANGKAH 8 (AKHIR)
SELESAIKAN KIUB RUBIK.......................................................... MUKA 21
PENUTUP.......................................................................................MUKA 23
3 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
KATA-KATA ALUAN
Alhamdulillah kerana siap juga ebook Teknik Menyelesaikan Kiub
Rubik ini. Dengan komitmen dan masa yang terhad membuatkan proses
menyiapkan ebook ini tertangguh beberapa kali. Terima kasih saya
ucapkan kepada anda kerana sudi mendapatkan ebook ini.
Secara ringkas, Kiub Rubik adalah 3-D permainan mekanikal dikenali juga
sebagai "Magic Cube". Ia telah diberi lesen oleh Professor Rubik iaitu
pencipta kiub rubik ini pada 1980 dan telah memenangi "German Game of
the Year" untuk "Best Puzzle". Pada Januari 2009, 350 juta kiub telah dijual
seluruh dunia membuatkan ia menjadi permainan paling laku di dunia. Kiub
Rubik versi 333 telah meraikan ulangtahun ke-30 pada tahun 2010.
Saya Jepree Ibrahim, merupakan seorang pencinta kiub rubik dan salah
seorang yang berjaya menyelesaikan kiub ini. Tahukah anda bahawa
terdapat jutaan orang merasa kecewa dengan kiub rubik ini? Bukan di
Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia. Saya adalah salah seorang dari
mereka tapi itu dulu. Sekarang saya boleh menyelesaikannya dalam masa
purata 3 minit.
Oleh kerana minatnya saya pada kiub rubik ini, saya berusaha untuk
menghasilkan ebook Teknik Menyelesaikan Kiub Rubik ini dan ingin
berkongsi teknik tersebut dengan anda. Di dalam ebook ini saya akan
menumpukan kepada kiub rubik 3x3x3. Akhir kata, selamat berrubik.
4 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
EBOOK TEKNIK
MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
DIDATANGKAN BERSAMA
VIDEO TUTORIAL. EBOOK
AKAN MENUNJUKKAN
LANGKAH-LANGKAH SECARA
TEORI MANAKALA VIDEO AKAN
MENUNJUKKAN TEKNIK AMALI
YANG SEBENAR. SILA RUJUK
EBOOK DAN VIDEO SEBAGAI
RUJUKAN ANDA.
5 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
KENALI KIUB RUBIK
6 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
PERMUKAAN TEPI KIUB
PADA BAHAGIAN TEPI PERMUKAAN DENGAN
DUA WARNA BERBEZA, TERDAPAT DUA BELAS
(12) PERMUKAAN KIUB YANG TERLETAK PADA
BAHAGIAN TENGAH KIUB.
PENJURU BUCU KIUB
PADA BAHAGIAN BUCU KIUB DENGAN TIGA
WARNA YANG BERBEZA, TERDAPAT LAPAN (8)
BUCU PADA PENJURU KIUB.
BAHAGIAN TENGAH KIUB
PADA BAHAGIAN TENGAH KIUB, TERDAPAT
ENAM (6) PERMUKAAN DENGAN WARNA
BERBEZA.
TIPS: WARNA BERIKUT PADA BAHAGIAN TENGAH INI SENTIASA
BERTENTANG ANTARA SATU SAMA LAIN
PUTIH BERTEMU KUNING
OREN BERTEMU MERAH
HIJAU BERTEMU BIRU
7 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 1
ASAS PERGERAKAN
KIUB RUBIK
8 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Berikut adalah pergerakan asas kiub rubik. Tujuan huruf R, L U, F dan D
digunakan adalah kerana ia kod standard antarabangsa. Ini memudahkan
anda sekiranya anda berjaya masuk ke pertandingan rubik antarabangsa
nanti. Manalah tahukan?
PUSING PERMUKAAN KANAN IKUT JAM (R)
PUSING PERMUKAAN KANAN IKUT JAM (Ri)
PUSING PERMUKAAN KIRI IKUT JAM (L)
PUSING PERMUKAAN KIRI IKUT JAM (Li)
PUSING PERMUKAAN ATAS IKUT JAM (U)
PUSING PERMUKAAN ATAS IKUT JAM (Ui)
PUSING PERMUKAAN DEPAN IKUT JAM (F)
PUSING PERMUKAAN DEPAN IKUT JAM (Fi)
PUSING PERMUKAAN BAWAH IKUT JAM (D)
PUSING PERMUKAAN BAWAH IKUT JAM (Di)
9 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 2
SELESAIKAN
SETENTANG PUTIH
10 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Di dalam langkah ini kita akan bermula untuk menyelesaikan kiub rubik.
BEHOLD!
Sila pastikan bahagian putih terletak di bahagian
atas. Sasaran anda ialah membina bahagian putih
seperti tanda tambah + dan turutan dua (2) warna
di setiap empat (4) permukaan tepi kiub. Langkah
ini boleh dicapai melalui latihan dan try and
error tapi jangan risau, saya ada tips rahsia.
TIPS: Selesaikan Langkah 1 mengikut turutan
berikut bermula dari warna biru, oren, hijau dan merah.
1A. Pastikan warna putih berada di permukaan
atas. Pusing bahagian kanan (R), satu pusingan
atau lebih sehingga kiub menjadi seperti di
sebelah. Jika kiub anda seperti di sebelah,
selesaikan warna lain iaitu oren, hijau dan merah.
1B. Jika kiub anda seperti ini, gunakan turutan di bawah
sehingga kiub anda menjadi seperti 1A dan selesaikan warna
yang lain. Ulangi langkah 1A jika perlu.
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 2, teruskan kepada Langkah 3
11 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 3
SELESAIKAN
PERMUKAAN PUTIH
12 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Sasaran anda adalah menyelesaikan permukaan putih seperti gambar di
sebelah.
TIPS: Pastikan penjuru bucu kiub terdapat warna
putih bersama dua warna yang sama dengan
permukaan yang bersebelahan dengannya. Lihat
contoh gambar di bawah.
2A. Halakan permukaan berwarna merah menghadap anda kerana kita
akan selesaikan permukaan berwarna merah dahulu. Pastikan terdapat
tiga (3) warna sahaja pada bucu bawah kanan atau bucu atas kanan kiub
iaitu merah, biru atau putih sahaja. Pusing bahagian bawah (D) untuk
mendapatkan tiga (3) warna tadi (jika perlu).
2B. Setelah tiga (3) warna tersebut berada di kedudukannya, sila ikuti
langkah berikut:
Ulangi langkah ini sekali atau beberapa kali (maksimum 6 kali) sehingga
kiub anda menjadi begini.
Untuk permukaan seterusnya, ulangi langkah 2A dan 2B
sehingga selesai keempat-empat permukaan.
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 3, teruskan kepada Langkah 4
13 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 4
SELESAIKAN
BAHAGIAN TENGAH
14 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Pusingkan permukaan putih yang telah diselesaikan
dalam Langkah 3 tadi ke bawah. Sekarang kita akan
selesaikan bahagian seterusnya iaitu bahagian tengah.
(3A) (3B)
TIPS: Pusing permukaan atas (U) sekali atau lebih jika perlu dan pastikan
warna biru, merah atau oren berada seperti kedudukan di atas (3A, 3B).
3A. Jika warna oren berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3A),
gunakan pergerakan di bawah.
3B. Jika warna merah berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3B),
gunakan pergerakan di bawah.
Selesaikan semua permukaan tengah yang lain mengikut pergerakan 3A
dan 3B.
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 4, teruskan kepada Langkah 5
15 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 5
SELESAIKAN
SETENTANG KUNING
16 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Pastikan permukaan berwarna kuning berada di
sebelah atas. Sasaran untuk Langkah 5 adalah
seperti gambar di sebelah.
TIPS: Dalam Langkah 5 ini, selesaikan permukaan
berwarna kuning sahaja. Abaikan warna yang lain.
4A. Jika kiub anda seperti di sebelah kiri, sila teruskan kepada
Langkah 6.
4B. Jika kiub anda seperti di bawah, gunakan langkah yang ditunjukkan di
sebelah kanannya.
=
=
=
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 5, teruskan kepada Langkah 6
17 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 6
SELESAIKAN SISI TEPI
18 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Sasaran anda adalah seperti gambar di sebelah.
TIPS: Pada salah satu atau lebih pada
permukaan sisi, pasti akan terdapat
permukaan yang selari warnanya seperti di
sebelah. Jika tidak, pusingkan permukaan
atas (U) untuk mendapatkan keselarian warna
tersebut. Gunakan warna yang selari sebagai
origin atau paksi kiub.
Gunakan langkah di bawah untuk mencapai sasaran Langkah 6 ini.
Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat permukaan
menjadi seperti sasaran di atas.
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 6, teruskan kepada Langkah 7.
19 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 7
SELESAIKAN BUCU KIUB
20 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Dalam Langkah 7, sasaran anda adalah seperti salah satu daripada
gambar di bawah.
TIPS: Di antara keempat-empat penjuru, pasti akan terdapat satu penjuru
dengan tiga (3) warna yang berada di dalam warna keluarganya iaitu:
Kuning Biru Merah | Kuning Merah Hijau
Kuning Hijau Oren | Kuning Oren Biru
Jika kiub anda seperti salah satu daripada gambar di atas, ambil bucu
penjuru sebelah kanan atas sebagai paksi kiub untuk menyelesaikan
sasaran Langkah 7 ini.
Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat bucu berada di
dalam warna keluarganya iaitu:
Bucu 1: Kuning Biru Merah
Bucu 2: Kuning Merah - Hijau
Bucu 3: Kuning Hijau Oren
Bucu 4: Kuning Oren Biru
Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 7, teruskan kepada Langkah 8
21 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
LANGKAH 8 (AKHIR)
SELESAIKAN KIUB RUBIK
22 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
Dalam Langkah Terakhir ini, anda akan menggunakan semula langkah
yang pernah digunakan sebelum ini cuma terdapat satu pergerakan
tambahan sahaja.
TIPS: Gunakan satu bucu sebagai paksi kiub. Jika
terdapat bucu yang telah diselesaikan, gerakkan
permukaan atas (U) satu pusingan dan selesaikan
bucu yang lain.
Gunakan pergerakan di bawah beberapa kali
sehingga menjadi seperti berikut:
8A.
8B. Setelah kiub anda menjadi seperti di atas, pusing
permukaan atas lawan arah jam satu pusingan. Ulangi
pergerakan 8A dan 8B untuk tiga bucu lagi.
Pastikan anda melakukan setiap pergerakan di atas. Jika tertinggal satu
pergerakan terutamanya pergerakan (Ui & D), kiub akan jadi bercelaru.
23 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK
Hakcipta Terpelihara RahsiaRubik.com
PENUTUP
Tahniah kepada anda kerana berjaya membaca sampai ke muka surat ini
tapi jangan baca sahaja, praktikkan. Sila dapatkan kiub rubik anda di kedai
mainan yang berdekatan jika anda masih belum memiliki kiub rubik.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan kepantasan dan skill, apa yang anda
perlu buat adalah latihan, latihan dan latihan. Saya mengambil masa lebih
kurang 3 hari untuk menyiapkan kiub rubik saya yang pertama dan saya
terus berusaha sehingga saya berjaya sampai ke tahap sekarang.
Saya yakin, ANDA JUGA MAMPU MELAKUKANNYA! Segalanya
bergantung di atas usaha anda sendiri.
Selamat berjaya!
Sekian sahaja daripada saya,
Jepree Ibrahim
http://rahsiarubik.com
http://www.facebook.com/m.jepree