Anda di halaman 1dari 11

Huraian Konstruk (Literasi membaca & menulis) Program LINUS.

Konstruk 1: Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan. ( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.). Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka. ( Contoh: sa,bu,ca dll.). Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka. ( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.). Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup. (contoh: pan,dol,kon, dll.). Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup. ( contoh: ikat,ulas,kantin,talam, dll.). Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'. ( contoh: arang,kompang,longgok, dll.). Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong. ( contoh: garau,kilau,pandai,dll.). Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. ( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.). Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf dan konsonan bergabung. ( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.). Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran. ( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.). Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah. ( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.). Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan. ( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).