Anda di halaman 1dari 6

Kepelbagaian Sumber Bumi

Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan. Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup adalah sumber yang paling penting di bumi. Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber yang tidak hidup. Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi. Air

adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan udara. Bahan api fosil

Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub. Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).

Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang batu. Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang. Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik. Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk memanas, memasak, atau sebagai bahan api kenderaan.

Benda-benda hidup

Udara

Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas penting yang menyediakan bahan-bahan untuk menyokong kehidupan. Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan bangunan, dan bahan api. Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran dan buahbuahan. Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas, pokok getah). Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina, nibung, dll. Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah.

Tanah dan mineral

Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust). Tanah

Unsur / Elemen
Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi. Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja. Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul. Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis. Contoh-contoh unsur: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Emas (gold). Zink (zinc). Besi (iron). Oksigen (oxygen). Karbon (carbon). Nitrogen. Hidrogen (hydrogen). Aluminium.

Unsur-unsur boleh dikelaskan kepada logam (metal) dan bukan logam (non-metal). Logam 87 jenis logam telah dikenal pasti. Contoh-contoh logam:

Kalium (potassium) Kalsium (calsium) Magnesium Merkuri/raksa (mercury) Natrium (sodium) Perak (silver) Kuprum/tembaga (copper) Platinum Emas (gold)

Bukan Logam 17 jenis bukan logam telah dikenal pasti. Contoh-contoh bukan logam:

Hidrogen (hydrogen) Oksigen (oxygen) Fluorin (fluorine) Klorin (chlorine) Karbon (carbon) Fosforus (phosphorus) Bromin (bromine) Iodin (iodine) Nitrogen Sulfur (sulphur)

Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair. Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik: Dalam unsur-unsur seperti oksigen dan kuprum, semua atom adalah sama. 1. Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus) 2. Cecair (cth: bromin)

3. Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon, klorin, argon, krypton, xenon, radon)

Komponen: Satu atom natrium, satu atom klorin.

Sebatian Sebatian (compounds) terbentuk apabila dua atau lebih jenis unsur (element) bergabung secara kimia (combine chemically). Zarah terkecil dalam suatu sebatian adalah molekul (molecule). Contoh: Air (water) adalah suatu sebatian. Molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen yang bergabung secara kimia. Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponenkomponennya.

Benzena (Benzene)

Komponen: Enam atom karbon, enam atom hidrogen.

Karbon dioksida (Carbon dioxide)

Metana (Methane)

Komponen: Satu atom karbon, dua atom oksigen.

Komponen: Satu atom karbon, empat atom hidrogen.

Natrium klorida (Sodium chloride)

Ammonia

Komponen: Satu atom nitrogen, tiga atom hidrogen.

Air (Water)

(condense) pada dinding tabung uji. Kesimpulan: Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.

Komponen: Satu atom oksigen, dua atom hidrogen. Komponen-komponen sebatian tersebut tidak boleh dipisahkan secara fizikal (cannot be physically separated). Komponen-komponen dalam suatu sebatian hanya boleh dipisahkan secara kimia, sebagai contoh, dengan menggunakan haba yang tinggi (pemanasan) atau menggunakan tenaga elektrik (elektrolisis). Memecahkan (breaking down) sebatian dengan pemanasan 1. Memecahkan sebatian gula (sugar)

2. Memecahkan sebatian merkuri oksida (mercury oxide)

Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan. Pemerhatian: 1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan. 2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara. 2. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding tabung uji. Kesimpulan: Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan. Memecahkan (breaking down) sebatian dengan elektrolisis

Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat (heated strongly). Pemerhatian: 1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan. 2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk. 3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap

1. Memecahkan sebatian air tulen (pure water)

Kesimpulan: Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya, iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila arus elektrik melaluinya.

Pemerhatian: Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.

Campuran Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau lebih bahan (substances) yang digabungkan secara fizikal (combined physically), contohnya, dengan mengacau (stirring).

Kesimpulan: Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

2. Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride) Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite) oleh tindak balas kimia. Jadi, komponenkomponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical means). Campuran homogen (homogenous mixture) terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.

Pemerhatian: Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan (reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif.

Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, udara. Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.
o

Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakanproses-proses berikut: 7. 8. 9. 10. 11. Penurasan (Filtration) Pengayakan (Sieving) Penyejatan (Evaporation) Penyulingan (Distillation) Kromatografi (Chromatography) 12. Pengekstrakan (Extraction) 13. Menggunakan magnet (Using a magnet) 14. Pemendakan (Precipitation) Campuran boleh bertukar kepada suatu sebatian dengan cara pemanasan (heating). Sebagai contoh, serbuk besi (ferum) dan sulfur membentuk suatu sebatian yang dipanggil ferum (II) sulfida apabila ianya dipanaskan.

Udara Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.

Tanah Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus.

Air laut Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen.

Air limau Komponen: Garam, gula, limau.

Makanan ringan Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.

Darah Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen.

Anda mungkin juga menyukai