Anda di halaman 1dari 2

Intervensi Pengajaran Bahasa

DEFINISI : Tindakan awal untuk membantu, memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Kaedah mengajar bahasa dalam situasi.


Kaedah ini memerlukan guru untuk mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan supaya ia dapat membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya membantu mereka menguasai kemahiran bahasa yang diajar.

Mengikuti perkembangan bahasa normal. Kaedah ini menekankan cara penyampaian pengajaran mengikuti perkembangan kanak-kanak. Dalam erti kata lain, pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kemampuan berbahasa kanakkanak mengikut peringkat umur mereka.

Rujukan : http://sinarkarlkyra.blogspot.com/2011/07/pengenalan-kepadamasalah-bahasa-dan.html

Cara-cara Mengatasi Masalah Gagap


DEFINISI : Gagap adalah masalah pertuturan yang berlaku pada seseorang individu. Sebagai contoh sebutan gagap pada perkataan makan akan menjadi ma-ma-mama-ma makan. CARA-CARA MENGATASI : Membaca secara kuat Latihan ini secara tidak langsung dapat memberikan seseorang waktu untuk berkonsentrasi pada pengucapannya. Tarik nafas dalam-dalam Latihan pernafasan boleh membantu menenang dan mengurangkan tekanan. Berbicara secara perlahan Dengan berbicara secara perlahan akan membantu seseorang membentuk kata-kata dalam fikirannya, sehingga boleh mengurangi stres dan dapat mengucapkan kata dengan betul. Rujukan : http://www.blogammar.com/cara-menghilangkan-masalah-gagap/