Anda di halaman 1dari 19

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1

PENGENALAN
Windows Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem pengendalian Microsoft Windows.
Windows Vista mula dipasarkan kepada pengeluar OEM pada 8 November 2006 dan dilancarkan
oleh Microsoft bagi pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007. Windows Vista mempunyai antaramuka
terkini yang cantik dan lutsinar, dikenali sebagai Aero. Semasa peringkat pembangunannya,
Windows Vista dikenali dengan nama kodnya iaitu Longhorn sehinggalah ia memperoleh nama
rasminya pada 22 Julai 2005. Keluaran Windows Vista didatangi lebih daripada lima tahun selepas
Windows XP diperkenalkan, dan ia menjadi tempoh terpanjang di antara dua keluaran Microsoft
Windows.
Windows Vista memberikan banyak taksiran negatif. PC World telah menyeneraikan #1 dari "15
teknologi mengecewakan 2007," mengatakan bahawa banyak pengguna suka pada XP". Kritikan
Windows Vista termasuklah tempoh masa pembangunan yang panjang, istilah perlesenan paling
terbatas, kemasukan teknologi Pengurusan Hak Digital bertujuan menyekatkan salinan media digital
yang dilindungi, kekurangan pemandu bahan untuk sesuatu perkakasan, dan ciri-ciri baru lain seperti
User Account Control.

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
2

EDISI WINDOWS VISTA
Microsoft memulakan pembangunan Windows Vista pada May 2001 dan ia dikenali sebagai
Lornhorn iaitu 5 bulan sebelum pelancaran Windows XP. Pada mulanya, ia dijangka akan dikeluarkan
pada lewat tahun 2003.
1. Starter Edition - disasarkan kepada komputer berspesifikasi rendah untuk meningkatkan
kadar celik IT terutamanya di kawasan pedalaman serta didapati dalam beberapa bahasa
tempatan seperti versi Bahasa Melayu (Windows Vista Starter Edition Bahasa Melayu masih
belum dilancarkan buat masa ini) Versi Starter Edition tidak dilengkapi antaramuka Aero.
2. Home Basic - untuk pengguna komputer rumah yang hanya sekadar melepasi keperluan
minima Vista dan menggunakan komputer untuk tugasan asas sahaja. Versi Home Basic juga
tidak dilengkapi antaramuka Aero.
3. Home Premium - untuk sebahagian besar pengguna komputer rumah.
4. Enterprise - untuk perniagaan berskala kecil yang menyertai program Microsoft Software
Assurance.
5. Business - disasarkan untuk semua jenis perniagaan.
6. Ultimate - merangkumi kesemua ciri-ciri yang terkandung dalam edisi Home Premium dan
Business, disasarkan kepada pengguna komputer yang berkuasa tinggi.

Versi tanpa Windows Media Player bagi edisi-edisi di atas, dikenali sebagai versi N juga didapati di
Eropah akibat tindakan undang-undang yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah terhadap Microsoft
kerana menyertakan Windows Media Player di dalam Windows.

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
3

CIRI-CIRI WINDOWS VISTA
1. Pemasangan yang pantas - Windows Vista adalah versi Windows pertama yang
menggunakan DVD-ROM, malah tempoh pemasangannya juga lebih singkat daripada versi
terdahulu Windows. Antaramuka menu yang digunakan semasa pemasangan Windows juga
adalah antaramuka grafik pengguna sepenuhnya, menjadikan pemasangan Windows Vista
lebih mudah dan pantas.
2. Indeks Pengalaman Windows - Indeks Pengalaman Windows adalah satu skema pemarkahan
perkakasan oleh Microsoft bagi menguji keupayaan konfigurasi komputer yang digunakan
untuk menjalankan Windows Vista. Markah bagi indeks tersebut diambil berdasarkan
markah terendah bagi perkakasan yang digunakan. Indeks tersebut diguna sebagai panduan
buat pengguna untuk menilai spesifikasi komputer mereka serta merancang naik taraf yang
diperlukan sekiranya markah yang diperolehi adalah rendah.
3. Antaramuka Aero - Windows Vista menggunakan antaramuka grafik terbaru yang dikenali
sebagai Aero. Antaramuka Aero ini kelihatan cantik dan lutsinar tetapi untuk memperolehi
antaramuka ini, sesebuah komputer perlu mempunyai spesifikasi yang mencukupi bagi
melepasi keperluan antaramuka Aero iaitu 3 markah dalam Indeks Pengalaman Windows.
4. Pengurusan sistem bersepadu - Program utiliti pengurusan fail iaitu Windows Explorer yang
membentuk shell utama dalam Windows kini disepadukan dengan panel kawalan Control
Panel serta beberapa perisian utiliti Windows yang lain untuk kawalan yang lebih berkesan
serta memberikan pengalaman baru yang berbeza kepada pengguna Windows.
5. Ease of Access - Bahagian Ease of Access menggantikan Accessibility bagi tujuan membantu
orang kurang upaya untuk menggunakan komputer. Di dalam Ease of Access ini, sistem
pengecaman suara serta bacaan telah disepadukan sepenuhnya bagi membolehkan
pengguna kurang upaya menggunakan komputer dengan lebih mudah.
6. Enjin pencari yang lebih cekap - Enjin pencari yang digunakan Windows Vista akan terus
mencari fail yang diingini sambil pengguna sedang menaip nama fail. Teknik pencarian
sebegini dapat menjimatkan masa pengguna.
7. Menu Start yang dikemaskini - Menu Start di dalam Windows Vista dikemaskini dengan
menu program berstruktur tree agar lebih tersusun berbanding versi terdahulu Windows.
Selain itu, menu Start di dalam Vista turut dilengkapi enjin pencari bagi membolehkan
pengguna mencari program.

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
4

8. User Account Control - Di dalam Windows Vista, sebarang perubahan kepada sistem
komputer hanya boleh dilakukan oleh pentadbir sistem iaitu pemilik komputer sendiri untuk
mengelakkan sebarang perubahan yang tidak diingini kepada sistem komputer. Bagi
mengukuhkan tahap keselamatan, Windows akan mengeluarkan tetingkap pertanyaan bagi
mengesahkan sebarang perubahan kepada sistem. Namun demikian, pengguna akaun bukan
pentadbir boleh melakukan perubahan sistem tetapi dengan meminta nama pentadbir dan
kata laluannya, berbeza dengan Windows XP yang langsung tidak membenarkan pengguna
akaun bukan pentadbir untuk melakukan perubahan walaupun sekadar membetulkan jam
dan tarikh, tetapi dalam masa yang sama pengguna akaun pentadbir dapat mengawal sistem
dengan terlalu bebas dan terdedah kepada risiko keselamatan.
9. Ibu jari previu (Preview Thumbnail) - Dengan menggerakkan tetikus ke ikon program yang
sedang berjalan pada bar tugasan, pengguna dapat melihat sepintas lalu kandungan
program yang dibuka.
10. Windows Flip 3D - Dengan menekan kombinasi kekunci Windows+Tab, pengguna boleh
melihat secara sekali imbas tetingkap program-program yang telah dibuka, berbeza dengan
cara lama iaitu kombinasi Alt+Tab yang hanya membolehkan pengguna melihat ikon
program yang dibuka.
11. Windows Defender - Windows Defender adalah perisian antipengintip percuma yang
didatangkan bersama Windows Vista untuk melindungi sistem pengendalian daripada
serangan perisian pengintip.
12. Internet Explorer 7 - Internet Explorer 7 ialah versi terbaru pelayar Web keluaran Microsoft.
Antara ciri-ciri utamanya termasuklah pelayaran bertab, ejen pencari bersepadu serta
pengurusan plug-in.
13. Windows Media Player 11 - Versi terkini pemain media digital Microsoft ini turut dilengkapi
enjin pencari yang mencari fail media sambil pengguna menaip nama fail bagi membolehkan
pengguna mencari dan memainkan fail media dengan pantas.
14. Windows Update - Pada versi terdahulu Windows, Windows Update memerlukan pengguna
memasuki laman web Windows Update melalui pelayar Internet Explorer. Malangnya,
sesetengah pengguna yang mempunyai masalah dengan pelayar Internet Explorer mereka
tidak dapat mengemaskini sistem pengendalian Windows mereka, tambahan pula Windows
Update hanya menyokong pelayar Internet Explorer sahaja. Bagi mengatasi masalah ini,
Windows Vista menyepadukan Windows Update di dalam Control Panel, membolehkan
pengguna mengemaskini perisian Windows mereka tanpa perlu membuka Internet Explorer.

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
5

15. Windows Vista ReadyBoost - Teknologi ini membolehkan Windows memanfaatkan ruang
kosong di dalam pemacu kilat USB untuk menambah baik prestasi ingatan Windows.
16. Windows Photo Gallery - Windows Photo Gallery adalah perisian pengurusan fail imej bagi
menggantikan Windows Image and Fax Viewer dalam Windows XP. Jika dahulunya fungsi
Windows Image and Fax Viewer hanya terhad untuk memaparkan imej, Windows Photo
Gallery boleh mengimport gambar dari kamera digital serta melakukan sedikit suntingan
ringan pada gambar.
17. Bar tepi (sidebar) - Bar tepi menempatkan beberapa perisian mini yang dipanggil gajet
seperti jam, kalendar, nota kecil serta ramalan cuaca.
18. Windows Ultimate Extras - Windows Ultimate Extras adalah sekumpulan perisian tambahan
yang boleh dimuat turun secara percuma melalui Windows Update khusus untuk pengguna
Windows Vista Ultimate sahaja.

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
6

KEPERLUAN SISTEM
Buat masa kini, keperluan sistem untuk pemasangan Windows Vista boleh dikatakan agak berat.
Spesifikasi minimum Windows Vista boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Vista Capable dan Vista
Premium Ready. Sesebuah komputer yang melepasi keperluan Vista Premium Ready dapat
menikmati ciri-ciri hebat Windows Vista dengan lancar tanpa terasa berat serta dapat menikmati
antaramuka Windows Aero. Sungguhpun demikian, sesetengah perisian menyebabkan Windows
menggunakan antaramuka asas secara sementara walaupun melepasi spesifikasi Vista Premium
Ready dan kembali kepada antaramuka Aero setelah perisian tersebut ditutup.
Vista Capable Vista Premium Ready
Pemproses 800 MHz 1.0 GHz
Ingatan (Memory) 512 MB RAM 1 GB RAM
Kad grafik Serasi DirectX 9 GPU serasi DirectX 9 dengan Pembayang Piksel
Perkakasan v2.0 dan sokongan pemacu WDDM 1.0
Ingatan grafik N/A 128 MB RAM menyokong sehingga 2,756,000
jumlah piksel (1920 1200) atau 512 MB+ untuk
resolusi lebih tinggi seperti 2560x1600
Kapasiti cakera keras 20 GB 40 GB
Ruangan bebas cakera
keras
15 GB 15 GB
Pemacu lain CD-ROM DVD-ROM


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
7

PROSES PEMASANGAN
Proses pemasangan terdapat dalam pelbagai cara, antaranya secara menaik taraf ataupun
pemasangan baru. Selain itu, cara pemasangan juga terdapat dalam pelbagai cara. Melalui jaringan
atau melalui pemacu DVD, pemacu USB dan cakera keras luaran. Proses pemasangan dibawah
dilakukan keatas PC baru dengan menggunakan Edisi Windows Vista Ultimate.
MELAKUKAN BOOT
Pastikan PC anda didalam keadaan boot ke keatas pemacu DVD / USB. Saya beranggapan anda
menggunakan DVD untuk proses pemasangan. Untuk pemasangan melalui USB, sila rujuk artikel ini.
Tutorial Memasang Windows Vista Menggunakan USB Drive.Tiada perbezaan ketara jika anda
melakukan boot ke atas pemacu DVD mahupun USB.
Masukkan DVD
Pastikan DVD yang anda masukkan adalah DVD yang betul. Jika anda menggunakan DVD yang
dicetak/burn pastikan ia mempunyai keupayaan bootable. Jalankan PC anda untuk memulakan
proses pemasangan. Paparan dibawah dapat dilihat jika DVD anda mempunyai keupayaan bootable.
Tekan mana-mana kekunci jika anda mendapat paparan seperti skrin berikut.


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
8

PROSES PEMASANGAN BERMULA
Jika anda mendapat visual seperti dibawah ia bermakna proses pemasangan Windows Vista telah
bermula. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada keupayaan sesebuah
komputer. Anda tidak perlu melakukan apa-apa jika paparan berikut dipaparkan.

PEMILIHAN BAHASA & MASA
Sila pilih bahasa yang anda mahu gunakan bagi proses pemasangan. Sila buat pilihan yang betul.
Selepas membuat pilihan, sila tekan butang Next.


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
9

PEMASANGAN WINDOWS
Jika anda sudah ada salinan Windows Vista, anda boleh memilih untuk membaiki/menaik taraf
dengan menekan butang Repair your Computer. Bagi tutorial ini, saya memilih Install Now.

MEMASUKKAN PRODUK KEY
Sila masukkan product key yang disertakan pada anda semasa pembelian. Tidak perlu memasukkan
kekunci dash kerana ia akan dimasukkan secara automatik. Anda boleh memilih untuk meaktifkan
secara automatik jika anda mempunyai talian internet. Jika anda mahu mengaktifkan secara manual,
buang tanda pada kotak tersebut.


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
0

MENAIK TARAF SISTEM
Proses dibawah mempunya 2 pilihan. Jika anda mempunyai Windows Vista dan anda mahu
menaikkan tarafnya tanpa kehilangan data, sila tekan pada Upgrade. Tekan pada Custom jika
anda mahu memasang salinan baru.

PROSES PENYALINAN DATA
Seterusnya, paparan tersebut menandakan file system sedang disalin ke dalam hard disk anda. Ia
mungkin mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Disini anda dapat melihat proses pemasangan
sedang dilakukan dengan memerhatikan pada tanda .

Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
1


RESTART
Paparan dibawah akan kelihatan selepas proses penyalinan & pemasangan selesai. Biarkan sahaja ia
restart secara automatik. Proses pemasangan akan disambung semula selepas ini.


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
2

PEMASANGAN BERSAMBUNG
Sebaik sahaja ia restart, proses pemasangan akan disambung semula. Disini anda dapat lihat
proses pemasangan dijalankan secara sempurna.



Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
3

PROSES PENAMAAN & PENETAPAN KATA LALUAN
Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk computer anda.
Bertujuan untuk mengelak dari anasir luar masuk ke system korang. Dicadangkan anda
menggunakan kombinasi huruf dan nombor. Anda juga boleh meneruskan dengan menekan butang
Next jika tidak mahu menggunakan kata laluan.



Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
4

MENETAPKAN KEMASKINI SISTEM
Bahagian ini untuk memastikan anda mendapat keselamatan terkini dan memperbaiki bugs yang
terdapat didalam sistem anda.

MENETAPKAN MASA
Menetapkan masa kepada waktu tempatan negara anda. (Untuk anda yang berada di Malaysia,
Negara ini berada di zon masa UTC +8.00)


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
5

PENYEDIAAN BAKAL BERAKHIR
Proses penyedian akan berakhir. Selepas proses ini selesai, ia akan memeriksa melakukan tetapan
pada komputer anda secara automatik.



Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
6

LOG MASUK KEDALAM AKAUN
Sekarang masukkan kata laluan yang anda letakkan pada langkah sebelum ini.

PROSES PEMASANGAN TAMAT
Proses penyedian sudah berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang
dilengkapi dengan Windows Vista. Anda sudah bersedia?


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
7

SELAMAT DATANG KE WINDOWS VISTA
Tahniah. Anda adalah seorang pengguna Windows Vista sekarang. Proses pemasangan telah berjaya.
Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah memasang driver yang diperlukan. Sebarang
pertanyaan bolehlah ditujukan kepada howdy@mrpiratz.com. Sebarang kemaskini mengenai e-
book ini anda boleh dapatkan di http://mrpiratz.com/


Copyright 2010 by MrPiratz. Com. All Rights Reserved. All Wrongs Revenge.

P
a
g
e
1
8

UCAPAN PENULIS
Semoga terhasilnya e-book ini memberi manfaat kepada anda. Sebarang perubahan keatas e-book
ini hendaklah mendapat kebenaran dari penulis. Untuk sebarang kemaskini, info, dan penerbitan e-
book yang lain, samaada berkaitan kepada Windows Vista/tidak boleh didapatkan secara percuma di
laman blog penulis di alamat http://mrpiratz.com/. Jika anda memuat-turun e-book ini pada laman
blog/web selain dari alamat diatas, saya sebagai penulis buku ini memerlukan anda melaporkannya
kepada saya.