Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft.
Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa
pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat
percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British
Columbia, Kanada.
Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan
Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina
berasaskan teknologi kernel Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian
Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil
pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang
terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi
pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak
rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak
rompak.

Edisi Windows XP
Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-
1. Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.
2. Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna
komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang
tidak terdapat pada versi Home Edition.
Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus,
iaitu:-
1. Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan pemproses
Intel Itanium.
2. Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-bit (jangan
terkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen kerja dengan
pemproses Intel Itanium sahaja).
3. Windows XP Media Center Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media adalah
komputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio serta pelbagai ciri-ciri
lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan dengan komputer pusat media
tersebut.
4. Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali sebagai PC tablet.
Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan sistem pengecaman tulisan
pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen stylus pada skrin yang sensitif dengan
pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC tablet tidak dijual berasingan dan disertakan
dengan pembelian PC tablet tersebut.
5. Windows XP Embedded - sistem pengendalian terbenam bagi peralatan elektronik
pengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked, terminal
jualan serta komponen VoIP.
6. Windows Fundamentals for Legacy PCs - disasarkan kepada sebilangan kecil pengguna
khusus Microsoft Software Assurance yang ingin menggunakan Windows XP tetapi hanya
mampu memiliki komputer lama (seawal zaman pemproses Pentium).

Ciri-Ciri Terkini dan Diperbaharui
Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-
Proses memulakan Windows dan hibrenasi yang lebih pantas.
Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu
peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali
sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).
Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat
perisian mereka tema paparan.
Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun pengguna
lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih terbuka.
Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapat
dibaca dengan jelas.
Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya dari
komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun
internet.
Menyokong modem DSL serta rangkaian tanpa wayar.

Keperluan Sistem
Keperluan sistem adalah seperti berikut:-
Minimum Disyorkan
Pemproses 233 MHz 300 MHz atau lebih tinggi
Ingatan 64 MB RAM (mungkin
mengehadkan prestasi dan
sebahagian ciri-ciri)
128 MB RAM lebih tinggi
Kad grafik dan
monitor
Super VGA (800 x 600) Super VGA (800 x 600) atau
resolusi lebih tinggi
Ruangan bebas
cakera keras
1.5 GB 1.5 GB atau lebih tinggi
Pemacu CD-ROM CD-ROM atau lebih baik
Peranti Papan kekunci and tetikus Papan kekunci dan tetikus
Lain-lain Kad bunyi, pembesar suara, and
fon kepala
Kad bunyi, pembesar suara dan
fon kepala
Nota: Windows XP SP2 memerlukan tambahan 1.8 GB cakera keras bagi tujuan pemasangan.

Logo perkakasan "Direka untuk Windows XP"

Pek Servis dan Sokongan
Windows XP tanpa pek servis
Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.
Service Pack 1
Dilancarkan pada 9 September 2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih
perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan
SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober 2006.
Service Pack 2
Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos 2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem.
SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan
"pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian
antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.
Service Pack 3
Windows XP SP 3 telah di sebarkan pada 23 April 2008 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN)dan 6
Mei 2008 bagi pengguna umum.
Kitaran jangka hayat sokongan
Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala
sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft
memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas
pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari 2007, kebanyakan pengeluar
komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan
selepas pelancaran Vista.
Pada 14 April 2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang akan tamat pada
tahun 2014.

Proses Pemasangan
Proses pemasangan terdapat dalam pelbagai cara, antaranya secara menaik taraf ataupun
pemasangan baru. Selain itu, cara pemasangan juga terdapat dalam pelbagai cara. Melalui jaringan
atau melalui pemacu DVD, pemacu USB dan cakera keras luaran. Proses pemasangan dibawah
dilakukan keatas PC baru dengan menggunakan Edisi Windows XP Professional SP2.
MELAKUKAN BOOT
Pastikan PC anda didalam keadaan boot ke keatas pemacu DVD / CD. Saya beranggapan anda
menggunakan CD untuk proses pemasangan.
MASUKKAN CD DAN BOOT
Pastikan CD yang anda masukkan adalah CD yang betul. Jika anda menggunakan CD yang
dicetak/burn pastikan ia mempunyai keupayaan bootable. Jalankan PC anda untuk memulakan
proses pemasangan. Sebaik sahaja paparan


PROSES PEMASANGAN BERMULA
Jika anda mendapat visual seperti dibawah ia bermakna proses pemasangan Windows XP telah
bermula. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama bergantung kepada keupayaan sesebuah
komputer. Anda tidak perlu melakukan apa-apa jika paparan berikut dipaparkan.





PROSES PEMILIHAN PEMASANGAN
Sebaik sahaja keluar paparan seperti dibawah, pilih cara pemasangan pilihan anda. Tutorial ini
dilakukan untuk pemasangan baru. Jadi, tekan kekunci ENTER.

LICENSE AGGREMENT
Ini adalah perjanjian anda antara Microsoft. Kalau korang nak baca, bacalah. Pastu tekan kekunci F8

Sesetengah CD tiada perjanjian ini.

PEMBINAAN PARTITION
Pembinaan partition adalah penting kepada sesiapa yang mahu membahagikan Hard Disk mereka
kepada beberapa bahagian.

Tekan kekunci C untuk membuat partition baru.

Masukkan nilai/saiz dan tekan kekunci ENTER.

Pilih partition mana korang mahu install Windows

Langkah ini akan memadam segala data/file yang terdapat didalam HD tersebut. Dicadangkan anda
memilih Format the partition using the NTFS file system.

Partiton tersebut akan diformat. Langkah ini agak lama.

PROSES PENYALINAN DATA
Langkah penyalinan data Windows akan dilakukan sebaik sahaja proses format seperti diatas
selesai. Semasa proses ini dijalankan, pastikan anda tidak mengeluarkan CD anda dari pemacu.

RESTART
Proses penyalinan data telah pun selesai apabila paparan seperti dibawah keluar. Proses
pemasangan akan bersambung selepas ia restart. Biarkan sahaja komputer anda.

PEMASANGAN BERSAMBUNG
Sebaik sahaja ia restart, proses pemasangan akan disambung semula. Disini anda dapat lihat
proses pemasangan dijalankan secara sempurna.


PEMILIHAN BAHASA
Sila pilih bahasa yang anda mahu gunakan bagi proses pemasangan dengan menekan butang
Customize. Sila buat pilihan yang betul. Selepas membuat pilihan, sila tekan butang Next.

PROSES PENAMAAN
Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk computer anda.

MEMASUKKAN PRODUK KEY
Sila masukkan product key yang disertakan pada anda semasa pembelian.

PENETAPAN KATA LALUAN
Sila masukkan nama untuk computer anda. Dicadangkan anda menggunakan kombinasi huruf dan
nombor. Anda juga boleh meneruskan dengan menekan butang Next jika tidak mahu
menggunakan kata laluan.


MENETAPKAN MASA
Menetapkan masa kepada waktu tempatan negara anda. (Untuk anda yang berada di Malaysia,
Negara ini berada di zon masa UTC +8.00)

PEMASANGAN NETWORK
Ia bertujuan untuk mewujudkan satu fungsi jarian bagi komputer anda. Bagi langkah dibawah,
sesetengah CD tidak memaparkan paparan seperti dibawah.


Jika paparan seperti dibawah keluar semasa proses pemasangan, sila ikut langkah berikut.

Pilih Typical settings.

Masukkan WORKGROUP. Ia adalah default settings.

PROSES PEMASANGAN BAKAL BERAKHIR
Proses penyedian akan berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang
dilengkapi dengan Windows XP. Sebaik sahaja ia selesai, komputer anda akan direstart untuk
langkah penyediaan sebelum anda boleh menggunakannya.


PROSES PENYEDIAAN
Proses ini akan menyediakan komputer anda bagi memudahkan anda untuk langkah pemasangan
driver nanti. Dibawah adalah paparan default untuk Display kerana driver untuk grafik tidak
dipasangkan lagi. Ia akan mencadangkan resolusi yang bersesuaian untuk computer anda sebelum
driver grafik dipasang.


Anda masih lagi dalam proses penyediaan terakhir.


Semasa proses ini dijalankan, anda boleh memilih untuk SKIP

Pilihla tetapan yang bersesuaian dengan penggunaan anda.

Anda boleh memilih untuk tidak mendaftar pada proses ini dengan menekan No, not will at this
time.
PROSES PENAMAAN
Ia bertujuan untuk memaparkan pemilik PC tersebut. Sila masukkan nama untuk komputer anda.
Pastikan nama yang anda masukkan tidak sama dengan proses penamaan sebelum ini.

PROSES PEMASANGAN TAMAT
Proses penyedian sudah berakhir. Selepas proses ini selesai, anda boleh menggunakan PC anda yang
dilengkapi dengan Windows XP. Anda sudah bersedia? Jangan lupa untuk memasang driver terlebih
dahulu sebelum memasukkan aplikasi/perisian lain.

SELAMAT DATANG KE WINDOWS XP
Tahniah. Anda adalah seorang pengguna Windows XP sekarang. Proses pemasangan telah berjaya.
Sekarang apa yang anda perlu lakukan adalah memasang driver yang diperlukan. Sebarang
pertanyaan bolehlah ditujukan kepada howdy@mrpiratz.com. Sebarang kemaskini mengenai e-
book ini anda boleh dapatkan di http://mrpiratz.com/