Anda di halaman 1dari 3

Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan sejahtera memerlukan usaha yang berterusan daripada pihak MARA khususnya

pihak MRSM. Dengan itu Panduan Nilai dan Etika Kehidupan di MRSM ialah antara usaha tersebut ke arah mencapai matlamat pendidikan sejagat untuk memastikan kemenjadian pelajar demi kelestarian pentadbiran negara dan keperluan tenaga kerja pada masa akan datang.

PANDUAN NILAI DAN ETIKA KEHIDUPAN DI MRSM


1. PERATURAN DISIPLIN Semua pelajar mestilah pada setiap masa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak MARA sepertimana yang termaktub dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pelajar dilarang melakukan atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin yang telah ditetapkan oleh pihak maktab. Kesalahan disiplin pelajar dikategorikan seperti berikut: i. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat ii. Kesalahan Disiplin Kategori Berat iii. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang ditetapkan boleh mengenakan hukuman yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Pelajar boleh dikenakan hukuman Amaran Bertulis, Menandatangani Perjanjian Perubahan Tingkah Laku, Gantung Persekolahan, Hukuman Rotan, Penamatan Persekolahan, Pindah Sekolah dan lain-lain mengikut kategori kesalahan yang disabitkan.

2. PENJAGAAN KEBERSIHAN i. Diri - Tubuh Badan: Sentiasa menjaga kesihatan , kebersihan anggota tubuh badan dan rupa diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit serta sentiasa kelihatan cergas dan menarik . Pakaian: Menjaga keselamatan, kebersihan dan kesempurnaan pakaian supaya pelajar sentiasa kemas dan berketerampilan. Makan Minum: Peka kepada pengambilan makanan yang berkhasiat dan bersih bagi mengelakkan mudarat.

ii. Asrama - Ruang Bilik: Menjaga keselamatan, kebersihan dan kekemasan peralatan, cadar, tilam, bantal dan barang-barang persendirian yang mencerminkan ketinggian peribadi. Bilik Guna Sama: Bertanggungjawab memastikan lantai, dinding, lampu, kipas dan segala peralatan yang dibekalkan sentiasa bersih, dijaga dengan baik dan selamat digunakan. Menyayangi harta guna sama sebagaimana harta sendiri menunjukkan tahap peradaban tinggi yang hendaklah dibudayakan. Tandas: Bersama-sama menjaga bilik tandas dan bilik mandi supaya sentiasa bersih, tidak berbau busuk dan tidak menjijikkan. Memastikan peralatan diguna dengan cermat bagi menjaga jangka hayat kemudahan yang disediakan.

iii. Kelas /Bilik Kuliah/Makmal/Kemudahan Pembelajaran - Bertanggungjawab memastikan lantai, dinding, lampu, kipas dan segala peralatan yang dibekalkan sentiasa bersih, dalam keadaan baik dan dijaga dengan cermat. Peralatan diguna dengan betul. iv. Persekitaran - Padang/laman landskap/wakaf: Sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan tempat. Tidak membuang sampah di merata tempat serta menjaga dan melindungi tanaman dan hiasan supaya tidak mencacatkan pandangan. Hendaklah menjaga keselamatan segala peralatan dan kemudahan yang disediakan untuk keselesaan bersama. Dewan Selera Menjaga kebersihan dan keselesaan tempat makan serta keselamatan peralatan dan kemudahan yang disediakan bertepatan ia sebagai tempat menjamu selera.

Surau Menjaga dan menghormati kesucian tempat beribadat. Bersama-sama memastikan kebersihan dan kekemasan kemudahan yang disediakan yang melambangkan penghayatan kepada tuntutan agama.

3. KOMITMEN Program: Memberi tumpuan penuh kepada program akademik dan program sokongan pembelajaran untuk kejayaan diri dan organisasi. Aktiviti Maktab: Melibatkan diri dan memberi sokongan padu kepada program yang dirancang oleh maktab sebagai aktiviti rasmi. Aktiviti sebegini hendaklah diberi keutamaan mengatasi kepentingan peribadi yang boleh diatasi. 2

Undang-Undang dan Peraturan: Semua pihak dituntut menghormati dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan mengikut jadual, aktiviti, program dan lokasi yang berkenaan. Semua pihak mestilah akur bahawa peraturan yang dirangka, bertujuan mewujudkan keharmonian, keseimbangan dan keadilan dalam masyarakat.

4. PENGLIBATAN IBU BAPA Perkongsian Pintar: Ibu bapa atau penjaga dipohon bekerjasama dengan pihak maktab memberi sumbangan tenaga dan kepakaran sama ada dalam bentuk ilmiah atau kemahiran hands-on untuk pembangunan pelajar keseluruhan. Sokongan kepada Aktiviti Maktab: Melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti maktab mengikut kesesuaian yang ditetapkan bersama antara pihak maktab dan ibu bapa. Aktif dalam Muafakat Menjadi ahli Muafakat Maktab yang aktif, memberi sumbangan idea, tenaga dan sokongan moral.

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA