Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN MENDENGAR

KEMAHIRAN BERTUTUR

Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respon. Contoh aktivit: Guru meminta murid mendengar bunyi-bunyi yang dirakam dalam pita rakaman. kemudian, murid mendengar, mengecam dan mengajuk bunyi tersebut.

merujuk kepada keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan yang betul secara sopan dan bertatasusila. Contoh aktiviti: Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan bebas.

KEMAHIRAN BAHASA
KEMAHIRAN MEMBACA Merujuk kepada keupayaan murid supaya berkebolehan membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, kelancaran yang betul. Contoh aktiviti: Guru membuat latihan membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.
KEMAHIRAN MENULIS

Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang kemas. Contoh aktiviti: Guru meminta murid melengkapkan lembaran kerja menulis dengan tulisan yang kemas dan cantik.

RUMUSAN Berdasarkan KSSR yang telah dipelajari pada minggu lepas, dapat disimpulkan bahawa kemahiran bahasa terbahagi kepada empat, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam kemahiran mendengar, kita perlulah memilih aktiviti yang sesuai bagi tahap pemikiran murid. Sebagai contoh, guru boleh menjalankan aktiviti melalui pita perakam yang merakamkan satu cerita yang menarik. Kemudian, murid diminta untuk menjawab soalan kefahaman berdasarkan apa yang telah didengar. Dalam kemahiran bertutur pula, guru boleh menjalankan aktiviti soal jawab bagi merangsang murid bertutur. Bagi kemahiran membaca pula, terdapat empat jenis bacaan yang boleh dipraktikkan oleh guru. Sebagai contoh, bacaan mekanis, iaitu bacaan secara kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi yang betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Bacaan mentalis pula merupakan bacaan secara senyap. Bacaan intensif bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami, dan mentafsir apa sahaja yang dibaca. Bacaan ekstensif pula merujuk kepada bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yang dilakukan di luar kelas. Dalam kemahiran menulis, murid diminta untuk menulis atau menyalin semula apa yang ditulis oleh guru. Aktiviti ini boleh meningkatkan kemahiran menulis murid-murid agar tulisan mereka lebih kemas dan cantik.