Anda di halaman 1dari 1

Tidak mudah untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan dapat memberikan yang terbaik kepada murid-murid.

Terlebih dahulu, saya perlu menjadi seorang guru yang dapat mematuhi arahan dan peraturan sekolah serta menjaga nama baik sekolah. Contohnya, menghadirkan diri ke sekolah dan masuk ke kelas tepat pada masanya pada setiap hari persekolahan. Selain itu, saya juga perlulah menjaga tatasusila saya sepanjang berpraktikum di sekolah tersebut. Sebagai contoh, mengikut etika pemakaian yang professional semasa di sekolah bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Hal ini bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan profesional tetapi juga sebagai role model kepada murid-murid. Di samping itu, saya juga perlu menjaga hubungan sosial saya dengan pihak sekolah, guru-guru, staf sokongan dan semua warga sekolah SK Permatang Tok Kandu bagi memastikan saya mendapat kerjasama yang baik dan dapat mengeratkan tali silaturrahim dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai