Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Angkasa Bilangan Murid : 35 orang Tarikh : 8 Ogos 2011 Masa : 60 minit Tema : Kebersihan Tajuk : Gotong-royong Amalan Mulia.

Hasil Pembelajaran : Fokus utama : 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara. Aras 2 : (i) Mendengar dan menerima arahan dengan betul untuk bertindak balas. (ii) Melaksanakan arahan serta pesanan dengan cepat dan

tersusun. Fokus sampingan : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai. Aras 1 : (i) Menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan

sesuatu topik yang dibincangkan.

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat : i. mendengar dan menerima arahan dengan betul untuk bertindak balas. ii. melaksanakan arahan serta pesanan yang diberikan oleh guru dan rakan dengan cepat dan tersusun. iii. menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran mendengar dan bertutur. Sistem Bahasa Ilmu : Tatabahasa, sebutan dan intonasi : Sivik dan kewarganegaraan

Nilai

: Kerjasama, tolong-menolong dan bertolak-ansur.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Kecerdasan Pelbagai : Membuat kaitan, inferens, menjana idea. : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. : Visual ruang, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui dan pernah mengalami situasi gotong royong dalam kehidupan seharian.

Bahan Bantu Mengajar

: Slaid, kad tugasan, teks cerita, topeng

Langkah/ Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set induksi (5 minit)

-Murid membersihkan kelas

i) Guru meminta murid mengutip sampah di sekeliling mereka dan

KB : menghubungkait BCB: kemahiran mendengar dan bertutur. BBB : slaid

-Contoh soalan: i. Siapa yang pernah melakukan aktiviti gotong-royong? ii. Apa yang kamu lakukan untuk kelihatan bersih? iii. Apa aktiviti yang boleh dilakukan dalam gotongroyong?

membuangnya ke dalam tong sampah. ii) Guru bertanya kepada murid tentang tujuan guru melakukan tindakan sedemikian. iii) Guru menerangkan dengan lebih lanjut dengan menggunakan slaid.

Langkah 1 (15 minit)

-Melakonkan situasi berdasarkan kad

i) Guru membahagikan murid kepada dua

KB : membuat inferens

arahan

kumpulan. ii) Guru memberikan

BCB : i) bertutur dengan lancar. ii) mendengar dengan aktif. BBM: kad arahan, slide

-Contoh kad arahan i. Anda sebagai ketua kampung memberi taklimat gotong-royong kepada penduduk kampung. (Situasi di balai raya)

kad tugasan kepada setiap kumpulan. iii) Guru meminta murid membacakan kad tugasan tersebut dan melakonkan peranan secara berkumpulan mengikut situasi yang diberikan. iv) Bagi memudahkan murid memahami situasi, gambaran situasi pada paparan slide disediakan.

Langkah 2 (15 minit)

-Bercerita dan berlakon.

i) Guru meminta setiap kumpulan menghantar wakil untuk

KB : menghubungkait, menjana idea BCB : memproses maklumat dan melaporkan maklumat. KP : visual-ruang, interpersonal BBB : topeng, teks cerita Nilai : kerjasama, tolong-menolong

-Contoh teks cerita Kisah Semut dengan Belalang. i. Semut 1 : Banyaknya makanan yang kita kumpul hari ini. Makanan ini pasti mencukupi untuk musim sejuk nanti.

menyampaikan cerita dan melakonkan Kisah Semut dengan Belalang. ii) Guru memberikan topeng mengikut watak dalam cerita tersebut. iii) Murid dikehendaki menceritakan dan melakonkan cerita tersebut dihadapan dan guru membuat penilaian dengan

memberikan markah kepada setiap kumpulan. iv) Guru bersoal jawab bersama murid mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita tersebut.

Langkah 3 (20 minit)

-Aktiviti kuiz berdasarkan video Kisah semut dan belalang.

i) Guru melaksanakan

KB : menjana

aktiviti kuiz berdasarkan idea, video yang ditunjukkan. ii) Markah diberikan kepada kumpulan yang menghubungkait, membuat inferens. KP : interpersonal. Nilai : bekerjasama, bertolak ansur

-Contoh soalan kuiz : i) Binatang apakah yang rajin di dalam video tersebut? ii)Mengapakah belalang tidak mahu mengumpul makanan?

berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul.

Penutup (5 minit)

-Rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar.

i) Guru menggalakkan murid supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain

Nilai-nilai murni : -Menghargai -Bersyukur -Menghormati -Bekerjasama

-Nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii) Guru juga meminta murid menyatakan nilainilai murni yang telah

dipelajari pada hari tersebut. iii)Pelajar menyatakan pendapat mereka tentang aktiviti gotongroyong. iv) Guru memberi peneguhan terhadap pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.

Ulasan pensyarah pembimbing : ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai