Anda di halaman 1dari 9

UNIT 10

PERUBATAN SUKAN

2
0

Keselamatan, Kecederaan Sukan Sukan merupakan aktiviti fizikal lasak yang mendedahkan atlit kepada risiko kecederaan yang tinggi jika langkah-langkah keselamatan tidak diberi keutamaan. Justeru itu, aspek keselamatan perlulah diberi perhatian utama bagi mengurangkan risiko kecederaan di samping menjamin atlit berada pada tahap kecergasan yang tinggi tanpa rehat yang panjang akibat kecederaan. Keselamatan Sukan Dalam mencegah kecederaan dan kemalangan daripada berlaku serta memastikan atlit berlatih dan bertanding dalam keadaan yang selamat, beberapa langkah keselamatan dalam aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan. Peralatan dan Kemudahan Sukan Peralatan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat umur, ketinggian, saiz dan kemahiran fizikal serta memberi keselesaan kepada individu yang menggunakannya.Peralatan-peralatan sukan seperti kayu hoki, raket tenis atau badminton, kasut bola dan saiz bola yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat umur dan saiz atlit. Semua peralatan ini termasuklah peralatan-peralatan gimnasium serta kemudahan sukan yang digunakan seperti gelanggang dan padang perlu berada dalam keadaan yang selamat. Semakan dan pemeriksaan ke atas kemudahankemudahan dan peralatan yang digunakan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan aspek dan ciri-ciri keselamatan sentiasa dititikberatkan. Peralatan Keselamatan Semua pemain harus memakai peralatan keselamatan semasa bersukan. Contoh peralatan ini ialah shin pad yang bertujuan melindung bahagian tibia pemain hoki dan bolasepak, abdominal guard yang melindungi bahagian perut atlet sukan-sukan tempur, dan pelindung muka untuk pemain catcher dalam permainan sofbol. Reka bentuk peralatan-peralatan ini adalah untuk menghindar kecederaan pada struktur anatomi kita yang berisiko tinggi. Pakaian Pakaian sukan perlu selesa dan sesuai dengan saiz tubuh badan. Pakaian yang di perbuat daripada kapas adalah paling sesuai digunakan untuk cuaca panas negara kita kerana bahan ini membenarkan peluh diserap dan disejatkan. Keadaan begini mambantu mengawal dan mengelakkan peningkatan suhu badan. Pakaian ketat yang popular masa kini, seperti tights membantu mengekalkan suhu otot di paras optimumtetapi kita perlu memastikan supaya tidak terlalu ketat sehingga menganggu peredaran darah dan menimbulkan rasa kurang selesa ketika beraktiviti.

Peraturan Pertandingan Penganjur pertandingan sukan peringkat umur harus mengutamakan aspek keselamatan, terutamanya dalam menyenaraikan peraturan pertandingan-pertandingan tertentu. Sebagai contoh, sukan ragbi sentuh tidak membenarkan pemai melakukan tackle. Sukan kriket kancil hanya menggunakan bola getah yang lembut. Sukan gimnastik pula tidak melibatkan gerakan kuang hadapan dan belakang untuk peserta berumur 6-10 tahun. Peraturan pertandingan sesuatu permainan adalah aspek yang boleh di ubah suai mengikut keadaan bagi memberi keutamaan kepada aspek-aspek keselamatan. Aktiviti Memanaskan Badan Aktiviti memanaskan badan adalah langkah paling awal untuk mengelakkan jecederaan sukan. Memanaskan badan penting dilakukan sebelum mula melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau pertandingan kerana bermanfaat kepada persediaan fizikal dam mental atlet. Antara tujuan memanaskan badan ialah bagi meningkatkan suhu badan dan suhu dalam otot. Dengan melakukan aktiviti ini ketegangan dalam otot berkurangan untuk menjadikan oto itu berkeadaan relaks. Keadaan ini memudahkan pergerakan eksplosif, seperti menendang bola dan belari pecut.aksi-aksi tersebut melibatkan penguncupan kumpulan otot besar dalam tempoh yang singkat, di susuli dengan regangan maksimum otot-otot tersebut. Aktiviti memanaskan badan dengan peningkatan intensiti pergerakan dan juga akan memudahkan adaptasi fungsi jantung, paru-paru dan saluran darah terhadap peningkatan kadar kerja yang berlaku ketika bersukan. Proses penyesuaian begini mengurangkan tekanan (Stress) kepada metabolisme fisiologi yang melibatkan strukturstruktur tesebut. Reaksi enzimjuga dapat dipercepatkan ketika suhu badan tinggi. Keadaan ini boleh melengahkan pembentukan asid laktik dalam darah. Dari aspek psikologi, atlet yang melakukan aktiviti memanaskan badan yang cukup biasanya merasa lebih yakin ketika hendak bertanding. Semasa pertandingan, atlet juga berpeluang melakukan raptai pergerakan sebelum melakukan dalam situasi sebenar. Menyejukkan Badan Aktiviiti menyejukkan badan bertujuan untuk mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal scara progresif. Proses menyejukkan badan melibatkan dua fasa utama iaitu rengangan dan aktiviti berintensiti rendah. Aktiviri regangan semasa menyajukkan badan dapat mengurangkan kelesuan otot dan juga meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligamen. Hal ini kerana, suhu dalaman masih tinggi sebaik sahaja selesai melakukan aktiviti fizikal. Aktiviti menyejukkan badan juga membantu percepatkan pengedaran darah ke jantung, serta mengembalikan darah yang telah dipamkan oleh jantung ke hujung anggota badan seperti kaki dan tangan selepas beraksi. Sekiranya kita berhenti secara serta merta setelah satu sesi aktiviti yang berintensiti tinggi, pengumpulan darah (blood pooling) akan terbentuk pada sistem otot. Situasi ini menurunkan tekanan darah dan boleh mengakibatnya kita berasa pening, loya atau mungking pengsan.

KECEDERAAN SUKAN Selain trauma fisiologi yang telah dijelaskan, kecederaan fizikal adalah insiden yang lumrah berlaku terutama pada atlet yang telah mencapai prestasi tinggi. Atlet-atlet peringkat ini lebih terdedah kepada kecederaan fizikal. Hal ini kerana latihan yang mereka lakukan adalah berintensiti tinggi. Program suaian fizikal yang mantap adalah langkah utama untuk minimumkan risiko kecederaan ini. Beberapa kecederaan fizikal yang umum ialah: Kecederaan tisu lembut Tisu lembut dalam badan merangkumi kulit, salur darah, saraf otot, tendon, ligament, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ dalam tubuh. Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami pada otot-otot besar. Keadaan ini disebabkan mekanisma penguncupan otot agonis-antigonis yang tidak seiring dan berlaku dalam jangka masa yang lama. Faktor utama yang menyebabkan kekejangan otot dehidrasi, kelesuan kronik dan hentakan atau pukulan keatas otot-otot. Kekejangan otot boleh diatasi secara melakukan regangan statik. Sekiranya kesakitan masih berterusan, hentikan regangan dan tamatkan perlakuan aktiviti kerana otot tersebut boleh mengalami kecederaan lain akibat komplikasi. Ketegangan otot Ketegangan otot berlaku apabila fiber-fiber otot mengalami kecederaan. Ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih kronik. Otot hamstring ialah otot yang kerap mengalami kekejangan. Ketegangan biasanya melibatkan koyakan pada fiber otot. Ketegangan otot yang ringan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat jika terus bergerak aktif. Kettegangan yang lebih serius boleh mengakibatkan pendarahan dalam sehingga kita langsung tidak dapat menggerakkan bahagian anggota yang mengalami ketegangan tersebut.

Sengal otot Sengal otot ialah fenomena biasa yang dialami jika kita melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ketika tahap kecergasan masih rendah. Kencederungan mengalami sengal otot berkadar terus dengan faktor umur. Menifestasi sengal otot ialah kesakitan yang keterlaluan, diikuti dengan kelesuan. Keadaan ini boleh dialami sejurus melakukan aktiviti fizikal. Rasa salit ini boleh tertangguh sehingga selepas 12 jam melakukan aktiviti fizikal. Sengal otot berlaku disebabkan koyakan kecil pada fiber otot, dan sebagai sampingan akibat kekurangan bekalan oksigen ke otot semasa beraktiviti. Kecederaan ini dapat dielakkan dengan melakukan aktiviti pada intensiti yang bersesuaian dengan tahap kecergasan kita.

Luka Boleh melibatkan kecederaan di peringkat luar kulit dan dalam (dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah) kulit. Jenis-jenis luka terdiri daripada abrasi (cakaran pada permukaan kulit) potongan (terkena objek tajam) dan tebukan ( ditebuk oleh objek yang tajam seperti paku) luka tebukan adalah dalam dan boleh mengakibatkan kerosakan salur darah yang serius. Pemerhatian kepada langkah-langkah keselamatan semasa beraktiviti adalah cara terbaik untuk memelihara diri daripada mengalami luka.

Lebam akibat kontusi Kontusi merujuk kepada hentakan terus objek ke atas permukaan luar atau tisu anggota. Sekiranya hentakan kuat, kapilari darah boleh pecah dan darah terkumpul ditempat hentakan itu. Warna biru gelap akan terbentuk di kawasan kulit sebagai tanda pendarahan dalam yang berlaku. Sekiranya tempat yang sama menerima hentakan berulang kali, menandakan kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut. Struktur anggota yang terlibat kelak mengalamui kesukaran utk bergerak. Kaedah pencegahan kontusi yang berkesan ialah secara melindungi bahagian-bahagian berisiko tinggi dengan penggunaan pad seperti disiku dan lutut.

Kecederaan tisu keras Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi badan. Fraktur tulang biasanya disebabkan oleh stress yang tinggi dialami tulang tersebut. Tulang panjang, seperti humerus dan femur boleh mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk sembuh daripada fraktur. Sementara rulang-tulang kecil memerlukan tempoh untuk 3-4 minggu untuk sembuh. Kaedah simen adalah teknik rawatan yang biasa untuk mengelakkan mobiliti pada tulang yang mengalami fraktur. Sebaik berakhir rawatan simen atau plaster, bahagian tulang yang telah sembuh perlu diaplikasikan latihan beban isometrik bagi tujuan rehabilitasi.

Dislokasi Dislokasi berlaku apabila hujung tulang yang membentuk sendi tercabut atau terkeluar daripada tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligament, tendon dan salur darah akan mengalami kecederaan apabila dislokasi berlaku. Kecederaan ini sering berlaku di bahagian sendi bahu. Rehat aktif digalakkan bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. Tahap kecergasan yang tinggi serta penguasaan teknik kemahiran yang mantap adalah kaedah pencegahan dislokasi yang paling berkesan.

Kecederaan kepala Konkusi berlaku apabila atlet mengalami hentakan di bahagian kepala.kecederaan ini menyebabkan trauma otak dan koma bagi kes-kes yang kronik. Konkusi biasanya berlaku dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, tinju dan sukan-sukan tempur. Atlet yang mengalami konkusi biasanya mempamer simtom loya dan hilang imbangan seketika. Dalam keadaan tertentu, amnesia (hilang Ingatan) boleh berlaku untuk tempoh yang singkat. Selain pengsan, tanda-tanda fizikal konkusi biasanya tidak jelas kelihatan dan mangsa mesti dirujuk kepada pakar perubatan dengan kadar segera. Atlet yang mengalami konkusi mesti direhatkan untuk satu tempoh spesifik yang ditetapkan atas nasihat pakar perubatan. Konkusi turut di kelaskan sebagai kemalangan. Oleh itu, perhatian maksimum terhadap langkah-langkah keselamatan semasa bersukan adalah langkah pencegahan yang paling berkesan.

PENGURUSAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA Semua kecederaan sukan segera . kemampuan atlet kecederaan harus dirujuk menilai kecederaan sukan DR. ABC dan RICE berlaku semasa pertandingan atau latihan mesti diuruskan untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kepada pakar perubatan. Antara kaedah mengurus dan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS,

TOTAPS Jadual 9 di bawah menunjukkan maksud akronim TOTAPS serta langkahlangkah dalam kaedah pengurusan kecederaan yang berkenaan.

T O T A P S

Talk bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang di alami Observes Perhatikan dan periksa tempat yang kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala Touch Sentuh tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau deformiti yang dialami anggota badan yang terlibat. Active Movement Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggita badan yang tercedera. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera. Passive Movement Bantu pergerakkan secara perlahan bahagian yang tercedera. Tujuan tindakan ialah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah pasti kecederaan adalah tidak serius. Stand Arahkan mangsa berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Benarkan atlit beraksi jika tiada berlakunya kecederaan yang khusus.

DR. ABC Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlet yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. Jadual dibawah menunjukkan maksud akronim DR.ABC serta langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula tersebut.

D R A B C

Danger Pastikan atlit bebas dari bahaya sekitarnya. Contohnya jika atlit tersepit, singkirkan bendasing yang menyepit. Respons Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlit untuk mengetahui keadaan sebenar. Panggil nama, tanyakan keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang respons Airway pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlit agar tiada bendasing yang menghalang salur pernafasan. Breathing Periksa sama ada atlit masih masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada pernafasan, berikan bantuan permulihan pernafasan dengan segera. Circulation Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan kadar denyutan nadi. Kedar yang rendah menunjukkan denyutan nadi. Kadar yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.

RICE Akronim RICE merujuk kepada perkataan-perkataan rest, ice, compression dan elavation. Jadual dibawah menunjukkan maksud RICE dalam kontaks pengurusan kecederaan. Kaedah bantu mula Rice adalah bertujuan untuk:

mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan. Mengurangkan kesakitan yang dialami. Mengurangkan bengkak. Mengekalkan kecergasan sementara merawat bahagian yang cedera. Mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera. Mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

Pengurusan RICE ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, dislokasi, hentakan, sengal, retak dan kontusi, ketegangan dan kekejangan otot.

REST

Atlit yang cedera harus direhatkan. Sebarang pergerakan ditempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan.

ICE

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberikan rawatan ini. Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice-burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini membantu menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

COMPRESSION

Bahagian yang cedera harus dibalut untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

ELAVATION

Meninggikan bahagian yang cedera bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengembalian darah ke jantung. Hal ini akan mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

Semua kaedah rawatan dan bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam selepas kecederaan dialami atlet. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut, atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana proses mengurut berpotensi menimbulkan komplikasi kepada kecedeaan tersebut. Proses-proses yang terlibat dalam terapi kecederaan biasanya dilakukan setelah diberi kebenaran oleh pakar perubatan. TERAPI KECEDERAAN SUKAN Rehabilitasi atau pemulihan seseorang atlet yang cedera biasanya diuruskan oleh seorang ahli fisioterapi atas arahan pakar perubatan. Kecederaan kronik yang dialami sendi dan otot tidak boleh dipulihkan melalui rehat sahaja. Atlet yang cedera perlu manjalankan rawatan pemulihan atau rehabilitasi untuk mengembalikan fungsi bahagian yang cedera itu kepada keadaan asal. Antara fungsi rehabilitasi ialah: a) Menguatkan otot, ligament dan tendon yang telah pulih dari kecederaan. b) Memulihkan tahap kecergasan atlit ke keadaan asal.

c) Meningkatkan julat pergerakan an kestabilan sendi dan otot. d) Mengembalikan keyakinan atlit terhadap keupayaannya.

Fisioterapi ialah kaedah rawatan yang dijalankan oleh ahli fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi yang terlatih di atas arahan pakar perubatan. Objektif utama fisioterapi sukan ialah membantu mempecepatkan kadar penyembuhan sesuatu kecederaan sukan. Matlamat proses fisioterapi ialah untuk membantu atlit yang cedera kembali ke kecergasan yang optimum supaya mampu untuk beraksi dan menjalani sesi latihan. Antara teknik fisioterapi yang biasa dilakukan untuk tujuan ini ialah: Elektroterapi, iaitu penggunaan beberapa alatan elektronik yang sesuai ke atas otot atau sendi yang cedera. Terapi ini bertujuan merangsang proses peredaran darah ke tempat yang cedera. Contoh elektroterapi ialah teknik ultrasound, shortwave diathermy dan terapi laser. Hidroterapi, iaitu teknik rehabilitasi yang menggunakan air untuk memulihkan kecederaan. Air berfungsi menyokong berat badan melalui terapi ini, atlet yang cedera boleh meneruskan latihan kecergasan dengan bantuan daya apungan air. Keadaan ini dapat menghilangkan daya hentakan yang boleh dialami atlet. Terapi haba ialah teknik yang diaplikasikan ke atas kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka. Pelaksanaan terapi ini harus sentiasa dipantau agar darjah kepanasan terapi tidak menjadi terlalu tinggi sehingga membakar tisu atau sel-sel yang dirawat. Terapi haba dapat meningkatkan kadar relaksasi otot dan mengurangkan kesakitan pada bahagian yang cedera. Kelebihan terapi haba ialah peningkatan peredaran darah ke kawasan yang cedera. Mekanisma ini membolehkan lebih banyak pembekalan nutrient dan oksigen untuk tujuan pembaikan kerosakan tisu dan sel, disamping mengangkut hasil buangan seperti karbon diokida daripada tisu dan sel terebut. Urutan sukan termasuk sebagai bentuk rawatan kecederaan sukan yang diaplikasikan kepada otot-otot tetentu. Aktiviti mengurut digalakkan hanya setelah kita kenal pastu tiada factor-faktor kontradikasi seperti kecederaan akut, luka, patah dan demam panas.

No great work can be done without sacrifice. The only man who makes no mistakes is the man who never does anything If we are to make progress, we must not repeat history but make new history History stands witness to the fact that those who cut theirs countrys throat end up cutting their own