Anda di halaman 1dari 11

SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN

MENGAPA TUMBUHAN MENJADI LAYU?


Air yang masuk ke dalam tumbuhan akan mengenakan tekanan terhadap dinding sel. Ini menyebabkan sel itu menjadi segah dan membekalkan kekuatan untuk menyokong tumbuhan. Jika tumbuhan hilang lebih banyak air berbanding yang diserap, maka sel tumbuhan tersebut akan hilang kesegahan dan menjadi lembut atau flasid. Sel yang flasid idak mampu menyokong tumbuhan maka tumbuhan itu layu.

APA ITU TRANSPIRASI?


TRANSPIRASI ialah proses tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan melalui bukaan kecil dinamakan stoma

NYATAKAN 4 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR TRASPIRASI

Keamatan cahaya Suhu Kelembapan Angin

BAGAIMANA KEAMATAN CAHAYA MEMPENGARUHI KADAR TRASPIRASI?

Stoma akan terbuka dalam keadaan keamatan cahaya yang tinggi. Oleh itu, kadar traspirasi akan meningkat Semakin meningkat keamatan cahaya semakin meningkat kadar traspirasi

BAGAIMANA SUHU MEMPENGARUHI KADAR TRASPIRASI?

Stoma akan terbuka apabila suhu tinggi. Maka ia akan meningkatkan kadar traspirasi Semakin meningkat suhu semakin meningkat kadar traspirasi

BAGAIMANA KELEMBAPAN MEMPENGARUHI KADAR TRASPIRASI?

Stoma akan tertutup apabila kelembapan tinggi. Maka ia akan mengurangkan kadar traspirasi Semakin meningkat kelembapan udara semakin menurun kadar traspirasi

BAGAIMANA ANGIN MEMPENGARUHI KADAR TRASPIRASI?

Stoma akan terbuka apabila angin kuat. Maka ia akan meningkatkan kadar traspirasi Semakin bertambah kekuatan pergerakan angin semakin meningkat kadar traspirasi

NYATAKAN FUNGSI XILEM

Mengangkut air dan garam mineral dari akar ke daun

NYATAKAN FUNGSI FLOEM

Mengangkut makanan dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan

LUKIS DAN LABELKAN XILEM DAN FLOEM


daun batang akar

Anda mungkin juga menyukai