Anda di halaman 1dari 21

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

B Ba ab b7 7: :
P Pa au ullo oF Fr re eiir re ed da an nV Viiv ve ek ka an na an nd da a
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: Memerihal latarbelakang Paulo Freire Menilai pandangan Freire tentang peranan pendidikan Jelaskan kurikulum yang dicadangkan oleh Freire Menganalisis pendapat Vivikananda tentang matlamat pendidikan Menilai cadangan Vivikananda tentang kurikulum

Chapter Outline

Bab 1: Pengenalan Bab 2: Perspektif Awal Tentang Kurikulum Bab 3: Confucius dan Mencius Bab 4: Al-Farabi dan Ibnu Sina Bab 5: Socrates, Plato & Aristotle Bab 6: Jean Rousseau & John Locke Bab 7: Paulo Freire dan Swami Vivekananda Bab 8: Rabindranath Tagore and Froebel Bab 9: Kemahiran Abad ke21

Tak 7.1 Siapakah Paulo Freire? 7.2 Pandangan Freire tentang pendidikan 7.3 Kurikulum menurut Freire 7.4 Kaedah mengajar menurut Freire 7.5 Siapakah Vivekananda? 7.6 Matlamat pendidikan menurut Vivekananda 7.7 Kurikulum menurut Vivekananda

Ringkasan References

Bab ini membincang hujah-hujah yang dikemukakan oleh dua ahli falsafah tentang pendidikan; iaitu, Paulo Freire dan Swami Vivekananda. Freire yang berasal daripada Brazil menekankan pentingnya pendidikan membawa kesedaran di kalangan golongan miskin tentang masalah yang dihadapi. Vivekananda yang berasal daripada India menegaskan pentingnya melahirkan kebolehan yang sedia ada pada individu. Beliau menyenarakan beberapa peranan guru dan pentingnya golongan miskan dan kaum wanti diberi peluang pendidikan. 1

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.1 SIAPAKAH PAULO FREIRE?

Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921. Pada ketika itu Brazil adalah mundur. Dia bersama adiknya dididik untuk mengikuti agama Katolik secara traditional oleh ibu mereka. Bapa beliau meninggal dunia ketika dia berumur 13 tahun. Ibunya berjaya memujuk sebuah sekolah menengah swasta di Recife menerima anaknya sebagai pelajar dan diberi biasiswasa. Oleh kerana Freire datang daripada keluarga berpendapatan rendah, beliau Paulo Freire (1921 1997) menghadapi kesulitan menyesuaikan diri bersama pelajar-pelajar lain daripada golongan kaya. Di antara 1928 hingga 1932, dunia menghadapi krisis ekonomi yang sungguh teruk. Keluarga Freire berpindah ke Jaboato kerana ia lebih murah dan tidak mampu terus bermaustatin di Recife. Oleh demikian, Freire telah kehilangan dua tahun sekolah menengah. Beliau dianggap sebagai pelajar sederhana sehingga tamat sekolah menengah. Di Jaboato, Freire mula sedar tentang dunia sekeliling dan sungguh prihatin tentang kemiskinan penduduk tempatan. Contohnya, terdapat ramai orang yang tidak cukup makan dan ada pula yang kebuluran. Pada umur 20 tahun, Freire mempelajari undang-undang tetapi pengajiannya terkandas akhibat kemiskinan dan terpaksa mencari kerja untuk membantu keluarganya. Ketika mengikuti program undang-undang, beliau menguasai tatabahasa Protugis serta mempelajari falsafah dan sosiologi bahasa. "I spelled rat with two 'rs' (i.e. rrat) until I was fifteen. Pada tahun 1944 beliau berkhawin dengan Elza Maia Costa Oliveira, seorang guru sekolah rendah. Freire mula bekerja sebagai peguam tetapi telah menamatkan bekerja sebagai peguam sebelum membela kliennya yang pertama, seorang doktor gigi. Lihat perbualan di bawah dengan isterinya. 2

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Frerie: "You know what, I'm not going to be a lawyer." Elza: "I was hoping for that. You're an educator" (source: Pedagogy of Hope, p. 17).

Isterinya mempunyai pengaruh yang nyata dalam kehidupan Freire serta penglibatan beliau dalam pendidikan. Pada tahun 1957, Freire telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan di Pernambuco. Tesis beliau bertajuk Pendidikan Dewasa dan Masyarakat Terpinngir: Masalah Mocambos ( Education of Adults and Marginal Populations: the Mocambos Problem) yang dibentangkan dalam susatu Persidangan Pendidikan, memberi tumpuan kepada kehidupan seharian pelajar. Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu. Ini berbeza dengan masayarakat Brazil yang autokratik, mengamal diskriminasi dan elitist selama berabad-abad memperhambakan kaum miskin. Dua tahun kemudian beliau dilantik sebagai Profesor Sejarah dan Falsafah Pendidikan di Sekolah of Seni Halus, Universit Recife.

Selain daripada kegiatan akademik dan pentadbiran, Freire giat terlibat dengan pergerakan pendidikan untuk rakyat jelata pada awal tahun 1960-an. Yang paling tereknal ialah Gerakan Kebudayaan Popular (Movement for Popular Culture) di Recife. Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte. Freire mencuba kaedah mengajar dikalangan 300 petani tebu (Lihat Rajah 7.1). Rajah 7.1: Kempen membaca The "Bare feet can also learn to read"

Apabila eksperimen telah beliau berjaya, Freire telah dijemput oleh Presiden Joao Belchior Goulart untuk melaksanakan kempen literasi di seluruh negara. Program ini melibatkan 5 juta dewasa yang buta huruf. Pada mas itu, di Barazil hanya individu yang kenal huruf dibenarakan mengundi. Ini telah menghadkan bilangan orang yang boleh mengundi dan secara tak langusung mengekalkan kuasa di kalangan segelintir tuanpunya tanah. Kini kedudukan dan kuasa tuanpunya tanah mula terancam dengan penambahan bilangan kaum tani yang mempunyai kuasa dan hak mengundi.

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Bagaimana pun, program mendidik kaum tani terjejas apabila pihak tentera telah mengambil alih kuasa dengan mengguling kerajaan Preident Joao Belchior Goulart dan pemerintahan tentera dikenalkan selama 20 tahun. Freire telah ditangkap dan dipenjarakan di Olinda dan sekali lagi Recife selama lebih dua bulan, Beliau terpaksa memohon perlindungan politik di kedutaan Bolivia di Rio dan melarikan diri ke La Paz, Bolivia. Kemudian, kerana masalah kesihtan, Beliau berpindah ke Santiago, Chile (Lihat Rajah 7.2). Beliau berada di dalam keadaan buangan di Chile selama hampir 16 tahun di mana beliau bekerja sebagai seorang pendidik dewasa. Kemudian, di antara 1969-1970, beliau pergi ke Harvard University, Massachusetts, Amerika Syarikat. Setahun kemudian Freire berpindah ke Geneva, Switzerland hingga 1979. Beliau bekerja dan mengembara di bawah naungan Majlis Gereja Sedunia (World Council of Churches) sebagai duta literasi Dunia Ketiga.

Rajah 7.2: Peta Amerika Syarikat

Freire telah mengembara ke merata dunia, berdialog dan memberi syarahan tentang idea dan pengalaman beliau di dalam seminar, persidangan dan kongres. Beliau juga menjadi penasihat kepada kerajaan-kerajaan yang memberontak di Afrika, Amerika Tengah dan Caribbean. Freire kembali ke Brazil pada tahun 1980 dan dilantik sebagai profesor di Catholic University of Sao Paulo. Kemudian beliau dijemput memegang jawatan sebagai Setiausaha Perbandaran Pendidikan dalam pentadbiran Datuk Bandar Luiza Erundina. Beliau memperkenalkan suatu model pendidikan untuk tadikda dan skeolah di kawasan-kawasan miskin yang melibatkan kira-kira sejuta kanak-kanak. Beliau juga memperkenalkan program baru untuk mempertingkatkan tahap literasi dikalangan dewasa yang miskin. Freire meninggal dunia pada tahun 1977 pada usia 75 tahun akhibat serangan jantung. Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Perihalkan riwayat hidup Paulo Freire b) Apakah keadaan masyrakat Brazil ketika itu? c) Bagaimana Freire cuba menyelesaiakn masalah masyarakay Brazil? 4

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

HASIL KARYA FREIRE Pedagogy of the Oppressed (Pedagogi Orang Terdindas) ialah buku yang diterbitkan pada tahun 1972 dan merupakan karya beliau yang paling terkenal. Dalamnya diperkenalkan konsep perbankan (banking concept) yang mengandaikan pelajar sebagai tin kosong dan ilmu dicurahkan ke dalam. Beliau menentang sistem pendidikan yang menganggap manusia sebagai objek atau alat. Beliau berhujah bahawa pendidikan harus merupakan suatu eksplorasi budaya dengan bertumpu mempelajari budaya sendiri. Tugas pendidikan ialah untuk membebaskan rakyat daripada keadaan kemiskinan.

Pedagogy of Hope (Pedagogi Harapan) ialah sebuah buku yang diterbitkan Freire pada tahun 1992. Dalam buku ini, beliau berhujah bahawa tanpa harapan, kita mudah putus asa dan tidak boleh mula berjuang untuk menukar keadaan. Walau bagaimanapun, hanya mempunyai harapan tidak mencukupi kerana perlu diikuti dengan tindakan Adalah tidak mencukupi hanya menyampaikan ilmu (transmit knowledge) tetapi pelajar perlu digalakkan untuk bertanya "kenapa" tentang fakta-fakta ekonomi, sosial, politik, ideologi dan sejarah yang disampikan. Pelajar perlu diajar untuk belajar (learn how to learn) Pelajar perlu diajar tentang budaya mereka. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh berfikiran sempit tetapi mempunyai perspektif global.

Buku-Buku Lain The Politics of Education: Culture, Power, and Liberation diterbitkan pada 1985. Literacy: Reading the Word & the World. (1987). Boston, Massachusetts: Bergin & Garvey Publishers. Pedagogy of the City. (1993). New York: Continuum Press.

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Letters to Cristina: Reflections on My Life and Work. (1996). New York: Routledge. Pedagogy of the Heart. (1997). New York: Continuum Press. Teachers as Cultural Workers. Letters to those Who Dare to Teach (1997). Boulder, CO: Westview Press.

7.2 PENDIDIKAN MENURUT PAULO FREIRE

Beliau sangat mengambil berat tentang rakyat yang miskin dan buta huruf negara yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan. Beliau mahu orang-orang yang terpinggir ini dididik; untuk memberi kuasa kepada mereka supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Freire berpegang kepada perspektif REKONSTRUKTIVISME yang melihat peranan pendidikan sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang tidak adil (Kita telah membincang perspektif ini di Bab 2). Pendidikan harus meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan mempersoalkan apa sahaja yang mereka belajar. Kewarganegaraan Pendidikan boleh diakses oleh golongan miskin dan yang ditindas bukan sahaja di Brazil tetapi diseluruh dunia. Pendidikan harus mengajar kewarganegaraan. Apakah kewarganegaraan?

Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja, makan, berpakaian, memakai kasut, tidur di sebuah rumah, untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, bercinta, marah, menangis, untuk membantah, untuk menyokong, untuk bergerak, menganuti apa jua agama, menyertai apa jua parti, mendidik diri sendiri dan keluarga. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972.]

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Tolenrasi Freire inginkan sistem pendidikan mengajar pelajar supaya menjadi lebih toleran. Apakah tolenrasi?

Tolenrasi memerlukan hormat, disiplin dan etikaTolenrasi ialah satu sifat mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang berlainan. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan menghormati perbezaan. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 42]

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Senaraikan hasil karya Paulo Freire. b) Apakah yang ditekankan dalam buku Pedagogy of the Oppressed and Pedagogy of Hope? c) Apakah implikasi terhadap pendidikan hari ini?

Konsep Perbankan Freire menentang hebat konsep perbankan dalam pendidikan. Apakah konsep perbankan? Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang besar. Pelajar datang ke "bank" atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan dan kemahiran yang mereka memerlukan untuk kehidupan seharian (Lihat Rajah 7.3). Beliau berhujah bahawa ilmu bukanlah sesuatu komoditi yang boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Pelajar perlu membina pengetahuan daripada pengetahuan sedia ada mereka. Guru-guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami dunia mereka supaya guru memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka. Guru menyimpan maklumat Pelajar mengeluarkan maklumat

Rajah 7.3 Konsep perbankan

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

......pengajaran bukanlan suatu proses pemindahan pengetahuan daripada guru kepada pelajar. Pemindahan secara mekanikal wujud apabila pelajara menghafal, yang saya telah mengkritik. [Freire, Paulo; Pedagogy of the Oppressed, The Continuum Publishing Corporation, New York, 1972. pg. 22] [Konsep ini sama seperti diutarakan oleh Socrates dalam Bab 3] Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari. Pembelajaran ialah satu proses di mana pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar berinteraksi dengan pengetahuan yang disampaikan melalui kefahaman, perbincangan dan refleksi.
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan konsep pembankan. Mengapakah Freire menentang konsep pembankan dalam pendidikan? b) Sejauh manakah sekolah-sekolah di Malaysia Mengamalkan konsep pembankan?

7.3 KURIKULUM MENURUT PAULO FREIRE

Untuk mengelakkan orang-orang miskin dan buta huruf daripada dimanipulasi oleh mereka yang berkuasa, Freire mencadangkan bahawa kurikulum mesti datang secara langsung daripada rakyat dan digubal oleh mereka. Dalam erti kata lain, kurikulum tidak mesti dipisahkan daripada realiti. Pelajar tidak perlu mempelajari sesuatu yang tidak berkaitan dengan dunia sebenar mereka dan tidak penting untuk mereka. Pengetahuan terdiri daripada kandungan, emosi (perasaan) dan logik (pemikiran) dan sekolah harus mengaitkan komponen-komponen ini dan tidak memisahkan antara mereka. Menurutnya, Pengajaran Bahasa Menurut Freire, salah satu kesilapan yang sering dilakukan ialah memisahkan membaca dan menulis. Bertambah pula, sejak awal lagi, kanak-kanak diajar membaca dan menulis sebagai terpisah daripada proses pembelajaran umum. Pemisahan ini diamalkan oleh guru dan juga pelajar secara berterusan. 8

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Pengetahuan harus dianggap sebagai dinamik dan tidak statik, saling berkait dan tidak terpisah. Pengetahuan tidak sepatutnya diterima oleh golongan miskin dan buta huruf tanpa penilaian kritis. METODOLOGI FREIRE MENGKAJI MASALAH MASYARAKAT Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi: 1. Mengenal pasti Masalah: Langkah pertama ialah mengenal pasti masalah (identification of problems). Untuk mengenal pasti masalah, pelajar dan guru terlibat dalam membuat penyelidikan tentang masalah yang telah dikenal pasti. Guru perlu mengetahui latar belakang pelajar seperti kerja mereka, kehidupan sekolah mereka dan isu-isu yang dihadapi oleh mereka

2. Menghasilkan Kod Langkah kedua adalah untuk mewakili masalah dengan menggunakan kod tertentu seperti melukis masalah dalam bentuk rajah, menggunakan objek atau mengadakan pertunjukan boneka atau puppet show (Lihat Rajah 7.4). Kemudian guru membincang bersama pelajar tenatang lukisan atau pertunjukan boneka dan masalah yang diwakili.

Rajah 7.4 Pertunjukan boneka

3. Pelajar Menceritakan Pengalaman Mereka dengan Masalah yang Dikenal Pasti Langkah ketiga, pelajar menghuraikan masalah yang ditunjukkan (lukisan atau pertunjukan boneka) dalam kumpulan. Mereka diminta mengaitkan pengalaman mereka dengan masalah.

4. Menganalisis Masalah atau Situasi Langkah keempat adalah apabila pelajar dan guru bertanya mengapa masalah berkenaan berlaku dan punca masalah. Masalah dianalisis daripada tiga perspektif: a) peribadi, b) budaya, & c) institusi. Kemudian ahli-ahlai diminta melukis 'pokok masalah (Lihat Rajah 7.5). BATANG mewakili masalah-masalah tertentu (problems) yang telah dipersetujui ahli kumpulan DAUN mewakili akibat / kesan (effects) masalah AKAR mewakili punca (causes) masalah 9

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Rajah 7.5 Pokok Masalah

5. Bertindak dan Mengubah Keadaan: Langkah terakhir melibatkan kedua-dua pelajar dan guru membincang pelan tindakan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah serte merta dan diikuti dengan pelan tindakan jangka panjang.

KAEDAH LATIHAN LITERASI UNTUK ORANG DEWASA OLEH FREIRE Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire". Berikut adalah langkah-langkah kaedah berkenaan:

Langkah 1: Konteks Langkah pertama ialah mengkaji konteks atau keadaan sekitar di mana latihan literasi dikendalikan. Guru meneliti kehidupan orang yang diajar serta bahasa yang digunakan (seperti kosa kata tempatan) dan masalah yang dihadapi. Temu duga dilakukan untuk mengetahui keinginan, kekecewaan mereka, dan harapan mereka. Usaha dilakukan untuk melibatkan rakyat tempatan pada peringkat awal lagi. Freire menegaskan bahawa bahasa dan perkataan yang digunakan dalam latihan literasi perlu datang daripada penduduk tempatan dan bukan dari guru.

10

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Langkah 2: Pemilihan Perkataan Langkah kedua ialah pemilihan 'perkataan generatif'. Menurut Freire, perkataan adalah "generatif" apabila ia menggalakkan pelajar mempelajari perkataan baru. Tiga kriteria yang perlu digunakan dalam memilih kata-kata ialah: 1) Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis dan Sepanyol [Portugis adalah bahasa kebangsaan Brazil dan Sepanyol adalah bahasa kebangsaan jiran-jirannya seperti Bolivia & Mexico). 2) Perkataan-perkataan yang dipilih perlu disusun supaya pelajar mula dengan mempelajari perkataan dan sebutan yang mudah kepada perkataan dan sebutan yang lebih kompleks. 3) Perkataan yang dipilih mestilah berguna dalam memahami dan menerangkan kehidupan seharian, budaya dan politik penduduk tempatan (contohnya perkataan Portugis vot = undi, favela = setinggan, povo = rakyat)

Langkah 3: Latihan Literasi Langkah ketiga ialah pelaksanaan latihan literasi sebenar. Pelajar diperkenalkan kepada perkataan generatif. Gambar dan ilustrasi digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu perkataan. Sesuatu perkataan dipisahkan kepada suku katanya. Contohnya, perkataan favela yang bermakna setinggan dipisahkan kepada fa-ve-lah. Sambil pelajar mengdekod perkataan favela, mereka juga disedarkan tentang keadaan setinggan yang mereka tinggal. Bagi Freire, latihan literasi bukanlah satu proses mekanikal semata-mata untuk mengajar seorang untuk membaca dan menulis. Ia adalah untuk membawa kesedaran tentang pihak berkuasa yang menindas mereka dan kuasa ditangan Rajah 7.6 Freire mengajar kelas mereka untuk mencabar pihak berkuasa dan dewasa menuntut kebebasan

11

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.4 PENDAPAT PAULO FREIRE TENTANG GURU

Berikut ialah pandangan Paulo Freire tenatang Guru: Guru mestilah seorang yang rendah diri, penyayang dan menghormati pelajar. Guru yang merendah diri akan mendengar dan memahami kehendak dan masalah pelajar miskin dan jahil.

Guru mestilah peka terhadapa keperluan pelajar dan boleh mentafsir bahasa lisan dan bukan lisan pelajar. Freire menentang dikotomi atau perpisahan guru-pelajar dan menegaskan ia harus dimansuhkan. Beliau mencadangkan bahawa hubungan antara guru dan pelajar haruslah seperti hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka. Iaitu, suatu hubungan yang mesra, saling menghormati dan hubungan dua hala. Beliau juga tidak setuju dengan amalan bahawa guru terhad kepada mengajar dan murid terhad kepada belajar. Sebaliknya, beliau mencadangkan bahawa keadaan perlu diwujud dimana guru juga belajar dan pelajar diberi peluang mengajar. Ini akan menggalakkan penglibatan secara aktif kedua-dua guru dan pelajar dalam proses pendidikan.

AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Jelaskan secara ringkas kaedah yang cadangkan Freire dalam penyelesaian masalah. Sejauh manakah anda bersetuju kaedah ini berkesan? b) Bincangkan keberkesanan penggunaan pokok masalah. c) Komen tentang kaedah latihan literasi yang dicadangkan Freire. Adakah anda bersetuju?

12

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.5 SIAPAKAH SWAMI VIVEKANANDA?

Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. Bapanya seorang peguam dan pencinta seni dan sastera yang berfikiran liberal. Sebaliknya, ibunya adalah seorang Hindu yang soleh dan berpegang kepada amalan agama Hindu. Pengaruh kedua-dua ibu bapanya, walaupun berbeza menyediakan persekitaran di mana Narendranath diasuh menjadi belia bercita-cita tinggi. Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacaubilah. Sejak kecil lagi Narendranath dikagumi oleh sami-sami yang mengembara (wandering monks) dan mempercayai bahawa satu hari nanti dia akan menjadi seorang sami.

SWAMI VIVEKANANDA 18631902

Setelah selesai matrikulasi, Narendranath menyertai sebuah kolej untuk melanjutkan pelajaran. Beliau mempelajari falsafah barat dan ini telah menimbulkan beberapa keraguan. Apabila beliau berjumpa dengan cendiakawan-cendiakawan, beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan mereka. Beliau telah mendengar tentang seorang ketua agama terkenal bernama Sri Ramakrishna Paramahamsa yang tidak pernah mempunyai pendidikan formal. Narendranath pergi ke Dakshineshwar dengan kawan-kawannya untuk menemui Ramakrishna. Di khalayak ramai, dia bertanya kepada Ramakrishna .... "Pernahkah anda melihat Tuhan?". Ramakrishna menjawab, "Ya, saya ada, sama seperti saya melihat anda". Narendra berazam untuk belajar daripada beliau. Tidak lama kemudian, Narendranath telah meneriama Ramakrishna sebagai gurunya dan seterusnya menjadi pengikutnya. Ramakrishna sangat tertarik dengan soalansoalan yang ditanya pengikut kesayangannya. Apabila Ramakrishna meninggal dunia, beliau mengambil menjaga semua sami alam kuil. Akhirnya Narendranath telah melepaskan segala harta benda duniawi dan menjadi 'Sanyasi' iaitu seorang yang hidup dengan sederhana, berjimat dan hampir hidup sebagai mengemis. Beliau kenali sebagai Swami Vivekananda. Swami Viviekananda mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah, serta memastikan semua orang bersenam dan bermeditasi atau bertafakur. Pada tahun 1893, beliau menghadiri Persidangan Agama-Agama Sedunia di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam ucapan utama, beliau mengatakan bahawa semua agama sampai ke Tuhan yang sama, seperti 13

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda semua sungai akhirnya akan sampai ke lautan. Beliau mengatakan, Saya telah mengkaji semua agama Hinduisme, Islam, Kristian dan dapati bahawa perjalannya mungin berbeza tetapi semua menuju ke Tuhan yang sama (Gospel, 35). Pada tahun 1897, beliau mendirikan Misi Ramakrishna di India, berhampiran Sungai Ganges. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk meningkatkan masyarakat miskin dengan menyediakan peluang pelajaran, kemudahan perubatan dan sebagainya. Beliau Beliau meninggal dunia pada tahun 1902 pada uisa 39 tahun. Dia telah menulis kirakira 17 buku dan beberapa artikel dalam journal.

7.6 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG MATLAMAT PENDIDIKAN

Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India. Pengajaran asas Vedanta ialah Tuhan wujud dalam setiap makhluk hidup. Agama ialah mencari pengetahuan-kendiri (self-knowledge) dan mencari ketuhanan dalam diri sendiri. Doktrin Vedanta mengakui bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang berbeza mendekati Tuhan, dan semua adalah sah. Apa jua jenis amalan kerohanian atau spiritual akan membawa kepada kesedaran diri. Oleh itu, Doktrin Vedanta mengajar manusia menghormati semua agama. Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Walau pun beliau tidak menulis buku tertentu tentang pendidikan, beliau telah menyumbang pelbagai hujah yang relevan hingga ke hari ini. Untuk memahami pendapat, kita perlu menganalisis penyataan beliau terkenal seperti berikut: Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu
Education is the manifestation of the perfection already in man (CW, vol. IV, p. 358).

Apakah makna pernyataan ini? Pelajar di dilahirkan dengan pelbagai bakat, kebolehan, pengetahuan, kemahiran dan pengetahuan sedia ada (already in man) pada semua manusia. Dengan perkataan lain, manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang menunggu dicungkil.

14

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Peranan pendidikan ialah untuk menyediakan peluang untuk pelajar meunjukkan potensi yang terpendam atau sedia ada (iaitu manifestasi). Ia umpama batu api yang menyala secara spontan apabila mendekati sebatang macis. Seperti Al-Farabi, Vivekananda juga menekankan peranan pendidikan melahiran manusia yang sempurna. Menurut beliau, pendidikan tidak bermakna sekira ia tidak dapat melengkapkan diri manusia menghadapi cabaran dunia dan berdirkari (CW, vol. VII, pp. 147148). Perempuan mesti mendapat pendidikan sama seperti lelaki kerana kaum perempuan yang mendidikan generasi akan datang (Prabhananda, 1993). Perkataan kesempurnaan dalam takrif pendidikan juga amat penting. Kita dapat melihat bahawa setiap perbuatan yang berkaitan dengan pembelajaran, latihan, dan sebagainya, adalah sebahagian daripada proses ke arah akhir yang adalah kesempurnaan. Beliau menghuraikan lanjut mengenai konsep 'kesempurnaan' yang menurut beliau adalah untuk menangani pelbagai masalah yang manusia hadapi dalam masyarakat. Kata beliau,

Pendidikan yang tidak membantu dalam menyiapkan rakyat jelata menghadapai cabaran hidup serta memperkekuatkan watak, semangat kedermawanan, dan keberanian seekor singa bukan pendidikan sebenar. Pendidikan sebenar mesti melahirkan individu yang boleh berdikari (CW, vol. VII, ms 147-148).

AKTIVTI PEMBELAJARAN

a) Perihalkan riwayat hidup Vivekananda b) Apakah maksud pernyataan Pendidikan ialah manifestasi kesempurnaan yang sedia ada pada individu? Adakah anda bersetuju?

MELATIH MINDA Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". Tumpuan hendaklah diberikan kepada melatih minda pelajar dan bukan hanya setakat mengumpulan fakta, menghafal atau mengulangi fakta ayng dipelajari. Dalam jangka masa panjang, memuatkan minda seseorang dengan maklumat dan kemahiran teknikal adalah sia-sia dan tidak berguna selagi minda seseorang tidak diperkukuhkan dan dilatih. Latihan minda menurut Vivekananda melibatkan konsentrasi dan ketabahan. Konsentrasi ialah kebolehan menumpukan kepada yang relevan dan penting dan mengenipakan yang lain. Keupayaan konsentrasi yang tinggi akan dapat membawa pencapaian dan penguasaan yang tinggi dalam apa jua bidang. 15

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Ketabahan harus disemaikan di kalangan pelajar kerana ia memperkukuhkan watak pelajar untuk terus maju dalam proses pembelajaran.

PEMBENTUKAN WATAK Pendidikan perlu berusaha untuk membina watak pelajar. Menurut Vivekananda, orang yang menjadi kawan kita akan menentukan sama ada kita menjadi baik atau jahat dan seterusnya perwatakan kita. Oleh itu guru memainkan peranan penting dengan menjadi teladan kepada pelajar dengan memupuk nilai moral yang positif. Adalah penting untuk memberi peluang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri, apa itu yang betul dan apa itu yang salah. Apabila mengajar tentang nilai moral, adalah lebih bermakna sekiranya pelajar membincang tentang nilai-nilai moral yang ingin disemaikan dan tidak semata-mata mendengar tentang nilai-nilai moral.

PERANAN AGAMA Vivekananda menegaskan bahawa pembangunkan pengetahuan, kemahiran dan nilainilai moral pelajar adalah tidak mencukupi. Menurutnya, pendidikan hari ini mengabaikan kerohanian atau aspek spiritual manusia. Manusia tidak hanya terhad kepada aspek tubuh fizikal dan minda, tetapi sama penting ialah aspek kerohanian yang sering kali diabaikan dalam sistem pendidikan. Hanya apabila hikmah, keamanan, keikhlasan, kasih sayang, keprihatinan terhadap orang lain dan nilai-nilai lain menjadi nyata, seseorang itu dianggap manusia yang sebenar.Vivekananda mengesyorkan agar agama menjadi teras pendidikan. Apabila, beliau menyebut tentang agama, beliau tidak menumpukan kepada sesuatu agama tertentu. Beliau menekankan kepada prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam semua agama yang boleh membawa perubahan yang diingini. Tumpuan ialah kepada prinsip-prinsip agama yang dapat menguatkan mental dan memperluaskan pandangan sesorang. Agama hendak elak menjadi terlalu dogmatik atau terhad kepada ritual semata-mata.

PENDIDIKAN UNTUK ORANG MISKIN DAN KAUM WANITA Vivekananda memperjuangkan hak golongan miskin dan lemah di India. Beliau menegaskan bahawa pendidikan adalah jalan untuk menyelesaikan masalah golongan miskin dan terpinggir. Adalah tanggungjawab golongan atasan, yang telah menerima pendidikan membantu golongan miskin. Golongan ini harus tampil ke hadapan dan membasmi kemiskinan melalui pendidikan.

16

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Rajah 7.7 Pendidikan untuk wanita

Vivekananda amat bimbang tentang pengabaian wanita di India. Beliau menegaskan bahawa wanita perlu dididik, kerana wanita yang membentuk generasi masa depan dan destinasi negara. Beliau sedar bahawa jika wanita diberi peluang pendidikan, mereka akan dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan cara mereka sendiri. Walaupun lelaki dan wanita mempunyai kebolehan yang sama, beliau mengesyorkan pengenalan subjek seperti jahitan, kejururawatan, sains rumahtangga, seni kulinari, dan sebagainya untuk pendidikan wanita.

AKVITI PEMBELAJARAN

a) Mengapa Vivekananda menegaskan pentingnya konsentrasi dan ketabahan? b) Mengapa beliau tidak bersetuju dengan hafalan? c) Mengapa agama penting? d) Apakah pendapat Vivekananda tentang pendidikan untuk wanita?

17

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

7.7 PENDAPAT VIVEKANANDA TENTANG PERANAN GURU

Guru hendaklah melatih pelajar cara memberi tumpuan (concentration) untuk mengelakkan minda mereka merayau. Pelajar harus dilatih teknik mengenepikan perkara-perkara yang tidak relevan dan berfokus kepada yang penting. Contohnya, kanta cembung menumpukan cahaya matahari pada satu poin hingga dapat membakar sekeping kertas (Lihat Rajah 7.7). Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk.

Guru mempunyai pengaruh positif terhadap pelajar dibawah jagaannya dengan menunjukkan teladan yang baik dan mengamal nilai-nilai yang diterima masyarakat.

Rajah 7.7 Kanta cembung menumpukan cahaya matahari

Apabila membincang isu betul atau salah, pelajar hendaklah digalakkan membincang mengapa sesuatu tindakan itu betul atau salah.

Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.

Guru hendaklah memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar yang membolehkann mereka membezakan di antara yang relevan dan tak relevan (Prabhananda, 1993).

Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan yang hendak disampaikan serta kaedah menyampaian pengetahuan berkenaan. Menurut Vivekananda, guru yang berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan maklumat selaras dengan tahap keupayaan pelajar (CW, vol. IV, p. 183). 18

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Pengajaran ialah seperti menanam pokok. Tugas guru ialah menyiramnya dengan air, memastikan pokok itu mendapat udara dan baja yang mencukupi dan membiarkannya bertumbuh dengan sendiri. Rajah 7.8. Pengajaran ialah seperti menanam pokok

MATA PELAJARAN Apakah subjek yang perlu diajar di sekolah-sekolah? Nilai-nilai budaya negara harus menjadi sebahagian besar daripada kurikulum sekolah. Beliau mencadangkan pengajaran yang kitab klasik seperti Ramayana, Mahabharata, Gita, Veda dan Upanishad untuk menyemai nilai-nilai kerohanian Disyorkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Beliau juga mencadangkan pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa Sanskrit. Bahasa Inggeris adalah perlu bagi menguasai sains dan teknologi Barat. Bahasa Sanskrit adalah penting untuk mempelajari secara mendalam kitabkitab klasik. Mata pelajaran lain yang perlu diajar adalah pendidikan jasmani, seni halus, sains dan teknologi. Pelajaran teknikal adalah penting untuk pembangunan industri, supaya individu, bukan sahaja menjadi pekerja bergaji, tetapi dapat bekerja sendiri dan menyara diri sendiri serta menyimpan duit untuk masa depan..
AKTIVITI PEMBELAJARAN

a) Apakah pendapat Vivekanada tentang peranan guru? b) Senaraikan mata pelajaran yang disyorkan oleh Vivekananda.

19

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

RINGKASAN

Paulo Freire dilahirkan di Recife, di Brazil, Amerika Selatan pada 19 September, 1921. Beliau menekankan pentingnya berkerjasama dengan rakyat dan bukan memakasa mereka mengikuti sesuatu. Beliau mengetuai kempen literasi yang dipanggil "Kaki Ayam Pun Boleh Belajar Membaca" (Bare feet can also learn to read) di daerah Rio Grande di Norte. Sepanjang hayatnya, Freire terlibat dengan mendidik golongan miskin di Brazil untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Freire menentang hebat konsep perbankan dalam pendidikan. Beliau percaya bahawa pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari. Metodologi atau Kaedah mengajar yang digunakan oleh Freire untuk membantu pelajar dewasa (seperti petani, pekerja kilang) mengkaji dan memahami masalah yang mereka menghadapi. Bagi mengajar pelajar dewasa membaca dan menulis, Freire memperkenalkan kaedah pengajaran literasi yang dipanggil "Kaedah Latihan Literasi Paulo Freire". Freire menentang dikotomi atau perpisahan guru-pelajar dan menegaskan ia harus dimansuhkan. Nama asal, Swami Vivekananda ialah Narendranath Datta dan lahir pada tahun 1863 di Calcutta. Narendranath terekenal dengan kebolehan mental yang luar biasa dan keupayaan bertumupu perhatian dan bertenang walau pun keadaan sekitar adalah berkacau-bilah. Sebahagian besar pandangan Vivekananda tentang pendidikan berdasarkan doktrin Vedanta seperti dinyatakan dalam kitab-kitab Veda, yang paling kuno di India. Menurut Vivekananda, peranan utama pendidikan ialah ialah untuk menghapuskan gejala sosial dan membentuk masa depan manusia. Vivekananda menjelaskan bahawa "Pendidikan ialah melatih minda". 20

Bab 7: Paulo Freire and Swami Vivekananda

Peranan guru ialah untuk membentuk perwatakan pelajar supaya mereka boleh membeza di antara baik dan buruk. Guru hendaklah adil kepada semua pelajar tidak kira bangsa, taraf sosioekonomi, kasta atau jantina.

REFERENCES

Sudipta Dutta Roy, Education in the Vision of Swami Vivekananda. Prabuddha Bharata.

Gerhardt, Heinz-Peter (1996). Prospects: the quarterly review of comparative


education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. XXIII, no. 3/4, 1993, p.43958.

Smith, M. K. (1997, 2002) 'Paulo Freire and informal education', the encyclopaedia of informal education. [www.infed.org/thinkers/et-freir.htm].

21