Anda di halaman 1dari 21

UNIT 4

ASAS BIOMEKANIK

Biomekanik ialah disiplin sains sukan yang mengkaji pembolehubah yang mempengaruh kualiti dan kuantiti sesuatu pergerakan yang dihasilkan. Bidang ini mensintesis disiplin-disiplin ilmu biologi dan fizik dalam menjelaskan pencapaian prestasi pergerakan manusia. Pengetahuan biomekanik asas seterusnya bleh diperkaya dengan mengetahui maklumat-maklumat mengenai jenis daya serta kaedah tindakan sesuatu daya untuk menentukan kualti mutlak pergerakan yang kita lakukan.

PERGERAKAN DILIHAT DARIPADA PERSPEKTIF BIOMEKANIK SUKAN

ASAS MEMAHAMI PERGERAKAN MANUSIA


RUJUKAN POSISI ANATOMI & SATAH PERGERAKAN

SATAH SAGITAL
Satah yg membahagikan jasad kepada bahagian kiri dan kanan.

SATAH FRONTAL
ANTERIOR DAN POSTERIOR

Rotasi

Depresi & elevasi

Eversi dan inversi

Abduksi & adduksi

Gelongsor

Fleksi

Fleksi-dorsi & fleksi-plantar

Ektensi

Fleksi

Hiperesktensi

Protraksi & retraksi

Pronasi & supinasi

ORIENTASI PERGERAKAN BERDASARKAN POSISI ANATOMI

Anterior (ventral)
Merujuk kpd semua orientasi pergerakan yg mengarah ke bahagian hadapan jasad.

Posterior

(dorsal)

Merujuk kpd semua orientasi pergerakan yg mengarah ke bahagian belakang jasad.

Superior Merujuk kpd semua orientasi pergerakan yang mengarah ke bahagian atas jasad. Inferior Merujuk kpd semua orientasi pergerakan ke bahagian bawah jasad.

Lateral Medial
Merujuk kepada semua orientasi yg mengarah ke dalam jasad berdasarkan aksis tubuh. Merujuk kepada semua orientasi yg mengarah ke luar jasad berdasarkan aksis tubuh.

Intermediate
Merujuk kepada semua orientasi yang mengarah ke tengah jasad berdasarkan aksis tubuh.

Distal
Merujuk kpd semua orientasi yg paling jauh dpd bahagian aksis jasad.

Proksimal
Merujuk kpd semua orientasi yg paling hampir kpd bahagian aksis jasad.

JENIS-JENIS PERGERAKAN

Linear
Pergerakan melibatkan peralihan (translatory) Pergerakan melibatkan jasad beralih daripada posisi asal ke posisi baru.

Angular
Pergerakan yang terhasil apabila berlaku putaran jasad pada satu paksi rujukan.

PERGERAKAN LINEAR

Rektilinear
Pergerakan yg melibatkan peralihan keseluruhan jasad mengikut garis tegak; pada kadar yang sama dari arah, jarak & kelajuan

Curvilinear
Pergerakan yg melibatkan peralihan jasad dalam laluan melengkung.

PERGERAKAN ANGULAR

Pergerakan yang berlaku pada paksi bayangan yang dikenali sbg paksi putaran. (axis of rotation) Paksi putaran adalah bersudut tepat dgn satah di mana rotasi berlaku. Paksi putaran ini boleh bersifat: (a) dalaman (b) luaran.

PERGERAKAN AM
(general motion)

Pergerakan terhasil daripada kombinasi pergerakan linear & angular. Kemahiran sukan banyak melibatkan pergerakan am.

PROJEKTIL
Projektil ialah pergerakan jasad yang tersesar ke udara dan jatuh semula ke bumi & hanya dipengaruhi oleh daya semulajadi. Daya-daya semulajadi rintangan udara. ini ialah graviti dan

Trajektori

Range

Beberapa jenis trajektori

Trajektori Menegak
Permulaan pelepasan lebih rendah dpd pendaratan.

Trajektori Parabolik
Permulaan pelepasan sama tinggi dengan pendaratan.

Trajektori Mendatar
Permulaan pelepasan lebih tinggi dpd pendaratan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi projektil Sudut Pelepasan Halaju Pelepasan

Tinggi Pelepasan

KONSEP-KONSEP KINEMATIK & KINETIK DALAM PERGERAKAN

JARAK & SESARAN


Variabel kinematik yang mengukur kadar peralihan sesuatu jasad. Jarak linear diukur sepanjang laluan pergerakan; sesaran linear diukur berdasarkan garis tegak peralihan dpd posisi asal ke posisi baru. Jarak angular mengukur berapa besar perubahan sudut yang berlaku berdasarkan pergerakan jasad. Sesaran angular mengukur perubahan sudut berdasarkan posisi akhir jasad selepas beralih daripada posisi asal. Unit sesaran linear ialah meter (m); Unit sesaran angular ialah radian.

KELAJUAN & HALAJU


Kelajuan dan halaju merujuk kepada kepantasan peralihan jasad. Dari aspek mekanik, kelajuan tidak sama dgn halaju. Kelajuan adalah kuantiti skalar (tiada arah) manakala halaju adalah kuantiti vektor (ada arah). Analisis biomekanik hanya guna nilai halaju. Halaju linear dan angular melibatkan perubahan sesaran linear/angular berdasarkan perubahan masa. Halaju angular positif apabila pergerakan berlaku pada arah lawan pusingan jam; dan negatif apabila pergerakan berlaku mengikut arah pusingan jam.
Kuantifikasi halaju linear

HALAJU LINEAR (v)

Sesaran linear (s) Perubahan Masa (t) v = s/t


Kuantifikasi halaju angular

HALAJU ANGULAR ( )

Sesaran angular () Perubahan Masa (t)

= /t

PECUTAN
Pecutan ialah kadar perubahan halaju yang berlaku pada suatu jeda masa. Sekiranya perubahan halaju meningkat, pecutan adalah positif. Sekiranya perubahan halaju menurun, pecutan adalah negatif. [Dikenali sebagai deceleration] Sekiranya tiada perubahan halaju, pecutan adalah sifar, bermakna jasad tidak mengalami pecutan. Dalam pergerakan projektil, jasad mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti.
Kuantifikasi pecutan linear

PECUTAN LINEAR (a) Halaju akhir Halaju awal Perubahan Masa

a=vu/t @ v = u + at
Kuantifikasi pecutan angular

PECUTAN ANGULAR ()

= 2 1 / t
NILAI PECUTAN GRAVITI IALAH

9.81 m/s2

HUBUNGKAIT MEKANIKAL SESARAN, HALAJU & PECUTAN

Bila berlaku peningkatan sesaran dpd satu rangka masa, halaju akan turut meningkat. Bila sesaran tekal berdasarkan satu rangka masa, halaju berkeadaan malar. Bila halaju malar, pecutan adalah sifar. Bila halaju mencapai tahap maksimum, pecutan adalah sifar.

2 3

IMPULS
Impuls adalah paduan di antara daya dgn jangkamasa daya tersebut bertindak. Impuls penting dalam kinetik lakuan kerana pergerakan yg terhasil dpd tindakan sesuatu daya dipengaruhi oleh tempoh daya tsbt bertindak.

Kuantifikasi impuls Impuls = Daya x Masa


(Force x time)

= Ft [Unitnya ialah Ns]

MOMENTUM
Momentum ialah kuantiti mekanikal sesuatu jasad. Jasad ada momentum bila dalam keadaan dinamik. Momentum sifar ketika jasad berkeadaan statik. Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dgn impuls. F = ma = m [v u /t] Ft = mv mu = m [v u] = mv Kuantifikasi momentum: M = mv (jisim x velositi) Unit ialah kgm/s

HUKUM-HUKUM NEWTON DALAM PERGERAKAN

Hukum Newton Pertama HUKUM INERTIA Pergerakan Linear Jasad tidak akan menghasilkan pergerakan sekiranya tiada sebarang aplikasi daya ke atas jasad tersebut. Jasad yang bergerak tidak akan berhenti sekiranya tiada daya bertindak ke atasnya. Pergerakan Angular Sesuatu jasad akan kekal berada dalam keadaan asalnya (samada sedang pegun atau berputar pada paksi rotasinya) sehingga wujud tindakan daya torque ke atas jasad tersebut.

Hukum Newton Kedua HUKUM PECUTAN Pergerakan Linear Daya berhubungkait positif dengan pecutan. Konsep pecutan turut melibatkan daya yang terhasil bila berlaku perubahan pada kadar halaju. Pergerakan Angular Pecutan jasad semasa pergerakan rotasi adalah berkadar terus dengan torque yang menghasilkan pergerakan tersebut. Pecutan rotasi wujud pada arah yang sama dengan arah torque. Pecutan ini berkadar songsang dengan momen inertia jasad tersebut.

Hukum Newton Ketiga HUKUM REAKSI Pergerakan Linear Aplikasi sesuatu daya akan diiringi daya tindakan dengan magnitud yang sama tetapi pada arah yang berlawanan.

Pergerakan Angular Apabila torque jasad pertama diaplikasi ke atas jasad kedua, jasad kedua akan menjana torque yang berlawanan, tetapi dengan nilai magnitud yang sama, ke atas jasad pertama Daya dan Pergerakan Setiap pergerakan dilakukan adalah hasil interaksi daya-daya yang bertindak ke atas jasad yang menghasilkan lakuan tersebut. Daya juga membolehkan jasad berubah arah dalam pergerakan. Secara amnya, daya boleh didefinisikan melalui persamaan berikut:

F = ma
[F ialah daya (force), m ialah jisim (mass) dan a ialah pecutan berdasarkan graviti (acceleration)] Setiap jenis daya mempunyai ciri-ciri yang terdiri daripada komponen-komponen daya menegak dan daya mendatar. Daya resultan diperoleh hasil daripada interaksi kedua-dua komponen daya ini ke atas jasad seperti yang digambarkan pada rajah 4.6. Kita tidak boleh melihat sifatsifat daya menegak dan daya mendatar. Namun interaksi komponen daya ini boleh direalisasikan menerusi daya resultan. Sifat daya resultan diperlihatkan melalui kualiti pergerakan yang dihasilkan.

Daya menegak Resultan

Daya mendatar Rajah 9: Tindakan komponen daya yang menghasilkan resultant.

Konsep halaju dalam pecutan Halaju adalah kadar perubahan kelajuan pergerakan dalam satu tempoh masa. Pecutan pula merupakan kadar perubahan halaju dalam satu tempoh masa. Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih tinggi daripada halaju pergerakan, jasad akan mengalami pecutan. Sekiranya halaju akhir pergerakan adalah lebih rendah daripada halaju awal, pergerakan jasad akan mengalami pecutan negatif (deceleration). Sekiranya tiada perubahan antara halaju akhir dengan halaju awal, jasad bergerak malar dan tidak mengalami sebarang pecutan.

Oleh itu, jasad hanya boleh memecut sekiranya berlaku peningkatan halaju ketika berlaku pergerakan. Jenis-jenis Daya Daya yang mempengaruhi pergerakan terdiri daripada daya dalaman dan daya luaran. Daya dalaman ialah daya yang dijana daripada penguncupan otot. Daya ini juga dikenali sebagai daya intrinsik. Kuantiti daya dalaman yang mampu dihasilkan jasad adalah bergantung kepada saiz, jenis otot dan ciri pelekatan otot tersebut pada sendi. Sebagai contoh, otot quadriceps mampu menjana daya dalaman yang lebih tinggi berbanding otot gastrocnemius. Hal ini kerana saiznya lebih besar dan pelekatannya pada sendi lesung membolehkan pencapaian julat pergerakan yang luas. Daya luaran pula merujuk kepada daya-daya yang wujud secara semulajadi dalam persekitaran. Daya ini juga dikenali sebagai daya ekstrinsik. Tarikan graviti, geseran dan rintangan udara adalah contoh daya luaran yang mempengaruhi kualiti pergerakan. Sebagai contoh, atlet boleh memecut dengan lebih pantas jika memakai spike berbanding kasut trek yang biasa. Faktor utama yang membezakan prestasi ialah geseran permukaan lebih tinggi yang diperoleh dengan memakai spike. Geseran ini membolehkan otot terlibat menjana daya dalaman berdasarkan potensi sebenar otot tersebut.

Tindakan daya ke atas sistem mekanikal jasad Hasil akhir sesuatu lakuan adalah ditentukan oleh kaedah tindakan daya ke atas jasad yang menghasilkan pergerakan tersebut. Tindakan daya ini berlaku dalam konteks: Magnitud daya Magnitud memberi pengertian saiz atau kuantiti daya yang diaplikasi. Magnitud daya yang besar bermaksud kuantiti daya yang banyak. Sebagai contoh, jika kita mampu melonjak ke atas dengan megnitud daya yang besar, maknanya kita mampu melompat dengan tinggi. Arah Daya Arah daya bermaksud arah daya dialikasikan ke atas jasad. Sebagai contoh, jika arah aplikasi daya adalah ke hadapan, jasad akan bergerak ke hadapan. Titik Aplikasi Daya Titik aplikasi daya ialah lokasi daya diaplikasikan dengan merujuk kepada pusat gravity pada jasad. Sekiranya titik aplikasi daya selari dengan kedudukan pusat gravity, jasad akan menghasilkan pergerakan linear. Pergerakan bersudut terhasil sekiranya titik aplikasi day atidak selari dengan kedudukan pusat graviti. Garis Tindakan Daya Garis tindakan daya ialah garis lurus bayangan yang wujud melalui titik aplikasi serta arah tindakan daya ke atas jasad. Garis tindakan ini adalah rujukan utama dalam menentukan pencapaian kestabilan dinamik semasa kita sedang beraksi.

Keempat-empat aspek tindakan daya tersebut adalah perkara asas yang perlu dikaji dalam proses melakukan analisis biomekanik kemahiran sukan. Dalam aplikasi sains sukan peringkat tinggi, proses analisis biomekanik boleh dilakukan secara kualitatif. Kemahiran melakukan analisis-analisis ini dengan tepat memerlukan kefahaman tinggi mengenai Hukum Newton dalam mekanik pergerakan manusia.

Hukum Newton Semua mekanik lakuan yang dipengaruhi oleh daya graviti mematuhi tiga Hukum Newton, seperti berikut:

Hukum Pertama : Hukum Inersia Inersia ialah kuantiti jasad yang mewujudkan rintangan terhadap perubahan pada jasad. Hukum ini menyatakan bahawa jasad yang pegun kekal berada dalam keadaan pegun sehingga terdapat aplikasi daya untuk menggerakkan jasad tersebut. Sebaliknya, jasad yang bergerak akan kekal begerak sehingga terdapat aplikasi daya untuk menghentikan pergerakan tersebut. Jumlah daya yang perlu untuk mengubah keadaan jasad tersebut adalah berkadar terus dengan jisim jasad yang terlibat. Dalam sukan, aplikasi Hukum Inersia adala berkait rapat dengan konsep stabiliti. Bagi sukan yang memerlukan kestabilan tinggi seperti gusti, atlet yang bersaiz besar berpotensi untuk mencapai prestasi tinggi. Hal ini demikian kerana daya yang tinggi diperlukan untuk mengatasi inersia yang tinggi daripada jisim jasad yang besar. Pernahkah kita melihat ahli gusti sumo berbadan kecil? Sebaliknya, bagi sukan-sukan yang memerlukan pergerakan lincah dan perubahan arah seperti gimnastik, atlet berbadan kecil lebih berpotensi mencapai prestasi tinggi kerana hanya sedikit sahaja daya yang diperlukan untuk mengatasi inersia yang rendah daripada jisim jasad yang kecil. Hukum Kedua : Hukum Pecutan Daya berhubung kait positif dengan pecutan. Pecutan ialah daya yang terhasil apabila berlaku perubahan velositi pada jasad yang sedang mengalami pergerakan. Berdasarkan hukum ini, daya dihubungkaitkan dengan kadar perubahan pada momentum jasad.

Momentum merujuk kepada kuantiti mekanikal sesuatu jasad dan dipengaruhi oleh faktor-faktor jisim dan halatuju jasad. Hubung kait ini boleh dinyatakan menerusi persamaan:

M = mv
[M ialah momentum, m ialah jisim dan v ialah velositi]

Perubahan momentum dalam jasad adalah sama dengan impuls. Impuls ialah panduan antara daya dengan jangkamasa daya tersebut bertindak ke atas jasad. Penghasilan impuls yang tinggi ketika sesuatu tindakan mempengaruhi kualiti pergerakan secara keseluruhan.

Aplikasi Hukum ini dalam sukan adalah berfokus kepada kepantasan aplikasi daya ke atas jasad. Sebagai contoh, sekiranya kita menendang 0.5 kg bola dengan daya setinggi 10 N, daya pecutan yang dihasilkan oleh bola semasa pergerakan ialah 20 m/s. Jika daya yang sama dikenakan ke atas bola yang berjisim 1 kg, pecutannya akan menjadi berkurangan. Berdasarkan hukum ini , jika kita inginmemaksimukan penghasilan daya, kita perlu melakukan pergerakan dengan pantas kerana situasi ini akan meminimumkan nilai t (kerana masa yang singkat) dan meniggikan nilai v (kerana velositi pergerakan yang laju). Hasilnya ialah nilai F (daya) yang besar. Hukum Ketiga : Hukum Reaksi Hukum ini menyatakan bahawa aplikasi sesuatu daya akan diiringi oleh daya reaksi dengan magnitud yang sama tetapi bertindak pada arah yang berlawanan. Konsep yang penting mengenai hukum ini dalam pergerakan ialah bahawa daya sentiasa bertindak secara berpasangan, iaitu mengikut konsep aksi-reaksi. Bagi setiap daya aksi yang diaplikasi, akan wujud daya reaksi yang sama sifatnya kecuali daya ini bertindak mengikut arah yang bertentangan. Aplikasi Hukum ini amat meluas dalam situasi sukan. Apabila atlet menggunakan blok permulaan ketika memulakan lari pecut, daya yang mampu dijana ke hadapan adalah tinggi kerana daya tolakan ke belakang yang dikenakan ke atas blok akan dibalas dengan daya reaksi ke hadapan daripada blok tersebut. Daya reaksi ini masih wujud tanpa menggunakan blok permulaan tetapi tidak optimum. Hal ii demikian, kerana aplikasi daya tolakan ke bumi biasanya tidak setinggi berbanding di blok permulaan. Dalam aktiviti lompatan pula, ternyata kita mampu melompat lebih tinggi sekiranya sendi lutut difleksikan ketika melompat. Aksi fleksi lutut ini mengaplikasi tindakan daya ke bumi dan daya reaksi daripada bumi akan bertindak ke atas jasad untuk membantu penjanaan daya yang lebih tinggi ketika melompat.

PRINSIP-PRINSIP STABILITI Definisi Stabiliti Stabiliti didefinisikan sebagai keseimbangan posisi jasad bagi sesuatu keadaan samada semasa jasad berada dalam keadaan statik atau dinamik. Stabiliti juga menjelaskan tentang hubungkaitan di antara berat atlit atau objek dan apa yang menyokong berat tersebut. Hubungkaitan ini amat mempengaruhi keupayaan objek atau individu untuk bergerak atau menahan sebarang pergerakan. Faktor-faktor yang mempengaruhi stabiliti ialah: Prinsip 1 Jasad semakin stabil apabila kedudukan pusat graviti semakin rendah. Maksudnya, merendahkan badan akan meningkatkan kestabilan posisi. Sebagai contoh, atlet gimnastik artistik yang hilang keseimbangan semasa mendarat perlu membengkokkan lututnya supaya dapat mencapai semula kestabilan posisi. Prinsip 2 Stabiliti yang lebih tinggi akan dicapai sekiranya tapak sokongan diluaskan pada arah tindakan daya. Sebagai contoh, dalam sukan-sukan raket, mengekalkan kestabilan posisi ketika membuat hantaran atau membalas pukulan memerlukan kita meluaskan tapak sokongan pada arah daya diaplikasikan. Prinsip 3 Jisim yang tinggi menjadikan jasad lebih stabil. Sebagai contoh, bagi sukan yang mementingkan kestabilan dan rintangan terhadap impak daya, atlet bertubuh besar adalah lebih berkemampuan untuk mengekalkan stability berbanding atlet bertubuh kecil. Dalam permainan ragbi, pemain berbadan besar biasanya bermain di posisi forward kerana kestabilan tinggi daripada jisim tubuh mereka memberi kelebihan ketika melakukan skrum. Prinsip 4 Untuk mencapai kestabilan maksimum, garis graviti perlu merentas tapak sokongan pada titik yang menghasilkan julat pergerakan yang tinggi, serta berlawanan arah dengan daya yang menghasilkan pergerakan. Sebagai contoh, ketika menunggu tindakbalas daripada pihak lawan, memastikan supaya garis gravity berada di bahagian tengah tapak sokongan akan memudahkan pertukaran arah pergerakan.

Prinsip 5 Daya geseran yang tinggi pada tempat kontak (sentuhan) permukaan dengan jasad akan menghasilkan situasi yang lebih stabil. Sebagai contoh, menggunakan kasut-kasut sukan yang sesuai mengikut keperluan stability sukan yang terlibat boleh memaksimumkan prestasi atlet. Prinsip 6 Kestabilan dinamik lebih mudah dicapai sekiranya atlet memberi tumpuan visual terhadap objek pegun. Sebagai contoh, sekiranya atlet gimnastik mengalami kesukaran untuk mengimbang badan di papan imbangan, guru atau jurulatih harus menggalakkan atlet tersebut supaya menumpukan kepada sesuatu peralatan yang static seperti bangku penonton. Strategi ini boleh membantu proses mencapai keseimbangan statik.

Di Dunia ini benda-benda tidak berubah kecuali kalau ada yang mengubahnya - Garfield