Anda di halaman 1dari 1

Spyware Dan Adware Sejak beberapa tahun kebelakangan, telah wujud satu ancaman baru terhadap sistem pertahanan

komputer yang tidak mampu dihalang oleh perisian anti virus.Ancaman tersebut merupakan perisian yang dibangunkan untuk menjejak setiap pergerakan anda diinternet , menyimpan statistik setiap aktiviti yang dilakukan terhadap komputer anda dan lebih buruk lagi perisian ini merampas sambungan internet anda serta mengarahkannya ke halaman yang anda tidak minta.Perisian jenis ini dinamakan Spyware, Browser Hijackers, dan Dialers. Selain dari perisian Spyware, Browser Hijackers, dan Dialers terdapat juga perisian lain yang menjadi ancaman terhadap komputer anda iaitu Adware dan Spyware. Adware merupakan satu perisian percuma yang kenali sebagai Freeware.Perisian ini mengandungi iklan yang dimuatkan dalam perisian tersebut.Ini bermakna apabila pengguna menggunakan perisian tersebut , iklan akan dipaparkan .Kebanyakan perisian jenis ini memerlukan pengguna untuk mendaftar dan membayar sejumlah wang untuk mengeluarkan iklan tersebut. Spyware pula beberapa perisian yang diiklankan sebagai Freeware tetapi menjalankan proses intalasi tanpa pengetahuan pengguna komputer.Perisian ini berjalan di sebalik tabir dan mengumpulkan segala data tentang laman web yang dikunjungi, maklumat peribadi, permainan komputer yang dimainkan, perisian yang digunakan dan lain-lain maklumat tanpa pengetahuan dan kebenaran pengguna.Perisian ini kemudiannya akan menghantar segala maklumat yang dikumpulkan kepada komputer pelayan pencipta perisian tersebut. Beberapa jenis spyware : i. Adware Networks ii. Backdoor Santas iii. Stalking Horses iv. Trojan Horse Secara praktikal , kebanyakan adware dan spyware menjadikan Internet Explorer sebagai sasaran.Untuk mengurangkan risiko serangan adware dan spyware, pengguna boleh memilih pelayar internet yang lain seperti Netscape dan Mozilla Firefox Tanda-tanda adware dan spyware terdapat pada komputer : i. default home page anda telah ditukar dengan sendirinya ii. tidak boleh mengubah setting pada pelayar laman web. iii. Hasil carian menjadi lemah dan lambat iv. Terdapat toolbar pada pelayar yang tidak diinstall. v. Banyak popups yang muncul. vi. Pelayar web kerapkali crash. Untuk menghilangkan adware dan spyware yang terdapat pada komputer, penggunabolehlah menggunakan perisian mengesan dan menghapuskan ancaman tersebut. Lavasoft Ad-aware merupakan salah satu perisian yang boleh digunakan.

Anda mungkin juga menyukai