Anda di halaman 1dari 5

ESEI

Kecerdasan bermakdud kepintaran. Ia adalah merupakan potensi manusia di bawah hal atau keadaan sempurna dalam perkembangan akal budinya, Istilah kecerdasan telah diperkenakan oleh Sir Francis Galton. Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditafsirkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Maka, Alfred Binet (1904), seorang psikologis dri Peranis, atas permintaan Kementerian Pendidikan, Berjaya membina suatu ujian kecerdasan yang dikenali sebagai skala 1905, untuk menguji kecerdedasan murid berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka-bentuk hingga keupayaan mentakrif konsep yang abstraks.Beberapa tahun kemudian, William Stern(1912),memperkenalkan konsep darjah kecerdasan, iaitu intelligence quotient (IQ) dalam bahasa Inggeris.Mengikut William Stern, seseorang individu yang dikenal pasti sebagai cerdas daripada orang normal ialah individu yang mempunyai darjah kecerdasan melebihi 100. Manakala, seseorang individu yang kurang cerdas didapati mempunyai darjah kecerdasan kurang daripada 100. Kanak-kanak yang normal merujuk kepada individu yang mempunyai darjah kecerdasan 100, iaitu umur mental kanak-kanak itu adalah sama dengan umur sebenarnya. Berdasarkan teori Vygotsky, konsep kecerdasan seharusnya meliputi keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding. Ada pendidik-pendidik yang lain berpendapat konsep kecerdasan itu seharusnya pula meliputi kemahiran muzik seseorang individu. Manakala, Sternberg (1984) menghurai kecerdasan sebagai hasil daripada keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia melalui proses kawalan metakognisi. Kecerdasan emosi amat penting dalam pelbagai aspek dalam kehidupan kita. Salah satu aspek ialah aspek kepimpinan. Menurut Gardner (1983), kecerdasan emosi memainkan peranan penting bukan sahaja dalam proses penglibatan bahkan juga dalam proses kepimpinan. Kecerdasan emosi dapat mengembangkan matlamat kolektif, penerapan idea dalam pemikiran secara perlahan-lahan, pembinaan dan peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama. Sebagai contoh, seorang pengurus di tempat kerja perlu memiliki ciri kepimpinan yang boleh membantunya mengawal pekerja di bawahnya. Dengan kecerdasan emosi yang tinggi, pengurus tersebut akan tahu bagaimana untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain yang bekerja bersamanya di samping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan yang mampu membawa kepada kejayaan dalam mencapai matlamat pekerjaan. Dengan adanya kecerdasan emosi, pengurus tersebut dapat mengawal emosinya dan tidak 5

membawa masalah peribadinya ke tempat kerja dan tidak melepaskan kemarahannya kepada orang bawahannya. Dari aspek pendidikan pula, kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang penting dalam mencapai kejayaan. Menurut A.J. Michael (2006), pelajar yang mempunyai kemahiran menangani emosinya berprestasi lebih baik dalam sebarang ujian dan penilaian. Dengan memiliki kemampuan untuk mengawal emosi, apabila seseorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajarannya, dia akan mampu mengawal keadaan dirinya secara positif dengan memotivasikan diri sendiri serta menganalisis kelemahan diri sendiri. Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, dia akan mampu mengasingkan masalah peribadi yang dihadapinya dengan pelajaran. Hal ini demikian kerana melalui apa yang dapat dilihat pada masa kini, terdapat pelajar yang memiliki masalah keluarga sehingga masalah tersebut mempengaruhi pelajarannya sehingga membawa kepada kegagalan. Dengan memiliki kecerdasan emosi, pelajar tersebut dapat mengawal emosinya dan pelajarannya tidak terpengaruh oleh masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri. Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja. Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan meng-ambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka. Emosi manusia boleh dikategorikan kepada emosi positif dan emosi negatif. Emosi positif ialah sebarang emosi yang dapat membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik. Emosi negatif pula merupakan sebarang perasaan yang menbawa perasaan yang tidak baik atau kurang selesa atau destruktif. Dalam gejala sosial yang semakin berleluasa ini, kebanyakan remaja membawa emosi yang negatif. Antaranya termasuk perasaan bangga. Perasaan bangga tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya. Remaja yang terlibat dalam gejala lepak amat menikmati perasaan bangga apabila mereka dipuji oleh rakan mereka kerana kejayaan mereka melakukan sesuatu yang negatif seperti mencuri, merokok dan sebagainya. Selain itu, kebanyakan mereka berkemungkinan besar 6

menghidapi perasaan kecewa kerana sesuatu yang mereka inginkan seperti keinginan keputusan yang baik tidak tercapai. Mereka juga tertekan dengan kerja sekolah yang terlalu banyak dan tekanan hidup sehingga emosi, pemikiran dan fizikal mereka diganggu dan seterusnya mengalami perubahan fizikal dan sikap. Perasaan marah iaitu emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang juga dialami oleh remaja yang terlibat dalam gejala lepak. Mereka berkemungkinan besar mempunyai perasaan yang marah terhadap kesusahan dalam kehidupan mereka. Sesetengah remaja yang terlibat dalam gejala lepak mengalami perasaan keseorangan akibat disingkir oleh rakan-rakan. Emosi-emosi yang negatif ini amat mempengaruhi fikiran manusia untuk melakukan sesuatu yang negatif terutamanya jika manusia tidak dapat meluahkan perasaan dengan cara yang betul. Sebagai seorang bakal guru, untuk membantu menangani masalah ini, saya akan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar sejak mereka masih kecil. Seperti yang dikatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya akan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya bukan sahaja dalam subjek Pendidikan Moral tetapi juga subjek-subjek yang lain tanpa mengira agama dan bangsa pelajar saya. Selain itu, saya akan sentiasa berhubung dengan ibu bapa pelajar saya untuk memastikan pelajar tidak terjerumus dalam gejala lepak yang tidak memanfaatkan mereka. Saya akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengawasi keadaan pelajar. Saya akan cuba memahami masalah yang dihadapi oleh mereka dan cuba mengatasinya. Sekiranya saya mendapati seseorang pelajar itu sudah melibatkan diri dalam gejala lepak, saya akan berusaha menasihatinya supaya mengisi masa lapang dengan membuat sesuatu yang memanfaatkan diri sendiri sehingga pelajar itu berubah dengan sepenuhnya. Di samping itu, saya akan cuba membuat kaunseling terhadap pelajar tersebut dan berusaha membimbingnya ke arah yang betul. Saya juga akan menerangkan keburukan yang akan dihadapinya sekiranya pelajar tersebut terus melibatkan diri dalam gejala lepak yang akan menjejaskan masa depannya. Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini dipengaruhi beberapa faktor yang utama. Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat empat faktor yang diambil kira sebagai faktor yang major. Faktor tersebut ialah faktor diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan permasalahan yang wujud di persekitaran sekolah. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk menghapuskan 7

masalah sosial yang semakin meruncing ini. Remaja pada masa kini seharusnya lebih kuat dan mempunyai jati diri yang mantap supaya dapat mengawal diri dari gejala-gejala sosial. Sesungguhnya, remaja yang unggul dan berkualiti adalah remaja yang dapat membangunkan negara supaya lebih setanding dan maju dengan negara-negara lain.